PE RC UM A
ISU 22
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H
Maaf Zahir & Batin daripada
Keluaran 21 - 27 JUN 2017
NOSTALGIA PUDURAYA
Suka duka anak rantau berebut bas balik beraya kini tinggal kenangan
16
4
KHIZAIRI KHIZAN
KUALA LUMPUR – Dahulu ia tidak pernah ‘tidur’, tidak pernah sunyi dan menjadi saksi kepada gelagat warga kota, juga orang luar yang bertandang ke Ibu Kota selama hampir 40 tahun. Berdiri megah sebagai antara tumpuan utama di tengah-tengah pusat bandar raya, Puduraya se memangnya sangat memberi warna pada Ibu Kota kita. Kini dikenali dengan nama ba haru, Pudu Sentral, suatu ketika dahulu, Puduraya cukup terkenal di seluruh negara. Bertandang semula ke situ, seakan kedengaran jerit laung ulat tiket yang terakam dalam tiang-tiang batu di situ. Siapa yang boleh lupa akan bau asap dan minyak bas yang tidak dapat ditegah daripada me nerobos masuk ke rongga hidung tatkala menunggu bas hendak balik beraya di kampung?
Yatim piatu selepas tragedi 1989 5
CEO Hyundai berpuasa
2,3
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
2
21 - 27 Jun 2017
Dari muka depan Bangunan yang terletak di Jalan Pudu itu merupakan pintu masuk utama ke Ibu Kota bagi mereka yang menaiki bas dari seluruh Semenanjung. Itulah juga monumen ‘Selamat Datang’ dan ‘Selamat Menempuh Cabaran’ bagi anak rantau yang berani menyahut cabaran untuk mencari rezeki di kota kosmopolitan ini. Di situlah juga dahulu, berapa ramai teruna dara mengikat janji untuk bertemu di lokasi yang paling mudah di tengah kota, yang kini mungkin sudah beranak bercucu mereka. Namun, itu dahulu! Sejak dua tahun lalu, di bangunan yang teramat sentimental bagi sebahagian besar warga kota ini sudah tidak ada lagi deruman enjin bas yang riuh bertingkah dahulunya. Malah, ia seakan begitu sepi, sesepi
sepinya pada musim raya kerana di situlah dulu anak rantau ‘berjuang’ untuk mendapatkan ruang bagi perjalanan balik ke kampung untuk bersama meraikan lebaran bersama keluarga. Bermula 2015, semua operasi bas ekspres di Puduraya mendapat rumah baharu - Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - yang lebih moden dan sempurna di Bandar Tasik Selatan. Puduraya kini sudah berubah guna sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyediakan perkhidmatan daripada kerajaan dan sektor swasta kepada warga kota. Apa pun yang pasti, nama Puduraya banyak menyimpan cerita suka dan duka bagi rakyat Malaysia serta ia menjadi kenangan abadi kepada generasi 70an dan 80an. Boleh dianggap sebagai nadi ibu negara, Puduraya diadun dengan seribu satu kenangan, jatuh bangun, kecewa dan gembira setiap perantau.
Wajah Puduraya pada tahun 70an.
Tiada lagi Pistol air jadi teman PENIAGA yang berada di kom pleks itu silih berganti dan tinggal beberapa orang sahaja pe niaga lama yang masih kekal berniaga di situ selepas hentian bas berkenaan dibaik pulih pada 2010. Bagi Mohd Razali Abdul Hamid, (gambar) berniaga ketika Puduraya beroperasi sebagai hen tian bas ekspres adalah kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Katanya ketika itu, ruang tempat menunggu dipenuhi ribuan penumpang dan suasana riuh rendah menjadi penghias kompleks itu setiap hari. Menurutnya, musim cuti sekolah dan menjelang Aidilfitri adalah detik yang ditunggu olehnya kerana pada masa itu kompleks berkenaan amat padat dan hasil perniagaan bertambah berlipat kali ganda. “Saya mula berniaga di sini pada 2006. Pada masa itu Pudu Sentral (Puduraya) ini belum lagi dibaik pulih seperti sekarang ini. “Ketika itu kawasan ini sangat sesak dan sibuk dengan dipenuhi ramai orang dengan aktiviti masing-masing. “Tapi sekarang sua sana itu tiada lagi. Keadaan se makin sunyi se hingga pernia gaan yang saya usahakan ini hanya cukupcukup makan
sahaja hasilnya,” katanya. Mohd Razali berkata, pada masa ‘kegemilangan’ Puduraya, pistol air sentiasa tersedia sewaktu perniagaannya beroperasi. Katanya, ia digunakan untuk ‘menembak’ orang ramai yang menghalang di hadapan kedainya. “Perkara yang saya tak dapat lupakan pada masa Puduraya jadi tumpuan, ialah pistol air. “Saya akan gunakan pistol air untuk ‘tembak’ sesiapa sahaja yang menghalang kedai saya dari kelihatan. “Ketika itu orang terlalu ramai, ada yang berdiri di hadapan kedai ini,” katanya yang menjual makanan ringan. Selain itu Mohd Razali berkata, perniagaannya kini hanya mengharapkan orang ramai yang datang berurusan di UTC sahaja. Katanya, dia menutup kedai pada jam 9 malam kerana selepas waktu itu Pudu Sentral sunyi sepi. “Lepas Maghrib saya akan kemaskan barang perniagaan dan jam 9 malam kedai saya akan tutup kerana selepas itu sudah tiada pelanggan lagi dan kawasan itu jadi ‘kosong’,” katanya. Menurutnya juga, ramai peniaga asal sudah berpindah dan ada juga yang meninggal dunia.
Simpan kenangan 35 tahun PENIAGA paling lama yang masih berniaga di situ, Yusof Hasim, (gambar), ki sah Puduraya banyak me ninggalkan kenangan da lam dirinya. Katanya, hampir se pa ruh usianya diwarnai de ngan memori hentian bas ber kenaan. Dia yang menjual barangan kulit sejak 1982, amat merasai ‘kehilangan’ Puduraya. “Bagi generasi saya, Pudu raya adalah titik permulaan seorang perantau di Kuala Lumpur yang mempunyai ke nangan dan makna yang ter lalu besar ertinya. “Di sinilah tempat saya mencari rezeki untuk menyara keluarga dengan membuka kedai barangan kulit ini,” kata anak kelahiran Kluang, Johor itu. Menurut Yusof, pada
awal 90an, kedainya menjadi tumpuan anak muda. Katanya, ketika itu barangan kulit menjadi trend orang lelaki dan kedainya men jual barangan yang mengikut perkembangan semasa pada era itu. “Dahulu tahun 90an ba rangan kulit memang diminati
golongan muda pada masa itu. “Kedai saya akan jadi tum puan untuk mereka mencari dompet, kasut but, tali pinggang, topi dan sebagai. “Pelangan saya sewaktu itu bukan sahaja terdiri daripada warga Kuala Lumpur, malah penumpang bas turut tidak mahu melepaskan peluang mendapat barangan kulit di sini,” katanya. Namun, Yusof berkata semua itu sudah berlalu dan kini dia ditemai sunyi dan sepi. Katanya, tiada lagi ke de ngaran suara tawar menawar harga. “Dahulu ramai orang, sekarang ini tidak lagi. Tiada lagi sesiapa yang mahu sing gah kedai saya ini. “Kalau ada pun pelanggan lama saya yang masih tahu saya berniaga di sini lagi,” katanya.
Puduraya kini lebih kelihatan moden setelah diubah suai dan dinamakan Pudu Sentral.
3
21 - 27 Jun 2017
bau asap bas Puduraya Bas rosak malam raya
“SAYA rasa seperti mahu me nangis, resah dan tidak tentu arah apabila bas yang patutnya dinaiki rosak sebelum per jalanan,” demikian yang di ceritakan Noor Syahela Mohd Nasir, 30. Katanya, dia ma hu pu lang untuk me nyambut Hari Raya Aidilfitri di Baling, Kedah. Menurutnya, pe nga laman yang di alaminya itu pada 2006. “Pada masa itu saya masih belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Itulah pertama kali saya pulang ke kampung menaiki bas seorang diri untuk berhari raya.
Ruang parkir bas yang dahulunya riuh rendah dengan penumpang, sekarang sunyi sepi.
Cinta pandang pertama “PUDURAYA menyim pan banyak kenangan manis kepada saya dan isteri. Hentian ini menjadi saksi cinta kami mula ber putik.” Demikian cerita yang dikongsi Nasri Murad, 48, (gambar), ketika ditanya ke nangannya de ngan Puduraya. Menurutnya, kisah cintanya bermula apabila dia mula berkenalan dengan isterinya 22 tahun lalu kerana sekeping tiket. Katanya, wanita itu ke hilangan tiket untuk pulang sempena Aidilfitri ke Alor Setar, Kedah dan tidak dibenarkan menaiki bas. “Pada masa itu saya beratur di belakangnya untuk menaiki bas. Tiba-tiba saya melihat
dia cemas seperti mencari sesuatu. “Saya dengar dia ber kata kepada pemandu bas bahawa tiket di belinya hilang, namun dia tidak dibenarkan menaiki bas sebaliknya dinasihat supaya beli tiket baharu. “Isteri saya kata kepada pemandu bas itu duitnya tidak cukup lagi untuk membeli tiket. Lalu saya yang berada di situ terus menyampuk percakapan an tara mereka berdua dan memberi tiket bas saya kepadanya. “Isteri saya ketika itu seperti tercengang dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Tetapi dia sempat meminta nombor telefon saya untuk membayar balik tiket bas itu,” katanya yang berkerja dengan sebuah syarikat swasta. Nasri berkata, dia memberi te lefon pejabatnya kerana pa da masa itu ramai yang ti dak mampu membeli telefon bimbit.
Selepas beberapa hari, wa nita itu menelefonnya lalu dari itu bermulanya detik percintaan mereka dan berakhir ke jinjang pelamin. “Saya anggap itu rezeki selepas raya,” katanya ber seloroh. Menurutnya, kenangan Pudu raya akan dia ceritakan kepada anak-anak kerana ia adalah tempat yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya.
“Dalam fikiran saya pada masa itu, apa yang akan jadi kalau bas yang saya akan naiki itu tidak dapat meneruskan perjalanan. “Adakah saya akan beraya di Kuala Lumpur seorang diri, malam raya pulak tu,” jelasnya. Tetapi katanya, dia amat bernasib baik ke rana sya rikat bas ber kena an sang gup menggantikan bas lain. “Saya amat bersyukur apabila syarikat bas berke naan memberitahu akan digantikan dengan bas lain pada malam itu juga. “Namun saya sampai lewat di kampung pada masa itu. Apa pun saya gembira asalkan dapat balik ke kampung,” katanya.
Lokasi Kembara Seniman Jalanan Di perhentian puduraya Tempat mula bersua Dalam bas berwarna biru Menuju ke utara Senyum terukir untukmu Kau membalas tunduk malu Sungguh ayu Ku terpanah dari godaan cinta pertama
Itu antara bait lirik lagu Di Perhentian Puduraya yang ditulis komposer ter sohor, Datuk Mohamad Nasir Mohamad atau lebih dikenali sebagai M Nasir. Lagu berkenaan mula menjadi siulan anak muda era 80an terutama bagi peminat kumpulan Kem bara. Bagi M Nasir, dia mencipta lagu ber kenaan kerana me lihat situasi pada masa itu, Puduraya sangat ter kenal bukan sahaja se bagai hentian bas malah ia menjadi tumpuan aktiviti warga kota selain perantau
yang mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Katanya, dia percaya hentian bas berkenaan cukup sinonim dengan masyarakat negara ini. Menceritakan kenangan Pudu raya, M Nasir turut tidak terlepas daripada menyingkap kembali zaman mudanya. Menurutnya, Puduraya ada lah lokasi utama pengambaran filem Kembara Seniman Ja lan an iaitu filem pertama yang dilakonkannya dengan me megang watak Bujang dan Jebat. Dia yang juga dikenali dengan jolokan ‘sifu’ dalam industri muzik Malaysia berkata, Pudu raya dipilih kerana pada masa itu ia lokasi ‘logik’ untuk babak
seorang perantau yang mula datang ke Kuala Lumpur. “Bujang yang baru tiba di Ibu Kota bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya. “Osman merupakan se orang penyeluk saku. Per tembungan itu mengakibatkan dompet Bujang ju ga turut menjadi ‘mangsa’ Osman. “Oleh itu, mudah saya katakan Puduraya ini adalah tempat yang sesuai pertemuan manusia dengan manusia tidak mengira latar belakang,” katanya yang menulis skrip filem berkenaan. Selain itu, M Nasir juga berkata, hentian berkenaan juga menjadi tumpuan kerana terdapat medan selera di situ. “Saya sering makan di Puduraya suatu ketika dahulu. Di situ tempat nak lepak dan jumpa kawan,” katanya kepada Warta. Selain itu katanya, hen tian berkenaan juga sering menjadi tempatnya untuk busking bersama rakanrakan suatu ketika dahulu.
Hampir kena peras ugut BAGI K Manivanan, 55, detik cemas yang dialaminya pada tahun 1999 di Puduraya pasti tidak akan dilupakan. Mana tidaknya, dia hampir diperas ugut oleh seorang lelaki ketika datang ke Puduraya untuk membeli tiket bas bagi adiknya pulang ke kampung di Pulau Pinang. “Ketika itu saya tengah menaiki tangga di satu sudut hentian itu. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang kepada saya bertanya mahu ke mana. “Lalu saya pun jawab, mahu membeli tiket. Dia kata nak beli tiket kena bayar dulu ‘tiket’ dengannya.
“Saya faham apa maksudnya dan kebetulan ada pondok polis di situ, saya terus berlari ke pondok polis. “Lelaki itu tiba-tiba hilang dari pandangan saya,” kata ahli perniagaan itu. Manivanan berkata, pada masa itu Puduraya cukup terkenal dengan kejadian peras ugut atau sering di sebut sebagai ‘Mat Paw’. Katanya, ketika kejadian itu dia bernasib baik kerana sempat berfikir apa yang perlu dilakukan. “Inilah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan jika menyingkap kembali kisah Puduraya,” katanya.
4
21 - 27 Jun 2017
Tragedi 1989 jadi tangisan setiap Syawal AZLAN ZAMBRY
SHAH ALAM - Menjalani ke hidupan harian selama 29 tahun tanpa kasih ibu dan bapa di sisi bukan perkara mudah, tetapi inilah yang perlu diharungi Mustakim Muhamad, 29. Peristiwa pada tahun 1989 di Pasir Mas, Kelantan yang per nah menggempar negara apa bila lima sekeluarga maut dalam satu kemalangan tiga hari sebelum Aidilfitri amat memberi kesan mendalam buat insan itu yang menjadi yatim piatu sejak umurnya 14 bulan.
“Walaupun saya masih kecil ketika itu, namun kejadian yang menimpa kami sekeluarga sentiasa diingatan kerana itulah detik terputus kasih sayang saya dengan ibu, bapa, abang dan kakak. “Sejak itu saya dijaga oleh nenek sebelum dijaga pula oleh ibu saudara saya selepas nenek sakit dan nenek pun sudah me ninggal dunia. “Saya diberitahu oleh saudara mara yang lain bahawa saya terselamat dalam kejadian itu kerana terperosok di bawah
Keratan akhbar tragedi berdarah yang meragut nyawa ahli keluarganya.
tem pat duduk hadapan sebelah pe numpang dan abang saya, Muhaimi sedang tidur juga selamat,” katanya yang kini ting gal dua beradik bersama abang nya, Muhaimi Muhamad, 33. Menceritakan kisah duka itu, dia difahamkan pada hari ke jadian keluarganya pulang ke kampung dari Kuala Lumpur un tuk menyambut Aidilfitri di Tumpat. Katanya, apabila sampai sa haja di rumah datuk dan nenek nya, keluarganya diajak untuk berbuka puasa di restoran oleh saudara mara. “Dalam perjalanan untuk berbuka puasa itulah kereta yang kami naiki terbabas dan me rempuh bas. Ketika itu bapa saya yang memandu kereta,” katanya. Mustakim berkata, dia me ngetahui tentang kejadian yang menimpa keluarganya ketika berada di sekolah rendah kerana pada masa itu dia sering bertanya kepada arwah neneknya ke mana ‘menghilangnya’ ibu dan bapa. “Saya lihat rakan-rakan se kolah mempunyai ibu dan bapa. Saya amat hairan pada masa itu mana perginya ibu dan bapa saya. “Pada awalnya nenek tidak menjawab soalan saya, hanya linangan air mata saya lihat
Gambar yang diambil pada Hari Raya ketika Mustakim berumur 4 tahun.
Mustakim kini aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
daripada wajah nenek. Ketika itu sudah cukup untuk saya fahami apa yang telah berlaku. “Secara jujurnya, walaupun saya tidak pernah mengenali ibu dan bapa serta dua lagi adik beradik yang terkorban, namun kerinduan itu tetap ada apabila tibanya Syawal. “Namun kerinduan itu ter ubat juga kerana banyak gambar-gambar ahli keluarga yang lain masih ada dalam simpanan saudara mara saya, dari situlah saya dapat menatap wajah mereka,” katanya. Mustakim juga berkata, lebih menyedihkan apabila Hari Raya Aidilfitri dia tidak dapat memakai pakaian sedondon seperti orang lain. “Saya amat sedih jika lihat
keluarga lain ada tema warna pakaian dan memakainya se dondon. “Alangkah gembiranya Aidil fitri kalau dapat bersama keluarga, tapi apakan daya sudah ketentuan Illahi nasib saya begini,” katanya. Sementara itu, Mustakim menasihatkan kepada anakanak yatim sepertinya supaya sentiasa kuat semangat dan sen tiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa. “Hidup ini perlu diteruskan, yang pergi tidak akan kembali dan hanya doa sahaja yang mampu dihadiahkan kerana sebagai anak soleh, itu sahaja ‘bekalan’ yang saya mampu beri kepada ibu dan bapa saya di sana,” katanya.
5
21 - 27 Jun 2017
Insiden tragis beraya di rumah ‘marka’ 10
HARI Raya makin dekat. Ingatan ke kampung halaman semakin kuat. Turut sama kuat ialah ingatan pada memori silam, beraya zaman kanak-kanak. Bagi sesiapa juga, itulah kenangan paling manis dalam hidup. Bukan kanak-kanak sahaja, ketika usia remaja juga tidak kurang seronoknya. Cuma seiring dengan per tambahan usia, keseronokan zaman remaja sedikit berbeza. Perkara paling utama beraya bagi orang muda ialah peluang bertandang ke rumah 'marka'. Marka istilah orang utara bagi buah hati. Itulah yang paling dinanti-nanti. Kerana terlalu ghairah, aku pernah sampai di rumah gadis idaman pada pagi raya ketika jiran sebelah rumahnya pun belum lagi datang bertandang.
