PE RC UM A
ISU 20
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
16
Keluaran 7 - 13 JUN 2017
25
'Miliki' but bola Torres, Rooney
Tujuh Satria harum nama negara
KUALA LUMPUR - Selepas kejayaan siri animasi Upin Ipin, BoBoiBoy dan Mila menembusi pasaran luar negara kini giliran siri Tujuh Satria menempah nama. Diterbitkan syarikat tempatan, Funcel, ia disiarkan Rajawali TV di Indonesia sejak minggu lalu pada setiap Ahad hingga Jumaat pada jam 7 petang. Mempunyai 26 episod dan setiap episod berdurasi 24 minit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Funcel, Azrul H Baharom, "Sebelum ini pihaknya telah menghasilkan animasi TV berjudul Jaguh, Dunia Air Tawar dan Planet Saga. Jika semuanya berjalan lancar, Planet Saga juga akan mengikuti langkah Tujuh Satria selepas ini.
24
16
Siapa mereka 'McGyver' M'sia sebelum jadi VVIP? yang dilupakan
Mira Filzah tutup buku ? 2
Bekas pensyarah universiti hadapi kemungkinan diisytihar muflis
SKIM ORANG KAYA
20
SHAH ALAM - Dia sepatutnya menikmati per saraan dengan penuh ketenangan dan peng hormatan. Namun kerana terpedaya dengan skim cepat kaya yang menyasarkan golongan kaya, seorang bekas pensyarah universiti awam kini hidup merana. Sudahlah wangnya sendiri lesap, dia kini menanti hari untuk diisytihar muflis jika gagal mempertahankan diri di mahkamah. Bukan itu sahaja, bekas ahli akademik itu juga dituntut untuk membayar balik wang RM690,000 yang dipinjam daripada seorang rakan untuk tujuan pelaburan. Itulah bahana apabila memberi ruang untuk percaya pada skim cepat kaya yang licik dengan helah dan tipu daya. Orang terhormat dan bijak pun boleh terkena!
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
2
7 - 13 Jun 2017
Dari muka depan
Kantoi skim kaya bertambah kaya! ALIFF ZAFRAN MUHAMAD
SHAH ALAM – Ini skim cepat kaya yang membabitkan orang kaya. Sebelum ini, mahkamah te lah menjatuhkan hukuman penjara 26 tahun ke atas se orang Datuk atas kesalahan me nyebabkan kerugian RM12 juta wang milik dua Datuk lain yang berselindung di sebalik nama pelaburan. Skim itu dikenali sebagai ‘Roll Over’. Minggu lalu, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, seorang bekas pensyarah universiti awam yang sepatutnya men jalani hidup tenang dan penuh penghormatan selepas bersara, diperintahkan untuk mem bayar balik wang RM690,000 yang diambil daripada rakan nya untuk tujuan yang serupa. Rentetan kisah ‘Roll Over’ bekas pensyarah itu bermula apabila dia diperkenalkan dengan skim berkenaan oleh seorang Datuk. Terpikat janji manis Datuk
Adnan Seman
itu, dia mengeluarkan wang yang disimpannya sepanjang tempoh bekerja lalu diberi ke pada ‘Datuk’ atas nama me labur. Bukan itu sahaja, dia ju ga mencari rakan untuk pin jam an serta melabur sama su paya mendapat pulangan yang lumayan seperti yang di janjikan. Seorang daripada rakannya, ahli perniagaan bersetuju un tuk memberi pinjaman bagi pelaburan dalam skim itu, lalu
wang RM690,000 dikeluarkan dari akaunnya dan beralih ta ngan! Ketika wang diserahkan, tiada sebarang surat perjanjian ditandatangani. Mereka me laku kannya atas dasar saling mempercayai. Bagaimanapun selepas be be rapa lama, bukan sahaja pu langan malah modal RM690,000 juga tidak lagi berbayang. Ini menyebabkan ahli perniagaan itu tidak lagi boleh diam. Dia mencari bekas pen syarah itu, menuntut wangnya dikembalikan namun balasan yang diterima hanya alasan demi alasan. Lalu kes dibawa ke mah kamah. “Satu kes di mahkamah Shah Alam, iaitu plaintif menuntut wangnya yang telah diserah sebanyak RM690,000 itu dikembalikan dan satu penghakiman telah diperolehi. Kemudian satu prosiding kebankrapan difailkan di Mah kamah Tinggi Johor Bahru,
iaitu permohonan un tuk mendapatkan perintah mem bankrapkan bekas pensyarah itu kerana gagal membayar semula wang RM690,000 itu,” kata peguam Adnan Seman yang mewakili rakan bekas pensyarah itu. Mahkamah sebelum ini me merintahkan bekas pensyarah itu supaya membayar balik wang itu dalam satu peng hakiman ingkar yang di buat tanpa kehadirannya. Susulan itu, dia te lah me mohon untuk membatalkan perintah tersebut, yang ditolak oleh Timbalan Pendaftar Mah kamah. Dia kemudiannya menge mu kakan rayuan yang di dengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Rosnaini Saub,Isnin lalu. Di akhir perbicaraan, Hakim Rosnaini memutuskan menolak rayuan tersebut. Ketika perbicaraan ber lang sung, antara hujah pem belaan yang dibangkitkan oleh peguam bekas pensyarah
tersebut ialah wang yang diambil daripada rakannya itu digunakan untuk pelaburan, dan pihak yang menipu da lam pelaburan itu telah pun didakwa di mahkamah dan dia sendiri turut mengalami ke rugian dalam urusan pelaburan itu. Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaan itu dan menerima fakta bahawa wang RM690,000 yang diambil ada lah pinjaman yang di guna kan untuk pelaburan dan bekas pensyarah itu ber tanggungjawab untuk mem bayarnya semula. Asas mahkamah menolak rayuan ialah wang yang diberikan itu diserahkan dan dikeluarkan atas nama bekas pensyarah itu. Selain itu, terdapat surat daripada seorang lagi defendan iaitu rakan bekas pensyarah itu yang turut sama hadir ke tika pertemuan mereka, me nyatakan dia dan bekas pensyarah itu akan membayar semula pinjaman yang dibuat.
Fonterra bersama Imej MAS tidak komuniti Kg. Kerinchi terjejas KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar dan pengedar produk tenusu, Fonterra memilih menganjurkan program memasak bubur lambuk dan majlis berbuka puasa dalam rangka program khidmat masyarakat mereka semepana Ramadan tahun ini. Menurut Pengarah Urusan Fonterra Malaysia dan Singapura, Jose Miguel Porraz Lando, program yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, dekat sini minggu lalu sebagai menghormati kemuliaan bulan Ramadan dan juga sempena sambutan Hari Susu Sedunia Di majlis tersebut, pihak Fonterra bersama jawatankuasa masjid mengedarkan bubur lambuk dan pek berbuka puasa terdiri daripada produk Fonterra iaitu Fernleaf dan CalciYum, selain barangan berbuka puasa yang lain.
Jose Miguel menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kecil dalam program CSR syarikatnya.
KUALA LUMPUR: Imej syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tidak akan terjejas walaupun baru-baru ini syarikat itu mengalami insiden seorang penumpang yang mempunyai masalah mental mahu memasuki kokpit penerbangan MH128 Perunding Perhubungan Awam, Ivlynn Yap berkata, apa yang berlaku bukan dari kesilapan pihak syarikat penerbangan terbabit tetapi ia berpunca daripada sikap individu. Kata beliau, MAS sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang menghadapi pelbagai rintangan, namun pihak syarikat penerbangan itu dapat mempertahankan imejnya. “Bagi saya dalam insiden ini imej MAS tidak terjejas dan mereka tiada masalah dalam perkara tersebut. “Memang sebelum ini MAS menghadapi banyak dugaan seperti kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh, namun saya melihat MAS bangkit dan terus mendapat sambutan. “Apatah lagi dalam insiden ini, Mas cuba buat yang terbaik dan hasilnya kita dapat lihat penumpang yang cuba menimbulkan kekecohan itu dan dapat ditangkap,” katanya. Menurutnya, setiap orang harus melihat dari sudut positif dalam perkara ini. Oleh itu Ivlynn mengangap, tohmahan dari natizen yang mengatakan imej Mas semakin ‘malap’ selepas insiden yang menimpa MH128 adalah salah. “Semua syarikat penerbangan ada kelebihan dan ada kelemahannya, dan kejadian yang berlaku kepada MH128 bukan perkara baru atau kejadian pertama kali berlaku dalam sistem penerbangan di dunia ini,” jelasnya.
3
7 - 13 Jun 2017
Mengapa Utusan, NST tidak kena tindakan? MUHAMAD MAT YAKIM
APABILA Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak ter hadap akhbar The Star ber hubung pemaparan tajuk dan gambar mengelirukan di muka depannya 27 Mei lalu, ada pihak mempersoalkan; mengapa Utusan Malaysia dan The New Straits Times (NST) tidak dikenakan tindakan yang serupa? Ini kerana, dua akhbar ber kenaan juga menyiarkan berita dan gambar yang sama di muka depan mereka. Tidak. Menyiarkan berita yang berkaitan dengan ke ganasan, apatah lagi gambar jemaah solat tarawih tidak per nah dilarang dalam undangundang dan etika penerbitan. Itu adalah peristiwa, dan setiap peristiwa boleh sa ha ja jadi bahan berita. Apa lagi jika hal pertempuran kumpulan militan dengan pihak keselamatan Filipina di Marawi City itu membabitkan rakyat Malaysia, sudah tentu ia jadi berita besar di negara kita. Kerana itu, hampir ke se mua akhbar tempatan me laporkannya sebagai berita muka depan. Namun, sudah tentu ada sebab yang membezakan apa bila The Star dikenakan tindakan sedangkan Utusan Malaysia dan NST tidak. Kesalahannya bukanlah bersebab dengan gambar dan berita yang dipaparkan, tetapi bagaimana ia dipaparkan? Hal ini teramat mudah untuk difahami sebenarnya! Bagi pensyarah pengajian media UiTM Shah Alam, Ahmad Farami Abdul Karim, perbezaan dalam pemaparan gambar dan muka depan The
Star dengan Utusan Malaysia dan NST adalah sangat jelas. Isunya berkaitan dengan pemilihan kata, reka letak (layout) dan pembingkaian be rita yang dilakukan. Tajuk muka depan Utusan Malaysia, ‘Dua militan maut’ dan NST, ‘More Malaysian fighters in The Philippines’, bolehkah dianggap ada kaitan dengan foto jemaah solat di masjid tempatan? Bagaimana pula dengan tajuk The Star; ‘Malaysian terrorist leader’ yang dipaparkan seakan bersekali atau bersama dengan foto jemaah solat? “Jemaah solat dalam foto itu boleh dianggap pengikut ketua pengganas yang di nyatakan dalam tajuk berita itu,” kata Ahmad Farami Abdul Karim. Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Farami berkata, pe ma paran yang sedemikian boleh menjadi petunjuk konservatisme agama yang dibingkaikan sebagai ekstre misme. “Apabila diasosiasikan de ngan berita negatif terorisme, foto seperti itu boleh jadi signifier ‘creeping Islamism’ yang sering dimomok oleh media liberal. Ini persoalan semiotik. Foto jemaah solat juga boleh dikontekstualisasi me lalui tajuk berkaitan terorisme, sedangkan Utusan dan NST, konteks beritanya lain,” kata nya. Dari segi reka letak, pula kata Ahmad Farami, melihat muka depan The Star akan mendorong pembaca secara psikologi mengaitkan foto dengan tajuk berita. Ini di sebabkan proximity atau ke dekatan dua item tersebut. “Ini ada dalam prinsip
Muka depan The Star, NST dan Utusan Malaysia 27 Mei lalu.
Gestalt. We tend to look at the whole, rather than the sum of its parts. Maka persepsi akan terbentuk,” katanya. Utusan Malaysia dan NST sebaliknya menggunakan la tar putih selain garisan untuk menjarakkan atau me misahkan foto dengan tajuk berita. Seorang artis grafik, Fahmi Reza baru-baru ini mengubah reka letak muka depan The Star edisi kontroversi itu. Menggunakan tajuk artikel dan gambar yang sama, Fahmi menonjolkan perbezaan me nerusi garisan yang lebih tebal untuk memisahkan gambar jemaah solat dengan tajuk berita.
Ia sekali gus menunjukkan bahawa tidak ada perkaitan
antara berita utama di atas dengan gambar yang di paparkan. Gambar itu juga diberikan tajuk dan kapsyen yang be rasingan serta lebih menonjol, sekali gus dapat menunjukkan pemisahan dengan berita utama. Ini sama sekali berbeza dengan reka letak asal yang meng gunakan garisan halus untuk memisahkan berita utama dengan gambar itu. “Dalam reka letak asal, kapsyen untuk gambar itu adalah lebih kecil dan letaknya juga tidak jelas. Dengan tajuk berita dan foto yang sama, tetapi diubah reka letaknya dengan garisan pemisah yang lebih jelas, juga kapsyen yang
lebih ketara, adakah oang akan marah dan minta KDN ambil tindakan?,” soal Fahmi menerusi laman sosialnya. Bekas Pengarah Pusat Ke wartawanan Bebas, Siew Eng Chuah dalam komen kepada Malaysiakini, pula berkata pan dangan mata seseorang ketika menatap muka surat khabar yang ada gambar, berlaku dari paras mendatar sebelum beralih ke atas. Ketika itu, pandangan awal seseorang terhadap se suatu perkara yang berlaku dalam persekitarannya, akan dibina dan mempengaruhi tang gapannya. Dengan hal yang demikian, sukar untuk ditolak bahawa pe maparan oleh sesebuah akhbar boleh dikaitkan dengan motif. Berita yang sama, foto yang sama namun dipaparkan secara berbeza oleh akhbar yang berlainan, mungkin di sebabkan oleh motif atau agen da yang berbeza oleh editorialnya! Paling tidak, ia akan me nimbulkan persoalan ataupun keraguan pada tujuannya; mengapa ia dipaparkan se demikian rupa? Bagi khalayak pula, apa bila tindakan kerajaan di persoalkan; mengapa hanya The Star sedangkan Utusan Malaysia dan NST tidak dikenakan tindakan, ini mungkin ada kaitan dengan agenda, propaganda atau ketaksuban. Hal yang sebenarnya mu dah untuk difahami, se ngaja dilencongkan supaya ada yang terpengaruh konon nya kerajaan telah me laku kan diskriminasi atau meng amalkan undang-undang dwi darjat.
4
7 - 13 Jun 2017 SYERIL SHARINA AZHAR FOTO : NASHRUL HAQ
Jimat, sedap dan bersih. Itu antara perkataan yang boleh digunakan bagi menggambarkan bazaar ini. Dengan susunan gerai yang kemas selain kemudahan tempat letak kereta yang disediakan, kami bawakan kepada anda salah sebuah bazaar ramadhan yang menyediakan berbagai jenis juadah berbuka puasa yang bertempat di Seksyen 17, Shah Alam.
Ayam Percik
Ayam percik merupakan antara juadah yang menjadi buruan disebabkan kesedapan perapan sosnya.
Donat, cakoi dan pau kacang
Kuih yang mendapat tempat dihati pengunjung kerana keaslian rasanya seperti buatan kampung halaman.
Lapan juadah pilihan di bazar Ramadan
Murtabak
Kesedapan intinya membuatkan murtabak daging dan ayam menjadi juadah pilihan seisi keluarga.
Aneka jenis sup
Selain menyediakan menu masakan berkuah kepada anda seperti sup ayam dan daging, terdapat juga menu sampingan seperti laksa dan mee bandung.
Jus mangga madu
Keaslian rasanya yang sedap pasti membuatkan anda menyukai jus buah ini. Kemanisan jus ini boleh dikawal mengikut citarasa anda. Peterson bersama Faye Dunaway
Panas dan murah
Bagi penggemar makanan bergoreng, gerai ini menjual aneka juadah bergoreng seperti mee goreng, maggi goreng dan lain-lain lagi dengan harga yang berpatutan.
Cucur udang
Cucur udang yang digoreng gebu dan hirisan udang yang tebal membuatkan anda pasti berpuas hati ketika menjamahnya.
Nasi ayam goreng berlauk
Jimat dan mengenyangkan sekiranya nasi ayam menjadi pilihan anda kerana dengan satu menu sahaja, anda boleh mendapat nasi dan lauk yang sedap mengikut citarasa anda.
5
7 - 13 Jun 2017
'Sapina tak boleh balik sendiri ka?' 08
SUATU hari, isteri aku me rajuk teruk. Waktu makan ma lam, dia tidak banyak cakap. Sekadar perlu sahaja. Aku bingung. Aku tanya apa sebabnya, apa ke salahan yang aku sudah buat, dia tak jawab. Puas aku bertanya, me mujuk dan merayu, dia tetap diam. Apabila aku sendiri diam, barulah dia bersuara. “Hana tu siapa?” dia bertanya. “Hana?” Aku terpinga-pinga. Tidak. Bukan kerana ‘terkantoi’ tetapi kerana sebenar-benarnya aku tidak tahu siapa ‘Hana’ yang dia tanya. Barang kali kasihan melihat aku yang sudah seperti ‘kucing tertelan kapur’, dia bersuara lagi: “Abang langsung tak contact saya hari ni, langsung tak ambil tahu. Dengan orang lain, boleh pula… siap komen
bergurau di Facebook!” Damn! Yalah! Hari itu memang aku tak hubungi dia macam biasa. Selalunya ada juga aku hantar mesej Whatsapp atau menyapa di Facebook. Paling tidak, ber tanya khabar atau hantar mak luman: “Sayang awak ketatketat” atau “Saya rindu awak sangat-sangat!” Tetapi hari itu, kesibukan yang melampau mencemburui hasrat romantis aku dengan isteri. Memanglah, Facebook aku ada buka sepintas lalu, dan sempatlah juga beri komen se patah dua pada posting kawankawan. Oh ya! Baru aku teringat, ada seorang kawan bernama ‘Hana’ yang aku komen, tetapi …. “Hana kawan abang tu lelaki. Hana tu nama anak dia. Jangan awak nak cemburu pulak. Kalau tak percaya, cubalah buka akaun dia tengok profil, gambar isteri dia pun ada …” Selepas ditunjukkan bukti, akhirnya dia percaya. Itulah. Cerita salah faham yang berpunca daripada kes
nama yang mengelirukan me mang banyak terjadi, malah bo leh melarat hingga berbalah suami isteri. Aku sendiri, selepas kejadian itu, pun terjebak sekali lagi. Kali ini, nama ‘Saeful’ yang aku dapati banyak ‘like’ dan komen di ‘wall’ isteri. Namun oleh kerana ada pengalaman, aku ambil pen dekatan berhati-hati. Dengan penuh sopan santun dan bertata susila, aku beritahu isteri: “Unfriend sajalah orang nama ‘Saeful’ tu. Nampak lain macam saja, jenis tak hormat orang. Terang-terang awak letak gambar dengan abang pada profil pun dia redah jugak. Bahaya orang macam ni …” Itulah ayat paling sopan yang boleh aku usahakan! Dibalas oleh isteri: “Saeful tu perempuanlah bang…” “Macam mana awak boleh yakin sangat?” “Tengoklah status dia, semua tu sharing untuk sesama orang perempuan sajalah.” “Hurmmm…. Apa pun, hatihatilah sikit.”
