WARTA edisi #25

Page 1

PE RC UM A

ISU 25

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

16

Keluaran 19 - 25 Julai 2017

20

20

Aliff Aziz teruja

Kalau sudah Jodoh

16

Mengenang Loloq

18

FB lahir di bilik asrama

21

Aussie pilih lagu melayu

GEJALA ANCAM WARGA KOTA KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR – Kadang kala kita di­hantui perasaan cemas tanpa sebab yang jelas. Hal ini bukan sahaja menyebabkan sukar lena malam malahan menjadi punca keresahan melampau hingga terjejas seluruh aktiviti kehidupan. Ada yang kerananya rumah tang­ga berantakan, jiwa tidak keruan hingga menjejaskan kesihatan termasuk juga prestasi kerja. Sedangkan apabila ditelusuri ti­dak

ditemukan sebarang punca yang nya­ta. Lalu, apakah sebabnya? Inilah yang di sebut oleh pakar psikologi sebagai anxiety disorder, gejala kejiwaan yang kian menular dalam kalangan warga kotakota besar pada masa ini yang terbeban dengan pelbagai tekanan termasuk himpitan ekonomi, kesesakan lalu lintas dan masalah keluarga.

Masalah ini jika tidak ditangani de­ngan baik, boleh mendatangkan kesan yang lebih serius seperti kemurungan, mendorong seseorang bertindak agresif malah sampai tahap membunuh diri. 2,3

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28


2

19 - 25 Julai 2017

Dari muka depan

Bercerai akibat suami ‘menyampah’ KUALA LUMPUR – Sebagai pe­ sakit anxiety disorder, men­jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu bukannya mudah. Bagi Latifah, 35, dia ter­ paksa menanggung derita pe­­ nyakit berkenaan yang di­ alaminya sudah dua tahun. Katanya, pada mulanya dia mengalami kebimbangan se­ lepas melahirkan anak ketiga pada Mac 2015. Menurutnya, semasa da­ lam pantang terlintas dalam fi­ kiran­nya pelbagai perkara ne­ gatif sehingga tidak terkawal. “Semasa dalam pantang saya sering memikirkan jika saya meninggal dunia siapa yang akan menjaga anak-anak saya. “Bermula daripada berfikir seperti itu membuatkan sa­ya mengingati perkara ter­ sebut setiap hari sehingga mem­ buat­kan saya resah. “Saya terlampau me­mikir­ kan perkara negatif sahaja,” kata­nya. Latifah berkata, apa yang difikirkannya berlanjutan se­ hingga dia habis pantang. Namun katanya, keadaan dirinya makin teruk sehingga rumah­ tangganya terabai ke­ rana asyik memikirkan ba­ hawa dia akan meninggal du­­nia dalam jangkamasa ter­ dekat. “Pada suatu hari saya rasa seperti sesak nafas. Saya berasa sakit dada yang teramat sangat. “Pada masa itu bekas suami membawa saya ke hospital dan apabila sampai di situ doktor membuat pelbagai pe­me­riksaan ter­ masuk jantung. “Namun hasil pe­ meriksaan mendapati saya tiada sebarang penyakit,” katanya. Menurut Latifah, ke­­jadi­an seperti itu kerap ber­ ulang sehinggalah doktor me­nge­sah­ kan dia diagnos

anxiety disorder. Namun selepas setahun dia disahkan mengalami salah satu penyakit mental itu, bagai jatuh ditimpa tangga, Latifah diceraikan suami­nya pula. Katanya, suaminya itu tidak sabar dengan karenah­nya yang dianggap suka ber­lebihan ketika diserang se­ rangan panik. “Tidak semua orang boleh terima orang sakit macam saya ini. “Memang orang tengok dari luaran saya normal, na­ mun dalaman saya siapa yang tahu. “Suami yang menjadi tem­ pat saya mengadu pun tidak sanggup menghadapi ujian ALLAH ini bersama. Dia cakap kepada saya dia menyampah de­ ngan saya kerana sering pura-pura sakit sedangkan me­ mang saya sakit. “Apa pun hanya ALLAH saja tempat saya bermohon untuk sembuh dari penyakit ini,” katanya. Latifah berkata, dia tidak pernah meninggalkan sesi ra­­ watan daripada pakar psikiatri sehingga kini. Namun kini katanya, dia se­ makin pulih daripada pe­nyakit itu dan bersemangat untuk meneruskan ke­hi­dup­an seperti orang lain.

Anda juga berisiko...

Anxiety disorder penyebab kemuru

Apakah Anxiety Disorder? ANXIETY disorder adalah salah satu penyakit berkaitan mental, namun ia bukan bermaksud sesiapa yang mengalami penyakit ini gila. Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut. Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Pesakit dengan gangguan ini biasanya mempunyai rasa cemas yang melampau dan berlebihan sehingga rasa cemas itu mengaktifkan mereka. Penyakit ini juga terbahagi kepada enam iaitu:

1. PANIC DISORDERS Golongan yang mengalami dengan gangguan panik ini biasanya sering cemas secara tiba-tiba dan berlaku berulang kali. Mereka sering mudah berpeluh, merasakan sakit di dada, degupan jantung tidak teratur dan merasa seperti sedang mengalami serangan jantung. 2. OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDERS (OCD). Mereka yang mengalami OCD ini biasanya mempunyai gangguan fikiran yang berterusan dan ketakutan kepada sesuatu perkara itu secara berlebihan sehingga mendorongnya untuk melakukan rutin tertentu. Contohnya, mereka yang takut pada kuman secara berlebihan sering kali berfikiran bahawa ada banyak kuman di sekelilingnya, sehingga setiap kali ia menyentuh sesuatu, ia harus segera mencuci tangan atau menggunakan pembersih tangan.

KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Masalah emosi yang keterlaluan adalah sesuatu yang serius. Anxiety disorder atau gang­ guan kerisauan yang dibiarkan ber­ larutan tanpa rawatan akan me­ nyebabkan kemurungan. Pesakit yang mengalami ke­ murungan akan sering berasa sedih tanpa sebab, berasa cemas tanpa punca yang jelas, mudah marah, berasa rendah diri yang sangat ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya dan gelisah. Oleh itu untuk me­ ngetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, ikuti temu bual wartawan Mingguan Warta Perdana, Khizairi Khizan dan Azlan Zambry bersama Pakar Psikiatri Tropicana Medical Centre, Dr Susan Tan Mooi Koon. Apakah yang menyebabkan penyakit ini berlaku? Penyebab penyakit ini belum lagi diketahui secara tepat oleh para penyelidik, tetapi apa yang diketahui adalah bahawa ada banyak faktor yang me­ mainkan peranan yang menyebabkan penyakit ini. Berdasarkan kajian oleh saintis, gangguan se­ begini berpunca daripada kombinasi beberapa faktor termasuklah perubahan pada otak dan tekanan sekeliling. Seperti penyakit otak yang lain, anxiety disorder boleh ber­ punca daripada masalah pada fungsi otak yang mengawal rasa takut dan lain-lain emosi. Tekanan perasaan berpanjangan boleh mengubah cara