Kami – aku bersama seorang kawan yang kemudian jadi saingan kerana berebut gadis yang sama – yang paling awal. Si dia sendiri ketika itu baru hendak berbedak. Tetapi aku kira, beruntung kerana ketika buka pintu, dia tidak bertudung. Dapatlah pe luang melihat apa yang selama itu sentiasa ditutup litup. Ok, ini satu cerita yang lain pula. Apa yang berlaku kepada dua rakan pada Hari Raya, lebih kelakar, juga paling tragis yang pasti aku akan ingat setiap kali Aidilfitri. Alkisahnya, pada petang raya pertama, mereka bertandang ke rumah seorang gadis dengan Honda kapcai, dan mereka tiba di rumah gadis itu ketika baru masuk waktu Asar. Lamanya mereka berborak dengan bapa si gadis hingga tanpa sedar hari sudah menjelang Maghrib. Namun kedua-dua anak muda itu masih juga belum menunjukkan tanda mahu balik. Barang kali kerana sudah
tidak dapat bertahan, akhirnya bapa si gadis bersuara: “Dah nak malam ni, tak mahu balik lagi ka?” Apabila sudah ditanya begitu, mahu tak mahu terpaksalah juga mereka angkat punggung dengan muka tebal. Turun dari rumah, di dapati tayar kapcai mereka pula kempis tidak berangin. Walhal, apa yang sebenarnya ialah kejadian itu sememangnya dirancang. "Kami sengaja buang angin ta yar motor sebab esok nak datang lagi, tak puas sekali tengok muka awek tu," kata kawan aku. Namun malang tidak berbau. Sepanjang-panjang akal mereka merancang, panjang lagi akal bapa si gadis. Dia tawarkan kepada dua sahabat itu untuk pulang dengan motosikalnya sementara kapcai mereka pula ditinggalkan di ru mahnya untuk sementara. "Motor hangpa, hangpa tinggai di sini. Hangpa ambik motor pakcik bawak balik dulu, esok baru mai ambik motor hangpa, bawa pam tayar sekali," katanya. Tetapi yang tidak sedapnya, dia kemudian berkata: “Oleh ke
CEO Hyundai turut berpuasa SEOUL – "Mereka ada lah golongan yang taat ke pada suruhan agama, puasa juga me nginsafkan saya untuk tidak bermewah se baliknya sen tiasa me ngingati go longan yang kurang berkemampuan dan akhirnya saya turut berpuasa sejak tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Mong Hyun Yoon (gambar). Kata Yoon lagi, suasana bekerja juga lebih berdisiplin, produktif dan proaktif dalam kalangan pekerja Mus lim di syarikatnya di bulan Ramadan. Ramai yang terkejut apabila di dalam satu pekeliling, Yoon mengakui dia telah berpuasa sejak tahun lalu kerana bersimpati kepada pekerjanya selain untuk merasai dan mengetahui rahsia berpuasa. "Sejak tahun lepas, Hyundai me mahami apa yang dilalui oleh pekerja Muslim ketika berpuasa, oleh itu saya juga berpuasa seperti mereka. "Melihat mereka puasa, tanpa ma kan atau minuman, membuatkan saya kagum dengan mereka. Para pekerja saya tidak menggangap puasa itu sebagai halangan dan me reka melakukan tugas sebagai satu ke wajipan. Mereka adalah pekerja yang patuh kepada arahan agama dan maji kan," kata Yoon. Yoon mengakui, dengan ber puasa dia sedikit sebanyak telah
memahami maksud su ruh an berpuasa yang ter kandung di dalam AlQuran. Katanya dengan berpuasa dia juga dapat merasai apa yang dilalui oleh golongan yang ber pendapatan rendah yang hidup dalam serba ke kurangan. Mereka ter paksa lakukan kerja berat yang kita sendiri tidak sanggup untuk lakukan, tetapi mereka lakukan juga walaupun pendapatan mereka rendah. Melalui Ramadan katanya, orang Muslim makan secara bersedehana sahaja, tahan lapar waktu siang hari dan ini satu amalan yang cukup hebat pernah saya lihat dan saya rasai. Selain itu, Yoon juga mengarahkan pengurusan Hyundai menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan turut memberikan waktu rehat yang lebih panjang bagi membolehkan pe kerja Muslim berbuka puasa dan menunaikan solat tanpa perlu ter kejar masa. Memandangkan pekerja Muslim tidak makan dan tidak keluar rehat, Yoon juga mengarahkan satu pasar mini dibuka di kilang Hyundai untuk memudahkan pekerjanya membeli barang untuk dibawa pulang. Akaun Twitter Yoon dihujani pu jian ekoran tindakannya itu dan ramai menganggap Yoon sebagai se orang yang amat rasional.
rana di kampung ni dah banyak kali jadi kes curi motor, hangpa kena tinggai motor hangpa di tem pat selamat. Tempat yang paling selamat di rumah pakcik ni, dalam reban ayam.” Pada mulanya, dua sahabat itu menyangka si pakcik hanya bergurau. Namun dia sebaliknya memang bersungguh-sungguh min ta mereka bawa motosikal mereka ke dalam reban ayam. "Hang bayangkan sajalah esok nya kami datang nak ambil motor kami tu macam mana rupa nya. Punyalah seksa nak kena sental segala yang sudah melekat semalaman dengan bau-banyak sekali," kata kawan itu. Mendengar ceritanya, aku pun ‘bantai’ gelak sekuat hati. “Sehebat-hebat hangpa, ter kena juga dengan pakcik tu,” kataku. “Terkena pun terkenalah... janji dapat tengok awek cun tu dua kali,” kata seorang lagi kawan. Memang, isu awek adalah isu yang sangat besar. Apa juga yang dibuat, tidak lari daripada pertimbangan yang mesti ada
kaitan dengan awek. Kami anak-anak kampung pada zaman itu, diberi ke longgaran oleh orang tua untuk tidak balik ke rumah pada waktu malam, terutama pada bulan puasa, malam raya atau jika ada kenduri-kendara. Saya bersama kawanka wan sering bermalam di surau, dan kami pulang hanya pada waktu sahur. Sementara menunggu masuk waktu solat, kami berselawat. Apabila ma suk waktu, kami azan. Ma lam lepas Tarawih, kami main gendang. Kehadiran ka mi me mang memeriahkan se luruh kampung. Puji-pujian me lam bung. Namun jauh di sudut hati, tiada siapa yang tahu apa yang kami buat itu sebenarnya bukan ikhlas. Semata-mata kerana hen dak tarik perhatian awek sekampung. Indah sungguh ke nangan zaman remaja.
Gadis Malaysia menang anugerah Ratu Elizabeth II PETALING JAYA – Seorang warga Malaysia dipilih sebagai pemenang Queen’s Young Leaders Award 2017, anugerah daripada Ratu Elizabeth II atas kerja kebajikan yang dilakukannya. Heidy Quah, 23, mene rima anugerah itu yang disampaikan sendiri oleh Ratu di Istana Buckingham, London. Koordinator prog ram dalam satu kenya taan, memberitahu Quah dipilih daripada ribuan calon yang ak tif dalam
pelbagai projek untuk memba wa masyarakat ke taraf kehi du pan yang lebih baik, dari seluruh negara-negara Komanwel. “Saya berharap dapat mengembangkan lagi peranan saya untuk membantu golongan belia, juga sebagai jurucakap golongan pelarian,” kata Quah. Anugerah itu meraikan pemimpin daripada kalangan generasi muda dari seluruh Komanwel yang berdedikasi memacu perubahan dalam komuniti mereka.
Pelajar reka fesyen sebagai sumbangan KUALA LUMPUR – iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 menampilkan tiga pereka fesyen tempatan terdiri daripada Tengku Syahmi, Zakwan Anuar dan Fuzana Mokhtaza yang menjadi mentor kepada pelajar rekaan fesyen dari Giat Mara Malaysia dan Kolej Vokasional. Pelajar terbabit menyediakan koleksi pakaian raya untuk sembilan pusat kebajikan di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Pengarah iM4U fm, Kartini Ariffin berkata, program berkenaan adalah hasil usaha keras yang dijalankan oleh pelbagai pihak. “Saya berasa teruja dan terharu melihat program ini berjaya
dijalankan. “Ramadan mengajar kita untuk membantu orang lain terutamanya golongan kurang bernasib baik,” katanya. Sepanjang tempoh persiapan program yang mengambil masa selama tiga bulan di tiga negeri itu, pelajar dari dua institusi berkenaan bersama-sama pereka fesyen mengadakan sesi perbincangan mengenai rekaan pakaian raya bagi mendapatkan kata sepakat untuk rekaan yang dicipta. Pada majlis berbuka puasa tersebut juga, warga pusat kebajikan terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas dan pusat autisme menggayakan koleksi pakaian raya mereka.
6
21 - 27 Jun 2017
DUNIA MINGGU INI
LONDON - 17 orang dilaporkan terkorban dan masih banyak lagi yang belum dijumpai apabila Menara Grenfell setinggi 27 tingkat di Kensington, London musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang terjadi pada awal pagi.
MONTREAL - Pemenang perlumbaan Grand Prix Formula Satu Canada, Lewis Hamilton dari Great Britain dan pasukan Petronas Mercedes GP meraikan kemenangannya yang merupakan kali keenam di sini.
PHILADELPHIA - Aktor dan pelawak Bill Cosby mengangkat tangan kepada penyokong beliau sewaktu meninggalkan Mahkamah Daerah Montgomery dalam perbicaraan kes penyerangan seksual terhadap beliau. Lebih 40 wanita telah mendakwa menjadi mangsa salahl aku seksual Bill Cosby yang kini sudah berusia 79 tahun.
DEMAK, INDONESIA - Sepasang suami isteri di hadapan rumah mereka yang dikelilingi air sejak 18 tahun dahulu. Kebanyakan kepulauan kecil di Indonesia hanya mempunyai ketinggian 1 meter di atas aras air dan semakin terancam oleh aras laut yang semakin naik setiap tahun disebabkan fenomena pemanasan global.
ICELAND - Industri pelancongan ke Iceland semakin meningkat. Lapan tahun dahulu, kurang dari 0.5 juta orang melawat Iceland setahun tetapi jumlah pelancong tahun lepas mencecah 1.7 juta orang. Pemandangan semulajadi Iceland sering dipaparkan dalam filem-filem antarabangsa termasuk Hollywood dan Bollywood seperti Dilwale, telah menaikkan minat pelancong ke Iceland.
PARIS - Rafael Nadal dari Sepanyol terlentang kepenatan sebaik sahaja memenangi perlawanan akhir menentang Stan Wawrinka di kejohanan Terbuka Perancis 2017 di Roland Garros. Ini adalah piala Terbuka Perancis yang ke 10 bagi Rafael Nadal – satu rekod kejohanan.
Bisnes
21 - 27 Jun 2017
7
Perodua kekalkan prestasi eksport KHIZAIRI KHIZAN
KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyasar untuk me ngekalkan prestasi volum eksportnya tahun ini dengan 4,696 unit berjaya dijual pada 2016. Presiden dan Ketua Pe gawai Eksekutif, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh ber kata, pengeluar kereta itu sedang berusaha untuk me ngembangkan pengeluaran dalam segmen pemanduan se belah kanan bagi pasaran Asean, di samping negara yang mempunyai kawal selia automotif yang sama dengan Malaysia. "Kami telah mengeluarkan senarai keutamaan kami,
tetapi saya tidak akan berkongsi dengan anda, atau negara yang terlibat. Kami telah mengenal pasti pasaran berkenaan. "Kami sedang berusaha untuk memahami mereka dengan lebih baik lagi dari segi ekonomi dan dinamisme setiap negara, jangkaan pasaran dan keutamaan dari segi produk. Ini adalah kajian yang sedang kami jalankan," kata beliau selepas mengumumkan fasa kedua Cabaran Eko Perodua 2017 (PEC 2017) dekat sini. Perodua kini mengeksport kereta ke enam negara, iaitu Indonesia, Singapura, Mauritius, Fiji, Sri Lanka dan Brunei. Ia mengeksport 1,600 unit dalam tempoh lima bulan tahun ini. Mengenai varian Bezza 1.0L (transmisi automatik) yang
pertama kali dipasarkan di Sri Lanka baru-baru ini, Aminar berkata, minat di negara berkenaan agak tinggi dengan 25 tempahan diterima. "Di Sri Lanka sahaja kita boleh menjangka antara 2,000 hingga 2,500 unit dapat dijual dalam setahun," katanya. Sementara itu, Perodua ber sikap terbuka untuk be kerja sama dengan Proton, terutama mengenai pembangunan ven dor. Ketika ini, Perodua dan Proton berkongsi 90 vendor yang sama. "Jika ada peluang untuk kami mewujudkan kerjasama baharu dengan Proton, me ngapa tidak? Ini kerana objek tif kereta nasional itu adalah untuk meningkatkan penguasaan pasaran yang kini
Perodua kini mengeksport kereta ke enam negara, iaitu Indonesia, Singapura, Mauritius, Fiji, Sri Lanka dan Brunei.
di bawah 50 peratus. "Kami mahu mempertahan kan penguasaan pasaran kami, yang ketika ini 35 peratus. Kami giat mencari peluang untuk vendor meningkatkan keupayaan dan menjadi peser ta serantau," katanya. Sementara itu, PEC 2017 telah memasuki fasa kedua di mana peserta daripada 10 institusi pengajian tinggi terpilih akan mula mem bangun kan komponen dan aksesori untuk bersaing da lam pusingan akhir pada
RHB mudahkan urusan pelajar PETALING JAYA – Dalam memudahkan urusan kewangan pelajar, RHB Bank Bhd menjalinkan kerjasama dengan Brickfields Asia College (BAC) menerusi penawaran Easy-Smart Student Debit Card kepada pelajar. Kad debit khusus itu menjadikan perbankan dengan RHB mudah, pantas dan lancar bagi pelajar menikmati transaksi tanpa tunai mudah berbanding pertukaran tunai di kaunter. Easy-Smart Student Debit Card RHB menyediakan pelajar
dengan perkhidmatan yang baik untuk mendapatkan wang dan menggunakannya di kedai buku serta sesetengah peniaga dalam kampus. Pemangku Ketua, Perbankan Runcit Kumpulan RHB Banking Group, Nazri Othman berkata, dengan kad debit itu, pelajar akan mempunyai transaksi perbankan selamat tanpa
memerlukan tunai. Malah, katanya, pelajar boleh menjejaki dan memantau perbelanjaan menerusi aplikasi mudah alih kumpulan perbankan terbabit. "Ini memberi pelajar kawalan lebih baik dan fleksibel dengan pengurusan kewangan mereka," katanya. Kad debit itu juga menawarkan pelajar ganjaran menarik bagi perbelanjaan antarabangsa dan diskaun menarik serta baucar daripada peniaga terpilih.
Lebih 100 premis perniagaan ada jual Q’Fish KUANTAN – Meliputi lapan jenis ikan iaitu kembung, pelaling, selar, keli, selayang, tilapia, aya dan cencaru, jualan Q’Fish kini dijual lebih di 100 pusat jualan seluruh negara. Produk yang dibekalkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu merupakan penjenamaan semula menggantikan Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang diperkenalkan pada tahun 2013. Ketua Pengarah LKIM, M Saedon Ab Majid berkata, setakat ini sebanyak 118 lokasi jualan Q'Fish di seluruh negara
dengan sebahagian besarnya melibatkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), D'Mart. "Secara tidak langsung Q'Fish ini dapat memberi pilihan kepada rakyat bagi memperoleh ikan segar pada harga yang berpatutan," katanya pada majlis pelancaran jualan promosi Q'Fish di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, barubaru ini. M Saedon berkata, berdasarkan stok Nekmat, dianggarkan lebih 50 tan ikan segar Q'Fish dalam simpanan untuk diagihkan ke seluruh negara, dan jumlah itu sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
November depan. "Petunjuk prestasi utama kami adalah untuk sekurangku rangnya peserta terpilih mampu membangunkan pro duk untuk kami gunakan," katanya. Dilancar pada 2009, PEC menawarkan penuntut dan anggota fakulti dari institusi pengajian tinggi tempatan satu peluang untuk bersaing dalam menonjolkan kreativiti mereka dari segi kehebatan reka bentuk, kejuruteraan dan perniagaan.
Tujuh badan korporat tunai zakat niaga KOTA KINABALU - Sebanyak tujuh badan korporat di Sabah membayar zakat perniagaan berjumlah lebih RM1.5 juta. Maybank Islamic merupakan pem bayar terbesar sebanyak RM967,898.16 dan disampaikan oleh Pengarah Maybank Sabah, Liew Kui Choi kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada satu majlis berbuka puasa. Turut membayar zakat ber kenaan ialah Angkatan Korperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) berjumlah RM72,552.56; Celcom Axiata Bhd. (RM152,250); Tenaga Nasional Bhd. (RM100,000); Chen dera mata Sinteh dan Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (RM29,881.85). Dua lagi badan korporat turut membuat pembayaran menerusi dua anak syarikat masing-masing, iaitu TH Plantations Bhd. melalui anak syarikatnya, THP Bukit Belian Sdn. Bhd. (RM15,212) dan THP Sabaco Sdn. Bhd. (RM93,809) serta Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Batulaga (LPPS/Batulaga) menerusi Lembaga Pelabuhan Sabah (RM109,700.30) dan Batulaga Sdn Bhd (RM36,691.02).
8
21 - 27 Jun 2017
BISNES
Sarawak bakal miliki syarikat minyak KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan syarikat mi nyak nya sendiri untuk me ngambil bahagian dalam ke giatan penerokaan minyak dan gas di perairan Sarawak. Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Openg berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Petronas dan mendapat respon yang positif, khasnya untuk ke giatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran. "Saya sudah berbincang
dengan Petronas, kita me ngambil pendekatan baharu, Sarawak akan ambil bahagian dalam kegiatan huluan mi nyak dan gas, selain daripada hiliran, huluan ini adalah kali pertama di mana kita akan tubuh syarikat kerajaan negeri untuk bersama-sama Petronas dalam meneroka dan mengambil gas dan mi nyak di laut dekat Sarawak. "Kita tubuh dulu syarikat kita, di mana kita akan bersama-bersama PETRONAS untuk menjalankan Kontrak
tor Penga turan Petroleum dengan kon traktor yang akan mengambil minyak," katanya selepas majlis ber buka pua sa bersama anakanak Sarawak di Pusat Da gangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. Beliau berkata, syari kat 100 peratus milik kerajaan negeri itu akan mempunyai entitinya sendiri dan akan berpangkalan di Sarawak. Sebelum ini syarikat mi nyak dan gas dari Sarawak ha
Hill10 Residence contoh kepada industri perumahan SHAH ALAM – Sebanyak 200 unit suite pangsapuri yang dilengkapi dengan ciri teknologi Internet untuk Segalanya (IoT) bakal mewarnai landskap I-City. Projek berkenaan ter letak di atas blok bangunan yang sama dengan hotel DoubleTree by Hilton (DoubleTree) dan unit untuk suite pangsapuri itu bermula dari aras 22 hingga 43. Kediaman itu yang di namakan Hill10 Residence diyakini akan men dapat sambutan baik daripada pembeli berdasarkan ke pada maklum balas yang diterima pemajunya I-Berhad. Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, projek berkenaan disifatkan se bagai unik kerana ia digelar sebagai kediaman IoT. Katanya, ia mempunyai infrastruk tur sambungan terakhir, gentian ke rumah, jalur lebar berkelajuan tinggi, rangkaian rumah serta kelengkapan sistem rumah pintar. "Kami percaya kediaman IoT ini adalah satu contoh apa yang akan berlaku kepada industri perumahan di negara ini dan kami meramalkan bahawa dalam tempoh 10 tahun, ia akan menjadi ciri standard pada semua pembangunan pe rumahan," katanya pada majlis pelancaran projek berkenaan, baru-baru ini.