Dalam pengajian komuni kasi, hal yang seperti ini di namakan konflik pseudo. Kon flik pseudo dalam erti kata sebenar bukanlah konflik tetapi sebenarnya hanya satu salah faham yang berlaku disebabkan kekurangan maklumat dalam mesej, ataupun maksud mesej yang kurang jelas hingga akhir nya berlaku salah tafsir. Dalam makna lain, kes konflik pseudo ialah keadaan di mana kedua-dua belah pihak sebenarya tiada sebarang ma salah tetapi masing-masing me nyang ka mereka mempunyai masalah antara satu sama lain disebabkan maklumat tidak lengkap mengenai sesuatu isu yang dibahaskan. Dalam kehidupan seharihari, kita mudah bertemu de ngan hal yang semacam ini sama ada melibatkan diri sendiri ataupun orang lain. Apa yang berlaku melibatkan bapa dan emak saudara aku ini boleh dikira paling ‘win’. Bapa saudara aku kerja polis. Mereka tinggal di Farlim, Pulau Pinang. Setiap kali dia
pulang lewat, emak saudara aku akan tanya: “Abang pi mana, balik sayop (lewat) ni?” Lalu dijawab oleh suami nya: “Lewatlah, kena hantar sapina dulu!” Mulanya, emak saudara aku ini diamkan sahaja. Tetapi selepas beberapa kali, angin pun sudah naik kepala, dia akhirnya bersuara apabila suaminya memberikan alasan yang serupa. “Tiap-tiap kali lambat, hantaq sapina, tiap kali lambat hantaq sapina… awat (apa)? Sapina tu tak boleh balik sendiri ka?” “Hisshhh! Hang nii… dia nak balik sendiri lagu mana, sapina tu kertas, bukannya ada kaki. Ni nak habaq bagi, sapina tu surat, mahkamah panggil untuk sapa-sapa hat kena jadi saksi, surat panggil mai bicara. Faham?” Nah, haih!
AirAsia gigih tembusi 'Charity Car Wash', pasaran Vietnam didik belia prihatin HANOI - Setelah tiga kali mencuba, AirAsia sekali lagi berusaha untuk memasuki pasaran Vietnam dalam situasi industri penerbangan negara itu dikawal ketat oleh kerajaannya. Vietnam mengawal pasaran pe ner bangannya yang didominasi oleh syarikat berkaitan kerajaan, Vietnam Airlines dan syarikat tambang murah tempatan, Vietjet Air. Strategi terbaru AirAsia adalah ber gabung dengan Thien Minh Group (TMG), perintis agensi pelancongan tem patan yang beroperasi sejak 1994. TMG dimiliki Tran Trong Kien yang juga menguasai Buffalo Tours, salah satu jenama pelancongan terkenal di negara itu. TMG juga mengendalikan hotel dan laman web tempahan pelancongan selain menawarkan khidmat penerbangan per siaran sejak empat tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah bertemu Tran pada penghujung 2015 dan mereka telah membincangkan isu kerjasama di Vietnam. Menurut Tran, keazaman untuk tidak mengulangi kegagalan percubaan AirAsia yang lalu, kedua-dua syarikat kini berhati-hati dalam menyusun strategi untuk disesuaikan dengan budaya korporat yang berlainan. Kedua-dua pihak merancang untuk ber gabung dan membuka sebuah sya rikat tambang murah baharu di Vietnam dengan penerbangan pertama dijangka pada 2018, menggunakan pesawat pe numpang jarak sederhana seperti Airbus A320 da A321. Syarikat usaha sama itu akan me nyasarkan laluan domestik dan antara bangsa yang tidak dilalui oleh Vietnam Airline dan Vietjet Air. Tran berkata masih ada ruang untuk syarikat itu mengendalikan laluan
Pesawat Vietjet Air dan Vietnam Airlines, dua syarikat yang mendominasi industri penerbangan negara Indo China itu.
khusus dengan permintaan yang kukuh di antara Tokyo dan Nha Trang. Pada 2005, AirAsia buat pertama kali cuba memasuki pasaran Vietnam sebagai penyokong perkhidmatan Pacific Airlines namun akhirnya tewas dengan saingan Qantas Airways. Syarikat yang berpangkalan di Malay sia itu melakukan percubaan kedua pada 2007 menerusi kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan, namun tidak berjaya. Pada 2010, AirAsia cuba untuk me ngambil alih 30% pegangan dalam VietJet Air, malah perjanjian bagi tujuan itu juga telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak namun diabaikan oleh kerajaan. Pihak berkuasa Vietnam sememang nya sangat melindungi industri pe ner bangan negara itu dan setakat ini telah ba nyak menolak cadangan daripada pi hak luar untuk menembusi pasaran penerbangan Vietnam. Bagaimanapun, ia masih lagi menjadi minat AirAsia yang menunjukkan keazaman kuat untuk merebut bahagian pasaran itu kerana potensi pertumbuhan besar berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Remaja didedahkan dengan aktiviti yang memerlukan kesabaran
KUALA LUMPUR - Atas dasar usaha me lahirkan belia yang mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi ter hadap masyarakat sekeliling dalam menghadapi zaman globalisasi yang kian mencabar, Kelab Belia Eksplorasi Ilmu Darwisy et Darwisyah (Kelab Belia DD) menganjurkan ‘Charity Car Wash’ yang berkonsepkan ‘Clean Your Car, Share Your Smile’ baru-baru ini. Program bertempat di Masjid AlRidhuan, Hulu Kelang bertujuan men dedahkan kepada ahli kelab dan golongan belia khususnya tentang bagaimana sukarnya mendapatkan wang untuk perbelanjaan di era serba mencabar sekarang ini. Pemilihan masjid juga untuk me narik golongan muda mendekati aktiviti di rumah ibadah agar mereka menjauhi aktiviti yang tidak mendatangkan faedah seperti melepak, rempit, permainan yang melalaikan dan seumpamanya. Pengerusi Kelab Belia DD, Syed Shafize berkata, pendekatan ini di rasa kan sesuai bagi mendekatkan lagi golongan belia dengan masjid di samping mendedahkan mereka kepada
sukarnya memperolehi wang untuk perbelanjaan harian. Pengarah projek 'Charity Car Wash', Aimi Nadhirah pula berkata bahawa program kali ini secara tidak langsung memberi impak besar kepada sukarelawan-sukarelawan yang terlibat. “Kami ingin melahirkan belia yang mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi terhadap masyarakat sekeliling dalam menghadapi zaman globalisasi yang kian mencabar,” katanya. Seorang dari sukarelawan program, Muhamad Ridzuan berkata, "Aktiviti amal yang dijalankan ini bukan sahaja membolehkan penduduk sekitar meng hulurkan sumbangan dengan mencuci kereta bahkan yang lebih pen ting, hubungan antara ahli kelab DD semakin erat". Kerja amal yang bermula 9 .00 pagi hingga 6.00 petang itu melibatkan 20 orang ahli kelab dan 6 orang pelajar Maahad Tahfiz Masjid Ar-Ridhuan de ngan bayaran sebanyak RM10 untuk cucian kereta dan RM5 untuk motosikal.
6
7 - 13 Jun 2017
DUNIA MINGGU INI
GOLD COAST - Pasukan Korea Selatan meraikan kemenangan 3-2 ke atas pasukan China sekaligus menjuarai Piala Sudirman untuk tahun 2017. Kesemua pemain wanita Korea Selatan memenangi ketiga-tiga perlawanan mereka untuk memberikan kemenangan yang tidak dijangkakan.
LONDON - Beribu orang terkandas di Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow, sehingga ada yang terpaksa tidur di atas lantai, apabila kerosakan sistem IT British Airways untuk hari kedua menyebabkan syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan hampir ke semua penerbangannya.
LOS ANGELES - Laporan Pengiraan Kadar Gelandangan Los Angeles 2017 telah melonjak naik sebanyak 20% tahun ini berbanding dengan tahun 2016.
NEW YORK - Satu pertunjukan seni Holoscenes menggunakan tangki air seberat 12 tan diadakan di Times Square, New York sempena Festival Sains Dunia yang ke 10. Dalam pertunjukan itu, artis Annie Saunders kelihatan ditenggelami air sebagai simbolik mengenai isu air sedunia.
CANNES - Aishwarya Rai bergaya untuk sesi fotografi semasa tayangan premier ‘120 Beats Per Minute’ pada Festival Filem Cannes ke 70 baru-baru ini.
DUBAI - Pekerja-pekerja di Dubai menunggu untuk berbuka puasa secara beramairamai di sebuah kawasan lapang pada hari pertama bulan Ramadan.
7 - 13 Jun 2017
Bisnes
Aidijuma tembusi pasaran antarabangsa MAJIDAH MOHAMED
KUALA LUMPUR – Aidijuma melalui Colors Addiction Sdn. Bhd., akan menembusi pasaran Indonesia tidak lama lagi melalui platform portal belibelah dalam talian, HIJUP.com. Indonesia mempunyai peluang pa saran yang positif yang mana ia adalah negara mempunyai penganut beragama Islam terbesar dunia selain peredaran fesyen Muslimah yang semakin berkembang pesat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma, Norjuma Habib Mohamed, perancangannya untuk meluaskan per niagaan ke Indonesia berikutan per kembangan positif penjualan Aidijuma di Brunei pada 2015.
Tambahnya lagi, tidak ha nya me numpukan pasaran Indonesia, mereka masih dalam perbincangan untuk meluaskan pasaran ke Turki selain terlibat dalam Ekspo Fesyen Sopan London.
“Menerusi pembelian ekui ti selain usaha sa ma dengan HIJUP.com, kami yakin dapat mem perkukuhkan lagi je na ma Aidijuma. “Ia adalah an tara gedung beli-belah dalam talian yang po pular di Indonesia yang membabitkan banyak jenama eksklusif selain pe reka terkemuka fesyen
FGV catat peningkatan perolehan di awal 2017
KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) merekodkan peningkatan perolehan 15 peratus daripada RM3.76 bilion kepada RM4.32 bilion pada suku pertama 2017 diikuti oleh pendapatan tinggi dari sektor perladangan, logistik dan lain-lain (LO) serta gula dengan maisng-masing mencatatkan kenaikan 11, 57 dan 17 peratus. FGV mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti RM2.47 juta, penambahbaikan RM83.5 juta berbanding rugi selepas cukai dan kepentingan minoriti RM81 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad kumpulan mereka merekodkan perolehan lebih tinggi pada suku pertama berikutan prestasi positif dalam sektor operasi huluan dengan peningkatan 16 peratus pengeluaran minyak sawit mentah, sekali gus mengurangkan kos pengeluaran 5.0 peratus kepada RM1,739 tan metrik tahun ke tahun. “FGV berjaya mengurangkan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama pada 2016,” katanya. Prestasi baik kumpulan direkodkan beberapa faktor seperti harga gula mentah yang tinggi iaitu RM2,697 metrik tan, susut nilai daripada bayaran belum diterima dan peruntukan kerugiaan litigasi.
Muslimah di serata dunia. Selain itu, HIJUP.com ber peranan sebagai pusat se henti fesyen Muslimah yang menawarkan produk-pro duk dan kelengkapan yang bersesuaian dan meng ikut keperluan, kehen dak dan trend pa saran semasa.
Tumpuan syarikat pada tahun ini adalah untuk menaik taraf pro duk termasuk dari aspek re kaan, kualiti dan pe nyampaian se lain me nambahbaik perkhidmatan pelanggan dalam talian mahu pun di kedai-kedai konsep.
7
Amanah raya yakin tingkat jumlah pelanggan KUALA LUMPUR – Amanah Raya Berhad optimis terhadap usaha untuk me ningkatkan jumlah pelanggan terutama golongan bukan bumiputera melalui kempen yang telah dijalankan pada 1 Jun lalu selama dua bulan. Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md. Yusof menjelaskan bahawa mulai 1 Januari sehingga 31 Mac tahun ini, Amanah Raya melalui 18 cawangan di seluruh negara mendaftar 6,552 wasiat yang mana 13 peratus terdiri daripada golongan bukan bumiputera . “Amanah Raya menawarkan promosi istimewa terbuka kepada semua rakyat Malaysia melalui Kempen Wasiat Aidilfitri mulai 1 Jun hingga 31 Julai. “Justeru, orang ramai seharusnya merancang lebih awal pewarisan kerana kami berupaya memenuhi keperluan masyarakat Malaysia selain mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat profesional daripada pihak kami secara profesional,” katanya. Orang ramai juga dipelawa untuk melayari sesawang Aamanah Raya bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.
Isuzu buka cawangan pusat servis baharu KUALA LUMPUR – Isuzu Ma laysia Sdn. Bhd. me lalui kerjasama de ngan anak syarikat DRB Hicom Bhd., Automotive Corporation Ma laysia (ACM) telah membuka pusat kemudahan selepas jualan utama di Shah Alam. Pusat perkhidmatan ter sebut yang dikenali sebagai Isuzu Service Center (ISC) akan dikelolakan oleh pasu kan teknikal Jepun dari Isuzu Motors Limited dan mendapat bantuan daripada juruteknik terlatih yang memiliki sijil i-Mec Isuzu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka, pusat ser vis tersebut akan me nyediakan perkhidmatan penyelenggara an kenderaan yang cekap dan pantas sebagai usaha syarikat memberikan perkhidmatan selepas jualan yang efi sien, komprehensif serta professional ke pada pelanggan-pe langgan. “ISC adalah plat form terbaik bagi kami untuk me realisasikan ob
jek tif korporat bagi me ning katkan hubungan dengan pelanggan bersesuaian dengan jumlahnya yang semakin me ningkat. “Malah kenderaan ke luaran Isuzu menjadi pilih an apabila lebih 10,000 kenderaan baharu Isuzu di daftarkan se tiap ta hun di Malaysia selain kami berharap ISC dapat mem berikan sokongan tambahan terhadap rang kaian pengedar dan pelanggan dengan per khidmatan selepas jual an yang lebih efisien,” jelasnya. Selain itu, ISC juga
menawarkan tenaga kerja cekap, alat ganti ter sedia selain kemudahan kom pre hensif dengan 16 ruang pe nyelenggaraan. Malah ke mudahan se luas 0.8 hektar akan disiapkan selain akan dilengkapkan menjelang suku ketiga tahun ini. Tambahnya lagi, pusat servis ini akan dilengkapi pengangkat berkapasiti ting gi yang dapat digunakan me ngangkat trak tugas sederhana dan berat.
8
7 - 13 Jun 2017
BISNES
Fujifilm perkenal kamera cetak segera KUALA LUMPUR – Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan kamera cetak segera Instax terbarunya, Instax Square SQ 10 untuk dijual di pasaran negara ini. Kamera ini yang disertakan dengan teknologi baharu yang mana pengguna boleh memilih pilihan gambar yang ingin dicetak. Melalui Instax Square SQ 10 ini, pengguna juga boleh mencetak gambar-gambar tersebut dalam tempoh segera. Mempunyai ciri yang berbeza berbanding kamera cetak segera sebelum ini, setiap gambar yang
diambil akan terus dicetak, sebaliknya Instax Square SQ 10 mempunyai simpanan memori dalaman sendiri dan hanya akan mencetak gambar mengikut kehendak pengguna. Selain itu, kamera ini turut disertakan dengan 10 pilihan tapisan (filter) gambar selain mempunyai fungsi untuk menaikkan kecerahan serta kawalan vignet. Tidak hanya itu, ia juga didatangkan dengan saiz gambar cetakan empat segi bagi memenuhi kehendak pengguna terkini terutama golongan muda yang sentiasa menginginkan kelainan dalam mengambil gambar.
Pelancaran kamera baharu ini dijangka memacu sasaran jualan global syarikat itu pada tahun kewangan 2017 sekali gus memanfaatkan pengguna media sosial. Malah segmen kamera cetak segera dianggarkan bakal menyumbang kirakira 65 peratus kepada jumlah jualan Fujifilm kerana harga yang berpatutan selain turut memenuhi kehendak pasaran. Penggemar kamera boleh mendapatkan model kamera ini pada harga RM 1,328 dan Fujifilm membuka tempahan awal dan disertakan dengan promosi menarik.
Zakat TH hampir RM1 juta KUALA BERANG - Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan zakat sebanyak RM970,500 kepada lebih 1,900 golongan asnaf di seluruh negara sempena Ramadan tahun ini. Pengarah TH Terengganu, Datuk Mohyen Mosman berkata daripada jumlah itu, sumbangan berjumlah RM82,000 diagihkan kepada 164 orang penerima yang terpilih dan layak di negeri ini. "Setiap seorang daripada mereka menerima RM500 dan ia merupakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) sempena Ramadan, bertujuan membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya daripada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negara. "Suka saya kongsikan di sini bahawa TH merupakan antara pembayar zakat yang terbesar dengan jumlah zakat keseluruhan bagi tahun kewangan 2016 sebanyak RM60 juta," katanya pada majlis sumbangan Zakat Program Ehsan TH peringkat negeri Terengganu di sini, minggu lalu. Jelasnya, Terengganu merupakan negeri keempat selepas Perak dan Melaka yang terlibat dalam penjelajahan TH bagi pengagihan wang zakat yang dijangka berakhir pada pertengahan Jun ini.
KWSP catat peningkatan Sektor utama nikmati LPWAN pendapatan pelaburan
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP) telah mencatatkan pendapatan pelaburan seba nyak RM31.79 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2017, peningkatan 73.9 pe ratus berbanding RM6.78 bilion pada suku sama tahun lalu. Keadaan pasaran yang positif mendorong aktiviti pe ngambilan untung yang me nyumbang kepada pen da patan pelaburan kasar yang lebih tinggi pada suku pertama 2017. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, kedua-dua pasaran domestik
dan global menunjukkan pe ning katan ketara berbanding suku pertama tahun lalu. ”Pelaburan luar negara KWSP merangkumi 29 pe ra tus daripada keseluruhan aset pelaburan dan telah me nyum bang 37 peratus jumlah pen dapatan pelaburan dalam suku pertama 2017. “Setakat Mac 2017, sebanyak 49.08 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah dalam instrument pendapatan tetap yang terus menyumbang kepada pendapatan yang stabil dan konsisten,”katanya. Dalam suku pertama da pat menyaksikan pelaburan pendapatan tetap mencatat RM4.07 bilion, 34.6 peratus daripada
pendapatan pelaburan suku tahun. Selaras dengan Piawaian Pelaburan Kewangan Malay sia (MFRS 139), KWSP men catatkan rugi terjejas ber sih lebih rendah tahun ini, daripada 1.64 bilion ke pada RM775.92 juta, iaitu penurun an sebanyak RM865.08 juta berikutan peningkatan di kesemua pasaran utama. Tambahnya, nilai aset pelaburan KWSP pula mencecah RM747.17 bilion, naik 2.20 peratus atau 16.06 bilion dari 31 Disember 2016.