3. POST-TRAUMATIC STRESS DISORDER (PTSD) Gangguan PTSD ini biasanya pesakit pernah mengalami trauma atau peristiwa yang sangat mengerikan seperti gangguan seksual atau fizikal, kehilangan orang kesayangan secara mengejut atau bencana alam. Golongan yang alami PTSD sering mempunyai fikiran dan kenangan yang abadi dan cenderung berasa takut terhadap perkara tersebut. Biasanya mereka lebih emosional. 4. SOCIAL ANXIETY DISORDERS Sering disebut juga sebagai fobia sosial, iaitu kecemasan berlebihan seseorang terhadap persekitaran sosialnya. Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya takut dengan penilaian orang lain, takut diejek, takut tidak diterima oleh temantemannya dan sebagainya.

sel saraf pada bahagian otak ini dalam menghantar informasi dari satu bahagian ke bahagian lain dalam otak. Kajian juga menunjukkan ba­hawa anxiety disorder boleh jadi kerana keturunan. Faktor per­ sekitaran tertentu seperti trauma boleh mencetuskan anxiety disorder pada individu yang ada sejarah keluarga dengan masalah yang sama. Golongan manakah yang berpotensi mendapat penyakit ini? Anxiety disorder sering ber­ laku dalam kalangan wanita berbanding dengan lelaki. Ia tidak mengira siapa. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit anxiety disorder. Dalam kalangan kanak-kanak ia juga sering berlaku terutama umur 10 hingga 15 tahun. Antara anxiety disorder yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah fobia terhadap haiwan. Apa akan terjadi kepada pesakit yang tidak menerima rawatan? Penyakit anxiety disorder me­ rupakan cabang penyakit paling stabil dalam psikopatologi dan menunjukkan sedikit tindak balas spontan. Kanak-kanak yang mudah me­ rasa cemas berisiko tinggi untuk menghidap masalah ini ketika meningkat remaja dan dewasa. Penyelidikan menunjukkan ba­ hawa kanak-kanak yang mu­ dah cemas berisiko tinggi untuk mendapat kegelisahan dan gang­guan perasaan semasa remaja serta mereka berpotensi untuk bunuh diri ketika remaja dan dewasa se­ kiranya tidak dirawat dari pe­ringkat awal. Beberapa jenis rawatan telah dikenal pasti efektif bagi membantu

5. SPESIFIC PHOBIAS. Biasanya, golongan dengan gangguan ini mempunyai ketakutan-ketakutan terhadap halhal tertentu. Seperti takut ketinggian, takut darah, takut ular, takut terbang, takut air dan sebagainya. 6. GENERALIZED ANXIETY DISORDER Gangguan ini melibatkan rasa bimbang yang berlebihan, sering kali tidak realistik, meskipun tiada hal-hal yang mencetuskan ketakutan tersebut. Mereka sering kali mengalami halusinasi. TANDA-TANDA ANXIETY DISORDERS: - Panik atau cemas yang berlebihan - Tidak dapat membendung perasaan - Trauma - Sering dihantui mimpi buruk - Mempunyai tabiat yang aneh, misalnya sering mencuci tangan berkali-kali - Sering berpeluh sejuk - Sesak nafas dan degupan jantung tidak teratur - Tidak boleh tenang atau diam - Sering mengalami ketegangan otot - Mual, pening dan sering kekebasan


3

19 - 25 Julai 2017

Sibukkan diri dengan aktiviti rohani

ungan

golongan yang me­ nga­ lami gangguan penyakit ini. Ubatan khusus seperti Selective Serotonin Reuptake Inhibitors atau SSRI dapat membantu dalam proses rawatan. Terapi percakapan atau psikoterapi oleh mereka yang profesional dalam bidang kesihatan mental juga boleh membantu me­ ngajar golongan muda ini dan keluarga kaedah berkesan untuk me­ngurangkan tekanan atau konflik. Selain itu, terapi tingkah laku kognitif, iaitu terapi di mana golongan muda ini boleh belajar cara berfikir yang baru dan bertindak balas kepada cabaran turut berguna dalam membantu mengawal kebimbangan atau serangan panik apabila ia berlaku. Apakah nasihat kepada pesakit Anxiety Disorder ini? Saya menasihatkan kepada pesakit untuk pergi mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri yang terdapat di hospital kerajaan dan juga swasta. Mereka tidak perlu malu sekiranya mendapati simptom-simptom penyakit ini dalam diri mereka untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Pakar perubatan psikiatri akan memantau perkembangan pe­ nyakit mereka dan kebiasannya pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang boleh membantu untuk mengawal penyakit ini. Gabungan ubatan dan psikoterapi banyak membantu ramai orang dewasa, kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit anxiety disorder ini. Rawatan awal boleh mencegah ke­ mungkinan komplikasi lain seperti kemurungan dan pe­nya­lah­gunaan dadah sehinggalah ke tahap membunuh diri.

KAJANG - Penyakit ini boleh dicegah dengan menyibukkan diri dengan amalan-amalan kerohanian. Pesakit anxiety disorder yang beragama Islam dinasihatkan supaya mendekatkan diri kepada Allah dan mem­banyakkan se­ lawat kepada nabi Muhammad SAW. Pengamal rawatan Islam, Muhamad H u s a i n i M u h a m a d M u k h t a r b e r k a t a , pesakit yang m e­n g a l a m i k e­m u r u n g a n d i­n a s i h a t k a n juga istiqamah

atau berterusan membaca AlQuran serta zikir dan wirid. Katanya, golongan ber­ kenaan juga perlu bercampur dengan masyarakat dan aktif melakukan per­ kara-perkara kebajikan. “Setiap dari kita mempunyai masalah, namun kita perlu me­ na­nganinya dengan hik­mah dan memohon bantuan dari Allah SWT. “Pesakit se­ perti ini se­lalu­ nya hilang mi­ nat atau tidak seronok me­ lakukan hobi atau perkara digemari. “Mereka

lebih suka menyendiri tanpa me­lakukan apa-apa dan tidur sepanjang hari. “Berdasarkan pengalaman saya, masalah kemurungan sebenarnya lebih berkait rapat dengan masalah yang terlalu di­ fikirkan yang akhirnya me­ nyebabkan otak terlalu ter­ tekan. “Tetapi, tidak dinafikan jika masalah ini dibiarkan, ia boleh mengundang gangguan dari makhluk halus yang akan memburukkan lagi keadaan,” kata pemilik Pusat Rawatan Islam Syifa Haraki itu. Muhamad Husaini berkata, pesakit perlu laksanakan segala adab-adab yang telah dianjurkan oleh Islam seperti adab bangun tidur, adab makan, adab sebelum tidur

dan sebagainya. Sementara itu mengenai kaedah rawatan pula dia men­ jelaskan, setiap pesakit yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu bagi menentukannya sama ada ma­ salah fizikal sahaja atau ada gang­guan makhluk halus.