Eu juga berkata, pihak nya juga turut merancang untuk mem bangun kan pu sat perubatan dan pen didikan di dalam pembangunan bandar i-City. Projek berkenaan di jang ka siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan harga permulaan untuk unit kediaman itu adalah serendah RM500,000.
nya terbabit dalam kegiatan hiliran membabitkan industri minyak dan gas di Bintulu dengan anggaran pelaburan AS$2 bilion (RM8.5 bilion).
terbaik untuk jalan basah serta tahan lebih lama. Pengarah Urusan Bridgestone, Jo Takekawa berkata, tayar yang diwarisi daripada model Ecopia itu sudah diuji dan dibuktikan mampu menjimatkan bahan api sehingga dua liter dengan satu isian penuh 70 liter berbanding tayar konvensional. "Ia dihasilkan daripada pandangan pengguna dan digabungkan dengan teknologi serta inovasi kejuruteraan Bridgestone menghasilkan produk EP300
KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd (AAB) membeli 10 peratus atau 120,000 unit saham-saham ba haru dalam Rokki Sdn Bhd (Rokki) pada harga tunai RM2.5 juta. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pe ner bangan tambang rendah itu berkata 120,00 saham itu mewakili 96,000 unit milik Sami Joseph El Hadery manakala baki 24,000 dibeli daripada Clarence Lim Kee Kiat. Ini sekali gus menjadikan jumlah pegangan AAB dalam Rokki kini meningkat kepada 83 peratus berbanding 73 peratus, sebelum ini. "Transaksi itu dijangka tidak memberi kesan utama terhadap aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan hutang AAB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017," katanya.
MAHB catat 10.6 juta penumpang
KUALA LUMPUR - Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd. mencatatkan 10.6 juta pergerakan penumpang pada Mei 2017, iaitu pertumbuhan 6.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, trafik penumpang antarabangsanya meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada 4.8 juta penumpang pada Mei 2017, manakala trafik domestik berkembang 1.5 peratus kepada 5.8 juta. Pada asas 12 bulan lalu, rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus dengan 122.9 juta penumpang, iaitu trafik tertinggi kendaliannya dalam tempoh 12 bulan. MAHB berkata, trafik pada Mei
Bridgestone perkenal EP300
SUBANG JAYA - Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. amat menitik berat keselesaan dan keselamatan pengguna tayarnya. Sehubungan itu, syarikat berkenaan menghasilkan Passenger Radial Ecopia EP300 iaitu sejenis tayar mesra alam berprestasi tinggi sebagai produk keluaran terkini untuk pasaran tempatan. Produk berkenaan menawarkan produk dengan ciri rintangan putaran yang rendah dan prestasi cengkaman
Pegangan AirAsia dalam Rokki cecah 83 peratus
untuk pilihan lebih baik dan selamat bagi kegunaan kenderaan," katanya ketika pelancaran tayar berkenaan. Jo berkata, tayar itu turut menyumbang kepada pengurangan gas karbon dioksida hasil rintangan putaran rendah dan dalam masa yang sama pengguna tayar ini dapat membantu menjaga alam sekitar. Tayar EP300 sesuai untuk kegunaan kereta penumpang dengan corak bunga tayar baru untuk pengendalian lebih baik dan mengurangkan bunyi bising.
untuk terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur meningkat 12.7 peratus tahun ke tahun manakala trafik untuk klia2 naik 11.6 peratus. "Keseluruhannya, pergerakan pesawat meningkat 0.7 peratus dengan pergerakan antarabangsa naik 4.8 peratus manakala domestik merosot 1.6 peratus berbanding Mei 2016," katanya. MAHB berkata, lapangan terbang di Malaysia mencatat 7.9 juta penumpang pada Mei 2017, iaitu pertumbuhan 8.5 peratus tahun ke tahun berbanding Mei 2016. "Keseluruhan purata faktor muatan juga meningkat kepada 75.1 peratus pada Mei 2017, iaitu kenaikan 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu," tambahnya.
9
21 - 27 Jun 2017
BISNES
Digi tembusi teknologi IoT SHAH ALAM - Digi Telecommunications Sdn. Bhd. melancarkan produk ber asaskan teknologi Internet untuk Segalanya (IoT) menerusi pengenalan iFleet, perkhidmatan pengurusan ken deraan yang disasarkan kepada kenderaan komersial. Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, fokus syarikat terhadap pasaran IoT menggambarkan strategi jelas dan munasabah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan selaras transformasi syarikat per khidmatan telekomunikasi itu kepada syarikat digital. “Dengan memanfaatkan jaringan 4G yang mantap, ini adalah peluang kami menjana pendapatan daripada data dan menarik lebih ramai pe langgan menikmati tawaran digital baru yang kami tawarkan ini,” katanya. Praveen berkata, situasi pasaran
automotif di Malaysia menunjukkan terdapat peluang untuk Digi membawa perubahan dengan mencipta nilai pertumbuhan dalam industri ber kenaan. Menurutnya, perkhidmatan iFleet ini bukan sahaja boleh digunakan
oleh pelanggan Digi sedia ada malah terbuka untuk bukan pelanggan Digi. Katanya, walaupun terdapat ramai penyedia perkhidmatan seumpamanya di dalam pasaran tetapi dengan me na warkan produk semua dalam satu dengan harga yang berpatutan akan menarik lebih ramai pelanggan menggunakan iFleet. Praveen berkata, pelanggan yang melanggan iFleet akan menerima per kakasan, perisian, sambungan internet, perlindungan 24 jam seminggu sekiranya kenderaan hilang dan waranti serta sokongan sepanjang hayat. iFleet ditawarkan dengan harga promosi RM75 sebulan (bagi satu kenderaan) kepada pelanggan Digi Enterprise sedia ada berbanding RM90 sebulan bagi harga biasa sehingga 30 Jun ini.
Proton Iriz saingi Saga KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. memperkenalkan Proton Iriz yang dipertingkat dan kereta itu boleh diperoleh di semua bilik pa meran di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Proton Iriz baharu itu mempunyai tahap bunyi dan getaran yang lebih rendah, petunjuk bantuan pemanduan eko dan kalibrasi unit kawalan enjin yang dipertingkat bagi tindak balas linear untuk me ningkatkan peman duan. "Kami tidak akan berkom Proton Iriz baharu yang dipertingkat mempunyai tahap bunyi dan getaran yang lebih rendah.
pro mi dengan stan dard dan ciriciri keselamatan dan Iriz terkenal kerana ciri-ciri keselamatannya yang cemerlang. "Sejak diperkenalkan September 2014, kami menjual lebih 45,000 unit, menjadikannya kereta Proton kedua paling laris sejak memulakan pengeluaran, selepas Saga," katanya. Iriz dikeluarkan dalam empat varian, iaitu 1.3L Standard (MT dan CVT), 1.3L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT. Dijual dengan harga daripada RM43,800 hingga RM58,800 seunit, ia boleh didapati dalam lima warna, iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Graphite Grey, Atlantic Blue dan Cotton White.
Malaysia komited tingkat pelaburan di Indonesia KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk meningkatkan pelaburan di Indonesia. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedua-dua negara akan mengemukakan cadangan bagi meningkatkan perdagangan, termasuk bidang berpotensi untuk kerjasama seperti ekonomi digital, perusahaan kecil dan sederhana serta mikro. "Cadangan itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Pelaburan dan Perdagangan ketiga yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 10 hingga 13 Julai depan," katanya dalam satu kenyataan. Mustapa mengkahiri lawatan kerja ke Indonesia pada 11 hingga 13 Jun dan beliau turut menghadiri sesi meja bulat yang disertai 80 pemimpin perniagaan, masing-masing 40 dari setiap negara.
Sesi itu turut dihadiri wakil Majlis Perniagaan Malaysia-Indonesia dan Khazanah Nasional, di samping rakan perniagaan dari Indonesia, yang mencerminkan minat untuk melabur di negara tersebut. "Semasa kunjungan hormat saya ke atas Presiden Joko Widodo, saya menyatakan minat syarikat Malaysia untuk terus melabur dalam pembangunan infrastruktur di Indonesia. "Ekonomi Indonesia yang bernilai US$1 trilion dengan penduduk berjumlah 250 juta dengan kelas pertengahan yang semakin bertambah, mempunyai banyak potensi dan jika dimanfaatkan akan memberi sumbangan penting ke arah mewujudkan ASEAN yang lebih makmur," katanya. Pada 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau
Mustapa Mohamed
ingin menggandakan perdagangan dengan Indonesia kepada AS$30 bilion (RM127 bilion) dalam tahun-tahun akan datang. Pada 2016 jumlah perdagangan Malaysia-Indonesia berada pada AS$13.8 bilion (RM58.7 bilion). Sejak 2008 hingga 2016, Malaysia melabur kira-kira AS$15 bilion (RM63.9 bilion) di Indonesia manakala pelaburan Indonesia di Malaysia kira-kira AS$2.6 bilion (RM11.07 bilion)
Anak syarikat PNB catat peningkatan
KUALA LUMPUR – Selepas enam bulan dilaksanakan, Pelan Strategik 2017-2022 Permodahan Nasional Berhad (PNB) mendapat hasil positif apabila modal pa saran syarikat pelaburan stra tegiknya meningkat sebanyak RM25 bilion. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pelan yang dilancarkan pada November ta hun lalu itu menetapkan sa saran untuk PNB muncul sebagai syarikat pengurus pelaburan ber kelas dunia. "Pelan baharu itu me rang kumi 15 inisiatif yang mana se bahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan. “Malah, salah satu tunjang strategik iaitu pelaburan mapan yang menyenaraikan lima ini siatif, telah menunjukkan respon positif daripada pasaran," katanya pada majlis buka puasa bersama media, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata kumpulan itu meng uruskan pelaburan berjumlah RM266 bilion setakat ini iaitu 98 peratus dilaburkan dalam negara manakala baki di luar negara termasuk United Kingdom. Menurutnya, daripada dana RM266 bilion itu, sebanyak 69 peratus dilaburkan dalam sya rikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan sebahagian be sar daripadanya merupakan syarikatsyarikat strategik PNB seperti Maybank, Sime Darby, MNRB, CCM, SP Setia dan UMW Holdings. Maybank misalnya, berjaya muncul sebagai syarikat terse narai pertama Malaysia men catat modal pasaran RM100 bilion baru-baru ini yang akan tu rut menggalakkan syarikat lain mencatat prestasi lebih baik, katanya. Selain itu, PNB juga melabur dalam syarikat yang di kate gorikannya sebagai syarikat teras melibatkan pelaburan kurang 10 peratus atau nilai pasaran RM1 bilion seperti Axiata, MMC, Malaysia Airports, Telekom Malaysia dan TNB. Mengulas perkembangan po litik di UK, Abdul Wahid berkata pelaburan PNB cuma dua peratus dan sejajar usaha mempelbagai pelaburan di luar negara, ia akan memastikan usaha itu tidak akan memberi kesan terhadap keseluruhan portfolionya.
10
21 - 27 Jun 2017
LENSA RAMADAN FOTO : NASHRUL HAQ
Semakin hampir menjelangnya Aidilfitri seolah-olah semakin banyak pula keperluan menyambut hari kebesaran itu yang perlu dibeli. Perasaan itu lahir mungkin disebabkan rasa tidak sabar seluruh umat Islam meraikan Hari Raya pada 1 Syawal ini. Bagi umat Islam, memakai pakaian baharu dan cantik di pagi Aidilfitri adalah satu sunnah.
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, songket terus menjadi pilihan.
Baju Melayu moden turut mendapat perhatian untuk Aidilfitri kali ini.
Pasar raya turut memberi ruang untuk jualan sempena Hari Raya.
Menjelang Aidilfitri, hujung minggu di Ibu Kota menjadi lebih meriah, tapi awas jangan sampai berbelanja melebihi kemampuan.
Kanak-kanak pastinya golongan yang paling tidak sabar menanti untuk bergaya dengan pakaian baharu di Hari Raya.
Setiap perniagaan adalah unik NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
BAGI seorang usahawan, mereka perlu memahami bahawa tiada satu penyelesaian yangsesuai untuk semua dalam dunia perniagaan. Kamarudin Mohamed Nordin dari DynamicInfinity Network menawarkan perkhidmatan membantu perniagaan usahawan untuk menjadi lebih efisien. Dengan pengalaman melebihi 23 tahun bekerja dalam industri pem buatan, Kamarudin boleh mengena lpasti masalah-masalah utama yang dihadapi oleh ramai usahawan ter masuk start-ups hari ini. Menurut Kamarudin, "masalah utama yang sering dikenal pasti ter masuklah kepimpinanyang lemah, ta biat buruk, keangkuhan dan proses
yang tidak cekap.” Beliau telah menemui usahawan yang terlebih yakin dan mengabaikan bintik buta serta orang-orang yang bijak dan rendah hati untuk mengakui apa yang mereka tidak tahu. Semua usahawan mahu menjana keuntungan dan berjaya. Satu persoalan di sini adalah – adakah mereka tahu bagaimana untuk menjana keuntungan berkenaan? Oleh itu, Kamarudin menjelaskan bahawa tidak ada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua perniagaan. Usahawan perlu menyediakan proses perniagaan mereka sendiri selaras dengan perniagaan mereka. Beliau membantu dan menasihati syarikat-syarikat baharu untuk mem bentuk pemikiran dan amalan kerja me reka ke tahap korporat. Beliau bersemangat untuk melakukan kelainan dan mengenal pasti apa yang tidak sesuai untuk pemimpin perniagaan. Beliau berinteraksi secara rapat de ngan kakitangan, terlibat dengan
operasi perniagaandari A - Z. Malah, dia menjadi sebahagian daripada ahli pasukan mereka. Beliau juga menjalankan latihan kakitangan untuk pelanggan, membantu memberi motivasi daninspirasi kepada kakitangan serta memperkenalkan pe rubahan kepada perniagaan. Di akhir projek, Kamarudin akan menyediakan manual bertulis dan mencadangkan pro sedur operasi piawai untuk perniagaan pelanggannya. Tenaga kerja adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh para usahawan. Isukekurangan kakitangan adalah satu perkara yang lumrah bagi pelanggannya. Selain itu, terdapat juga beberapa usahawan yang tidak konsisten dalam mengendalikan perniagaan mereka. Ini adalah bintik buta utama, yang telah dikenal pasti untuk pelanggan dan membuat mereka sedar tentang masa lah yang dihadapi sebelum ia membunuh perniagaan mereka. Beliau memaklumkan bahawa
terdapat beberapa pelanggannya yang bersikap terbuka kepada pe rubahan tetapi malangnya ada juga yang berkeras dan merasakan bahawa ia adalah amat mencabar untuk mengubah tabiat mereka. Untuk berjaya, ia memerlukan tabiat yang baik Jika anda menyedari tabiat buruk anda, lakukan pe rubahan sekarang supaya anda bo leh mencapai kejayaan. Cabaran ter besar dalam satu perniagaan adalah untuk memastikan bahawa perubahan bermula dari atas ke bawah. Apabila perniagaan tersebut telah mengenal pasti bintik buta mereka dan mengambil tindakan, sesuatu yang menakjubkan akan berlaku dan anda akan dapat melihat bagaimana perniagaan ber kenaan berkembang ke arah men capai kejayaan
21 - 27 Jun 2017
11
12
21 - 27 Jun 2017
Prasarana hargai jasa Perdana Menteri Teks AZHAR GHAZALI Foto MOHD FAITH EZENE MENYATAKAN rasa terima ka sih dan penghargaan atas ja sa dan bakti Perdana Menteri da lam memajukan sistem pen gangkutan awam negara, warga kerja Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjulang Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak se bagai Pemacu Transformasi Pen gangkutan Awam Negara. Dalam satu sesi pertemuan terbuka warga kerja yang diada kan buat julung kali antara se orang Perdana Menteri dengan Kumpulan Prasarana, kira-kira 2,300 para pegawai, staf dan kakitangan menghadiri pro gram khas 'Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri' di mana Dato' Sri Najib, yang ju ga Menteri Kewangan, tu rut berkongsi pandangan ber hu bung dengan pelbagai inisiatif un tuk meningkatkan lagi pen gangkutan awam negara. Diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pa da tanggal 8 Jun, program berke naan turut dihadiri oleh Penge rusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Dato' Sri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kum pu lan Prasarana di samping Ahli-ahli Lembaga dan Barisan Kepimpinan Tinggi Kumpulan Prasarana. Pada majlis itu, Perdana Men te ri dipersembahkan dengan ha diah khas berupa koleksi gam bar-gambar beliau ketika menghadiri aktiviti-aktiviti ber kai tan dengan Prasarana dan pengangkutan awam, yang disusun secara kreatif untuk men jadi potret beliau; dan membawa tajuk 'Pemacu Trans formasi Pengangkutan Awam'. Dalam amanat beliau pada perhimpunan berkenaan, Dato' Sri Najib merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pra
sarana atas sokongan mereka kepada agenda transformasi pe ngangkutan awam seperti yang di gariskan di bawah Pelan In duk Transformasi Kerajaan. Kata Perdana Menteri, kera na dedikasi dan komitmen da ri pada warga kerja Kumpulan Pra sarana, segala inisiatif di ba wah Pelan Tranformasi Ke rajaan, yang dirancang apabila beliau mengambil alih tampuk pertadbiran Kerajaan Perseku tuan, telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam men yediakan perkhidmatan pe ngangkutan awam negara. Beliau turut menegaskan ba ha wa kerja yang dilaksanakan oleh staf dan kakitangan Kum pu lan Prasarana bukan kerja biasa, tetapi sesuatu yang mem punyai impak besar kepada ke sejahteraan rakyat dan kemak mu ran negara dalam ben tuk pulangan ekonomi. Sementara pulangan ekonomi yang dijana kan oleh Kumpulan Prasarana adalah sebanyak RM13.3 billion, ianya dijangka melonjak kepada
RM17 bilion pada tahun ini. Perdana Menteri juga berka ta bahawa sasaran pulangan eko nomi yang lebih tinggi itu perlu disokong dengan kecekapan per khidmatan industri pe ngang kutan awam di negara ini, sekali gus memastikan ia le bih berdaya saing. Justeru itu, katanya, prinsip 'sifar keca catan' wajar disemai di semua peringkat penyedia perkhidma tan pengangkutan awam. "Penanda aras bagi sistem pengangkutan yang digunakan rak yat ini perlu sentiasa sifar masalah," kata Dato' Sri Najib, yang bersikap begitu 'sporting' pada ha ri berkenaan untuk berdailog se ca ra terbuka dan bergambar 'we fie' bersamasama dengan staf dan kakitangan Prasarana. Berucap pada majlis ber kenaan, Tan Sri Ismail memperbaharui azam dan komitmen Kum pulan Prasarana dan anakanak syarikatnya untuk men dokong apa juga tugasan baru
Cenderamata untuk Dato' Sri Najib.
diamanahkan oleh Kerajaan da lam meneruskan agenda trans for masi pengangkutan awam negara. Katanya, warga kerja Kum pulan Prasarana telah mem buktikan bahawa mereka mem punyai kekentalan diri un tuk menyempurnakan tanggung jawab berkenaan kerana me re ka berkhidmat dengan ber bekalkan prinsip-prinsip kerja yang mantap berdasarkan kepa da program transformasi da la mannya sendiri. Ditubuhkan sebagai agen si di bawah Kementerian Ke wa n gan, Prasarana adalah an tara pemain utama dalam pro gram transformasi sistem pengangkutan awam negara khususnya sebagai pengendali per khidmatan LRT, monorel dan MRT serta bas ganti-ganti
Perdana Menteri berswafoto bersama Dato' Sri Azmi dan kakitangan Prasarana.
di Kuala Lumpur dan Selangor, Pulau Pinang, Kuantan dan Ka munting. Melalui anak-anak syarikat nya, Prasarana kini turut ber tanggungjawab dalam pem bi naan LRT Laluan 3, yang bakal menyambungkan Bandar Utama dan Klang; membangunkan gaya kehidupan baru melalui Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dan berkongsi kepakaran di luar negara untuk memperkasakan nama Malaysia di pasaran global. Turut dalam perancangan Kumpulan Prasarana sekarang adalah pembukaan perkhidmatan bas gantiganti Rapid Manjung di Perak dan Rapid Sungai Petani di Kedah serta pengendalian perkhidmatan Feri Pulau Pinang melalui anak syarikatnya yang terbaru, Rapid Ferry.