CYBERJAYA - Perkilangan, pe ngangkutan, penjagaan ke sihatan, pertanian dan gaya hi dup digital adalah sektorsektor utama di Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi rangkaian kawasan luas kuasa rendah (LPWAN) dalam pe laksanaan Internet of Things (IoT). Ketua Pegawai Sektor Eko sistem Digital dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus (gambar) berkata, LPWAN ada lah antara teknologi terkini dalam dunia IoT yang dapat mem bantu menjadikan ke hidupan harian orang ramai menjadi lebih mudah. Sektor-sektor ini pasti men dapat keuntungan daripada ke pesatan pembangunan IoT untuk membawa nilai per niagaan dan meningkatkan kualiti hidup kita," katanya ketika memberikan ucapan aluan pada seminar "Gaya Hidup Digital : IOT Merubah Perniagaan" di sini, Selasa. Teknologi LPWAN me merlu kan penggunaan tenaga yang kurang, ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik atau bateri, tetapi pada masa yang sama ia mempunyai li putan yang panjang dan luas. Mohd Ali berkata, kajian
membuktikan penggunaan apli kasi IOT dalam sektor per niagaan dapat memberi pen jimatan antara 30 dan 40 pe ratus daripada kos operasi. "Malah, ABI Research me ramalkan bahawa teknologi LPWAN akan menjadi bahagian sambungan yang paling pesat berkembang di pasaran pada 2025 di mana sebanyak 4 bilion peranti IoT dijangka akan ber gantung kepada LPWAN men jelang tahun tersebut," katanya. Katanya, SKMM, dalam pe ranannya sebagai pemaju sektor multimedia dan komunikasi, menyokong sepenuhnya pem bangunan dan penggunaan teknologi-teknologi komunikasi yang membantu melancarkan integrasi dengan peranti yang sedia ada dan membuatkan hidup lebih mudah.
9
7 - 13 Jun 2017
BISNES
Motorola lancar siri G pertama di Malaysia KUALA LUMPUR – Motorola telah menunjukkan per kem bangan positif apabila men catatkan penjualan telefon pintar sebanyak 15 juta unit di seluruh dunia bagi suku peertama tahun ini. Menurut Ketua Saluran Jualan Telefon Pintar Motorola Malaysia, Francis Wong, pe ningkatan jumlah ini ada lah ekoran impak positif ke hadiran Motorola dalam industri telefon pintar sekali gus membuktikan jenama ini masih menjadi pilihan dan mendapat sambutan daripada orang ramai. Malah, penjualan tersebut merupakan 20 peratus lebih tinggi berbanding penjualan telefon pintar yang dicatatkan dalam suku sama tahun se belumnya. “Motorola kini berada di tempat keempat jenama tele fon pintar paling banyak dijual di seluruh dunia tidak termasuk di China. “Jenama ini telah bertahan lama dan antara pengeluar telefon bimbit terawal telah berjaya mengorak langkah sehingga kembali berjaya menembusi pasaran telefon
pintar,”jelasnya. Tambahnya lagi, Motorola buat masa ini berada di ke dudukan kedua telefon pintar yang paling banyak di guna kan di Brazil dan India. “Kami yakin dapat men capai pertumbuhan yang positif dan memberang sang kan disamping mam pu meningkatkan pela bur an,”katanya. Mengulas tentang Moto G5 Plus, ia adalah telefon pintar pertama siri G Motorola yang diperkenalkan tahun ini, memberikan teknologi ba haru selain rekaan yang lebih terampil tetapi didatangkan dengan harga mampu milik. ”Moto G5 Plus merupakan telefon pintar baharu yang diperkenalkan di Malaysia dan pihak kami masih mem punyai beberapa model baha ru untuk dilancarkan. “Model ini turut di da tang kan dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 625 dengan 2.0 GHz octacare CPU dan 650 MHz Adreno 506 GPU,”ujarnya. Tidak dengan itu, ianya turut mempunyai simpanan dalaman 33GB dan memori
RAM 4GB , selain mempunyai slot bagi membolehkan pe nambahan kad microSD se hingga 128GB. Mereka yang berminat untuk memiliki Moto G5 Plus kini boleh membuat tem pahan yang telah dibuka mulai 29 Mei hingga 4 Jun, secara eksklusif di laman belibelah dalam talian Lazada dengan harga RM1,299 dismaping memberikan tawaran istimewa kad jaminan tambahan, pelindung skrin dan bekas telefon secara percuma yang bernilai RM298.
Demak perkenal lapan model baharu
KUALA LUMPUR – DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. pengeluar dan pemasang motosikal jenama Demak memperkenalkan lapan model baharu di pasaran Malaysia. Semua model tersebut di pasang di Malaysia dan bakal menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat. Model yang diperkenalkan ialah Explor 150, Explorer 150, Ezio 100, Kobra 110 dan Sprinter 125 sementara D90 dan D7 dipertingkatkan daripada model seterusnya. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Hu Yin, model-model ini akan dijual sebelum hujung tahun ini dan ia bergantung kepada bekalan komponen dari pembekal. “Tidak hanya memperkenalkan model terkini Demak, kami juga memperkenalkan kenderaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS),”katanya. Selain itu, empat model kenderaan serba guna dilancarkan iaitu 4 runner, Eco 3 (petrol dan elektrik) dan E Trois yang sesuai digunakan untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Boustead catat prestasi positif KUALA LUMPUR – Boustead Holdings Berhad merekodkan prestasi positif untuk suku pertama yang berakhir 31 Mac 2017 de ngan ke untungan selepas cukai sebanyak RM41 juta, pe ningkatan RM10 juta ber banding tempoh sama tahun lalu. Selain itu, keuntungan sebelum cukai juga mencatatkan peningkatan berjumlah RM36 juta kepada RM72 juta berbanding suku sama tahun lalu. Menurut Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, keputusan tersebut telah dicapai ber dasarkan perolehan berjumlah RM2.4 bilion. “Kami menyedari keadaan pa saran semasa domestik dan antara bangsa agak mencabar se memangnya memberikan impak ke pada sentimen tem patan, na mun kesemua enam ba hagian per niagaan kami yakin bagi me nge tatkan kecekapan operasi dan meningkatkan pertumbuhan kum pulan. “Berdasarkan perniagaan kum pulan yang pelbagai, kami berbangga menyatakan hampir kesemua baha gian menunjukkan prestasi terbaik dengan bahagian perladangan men jadi penyumbang utama diikuti
bahagian perindustrian dan perladangan,”katanya. Tambah Lodin, bahagian perladangan Kumpulan Boustead menjadi penyumbang utama kepada pe ningkatan prestasi pada suku per tama 2017 dengan memperoleh ke untungan berjumlah RM57 juta iaitu peningkatan RM7 juta berbanding RM 44 juta pada tempoh sama tahun lalu. Katanya, perkara berkenaan ada lah disebabkan peningkatan harga produk sawit sawit serta peng hasilan pengeluaran tanaman yang lebih tinggi pada suku pertama tahun ini.
Sementara bahagian perindus trian dan perdagangan mencatatkan peningkatan keuntungan berjumlah RM29 juta berbanding RM19 juta tahun lalu berikutan sumbangan lebih tinggi daripada BHPetrol dan UAC Berhad. Manakala bahagian pelaburan dan kewangan berjaya merekodkan keuntungan RM21 juta, meningkat sebanyak RM8 juta berbanding tem poh sama tahun lalu dengan sum bangan besar daripada Affin Holdings disebabkan pendapatan operasi, pendapatan perbankan Islam dan pendapatan faedah bersih yang lebih baik.
Nokia yakin pasaran M'sia KUALA LUMPUR – HMD Global (HMD), pemilik jenama Nokia menyasarkan untuk menguasai pasaran telefon pintar Malaysia dengan pelancaran tiga model baharunya iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6. Menurut Presiden Asia Pasifik HMD Global, James Rutherfoord, Nokia adalah jenama telefon bimbit global popular sekitar tahun 90-an melalui pengeluaran produk yang berkualiti dan tahan lasak. “Model-model yang dikeluarkan menggabungkan kerja tangan yang unggul, reka bentuk tersendiri, ciriciri hiburan terkini dan Android sejati yang membawa era baharu kepada Nokia. “Kami optimis dalam beberapa tahun lagi kami akan menjadi peneraju pasaran telefon pintar global. Dengan mengekalkan ciri-ciri binaan Nokia yang tahan lasak dan berkualiti sudah pasti ia akan memberi nilai premium kepada pengguna,” katanya. Dalam masa sama, mereka akan fokus dengan penggunaan sistem operasi Android dalam semua model Nokia dan tidak bercadang untuk menggunakan platform lain dalam tempoh ini memandangkan ia menjadi pilihan pengguna global.
10
7 - 13 Jun 2017
JIMBA-JIMBA
Bertemu, berpisah kerana Perdana mengeratkan lagi silaturrahim dan permuafakatan antara ahli, MERIAH berjaya dan meng ini adalah antara sebab utama gamit memori. Itu yang dapat mengapa program siri seperti digambarkan mengenai ‘Pro ini diwujudkan.”katanya. ton Perdana Day’ yang diada Antara aktiviti yang dija kan baru-baru ini. Ia melibat lan kan pada hari berkenaan kan beberapa individu penting adalah beberapa pertandingan bersama 15 buah kelab kereta yang melibatkan pengubahsu dari seluruh negara. a i an kereta, jenis enjin yang Majlis edisi kedua yang dia dimiliki dan tahap kreativiti da kan di tapak karnival Sta menghias kereta. dium Bukit Jalil itu, mereka Selain itu, antara perkara berjaya mengumpulkan 550 lain yang menarik perhatian buah kereta jenis Proton Per pe nulis apabila nama setiap dana dengan lebih 600 orang kumpulan dan ahli kumpulan penggemarnya. yang digunakan berasaskan ba Menurut wakil dari Kelab hagian badan enjin kereta Pro Perdana V-Sixers, Wan Ros ton Perdana masing-masing. man Wan Musa, 43, objek tif Menurut Wan Rosman, aktiviti ini adalah untuk men “Nama kelab kami diambil ber gumpulkan semua pengge sem pena nama bahagian en mar kereta Proton Perdana di jin yang ada manakala na ma seluruh Malaysia. timangan setiap ahli ada lah “Tujuan Proton Perdana berdasarkan nama kereta ma Day diadakan untuk memberi sing-masing. Sebagai con toh peluang kepada semua ahli ke saya lebih dikenali sebagai lab bersua muka dan beramah Wan Maraude oleh rakan-ra mesra. Selalunya kita akan kan sekelab. Itu antara cara berinteraksi melalui Face kami memberi gelaran kepada book rasmi kelab, jadi untuk setiap ahli.” kongsinya. SYERIL SHARINA AZHAR
Kreativiti para peserta be gitu terserlah dengan me nampilkan kepelbagaian gaya 'sticker' dan aksesori oleh pe milik Proton Perdana yang me ngambil bahagian. Warna badan kereta yang telah 'ubah suai' daripada warna asal ju ga menjadi satu daya tarikan. Sesekali bi la ada yang meng
Antara pemenang yang memenangi pertandingan tersebut
hidupkan audio kereta, memang berjaya memecah kesunyian dengan dentuman kuat tetapi dengan kualiti bunyi yang baik disajikan ke pada pengunjung
pada hari tersebut. Mereka bukan berkumpul dengan menunjuk-nunjuka sia pa lebih atau sapa hebat, mereka datang sebagai sebuah komuniti besar dan mem pa merkan sayangnya mereka ke pa da kereta keluaran negara itu.
Deretan kereta yang telah diubahsuai Susunan kereta Perdana yang menjadi tarikkan
Jangan takut jadi penternak kambing! NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
SEPASANG adik beradik, Suzana Hussin, 30, dan adiknya, Mohd Nizam, 28, berusaha dengan bersungguhsungguh mengusahakan ladang kam bing di bawah syarikat Fatah Goat Farm di sebidang tanah nenek mereka yang telah lama dibiarkan kosong di Batu Pahat, Johor. Suzana adalah pereka fesyen bebas serta memiliki ijazah dalam reka bentuk dalaman manakala adiknya, Mohd Nizam berpengalaman dalam bidang IT. Pasangan adik beradik ini te lah mengambil keputusan untuk memulakan aktiviti membela dan menjual kambing sejak tiga tahun lalu. Kedua-dua adik-beradik ini
menjalankan perniagaan ini sendiri. Nizam bekerja sepenuh masa men jaga ladang selepas membuat ke putusan berhenti kerja di Kuala Lum pur. Beliau telah berkorban masa ber sama kawan-kawannya bagi me ngejar minatnya sebagai seorang usa hawan. Oleh kerana semangat dan peluang yang ada, mereka berdua menjalankan operasi harian di ladang kambing ini. Apabila mereka memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan ini, Nizam telah menghadiri kursus bagi mendalami selok belok mengusahakan ladang dan menjaga kambing. Mereka bermula dengan membela 54 kambing. Di ladang itu, mereka membela kambing dari spesis boer tulen. Walaupun pada mulanya mereka mempunyai pengetahuan sifar dan tidak tahu apaapa tentang membela dan menjaga kambing, mereka telah melabur wang yang banyak untuk memperluaskan ladang bagi menyediakan ruang dan kemudahan yang sesuai.
Bahan yang digunakan sebagai makanan kambing terdiri daripada soya, sagu, daun kelapa sawit dan pellet dedak yang diberikan dua kali sehari. Kini, mereka mempunyai kira-kira lebih 100 kambing di ladang berkenaan. Malah, Nizam berkata, “ia adalah lebih mudah untuk membela lembu berbanding kambing. Bagaimanapun, kambing biasanya tahan penyakit berbanding ternakan lain. Kambing juga makan apa-apa sahaja kecuali sisa makanan.” Adik beradik tersebut mengambil berat dan mempunyai ikatan yang kuat dengan haiwan-haiwan ini. Nizam turut berkata. “menjaga kambing adalah sama seperti menjaga bayi. Kami berasa sedih dan murung jika berlaku kematian pada anak kambing kami.” Terdapat permintaan yang besar untuk daging kambing terutamanya semasa musim perayaan, majlis perkahwinan atau upacara tradisional di Johor. Mereka menyediakan perkhidmatan
penghantaran dalam negeri Johor sahaja. Mereka mempunyai pe langgan tetap dari Kuala Lumpur yang akan membuat pesanan untuk daging kambing tersebut. Dari segi penetapan harga, ia berbeza bergantung kepada saiz. Syarikat ini juga menjual susu kambing. Persepsi dan sokongan daripada penduduk tempatan dan masyarakat juga penting. Sokongan dan galakan yang mencukupi adalah perlu untuk diberikan kepada generasi muda bagi mereka membabitkan diri dalam perniagaan ini. Kesabaran adalah penting dalam bidang ini. Nizam menggalakkan generasi muda untuk keluar dari zon selesa mereka dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepuasan diri.
7 - 13 Jun 2017
11
12
7 - 13 Jun 2017
Klinik mantap Al Fatihah untuk penumpang LRT "Solat adalah tiang kepada agama dan surah Al Fatihah adalah Ummu Kitab serta rukun terpenting dalam solat, yang menjadi amalan terbesar di kalangan orang-orang Islam. Justeru itu, Rapid KL LRT Laluan Kelana Jaya mengambil inisiatif ini untuk membantu para pengguna kami yang beragama Islam.
Teks & Foto MUHAMAD DIN HASSANUDIN
MENGAMBIL berkat daripada bu lan Ramadan Al Mubarak, Rapid KL membuka satu klinik khas di Stesen LRT Masjid Ja mek untuk memantapkan ba caan surah Al Fatihah se bagai satu program saham ak hirat dan sebagai satu lagi ak tiviti berterusan menyuntik keceriaan di stesen-stesen tren kendalian Rapid Rail Sdn Bhd. Bergandingan dengan pen tadbir Masjid Jamek Kuala Lumpur, yang menyediakan te naga pakar untuk mendengar, mengulas dan memantapkan ba caan surah berkenaan, kaunter Klinik Al-Fatihah itu dibuka setiap hari sepanjang bu lan Ramadan ini. Dibuka selama empat jam antara pukul 2 hingga 6 pe tang pada hari-hari bekerja an tara hari Isnin dan Jumaat, kaunter yang menyediakan per khidmatan percuma itu akan dibuka antara pukul 10 pagi hingga 6.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad serta hari-hari cuti umum. Ia terletak di ruang 'Concourse', Stesen LRT Masjid Jamek, Laluan Kelana Jaya. "Solat adalah tiang kepada agama dan surah Al Fatihah adalah Ummu Kitab serta rukun terpenting dalam solat, yang men jadi amalan terbesar di kalangan orang-orang Islam. Justeru itu, Rapid KL LRT Laluan
Kelana Jaya mengambil inisiatif ini untuk membantu para peng guna kami yang beragama Islam. "Program ini juga diharapkan untuk meningkatkan lagi ke sedaran di kalangan orang Islam mengenai kepentingan dan kehebatan Al Quran. Tentunya, tenaga pengajar dari Masjid Jamek itu akan turut sudi men jawab persoalan-persoalan lain tentang ugama Islam khususnya dalam pembacaan Al Quran," kata Tuan Haji Ismail Abdullah, Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya. Katanya, stesen Masjid Jamek dipilih untuk program berkenaan kerana ia adalah antara stesen paling sibuk untuk Laluan Kelana Jaya di samping lokasinya berhampiran dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Selain kaunter Al-Fatihah, stesen-stesen LRT dan monorel Rapid KL turut menyediakan juadah berbuka puasa yang be rupa air minuman dan kurma untuk para pelanggan Islam yang masih dalam perjalanan ketika masuk waktu berbuka puasa. "Di stesen-stesen LRT Masjid Jamek, Taman Melati, Gombak dan Bandar Tasik Selatan, kami turut menyediakan kaunter mem bayar zakat; manakala di Stesen LRT Ara Damansara pula, Rapid KL membuka bazaar Ramadan untuk meng adakan jualan juadah berbuka puasa dan pakaian Hari Raya
di samping penganjuran pro gram-program khas untuk me meriahkan Ramadan. "Ini semua adalah antara program-program yang dijalan kan secara secara berterusan di stesen-stesen LRT selaras de ngan aspirasi menyuntik ke ceriaan di stesen-stesen kami di samping pelbagai aktiviti-ak tiviti komersial," tambah beliau. Selain kaunter Klinik Al Fatihah, stesen LRT Masjid Jamek juga adalah lokasi tetap untuk program 'Arts on The Move' di mana persembahan seni dan kebudayaan diadakan pada hari Selasa dan Khamis memperagakan pelbagai bentuk persembahan.
Stesen LRT Masjid Jamek adalah stesen LRT yang paling sibuk dan paling ramai penumpang.
Klinik Al Fatihah stesen LRT Masjid Jamek dibuka setiap hari.