“Kaedah yang saya lakukan ialah pesakit akan dicalit de­ ngan wangian kasturi, diberi mi­ num air mineral dan kedua kaki pesakit akan direndam di da­lam bekas yang diisi dengan air.

“Wangian kasturi, air mi­ ne­ral dan air di dalam bekas itu diruqyahkan lebih awal sebelum pesakit tiba di tempat saya. “Pesakit diminta membawa air mineral 5 hingga 10 liter air untuk diruqyahkan,” katanya.

Jangan makan kek, aiskrim BANDAR SRI DAMANSARA - Pemakanan yang tidak teratur boleh menjadi punca kepada peyakit anxiety disorder dan kesannya boleh mempengaruhi emosi serta sikap kepada pesakit ini, kata perawat psikaitri Islam, Zain Misbah. Menurutnya, melalui rekod pesakit yang di­ sim­ pannya, kebanyakan golongan itu gemar makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi kerana beranggapan boleh meng­ hilangkan stress dan tekanan yang dihadapi. “Kebanyakan pesakit yang kami rawat, mereka cenderung untuk makan kek dan aiskrim atas alasan dapat mengurangkan tekanan. “Namun hakikatnya, kelegaan itu bersifat sementara kerana makanan kandungan gula yang tinggi akan mempengaruhi sikap dan emosi seseorang pesakit,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Zain yang juga perawat sepenuh masa berkata, selain kek dan aiskrim, minuman berkarbonat dan minuman berkafein juga perlu dielakkan oleh pesakit kerana ia boleh meningkatkan stress. Menurutnya lagi, organ dalaman haiwan juga tidak sesuai dimakan oleh pesakit

antaranya hati, limpa, paru-paru, hempedal, jantung dan perut. Mengenai kaedah rawatan pula Zain berkata, pesakit anxiety disorder boleh dirawat dengan menggunakan teknik ruqyah, iaitu pemulihan dan rawatan menggunakan ayat suci al-Quran. Katanya, ia termasuk terapi al-Quran, terapi audio dan terapi psikologi. Sementara itu katanya, pesakit boleh mendapatkan rawatan di hospital dan dalam pada masa sama juga boleh mencuba kaedah rawatan Islam. “Pesakit boleh terus mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak doktor dan dalam masa yang sama juga boleh untuk menerima rawatan daripada pihak kami kerana rawatan yang diberikan lebih kepada terapi al-Quran,” katanya. Zain berkata, penyakit ini boleh diubati kerana dalam Islam, setiap penyakit boleh dirawat.

Sanggup berkampung depan hospital KUALA LUMPUR – Disahkan mengalami anxiety disorder bukan perkara mudah untuk diterima dengan hati yang terbuka bagi seorang bekas pengarah syarikat. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 41, berkata, sifat keresahan me­ lampau yang sering difikirkannya membuat dirinya mengalami penyakit tersebut. Katanya, dia sudah berhadapan de­ ngan anxiety disorder hampir enam tahun. “Saya mula mengalami penyakit ini pada 2011. Pada mulanya saya langsung tidak mengetahui langsung tentang kewujudan penyakit anxiety disorder ini. “Sebelum saya mengalami penyakit ini, saya seorang yang ceria dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. “Namun selepas mendapat penyakit ini saya pernah kemurungan selama setahun dan rasa tiada apa-apa makna

dalam hidup ini,” katanya ketika ditemui Warta. Khairul berkata, disebabkan dia sering keresahan dan kemurungan sehingga ‘hilang semangat’, dia berhenti kerja kerana prestasinya semakin teruk pada 2012. “Hidup sebagai seorang yang me­ nga­lami anxiety disorder bukan perkara mudah. Bagi mereka yang tidak faham tentang penyakit ini, ada mengatakan saya ini seorang yang ‘mengada-ngada’ kerana terlalu memikirkan sesuatu per­ kara berlebihan,” kata bapa kepada seorang anak ini. Menceritakan bagaimana dia boleh mendapat anxiety disorder, Khairul berkata, pada 2011 dia kehilangan rakan karibnya yang meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Selepas daripada itu kehidupan Khairul berubah kerana dia risau perkara

yang sama akan berlaku pada dirinya. “Saya kini takut mendengar berita kematian mengejut seolah-olah per­ kara yang sama akan berlaku pada diri saya walaupun me­ mang kita tahu ajal itu kehendak ALLAH,” katanya. Khairul berkata, se­ rang­ an panik terhadap dirinya tidak menentu. “Kadang-kadang se­ ming­gu sekali, adala­kala­ nya sebulan sekali atau ada­ kalanya setiap hari pun ada saya diserang anxiety disorder. “Ia ‘datang’ dengan sesak nafas sekali gus dengan pening dan rasa mual. Pada masa itulah fikiran ini mula memikirkan

bukan-bukan dan rasa seperti ajal saya sudah tiba. “Apabila saya mengalami perkara ini, adakalanya saya boleh mengawal sendiri dan ia ‘hilang’ begitu sahaja, namun kalau ia dalam jangkamasa yang lama, saya akan terus ke hospital. “Namun apabila ke hospital, hasil­ nya saya disahkan tiada masalah kesihatan seperti masalah jantung dan sebagainya,” katanya. Menurutnya, dia pernah tidur da­ lam kereta di hadapan hospital kerana bimbang diserang pe­ nyakit itu sambil ditemani isteri dan anaknya. Khairul berkata, se­ hing­ ga kini dia masih men­dapatkan rawatan daripada pakar psikiatri.


4

19 - 25 Julai 2017

The Giving Bank terus beramal KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - The Giving Bank bersama Hotel Berjaya Times Square dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meraikan kanak-kanak daripada empat pertubuhan sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengasas The Giving Bank, Dr Janson Ang Chee Wee berkata, pihaknya setiasa prihatin dengan golongan kurang bernasib baik dan membantu apa yang diperlukan. “Selain daripada kami meraikan mereka sempena Aidilfitri, kami juga turut menyumbangkan barangan runcit dan keperluan penjagaan harian seperti beras, pencuci lantai, minyak masak dan sebagainya serta kanak-kanak ini juga diberi set pakaian baru,” katanya pada majlis berkenaan baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Datuk Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Hotels & Resorts, Hanley Chew. Janson juga berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk membantu tanpa mengira agama dan bangsa.

Kanak-kanak dari empat pertubuhan diraikan sempena Aidilfitri.

“Dengan slogan "The Bank That Gives", ia juga bertujuan untuk memimpin dalam menggalakkan komuniti, masyarakat dan korporat untuk terlibat aktif dalam aktiviti amal,” jelasnya. Sementara itu, Pengurus Besar Kawasan Hotel Berjaya Times Square, Mondi Mecja berkata, pihaknya menyokong usaha mebantu golongan yang kurang bernasib baik terutama pada musim perayaan.“Ini adalah kali

pertama kami bekerjasama dengan The Giving Bank dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kami harap kami dapat melakukan kerjasama seperti ini pada masa akan datang,” katanya. Empat pertubuhan yang dijemput ialah Pertubuhan Kebajikan An Najah Malaysia, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Kanak Kanak Tengku Budriah dan Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia.