13
21 - 27 Jun 2017
Jawatan kosong
Jawatan kosong
Jawatan kosong
J U R U J U A L , S YA R I K AT A N TA R A B A N G S A , Waktu kerja yang flek sibel, dikehendaki P u ch o n g / S A / S J / P J COMM + INCENTIVE Tel: 012-2931552
DIPERLUKAN segera pembantu fotostad (wanita) di Federal Highway. Berminat sila hubungi 03-78660937. Juruteknik Mesin Fotostad di Subang Tel : 03-56114945
CUSTOMER SERVICE WANITA (20-40 thn) Waktu bekerja: Isnin - Jumaat (9pg-6ptg) Tel 03- 4131 6607 / 011-10601918
RUNNER WANITA di taman Putra Ampang, Berminat Tel 03-4285 5470 / 016-984 8949. email sittal7233@ gmail.com
BUDAK PENGHANTAR diperlukan di sykt Alat Ganti LELAKI Kereta di subang USJ12 "DESPATCH" Gaji RM1800++ call En.Beh MELAYU diperlukan. Ada 012-2764 048 lesen motor. Ada EPF, Socso , Komisen. Tel 012DESPATCH lelaki RM1500 208 6662 , 012-24499719. - RM2000 . 22-1, Jalan OP 1/3 Pusat Dagangan 1 / KERANI Puchong. Tel 017-3111 509 DAFTAR / 014-640 3991 ( Depan IOI DIPERLUKAN segera di Mall) syarikat Kontraktor M&E. DIPERLUKAN pekerja Kelana Jaya, Selangor . yg mahir dalam menjahit Gaji RM1800- RM2500 manik di Wangsa Maju. Hubungi En Wong 019-359 Berminat boleh hubungi 2455 019-2255151
Khidmat untuk bisnes
Khidmat untuk bisnes
URUT TRADISIONAL RM30 SEJAM Untuk Lelaki / Wanita, Suami / Isteri, pasangan dan lain-lain masalah kesihatan. Telefon En. Jojo 016 - 669 4869 untuk temujanji.
KEDAI PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PELA PERCETAKKAN MIN (DERSIQ bertempat BAYU Kompleks PKNS Shah Alam GALERRY) Pelamin tu & Puncak Alam, nang, Mini pelamin, Antara Pe la perkhidmatan disediakan: min rumah, Pelamin nikah, RekabentukCukur grafik, Cetakan Pelamin Jam bul Kad Perniagaan, Bunting (Harga boleh dirun ding). / Banner, Kad Lokasi kami diPoster, Shah Alam. Kawin, Pelekat Motor Call/Whatsapp: 013-286& Kereta serta cetakan Baju. 0343 (Raimi) Hubungi: 012-671 1929 ID: dersiqbayuweddings (Johan) 5170 atau FB:& 012-511 Dersiq Bayu (Daus) Weddings
TEMPAHAN KUIH LOYANG @ ROSE Untuk tempahan majlis jamuan raya atau stokis (diperlukan). Hubungi: 018-2868 795 (Pn. Zeera)
KLASSIFIED Jawatan kosong
KELINDAN / PEKERJA AM diperlukan segera di taman OUG (Hardware). Berminat sila hubungi 016322 6733 RUNNER DIPERLUKAN (Melayu shj ). Ada motosikal & lesen memandu. Boleh mula kerja segera. Tempat kerja Selayang. Sila hubungi untuk temuduga. 012-370 6533 CHEFF MASAKAN THAI Pengurus, Penyelia dikehendaki . Gaji RM3RM5k . Boleh berbahasa Inggeris Tel 012-2900087
Jawatan kosong
OPERATOR berpengalaman 2. Operator 3. Kerani diperlukan di syarikat di Nilai. Sila hubungi tel ; 06-799 1088 JURUJUAL DIPERLUKAN SEGERA ada / tiada pengalaman. 2. Kerani boleh bertutur & menulis Ingglish & BM , tahu komputer di kawasan kajang. Tel 014-933 977 PEMANDU LORI 2. Juruteknik penghawa dingin, 3. Plumber technician 4.Wireman 5. Kerani Admin di subang tel 03-5633 5405
PEMANDU LORI 2 TAN & Chef / Tukang Masak 40 kaki di USJ 1 , Subang (Masakan Ala-Thai / Ala Jaya. Berminat , sila carte / Melayu) Penyelia hubungi 012-345 3022 / 03 - 8023 3222 Restoran , pelayan , Pembantu Dapur , Casher & PEMANDU LORI RM80 2. Pembancuh Air diperlukan Kelindan RM60. Lokasi di di Restoren Halal KSL City Klang Utama , Selangor. Mall JB Tel 010-9569197 017-2033 333 / 012-587 4896
Khidmat untuk bisnes SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat) PENULIS LAMAN WEB BAHASA INGGERIS Memerlukan khidmat penulis laman web dalam
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554
KERANI AKAUN, Peman du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658
Diperlukan Pemandu Peribadi Juruteknik Elek trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 disewa
PEMANDU PERIBADI (Subang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Bahasa Inggeris? Atau Sek 36 Shah Alam Hubungi khidmat penulisan sosial Tel 011-35851693 media. Hubungi: 012-3050 PEMBANTU STOR DI 043 (ELIZA) PERLUKAN segera. TEMPAHAN KUIH Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan PENJAGA STORE & ke jamuan atau stokis rani puchasing. Kerja (diperlukan). berminat lokasi Cheras Mahkota. hubingi: 018-2868 795 Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189 (Zeera)
Khidmat untuk bisnes
KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER PENGALAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287
Jawatan kosong
KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838 MENCARI STOKIS / yang berminat membeli , menjual , dan mengedar sex toy, "love toy" boleh layari fb : https://www.facebook.com/ lovetoymalaysia DESPATCH / INSTALLER jawatan kosong seluruh Malaysia, Pendapatan bulanan RM1500 & ke atas, Kerja dari tempat sendiri. Mesti memiliki penganggkutan sendiri. Tel 03-2788 4188 / 018 - 217 33983
Apartment untuk dijual
RUMAH UNTUK DISEWA. Pelangi Indah Kondominum Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, KL berdekatan dengan PappaRIch Restoran & semua kemudahan Asas . 3 bilik & 3 bilik Mandi. Sewa Sebulan RM1200. Boleh dirunding Sila hubungi : 03 6258 2456 , 016 381 2151 , 016 9734 580
KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k
CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606
UKAY PERDANA, SRI PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .
AMPANG, TMN NIR WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258.
Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
21 - 27 Jun 2017
DESTINASI
SkyWarrior Rainforest
Bagi anda yang meminati sukan lasak dan teringin untuk mengatasi cabaran dan halangan seperti program ‘American Ninja Warrior’,kini anda boleh cuba dan uji fizikal anda.. Anda boleh cuba cabaran yang disediakan di Skyrides Festivals Park, Putrajaya untuk buktikan kehebatan anda. Layari laman fb https://www.facebook.com/ skyridesfestivals untuk maklumat lanjut.
Tan'Yaa Hotel tawar harga RM128 semalam
Tan'Yaa Hotel menawarkan harga bilik berharga RM128 sahaja sempena promosi Ramadan dan Aidilfitri. Promosi ini berakhir sehingga penghujung Adilfitri ini dan ia adalah suatu peluang yang tidak harus anda lepaskan begitu sahaja. Tan'Yaa Hotel terletak di Cyberjaya dan anda boleh hubungi untuk tempahan dan sebarang maklumat lanjut di nombor dan alamat yang tertera. Hotel ini adalah milik penuh Prima Avenue Management.
Kunjungi Festira 17
Membeli-belah kelengkapan Aidil Fitri anda di Festival Ramadan di Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall), Kompleks PKNS Shah Alam dan PKNS Bangi. Pelbagai kelengkapan boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Banyak aktiviti yang disediakan seperti solat tarawih berjemaah, bazaar iftar dan kaunter zakat.
Teater muzikal Love Story
Musim pengarahan filem yang diadaptasi daripada sebuah buku atau novel semakin popular di negara ini. Namun, ia juga tertempias terhadap dunia teater yang menggarapkan kisah pementasannya melalui kisah benar daripada nukilan novel. Bagi peminat teater, jangan lepaskan peluang untuk menonton teater muzikal Love Story yang diadaptasi daripada novel terkenal. Pernah ditayangkan dalam bentuk filem pada tahun 70 an yang lalu dan kini ia kembali ke Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC). Jangan lepaskan peluang ini. Layari laman sesawang http://damaorchestra.com/
Galeri poster iklan Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara Untuk anda yang mahukan ketenangan, rasai pengalaman di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara. Banyak aktiviti yang boleh anda sertai seperti, berjalan kaki, berbasikal,berjogging dan juga aktiviti kayak turut disediakan. Layari http://kotadamansaraforest. org/ untuk maklumat lanjut.
Kita mungkin tidak pernah terfikir atau juga tidak percaya sebahagian daripada iklan atau poster yang pernah kita tonton di kaca televisyen akan berada di dalam sebuah galeri satu hari nanti. Tetapi itu yang berlaku apabila Arkib Design Malaysia telah menganjurkan pameran tersebut untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri karya bersejarah tersebut. Mereka mengumpulkan poster propaganda, majalah dan objek harian yang telah ada sejak abad ke-19 yang lalu untuk dijadikan sebagai bahan kajian mengenai negara kita.Pameran ini akan membina pandangan mengenai perubahan negara kita. Layari Facebook Reka Negaraku Exhibition untuk maklumat lanjut.
Barbie : Create Your Own
Peminat Barbie atau anak-anak yang meminati Barbie pasti akan menggemarinya,Ini merupakan peluang untuk anda membentuk patung Barbie mengikut citarasa anda yang pertama di Asia! Pasti ia pengalaman yang menarik untuk anda mahupun kanak-kanak perempuan. Selain daripada membentuk, pelbagai aktiviti lain seperti mewarna, bengkel bercerita, Ia bakal memberikan pengalaman yang menarik untuk anda dan anakanak anda. Layari https://www.facebook.com/ officialbarbiemalaysia/ untuk maklumat lanjut.
15
21 - 27 Jun 2017
TRENDING
Bebas daripada dipenjara kerana muka seiras
Kucing 'klon' drakula
LELAKI dipenjara 17 tahun akhirnya dibebaskan selepas penjenayah sebenar yang seiras muka dengannya ditemui. Lelaki bernama Richard Anthony Jones telah dibebaskan dari sebuah penjara di Kansas selepas dia didapati bersalah atas kesalahan merompak pada 1999. Richard didapati bersalah kerana
kes rompakan di Walmart (pusat beli belah) berdasarkan keterangan saksi. Tidak ada bukti fizikal atau DNA yang mengaitkannya dengan jenayah itu. Richard sedaya upaya merayu tetapi usahanya telah ditolak ketika itu. Jones (kanan) memiliki wajah yang sama seperti Ricky, Penjenayah sebenar (kiri).
Omar, kucing terpanjang di dunia
Kucing bernama Monk ini memiliki taring yang panjang seperti drakula. Pada asalnya, Monk dinamakan Monkey kerana dia terlalu aktif berlari, melompat dan memanjat. Monk tinggal bersama tuannya, Nicole D. Rienzie di Long Island, New York. Taring Monk mula tumbuh ketika usianya mencecah setahun. Walaupun memiliki taring yang panjang berbanding kucing-kucing lain, Monk tidak pernah mengalami kesukaran ketika makan, minum dan mandi. Monk menjadi tular apabila gambarnya dimuat naik oleh Nicole di akaun Instagram Monk; @ monkandbean.
Rumah panjang Sarawak kini lebih moden
Bunga Star Wars
Keunikan bunga yang tumbuh subur di Kyoto Botanical Garden, Jepun ini menarik perhatian warga negara matahari terbit dan dunia. Sekilas bentuk kelopak bunganya mirip penjahat di dalam filem Star Wars, Episod I - The Phantom Menace, iaitu Darth Vader. Nama bunga ini ialah Aristolochia Salvador Platensis dan biasa tumbuh di persekitaran iklim lembab. Berasal dari Brazil, bunga unik ini dibawa ke Kyoto pada Mac 2001 oleh Universiti Setsunan di Osaka. Berukuran 5 cm dan aromanya seperti daging busuk untuk menarik mangsa serangga. Di Kyoto ia hanya kembang seminggu sahaja berbanding dua bulan seperti di Brazil.
Pesakit Sindrom Down sebagai model baju raya
Jarang sekali kita melihat model pesakit Sindrom Down memperagakan mana-mana pa kai an raya. Selalunya kalau se suatu clothing brand hendak memperagakan baju, mereka akan menggunakan model yang cantik dan kacak sahaja. Tetapi salah satu jenama baju dari tempatan ini tampil lain dari lain apabila mereka jadikan pesakit Sindrom Down untuk mengenakan jenama pakaian mereka sempena hari raya ni. Tampak lain dalam masa yang sama ianya satu perkara yang perlu dibanggakan kerana kita tidak mengenepikan golongan ini.
Seekor kucing yang bersaiz 3 kali ganda besar dari kucing biasa kini telah diiktiraf sebagai kucing yang terpanjang di dunia dan memecahkan rekod sedia ada sepanjang 118.33 sentimeter, dalam Guiness World Records. The Telegraph melaporkan, kucing yang bernama Omar seberat 14 kilogram, sepanjang 120 sentimeter telah menjadi tular di media sosial selepas pemiliknya memuat naik gambarnya ke laman Instagram sekaligus menarik perhatian lebih lapan juta netizen mengikuti laman terbabit. Menurut Hirst, Omar amat menggemari daging kanggaru mentah dan suka tidur di atas sofa.
Apabila menyebut rumah panjang di Sarawak pasti kita akan terbayangkan rumah panjang yang diperbuat dari kayu dan dihuni oleh orang-orang pedalaman di sana. Tetapi jangkaan itu meleset sama sekali kerana rumah panjang kini lebih cantik dan moden. Lelaki bernama Andrewson Luat telah berkongsi beberapa gambar dan video sepanjang dia melawat rumah panjang di sana.
Tweet PU Rahmat mengundang kemarahan netizen
Finalist Pencetus Ummah, PU Rahmat yang terkenal dengan tagline ‘Saya daei bukan mufti’, ini telah memuat naik status di Twitternya berkenaan soalan me ngenai bagaimana kawannya itu boleh berkahwin empat. Jenakanya berkaitan dengan soalan perkahwinan itu mungkin berunsur jenaka. Tapi ramai yang terkesan dengan tweet terbabit, dan merasakan ia bukanlah sesuatu yang wajar dijadikan bahan jenaka.
Datuk Aliff Syukri mengamuk
Viral apabila Datuk Aliff memuat naik video di laman Facebooknya mengamuk selepas mendakwa pembantu rumahnya mencuri wang dan barang-barang milik isterinya. Bukan satu dua barang, tapi banyak yang dicurinya, antaranya tudung milik isterinya itu. Di dalam video berkenaan dia mahu membuat laporan polis mengenai pembantu rumahnya itu yang baru sebulan bekerja di rumahnya. Bagaimanapun kes tersebut selesai selepas dia memuat naik video penjelasan mengenai isu salah seorang bibiknya yang dikatakan mencuri. Video penjelasan itu memaparkan Aliff bersama seorang agensi pembantu rumah yang dikenali sebagai Puan Era. Menurut Aliff, isu terbabit telah diselesaikan, namun tidak diberitahu secara spesifik bagaimana ia diselesaikan.
Kereta 'vending machine'
Oleh kerana mempunyai daratan yang terhad, peniaga sebuah syarikat perniagaan kereta di Singapura ini mengambil inisiatif memperagakan dan memperkenalkan jualan kereta seakan-akan mesin layan diri (vending machine). Autobahn Motors, telah menggunakan konsep bilik pameran bertingkat yang mana ia mampu dilihat dari jarak yang jauh. Menariknya urusan jual beli di sini adalah menggunakan tablet dan aplikasi khas. Setelah itu pembayaran dibuat, kereta akan dihantar kepada pembeli dalam masa 2 minit menerusi sistem penghantaran ‘Fishbone’. Ia terletak di No. 20 Jalan Kilang, Singapura.