13
7 - 13 Jun 2017
Jawatan kosong CUSTOMER SERVICE WANITA (20-40 thn) Waktu bekerja: Isnin - Jumaat (9pg-6ptg) Tel 03- 4131 6607 / 011-10601918
Jawatan kosong
Jawatan kosong
RUNNER WANITA di taman Putra Ampang, Berminat Tel 03-4285 5470 / 016-984 8949. email sittal7233@ gmail.com
BUDAK PENGHANTAR diperlukan di sykt Alat Ganti "DESPATCH" LELAKI Kereta di subang USJ12 Gaji RM1800++ call En.Beh MELAYU diperlukan. Ada lesen motor. Ada EPF, 012-2764 048 Socso , Komisen. Tel 012DESPATCH lelaki RM1500 208 6662 , 012-24499719. - RM2000 . 22-1, Jalan OP 1/3 Pusat Dagangan 1 / KERANI Puchong. Tel 017-3111 509 DAFTAR / 014-640 3991 ( Depan IOI DIPERLUKAN segera di Mall) syarikat Kontraktor M&E. Kelana Jaya, Selangor . DIPERLUKAN pekerja yg mahir dalam menjahit Gaji RM1800- RM2500 manik di Wangsa Maju. Hubungi En Wong 019-359 Berminat boleh hubungi 2455 019-2255151 DIPERLUKAN segera pembantu fotostad (wanita) di Federal Highway. Berminat sila hubungi 03-78660937. Juruteknik Mesin Fotostad di Subang Tel : 03-56114945
GURU TADIKA dikehen daki di Pandan Indah , Kl Kelulusan SPM, Umur dari 20 tahun & ke atas. Tel segera 012-454 3216 / 034288 3216
Khidmat untuk bisnes
Khidmat untuk bisnes
URUT TRADISIONAL RM30 SEJAM Untuk Lelaki / Wanita, Suami / Isteri, pasangan dan lain-lain masalah kesihatan. Telefon En. Jojo 016 - 669 4869 untuk temujanji.
KEDAI PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PELA PERCETAKKAN MIN (DERSIQ bertempat BAYU Kompleks PKNS Shah Alam GALERRY) Pelamin tu & Puncak Alam, nang, Mini pelamin, Antara Pe la perkhidmatan disediakan: min rumah, Pelamin nikah, RekabentukCukur grafik, Cetakan Pelamin Jam bul Kad Perniagaan, Bunting (Harga boleh dirun ding). / Banner, Kad Lokasi kami diPoster, Shah Alam. Kawin, Pelekat Motor Call/Whatsapp: 013-286& Kereta serta cetakan Baju. 0343 (Raimi) Hubungi: 012-671 1929 ID: dersiqbayuweddings (Johan) 5170 atau FB:& 012-511 Dersiq Bayu (Daus) Weddings
TEMPAHAN KUIH LOYANG @ ROSE Untuk tempahan majlis jamuan raya atau stokis (diperlukan). Hubungi: 018-2868 795 (Pn. Zeera)
KLASSIFIED Jawatan kosong
KELINDAN / PEKERJA AM diperlukan segera di taman OUG (Hardware). Berminat sila hubungi 016322 6733 RUNNER DIPERLUKAN (Melayu shj ). Ada motosikal & lesen memandu. Boleh mula kerja segera. Tempat kerja Selayang. Sila hubungi untuk temuduga. 012-370 6533 CHEFF MASAKAN THAI Pengurus, Penyelia dikehendaki . Gaji RM3RM5k . Boleh berbahasa Inggeris Tel 012-2900087
Jawatan kosong
OPERATOR berpengalaman 2. Operator 3. Kerani diperlukan di syarikat di Nilai. Sila hubungi tel ; 06-799 1088 JURUJUAL DIPERLUKAN SEGERA ada / tiada pengalaman. 2. Kerani boleh bertutur & menulis Ingglish & BM , tahu komputer di kawasan kajang. Tel 014-933 977 PEMANDU LORI 2. Juruteknik penghawa dingin, 3. Plumber technician 4.Wireman 5. Kerani Admin di subang tel 03-5633 5405
PEMANDU LORI 2 TAN & Chef / Tukang Masak 40 kaki di USJ 1 , Subang (Masakan Ala-Thai / Ala Jaya. Berminat , sila carte / Melayu) Penyelia hubungi 012-345 3022 / 03 - 8023 3222 Restoran , pelayan , Pembantu Dapur , Casher & PEMANDU LORI RM80 2. Pembancuh Air diperlukan Kelindan RM60. Lokasi di di Restoren Halal KSL City Klang Utama , Selangor. Mall JB Tel 010-9569197 017-2033 333 / 012-587 4896
Khidmat untuk bisnes SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat) PENULIS LAMAN WEB BAHASA INGGERIS Memerlukan khidmat penulis laman web dalam
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554
KERANI AKAUN, Peman du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658
Diperlukan Pemandu Peribadi Juruteknik Elek trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 disewa
PEMANDU PERIBADI (Subang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Bahasa Inggeris? Atau Sek 36 Shah Alam Hubungi khidmat penulisan sosial Tel 011-35851693 media. Hubungi: 012-3050 PEMBANTU STOR DI 043 (ELIZA) PERLUKAN segera. TEMPAHAN KUIH Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan PENJAGA STORE & ke jamuan atau stokis rani puchasing. Kerja (diperlukan). berminat lokasi Cheras Mahkota. hubingi: 018-2868 795 Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189 (Zeera)
Khidmat untuk bisnes
KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER PENGALAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287
Jawatan kosong
KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838 MENCARI STOKIS / yang berminat membeli , menjual , dan mengedar sex toy, "love toy" boleh layari fb : https://www.facebook.com/ lovetoymalaysia DESPATCH / INSTALLER jawatan kosong seluruh Malaysia, Pendapatan bulanan RM1500 & ke atas, Kerja dari tempat sendiri. Mesti memiliki penganggkutan sendiri. Tel 03-2788 4188 / 018 - 217 33983
Apartment untuk dijual
RUMAH UNTUK DISEWA. Pelangi Indah Kondominum Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, KL berdekatan dengan PappaRIch Restoran & semua kemudahan Asas . 3 bilik & 3 bilik Mandi. Sewa Sebulan RM1200. Boleh dirunding Sila hubungi : 03 6258 2456 , 016 381 2151 , 016 9734 580
KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k
CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606
UKAY PERDANA, SRI PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .
AMPANG, TMN NIR WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258.
Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
7 - 13 Jun 2017
DESTINASI RumahLukis
Kebiasaanya anda tidak menjangkakan untuk mencari galeri seni di kawasan di pinggir bandar, apatah lagi di kawasan Hulu Klang. Tetapi di deretan rumah-rumah tersebut, di AU5, Lembah Keramat kelihatan RumahLukis dengan pintu besar dengan logam berkarat dan Selain itu, dinding di rumah dibiarkan kosong sepenuhnya menjadi petunjuk RumahLukis. RumahLukis sememangnya adalah rumah lukis. Dibuka akhir tahun lalu, RumahLukis memulakan operasinya dengan 'Carta', mempamerkan karya-karya artis tempatan yang terkenal Jalaini Hassan. Antara yang dipamerkan adalah draf Jalaini dan buku nota dari bawah, tahun pembentukan beliau sebagai seorang artis untuk lakaran dari selewat 2000. Dengan mempamerkan kerja-kerja peribadi seperti itu, Pital pemilik galeri berharap untuk memberi inspirasi kepada artis muda untuk terus berkarya dan membantu mengenengahkan hasil seni mereka melalui proses yang sama seperti orang lain.
Burger Mak Chick Gunung Berapi Ayam
Kepada peminat burger, anda pasti tidak mahu ketinggalan merasai Burger Mak Chick Gunung Berapi Ayam yang dijual menggunakan konsep food truck di Taman Tun Dr. Ismail. Burger ini disediakan dengan dua keping chop ayam yang digoreng sempurna, dua keping keju, sebiji telur goreng, bawang berkaramel, salad dan timun yang dihiris. Disediakan dengan empat jenis sos yang berbeza, cheese, barbeku, mayonis dan sos cili. Pastikan anda merasai kelazatan burger ini dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari: https://www.facebook.com/ makchickyunai
Camp5 Climbing Gym
Berlokasi di bangunan baharu One Utama, lokasi yang mudah dikunjungi. Camp5 adalah mengguna senibina kaca dan keluli. Camp5 ialah pusat mendaki tertutup berhawa dingin sepenuhnya, 24 meter tinggi dengan pemandangan panoramik bandar. Perkhidmatan termasuk sebuah kafe, mendaki pro-kedai, sewa gear dan latihan. Terdapat pemandangan panorama 270 darjah bandar serta sebuah kafe untuk beberapa hidangan ringan. Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa; kanak-kanak di bawah lapan tahun diberikan pendakian secara percuma. Camp5 juga menyediakan pakej parti hari jadi yang cukup baik. Nampaknya Camp5 begitu sesuai untuk anda membawa anak-anak terutama di hujung minggu.
Studio Kraftangan dan Kesenian ini adalah kedai sehenti untuk seni seramik dan kesenian tanah liat. Turut disediakan, kelas membuat tembikar, woksyop, peralatan dan bahan-bahan seni turut dijual di sini. Diasaskan oleh Cindy Koh, the Clay Expression ditubuhkan pada 2001 dengan misi untuk membuka dan memperkenal studio tembikar untuk artis dalam persekitaran yang mesra dan menggalakkan perbincangan berkaitan seni pembuatan tembikar. Perkhidmatan seni yang berkaitan disediakan oleh Clay Expression termasuk nasihat profesional mengenai seramik, tembikar dan tanah liat. Clay Expression adalah studio kerja tembikar dan kelas bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan pengalaman membentuk tembikar dengan tangan yang semestinya akan kotor dan siap untuk disimpan selamanya atau sekurang-kurangnya sehingga ia rosak! Layari www.clayexpression.com untuk maklumat lanjut.
Chess Untuk Kanak-kanak
KLigraphy
Pakar dalam seni membentuk kepingan tembaga dan seni kaligrafi moden, Inez Tan dan Jil Sta Ana dari KLigraphy akan melatih anda untuk berkaitan seni “beautiful writing� dengan menggunakan kaedah untuk memperindah penulisan anda menjadi lebih elegan. Anda akan dilatih dengan gaya tulisan tangan diatas lembaran kerja dan kemudiannya akan diimbas dan dicetak untuk dibawa pulang. Sesuatu yang bagus dengan woksyop ini adalah anda boleh bawa pulang peralatan untuk meneruskan latihan dirumah. Layari www.kligraphy.com untuk maklumat lanjut.
'Clay Expression'
Perfect Square Space, Taman Tun Dr. Ismail
Dibuka untuk member ruang kepada pemuzik alternatif. Walaupun baru dibuka hujung tahun lalu, Perfect Square Space mampu memuatkan 170 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Ramai pemuzik 'alternative' luar negara juga telah mengadakan persembahan mereka di sini. Layari Perfect Square Space di halaman FB
Terbukti mampu meningkatkan kepintaran, chess merupakan sukan terbaik membentuk pemikiran tajam. Daftarkan anak anda untuk kelas chess yang diadakan dua kali seminggu di Lara’s Place Kelas akan meliputi kaedah-kaedah dan taktik papan permainan dua pemain dan disesuaikan dengan tahap kemahiran setiap peserta. Anda mungkin mempunyai tunas catur ajaib di tangan anda! Layari http://larasplace.my/chess- kids untuk maklumat lanjut
15
7 - 13 Jun 2017
TRENDING
Jual daging kucing!
Sup jari ?
Seorang wanita terkejut menemui objek seperti hujung jari manusia dalam sup ikan yang dihidangkan ibunya minggu lalu. Li Jiaqi, pengguna media sosial Taiwan memuat naik gambar itu di Internet yang kemudian dikongsikan sepupunya Wu Jin Jia. Perkongsian mereka telah menarik minat netizen untuk berkongsi gambar sup jari tersebut. Wu memuat naik gambar berkenaan di forum Facebook Taiwan, Baoliao Commune pada 22 Mei lalu dan berkata, dia terkejut melihat apa disangkanya keratan jari manusia di dalam sup dimakan Li.
Mungkin kedengaran agak kejam, tetapi ramai yang tidak tahu kegiatan melapah dan menyembelih haiwan comel ini sedang berleluasa di negara kita. Malah, seekor kucing juga dijual dengan harga serendah RM12. Perkara tersebut berlaku kerana permintaan terhadap daging kucing kini amat tinggi dalam kalangan sesetengah warga asing yang menetap di negara ini. Daging kucing bukan sahaja menjadi santapan kegemaran
Anak sanggup pukul ibu
Tidak mengenang budi. Seorang remaja lelaki sanggup memukul ibunya di hadapan orang ramai kerana kecewa dibelikan sepasang cermin mata murah. Kejadian tersebut berlaku di Yongjia, Wenzhou, China. Rakaman video mendapati remaja lelaki itu dilihat sedang melihat telefon bimbitnya tatapi setelah ibunya memberi wang kepadanya, dia terus memukul wanita itu secara kasar. Pekerja kedai cermin mata bergegas menghalangnya daripada terus memukul ibunya. Video tersebut juga telah mendapat perhatian daripada orang ramai dan rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja tersebut.
Gadis asid bertemu jodoh
Tragedi disimbah asid kira-kira lima tahun lalu tidak memberi impak negatif dalam soal jodohnya. Jodoh yang dikenali secara tidak sengaja membuatkan Lalita Ben Bansi, 26, telah berkahwin dengan pasangannya Ravi Shankar, 27, di Mumbai baru-baru ini. Menariknya, Lalita dikatakan telah berkenalan dengan Ravi secara tidak sengaja apabila dia menjawab panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Bermula dari situ. mereka mula berkenalan dan bercinta sehingga akhirnya Ravi merasakan bahawa wanita yang dikenalinya itu adalah jodoh yang dihantar tuhan kepadanya.
Pensyarah jadi pengemis
Hidup seorang bekas pen syarah di sebuah universiti di Manila, Filipina berubah sele pas dia diistiharkan muflis. Baru-baru ini, seorang ga dis, Faye Ares telah bertemu seorang lelaki di sebuah gerai yang dikenali sebagai Jansen Locsin,bekas pensyarah yang ce mer lang dalam bidang aka de mik. Kisah hidup lelaki ini men gundang simpati netizen apa bila telah diceritakan se mula oleh Faye. Pada mulanya lelaki yang berusia 70 tahun itu menghampiri gadis itu dan de ngan sopan berkata dia tidak mahukan wang sebaliknya ma hu makanan kerana telalu lapar.
warga asing, ia juga sangat popular di kalangan pengusaha restoran makanan eksotik. Menurut seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Ruslan, dia menjalankan kegiatan menyembelih dan melapah daging kucing apabila mendapat permintaan sahaja. Rata-rata netizen mengecam aktiviti tersebut dan mencadangkan agar satu badan khas perlindungan kucing terbiar ditubuhkan. Ini kerana, di Malaysia aktiviti seperti ini harus dibanteras dari terus berleluasa.
Popia keropok lekor JB
'Gangster Jepun' diberkas
Kejadian sekumpulan gangster membuli pengguna jalan raya di Jagakarsa, Jakarta Selatan, Indonesia, tular di media sosial beberapa hari lalu. Kumpulan yang dikenali sebagai 'Gangster Jepun' itu dianggotai oleh lebih 100 remaja lelaki dan setiap daripada mereka membawa senjata tajam sambil beraksi di jalan raya. Rakaman video berdurasi seminit 47 saat memaparkan tindakan kejam 'Gangster Jepun' menendang beberapa penunggang motosikal tanpa sebab sehingga berlaku kemalangan. Menerusi video itu selepas menyerang penunggang motosikal, mereka akan melarikan diri. Bagaimanapun, kumpulan ini telah ditangkap oleh penguatkuasa dan diberi hukuman setimpal.
Seorang pelanggan yang singgah ke bazar Ramadhan di Johor Bahru, meluahkan rasa terkilan apabila makanan yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan. Menurut perkongsian di Facebook miliknya, lelaki itu telah membeli tiga biji popia berinti otakotak berharga RM2 namun hakikatnya inti itu digantikan dengan keropok leko. Kejadian itu telah membuatkan gerai keropok lekor itu menjadi viral dan ramai netizen berkongsi kisah peribadi mereka ditipu peniaga gerai bazaar Ramadhan.
Pelajar Melayu fasih Sepanyol
Shahida Supian, 20, ibarat Najwa Latif. Berkebolehan menyanyi sambil bermain gitar. Bakatnya baru-baru ini mendapat perhatian peminat seluruh dunia apabila penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memuat naik video menyanyikan semula lagu Despacito. Uniknya, lagu nyanyian asal Daddy Yankee, Luis Fonsi dan Justin Bieber itu yang mengandungi bahagian rap bahasa Sepanyol boleh disampaikan dengan baik oleh Shahida. Netizen juga memuji kepetahan bahasa Sepanyol oleh Shahida walau hakikatnya dia tidak pernah mempelajari bahasa tersebut.
Cikgu tular
Seorang guru, Nor Farahain yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor menjadi bualan netizen apabila gambarnya mula dikongsi orang ramai. Rata-rata netizen berpendapat bahawa dengan memiliki rupa paras yang cantik, ia menjadi bonus kepada Farahain untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Ada juga yang berpendapat bahawa dengan melihat wajah cikgu Nor Farahain, mereka terasa seperti ingin kembali ke zaman sekolah. Tidak semena-mena para waris juga dikatakan semakin kerap dan rajin menghantar anak-anak ke sekolah juga dikaitkan dengan 'fenomena' Cikgu Nor Farahain. Semoga guru dan pelajar sekolah ini terus maju jaya.