Wanita gemuk berisiko lahirkan anak hiperaktif BERKELEY, CALIFORNIA - Wanita gemuk lebih cenderung melahirkan anak lelaki dengan masalah tingkah laku atau hiperaktif dan pembelajaran. Penyelidik data perundingan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan di awal kehamilan berisiko melahirkan anak dengan masalah tersebut. Kaitan itu hanya dilihat pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Pakar mendapati penemuan itu menunjukkan bahawa intervensi awal adalah kunci untuk membantu wanita mengurangkan berat badan sebelum hamil. "Ia penting untuk kesihatan mereka dan juga bakal anak-anak mereka," kata penyiasat kanan, Dr Barbara Abrams di Universiti California. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, seramai 15 daripada setiap 100 wanita mengandung mengalami masalah obesiti yang teruk. Kajian terbaharu mengaitkan masalah berat badan sebelum dan semasa sedang hamil boleh menyumbang kepada masalah tingkah laku kanak-kanak seperti hiperaktif.

Pemeriksaan kanser payudara percuma KUALA LUMPUR – Etiqa dan Persatuan Kanser Ke­ bangsaan Malaysia (NCSM) me­ nandatangani satu per­ janjian perkongsian ba­ haru untuk melancarkan program pemeriksaan kan­ ser payudara percuma. Perjanjian yang bernilai RM1.67 juta untuk tempoh setahun itu menyasarkan 5,000 wanita yang kurang berkemampuan berumur 40 tahun dan ke atas. Pengerusi Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad, Datuk R Karunakaran ber­ kata, inisiatif itu adalah se­ bahagian daripada ko­ mit­men tanggungjawab korporat Etiqa terhadap kehidupan yang sihat bawah program utama yang dipanggil Etiqa Cares. Katanya, sebagai badan korporat pertama yang be­ kerjasama dengan NCSM untuk menawarkan mammogram pada skala besar ini, Etiqa ber­matlamat untuk me­ningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita yang kurang ber­ kemampuan me­­ngenai

pentingnya pe­ ngesanan awal dalam me­ ningkatkan kadar kelang­ sungan hidup pesakit kanser payudara. “Wanita yang layak dalam program ini akan dibawa ke Klink Saringan Kanser dan Kesihatan NCSM di Kuala Lumpur atau hospital yang dilantik di seluruh Se­menanjung Malaysia untuk mendapat khidmat mammogram percuma,” katanya pada majlis me­nan­datangani perjanjian baru-baru ini. Hadir pada majlis itu Penaung NCSM, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings Berhad, Kamaludin Ahmad dan Presiden dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram. Sementara itu, Karunakaran mengajak se­mua wanita untuk memeriksa dan memastikan status kesihatan mereka melalui pemeriksaan barkala kerana pengesanan awal dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit. Jelasnya, tuntutan insurans untuk kanser adalah yang tertinggi antara semua tuntutan penyakit kritikal

Karunakaran (dua dari kiri) bersama Rafidah (tiga dari kiri) pada majlis tandatangan perjanjian perkongsian baharu untuk melancarkan program pemeriksaan kanser payudara percuma antara Etiqa dan NCSM dengan ditemani Kamaludin serta Dr. Saunthari.

dan ia menyumbang sebanyak 86 peratus daripada tuntutan insurans penyakit kritikal wanita, manakala tuntutan kanser payudara merupakan tuntutan tertinggi sebanyak 48 peratus. “Kanser payudara adalah kanser yang kerap didiagnosis terhadap wanita dan jika dikesan pada peringkat awal,

ianya dapat dirawat dengan berkesan. Kehilangan nyawa seringkali terjadi pengesanan lewat dilakukan. Dalam pada itu Rafidah pula berkata, ekonomi Malay­sia mungkin menghadapi beberapa cabaran dan badan amal secara keseluruhannya bersedia untuk menghadapi masa yang sukar. “Walaupun banyak per­

niagaan mengamalkan polisi ‘ikat perut’, be­ be­ rapa syarikat seperti Etiqa bersedia menjadi pe­nyum­bang besar kepada masyarakat kita. “Kami kagum dengan pilih Etiqa untuk ber­ kom­ promi terhadap ke­ sihatan para wanita dan NCSM bangga menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya.


5

19 - 25 Julai 2017

“Abang simpanlah nombor telefon saya…” 13

ADA orang kata, apabila umur cecah 40an, hati lelaki akan jadi lebih sensitif. Ada juga yang kata, lelaki pada peringkat umur itu mudah ditimpa perasaan, dalam kata lain – mudah perasan. 12 Julai, hari ulang tahun kelahiran isteri aku. Macam biasa, tidak ada hadiah besar, atau mahal untuknya melainkan sejambak mawar merah yang aku serahkan kepadanya tepat pada jam 12 tengah malam, sebaik masuk tanggal itu. Itu sahaja setiap tahun, dan biasanya pada hari itu, kami sama-sama ambil cuti. Pergi semula ke tempat di mana kami menganyam cinta muda-mudi dahulu, mengimbau kisah-kisah lama. Itulah cara aku, orang biasa! Orang Ulu Mahang tak reti nak candle light dinner walau sudah lebih 20 tahun hidup di kota raya! Selain itu, pada hujung minggu sebelumnya, ketika anak-anak balik bercuti, memang biasalah kami makan malam istimewa dengan

mereka. Istimewa bukan kerana mahal atau mewah tempatnya tetapi kerana semua yang istimewa dapat berkumpul sama-sama! Teringat beberapa tahun lalu, 11 Julai adalah hari aku bekerja, dan habis waktu bertugas pada tengah malam. Agak kelam kabutlah juga kerana tengah waktu puncak, aku kena keluar dari pejabat ke kedai bunga. Bukannya dekat! Di Shah Alam, ada sebuah kedai di SACC Mall yang aku pasti kunjungi pada setiap 11 Julai. Jujurnya, aku bukan jenis lelaki yang reti pasal hadiah. Kalau ke luar negara pun, masalah paling besar bagi aku adalah nak beli hadiah apa yang paling sesuai untuk isteri. Dia pula, kalau aku tanya tak pernah dapat jawapan yang dapat menjawab soalan aku. Setiap kali aku tanya, balasnya: “Kasih sayang abang bagi sudah lebih daripada cukup berbanding segala hadiah yang ada di atas muka bumi ini.” Kerana sudah begitu, aku pun set dalam kepala aku sejak beberapa tahun lepas; sejambak mawar merah adalah hadiah yang paling tuntas untuk aku bawa balik

sesuai tengah malam, kejutkan dia daripada tidur pada jam 12, hulurkan kepadanya sambil ucap selamat ulang tahun dan "abang cintakan kamu selamalamanya!” Selepas itu, kucup dahi! Senang. Sejambak mawar sekadar bunga tetapi simbolismenya begitu bermakna. Bagi pasangan bercinta, ia terlalu bernilai sebenarnya walaupun tidak mahal untuk dibeli, namun tidak pula murah untuk diminta begitu sahaja! Imbas balik kejadian hari itu, jadual kerja aku sangat padat. Dari petang hingga malam, mesyuarat Hanya jam 9.30 malam, barulah aku dapat masa untuk keluar dari pejabat, itu pun hanya sekejap. Dalam masa yang terbatas, aku bergegas ke kedai bunga itu, dan disambut mesra seorang gadis cantik. Sambil si cantik menyiapkan gubahan, aku cuba mengajaknya berbual. Aku ceritakan kepadanya apa yang berlaku setahun sebelum itu ketika aku ke kedai yang sama untuk beli bunga buat hadiah kepada isteri juga. Selepas menempah, aku pergi minum di sebuah kafe. Terleka berborak dengan kawan, aku terlewat datang hingga