16
21 - 27 Jun 2017
www.syahrilkadir.com
Lagu 'Pakcik' ini pernah muncul juara carta lagu Jerman! NAMA Kassim Selamat tentu tidak dapat dipisahkan dengan lagu A Lompak A Go Go, selain La Obe – kedua-duanya dinyanyikan dalam loghat Bawean. Walaupun tidak difahami maksud seni katanya oleh kebanyakan peminat muzik ketika itu (juga zaman sekarang) lagu ini tetap di mi nati, sedap didengar mungkin disebabkan susunan muziknya yang catchy. Namun, lagu La Obe juga memperkenalkan nama pe nyanyinya, Kassim Selamat yang kekal sehingga sekarang, terutama di kalangan kumpulan zaman 60-an. Beliau mula membabitkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1960 dengan Pancaragam Pemuda Ria Party. “Bersama
pancaragam ini, kami sering mengadakan persembahan di kenduri kah win atau pada majlis keramaian. Satu-satunya lagu yang saya masih ingat ketika bersama pancaragam ini ialah lagu Bagai Dijanji,” kata Kassim. Tidak lama selepas itu, Kassim menyertai kumpulan The Swalows. Kumpulan The Swalows ini mula dikenali dengan lagu Gadis 17 yang dimuatkan dalam filem Pontianak. Lagu itu dinyanyikan Ahmad Daud. Apabila beliau meninggalkan kumpulan itu sebagai penyanyi, tempatnya terus di gantikan oleh Kassim Selamat. Ketika itu, kata nya, The Swalows kurang mendapat per hatian sehingga tidak di pedulikan pengurus k e l a b
malam atau penganjur per sembahan pentas. “Tidak mudah untuk me letakkan The Swalows sebaris dengan kumpulan muzik yang ada ketika itu. Walaupun sudah merakamkan lagu, tetapi populariti The Swalows tidak memuaskan. “Untuk mencari kelainan, kami mencipta lagu dalam bahasa Bawean. Dan ia berjaya. Pada waktu itu barulah banyak pihak mengundang kami me ngadakan persembahan di tempat mereka. Layanan yang kami terima juga berubah, semakin baik, bertambah baik…,” katanya lagi. Tambahnya lagi, dia ber sa ma kumpulan itu adalah antara kumpulan muzik ter awal yang menjadi artis di bawah label EMI. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com
Lirik Lagu La Aube Setulu Bule Kape Rakan Neng Kene Bule La Ngastabe Setulu Malem Eberek Masem Arapa Bule Tak Tau (2 kali) * Arapan Arapan Alek La Au Be Ti Naju Bule Atong Ku Atong Ku Alek Bule Ngastabe Aung Ke Aka Ropana Toro Naka Imbirna Paste Naka Ropana Se Mu Ingak Kapan Dirna Arapan Arapan Ale La Au Be Ti Naju Bule Atong Ku Atong Ku Alek Bule Ngastabe Lagu dan Seni kata: Yusof Rahman & Afandi Haji Abdul Rahman Bersama The Swallows Kassim Selamat
1
minggu RM50 setiap pemenang utama mingguan
Pemen an utam g minggua an
2
3
Penyanyi: Kassim Selamat
17
21 - 27 Jun 2017
Penghujung Ramadan di Stalkers Café
Berbuka
pengunjung setiap hari,” jelas Helmy. Selain itu, konsep bufet ju KETAM masak lemak dan patin masak tempoyak antara menu gak dipilih kerana bertepatan berbuka yang disediakan pada dengan tagline ‘All you can eat’ setiap hujung minggu kepada yang menekankan kesemua me pen gunjung di Stalkers Café, nu yang disediakan boleh dija Dataran Sunway, Kota Daman mah. Untuk hari biasa, menu akan sara. Menu lain seperti kuih ka li. muih, roti john, hidangan ba ditukar setiap dua hari se rat seperti spaghetti, chicken Hidangan Melayu adalah hi wings dan sebagainya yang tu dangan wajib yang disediakan di sini selain hidangan barat un rut disediakan di sini. Menurut pengurus kafe ini, tuk tidak lari dari konsep awal fe ini yang memilih konsep Nurul Helmy Nazrin Mazlan, ka dangan barat serta side dish 27, mereka memilih kon hi sep hidangan bufet seba gai seperti roti pita, dan roti john. kemudahan kepada pen gun Kesemua hidangan berbuka jung selesa untuk berbuka akan disiapkan pada 6.30 pe puasa selain mereka boleh me tang. mi lih sendiri hidangan yang Hidangan barat ala carte disediakan. Kafe milik pelakon Fattah “Kami menyediakan hidan gan untuk 30 hingga 50 orang Amin ini juga amat selesa. Kafe ikut kepada tempahan dari yang diambil alih sepenuhnya MURNI REJAB
oleh Fattah sejak 1 November 2016 nyata mempunyai au ra nya tersendiri. Ketika me lang kah masuk ke dalam kafe ini anda pasti akan tertumpu kepa da hiasan dan susun atur kerusi dan meja yang kemas serta se akan akan anda berada di luar negara. Menu hidangan barat yang menjadi simbolik kepada kafe ini juga amat menarik. Terdapat lima jenis hidangan wajib yang perlu dicuba iaitu Godfather sandwich, chicken bur ger, chicken wings, lamb chop dan chicken chop. Bagi minuman pula, smoothies perisa chocolate, dan chocolate brownies men jadi tarikan di Stalkers Café ini selain teh tarik pilihan Fattah Amin iaitu Teh Tarik Mr Pilot. Bagi bulan Ramadan, ka fe ini dibuka setiap hari da ri 6.30 petang hingga 9.00 malam untuk juadah berbuka ma na kala bagi yang mahukan hidan gan ala carte (barat), anda boleh menikmatinya da ri jam 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam. Antara juadah berbuka yang disediakan disini.
DI MANA
Sebelum kita men yam but Syawal tidak lama lagi, apa salahnya kita berbuka di ka fe ini. Pasti hidangannya ti dak mengecewakan anda. Har ga yang disediakan ber patutan. RM60 untuk dewasa manakala RM25 bagi kanakkanak. Anda perlu me nem pah awal sebelum jam 4.00 petang dengan menghubungi sebelum tempat penuh. Resepi dari chef Zairul Aliff Zusiri, 25, yang berpengalaman selama enam tahun ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Hidangan barat yang 'wajib' dicuba.
Pengunjung yang tidak sabar untuk menjamu selera
Tips kekal sihat semasa Hari Raya Kawal nafsu makan anda dengan mengambil jumlah se tiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit. Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sem bahyang raya adalah sangat digalakkan. Anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebe lum anda menjamah ketupat dan rendang.
Juadah wajib Hari Raya
SELAIN persiapan dan kelengkapan rumah, juadah raya juga merupakan elemen penting sempena menyambut Syawal. Menariknya, juadah yang dijamu kepada tetamu di pagi Syawal adalah berbeza dengan hari-hari biasa. Antara lima juadah paling popular dan 'wajib ada' untuk dihidangkan kepada tetamu di Aidilfitri ialah seperti berikut:
Ketupat Tidak kira ketupat segera atau dianyam sendiri, ia adalah simbolik kepada perayaan Aidilfitiri. Tidak lengkap sekiranya tiada ketupat di pagi raya. Rendang Pelbagai
variasi
rendang
yang akan muncul di pagi 1 Syawal. Selera juga berbezabeza bergantung kepada citarasa sendiri. Selalunya, rendang daging antara yang paling popular di setiap rumah. Rendang lain seperti ayam, paru, perut atau kerang ada juga dihidangkan.
Lemang Membakar lemang mampu mengeratkan silaturahim kerana setiap orang akan teruja setiap kali menjalankan aktiviti ini. Lemang adalah hidangan tradisional yang sangat enak kerana rasanya yang lemak dan enak. Selalunya yang menjadi rebutan ialah pulut pada bahagian atas yang
dipanggil kepala santan kerana ia mengandungi lemak lebih.
Kuah kacang Kuah kacang boleh dimakan bersama nasi himpit, ketupat atau lemang. Tetapi ada juga yang makan kuah kacang ber sama rendang. Cara mema saknya juga berbeza, ada yang lebih suka kacang dikisar kasar dan ada juga su ka yang lebih halus.
Kuah lodeh Mungkin tak semua rumah ada, tetapi kuah lodeh sangat popular di negeri Johor. Lebih enak lagi ditambah kuah kacang atau sambal.
18 Di sebalik
21 - 27 Jun 2017
JENAMA
Walt Disney pernah dibuang sekolah MURNI REJAB
PERNAH dibuang sekolah pada usia 16 tahun kerana karya kartunnya berbaur politik yang memfokuskan kepada Perang Dunia I. Dia juga cuba untuk menyertai Angkatan Bersenjata Amerika Syarikat, tetapi ditolak kerana belum cukup umur. Itu antara liku hidup zaman muda pengasas Disney, Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney. Walaupun pelbagai cabaran yang dilaluinya, Jenama Walt Disney kekal terpahat dalam ingatan peminatnya. Siri kartun atau filem kartun terbitan
syarikat ini menjadi kegemaran tidak hanya dalam kalangan kanak-kanak, malah oleh semua lapisan usia. Antara filem kartun yang terkenal adalah Little Mermaid (1989), Aladdin (1992), Monster, Inc. (2001), Finding Nemo (2003) Tangled (2010), Frozen (2013) dan pelbagai lagi filem kartun yang berkualiti. Jual cerita kartun Pada tahun 1923, ketika Walt berusia 23 tahun dia telah berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun ‘Alice in the Wonderland’. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang
Walt Disney, pemilik suara asal Mickey Mouse.
bersetuju untuk mengeluarkan siri ‘Alice Comedies’. Karakter ‘Mickey Mouse’ mula melonjak naik dan men dapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun per tama yang bersuara. Kini Disney mempunyai banyak taman tema di seluruh dunia.
'Mickey Mouse and Friends' antara siri kartun yang terkenal terbitan Walt Disney
Pengasas Walt Disney WALT DISNEY lahir di Chicago, Illinois pada 5 Disember 1901 dan meninggal dunia di Burbank, California pada 15 Disember 1966 pada umur 65 tahun. Dia adalah seorang pe nerbit filem, sutradara, juru animasi dan pelakon suara warganegara Ame rika Syarikat yang ter kemuka dan kuat ber pengaruh dalam bidang hiburan pada abad ke20. Sebagai pengasas Walt Disney Productions bersama abangnya Roy O. Disney, Walt adalah salah seorang penerbit filem tersohor di dunia. Perbadanan yang diasaskannya, kini dikenali sebagai The Walt Disney Company. Walt terkenal khususnya sebagai seorang penerbit filem dan pengusaha hiburan yang cemerlang, di samping
menunjukkan daya inovasi dalam bidang animasi dan reka bentuk taman tema. Dia bersama kakitangannya telah menghasilkan se bilangan besar watak cereka ter kenal termasuk watak animasi Mickey Mouse yang pernah disuarakan oleh Walt sendiri selaku pelakon suara sulungnya. Walt meraih 59 pencalonan Anugerah Akademi, dengan 26 dimenanginya, termasuk empat anugerah dalam setahun, menjadikan dia individu yang paling banyak memenangi anugerah dan pencalonan Oscar dalam sejarah. Selain itu, dia juga meraih tujuh Anugerah Emmy. Taman-taman tema Disneyland dan Walt Disney World Resort di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan China dinamakan sempena namanya.
Permulaan karier Pada tahun 1919, Walt bekerja di syarikat O-Zell di Chicago, sebelum berpindah ke Kansas untuk memulakan karier seninya. Dia memutuskan untuk meneruskan kerjaya melukis ka rikatur politik dan komik dalam akhbar. Sayangnya tiada siapa yang ingin mengupahnya untuk menjadi pelukis. Abangnya, Roy yang bertugas di sebuah bank di Kansas men da patkan kerja sementara un tuknya di Studio Seni Pesmen. Di situ, Walt menghasilkan ik lan untuk akhbar, majalah, dan pawagam. Di sinilah beliau bertemu dengan kartunis Ubbe Iwerks. Selepas berhenti kerja di situ, mereka berdua memasang
cita-cita untuk membuka syari kat secara bersama. Pada Januari 1920, Disney dan Iwerks mendirikan syarikat ‘Iwerks-Disney Commercial Artis ts', namun syarikat itu ti dak bertahan lama. Walt mengambil keputusan un tuk bekerja di Kansas City Film Ad Company. Buku Edwin G. Lutz yang berjudul ‘Animated Cartoons: How They Are Made, Their Origin and Development’, Walt juga memberi inspirasi kepadanya. Melalui buku itu Walt yakin animasi menjanjikan masa depan yang cerah lalu dia mem buka syarikat animasinya sendiri. Walt mengupah seorang rakan kerja dari Kansas City Film Ad Company, Fred Harman, se ba gai pekerja pertamanya. Walt dan Harman kemudiannya ber jaya berurus janji dengan pe milik pawagam tempatan Frank L. Newman, tokoh yang dikenali se bagai pengusaha hiburan ter sohor di Kansas ketika itu, un tuk menyiarkan siri kartun yang berjudul ‘Laugh-O-Grams’ di pawagam tersebut.
Mickey Mouse muncul sejak 1928 DIREKA pada tahun 1928 (dan disuarakan pada asalnya) oleh Walt Disney, pengasas Disney, watak kegemaran ramai, Mickey Mouse adalah watak kartun berbentuk haiwan yang bercirikan manusia yang menjadi lambang terulung The Walt Disney Company. Si tikus ini berevolusi dari sekadar watak animasi dan komik menjadi salah satu lambang paling dikenali di dunia. Walt Disney membekalkan suara Mickey Mouse dari 1928 hingga 1946, apabila penata kesan bunyi James G. MacDonald mengambil alih. Mickey kemudian disuarakan Wayne Allwine. Namun, setelah kematian Allwine pada tahun 2009, Mickey kini disuarakan oleh Bret Iwan. Walt berkata dia menerima ilham untuk mereka Mickey daripada seekor tikus yang ditemui di studio Laugh-OGram, Kansas yang digelarnya sebagai Mortimer Mouse.
Karakter Mickey Mouse mendapat perhatian seluruh dunia.
19
21 - 27 Jun 2017
21
Sifu cukup berhati-hati
21
Komposer muda Haqiem Rusli
20
20 20
Erti raya 20 tahun Hijjaz buat Janna bersama peminat
Sambutan kini lebih bermakna 23
21
Jejak Rasul terus diminati
20
21 - 27 Jun 2017
20 tahun Hijjaz Kali pertama sambut raya sebagai suami isteri bersama peminat RAMADAN 1438 menjadi le bih manis bagi lima pasangan artis negara seberang apabila menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Aildilfitri sebagai pasangan suami isteri. Menurut Bintang.com, Rama dan kali ini mereka puasa ber sama dengan isteri dan suami masing-masing. Artis yang dimaksudkan adalah Kalina Oktarani bersama pasangann ya Muhammad Hendrayanto, Adjie Pangestu dengan Novita Petria, Rinni Wu landari bertemu jodoh bersama Jevin Julian, Tarra Budiman memi lih Gya Sadiqah dan Nani Wijaya bersama Ajip Rosidi. Kalina bergelar isteri kepada Mu hammad Hen drayan to se
hari sebelum Ramadan baru-ba ru ini (26 Mei) dalam majlis yang berlangsung di Bintaro, Jakarta Selatan. Ini adalah per nikahan kedua Kalina dan turut dihadiri oleh bekas suaminya, Deddy Corbuzier. Mereka berce rai pada 2013 yang lalu. Adjie Pangestu pula ber nikah dengan Novita Petria yang lebih mesra disapa Ovy. Mereka me nikah di rumah Novita di
Rancaekek, Cileunyi, Bandung, Jawa Barat, pada 14 Mei lalu. Pasangan pengantin baru yang lain adalah Rinni Wulan dari dan Jevin Julian. Mereka melangsungkan akad nikah dan resepsi di Rumah Sarwono, Pasar Minggu, Jakarta Selatan, pada 7 Mei lalu. Pada 22 April yang lalu, Tar ra Budiman dan Gya Sadiqah sah bergelar pasangan suami isteri. Majlis akad nikah dan resepsi berlangsung di kedia man Gya di Bandung, Jawa Barat. Pada tarikh yang sama, di Sangkuriang, Bandung, Jawa Barat, berlangsung pernikah an antara Tarra Budiman dan Gya Sadiqah. Sebelum itu aktres senior, Nani Wijaya dan saster awan Ajip Rosidi telah melangsung kan pernikahan yang berlangsung di Cirebon, Jawa Barat.
SEBAGAI pengubat rindu peminat dan bersempena ke datangan Ramadan dan Aidilfitri, kumpulan nasyid Hijjaz kembali menemui peminat dengan menerbitkan album kompilasi berjudul Koleksi Emas Hijjaz yang telah berada di pasaran dengan harga RM27.90 dalam bentuk cakera padat (CD). Jurucakap Hijjaz, Munif berkata album ini sebagai hadiah kepada semua peminat Hijjaz yang sudah 20 tahun di persada muzik tanah air. Sebanyak 11 buat dimuatkan di dalam album ini antaranya Sumayyah, Rasullullah, Fatamorgana, Sunnah Orang Berjuang dan Rindu.
Nostalgia menjelang A RUMAH KEDAI BUAT SAYA MENANGIS "Ya Allah, kalau ditanya pasal Rumah Kedai, air mata yang keluar dulu daripada apa-apa perkataan, itulah nostalgianya." Kata-kata sayu dramatis Kartina Aziz, nadi utama drama bersiri popular di bulan Ramadan sekitar penghujung 80 an, Rumah Kedai. Siarannya bertahan lebih 10 tahun di stesen TV3. Drama bersiri yang lebih bertemakan moral, keagamaan, politik dan keluarga ini mula ditayangkan pada tahun 18 Mei 1988 dan bersiaran mulai jam 5.30 hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) atau 4.40 hingga 5 petang (Sabtu-Ahad). Kartina memegang watak Mak Lijah, isteri kepada Pak Halim lakonan Yusof Mohamad. Mereka sebagai pemilik pasar mini dibantu oleh Tapa (Sudiro Sukirman) dan Remy (Haron Salim Bachik) selain Rosnah Mohd
Banyak drama TV dan iklan hari raya yang dipaparkan saban tahun. Namun jika drama bersi ri, Rumah Kedai dan do kumentari, Jejak Rasul pastinya mampu buat kan pembaca tersenyum sendiri. Mungkin dua rancangan ini memberi 1001 kenangan dalam hidup masing-masing yang membesar se zaman tayangan Rumah Kedai dan Jejak Rasul.
Aris, Zulkifli Zain, Aliza Abdul Rafar, Khatijah Tan, Rosnani Yusof dan S. Sachithananthan. Mengimbau kenangan menjayakan Rumah Kedai dia berkata, ketika itu mereka seolah satu keluarga, bekerja untuk memastikan Rumah Kedai berjaya. "Rumah Kedai seumpama tapak permulaan saya di dalam dunia drama, jumpa orang waktu itu, ada yang panggil Mak Lijah, ada yang tanya tak buka kedai ka hari ini?. "Maksudnya peminat terlalu mengikuti Rumah Kedai, watak kami, skrip juga bahasa yang mudah, penuh pengajaran," katanya. Bagi Kartina, Rumah Kedai meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya dan ketika itu ada yang menganggap mereka seperti sebuah keluarga sebenar di luar drama. "Saya sedih, sebahagian besar 'keluarga' dalam Rumah Kedai kini sudah tiada, Abang Yusof Mohamad, Haron Salim Bachik, Sudiro Sukirman. Kerana merekalah Rumah Kedai hidup, telatah mereka orang suka," sambungnya. Kartina juga berharap akan lahir semula siri drama seumpama Rumah Kedai, apatah lagi di era serba moden pada hari ini. "Kisah realiti sebegitu patut diangkat kerana ia boleh memberi contoh kepada penonton. Filem dan drama mesti memainkan peranan mendidik orang ramai ke arah kebaikan," katanya lagi. Rumah Kedai adalah sebuah rancangan drama bersiri sebanyak 30 episod yang disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan.
Barisan hebat pelakon yang membintangi drama ini ialah: Yusof Mohamad (sebagai Pak Halim) Kartina Aziz (Mak Lijah) Sudiro Sukirman (Tapa) Haron Salim Bachik (Remy) Rosnah Mohd Aris (Mak Limah) Zulkifli Zain (Pak Imam) Aliza Abdul Rafar (Aishah) Khatijah Tan (Habsah) Rosnani Yusof (Hanisah) S. Sachithananthan (Dr. Sham)
21
21 - 27 Jun 2017
HyppTV, YA1M meriahkan Shah Alam BAZAR Ramadan Stadium Melawa ti Shah Alam yang sememangnya meriah bertambah gamat dengan kehadiran para artis dalam program #tambahlagi Keajaiban Ramadan bersama HyppTV baru-baru ini. Program #tambahlagi kemer iahan Ramadan bersama HyppTV adalah kerjasama rakan komuniti HyppTV bersama Yayasan Artis 1Malaysia yang dihadiri oleh Haza mi, Ismail Izzani, Maisarah Ukelele, Razak Ai dan Meer Nash. Selain itu, majlis turut dihadiri Ain Edruce, Fendi, dan ramai lagi hos dari HyppInspirasi HD. Melalui #tambahlagi, HyppTV banyak menjalankan program kebajikan termasuk menziarahi artis veteran dan juga rumah-rumah kebajikan. “Ini adalah salah satu usaha kami di HyppTV untuk memastikan kebajikan para artis turut terbela,” menurut satu kenyataan.