16
7 - 13 Jun 2017
www.syahrilkadir.com
'McGyver' Malaysia yang dilupakan TERKENAL dengan julukan McGyver Malaysia pada era 80an dan 90-an, beliau hadir me warnai citra Malaysia melalui penciptaan unik yang tiada to lok bandingnya. Zulkifli Haron, satu nama yang tidak asing di Malaysia ke tika itu. Pemikiran kreatif dan inovasi beliau sentiasa menda hului zaman tidak kira apa jua rintangan. Sebelum Google dan YouTube mendominasi kehi du pan seharian kita, Zulkifli Haron telah pun berfikiran jauh merentasi zaman. Kecanggihan hasil pencip taan beliau begitu sukar difaha mi beliau sehingga meraih per ha tian bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad. Seawal tahun 1985, namanya sudah mula meniti di bibir masyarakat apabila sentuhan geniusnya menghasilkan kereta automatik pertama di Malaysia. “Saya mencipta kereta auto ma tik menggunakan sebuah kereta antik iaitu Peugeot 404,” kata Zulkifli. Kereta Peugeot yang te lah berusia 17 tahun itu kemudian nya mendapat jolokan ‘Knight Rider Malaysia’ kerana beberapa inovasi unik yang ada padanya. Antara ciri unik yang me lengkapi kereta ini ialah enjin nya boleh dihidupkan dengan
ara han suara, wiper akan ber fungsi secara automatic apabila hujan, begitu juga jika tingkap ter buka ketika hujan, ia akan tertutup secara automatic. Selain daripada itu, kereta ter se but juga dilengkapi den gan sensor yang dapat menga wal kelajuan kereta bagi menge lakkan kemalangan selain alat keselamatan yang canggih pada ketika itu. Sehingga kini beliau tidak berhenti mereka cipta. Sejak tertubuhnya Zull Design Autotronic pada awal 90-an, Zulkifli tampil dengan pelbagai produk berasaskan inovasi. Ramuan kejayaan Zulkifli mudah, beliau tidak pernah
menyimpang daripada objektif asal iaitu fokus sepenuhnya pen yelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya dalam kejuru teraan inovasi. “Memang sejak kecil lagi saya berminat untuk mencipta dan me-reka. Saya tidak pernah ber puas hati dengan apa saja produk yang saya beli atau lihat. “Ada sahaja sesuatu perkara itu saya nak ubah suai, saya nak ‘upgrade’ dan perbaik kua li ti atau kredibilitinya,” kata Zulkifli. Kehidupan sentiasa bere volusi, teknologi pula semakin canggih setiap hari. Bagi Zulkifli, prinsipnya mudah, setiap indi vidu perlu mempunyai kein gi nan untuk maju dan berupaya mengadaptasi dinamik peruba han. “Sama ada seseorang itu nak buat atau tidak, itu sahaja. “Pada tahun 90-an, kalau tak silap saya, telefon Atur yang se besar bateri kereta merupakan teknologi yang paling canggih. “Pada waktu tersebut, inter net tiada, Google pun tiada dan kita pun tidak tahu apa itu inter net dan Google pada ketika itu,” kata Zulkifli. Zulkifli yang mengabdikan hi dupnya mereka cipta dan mengembangkan inovasi adalah buk ti jelas kejayaan seseorang da lam menempuh cabaran ke
Zulkifli menguji salah satu ciptaanya Baju Terbang / Jet Pack
dua Wawasan 2020. Cabaran kedua ialah untuk me wujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju yang dapat dikenali me lalui usaha mencapai kecemer langan, amat sedar akan semua po tensinya, tidak mengalah ke pada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Berbalik kepada usaha yang dila kukannya dalam era 80-an dan 90-an, Zulkifli berkata tidak ada satu pun geran dan dana daripada pelabur atau bank diperolehnya. “Ketika itu, ciptaan saya ada lah sesuatu yang tidak da pat dilihat di mana-mana di Malay sia. “Ciptaan sangat baru dan futuristik mungkin menakutkan pelabur dan pihak bank untuk mem beri pinjaman. Ia tidak masuk akal bagi mereka untuk mem beri pinjaman,” katanya sambil menambah bahawa apa yang akan dilakukan dengan jenis inovasi ketika itu. Beliau juga berkata, jika beliau mahu membuka sebuah kilang yang akan mengeluarkan ke reta yang boleh memandu sendiri pada tahun 1985, pengu rus bank juga akan bimbang ke rana teknologi itu tidak wujud di Malaysia. Beliau menambah, “Bayang kan bagaimana rumit keadaan saya ketika itu untuk bergerak ke hadapan. “Ia adalah sukar untuk maju ke hadapan. Saya juga terpaksa meng hadapi cabaran daripada masya rakat yang kurang berfi kiran terbuka untuk menerima produk buatan Malaysia. “Orang ramai tidak melihat produk tempatan sama sekali. Jika mereka membeli, barangan antarabangsa sahaja diuta ma kan.” Namun Zulkifli tidak pa tah semangat. Beliau tetap me ne ruskan usaha biarpun ti dak mendapat suntikan dana yang amat diperlukan serta perhatian yang sewajarnya diberikan ke pada seorang pereka cipta tem patan.
1
2 anistaqwa
Salah satu ciptaanya Generator menggunakan minyak masak
Tiga tahun lepas beliau membuat rekaan ‘Baju Terbang’ atau ‘jet pack’ Peralatan itu berjaya men gapungkan pengendalinya pada ketinggian enam meter selama tiga minit. Proses kawalan pergerakan ‘Ba ju Terbang’ juga semakin sem purna sekali gus mem bo lehkan pengendalinya menge mudi peralatan canggih itu ke kiri atau ke kanan. Sesungguhnya Zulkifli telah mengharungi semua cabaran untuk merealisasikan idea-idea geniusnya hanya de ngan ber gantung semata-mata kepada kesungguhan dan potensi be liau. Semangat kental serta disip lin yang ada pada Zulkifli ini jelas satu jelmaan cabaran kedua Wawasan 2020 iaitu sedar akan semua potensinya, berusaha mencapai kecemerlangan, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh orang lain. Baca lanjut catatan me narik Syahril A. Kadir di www. syahrilkadir.com
3 _mamat
mohd_firdaus
ad
carideeyham
minggu RM50 setiap pemenang utama mingguan
kan di Pulau sangat menguja us Percutian yang h. Sampai sahaja di jeti, ter u Manukan Sabatuk buat parasailing. Pemandke kami minta un sama ada mahu dijatuhkan ja? a ha ny angan sa boat berta u hanya di aw dalam laut ata
akh di bumi leh lad gGadisWilcha nt... Memori Travelo just a name... Be Confide India... Disablespecial... bangga mengukir gai We are super ma jadikan kelemahan seba memori bersa mir_LehLadakh kekuatan Kash
mbodia, njejak kaki di Ca oka, er Pertama kali me dit ng ya si stina Siem Reap de senibina lama, Kagum dengan un masih utuh terjaga, tah an ya dibina, Kuil ratus bagaimana ian Terdetik dihati
17
7 - 13 Jun 2017
Berbuka
DI MANA
100 sajian Hotel Premiera MURNI REJAB
ADUNAN rempah enak ‘ayam Moroccan’, kambing pang gang yang diperap, da ging pasta Mediterranean yang direneh hingga empuk, asam pedas, sup tulang rawan be rempah serta pelbagai pilihan makanan asli kampung pasti melengkapkan juadah berbuka anda tatkala ke sini. Hotel Premiera Kuala Lum pur yang terletak di Jalan Tu an ku Abdul Rahman ini menyediakan pelbagai juadah ber buka puasa yang bakal menggamit selera anda. Di bulan yang mulia ini, Ho tel Premiera menye diakan pelbagai juadah istimewa yang disajikan di aras enam, Dewan Utama hotel Pre miera yang
mampu me muatkan 1,000 orang tetamu dalam satu ma sa, di samping keselesaan ruang legar yang luas. Hidangan yang disediakan ju ga melebihi 100 pilihan un tuk santapan anda. Tidak di lu pa, pemanis selera yang ‘wajib’ mem buatkan anda teruja iai tu durian. Dengan kesemua hidangan ini, kami pasti anda tidak akan berganjak dari kerusi anda. Selain itu, bufet Ramadan yang disediakan berkonsepkan ba zar ini turut ‘disajikan’ de ngan persembahan kumpulan muzik yang pasti meng hiburkan anda ketika me nikmati juadah berbuka. Tam bah menarik, terdapat gerai-ge rai jualan di ruang legar de wan besar untuk anda menjamu mata selepas menikmati juadah tersebut. Harga yang di tawarkan juga berpatutan. RM88 untuk de wasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Tempahan
bilik sempena pakej Ramadan ini turut disediakan. Hanya RM360 untuk satu malam ber serta sahur dan berbuka puasa untuk dua orang. Kemudahan surau yang luas dan selesa juga disediakan di aras tujuh hotel ini sebagai persediaan untuk anda menunaikan solat. Jadi tidak perlu gusar untuk mencari lokasi ber buka puasa minggu ini. Panjangkan langkah anda ke Hotel Premiera. Pasti tidak mengecewakan anda.
Antara sajian yang pasti tidak mengecewakan anda.
Kuih tradisional popular rakyat Malaysia Kuih koci bersantan Putu piring Karipap pusing Buah melaka Kuih seri muka
Tepung pelita Kuih lapis Kuih seri ayu Kuih lopes Kuih talam
Tahukah anda? SUSHI adalah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh dimakan mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara China untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua. Terdapat beberapa jenis sushi iaitu
Nigiri-sushi, Temaki-sushi, Maki-sushi, Oshi-sushi, Chirashi-sushi dan Temari-sushi. Sushi ini berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan utama yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan.
18 Di sebalik
7 - 13 Jun 2017
JENAMA
Cadbury sudah 193 tahun MURNI REJAB JENAMA Cadbury kini ter kenal di serata dunia. Produk coklat susu itu diasaskan oleh John Cadbury di Birmingham, England pada 1824. Cadbury asalnya adalah peniaga kedai minuman teh, kopi dan coklat. Cadbury adalah industri kedua terbesar, selepas produk gabungan Mars dan Wrigley. Cadbury beribu pejabat di Cadbury House di Uxbridge Business Park, England. SEJARAH Sejarah Cadbury bermula pada 1824, apabila John Cadbury, seorang penjual minuman teh dan kopi berasal dari Bull Street di Birmingham, England berjaya mencipta minuman kokonya sendiri.
Semenjak itu, John terus memberi tumpuan terhadap penghasilan minuman koko dan coklat. Produk tersebut di hasilkan di kilangnya di Bridge Street. Ia dikendalikan secara perkongsian bersama adiknya, Ben jamin. Syarikat atas nama Cadbury Brothers Birmingham kemudian diwujudkan. Produk minuman coklat pada ketika itu dicipta untuk go longan kaya sahaja kerana kos pengeluarannya tinggi. Dua saudara itu, kemudian berhijrah ke London pada tahun 1854, setelah menerima per kenan diraja sebagai pe nge luar coklat dan koko untuk Ratu Victoria. Sekitar tahun 1850-an, pengurangan cukai import terhadap koko diberikan, sekali gus memberi peluang kepada
rakyat untuk menikmati keenakan coklat. PRODUK LARIS Antara produk yang laris adalah Cadbury Cocoa Essence. Syarikat akhirnya menamatkan operasi per da gang an teh pada tahun 1873 dan memberi fokus kepada industri coklat. Pada masa sama, pakar pembuat manisan, Frederic Kinchelman dilantik sebagai rakan kongsi. Gabungan itu membawa ke pada perkongsian resipi dan rahsia pengeluaran Cadbury. Pada 1878, anak lelaki John Cadbury iaitu Richard dan George mengambil alih syarikat, selepas persaraan bapanya pada tahun 1861, kejayaan demi kejayaan
ditempa hingga kini. Coklat susu tenusu, diperkenalkan pada tahun 1905, yang menggunakan ka dar yang lebih tinggi daripada susu dalam resipi berbanding dengan produk saingan. Menjelang 1914, coklat adalah produk paling laris di syarikatnya. John bersama Rowntree dan Fry, adalah tiga pengeluar terbesar di British. PENGASAS John Cadbury dilahirkan pada 12 Ogos 1801 dan me ninggal pada 11 Mei 1889 pada umur 87 tahun. J o h n
John Cadbury, pengasas Cadbury
dilahirkan dalam kalangan kaya kaum Quaker di Birmingham. Sebagai seorang ahli keluarga yang kaya pada abad ke-19, dia tidak dibenarkan untuk mengikuti pendidikan di universiti. Jadi, seperti ke banyakan kaum Quaker pada masa itu, John mengambil keputusan untuk menjadi se orang pengusaha dan mula men jual teh di Leeds pada tahun 1818. Cadbury berkahwin sebanyak dua kali. Dia dan isteri pertamanya, Priscilla Ann Dymond ber kah win pada tahun 1826, namun Ann meninggal dunia dua tahun ke mudian. Pada 1832, John kemudiannya berkahwin dengan Candia Barrow. Me reka mempunyai tujuh anak iaitu John, Richard, Maria, George, Joseph, Edward, dan Henry. Coklat Cadbury menjadi 'pujaan' ramai kerana keenakkannya.
Jenis-jenis coklat White Chocolate Mengandungi mentega koko (dan bukan pepejal koko), gula, susu, emulsifier, vanila dan perasa. Berwarna pucat keputihan. Milk Chocolate Mengandungi kira-kira 10 hingga 20 peratus pepejal koko (campuran koko dan mentega koko) dan lebih daripada 12 peratus pepejal susu. Rasanya lebih manis.
Dark Chocolate Mengandungi kandungan pepejal koko yang lebih tinggi, dan sedikit (atau tiada langsung) susu, iaitu kurang daripada 12 peratus pepejal susu. Sweet Dark Chocolate Mengandungi kira-kira 35 hingga 45 peratus pepejal koko. Semi-sweet Chocolate Mengandungi 40 hingga 62 peratus pepejal koko, dan boleh digunakan sebagai coklat masakan untuk kuih, biskut dan kek.
Coklat Debauve & Gallais
Bittersweet Chocolate ‘Sweetened chocolate’ berwarna gelap, mengandungi sekurang-kurangnya 35 peratus pepejal koko yang berkualiti tinggi selalunya di antara 60 peratus hingga 85 peratus, bergantung kepada jenama dan sering digunakan sebagai coklat masakan kerana ketulenannya.
10 COKLAT TERMAHAL DI DUNIA Chocopologie Noka Vintages Collection Delafee Godiva ‘G’ Collection Richart Pierre Marcolini Debauve & Gallais Chuao Chocolatier Richard Donnelly Vosges Haut Chocolate
19
7 - 13 Jun 2017
21
21
Sharma digandingkan dengan bintang terkenal
Kate Upton kian popular
20,21
20
Karakter
Teater julang nama Uqasha
Mira Filzah fokus masa depan 23
20
Siapa Brian di sisi Nadia?
20
7 - 13 Jun 2017
Ramadan, Jom kenali Mira Filzah Ipin dan ka ‘tutup buku’
SYERIL SHARINA AZHAR
PELAKON wanita popular, Mira Filzah mahu terus istiqamah untuk menjadi ikon pelakon bertudung. Niatnya hanya satu iaitu menjadikan kerjaya lakonannya sebagai satu sumber rezeki yang menja min masa depannya dan mahu menjadi seorang pelakon yang berprinsip. Bertepatan dengan niatnya itu, Mira selalu meletakkan satu tanda aras dalam kehidupan hariannya. Menurut Mira, dia akan berbincang dengan ibu bapanya ter lebih dahulu sebelum menerima tawaran yang diberikan kepadanya.
“Saya cuba untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Setiap tawaran lakonan yang diterima mestilah bersesuaian dengan keadaan diri saya yang bertudung tetapi Alhamdulillah kebanya kan tawaran yang terima sekarang sesuai dengan saya,” katanya. Mira adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik dan mengakui berperwatakan agak berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. “Antara kami bertiga hanya saya yang menyu kai aktiviti luar. Saya mulai aktif dalam bidang lakonan bermula dari sekadar suka-suka. Selepas SPM, sementara menunggu keputusan masuk universiti saya menjadi model sambilan dan ke tika itulah baru saya bertudung penuh. Tujuan saya hanya satu iaitu untuk menjadi contoh yang baik kepada adik dan para peminat.”tambahnya. Walau dikaitkan dengan berbagai gosip ba ru-baru ini, Nor Amirah Filzah Badiozaman tidak mudah melatah. Memilih untuk terus melang kah kehadapan tanpa memikirkan komen negatif yang boleh menjatuhkan seman gatnya, ternyata dia adalah seorang yang kuat mental dan semangat. Figura comel ini turut menyatakan dia tidak akan menerima sebarang tawaran berlakon di sepanjang Ramadan kerana mahu menghabiskan masa bersama ahli keluarganya.
Dunia baharu
DJ Radin !
KEMENANGANNYA sebagai Penyampai Radio Lelaki Pop ular Anugerah Bintang Popular Harian ( ABPH ) baru-baru ini telah meletakkan Radin sebaris dengan penyampai radio senior yang lain. Tetapi bukan bermakna dia akan lupa diri sebaliknya Radin terus cuba memperbaiki bakat yang ada. “Saya sangat bersyukur dengan anugerah tersebut dan banyak orang sekeliling yang menjadi sumber kekua tan saya. Tidak kira siapa mereka tetapi saya akan terus menjadi diri saya. Menang anugerah bukan bererti boleh mendongak ke langit.” katanya.
Nadia dedah identiti Brian NADIA BRIAN, seorang pelakon wanita berwajah kacukan yang mulai popular menerusi telemovie Akulah Balqis di sebuah stesyen TV. Namanya terus melonjak naik sehingga kini. Brian itu bukan nama bapanya. “Ramai orang ingat Brian adalah nama bapa saya tetapi sebenarnya Brian diambil dari nama datuk saya. Saya pilih nama itu kerana dekat dengan saya dan ia unik. Dari situ bermula nama pentas saya sebagai Nadia Brian tapi saya percaya kejayaan itu datang dari bakat yang ada dan bukan pada nama ” katanya.
Karakter Upin Ipin sangat dekat dengan jiwa masyarakat. Keletah mereka yang comel dan mencuit hati membuatkan ramai orang menjadikan cerita ini sebagai satu hiburan bermesej yang dipilih untuk tontonan seisi keluarga. Jom kita kenali watak-watak yang popular dalam cerita ini!
Upin
Upin adalah abang dan mempunyai sehelai rambut di atas kepalanya. Sentiasa memakai singlet berlabel huruf U sebagai tanda dialah abang. Seorang yang ceria, hormat orang tua dan selalu mengutamakan orang yang dalam kesusahan. Watak Upin kelihatan sangat dominan dengan adiknya yang bersifat lebih berani.
Ipin
Ipin adalah adik kepada upin. Berkepala botak tetapi lebih bijak dan berani daripada abangnya Upin. Selalu mengiyakan apa yang dikatakan oleh abangnya dan merupakan seorang adik yang sangat menyayangi ahli keluarganya. Tugas Ipin adalah melengkapi karakter Upin dan menjadi penyeri dalam cerita itu. Ipin terkenal dengan dialog “betul.. betul..betul!”.
21
7 - 13 Jun 2017
karakter Upin awan-kawan
Mail merupakan sahabat karib Upin dan Ipin. Sering belanja Upin dan Ipin makan di luar dan suka berniaga tidak kira di mana dia berada. Antara kawan Upin dan Ipin yang bersikap lebih matang dan berasal dari keluarga yang susah. Dikenali sebagai seorang mata duitan dan dialog terkenalnya adalah “ dua seringgit..!”
Jarjit
Berbangsa Sikh tapi sangat sporting dan antara watak paling melucukan dalam cerita ini. Percakapan spontan dan bersikap sedikit lembap dalam menjalankan aktiviti harian tetapi merupakan seorang yang bijak sebenarnya. Suka muncul secara tiba-tiba dan suka menyelit di tengah-tengah permainan.
Opah
Nenek kepada upin ipin. Seorang yang sangat penyayang, penyabar dan lemah lembut. Langsung tidak pernah tinggikan suara kepada upin ipin. Dalam kehidupan opah, Upin Ipin merupakan harta bagi dirinya. Dia selalu memberi nasihat yang berguna kepada upin ipin. Teknik yang opah guna untuk sampaikan maklumat dan pengajaran kepada upin ipin adalah amat bersesuaian dijadikan contoh pada ibu bapa di luar sana.
Tok Dalang
Ketua kampung Durian Runtuh dan jiran rumah Opah. Dia mungkin punya hubungan kekeluargaan bersama me reka. Selalu melayani Upin Ipin seperti cucu sendiri dan sering membawa Upin Ipin berjalan-jalan ke dusun, memancing dan lain-lain. Boleh dikatakan Upin dan Ipin seperti menumpang kasih Tok Dalang. Satu perangai buruk Tok Dalang adalah dia agak kedekut berkaitan duit tapi pemurah dalam bab bersedekah.
Kak Rose
Antara watak yang tidak digemari kanakkanak. Sikapnya yang garang dan tegas membuatkan Upin dan Ipin takut kepadanya. Rose merupakan kakak kepada adik beradik kembar ini. Dalam garang dan tegas Kak Rose dia adalah seorang kakak yang penyayang, rajin dan berbakat dalam semua kemahiran seperti menjahit, memasak, mengemas dan sebagainya.
Ehsan
Watak Ehsan sebagai ketua kelas sangat disukai ramai. Ucapan “terima kasih..cikgu!” sering diajuk oleh pelajar sekolah masa kini. Selain menjadi ketua kelas yang sangat berkarisma, dia juga merupakan pelajar yang sangat disenangi gurunya. Ehsan juga sering diusik kerana perwatakannya yang sangat manja dengan ibu bapanya.