PPIM tiada kaitan dengan gengster KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan gangster dari kumpulan kongsi gelap 36 dan 77. Merujuk kepada video yang tular baru-baru ini melibatkan syarikat pajakan kenderaan di Sungai Sikamat, Kajang pelbagai tohmahan oleh netizen dalam media sosial mengatakan PPIM didalangi gengster melayu yang bersama-sama dalam usaha mengeluarkan kenderaan dari sebuah gudang. Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi (gambar) menegaskan bahawa PPIM tidak pernah mengupah atau membayar mana-mana individu atau kumpulan, malah ke semua individu yang hadir merupakan mangsa dan orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran. Katanya, komen yang ditulis oleh netizen yang menggelarkan diri sebagai ahli kumpulan 36 dan 77 yang ingin menyertai PPIM atas kapasiti seorang sukarelawan yang berminat untuk menyertai pertubuhan itu. “Saya berasa hairan, ada juga

individu yang tidak bertanggung jawab menuduh kami mengupah gangster yang terdiri dari orang melayu, sedangkan orang kampung dan pihak polis yang bersama-sama membantu kami sehingga selesai. “Ini merupakan tohmahan liar yang sengaja direka untuk menjejaskan usaha murni kami bagi membela golongan yang teraniaya. “Bertembung gangster melayu dan gengster kaum lain itu fitnah, tetapi pertembungan pejuang PPIM dengan gangster itu benar,” jelasnya. Beliau juga turut menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati mempercayai maklumat yang tidak benar dan sebaiknya bertemu PPIM untuk mendapatkan maklumat yang telus dan sahih.

kelam kabut gadis penjual bunga di kedai itu mencari aku. Apabila kami bertemu, dia beritahu kedai sudah ditutup dan dia sepatutnya sudah lama balik. Tetapi kerana aku tidak datang, dia terpaksa tunggu. Alamak! Sudah tentulah aku rasa amat bersalah kerana mungkin akan jadi masalah bagi gadis seperti pulang lewat malam dan puncanya adalah kerana aku. “Awakkah yang saya beri masalah malam itu?” tanyaku. “Saya tak ingat, bang tapi memang ramai pelanggan yang macam abang. Lepas tempah terus tak datang ambik pun ada,” jawabnya. Selepas agak lama berborak, namun gubahan belum juga siap, aku minta diri untuk pergi minum. Gadis itu menahan. Katanya, aku cuma perlu tunggu sekejap sahaja lagi kerana gubahan sudah hampir siap. Ketika itu sudah hampir jam 10 malam. Aku percaya, dia sebenarnya takut apa yang aku ceritakan berlaku pada tahun lalu itu berulang. Apabila aku suarakan andaian itu kepadanya, dia tersenyum. Kemudian tawarkan aku nombor telefonnya untuk aku simpan. Terburu-buru rasa

tidak setia meluru masuk ke dalam hati aku pada masa itu. Namun masih ada rasa berbelah bahagi… Aku bimbang jika nombornya aku ambil simpan, nanti dia akan minta nombor telefon aku. Sudah beri nombor telefon, nanti dia akan minta kasih sayang aku pula… Dalam aku terkulat-kulat, tiba-tiba si gadis bersuara: “Abang ambillah nombor saya, nanti senang. Kalau nak bunga lagi, abang call dulu. Saya boleh buat awalawal. Dah siap, abang cuma datang ambil. Sekarang dah lewat, kedai pun dah nak tutup. Saya pun kena buat cepat-cepat. Kalau tak elok, nanti abang marah saya pulak!” Alamak! Rupa-rupanya itu sebabnya. Yang aku perasan dia sudah syok sama aku. Kepada isteriku, Ana Hamzah, selamat ulang tahun. Umur sekadar angka, awak sentiasa mudah dan cantik di hati saya!

Belon udara mendarat di lubuk buaya FLORIDA – Saat gembira menaiki belon udara untuk tujuh pelancong di Disney World bertukar cemas apabila ia terarah dan hampir mendarat di kawasan lubuk buaya. Dalam satu video yang tular di negara itu, terdengar suara riuh pelancong berkenaan apabila belon udara yang mereka naiki itu mencecah air di kawasan lubuk itu. Difahamkan pengemudi belon udara berkenaan tidak dapat mendarat di kawasan sepatutnya kerana angin kencang sehingga membawa mereka ke kawasan yang dipenuhi buaya ganas. Belon udara itu juga membawa kana-kanak. Florida memang terkenal dengan habitat buayanya, namun setakat ini jarang berlaku kes serangan reptilia itu terhadap penduduk. Penduduk di situ seolah-olah sudah 'lali' dengan kehadiran buaya di kediaman mereka sekiranya musim panas. Haiwan itu diusir oleh penduduk dan jarang kedengaran ia dibunuh.


6

19 - 25 Julai 2017

DUNIA MINGGU INI

LONDON - David Beckham bersama ibunya, Sandra Beckham dan Gill Brook di kotak diRaja menyaksikan perlawanan tenis di kejohanan tenis Wimbledon 2017.

HAMBURG - Lebih 200 orang artis jalanan mengambil bahagian sebagai zombi dalam tunjuk perasaan aman membantah persidangan G20 di Hamburg, Jerman dengan bersalut tanah liat.

AUCKLAND - Persembahan Kapa Haka yang dikatakan terbaik di dunia diper­ sem­bahkan oleh Te Waka Huia sewaktu majlis Te Taumata Kapa Haka sempena Festival Matariki yang memperingati kebudayaan bangsa Maori.

PARIS - Pereka fesyen tersohor, Zuhair Murad, bergambar bersama model-model yang memperagakan fesyen ciptaannya dalam pertunjukan Zuhair Murad Haute Couture Fall/Winter 2017-2018 sempena Minggu Fesyen Haute Couture Paris.

HONG KONG - Ketua Eksekutif baharu Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-Ngor dan ahli kabinet beliau mengangkat sumpah di hadapan Presiden China, Xi Jinping sewaktu lawatan rasmi Xi Jinping ke Hong Kong sempena ulang tahun ke 20 penyerahan Hong Kong kepada China oleh British.