Aidilfitri
Berhati-hati di jalan raya... Iklan ini ditayangkan di bulan Ramadan tahun 1988. Bermula dengan sekeping kad raya terbuka kemudian muncul wajah Jamal Abdillah membawa rangkap pertama: Hari raya hari yang mulia Penuh bererti kepada kita Tampil pula penyanyi bersuara manja, Raja Emma meneruskan nyanyian: Tua muda miskin dan kaya Menyambutnya dengan gembira Kemudianya mereka berduet:
JEJAK RASUL TERUS DIMINATI
Satu lagi rancangan menarik yang ditunggu-tunggu penonton di bulan Ramadan adalah Jejak Rasul. Ia mula menemui peminat di TV3 mulai tahun 1996. Ketika itu tidak ada kemudahan perakam automatik seperti sekarang. Hanya pemain VTR (Video Tape Recorder) yang ada. Waktu tayangannya pula bermula jam 5.30 petang, sama waktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Jadi, rata-rata penggemar rancangan yang mengisahkan sejarah para rasul di bunyi ambiya dan sejarah perkembangan Islam di beberapa benua ini akan berusaha mencari jalan agar tidak terlepas waktu atau meminta tolong rakan merakam siri Jejak Rasul dengan VTR. Penantian waktu berbuka juga seperti semakin pendek kerana lekanya melayani kupasan hos bersuara emas Zainal Ariffin Ismail. Selang tidak berapa lama selepas itu pernah pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) ketika itu, Md Noor Sulaiman mengambil tempat Zainal..
Berhati-hati di jalan raya Semoga anda selamat tiba Ucapan selamat hari raya Dari EON untuk semua Iklan milik syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) ini menjadi siulan ramai ketika itu seolah sebuah lagu pop. Setahun selepas itu EON tampil lagi dengan lagu yang sama tetapi Jamal digandingkan pula bersama Ramlah Ram
Seputar Artis Sifu cukup berhati-hati SIFU M.Nasir, sememangnya terkenal sebagai seorang yang agak 'kurang' bercakap. Bila bercakap, dia dilihat amat berhati-hati. Dalam satu temubual di sebuah stesen radio, M.Nasir beberapa kali mengelak untuk menjawab soalan DJ yang mahukan dia memberi kata-kata akhir. Dia diam, setelah didesak beberapa kali akhirnya dia menjawab,"Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada semua peminat, kerana merekalah saya berada di sini." Kemudiannya sekali lagi DJ mahukan kata-kata dari komposer tersohor itu sebagai mengakhiri segmen yang dikendalikannya, namun ternyata M.Nasir tidak layan mungkin dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak perlu diucapkannya.
Seolah Jupe 'pulang' ke rumah ADIK kepada penyanyi Jupe, Della mengakui bermimpi dan terbayang seolah kakaknya itu 'kembali' ke rumah dan mengajaknya bercuti di Bali. Jupe atau namanya Julia Perez meninggal dunia pada 10 Jun lalu, setelah tiga tahun menderita sakit kanser pangkal rahim. Selepas disahkan mengalami barah, Jupe banyak menghabiskan masa dengan program kebajikan dan kempen memerangi kanser dengan mengajak orang ramai di negaranya mencegah daripada dihinggapi penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja itu.
Komposer muda Haqiem Rusli DIA muncul sebagai penyanyi, kemudiannya mencuba nasib mencipta lagu. Tiba-tiba sahaja lagu sentuhannya, Pesan yang didendangkan oleh Irfan Harris meletup. Mendapat tontonan lebih 1.5 juta kali di Youtube. Itulah tuah penyanyi muda berusia 19 tahun, Haqiem Rusli. Dalam satu temubual Haqiem melahirkan rasa syukur di atas kejayaan yang dikecapi walapun baru menjinakkan diri dalam bidang seni. Dia menjadikan Faizal Tahir sebagai idola. Katanya, jika Faizal Tahir boleh nyanyikan lagu orang dan mencipta lagu untuk orang, dia juga mahu mengikuti jejak Faizal. "Saya baru 19 tahun, masih baru, tak sangka pula lagu Pesan akan menjadi hits, saya orang kampung, saya mahu buat sesuatu yang terbaik," katanya.
22
21 - 27 Jun 2017
RELEKS
Jom Wayang Tajuk : Train Station Genre : Komedi, jenayah, drama Bahasa : Inggeris Pengarah : Tony Pietra, Xavier Agudo, Ryan Bajornas Pelakon: Patrick Gorman, Judith Hoersch, Yoann Sover SINOPSIS Train Station mengisahkan 'Person in Brown' yang mempunyai masalah un tuk memenuhi impiannya agar dapat memperbaiki dirinya. Dia terpaksa mengambil masa yang panjang apatah lagi selepas dia terlibat dengan kemalangan melibatkan kereta api yang dinaikinya. Ramai pengarah dan pelakon untuk judul filem ini dan ia sesuatu yang mendebarkan sebelum kita menghabiskan tontonan di pawagam. Train Station telah banyak kali bertemu penonton, tetapi pada setiap siri tayangan, filem ini mempunyai kelainan tersendiri. Pelakon Train Station 2017 memegang beberapa watak dan setiap watak itu akan memperlihatkan perbezaan yang cukup ketara. Tajuk : Raabta Durasi : 2 jam 35 minit Genre : Komedi, drama, misteri Bahasa : Hindi Pengarah : Dinesh Vijan Pelakon : Sushant Singh Rajput, Kriti Sanon, Jim Sarbh, Varun Sharma SINOPSIS Saira, seorang wanita yang telah me ninggal dunia namun telah dihidupkan semula. Pada tahun 2017 Saira telah jatuh cinta dengan jejaka bernama Shiv. Percintaan mereka memang begitu unik kerana mereka sebenarnya sedang berada di alam lebih 100 tahun yang lampau. Kisah cinta mereka mula menjadi kusut apabila pada suatu hari Saira telah terserempak dengan kekasihnya ketika dia masih hidup dahulu. Kekasih lama Saira itu juga mahu meneruskan impian untuk mereka bersatu sebagai pasangan yang sah. Ada konflik antara Saira dan Shiv. Ada bibit-bibit mesra antara Saira dan kekasih lamanya. Saira menjadi bingung untuk membuat pilihan dan dia juga sering dibatasi pemikiran mereka sendiri antara sedang berada di dunia khayalan atau dunia sebenarnya. Tajuk : Gremlin Durasi : 1 jam 30 minit Genre : Seram Bahasa : Inggeris Pengarah : Ryan Bellgardt Pelakon : Adam Hampton, Katie Burgess, Caleb Milby, Rachael Messer SINOPSIS Dua tahun lalu, Adam Thatcher kehilangan anak lelaki berusia sepuluh tahun akibat mati dibunuh. Pada suatu hari, dia menerima sebuah kotak misteri daripada seorang saudaranya yang mengandungi seekor labah-labah yang amat berbisa. Sengat labahlabah itu dikatakan beracun dan boleh menyebabkan kematian. Labah-labah tersebut akan membunuh pemiliknya jika ia sudah merasakan dirinya tidak selamat. Namun, disebalik dirinya yang boleh dianggap mampu mengganas dan mengancam nyawa manusia, ia begitu takut kepada satu sumpahan yang mesti dipatuhinya.
23
21 - 27 Jun 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Kedutaan Iran dikepung
SUDOKU
Jawapan
PADA tahun 1980, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pejabat Kedutaan Iran di Princess Gate, London, dan menahan semua orang yang berada di dalam bangunan tersebut dan dijadikan tebusan. Ia berlarutan selama enam hari. Berlaku insiden ugut mengugut dan kekerasan terhadap tebusan. Rundingan dengan pihak kerajaan juga tidak menemui jalan penyelesaian. Akhirnya kerajaan terpaksa menggunakan khidmat pasukan rahsianya yang cukup terlatih dan dilengkapi senjata yang moden. Itu tugas pertama kali di dunia yang dilaksanakan oleh pasukan rahsia berkenaan. 6 Days adalah sebuah filem yang mendebarkan dan penuh ketegangan melalui kisah penjahat luar biasa terdiri daripada enam pemuda Iran bersenjata lengkap menyerang dan menahan 26 orang tebusan. Kisah tersebut amat menggemparkan dunia. Semua jabatan kerajaan bertindak untuk menyelamatkan negara daripada tercalar imej ekoran pencerobohan tersebut. Ia mendapat liputan secara langsung oleh saluran TV seluruh dunia. Abbie Cornish adalah pelakon kelahiran Australia yang dipopular menerusi filem Limitless (2011), Somersault (2004), Bright Star (2009), Sucker Punch (2011). Film terbaru Cornish termasuk Geostorm, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri, Jack Ryan, Where Hands Out.
Jawapan Tajuk : 6 Days Durasi : 1 jam 34 minit Genre : Aksi Tarikh tayangan : 2 Jun 2017 Pengarah : Toa Fraser Pelakon : Abbie Cornish, Mark Stron, Jamie Bell
24
21 - 27 Jun 2017
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 21 - 27 JUN 2017
Program : Langit Lebaran Episod : Khas Aidilfitri Tarikh : 25 Jun 2017 (Ahad - raya pertama) Masa : 8.30 malam INSAN BERJIWA RAI GOLONGAN SERBA TIADA DI HARI RAYA Tidak semua insan mampu meraikan Syawal dalam keadaan yang serba ada. Ketika kita sibuk membeli kelengkapan raya seperti baju, perabot dan segalanya baru di hari raya, ada insan yang masih ‘menagih’ sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Program khas Langit Lebaran menyelusuri misi sekumpulan insan yang berjiwa murni untuk menjejaki golongan yang kurang bernasib baik ini dengan berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan di pagi Syawal.
Program : Cahaya Lebaran Episod : Khas Aidilfitri Tarikh Siaran : 24 Jun 2017 (Sabtu - malam raya) Masa : 8:30 malam
Program : Pemanis Mulut Episod : 9 Tarikh : 23 Jun 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam
BERTUGAS DI HARI RAYA DEMI MASYARAKAT DAN NEGARA Di saat kita bergembira meraikan hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta, ada insan yang terpaksa berkorban masa dan kerja demi tanggungjawab kepada orang ramai dan negara. Anggota polis trafik dan bomba antara dua kerjaya yang menjalankan tugas seperti biasa walaupun di hari perayaan. Bomba sepanjang masa bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan musibah yang tiba manakala anggota polis trafik pula menjaga keselamatan dan kelancaran jalan raya tatkala musim perayaan tiba. Saksikan Cahaya Lebaran yang menyelami bagaimana pengorbanan dan pengalaman dua pasukan badan beruniform ini berjasa dan bertugas di hari raya.
ADA PEMANIS MULUT DICAMPUR DAGING DAN AYAM? Pernahkah anda mencuba pemanis mulut waffle dikombinasikan dengan ikan, ayam mahupun daging? Jangan tidak percaya kerana pemanis mulut seperti ini wujud. Keunikan pemanis mulut yang jarang ditemui ini terdapat di The Frisky Goat Cafe yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Memang namanya kedengaran pelik, tapi pasti ada sesuatu yang istimewa sehinggakan menu di sini menjadi bualan peminat cafe hipsters ini. ‘Egg Salmon Royale’, ‘Awesomeball’ dan ‘Chocolate Ganache’ antara menu yang ‘wajib’ dicuba. Hendak tahu bagaimana rupa dan rasanya? Nantikan Pemanis Mulut!
Program : Al Tijarah Episod : 7 Tarikh : 27 Jun 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam SITI KHADIJAH APPAREL PELOPOR PERNIAGAAN TELEKUNG Bertunjangkan tanggungjawab kepada agama, Pengarah Urusan Siti Khadijah Apparel, Padzilah Enda Sulaiman terus mempelopori perniagaan telekung wanita yang kini sudah pun mencecah 25 tahun. Hari ini, telekung jenama tersohor Telekung Siti Khadijah ini menjadi produk berprestij dan berkualiti tinggi dengan mendapat permintaan sehingga ke luar negara. Ia sering menjadi pilihan sebagai hadiah untuk detik istimewa selain sebagai hantaran pertunangan dan perkahwinan. Perjalanan kerjaya dan kisah seribu liku pengasasnya dikongsi dalam Al-Tijarah.
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
21 - 27 Jun 2017
Kisah anak muda
KAM
Ween’s Cookies bukan sekadar biskut biasa MURNI REJAB
MEMBAKAR biskut raya men jadi rutin wajib setiap tahun bagi Norazwin Norazizi yang berusia 31 tahun sejak jenama biskut rayanya mula menjadi ‘rebutan’. Bermula sebagai hanya untuk diberi kepada ibu dan ayah saudaranya, Norazwin atau lebih mesra dipanggil Ween ini mendapat idea untuk men jalankan perniagaan se cara dalam talian dengan meng gunakan nama Ween’s Cookies. Kehadiran Aidilfitri mem beri ruang kepadanya untuk menjalankan perniagaan biskut raya sehinggakan dia mendapat keuntungan lima kali ganda berbanding bulan biasa. “Permintaan memang ting gi ketika musim perayaan berbanding bulan biasa. Penat itu berbaloi apabila biskut
yang saya jual ini mendapat tarikan dan pujian pelanggan yang membelinya,” jelas nya yang tidak hanya menjual biskut raya di hari perayaan sahaja, malah biskut raya jenamanya juga sesuai untuk dijadikan sebagai snek harian, untuk sebarang maj lis seperti majlis perkahwinan dan juga sebagai hadiah kepada orang tersayang. JENIS BISKUT Jelas Ween, resepi semua biskutnya adalah daripada ibu kandungnya yang gemar membuat biskut Almond London untuk diberi kepada sanak saudaranya. “Bermula 2003, ibu saya me mang kerap membuat biskut ini untuk diberi kepada adik beradiknya yang ramai, kemudian saya terus terfikir, mengapa tidak biskut ini
dijual?,” ujarnya. Bermula hanya dengan biskut London, kini Ween mempunyai empat jenis biskut raya yang menggunakan resepi yang sama, yang membezakan biskutnya adalah dari segi dia pengolahan biskutnya kepada perisa yang berlainan dan me narik selain mempunyai rasa yang sedap. ‘Almond London’, ‘Chocolate Almond Crunch’, ‘Chocolate
Hazelnut Butterscotch’ dan ‘Chocolate Caramel Macadamia’ adalah biskut keluarannya yang mendapat permintaan tinggi oleh peminat setia biskut ini. Tambah menarik, biskut yang dikeluarkan oleh Ween dibuat secara tradisional dan tidak menggunakan sebarang mesin adunan untuk menguli doh. “Suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan mesih doh, namun biskut yang dihasilkan menjadi keras, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan mesin tersebut,” jelasnya yang menghasilkan biskut ini secara serius sejak 2015.
BANTU SURI RUMAH Ween yang juga seorang pensyarah di SEGi Universiti ini juga ingin membantu suri rumah dengan menjalankan program ‘Ween’s Cooking Baking at Home’ yang mana dia akan mengupah suri rumah yang mempunyai ketuhar untuk membantunya sama-sama membakar biskut keluarannya di samping untuk menambah pendapatan mereka. “Idea tercetus apabila salah seorang rakan saya dibuang kerja jadi saya mahu bantu mereka dengan menjalankan program ini supaya mereka tidak putus pendapatan di samping dapat membantu keluarga,” ujar Ween. Bagi sesiapa yang mahukan biskut keluaran Ween’s Cookies ini boleh melayari Facebook dan Instagram weencookies.
Norazwin turut menyediakan penghantaran bayar semasa penghantaran (COD) untuk kesenangan pelanggannya.
10 kuih raya jadi kegemaran di hari raya Biskut spinner ALMOND LONDON
SARANG SEMUT
TAT NENAS
BISKUT SUJI
POPIA SIMPUL KASIH
BISKUT DAHLIA
CORNFLAKES MADU
KUIH ROS
SEMPRIT
KUIH BATANG BURUK
Biskut bersalut coklat dengan inti kacang badam. Pastri rapuh dengan jem nenas di dalamnya. Kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging. Kepingan cornflakes yang digoreng kilas bersama madu. Kuih tradisional menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanilla.
Kanak-kanak paling suka kuih ini kerana ia rapuh dan sedap. Lemak-lemak manis dan cair bila di dalam mulut. Sama seperti kuih semprit cuma ia diacu menjadi bunga. Rangup dan manis, kuih paling nostalgia di hari raya. Kuih ini menjadi kegemaran ramai. Walaupun namanya ‘batang buruk’ tapi
rasanya amat enak. Kini ada kuih batang buruk yang bersalut susu tepung dan nestum yang memberikan kelainan selain dari rasa kacangnya sahaja.
BOSAN dengan biskut raya yang terlalu tipikal bentuknya? Tidak salah jika anda cuba untuk menghasilkan biskut berbentuk ‘spinner’ yang menjadi trend kini. Pasti kanak-kanak menjadi teruja melihat bentuk biskut ini yang seakanakan menyerupai alat mainan yang mempunyai warna yang pelbagai ini.
26
21 - 27 Jun 2017
SALAM SEMUT
Menghayati kemeriahan, keindahan Gawai GAWAI Dayak merupakan satu perayaan tahunan yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak dan Ka limantan. Ia disambut se bagai tanda kesyukuran atas hasil tuai yang baik dan sebagai permulaan musim baharu. Gawai Dayak juga di kenali sebagai Ari Gawai (Bahasa Iban) atau Andu Gawai (Bidayuh) dan ia ber mula pada 31 Mei berakhir pada 1 Jun dan di anggap sebagai sambutan keagama an, sosial, tradisional serta merupakan pesta etnik. Gawai bermaksud sam butan atau perayaan dan Dayak adalah nama am bagi masyarakat etnik di Sarawak . Antara suku kaum yang termasuk dalam kumpulan Dayak ini ialah Iban, Bidayuh, Kayan ,Kenyah dan hampir 200 suku etnik yang lain. Walaupun rupa orang Dayak ini hampir sama tetapi mereka memiliki bahasa, adat, budaya, kawasan dan peraturan yang berbeza. Ini menjadikan kaum Dayak sebagai kaum yang sangat unik .
Seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Ci na dan Deepavali, Ga wai ju ga merupakan ma sa untuk merapatkan hubungan ke keluargaan dan kemasyara katan. Sebelum Hari Gawai, semua akan sibuk membersih kan rumah, melawat kubur, mengeringkan padi dan me nyediakan rumah untuk me nerima kunjungan. Sambutan dan kemeriahan Gawai berbeza dari kawasan ke kawasan. Dan ia sangat meriah di rumah rumah panjang di mana makanan dan minuman tidak putus berserta suasana pesta menyelubungi bermula malam 31 Mei sampai ke petang 1 Jun. Minuman tradisi masyarakat Dayak yang dikenali sebagai tuak (wain beras) disediakan sekurang- kurangnya sebulan se belum Hari Gawai dan me rupakan ciri penting semasa Gawai. Antara kuih-muih tradisional yang popular ialah sarang semut, cuwan dan kui sepit. Kuih jenis ini dibuat sebelum Gawai dan ia disimpan dalam bekas b khas sehingga hari Gawai. Satu lagi jenis kuih,
Urus wang bersama AKPK
Cawangan AKPK, Pulau Pinang
TIPS PERANCANGAN AIDILFITRI RAMAI yang merungut kononnya perbelanjaan di bulan Ramadan ada kalanya lebih tinggi berbanding bulan yang lain. Bagaimana pun kami di AKPK men gambil kesempatan ini untuk membincangkan tentang tips perancangan bajet bagi menghadapi Hari Raya Aidil fitri untuk tahun ini. Penyediaan duit raya, baju raya dan juga kos perbelanjaan pengang kutan pulang ke kampung boleh men datangkan tekanan jika tidak di atur dengan teliti. Untuk mengelakan dari masalah yang tidak di ingini anda di nasihatkan untuk membuat bajet ke wan gan. Bajet kewangan yang teliti dapat mengelakkan dari bebanan dan juga membantu meminimumkan kos perbelanjaan. Bagi memudahkan anda men guruskan perbelanjaan menjelang musim perayaan, adalah lebih wajar jika membuat anggaran perbelanjaan supaya se ti ap aliran wang yang dibelanjakan direkodkan.
penganan iri, dibuat sehari sebelum Gawai kerana ia tidak tahan lama seperti kuih-muih lain. Satu aspek unik masyarakat Dayak, terutama kaum Iban, mereka kurang menggunakan minyak masak dalam masakkan mereka. Kebanyakan makanan mereka direbus, dibakar atau dikukus. Ramai warga Semenanjung beranggapan bahawa se se orang tetamu akan dipaksa mi num tuak dan jika tidak diminum, ia akan dianggap sebagai tidak menghormati tuan rumah ketika Gawai. Sebenarnya itu tidak benar pada zaman moden ini. Ramai anak Dayak sudah berpelajaran tinggi bahkan begitu ramai yang menjawat jawatan tinggi di dalam dan di luar negeri. Justeru, tahap kesedaran ten tang pantang larang agama lain adalah tinggi. Kaum Dayak adalah kaum yang amat menghormati tetamu dan mereka akan pastikan tetamu mereka sentiasa se le sa dan selamat. Mereka akan diberi tempat tidur yang paling baik, dan makanan serta minuman mereka akan dijaga.
TIPS PERANCANGAN PERBELANJAAN DI HARI RAYA: Tips Pertama Duit raya dan Hari Raya memang tidak dapat dipisahkan. Perbelanjaan ba gi duit raya ini perlulah dirancang dengan meyediakan bajet untuk duit raya. Pem berian duit raya hendaklah berpada-pada dan bersesuai dengan kemampuan bak kata pepatah “Ukur baju di badan sendiri”. Ti dak perlulah untuk bermegah dengan jumlah pemberian dan sekadar cukup de ngan keikhlasan. Tips Kedua Apabila tiba Ramadan, umat islam mula sibuk dalam urusan pembelian. Pe rancangan awal dalam pembelian adalah amat penting. Anda mungkin boleh men yenaraikan barang keperluan yang ingin di beli dan elakkan diri dari membeli ba rang yang tidak di senaraikan. Anda juga digalakkan untuk menetapkan jumlah per belanjaan supaya dapat berbelanja men gikut kemampuan. Persiapan rumah seperti langsir, kar pet dan lain lain juga tidak perlulah ditukar setiap tahun dan jadikan ini sebagai ke perluan akhir untuk dibeli. Jika masih keli hatan baru, tukarkan sahaja dengan yang sedia ada dalam simpanan. Anda juga bole gunakan kreativiti anda untuk menja dikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda. Tips Ketiga Sudah pasti anda mahu nampak se gak bergaya di Aidil Fitri namun janganlah
Pelawat perlu memberitahu pantang larang agama masingmasing dan tidak perlu risau selepas itu. Adalah menjadi adat, untuk mengadakan mesyuarat yang disebut 'begeliga' sebelum Gawai di mana dalam mesyuarat itu ketua kampung (tuai rumah panjai) dan orang orang tua akan mengingatkan semua orang untuk berdisiplin supaya, keharmonian, ketenteraman dan keamanan tidak terganggu. Barang siapa yang meng ganggu atau meninbulkan huruhara, mereka akan dikenakan 'ukom' dalam bentuk denda yang tinggi. Sebelum Pesta Gawai ber mula dengan adat 'ai pengayu', tepat pukul 12 malam , 31 Mei, pelbagai permainan alatelematch akan diadakan untuk menonjolkan kemeriahan suasana Gawai. Biasanya te tamu dijemput untuk menyertai permainan permainan ini tapi tiada unsur paksaan. Tepat pukul 12 malam gong akan dibunyikan, dan semua aktiviti akan dihentikan untuk upacara 'ai pengayu'. Tuai (ketua rumah panjang) atau wakil nya akan membacakan
sehingga kocek berlubang. Cuba fikir sejenak, adakah perlu untuk berbelanja lebih un tuk membeli sepasang baju Melayu, kurung mahupun kebaya hanya sekadar un tuk kelihatan cantik dan anggun di pagi ra ya? Apa kata anda cuba berjimat dengan membelek kembali koleksi lama pakaian an da, pasti ada baju yang masih elok dan boleh diguna pakai di hari raya. Gunakan sum ber sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru. Apa yang penting adalah untuk an da suai dan padankan serta pandai menggayakannya. Tips Keempat Pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri sudah menjadi satu kelaziman, jadi ia adalah amat penting bagi individu untuk merancang perjalanan. Bagi yang ingin menggunakan pengangkutan awam se perti bas, kereta api, atau kapal terbang adalah disarankan untuk menempah tiket per jalanan seawal yang mungkin. Jika pembelian dilakukan pada saat-saat akhir, ti ket perjalanan tersebut berkemungkinan menjadi lebih mahal.Pesediaan awal amat pen ting kerana ia dapat menjimatkan kos dan berkemungkinan besar anda akan mem perolehi diskaun. Dengan cara ini juga anda dapat me mastikan bahawa tempat duduk anda te lah terjamin. Bagi yang memandu pula anda disa rankan untuk menyediakan bajet per jalanan untuk petrol, tol dan kos pen yelenggaraan. Anda juga perlu me mas tikan kenderaan anda dalam
ESAN RAVEN MURUG
'sampi' (doa) dan selepas itu, semua orang akan ber salaman dengan ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua.' Selepas upacara 'ai pe ngayu' atur cara akan berubah ikut keperluan kampung masing-masing. Ada rumah panjang akan mengadakan 'ngajat' (tarian tradisional), 'bepencha' (tarian pedang), 'bekuntau' (tarian seni per tahankan diri) dan 'badigir' (tetamu berbaris dan mereka diberi minuman). Di setengah kampong, pesta akan diteruskan de ngan berbalas pantun, ram ban, jawang, sanggai dan pelandai. Tidak kurang juga yang buat tarian poco poco, dan karaoke. Biasanya sam butan akan berterusan hingga pukul 3 atau 4 pagi. Pada pagi 1 Jun, adat 'betiki` (adat naik rumah panjang) akan diadakan dan pakaian tradisional merupakan pilihan utama untuk upacara ini. Ini akan diikuti dengan pesta makan secara marathon. Gawai akan berakhir sekitar petang, selepas semua rumah dikunjungi.
keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, ini se dikit sebanyak dapat mengelak dari pekara yang tidak diingini berlaku. Ji ka anda mempunyai rakanrakan yang me nu ju ke destinasi yang sama, kongsi kenderaan untuk menuju ke destinasi anda. Tips Kelima Rancang juga perbelanjaan untuk kuih raya. Anda tidak perlu menyediakan atau membeli semua kuih raya yang anda in ginkan. Rancanglah bersama keluarga an da, dengan setiap orang menyediakan sejenis kuih. Dengan cara tersebut, anda akan dapat menikmati berbagai jenis kuih pada kos yang lebih rendah. Sebagai kesimpulannya pe ran cangan kewangan yang berhemah dan teliti per lu lah dibuat bagi memastikan pe rayaan da pat diraikan dengan sempurna. Walaupun pe rayaan ini hanya setahun sekali tetapi jan ganlah terlalu boros dalam berbelanja dan sentiasa ingat tentang kedudukan se ma sa kewangan anda. Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri daripada kami di AKPK kepada seluruh umat Islam.
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
21 - 27 Jun 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
TRENDY
Busana polos Orchid Scarf MURNI REJAB
PASTI ada yang masih bingung memikirkan busana raya untuk digayakan pada pagi Syawal yang bakal tiba tidak lama sa haja lagi. Kini anda boleh menarik nafas lega kerana ia bukan lagi menjadi masalah kerana butik Orchid Scarf muncul dengan keluaran dua busana yang simple dan klasik serta tampak moden. Kali ini, pemilik bu tik Orchid Scarf, Wan Marlieyna Wan Mohd, 41, mengetengahkan bu sana Kebaya Princess dan Kurung Doll yang masing-masing polos na mun mempunyai ke istimewaaannya ter sendiri dari segi rekaannya. Bagi yang s u k ak a n b us a n a polos
dan kosong serta tidak mempunyai sebarang corak, keluaran butik ini amat bersesuaian dengan anda.
Utamakan kualiti Orchid Scarf yang sentiasa mengutamakan kualiti jahit an dan fabrik setiap kali me nge luarkan produk baharu ini mempunyai 10 pilihan warna yang ‘mengancam’. Antara nya emerald green, gold, tiffany, dark blue, apple green dan pelbagai lagi warna yang menarik yang bakal membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Campuran elemen peplum dan juga babydoll untuk busana kurung doll ini telah memberi nafas baru kepada busana tradisional ini. Sentuhan klasik ini dimodenkan supaya nam pak lebih feminin malah anda akan nampak sopan dan ber gaya. Waktu untuk kurung moden yang agak sen dat dan kurang se lesa sudah ber lalu. Manakala ba gi kebaya prin cess pula, anda
pasti tampak klasik dan me ngekalkan ciri-ciri wanita me layu terakhir. Kebaya princess dari fabrik polos ini juga adalah rekaan khas untuk wanita yang ingin tampil cantik bergaya di pagi raya mahupun semasa rumah terbuka. Kedua-dua koleksi dari fabrik polos sentiasa menjadi pilihan setiap tahun kerana se nang dipadankan dengan koleksi baju lelaki. Anda boleh kelihatan sedondon di pagi raya bersama insan tersayang. Menurut Wan Marlieyna, hasil dari 'survey' orang ramai pada 2017, kebanyakan wanita berminat dengan koleksi polos dan kebaya moden serta bajubaju yang rekaannya kembang ala-ala baju princess. Jelasnya lagi, kebaya princess menyasarkan go long an muda dan golongan ibu yang mementingkan ke selesaan untuk me m ud a h k a n p e rg er a k a n manakala ku rung doll pula d is a s a r k a n kepada remaja yang sukakan
Kebaya Princess (kiri) dan Kurung Doll (kanan) semakin mendapat perhatian pelanggan Orchid Scarf.
Jatuh bangun Wan Marlieyna Jatuh dan bangun adalah lumrah di dalam dunia pernia gaan. Tidak terkecuali, pemi lik butik Orchid Scarf, Wan Marlieyna Wan Mohd juga per nah mengalami situasi yang sa ma. Berpegang kepada prinsip, ti dak mudah menyerah kalah, kini ibu kepada dua cahaya mata ini berjaya memperkenalkan je nama butiknya sendiri. Bermula ketika di usia bela san tahun dengan membantu ibu ber nia ga pakaian di kampung, Wan Marlieyna mempunyai mi nat yang mendalam dalam per niagaan. Wan Marlieyna mula berniaga batik dan kerongsang secara sambilan di negeri kela hirannya, Kelantan. Berkat ke
sabaran dan usahanya, dia berjaya menubuhkan Orchid Scarf ber mula tahun 2012 dan hingga kini, produk kelua rannya men jadi rebutan pelanggan se tianya.
Wan Marlieyna tidak mudah putus asa
gaya ‘comel’ dan ayu. Selain itu, kebaya princess ini juga mempunyai zip di dada dan amat sesuai untuk ibu menyusu. Bagi kurung doll pula, zip di lengan baju disediakan bagi memudahkan wanita untuk mengambil wuduk. Fabrik selesa “Fabrik polos yang kami pilih lembut dan gebu, kainnya tidak panas serta menyerap peluh. Kami mengutamakan ke selesaan dan bukanlah hanya cantik semata-mata,” jelas Wan Marlieyna. Katanya, material untuk busananya adalah dari jenis kain washable silk yang lembut. Tidak terhad untuk dipakai di pagi raya sahaja, busana ini juga sesuai juga dipakai ke majlis rumah terbuka dan majlis yang keramaian yang lain. Bagi kebaya princess, saiz busana yang disediakan ber mula dari S hingga 2XL manakala untuk kurung doll pula bermula dari saiz 2XS hingga L. Harga yang ditetapkan juga amat ber patutan iaitu RM169 se pasang. Demi pe lang gannya, butik Orchid Scarf membuat tawaran istimewa apabila anda membeli dua pasang busana ini dengan hanya RM300 sa haja. Anda boleh dapatkan keluaran baju raya ini di booth Orchid Scarf di Aeon Shah Alam berhadapan butik Padini, tingkat G dan di Plaza Alam Sentral berhadapan kedai kain Nagoya, tingkat 1. Jangan lambat kerana stok sudah tinggal separuh. Jom da patkannya segera.
28
MAKAN
K
21 - 27 Jun 2017
angin
Kenangan bersama Diva Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016, Azharina Azhar, di Colosseum, Rome
Berehat seketika di Trevi Fountain
EMBARA Muslim Kowa mas Holidays mem bawa kita menyelami pro gram baharu iaitu me lancong ke Itali, Nice, Monaco dan Barcelona selama 12 hari 9 malam. Kowamas Holi days me rupakan satu-satunya agensi pelancongan yang me nawarkan program ini dalam pasaran. Menerusi program ini, tetamu berpeluang menerokai kota pusat pemerintahan terkenal Empayar Romawi suatu ke tika dahulu iaitu Rom setibanya penerbangan Qatar Airways dari Kuala Lumpur melalui Doha. Di kala tiba di tapak amfiteater Colosseum yang cukup tersohor sebagai 7 Ke ajaib an Dunia itu, pastinya kamera tidak akan henti merakam se tiap su dut binaan berusia 2,000 tahun ini. Colosseum juga pernah me nyaksikan banyak detik bangun jatuh empayar Romawi selain menjadi pusat acara sukan pada masa lampau. Tetamu berpeluang untuk berfoto di monumen-monu men pen ting seperti Roman Forum, Trevi Fountain dan Spanish Steps.
Seterusnya te tamu dibawa melawat negara terkecil di du nia iaitu Vatican City; pusat pen tadbiran dan penyebaran agama Kristian Katholik. Tetamu boleh mengambil gambar kawasan sekitar kota ini yang cuma berkeluasan 109 ekar dan dikelilingi oleh tembok batu. Di dalamnya terdapat gereja St. Peter Basilica dan kediaman Pope Francis, ketua agama Kristian Katolik. Pada keesokan hari, tetamu menuju ke kota Florence de ngan melalui Pisa yang terletak di daerah Tuscany. Men de ngarkan namanya sahaja terus ter gambar menara condong Leaning Tower of Pisa. Kawasan sekitar menara con dong binaan tahun 1372 ini merupakan sebuah padang besar bernama Piazza dei Miracoli (Square of Miracles) yang juga me nempatkan binaan hebat lain seperti Pisa Cathedral, Pisa Baptistry, Campanile dan Monumental Cemetery. Kota Florence pula cukup ter kenal dengan tiga perkara;
Bergambar di Park Guell, Barcelona
di sini lahirnya artisan hebat Michelangelo, gereja Il Duomo di Firenze yang cukup gah dan penghasilan barangan kulit. Saat merakam foto panorama kota Florence di atas bukit Michelangelo, tetamu pastinya tertumpu kepada sebuah gereja yang cukup besar di tengah kota iaitu Gereja Il Duomo di Firenze atau nama sebenarnya, The Cattedrale di Santa Maria del Fiore mula di bina pada tahun 1294 na mun hanya siap 140
tahun kemudian. Di sekeliling gereja, terdapat gerai dan galeri barangan buat an kulit kerana Florence me rupakan pusat industri ini ter utamanya berdekatan Mar ket San Lorenzo. Harga yang di tawarkan adalah tersangat berpatutan dengan kualiti yang dihasilkan. Bagi peminat bola sepak pula, berdekatan pasar ini ter dapat kedai sukan barangan kelab ACF Fiorentina dan sebuah
kafe khas yang mem pamerkan jersi-jersi asal mi lik lagenda-la genda kelab bola sepak ini seperti Gabriel Batistuta, Manuel Rui Costa, Massimo Ambrosini dan lain-lain. Seterusnya menuju ke des ti nasi impian ramai, kota romantis Venice. Bentuk muka bumi Venice ini adalah cukup unik kerana separuh bandarnya berada di tanah besar dan se pa ruh lagi terbahagi kepada beberapa pulau yang dipisahkan
Menjelajah d impian di Ero
29
21 - 27 Jun 2017
PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
destinasi opah oleh terusan-terusan air. Pulau yang paling mashyur sudah tentulah pulau San Marco kerana di sinilah filem-filem Holly wood atau Bollywood me rakam kan aksi mereka dan di sini juga terletaknya Piazza San Marco yang terkenal dengan binaan gereja San Marco Basilica, jam batan Bridge of Sigh, menara jam loceng Campanile setinggi 98.6m dan Dodge’s Palace yang cukup indah. Tetamu juga berpeluang un tuk merasai pengalaman pe nuh romantis menyusuri terusan ini dengan menaiki bot gondola de ngan bayaran sebanyak EUR30 seorang. Manakala bagi peng gemar barangan kaca, anda boleh membeli barangan tersebut sam bil menyaksikan bagai mana ia dihasilkan di Murano Glass Factory. Lawatan kumpulan ini di kota raya fesyen Milan pula membawa tetamu menziarahi Milan Islamic Centre di Lombardia, Sforza Castle yang menjadi istana kediaman pe merintah kota Milan dahulu kala, gereja bercirikan Gothic iaitu Milan Cathedral, Teatro alla Scala yang merupakan panggung opera yang paling terkenal di Itali dan Galleria Vittorio Emanuele II yang me nempatkan segala butik-butik
berjenama terkenal seluruh dunia. Selain itu, tetamu juga akan dibawa membeli-belah barangan ber jenama dengan harga yang cu kup berpatutan di Serravelle McArthurGlen Outlet. Destinasi seterusnya ialah ke kota tepi laut yang cukup tenang setenang namanya, Nice yang terletak di dalam negara Perancis. Tetamu dapat bersiarsiar atau mengisi masa dengan menikmati kopi di sepanjang persisiran pantai English Promenade. Ber sebelahan kota ini ter letaknya bandar Cannes yang saban tahun menjadi tuan ru mah kepada Pesta Filem Antarabangsa dan juga Monaco yang merupakan antara negara yang terkecil dan terkaya di dunia. Di kota utamanya iai tu Monte Carlo, tetamu berpeluang melawat tapak-tapak bersejarah di sekitar kawasan yang digelar Rock of Monaco; antara yang terdapat di sini ialah Price Palace, Oceanographic Museum, Cathedral dan juga sebuah taman indah yang diabadikan bagi memperingati Princess
Kenangan di Leaning Tower of Pisa
Grace Kelly, isteri kepada Prince Rainier III. Kota Barcelona merupakan destinasi terakhir yang dilawati. Siapa yang tidak kenal akan ikon kota ini, kelab bola sepak FC Barcelona dan pemain ter baik dunianya, Lionel Messi. Namun kota Barcelona se benarnya ada lah lebih dari itu. Keindahan kota yang terletak di tepi laut Mediterranean ini adalah cukup unik dan menga gumkan, terima kasih kepada hasil kerja tangan artisan Antoni Gaudi. Beliau banyak mereka ben tuk bangunan-bangunan ikon di kota ini, yang termashyur sekali sudah tentulah La Sagrada Familia; sebuah ge re ja yang cukup unik dibina sejak dari tahun 1882 namun sehingga kini masih belum siap sepenuhnya. Selain itu, hasil kerja seninya juga boleh dilihat di Park Guell, pangsapuri Casa Mila dan Casa Battlo. Tetamu boleh juga me luangkan masa bersantai dan bersiar-siar di sepanjang La Rambla yang me rupakan pusat komersil paling terkenal kota ini.