Mei Mei
Mei Mei seorang murid yang sangat baik hati. Seorang pelajar yang bersikap murah hati dan tidak kedekut kerana sering memberi rakan sekelasnya meminjam barang kepunyaannya seperti pensel, basikal dan sebagainya. Selain itu, Mei Mei adalah seorang kawan yang sering dijadikan rujukan ketika Upin dan Ipin dilanda masalah.
Seputar Artis Video hip hop julang nama Kate Upton KATE upton pernah menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tular di media sosial. Video tarian hip hopnya tersebar luas pada April 2011 dan ia ternyata telah membuka peluang baru buat dirinya. Kate telah menerima tawaran lakonan dari beberapa produksi dan penglibatannya dalam dunia lakonan menyebabkan namanya melonjak naik sebagai seorang pelakon wanita yang diminati ramai. Antara filem yang berjaya membawa namanya keserata dunia adalah melalui filem ‘The Other Woman’. Dia yang melakonkan watak sebagai Cameron Diaz ternyata berjaya menarik perhatian penggemar filem seluruh dunia. Selain berlakon, Kate atau nama sebenarnya Katherine Elizabeth Upton adalah seorang model terkenal Amerika Syarikat. Menjadi antara model termuda di salah sebuah agensi model Amerika Syarikat, pada usia 22 tahun dia telah berjaya membuat kemunculan pertamanya sebagai model muka hadapan Sports Ilustrated Swimsuit Issue selama tiga kali berturut-turut.
Song Ji Hyo ‘Nora Danish’ Korea? SELEBRITI wanita cantik Korea Selatan, Song Ji Hyo dikatakan mirip pelakon wanita Malaysia, Nora Danish. Karakternya yang bersahaja dan lembut itu menyebabkan lebih ramai netizen yang beranggapan seolah-olah mereka adalah kembar yang dipisahkan. Song Ji Hyo mula dikenali penonton di Malaysia apabila muncul dalam salah satu rancangan ‘game show’ Korea Selatan bertajuk Running Man yang telah disiarkan di salah sebuah stesyen TV tempatan. Ji Hyo terlibat menjadi salah seorang peserta tetap dan merupakan antara peserta yang memiliki kadar populariti paling tinggi. Secara tidak langsung penglibatannya telah berjaya memikat hati penonton di negara ini untuk mengikuti keletah comelnya dalam rancangan tersebut. Jangan tidak tahu, ramai peminat yang berdoa dan berharap agar dua figura seiras ini disatukan dalam satu pentas lakonan.
Anushka Sharma pelakon serba boleh MEMULAKAN karier pada awal tahun 2008 melalui filem Rab Ne Bana Di Jodi arahan Aditya Chopra, kini nama Anushka Sharma bukan lagi asing dalam kalangan peminat Bollywood. Sering digandingkan dengan pelakon lelaki terkenal dunia, Datuk Shah Rukh Khan, ternyata ia sedikit sebanyak memberi impak positif kepada dirinya. Pernah membawa beberapa watak yang berlainan mengikut penceritaan filem yang diarahkan, Anushka tidak gentar sebaliknya telah berjaya membawa setiap watak dengan baik sekali. Antara watak yang memberi kesan mendalam kepada penonton adalah watak antigonis komedinya melalui filem Badmaash Company. Watak itu telah berjaya membuatkan filem tersebut menduduki carta teratas filem wajib tengok Bollywood.
22
7 - 13 Jun 2017
RELEKS
Jom Wayang Tajuk : One Man And His Cow Durasi : 1 jam 31 minit Genre : Komedi Bahasa : Perancis Pengarah : Mohamed Hamidi Pelakon: Fetsah Bouyahmed, Lambert Wilson, Jamel Debbouze SINOPSIS Mengisahkan seorang lelaki warga Algeria yang mempunyai impian dalam hidupnya. Dia seorang pengembala lembu dan sangat berminat untuk menjadi sebahagian peserta dalam pertunjukan lembu dunia. Untuk mencapai cita-citanya banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Filem bergenre komedi ini tidak renggang dengan aksi mencuit hati yang pasti membuat pra penonton tidak kering gusi. Bukan itu sahaja semangatnya yang berkorbar-kobar dan keyakinan dirinya yang tinggi banyak memberi inspirasi untuk melayari kehidupan mendatang. Tetapi dapatkan lelaki bersemangat waja ini mencapai hasrat dan impiannya? Tajuk : You Mean The World To Me Durasi : 1 jam 36 minit Genre : Drama Bahasa : Hokkien Pengarah : Saw Teong Hin Pelakon : Frederick Lee, Yeo Yann, Neo Swee Lin, Steve Yap SINOPSIS Seorang pengarah filem yang banyak mengarahkan cerita terkenal tanah air. Suatu hari dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang. Tujuannya adalah untuk melepaskan kerinduan terhadap keluarga tercinta selain menghasilkan sebuah dokumentari yang menceritakan salasilah keluarganya. Ternyata keputusannya pulang ke kampung halaman adalah salah kerana banyak persengketaan yang berlaku apabila dia mula mengkaji tentang latar belakang keluarga. Satu rahsia yang akan sentiasa menghantui dirinya telah terbongkar. Dapatkah dia melarikan diri dari diganggu permasalahan tersebut? Tajuk : Sachin A Billion Dreams Durasi : 2 jam 19 minit Genre : Aksi Bahasa : Hindi Pengarah : James Erkin Pelakon : Sachin Tendulkar, Virender Sehwag, Mayuresh Prem SINOPSIS Berkonsepkan filem biografi, filem ini telah ditulis dan diarahkan sepenuhnya oleh James Erskin. James telah memilih seorang pemain kriket terkenal India iaitu Sachin Tendulkar sebagai watak utama dalam filem tersebut. Sachin si pemburu impian terkenal dengan kejayaan dan kegigihannya dalam mencapai impian menjadi seorang pemain kriket yang disegani. Menjadikan kisah kejayaan pemain kriket ini sebagai rujukan, banyak aktiviti dan susah senang kehidupan Sachin yang dipaparkan dalam filem ini. File mini boleh menaikkan semangat penonton dan tidak kurang juga ada peminat Sachin yang berulang kali menonton filem ini.
23
7 - 13 Jun 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Misi membunuh lanun!
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
KALI ini Pirates Of The Carribean – Dead Men No Tales mengisahkan misi Kapten Salazar untuk membunuh kesemua lanun laut termasuk Kapten Jack Sparrow si ketua puak yang terkenal. Salazar telah membebaskan hamba lanun hantu dari sebuah tempat yang sangat merbahaya iaitu Segi Tiga Setan atau lebih dikenali sebagai Devil’s Triangle. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya bagi mendapat tenaga sokongan yang mampu membunuh lanun laut terutama Jack musuh tradisinya. Jack yang mengetahui tentang perkara itu mulai risau dengan keselamatan kapal dan puaknya. Dia cuba berjumpa Salazar untuk berbincang cara baik tetapi malang bagi Jack apabila Salazar telah mengarahkan pengikutnya mengejar Jack. Disebabkan itu Jack terpaksa mencari jalan lain untuk menyelamatkan diri dan puaknya. Salah satu cara yang tinggal untuk Jack adalah mencari Trident of Poseidon, penguasa laut yang mana akan memberinya kuasa menggunakan laut secara sepenuhnya. Dengan cara itu sahaj Jack boleh menentang kuasa sihir Kapten Salazar bersama pengikut hantunya. Banyak babak yang menarik dan paparan pemandangan yang cantik dapat dilihat melalui file mini. Walaupun dilakonkan dalam studio hijau tetapi ternyata kebolehan dan kehebatan para pelakon siri ini dalam menjiwai watak berkesan. Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai dialog perantaraan, filem ini telah menelan belanja hampir RM320 juta dalam pembikinannya. Tidak hairanlah jika ‘Computer-Generated Imagery’ (CGI) yang telah disunting kelihatan lebih hidup dan cara penceritaan babak lebih kemas dan tersusun. Antara lokasi yang dijadikan tempat pengambaran sepanjang siri pengambaran filem ini adalah seperti di Davy Jones’s Locker, Isla Cruces, Isla de Muerta, Port Royal dan lain-lain lagi. Tajuk : Pirates of The Carribean Durasi : 2 jam 9 minit Genre : Fantasi Tarikh tayangan : 26 May 2017 Pengarah : Joshim Ronning, Espen Sandberg Pelakon : Johny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites
24
7 - 13 Jun 2017
Siapa mereka sebelum bergelar VVIP? AZLAN ZAMBRY
Melihat pembesar sesebuah negara, berpakaian kemas, berblazer dan berpengawal peribadi, mungkin kita tidak pernah terfikir apa sebenarnya pekerjaan mereka sebelum menjawat jawatan tinggi, berpengaruh dan dikenali ramai itu.
Bekas Perdana Menteri Bulgaria - 'body guard'
Presiden Croatia - pemuzik
Sebelum memasuki bidang po litik, Ivo Josipovic telah menulis berpuluh-puluh karya klasik dan menganjurkan Festival Perdana Muzik Croatia. Josipovic kemudiannya terpilih sebagai presiden pada 2010 dan berikrar pada masa yang sama tidak akan berhenti sebagai pe muzik.
Boiko Borisov pernah membuka syarikat pengawal peribadi yang bertanggung jawab terhadap kese lamatan Todor Zhivkov. Kemudian Borisov bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Raja Bulgaria, Simeon. Apabila raja kembali dari pembuangan. Borisov dipilih seba gai Perdana Menteri Bulgaria pada 2009.
Presiden Slovenia - Model pembayar yuran
Borut Pahor pernah bekerja sebagai model lelaki untuk membayar yuran kolej. Dia memenangi jawatan presiden pada Disember 2012. Musuh-musuh politik menggelarkan dia sebagai 'Barbie Doll'
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 7 - 13 JUN 2017
Perdana Menteri Albania pelukis
Presiden Turkeministan Doktor gigi peribadi
Bekas Presiden Madagascar - DJ radio
Bekas Perdana Menteri Australia - pelatih paderi
President Ireland Penyajak
Bekas Perdana Menteri Itali - penyanyi kapal mewah
Edi Rama belajar di sebuah se kolah seni di Paris. Pernah menjadi Menteri Kebudayaan pada 1989. Dia akui bahawa dia adalah se orang seniman yang cuba meng gunakan politk sebagai alat me laksanakan perubahan.
Ketika berusia 20-an, Tony Abbott dilatih untuk menjadi Paderi Katholik di gereja terkemuka Australia, St. Patrick Seminary tetapi berhenti tiga tahun kemudian. Beliau juga merupakan bekas peninju dan pada usia 56, ahli politik dan agama yang berwatak agresif ini mendapat gelaran “The Mad Monk”.
Presiden Gurbanguli Berdymukhamedov, 56, mengambil alih kepimpinan negara pada tahun 2006 setelah kematian pemimpin kuku besi Saparmurat Niyazov. Bekas diktator itu sangat mem percayai Berdymukhamedov yang juga doktor gigi peribadi Niyazov.
Presiden Ireland Micheal D. Higgins telah menerbitkan 4 judul sajak dan beliau merupakan Menteri Kesenian pertama Ireland. Aktivis Puisi dan juga Presiden, lebih dikenali sebagai Micheal D, telah memperkenalkan Ireland sebagai “Republik of Creativity”
LADANGKU JUNJUNG PRINSIP HALAL Pemilihan makanan yang menetapi hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani dan jasmani dengan baik. Malaysia kini dilihat sebagai peneraju utama dalam industri halal global dengan ekosistem perniagaan halal yang teratur. Isu yang sering dikupas melibatkan sembelihan dan aspek utama yang perlu dipastikan supaya setiap produk yang dihasilkan diyakini suci dan halal. Al Tijarah menemubual usahawan pembekal ayam organik, Ladangku bagi mengupas panduan halal dan haram menurut perspektif Islam.
Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali dilibatkan dengan pelbagai nama antaranya, taikun media, pe milik kelab bola sepak, dan peminat wanita-wanita cantik. Der Spiegel melaporkan, Berlusconi juga se orang ketua penyanyi di kelab kapal mewah.
Program : Fesyen Chameleon Episod : 5 Tarikh : 7 Jun 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam
Program : Signature Ramadan Musim Kedua Episod : 3 Tarikh : 8 Jun 2017 (Khamis) Masa : 7.30 malam
BUSANA TRADISI KLASIK ELEGAN PILIHAN SIDARA
BERATUR PANJANG DEMI LEMANG PAK ALI
Menjelangnya Aidilfitri tidak lama lagi, Fashion Chameleon minggu ini memaparkan misi pengacara Sheyqin Zaman mencari baju raya sesuai dan elegan. Dengan misi tampil penuh klasik dengan elemen tradisi dikekalkan, namun penuh glamor, mampukah Sheyqin yang dihantu tetamu jemputan mencari baju sesuai untuk dirinya? Semuanya akan terjawab hanya dalam Fashion Chameleon.
Program : Al Tijarah Episod : 5 Tarikh : 13 Jun 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam
Andry Rajoelina, DJ yang menubuhkan stasen radio pop sendiri, Radio Viva, sebelum terlibat dalam perebutan takhta presiden yang disokong pasukan tentera pada tahun 2009. Bagaimanapun dia dilarang menjalankan tugas presiden tidak lama selepas itu.
Program Episod Tarikh Masa
Lemang kebiasaannya akan mula dijual di penghujung Ramadan dan menjelangnya Syawal. Para peniaga memang untung besar dek lemang yang mendapat permintaan tinggi. Antara yang paling popular di Kuala Lumpur adalah Lemang Pak Ali. Ramai yang sanggup beratur panjang demi merasai keenakan lemang ini yang memang sedap dan lazat. Ingin tahu, saksikanlah Signature Ramadan.
: Pemanis Mulut :6 : 9 Jun 2017 (Jumaat) : 8.30 malam
PEMANIS MULUT BERELEMEN OREO DIGILAI DI FRISSON CAFE Pemanis Mulut kali ini akan membawa penonton untuk mencuba pencuci mulut di dua buah café iaitu Haraku Cube Café dan Frisson Coffee Bar di Damansara. Di Haraju Cube Café, 2 hidangan signature pemanis m ulut mereka sangat menarik perhatian. Juga pelanggan mereka yang tidak pernah putus! Di Frisson Café pula, terdapat keunikan pemanis mulut tersend iri dengan elemen oreo dan juga coklat. Nak tau apa nama peman is mulut kali ini? Bersama Iman Nazri, Saksikan Pemanis Mulut!
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
7 - 13 Jun 2017
Kisah anak muda
KAM
But bola Torres, Rooney ada di tangannya!
Sebahagian koleksi but bola Helmy.
MURNI REJAB
Minat tidak membataskan Helmy untuk ‘membazirkan’ duit membeli koleksi but bolanya.
MAKAN bola, tidur bola, hidup bola. Obses terhadap bola sepak yang dipenuhi dengan perasaan semangat, kesetiaan, dedikasi, dan keseronokan anak muda untuk ruangan Kisah Anak Muda kali ini dapat dilihat selepas dia mengumpul 70 pasang but bola sejak di bangku sekolah lagi. Nurul Helmy Nazrin Mazlan, 27, Manager di Stalkers Café yang juga pemain bola sepak sejak dari zaman sekolah ini mengumpul but bola sebagai hobi. Selain dari hobi, pengumpulan but bola ini sebagai satu keunikan terhadap sesuatu but itu sendiri. Dalam erti kata lain, seperti setiap pasang but itu dari idola pemain bola yang diminatinya selain ada yang jenis sedap dipakai dan ada juga jenis cantik atau ‘wow’ dari segi rekaannya. Jenis but yang dikumpulnya adalah dari jenama Adidas dan Nike. Jelas Helmy, sejak dari zaman sekolah lagi, dia mula mengumpul but bola tapi selepas kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL) banyak koleksi butnya diberi kepada orang yang boleh bermain. “Pada mulanya saya ke cewa selepas mengalami ke cederaan ACL, namun selepas pembedahan lutut pada tahun 2015 dan disahkan doktor boleh beraksi kembali iaitu selepas enam bulan, minat mengumpul
but itu kembali dan semestinya rekaan but old school menjadi target utama. Antaranya ka sut Nike Total90 dan Adidas Predator,” jelasnya. MINAT ATASI SEGALANYA Penglibatan dalam hobi me ngumpul but ini kerana minat kepada sesuatu rekaan dan keunikan but itu. Jelasnya, but keluaran terdahulu lagi digilai kerana susah untuk dapat pengeluarannya di pasaran. Jika ada pun harga boleh mencecah ribuan ringgit kerana tidak ada pengeluaran lagi.
“Secara jujur setiap pe main bola sepak pasti ada idola mereka sendiri dan saya memilih Steven Gerrard sebagai idola. Dan bermula dari itu setiap jersey dan but bola memang akan cuba dikumpul sebagai tanda sokongan kepada idola,” ujar Helmy. Jelas Helmy, kasut Nike Total90 yang berharga RM750 adalah antara kasut yang paling mahal pernah dibelinya. “Setiap kasut bola ada grade dari 1st grade (paling tinggi) hingga ke 4th grade (paling rendah) dan saya punya
1st grade yang kebiasaannya dipakai pemain-pemain Eropah antaranya Fernando Torres dan Wayne Rooney,”tambahnya. Sesetengah but bola masih boleh didapati dalam Malaysia cuma kena bijak mencari. Dan selebihnya banyak di luar negara melalui website tertentu. “Bila kita minat atau suka membuat sesuatu perkara, ianya tidak akan dianggap sebagai kekesalan di kemudian hari. Sejak di bangku sekolah saya sudah tanamkan dalam diri ‘aku mesti dapatkan kasut ni’,” jelas Helmy akhiri perbualan.