MANILA - Anggota Polis Manila menyiasat mayat John Estrella, 18 yang dijumpai di satu lorong gelap bersama sepucuk pistol dan plastik berisi dadah. Lebih 7,000 telah terbunuh, kebanyakannya dari kawasan setinggan, dan lebih 80,000 ditangkap dalam perang terhadap dadah oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.


Bisnes

19 - 25 Julai 2017

Aplikasi khas harga petrol KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Satu aplikasi akan dibangunkan apabila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza. Menteri Perdagangan Da­ lam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (gambar) ber­kata, aplikasi yang akan di­ bangunkan itu bakal mem­ban­ tu syarikat minyak, stesen dan pengguna untuk berinteraksi sesama mereka bagi mencari harga petrol yang berpatutan di negara ini. “Harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang di mana ia mungkin tidak akan ditetapkan lagi oleh kerajaan. Buat masa ini, harga petrol di Malaysia ditetapkan secara

mingguan,” katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri kementerian berkenaan baru-baru ini. Mengulas lanjut ber­ kenaan kemungkinan pe­ nen­ tuan harga bahan api yang akan dilakukan secara hari­an sebelum ini, Hamzah me­ nyatakan, mekanisma se­demikian tidak akan di­laksanakan pada ta­hun ini. “Pengguna per­ lu mendapatkan kum­ pulan atau per­ mo­honan untuk mem­bantu mereka men­­cari di mana un­ tuk mendapatkan pet­ rol paling murah. Apa­ bila tiba masanya, kami akan laksanakanya,” tambah beliau. P e r u­b a ­

han harga diumumkan pada hari Rabu dan berkuatkuasa pa­ da setiap hari Khamis ber­ mula April lalu. Semasa kerajaan me­ ng­ umum­ kan akan menetapkan harga petrol secara mingguan, ra­ mai yang keliru adakah ia harga yang tetap atau stesen petrol boleh menentukan harga petrol sendiri. Kekeliruan ini ber­tambah apabila tu­lar tentang ap­li­ kasi yang mem­ bantu mencari ste­ sen petrol de­ ngan harga petrol paling murah.

Transaksi JomPAY meningkat 340 peratus KUALA LUMPUR Jumlah transaksi JomPAY, penyedia perkhidmatan pembayaran bil, me­ ning­ kat sebanyak 340 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2017 berbanding tempoh sama pada 2016, berikutan ramai pelanggan me­ nye­ dari mengenai ke­ mudahannya. Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), Peter Schiesser dalam kenyataan berkata, sejak penubuhannya pada 2015, JomPAY berkembang menjadi perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang terbesar di Malaysia dengan 1,570 kod pengebil. Ia merangkumi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, pe­ nyedia utiliti air di 11 negeri, 98 pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans,broker saham, peniaga e-dagang, dan per­ niagaan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Perkhidmatan pembayaran bil

JomPAY ditubuhkan dan dikendalikan oleh MyClear dengan kerjasama bank-bank di Malaysia. Pada April 2017, MyClear melancarkan kempen “Be A-Class Ahead: JomPAY dan Menang’ dengan kerjasama bankbank di Malaysia, yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk dua buah kereta Mercedes-Benz A200 AMG Line sebagai hadiah utama, selain rebat tunai bulanan dan mingguan. Baru-baru ini, ia mengumumkan pemenang bagi salah satu kereta Mercedes-Benz tersebut, iaitu Soon Chai Peng, yang menggunakan JomPAY untuk pembayaran pinjaman PTPTN. “Kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan bank di seluruh negara, menunjukkan tarikan kepada JomPAY. “Kami mempunyai lebih 1.5 juta transaksi JomPAY sejak kempen itu bermula. Ia akan berlangsung sehingga 31 Julai 2017. Kami akan memberikan sebuah lagi kereta Mercedes Benz A200 AMG pada Ogos, ” katanya lagi.

7

Blackberry KeyOne masuk pasaran Malaysia KUALA LUMPUR - Blackberry KeyOne ‘hadir’ secara rasmi di Malaysia apabila ia disahkan Brightstar baru-baru ini. Dilengkapi skrin 4.5 inci de­ngan paparan definasi ting­ gi (HD) dan bersama ka­me­ra Sony 12 megapiksel di be­ la­ kang dan lapan mega­ pik­ sel un­ tuk kamera depan, se­ unit di­jual RM2,688. Telefon pintar itu men­ge­­ kalkan rekaan papan ke­ku­nci fizikal QWERTY dan ia se­ pe­ nuh­nya beroperasi de­ngan Android 7.1 Nougat. KeyOne turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 625, me­mo­ri sebesar 3GB Ram dan

storan 32GB. Menurut laporan portal Crackberry, ia dikatakan men­ja­ di menjadi telefon Android pa­ ling selamat di dunia berikutan meng­­gunakan aplikasi ke­se­la­ ma­tan DTEK. Sementara itu, bateri se­ be­ sar 3505 mAh dijanakan mem­ bu­ atkan KeyOne punyai kadar ka­­­pasiti bateri yang mampu ber­­­tahan lama, setanding de­ ngan peranti premium yang lain. Tempahan atas talian kini di­bu­ka menerusi laman Lazada atau 11Street, dan setiap tem­ pa­han yang bertuah, akan me­ ne­ rima satu eksesori per­ cu­ ma daripada pihak Brightstar.

Blackberry KeyOne di lengkapi skrin 4.5 inci.

MV Agusta kembali di pasaran KUALA LUMPUR - Disember tahun lalu, pengeluar motosikal dari Itali iaitu MV Agusta melancarkan kembali jenama itu di Malaysia dengan pelantikan pengedar rasmi baru iaitu Moto Varese Asiatic. Kini, syarikat itu mengeluarkan senarai harga model motosikal yang dijual buat masa ini, bermula dengan RM87,331 untuk Brutale 800, RM93,691 untuk Brutale 1090 dan RM94,751 untuk Turismo Veloce 800. Semua harga ini adalah termasuk GST, tetapi tanpa insurans dan kos lain. Brutale 800 adalah model per­ mulaan bagi motosikal naked MV Agusta, dan ia di­ kuasakan oleh enjin tiga silinder sebaris 798 cc de­ ngan sistem suntikan bahan api, pendikit ride-by-wire dan pelbagai sistem elektronik lain. Brutale 1090 juga adalah sebuah moto­ sikal ‘naked’, tetapi dipacu oleh enjin lebih berkuasa, iaitu unit empat silinder sebaris 1,078 cc, dengan sistem penyejukan

cecair, 16 injap. Walaupun bukan adalah model terbaru, ia masih dilengkapi dengan Traction Control dan ABS, dan boleh mencecah kelajuan 265 km/j. Menyertai dua model ini dalam barisan produk di Malaysia adalah Turismo Veloce 800, yang merupakan sebuah motosikal jenis sports-touring dan boleh dipasang dengan kotak simpanan khas dari kilang. Semua model yang dibawa untuk pasaran Malaysia ini sudah sedia dijual di Pusat Pameran dan Gaya Hidup MV Agusta yang terletak di Batu Caves bermula penghujung Julai ini.