Kepada peminat bola sepak, su dah pastinya lawatan ke Stadium Camp Nou milik pasukan FC Barcelona adalah satu saat yang ditunggu-tunggu. Kowamas Holidays turut menawarkan kelainan di da lam pakej ini dengan membawa tetamu melawat Ferrari Museum yang terletak di tapak permulaan pengasasannya di Modena. Kom pleks yang cukup lu as ini menempatkan keretake reta sport keluaran Ferrari dari yang pertama hingga yang terkini selain menjadi muzium bagi pasukan kereta lumba Ferrari sendiri. Dengan bayaran tambahan tertentu, te tamu bo leh mencuba me mandu kereta Ferrari di sekeliling kawasan per kampungan ini. Manakala bagi pengumpul koleksi Hard Rock Café, anda berpeluang untuk mendapatkan barangan-ba rangan ini di cawangan mereka di Florence, Venice, Nice dan Barcelona. Harga yang ditawarkan bagi pakej 12 hari 8 malam Itali + Nice + Barcelona ini adalah RM9,388 seorang dewasa bilik berdua bagi
tarikh perlepasan sepanjang mu sim panas nanti merangkumi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi me naiki Qatar Airways atau Turkish Airlines, penginapan hotel 3-4 bintang, sarapan pagi dan makan malam sepanjang lawatan, tiket masuk ke tempat-tempat lawatan, per khid matan dan tip kepada pe mandu pelancong dan juga per khidmatan ketua rombongan yang ter latih dari Kowamas Holidays. #tempahsekarang dengan meng hubungi 0378031205 atau email info@ kowamasholidays.com atau layari www.kowamasholidays. com bagi maklumat lanjut. R o m b o n g a n #kowamasholidays ke Itali dengan menggunakan pener bangan #QatarAirways untuk Pakej Istimewa bersama-sama de ngan pemenang Gegar Va gan za 3 iaitu Azharina Azhar bersama dengan Nabil Ahmad & Jihan Muse yang juga pengacara Gegar Vaganza 3. Rombongan akan ke Itali + Nice + Monaco + Barcelona selama 12 hari 9 malam.
30
21 - 27 Jun 2017
Nasib legenda! SUKAR untuk diterima na mun itulah hakikatnya. Karier legenda England, Wayne Rooney kini sema kin menghampiri jalan mati. Meskipun jasanya begi tu besar kepada Red Devils, Rooney kini bukan lagi pi lihan untuk berada dalam kesebelasan utama. Sentuhan golnya yang begitu digeruni suatu keti ka dahulu, sudah teramat tumpul! Kerana itu, sukar ba ginya untuk terus kekal di Old Trafford yang sedang bekerja keras untuk ban gkit daripada kejatuhan sejak ditinggalkan oleh Sir Alex Ferguson. Musim depan, Jose Mou rinho mahu pastikan Red Devils kembali merangkul Piala Liga, dan bagi menca pai misi itu, Rooney bukan lah pertaruhan! Apa yang menjadi masa lah besar bagi Rooney ialah gajinya yang besar di Old Trafford tidak akan mampu ditampung oleh kelab lain. Jika ada pun tawaran lu mayan daripada kelab Liga Super China yang sejak beberapa bulan disebut-se but mahu membawa dia ke sana, keluarganya pula
Larsson masih ‘bernafsu’
enggan berpindah ke sana. Everton, kelab lama Rooney me mang mahu dia bermain semula untuk mereka teta pi The Toffees menolak daripada membayar gajinya £250,000 seminggu. Mereka tidak mahu mem bayar nilai setinggi itu untuk seorang pemain – yang dahu lunya bintang – yang sudah belum tentu akan sentiasa berada dalam pasukan uta ma. Kelab itu mengakui ber sedia untuk membayarnya £100,000 sahaja. Dengan kedudukannya sekarang, kelab mana da lam Liga Perdana yang akan memberi ruang untuk Roo ney pada kadar dia dibayar oleh Manchester United? Penurunan 50% juga masih akan meng ganggu sistem gaji kebanyakan kelab. Malah jika dia dikekal kan di Old Trafford se kalipun, ga jinya mun gkin akan dikurang kan.
BEKAS pemain tengah Sun derland, Sebastian Larsson yakin dia masih mampu bermain di peringkat ting gi meskipun gagal mem bantu bekas kelabnya itu bertahan dalam Liga Per dana musim depan. Larsson ‘dibebaskan’ oleh Sunderland selepas kelab itu terhumban ke Liga Kejuaraan. Dalam usia 32 tahun, pemain antarabangsa Swe den itu masih yakin dengan kemampuannya untuk ber main dalam Liga Perdana dan menanti mana-mana kelab untuk mendapatkan tandatangannya. “Saya masih cergas, ma sih berasa segar. Itulah mo tivasi bagi saya untuk sen tiasa bermain di peringkat tinggi. Saya baru 32 tahun, dan dari segi fizikal, tidak ada isu,” katanya yang baru sahaja membantu pasukan kebangsaan Sweden me newaskan Perancis 2-1, 9 Jun lalu.
32 “Saya tidak ada dalam senarainya dan memang dia tidak mahukan saya,” kata pemain berusia 28 tahun yang menjaringkan 22 gol untuk The Blues musim ini. “Saya sekarang bebas, dan masih mencari pasukan (baharu). Kalau ju rulatih tidak mahukan kamu, kamu harus pergi,” kata Costa yang pernah bekerja sebagai pemandu lori sebelum jadi pemain bola sepak. Dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Super China sejak setahun lalu, Costa turut disebut-sebut mengenai ke mungkinan kembali ke Sepanyol. Atletico Madrid dikatakan bermi
Diego Costa
Alvaro Marota
nat untuk mendapatkan khidmatnya na mun kelab itu kini menghadapi larangan mengambil pemain baharu hingga Janua ri tahun depan. “Memang bagus jika saya dapat kem bali ke Atletico, tetapi saya harus timbang dan buat keputusan sekarang. Piala Dunia 2018 semakin hampir, dan saya harus ber main (dalam Piala Dunia). Jadi saya per lukan kelab baharu sekarang. Ada empat atau lima bulan saja lagi. Tetapi semua orang pun tahu saya say angkan Atletico, rakan-rakan sepasukan, dan saya mahu menetap di Madrid,” ka tanya.
Antonio Conte
31
21 - 27 Jun 2017
Emre Can Defoe kembali ke Juventus ke Bournemouth JERMAIN DEFOE menge sahkan perpindahannya dari Sunderland ke Bournemouth dengan kontrak selama tiga tahun, dan gaji £65,000 se minggu.
Selepas dua tahun seten gah di Sunderland, penyerang berusia 34 tahun itu mengak hiri kariernya bersama Black Cats sebagai penjaring terba nyak kelab dengan 15 gol. Te r s i n g k i r n y a Sunderland daripada Liga Perdana ke Liga Kejuaraan musim de pan, dipercayai ada lah faktor paling kuat untuk mendorong Defoe berhijrah. Black Cats me namatkan musim di kedudukan tercorot liga. B ag a i m a napun bagi Defoe, itu bukanlah sesuatu yang boleh dirun gutkan: “ Dua tahun le bih di Sunderland, itu tem poh menyeronokkan bagi saya.. Tidak baiklah apabila kelab tersingkir, anda ku tuk atau kecam kelab.
Saya sendiri juga begitu. Bukan saya yang mahu heboh saya akan berpindah tetapi orang tahu sendiri. Apa yang saya boleh kata, saya pernah bermain untuk Sunderland.” Defoe sebelum ini pernah bermain untuk Bournemouth pada musim 2000/2001. SEJARAH KARIER DEFOE West Ham 1999-2004 Bournemouth (pinjaman) 2000-2001 Tottenham Hotspur 2004-2008 Portsmouth (pinjaman) 2008-2009 Tottenham Hotspur 2009-2014 Toronto 2014 Tottenham Hotspur 2014 Sunderland 2015 -2017
IKUT pada kontrak, Emre Can akan kekal di Anfield 12 bulan lagi. Bagaimanapun perbin cangan untuk melanjutkan lagi tempoh kontraknya itu su dah boleh dikira terhenti. Dalam kata lain, Jurgen Klopp mungkin sudah tidak mahukan dia untuk bersama Reds. Ini mungkin ada kai tan dengan perancan gan Klopp yang sudah punya pilihan untuk barisan musim depan nya. Mohamed Salah, pemain AS Roma dari Mesir jadi idamannya untuk diletakkan di barisan hadapan bersama Doug las Costa yang mahu dibeli dari Bayern Munich. Sebelum ini, Klopp sudah hampir mahu mendapatkan Virgil van Dijk di bahagian pertahanan namun hasrat itu dibatal kan setelah
timbul pertelingkahan dengan Southampton. Untuk itu, Klopp perlu ber belanja besar dan salah satu caranya ialah mengenepikan pemain sedia seperti Can. Dalam masa yang sama, ejen Can dikatakan sudah ber hubung dengan kelab Serie A, Juventus untuk membawa dia ke sana. Sekiranya perbincan gan lancer, ia akan disem purnakan pada musim pa nas ini juga. Itu mungkin langkah ter baik bagi pemain Jer man daripada keturunan Turki ini untuk m e n ge m b a n g kan karier pa da usia baru mencecah 23 tahun. Se m a sa bawah k e n dalian Bren dan Rodgers, Can bermain di posisi pertahanan namun diubah ke bahagian tengah oleh Klopp.
SIC Perlu Formula Istimewa Untuk Jadikan F1NALE Gempak Habis Foto Mercedes-AMG Petro nas Motorsports SEPERTI ramai para peminat sukan pemotoran di seluruh dunia, Mr Mat Manjoi (MMM) sudah kurang benar ikuti perkembangan su kan F1 dan perlumbaanperlum baannya. Beza betul dengan masa dulu-dulu masa ada Michael Schumacher, Mika Hakkinen, Jacques Villeneuve dan Fernando Alonso semasa awal kariernya dulu. Lebih hebat lagi tentunya di era Ayrton Senna, Alain Prost dan Nigel Mansell. Tapi, ketika itu, F1 belum sampai ke Malaysia dan Astro belum wujud. Mereka yang men gikuti F1 ketika itu memang kita para peminat ‘hard core’, yang sanggup berhabis untuk membeli majalah-majalah sukan pemotoran import. Ataupun, cari Mingguan Sukan – satu majalah sukan yang amat hebat pada masa itu. Dengan jaguh-jaguh baru seperti Lewis Hamilton, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen, sukan Formula sudah berubah rupa. Pasukan-pasukan tradisi yang bersaing masih ada – seperti McLaren, Ferrari, Honda dan Mercedes. Penampilan mere ka jauh lebih menyerlah khususnya dari pada aspek gaya dan rupa jentera masing-masing dan koleksi barangan ‘merchandise’ yang semakin bertambah daripada hanya baju T
dan kemeja pada suatu masa dulu. Yang hilang sekarang adalah elemen keseronokan dalam kejuaraan berkenaan. Mungkin, di kalangan para pemandu sendiri turut kurang merasai keseronokan dalam persaingan kerana dengan dominasi pasukan-pasukan utama khususnya Mercedes Petronas sejak beberapa tahun lepas. Selepas muncul juara dunia untuk tiga tahun berturut-turut, Mercedes Petronas nampak sedikit tergugat musim ini dengan kebangkitan Scuderia Ferrari khususnya Vettel. Namun, secara realistik, sukar untuk membayangkan Hamilton dan Mercedes Petronas tidak memenangi satu lagi kejuaraan musim ini. Mereka mempunyai pakej yang terbaik untuk mencabar kejuaraan 2017. Dengan persaraan awal juara dunia Nico Rosberg, Hamilton mem-
punyai rakan sepasukan yang baru, pemandu Finland, Valtteri Bottas. Dengan ketiadaan Rosberg, status Hamilton sebagai pemandu nombor satu pasukan Mercedes Petronas tidak tercabar; sekali gus menghidangkan tugas yang lebih mudah untuk pemandu British itu dalam mengejar kejuaraan dunia 2017. Hampir pasti, Bottas hanya akan menang perlumbaan sekiranya Hamilton menghadapi masalah. Sekali gus, saingan 2017 ini serupa seperti antara Hamilton dan Vettel. Kadang-kadang, muncullah Raikkonen. Kemunculan pemandu muda Max Verstappen ada memberi impak. Tetapi, nyata tidak mencukupi untuk memikat lebih ramai penonton. Sekurang-kurangnya, di ka langan para peminat Malaysia, yang nyata lebih ghairah kepada saingan MotoGP. Ini diakui sendiri oleh Sepang International Circuit (SIC), yang menjadi promoter dan kejuaraan kepada dua kejuaraan dunia ini. Merosotnya minat terhadap su kan Formula 1 di Malaysia dan rantau ini menjadi faktor yang men dorong untuk Malaysia, dan ju ga Singapu-
ra, untuk mengakhiri penganjuran acara berkenaan. Edisi ke 19 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix pada 2017 ini bakal menjadi edisi terakhir dalam pen ganjuran sukan F1 di negara ini, yang telahpun dipromosikan se bagai F1 F1NALE. Acara ini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Lebih tepat lagi, dari 29 September hingga 1 Oktober. Bukanlah tempoh yang lama, se benarnya untuk mengadakan pro mosi bagi memastikan edisi F1NALE ini sesuatu yang benarbe nar gempak. Tentunya, semua pihak di Malaysia khususnya SIC sendiri mahukan sesuatu yang berimpak tinggi, dan yang akan berpahat di fikiran para peminat sukan pemotoran. Jika benar ini yang diharapkan, satu form u l a istimewa perlu diramu segera. Kerana, pada tahap sekarang, minat dan kecenderungan para peminat untuk sukan Formula 1 nyata amat luntur dan rendah. Kerana saingan di litar semakin hambar, pihak penganjur
tiada pilihan; tetapi untuk memastikan acara-acara sampingan yang benar-benar meletup. Apa dia formula yang diperlukan sebenarnya adalah satu misteri yang sukar mendapat jawapan. Namun, ia tetap perlu dicari kerana kita membuat pelaburan yang amat besar untuk mengadakan acara berkenaan di Sepang. Dan, ianya perlu dilakukan segera. MMM – Rindukan sentuhan dan karisma Michael Schumacher …
32
Keluaran 21 - 27 Jun 2017
24 - 30 Mei 2017
30
31
‘Jangan harap saya tinggalkan Nasib lagenda! Atletico’
Defoe kembali ke Bournemouth
‘CONTE MAHU SAYA KELUAR!’ Diego Costa
“(Antonio) Conte sudah tidak mahukan saya. Dia kata su dah tiba masa untuk saya tinggalkan Stamford Bridge,” kata penyerang Chelsea, Diego Costa kepada wartawan, minggu lalu. Costa berkata, Conte menyatakan perkara itu kepada nya menerusi SMS, memberitahu bahawa dia kini bebas untuk mencari kelab lain. “Saya masih simpan mesej itu. Kata Conte, saya tidak ada dalam persiapan pasukan untuk musim depan. Sebabnya, mungkin dia kira saya (ber main) teruk musim ini. Saya sudah hantar mesej itu kepada beberapa orang lain di kelab, te tapi jurulatih sudah buat keputusan.
30
Mahrez ke Chelsea atau Barcelona?
Ke mana arah tuju Riyad Mahrez musim depan? Bintang Leceister City itu baru-ba ru ini umum akan tinggalkan Stadium King Power. Barcelona paling banyak dikaitkan dengan tonggak antarabangsa Algeria yang meraih anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesio nal (PFA) Inggeris 2016 itu. Selain itu, dia juga turut menda pat perhatian daripada kelab Perancis, Olympique Marseille. Namun difahamkan, Mahrez masih keberatan untuk meninggalkan bumi England. Dia kemungkinan besar akan memilih kelab dalam Liga Perdana juga untuk musim akan datang. Pada jendela perpindahan Januari lalu, Tottenham Hotspur pernah meng
hulurkannya tawaran. Arsenal juga dika takan pernah berbuat demikian namun ketika itu, Mahrez masih keberatan. Pemecatan pengendali Claudio Ranie ri dipercayai telah mempengaruhi kepu tusannya untuk berhijrah. Malah dia bertahan untuk kekal di King Power musim baru lalu juga kerana janjinya kepada Ranieri. Ketiadaan Ranieri mempercepatkan keputusannya untuk keluar meskipun kontraknya dengan The Foxes masih ada hingga 2020. Bersebab dengan itu, mana-mana kelab yang mahu mendapatkan sentu han Mahrez musim depan harus sanggup membayar harga yang tinggi untuk men dapatkannya. Selain Spurs dan Arsenal, Chelsea juga menaruh minat terhadap Mahrez.
Riyad Mahrez
Dengan membawa masuk Mahrez, ada kemungkinan Antonio Conte akan menjual sayap kanannya, Willian yang kebelakangan ini dikatakan sering ‘menjeruk hati’ lantaran posisi regu larnya kerap diberikan kepada Pedro Rodriguez. Dalam pada itu, Conte harus men gekalkan barisan terbaik The Blues untuk musim depan setelah pemain terbaiknya, Eden Hazard kini dikata kan sedang diintai Real Madrid. Selain Mahrez yang dijadikan sasaran No. 1 untuk perpindahan masuk kali ini, Chelsea hampir pasti akan dapat mengikat Romelu Lukaku, penjaring kedua terbanyak liga dari Everton. Lukaku turut jadi buruan Manchester United.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712