But bola termahal di dunia But bola termahal di dunia direka di England. Bertakhtakan intan dan berlian, direka dalam tiga pasang dan bernilai RM2.69 juta. Direka oleh pereka Luisa Di Marco, but bola termahal di dunia ini dibuat sebagai tanda menghargai tiga pemain bola sepak terkenal England, John Terry, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand. Ketiga-tiga pasang but ini dilelong sebagai jualan amal dalam majlis pelancaran Yayasan amal Rio Ferdinand ‘Live the Dream Foundation’. But bola ini ditandatangani oleh pemain Chelsea dan England, John Terry. Kasut tersebut dipakai oleh Terry semasa England menang ke atas Belarus 3-0. Dihiasi dengan dengan 2,374 permata dan 27 karat berlian putih. Bernilai $219,905 (RM942,000) Kasut berwarna biru dan putih berjenama Nike milik pemain Manchester United, Wayne Rooney. Dipakai oleh Rooney ketika bermain dalam Liga Inggeris. Dihiasi dengan 2,576 permata mengandungi 10 karat berlian putih dan 31 karat berlian hitam. Kasut Nike berwarna hitam dan putih milik pemain Manchester United, Rio Ferdinand. Dihiasi dengan 2,494 permata mengandungi 18 karat berlian putih, 15 karat berlian hitam dan 11 karat batu delima. Ia bernilai $203,616 (RM873,000)
26
7 - 13 Jun 2017
SALAM SEMUT
Bertimbang rasa di parkir kereta DEWASA ini, hampir semua lokasi tumpuan awam men galami kekurangan tempat le tak ke reta. Soalan yang sering dia jukan oleh ke ba nyakkan teman jika diajak ke sesuatu tem pat ialah 'bagaimana de ngan tempat letak kereta di situ?' Malah tempat letak kereta merupakan antara faktor uta ma yang menentukan destinasi. Beberapa hari lepas, saya be ra da di Hospital Sungai Bu loh. Bukan menjadi rahsia lagi bagaimana sebahagian da ri pen gunjung hospital itu meninggalkan kereta di ha dapan ke reta lain ,begitu sahaja tan pa dilepaskan brek tangan. Ini bermaksud kereta yang su dah berada dalam petak le tak kenderaan yang sah, tidak bo leh keluar kerana dihadang oleh kenderaan lain. Ada yang meninggalkan nombor telefon dan ada yang mengharapkan kereta itu akan ditolak bagi mem bolehkan kenderaan keluar dari petak letak kereta. Setelah puas berpusing dalam kawasan hospital, sa ya keluar dah letak kereta di
kawasan letak kereta alternatif yang disediakan oleh pihak hospital yang lebih kurang 300 meter di seberang ja lan. Terasa pelik dan geram, kera na ramai pemandu sanggup men yusahkan orang lain wa laupun terdapat kawasan letak kenderaan tidak jauh dari situ. Adakah ki ta sudah menjadi masyarakat pemalas sehingga tidak sanggup ber jalan 300 meter. Apabila saya kembali ke perkarangan hospital, saya nampak seorang lelaki tua dengan beg plas tik kecil di tangannya yang mung kin mengandungi ubat. Be liau nampak kurang sihat dan berdiri di sisi kereta sambil menggaru kepala. Dengan bantuan beberapa orang yang ada di situ. kami cu ba menolak kenderaan pacuan empat roda itu ke tepi tetapi usa ha kami tidak berjaya kerana kenderaan itu telah dipasang brek tangan. Saya beredar dari situ kerana ada urusan dan bila saya kembali selepas 30 minit, pakcik itu masih lagi berada di situ. Sungguh menyedihkan melihat keadaannya. Berikut ialah beberapa pan duan untuk meletak kereta. 1. Gunakan lampu isyarat
Urus wang bersama AKPK
Syaiful Anuar Bokhari, Ketua Cawangan AKPK
Soalan: SAYA tahu mengenai pengurusan ke wangan AKPK melalui surat khabar War ta Perdana. Bolehkah saya da patkan perkhidmatan AKPK sekali lagi untuk ka li kedua? Saya telah mendapatkan bantuan AKPK pada June 2010 untuk menyelesaikan masalah keberhutangan saya dan kesemua pinjaman telah se le sai sepenuhnya pada 2013. Walabagaimanapun, saya kini sekali lagi menghadapi masalah kewangan kerana menghadapi ke merosotan perniagaan dan me nyebabkan kekurangan pendapatan. Saya bimbang kerana a kan meng hadapi saman dan tindakan undangundang disebabkan hutang kad kre dit saya sebanyak RM10,000. Untuk pengetahuan tuan, saya di maklumkan oleh rakan bahawa AKPK menawarkan bantuan kepada individu sekali sahaja dan permohonan untuk kali kedua akan ditolak. Mohon pencerahan dan maklum balas tuan dalam perkara ini amat di hargai. Sophia Wong, Bandar Baru Puchong.
jika anda ingin menggunakan ru ang letak kereta. Jika terdapat kenderaan lain tuju ke petak yang sama, kereta yang mula mula memasang isyarat harus diberi ke utamaan. 2. Letak kereta anda hanya di kawasan yang telah disediakan. Pas tikan anda tidak letak berhampiran bangunan yang masih lagi dalam pembinaan atau di ruang yang telah ditempah oleh pihak lain. 3. Jika anda nampak pemandu lain sedang dalam perjalanan ke kenderaan mereka, jangan pula anda bergerak perlahan sehingga mengujudkan kesesakan dalam kawasan letak kereta. Sama juga, jika seseorang ke kenderaan mereka, bukan bermaksud mereka ingin keluar dari kawasan itu. Adakalanya mereka cuma hendak letak barang sahaja dulu, jadi jangan pula anda marah mereka. 4. Cuba letak kenderaan anda dengan betul. Pastikan ada ruang yang cukup untuk membuka pintu di kedua dua belah. Jika petak yang anda dapat itu terlalu sempit untuk kereta anda, biarka nya untuk kenderaan yang sesuai.
Terlebih dahulu, tahniah kerana berjaya menyelesaikan masalah keberhutangan puan melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK pada 2013. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, puan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 3 tahun sahaja. Satu tempoh yang boleh di katakan agak singkat dan mungkin sukar dicapai tanpa melalui PPK. Sebelum soalan puan dijawab, mari kita lihat semula apa yang dimaksudkan dengan PPK? AKPK menawarkan 3 perkhidmatan teras iaitu Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan PPK. PPK ialah suatu pelan pembayaran semula pinjaman/ pembiayaan yang disesuaikan dengan aliran tunai pelanggan. Tujuan utama untuk membolehkan orang ramai me nyelaras dan mengawal semula ke wangan peribadi yang sebelumnya ter kesan dengan ketidakupayaan membayar ansuran bulanan pinjaman/ pembiayaan. Proses PPK ini dimulai dengan kaunselor AKPK yang akan membuat penilaian ke atas semua pinjaman pelanggan dengan membuat semakan rekod CCRIS dan penyata terkini pinjaman pelanggan. Seterusnya, AKPK akan menilai pendapatan pelanggan untuk memastikan tahap kemampuan pelanggan dalam membayar ansuran bulanan pinjaman/pembiayaan. Setelah kemampuan bulanan pelanggan dikenal pasti, AKPK akan mencadangkan satu
5. Kenderaan jenis pacuan empat roda, perlu undur sehingga yang boleh supaya bahagian depan kenderaan itu tidak jauh terkeluar dari petak. Kenderaan kecil seperti Kancil dan Axia pula, jangan masuk jauh kedalam sehingga pemandu lain anggap itu petak kosong dan berlumba ke situ. 6. Jika anda berada di sebuah kawasan letak kereta dan ternampak kereta kecil antara dua kenderaan besar cuba keluar dari petaknya tapi pemandu nya tidak nampak kiri atau kanan kerana terhadang oleh kenderaan besar; lebih selamat jika anda menjaga laluan dan memberi isyarat pada pemandu kereta kecil itu. 7. Ikut tanda arahan dalam kawasan letak kereta. Terutama tanda arah laluan, kelajuan dan larangan meletak kenderaan. 8. Jangan sekali kali merampas hak OKU . Terdapat pemandu yang mengambil jalan mudah dengan menggunakan petak letak kenderaan OKU kerana ia sentiasa kosong. Anda tidak akan tahu bila akan ada OKU di situ. 9. Jika anda berada di kawasan letak kenderaan tidak berbumbung selepas hujan, air mungkin bertakung . Jadi perlahankan kenderaan anda
ansuran baru secara bulanan kepada penyedia kredit. Setelah dipersetujui oleh penyedia kredit, maka bermulalah komitmen baru ansuran bulanan PPK oleh pelanggan. Kejayaan PPK bergantung kepada disiplin pelanggan untuk memastikan program ini berjaya dan mencapai objektifnya. Antara kebaikan PPK adalah pe langgan dapat menikmati pelan pem bayaran semula pinjaman yang sesuai dengan aliran tunai, penangguhan tindakan undang-undang (sekiranya ada), tiada gangguan dari agensi pemungut hutang dan akhir sekali pembayaran setempat (pinjaman yang dikawal selia di dalam AKPK). Jelas sekali, PPK merupakan satu program yang melibatkan komitmen secara berterusan sehinggalah selesai semua pinjaman pelanggan. PPK juga membentuk disiplin pelanggan agar tidak terperangkap sekali lagi di dalam masalah keberhutangan yang serius dan belajar dari kesilapan atau pengalaman sebelum ini. Program PPK ini pada dasarnya hanya ditawarkan sekali sahaja. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan terdapat segelintir individu yang masih terjebak di dalam masalah keberhutangan serius walaupun telah mendapat bantuan daripada AKPK. Dalam hal ini, pelanggan perlu membuat rayuan untuk kemasukan PPK kali kedua dan ianya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan
ESAN RAVEN MURUG
supaya anda tidak memercik air kotor ke atas orang dan kenderaan lain. 10. Sebolehnya, jangan benarkan anak anda menolak troli di tempat letak kereta. Mereka mungkin menggesel kereta lain secara tidak sengaja dan mungkin tidak dapat mengawal troli jika ada kenderaan lain lalu divsitu. Pastikan troli itu diletakkan semula di tempat yang disediakan. 11. Pegang tangan anak anda di kawasan letak kereta kerana mereka mungkin susah untuk dilihat oleh pemandu lain. 12. Ikut arahan cara meletak kenderaan. Sama ada masuk muka dulu atau cara undur. Ada tempat letak kenderaan yang meletakkan tanda arahan khusus untuk ini memudahkan urusan keluar masuk.
AKPK. AKPK akan meneliti rayuan pelanggan berdasarkan sebab keberhutangan pelanggan dimana masalah keberhutangan bukan disebabkan oleh kelalaian dan sikap tidak bertanggungjawab pelanggan tetapi faktor luar jangka seperti kehilangan pekerjaan, kos perubatan yang tinggi, kos sara hidup yang terus meningkat dan lainlain. Sekiranya, rayuan diluluskan, pelanggan perlu mengulangi proses seperti sebelumnya termasuklah kaunseling dan penilaian menyeluruh pendapatan pelanggan bagi menentukan kemampuan ansuran bulanan pelanggan. AKPK sentiasa berbesar hati dalam membantu dan mendidik masyarakat dalam menghadapi masalah keberhutangan dan seterusnya melahirkan masyarakat yang mengamalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup. Untuk sebarang pertanyaan, sila layari laman sesawang www.akpk. org.my atau hubungi AKPK info-line di talian 03-26167766.
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
7 - 13 Jun 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
TRENDY
Baju raya DJENGS gabung sentuhan dua negara MURNI REJAB
GABUNGAN dua negara Indo nesia dan Malaysia dalam ko lek si raya pereka baju dari negara seberang ini cukup membuatkan sesiapa sahaja te ruja untuk memiliki sepasang baju sempena lebaran ini. Mempunyai lima rekaan de ngan pelbagai warna men jadikan koleksi raya keluaran je nama DJENGS ini me nam pil kan busana long kebaya, k ur u n g
songket, serta pelbagai lagi busana yang digabungkan ber sama dengan batik sarung yang mempunyai pelbagai mo tif dari negara Indonesia ini. Selain dijadikan pakaian untuk hari lebaran, busana ke luaran DJENGS ini juga urban dan boleh digayakan bersama se luar untuk gaya yang lebih sim ple dan mudah dipakai untuk ke rumah terbuka. Malah jika anda menggayakan busana ini ia tampak lebih yakin dengan rekaan busananya yang cantik dan up-to-date. Menurut pereka nya Desy Tri Cakrie, 31, dan Daivi Prakriti Basuki, 40,
reka an koleksi ra ya ka li ini lain dari lain ke ra na me reka menerapkan pakaian dari Indonesia yang menggabung kan kain batik dengan kebaya yang menampakkan gabungan dua negara tersebut na mun masih mirip baju kurung. Berkolaborasi dengan butik The Labels adalah sebagai satu langkah untuk mereka mem perkenalkan koleksi raya yang urban dan moden yang boleh dipakai oleh wanita yang ingin kan kelainan sempena lebaran tahun ini. “Anda boleh dapatkan ko lek si raya DJENGS di butik The Labels kerana ia adalah custom made dan harga yang ditetapkan juga berpatutan. Ti dak terhad untk digayakan pa
da lebaran sahaja, anda boleh padankan bersama seluar yang ber sesuaian dengan baju berkenaan” jelas Desy Tri Cakrie.
Munculnya DJENGS Nama yang unik pasti mem berikan kesan kepada yang menyebutnya. Begitu juga jenama DJENGS yang mula mendapat nama ha nya dengan panggilan ‘Jengs jengs’ di kalangan kawan perempuan yang ra pat. Dan dari situ la ber mu la nya DJENGS dipilih se ba gai ‘mengangkat’ nama jenama ini. DJENGS juga antara online shop ping yang menjual busana Muslimah bermula Mei 2015 di Indonesia. Selain suka dan minat de ngan fesyen, Desy Tri Cakrie dan Daivi Prakriti Basuki juga suka bereksperimen untuk padankan pakaian yang sesuai un tuk dijadikan sebagai idea Kolaborasi bersama butik The Labels Menurut pemilik butik The Labels, Diyana Fadila, kon sep butiknya adalah untuk membantu pereka fesyen dan online seller untuk menjual produk
Diyana (tengah) senang bekerjasama dengan Daivi Prakriti (kiri) dan Desy Tri Cakrie (kanan).
Koleksi long kebaya dari DJENGS yang memukau
me reka malah ia untuk me nonjolkan pelbagai jenama terkenal dari Malaysia dan Asia Tenggara. Terkini, juga mem bawa jenama dari Indonesia (DJENGS) dan Singapura (Nushee Nurra and BudiNadia). “Kewujudan butik The Labels adalah sebagai langkah mudah untuk wanita membeli pakaian da ri negara lain yang jauh. Tidak per lu untuk membeli secara online, mereka boleh datang terus ke butik,” jelas Diyana sambil tersenyum.
Jenama antarabangsa keluar fesyen muslimah Dolce & Gabbana Jenama ini pernah men ge luarkan koleksi Dolce & Gabbana Abaya Autumn/Winter 2016 Ready-To-Wear Collection pada 2016. Bermain dengan warna hitam dan neutral dengan sedikit per cikan corak, koleksi itu di dedikasikan buat dunia fes yen Timur Tengah. D&G masih menekankan elemen corak polka dot, lemon, bunga kekwa dan ros merah yang muncul dalam koleksi Mu sim Panas 2016. Jenama itu meng hasilkan abaya dan selendang menggunakan fabrik jenis sutera dan renda. Monique Lhuillier Pada 2015, Monique Lhuillier telah mengeluarkan koleksi Ramadan 2015 collection. Monique Lhuillier me reka pelbagai jenis kaftan un tuk jualan runcit dalam talian di Moda Operandi. Menerusi koleksi itu, busana yang dihasilkan ma sih mengekalkan sulaman warna putih dan corak bunga. Tommy Hilfiger Koleksi yang diberi nama Limited Edition Ramadan Collection By Tommy Hilfiger pada 2015 ini telah dilancarkan se bagai koleksi terhad sempena ke
datangan bulan Ramadan. An tara 11 rekaan busana yang di hasilkan adalah seperti gaun, blaus dan skirt. Warna hijau zamrud, hitam dan putih menjadi pilihan warna tema koleksi tersebut. Oscar de la Renta Oscar De La Renta Ramadan Caftan Collection 2015 adalah koleksi pakaian mus limah pada tahun 2015 yang turut melibatkan pereka busana mewah Amerika Syarikat, Oscar de la Renta. Menerusi ko leksi itu, pelbagai rekaan kaftan dihasilkan dengan menggunakan fabrik dan teknik sulaman gaya Timur Tengah yang terbaik dan direka dengan pelbagai warna seperti hitam, pastel, hijau, kuning dan ungu.
H&M Memilih koleksi Close the Loop pada 2015. Bagi me na rik mi nat golongan wanita mus li mah, H&M berkolaborasi dengan seorang model bertudung, Ma riah Idrissi yang secara tidak lang sung mendapat pelbagai kri tikan. Koleksi Gadis berusia 23 tahun itu menjadi model ber tu dung pertama sejak jenama itu beroperasi.
Zara Jenama tersebut mengeluarkan pakaian untuk wanita muslimah secara mengejut pada bulan Ramadan tahun Uniqlo 2015. Malah, koleksi itu dilancarkan Gedung jenama terkemuka da ri se rentak bersama koleksi pa kaian Jepun, Uniqlo turut berkolaborasi dengan lelaki dan kanak-kanak pa da hari pereka fes yen muslimah, Hana Tajima pertama Ramadan. Mengekalkan diri un tuk menghasilkan 'lifewear collection' khusus untuk wanita. Antara rekaan yang minimalis jenama Zara, rekaan yang lu arkan selari dengan aksesori mendapat sambutan seperti skirt labuh, dike seluar panjang, kebaya dan selendang. untuk dipadankan dalam koleksi itu. Untuk tahun ini, jenama itu sekali lagi ber kolaborasi dengan Hana Tajima untuk ko Sumber: Daily Mail, Telegraph, lek si 2017 Spring/Summer Ha na Tajima Buzzfeed, Vogue, Zilzar, Gempak Lifewear.
Dolce & Gabbana
Oscar de la Renta
Tommy Hilfiger
28
MAKAN
7 - 13 Jun 2017
angin
Kawasan air panas atau Onsen di lokasi pergunungan
Jom melancong ke Taiwan! AMIR RAIHAN 'TERPERANGKAP' di antara Je pun, Korea dan China, Taiwan boleh dikatakan sebagai des tinasi menarik yang tidak di dendang. Hakikatnya, Taiwan menampilkan keunikan ter sen diri serta amat mengalualu kan kedatangan para pe lancong Muslim ke sana. SAKURA DI KOREA & JEPUN? TAIWAN PUN ADA! Cherry Blossom (bunga Sakura) tidak hanya wujud di Korea Selatan atau Jepun sa haja. Taiwan juga ada. Malah, ada sesetengah pelancong yang pernah ke Taiwan mem buat kenyataan berani bahawa Sakura di Alishan, Taiwan le bih cantik pe mandangannya berbanding di Jepun! Terdapat kira-kira 80,000 po hon Sakura di Alishan – memang 'jamu mata' jika sa lah satu sebab anda datang ke Taiwan adalah untuk me li hat Sakura. Selain bunga Sa kura, landskap di Taiwan cu kup terkenal, contohnya Sun Moon Lake di Nantou. Lo kasinya agak jauh sedikit dari Taipei. Anda perlu menaiki bas atau kereta untuk ke sini. Me nariknya tasik ini adalah apabila ketika cuaca panas, air ta sik akan kelihatan seperti cermin – memaparkan refleksi bot-bot dengan latar belakang gu nung ganang yang indah.