8

19 - 25 Julai 2017

BISNES

Microsoft cipta papan kekunci imbas cap jari KUALA LUMPUR Microsoft melancarkan papan kekunci moden yang baharu dengan mengetengahkan pengimbas cap jari bersepadu sebagai ciri utama. Menurut laman webnya, papan kekunci baharu itu membolehkan pengguna mengimbas cap jari dengan menekan kekunci kanan sebagai papan bar untuk log masuk ke akaun Windows 10 atau laman web lain yang menggunakan Windows Hello. Penggantian permukaan papan kekunci boleh digunakan sama ada bersama wayar atau tanpa wayar dan pendahulunya hanya boleh digunakan melalui Bluetooth.

Menurut syarikat gergasi berkenaan, Microsoft mengoptimumkan pengalaman pemadanan Bluetooth, bagi membolehkan pemadanan secara automatik apabila pengguna menghubungkan kabel pada ‘out-ofbox experience’ yang pertama.

Visi syarikat b e r k e n a a n adalah untuk menggabungkan pembaca cap jari pada papan kekunci, agar ia kelihatan seperti kekunci lain. Menurut syarikat itu Papan Kekunci baharu ini mampu berfungsi dengan Windows 10, MacOs dan Android versi terbaru. Menurut Microsoft, papan kekunci yang berharga US$129 (RM555) itu akan mula dijual di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

KL tuan rumah pameran PlayStation KUALA LUMPUR – Sony PlayStation julung kali akan mengadakan pameran di Asia Tenggara dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi PlayStation Experience 2017 South East Asia (SEA) pada 5 Ogos depan bertempat di KL Live at Life Centre. Pameran yang dinantikan peminat permainan video ber­­ kenaan menyerupai Play­ Station Experience yang di­adakan di Las Vegas, Ame­rika Syarikat. Dalam pameran ber­ kenaan, pengunjung ber­pe­luang mencuba sendiri pel­bagai perkakas terbaru Sony Playstation, antaranya Play­ Station 4 (PS4) and PlayStation VR (PS VR) termasuk pelbagai tajuk permainan terkini. Pameran itu berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut serta berita terkini tentang pameran tersebut, layari laman web PlayStation Experience 2017 SEA.team.

Mercedes yakin 2017 Sime Darby tubuh anak syarikat catat rekod terbaik tidak langsung di China KUALA LUMPUR - Sime Darby Bhd mengumumkan penubuhan Kunming Bow Chuang Motor Sales and Services Co Ltd (KMBC), anak syarikat 65 peratus milik tidak langsungnya di China. Dalam kenyataan syarikat berkenaan kepada Bursa Malaysia, lesen perniagaan KMBC, bertarikh 4 Julai 2017 dikeluarkan oleh Pentadbiran Penyeliaan Pasaran, Daerah Panlong, Kunming dan diterima oleh Yunnan Bow Yue Vehicle Trading Co Ltd. (YNBY), anak syarikat 65 peratus milik

tidak langsung Sime Darby pada 5 Julai 2017. Sime Darby berkata, KMBC ditu­ buh­kan sebagai sya­ri­kat terhad di ba­wah undang-un­ dang syarikat China de­ ngan modal ber­ daftar sebanyak 20 juta ren­ min­bi dipegang oleh YNBY. Menurutnya, aktiviti utama KMBC ialah jualan runcit kenderaan motor dan alat ganti serta pembekalan perkhidmatan selepas jualan.

Penubuhan KMBC dijangka tidak memberi kesan ke atas perolehan atau aset bersih kumpulan Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2018, selain itu, tiada pengarah atau pemegang saham utama Sime Darby atau individu berkaitan mereka mempunyai sebarang kepentingan, langsung atau tidak langsung, dalam penubuhan itu.

Bank Mandiri bakal buka di Malaysia KUALA LUMPUR - MercedesBenz Malaysia Sdn Bhd (MBM) menjangkakan separuh kedua tahun ini akan kekal positif dan yakin mampu mencatatkan satu lagi rekod. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner berkata, MBM menyimpulkan separuh pertama 2017 dengan prestasi yang kukuh, merekodkan jualan sebanyak 5,913 unit, dipacu oleh permintaan bagi MercedesBenz E-Class pemasangan tempatan (CKD). "Dengan strategi yang berteraskan pelanggan serta produk tempatan yang menarik, MBM sudah pasti berada pada landasan bagi satu lagi rekod untuk tahun 2017," katanya.

Claus berkata, syarikatnya yakin jualan 2017 akan mengatasi angka sebanyak 11,779 kereta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. "Kami menutup separuh pertama dengan Jun sebagai bulan paling cemerlang, seterusnya, mengekalkan penguasaan kami dalam segmen premium dengan bahagian pasaran sebanyak 2.3 peratus," katanya. Sementara itu, model Mercedes-Benz C-Class berada pada kedudukan teratas dalam senarai jualan separuh pertama iaitu sebanyak 2,075 unit, diikuti oleh E-Class (1,358 unit), SUV (1,233 unit), kereta kompak (739 unit) dan S-Class (230 unit), manakala sebanyak 268 unit MercedesBenz Dream Cars terjual.

KUALA LUMPUR - Industri perbankan negara ini melakar lagi satu sejarah apabila Bank Mandiri Indonesia muncul sebagai Bank Asean Bertauliah pertama yang akan memulakan operasinya di sini tidak lama lagi. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, BNM juga berharap proses ratifikasi atau pengesahan itu akan dapat dimuktamadkan dengan lancar bagi mem­ boleh­ kan operasi Bank Man­ diri, sekali gus menjadi detik bermakna dalam usaha penyepaduan kewangan di rantau Asean. “Kemuncak usaha kami adalah menerusi pemeteraian Rangka Kerja Integrasi Per­ ban­ kan Aseran (ABIF) oleh Gabenor Bank-Bank Pusat

Asean pada 2014. “Satu lagi pencapaian pen­ ting lain adalah pemeteraian perjanjian dua hala ABIF an­ tara Ketua Perkhidmatan Ke­ wangan Indonesia, Muliaman Hadad dan saya pada Ogos 2016. "Kini, kami berbangga da­­pat melihat usaha pe­nye­

paduan perbankan Asean itu dapat direalisasikan," kata­ nya baru-baru ini.

Kewujudan Bank Mandiri di Malaysia menerusi Rang­ ka Kerja ABIF itu juga me­­nye­diakan peluang ba­­gi mempertingkatkan pe­­ nye­­paduan sistem pem­bayaran antara Malaysia dan Indonesia.