Para pengunjung ke sini juga boleh menaiki cruise bagi me li hat pemandangan indah di sekitar Sun Moon Lake. MAKANAN HALAL Buat mereka yang pertama ka li menjejakkan kaki ke Taiwan, penulis syorkan ke Taipei terlebih dahulu. Ini di sebabkan daripada segi penye diaan makanan halal, ibu ne
gara Taiwan ini menawarkan banyak restoran-restoran ma kanan halal untuk pelancong Muslim. Apa yang menggembira kan, kerajaan Tai wan begitu se rius ingin meningkatkan jumlah kemasukan pelancong bera gama Islam ke negara itu, hingga wujudnya Chinese Muslim Association (CMA) yang sentiasa berusaha me
mastikan piawaian ketat ber kai tan penyediaan makanan halal sentiasa dipatuhi. Difa hamkan, sehingga tahun lalu, terdapat lebih 20 buah resto ran makanan halal di Taipei sa haja yang merupakan se ba hagian daripada kebih 50 res toran halal yang ada di se luruh Taiwan. Jelas, jika ala san anda untuk tidak ke Taiwan disebabkan tiada ma
kanan halal, alasan itu tidak boleh diterima lagi! NIKMAT KOLAM AIR PANAS Jika Jepun terkenal de ngan 'Onsen', Taiwan juga ti dak kurang hebat dengan ko lam air panasnya. Jika di Je pun, kolam air panas atau Onsen ini ada di mana-mana. Tetapi, di Taiwan, ia terletak di lokasi strategik – kawasan
Membeli belah di Ximending
29
7 - 13 Jun 2017
PRODUK
Tangani masalah kesihatan ketika melancong PERKARA paling dikhuatiri ketika bercuti ke luar negara adalah apabila badan menjadi tidak sihat akibat perubahan cuaca. Hendak pergi ke klinik, kos perubatan agak mahal. Kaedah terbaik, ketahui petanda awal untuk mengellkan diri dripada jatuh sakit. Thermo sedia membantu anda! Thermo merupakan salah satu alat yang berfungsi untuk membantu menyekat peningkatan suhu badan ketika melancong. Di samping itu, ia turut memberi peringatan dan gejala yang akan timbul jika suhu tubuh anda meningkat secara mendadak. Kesemua maklumat ini akan direkodkan dan boleh bergunung ganang dan laut yang begitu sesuai untuk sesi terapi tubuh. SELAMAT & JUJUR TERHADAP PELANCONG Sehingga ke hari ini, pe nu lis belum pernah men dengar kejadian tipu dalam kalangan pemandu teksi di Taiwan. Penulis sudah be be rapa kali menggunakan teksi di Taipei dan ke mana sahaja penulis pergi (dalam ka wasan Taipei) harganya te tap sama iaitu kurang dari 250 New Taiwan Dollar (NTD) atau kira-kira RM35. Harga ini ti dak berubah apabila anda me naiki teksi lain. Meskipun kebanyakan pemandu tidak fa sih berbahasa Inggeris, me re ka tidak menggunakan ke sempatan untuk 'mengetuk' pe numpang dengan harga yang tidak masuk akal seperti di sesetengah negara lain.
dihubungkan kepada aplikasi dalam telefon bimbit anda. CARA PENGGUNAAN Tidak sukar menggunakan alat ini. Layarkan ia pada bahagian dahi dan 16 titik sensor inframerah akan mengenal pasti kawasan paling panas pada bahagian tersebut dan kemudian
memberikan bacaan suhu tubuh anda ketika itu. Maklumat pada paparan LED akan memaklumkan jika suhu badan anda rendah dan tinggi ataupun normal – mengikut kesesuaian umur. Selepas bacaan suhu dikeluarkan dan disambungkan kepada telefon bimbit, aplikasi thermo akan mencadangkan ubatubatan yang sesuai anda beli untuk mengelakkan anda daripada jatuh sakit. Jadi, buat anda yang suka
mengembara, pastikan bawa thermo bersama anda. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda menangani maslah kesihatan agar tidak menjadi lebih serius.
Diringkaskan cerita, kalau tam bang dikenakan RM20 me mang itulah caj yang akan dikenakan kepada semua pelancong. BELI-BELAH Jika salah satu agenda percutian anda adalah membeli-belah, maka Taiwan adalah tem patnya. Jika anda berada di Taipei, luangkan masa un tuk ke kawasan dataran pasar Ximending. Pelbagai jenis pa kaian dan aksesori diri daripada jenama dalam dan luar negara ada dijual di sini. Selain Ximending, Kalau sudah sebut Ximending, mestilah singgah juga ke Shilin Night Market yang terletak di Daerah Shi lin. Hendak ke Shilin Night Mar ket ini tidak sukar. An da bo leh menggunakan per khid ma tan MRT di Jiantan Station. Ataupun boleh mengambil teksi dari hotel
Kembali ke zaman silam
Pemandangan di Sun Moon Lake yang begitu mempesonakan
untuk ke sini. Antara produk popular di Shilin Night Market adalah beg tangan wanita dan ja ket untuk lelaki. Harganya ber pa tutan dan kualiti pun bagus. BAGAIMANA KE TAIWAN Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia me nawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke dua destinasi di Taiwan iaitu Taipei dan Kaohsiung. Kaohsiung terle tak di bahagian selatan Taiwan dan terkenal dengan bang u nan-bangunan pencakar langit dan taman-taman rekreasi yang indah. Selain AirAsia, China Airlines yang beribu pejabat di Touyou dan Kaohsiung juga menawarkan tiket penerban gan pada harga berpatutan berdasarkan waktu-waktu ter tentu.
30
7 - 13 Jun 2017
Benitez mahu Reina kembali ke England
R
Pepe Reina
AFA Benitez mahu penjaga gawang Napoli, Pepe Reina menimbang untuk kemba li semula ke Liga Perdana Inggeris sebagaimana yang pernah mereka kecapi bersama di Anfield dahulu. Harapan itu disuarakan Benitez susulan tercetusnya perbalahan Reina dengan Presiden Napoli, Au relio De Laurentiis. Konflik itu bermula di satu maj lis makan malam yang dihadiri Rei na dan isterinya, Yolanda Ruiz. De Laurentiis dalam ucapannya di majlis itu, berkata: “Reina seha rusnya mengenepikan gangguan luar yang boleh jadi halangan un tuk dia beraksi dengan lebih baik.” Kata-kata itu menyebabkan Ruiz tersinggung lalu bangun mening galkan majlis, diikuti oleh Reina. De Laurentiis kemudiannya mengaku dia sekadar bergurau na mun kata-katanya menyebabkan pasangan itu berkecil hati hingga Reina mengumumkan mahu sege ra meninggalkan Napoli. Selepas majlis itu, Reina telah meninggalkan mesej di Twitter: ”Cara sebenar menonjolkan kehe batan diri ialah dengan tidak men gendahkan orang lain.” Ruiz pula kemudiannya me
muat naik kenyataan di Insta gram:” Apabila seseorang yang berkuasa hilang rasa malu, orang lain pula akan hilang rasa hormat terhadapnya!” Penjaga Sepanyol itu sebelum ini pernah bermain bawah kenda lian Benitez di Liverpool. Dia kekal di Anfield hingga era Brendan Rod gers. “Saya berharap dia akan teri ma tawaran saya untuk kembali ke EPL, bermain untuk Newcastle United. Saya mahu kami sebum bung semula,” kata Benitez.
Rafa Benitez
Reina dan isterinya Yolanda Ruiz.
32 Lukaku bagaimanapun masih mempunyai baki kontrak dua tahun di Goodison Park. Menelusuri sejarah hubungan Lukaku - Chelsea, ada cerita yang sangat menarik. Penyerang Belgium itu menandatangani kontrak bersama The Blues pada Ogos 2011 selepas meninggalkan Anderlecht dengan bayaran klausa perpindahan £17 juta. Bagaimanapun hubungan mesra itu tidak kekal lama. Meskipun menunjukkan aksi cemerlang, Lukaku dipinjamkan kepada West Bromwich Albion pada Ogos 2012, disusuli pula dengan pinjaman kepada Everton bermula musim 2013/14. Melihat adanya keserasian yang baik antara Lukaku dengan pemain-pemain lain, dia kemudian diikat terus menerusi kontrak lima tahun menjelang bermulanya musim 2014/15 untuk kekal bersama The Toffees. Justeru, jika The Blues mahukan Lukaku kembali semula ke pangkuan mereka, sama ada itu boleh diumpamakan seperti sirih pulang ke gagang, ataupun ibarat menjilat ludah, bergantung pada penerimaan pemain itu sendiri.
Ia hampir sama dengan apa yang pernah berlaku kepada Paul Pogba yang dilepaskan secara percuma kepada Juventus oleh Man32 chester United namun kemudiannya dibeli semula dengan harga yang mencecah rekod dunia. Menariknya, jika Pogba dilepasSekurang-kurangnya, Red Dekan oleh Red Devils ketika era vils Sir harus dipastikan layak ke Liga Alex Ferguson dan dibeli semula Juara Juara menerusi laluan domestik oleh Jose Mourinho, Lukaku pula – berada dalam kelompok empat teratas – bukan lagi terpaksa dilepaskan ketika Chelsea dikendabergantung harap pada satu-salikan oleh Mourinho dan dibeli setunya talian hayat iaitu Piala Liga mula oleh Conte. Europa. Apa yang pasti, nilainya kini suUntuk itu, Mourinho harus medah melambung berlipat kali ganda. nyiapkan pasukan yang Dengan nilai dan kebenar-benar mampu memmuncak prestasinya seberikan saingan dalam Liga karang, Roman AbraPerdana. movich dipercayai akan Smalling baginya tidak termakan pujukan Conte lagi boleh diharapkan untuk menjadikan benteng untuk mendapatkan Lukapertahanan Red Devils ku bagi menghadapi saingan kebal dan ampuh daripamusim depan. d a ditembusi musuh. Apa pun, tawaran dari kelabLalu, bagi Mourinho, kelab lain harus juga diambil kira, p e main berusia 27 tahun itu terutama Manchester United. perlu digantikan dengan pemain Mourinho juga meletakkan sapertahanan yang berkelas dunia. saran untuk mendapatkan penyeLaporan Daily Star menyatakan, rang terbaik musim depan dalam dalam masa beberapa hari ini, bos misi untuk merampas trofi Liga PerMan United itu dikatakan akan berdana. temu Smalling untuk memberitahu dia sudah tidak diperlukan dan masanya sudah sampai untuk dijual!
Romelu Lukaku
31
7 - 13 Jun 2017
Dembele buruan Rooney dilamar gergasi Eropah Stoke City?
SETAKAT ini, ia masih khabar angin. Akhbar The Sunday People baru-baru ini mela porkan ura-ura penyerang legenda England dan Manchester United, Wayne Rooney akan dilamar Stoke City. Sama ada Rooney mahu terima atau tidak, itu lain cerita. Malah laporan itu juga setakat ini masih belum jelas kesahihannya. Apa pun, jika ia benar, ini adalah berita yang sangat besar! Menurut laporan itu, The Potters telah mendapat jaminan daripada penaja mere ka, Bet365 untuk membiayai yuran per pindahan yang dianggarkan £45 juta. Usaha untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu berpindah ke Stoke-on-Trent itu dipelopori oleh Mark Hughes, yang juga bekas pemain Manchester United dan kini mengendalikan The Pot ters. Rooney meskipun baru-ba ru ini menyatakan komitmen untuk kekal di Old Trafford na mun dipercayai sedang menimbang untuk berpindah sama ada ke Amerika Syarikat atau China menjelang persaraannya. Dalam pada itu, kelab asalnya, Everton juga menaruh harapan untuk dia kembali. Bagi pemerhati, ura-ura untuk dia ke Stoke sama sekali tidak akan menjadi kenyataan, dan bagi mereka, itu sekadar gosip kosong yang tiada asas.
BINTANG muda Celtic, Mous sa Dembele kini jadi buruan kelab-kelab gergasi Eropah. AC Milan, Chelsea, Totten ham Hotspur dan Arsenal an tara yang disebut mahu men dapatkan tandatangannya pada musim panas ini. Berusia 20 tahun, aksi Dembele dalam penampilan musim pertama di Liga Scot land pantas menarik perhati an warga bola sepak Eropah. Dia telah menjaringkan 17 gol untuk Celtic sejak be rada bawah kendalian Bren dan Rodgers. Pernah bermain untuk Fulham, Dembele setakat ini telah membuat 34 penam pilan bersama skuad bawah 21 tahun Perancis dan dile takkan dalam kesebelasan utama. AC Milan dijangka akan mengemukakan tawaran da lam masa terdekat bagi men gikat antara penyerang muda terbaik Eropah itu.
Johann memang berpotensi jadi johan
Foto MotoGP.com BERMULA awal musim MotoGP, tidak ramai termasuk Mr Mat Manjoi (MMM) sendiri memberi perhatian terhadap cabaran yang bakal dibawa oleh penunggang Perancis, Johann Zarco. Dengan tumpuan utama adalah kepada penonjolan rekrut terbaru pasukan Movistar Yamaha dan rakan baru Valentino Rossi - Maverick Vinales, penunggang dari Cannes itu tidak dilihat sebagai antara prospek utama untuk saingan kejuaraan musim ini. Selain Rossi dan Vinales, tumpuan juga adalah kepada gandingan Repsol Honda – Marc Marquez dan Dani Pedrosa serta juara lima kali dunia,
Jorge Lorenzo, yang dilihat sebagai penunggang utama pasukan Ducati. Walaupun bakat Zarco sememang diperakui, status beliau sebagai pelumba ‘rookie’ dalam MotoGP dan menunggang untuk pasukan satelit Monster Yamaha Tech 3 tidak meletakkan beliau sebarisan dengan para penunggang elite daripada ‘factory team’ Honda, Yamaha, Ducati dan Suzuki. Selain Marquez, tiada juara Moto2 yang benar-benar dapat mencipta impak dalam saingan perdana MotoGP, yang rata-rata diakui sebagai kelas saingan yang berbeza dengan penampilan para pelumba terhandal di dunia. Jentera 600cc dan 1000cc adalah dua kelas yang berbeza. Beberapa mata, bagaimanapun, mula terbuka pada saingan
pembuka musim di Qatar apabila Zarco bermula garang dan mendahului bahagian awal saingan di Litar Losail itu sebelum terjatuh untuk menyerahkan perlumbaan berkenaan untuk dimenangi oleh Vinales. Dalam dua perlumbaan seterusnya di Argentina dan Amerika Syarikat, Zarco mendapat tempat kelima sebelum meningkatkan kedudukan beliau pada Grand Prix Sepanyol dengan mendapat tempat keempat. Di ‘home’ Grand Prix di Le Mans, Perancis dalam saingan Pusingan 5 musim ini, keupayaan dan Zarco jelas terserlah. Bukan sekadar kejayaan beliau untuk mencatat tempat kedua pada Grand Prix berkenaan, tetapi keupayaan beliau menyaingi Vinales dan Rossi sebelum tayar jentera Yamaha tunggangannya mula kehilangan ‘grip’. Vinales memenangi perlumbaan berkenaan, yang menyaksikan Rossi terjatuh dalam beberapa selekoh terakhir dalam usahanya untuk memintas rakan sepasukannya itu. Zarco memenangi tempat kedua untuk menggembirakan puluhan ribu penonton yang datang ke Le Mans untuk menyaksikan wira baru Perancis itu. Mengulas mengenai prestasi beliau pada musim ini, Zarco, dalam satu temubual menjelang sain-
gan Grand Prix Itali di Mugello, menyatakan bahawa beliau kini sedang bermimpi dan ‘akan terus menghidupkan mimpi berkenaan’. Kejayaan di Perancis, katanya, memberikan motivasi yang tinggi kepada beliau untuk terus beraksi cemerlang dan mencipta nama di pentas MotoGP. Zarco turut menegaskan bahawa adalah penting untuk beliau berdiri teguh di bumi nyata kerana masih banyak yang perlu dipelajari oleh beliau di pentas MotoGP ini. “Saya perlu terus belajar dan memahami jentera tunggangan saya ini untuk menamatkan semua perlumbaan dengan baik. Saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar,” kata Zarco, yang tiba-tiba disebut sebagai calon yang sesuai untuk Yamaha bagi menggantikan Rossi sekiranya lagenda berusia 38 tahun itu memilih untuk bersara. Menggantikan ‘The Doctor’ tentunya bukan sesuatu yang mudah. Kerana, Rossi bukan sekadar seorang pelumba yang handal; tetapi ikon yang ulung. Apapun, yang pasti, Johann Zarco hanya menanti hari sebelum bergelar Johan di pentas MotoGP ini. MMM – Rossi adalah Rossi dan tiada pengganti.
KENALI JOHANN ZARCO
Johann Zarco adalah bekas pemenang Red Bull Rookies Cup dan menyertai saingan GP Dunia 125cc pada tahun 2009 di mana dia muncul naib juara pada tahun 2011 bersama-sama dengan pasukan Aki Ajo sebelum beralih kepada saingan Moto2. Dia mencatat beberapa kemenangan podium dalam kelas Moto2 ini sebelum kembali untuk bergandingan dengan Ajo untuk kelas Moto2. Dia muncul juara pada tahun 2015 sebelum menjadi pelumba pertama untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan tahun lepas sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010. Johann Zarco adalah penunggang Perancis pertama untuk memenangi lebih daripada dua kejuaraan dunia.
32
24 - 30 Mei 2017
Keluaran 7 - 13 Jun 2017
LUKAKU PALING PANAS S
EBAIK jendela perpindahan musim panas ini dibuka, Romelu Lukaku boleh dikira antara nama yang paling ‘panas’. Beberapa pengurus kelab sudah terigau-igau dan menyebut namanya dalam mimpi mereka termasuk Antonio Conte. Bagi Conte, untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana yang dimenangi musim, The Blues seharusnya mempunyai penyerang liga, dan Lukakulah orangnya. Pengalamannya beraksi dalam Liga Perdana sepanjang bersama Everton, jadi sebab Lukaku jadi pili-
30
31
‘Jangan harap saya Benitez mahu tinggalkan Reina kembali Atletico’
Rooney dilamar Stoke?
Antonio Conte
han Conte. Ini ditambah pula dengan kedudukannya selaku penjaring kedua terbanyak liga musim ini dengan 25 gol (di belakang Harry Kane, 29 gol) dengan 36 penampilan. “Conte amat memerlukan penyerang yang bagus. Mengharapkan kepada (Eden) Hazard saja tidak cukup. Tambahan pula ada ura-ura (Diego) Costa mahu tinggalkan Chelsea. Jadi dia amat memerlukan Lukaku,” s u m b e r dari Stamford Bridge.
Romelu Lukaku
30
Satu lagi rekod dunia bakal tercipta!
T
AHUN lalu, Paul Pogba kembali ke pangkuan Manchester United dari Juventus dengan bayaran klausa perpindahan £100 juta, sekali gus mencipta rekod dunia. Musim panas ini, sebaik jendela perpindahan dibuka, khalayak bola sepak Eropah ternanti-nanti kalau ada tawaran yang lebih tinggi daripada itu. Khabarnya, bintang muda Monaco, Kylian Mbappe berada dalam kemungkinan itu.
Ini kerana sejak beberapa bulan lalu, namanya disebut-sebut sebagai buruan utama beberapa kelab ternama Eropah iaitu dua kelab Manchester, Real Madrid dan Arsenal. Malah Manchester City dalam tawaran awal mereka telah membawa £93.2 juta untuk pemain antarabangsa Perancis berusia
18 tahun itu. The Gunners sebelum itu tawarkan £85 juta. Dalam persaingan itu, ada kelab dilaporkan telah membawa angka rekod dunia £133 juta – untuk mendapatka Mbappe. Hampir pasti, tawaran itu bukanlah daripada Red Devils kerana Mbappe sebelum ini terang-terangan telah menolak tawaran Jose Mourinho. “Tidak. Saya tidak akan ke Mancehster United! Saya tidak suka cara Mourinho. Walaupun dihulur tawaran lumayan, saya tidak akan pergi ke sana. Gaya bola sepak Mourinho tidak kena dengan jiwa saya,” katanya. Lalu, apakah £133 juta itu daripada Real Madrid? Kita tunggu kesudahannya!
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712