9

19 - 25 Julai 2017

BISNES

Perdagangan Malaysia berkembang 31.5 peratus KUALA LUMPUR - Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Ke­ menterian Perdagangan Antara­ bangsa dan Industri (MITI). Eksport meningkat 32.5 peratus kepada RM79.4 bili­ on dan import sebanyak 30.4 peratus kepada RM73.91 bilion, membawa kepada lebihan perdagangan RM5.49 bilion, lebihan perdagangan bulan ke-235 berturut-turut, yang direkodkan sejak November 1997, kata kementerian itu dalam satu kenya­taan. Bagi asas bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import berkembang ma­ sing-masing sebanyak 10.2 peratus, 7.5 peratus dan 13.3 peratus. “Dari Januari hingga Mei 2017, jumlah perdagangan ber­ kembang sebanyak 25.4 peratus kepada RM722.89 bilion, eksport naik sebanyak 23.3 peratus kepada RM377.96 bi­lion, manakala import meno­ kok sebanyak 27.7 peratus ke­­ pada RM344.93 bilion dan lebihan perdagangan ber­ jumlah RM33.03 bilion,” jelas MITI.

Keseluruhannya, prestasi eksport yang bertambah baik pada Mei 2017 dicerminkan menerusi pertumbuhan positif eksport barangan pembuatan yang me­ ningkat sebanyak RM16.43 bi­­ lion (32.7 peratus) kepada RM66.61 bilion berban­ ding RM50.18 bilion dalam bulan yang sama tahun lepas. Eksport tinggi itu adalah ha­ sil daripada peningkatan eksport barangan elektrik dan elektro­ nik (E&E), produk petroleum, kimia dan produk kimia, getah, produk besi dan keluli, mesin, peralatan dan bahagian-baha­ gian serta pembuatan logam. Sebagai contoh, produk E&E bernilai RM28.55 bilion, membentuk 36 peratus daripada jumlah eksport, peningkatan 31.3 peratus dari Mei 2016. Eksport produk petroleum me­ lonjak 88.2 peratus dan bernilai RM7.94 bilion menyumbang 10 peratus daripada jumlah eksport. Eksport barangan pertanian meningkat sebanyak 25.4 pe­ ratus kepada RM6.95 bilion, disokong oleh eksport tinggi minyak sawit yang mencatatkan kenaikan 25 peratus kepada RM4.2 bilion, disebabkan oleh Nilai Unit Purata (AUV) dan juga kuantiti yang tinggi.

Perdagang­an dengan China meningkat seba­nyak 32.3 peratus ke­pada RM25.21 bilion dan me­nyumbang 16.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

Eksport barangan per­ lom­ bongan meningkat 32 peratus kepada RM5.07 bilion, mendapat rangsangan daripada eksport tinggi petroleum mentah dan juga sumbangan tinggi daripada Nilai Unit Purata dan kuantiti. Eksport ke ASEAN kekal ku­ kuh dan meningkat 34.1 peratus kepada RM42.2 bilion dan menyumbang 27.5 peratus

Honda sasar jual 15,000 unit BR-V

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia (Honda) menetapkan sasaran jualan baharu sebanyak 15,000 unit, peningkatan 50 peratus daripada sasaran awal untuk BR-V untuk enam bulan seterusnya. Dalam satu kenyataan, Honda berkata, ia didorong oleh jualan BR-V yang mencatatkan hampir 11,000 unit dalam tempoh enam bulan sejak pelancarannya, melebihi sasaran jualan tahunan sebanyak 10,000 unit. Menurutnya, BR-V dengan tujuh tempat duduk dengan badan ‘SUV’ dan ruang ‘MPV’, membolehkan Honda menembusi pasaran baru kerana BR-V menawarkan alternatif yang praktikal, namun harganya kurang daripada

RM100,000. "Lembah Klang menyumbang angka jualan tertinggi pada 44 peratus, wilayah selatan mencatatkan jualan 20 peratus manakala wilayah Utara menyumbang 18 peratus. "Pengenalan BR-V juga telah membolehkan Honda terus menembusi pasaran Malaysia Timur di mana rekod jualan mencapai 10 peratus daripada jumlah jualan di Malaysia dan melebihi sasaran awal Honda Malaysia sebanyak enam peratus," katanya. Honda berkata, berdasarkan rekod tersebut, V varian membawa bilangan jualan 80 peratus manakala baki 20 peratus jualan datang dari E Varian. Honda juga bekerjasama dengan 91 peniaga Honda di seluruh negara untuk memperbaiki dan menaik taraf perkhidmatan pengedaran bagi meningkatkan pengalaman pelanggan d a n penjagaan s e m u a kenderaan Honda.

daripada jumlah perdagangan Malaysia, disokong oleh peningkatan eksport produk E&E, pro­­­duk petroleum, kimia dan produk kimia, mesin, pe­ ralatan dan bahagian-bahagian serta makanan dipro­ses. Bagi asas bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import meningkat masingmasing sebanyak 13.2 peratus, 14.6 peratus dan 11.4 peratus.

Pada Mei 2017, perdagang­ an dengan China meningkat seba­ nyak 32.3 peratus ke­ pada RM25.21 bilion dan me­ nyumbang 16.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, apabila eksport men­ catatkan pertumbuhan ter­ tinggi tahun-ke-tahun sejak Februari 2010, melonjak sebanyak 51.5 peratus kepada RM10.73 bilion.

Potongan harga, jualan kilat pengaruh pembelian ‘online’ KUALA LUMPUR - Shopee Malaysia mengumumkan keputusan terbaharu bagi kajian yang dijalankan atas tabiat membeli-belah secara dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian tersebut mendapati bahawa pembeli secara dalam talian di negara ini menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan membeli-belah secara maya yang seterusnya mendorong mereka untuk mempraktikkan beberapa pendekatan bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya dari kempen jualan murah dan jualan kilat. Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia, Ian Ho berkata, kaji selidik yang dijalankan platform beli-belah da­ lam talian Sho­pee pada bulan lalu men­ dapati, 97 peratus daripada 7,500 res­ ponden dari seluruh negara, mengaku me­rancang pembelian semasa kempen po­tongan harga, jualan kilat dan juga se­ma­sa baucar diskaun berlangsung. “Rakyat Malaysia tertarik pada po­ tongan harga dan jualan kilat. Oleh itu, me­ reka merancang pembelian secara da­lam talian sepanjang program promosi se­perti ini. “Jelaslah, kepentingan untuk men­ dapatkan nilai terbaik daripada pem­ belian secara dalam talian menjadi gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. “Ramai pengguna mendaftar

masuk beberapa kali sehari untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan tawaran terbaharu apabila mereka merancang untuk membeli sesuatu,” katanya dalam satu kenyataan. Ho berkata, kaji selidik itu juga mendapati lebih 46 peratus responden memeriksa aplikasi Shopee antara tiga hingga enam kali sehari untuk membuat perbandingan harga dan mencari tawaran harga terbaik. Dalam pada itu, Ho turut meng­ umumkan pelancaran Kempen Harian Shocking Sale untuk memenuhi permintaan pembeli dalam talian di Malaysia. “Bermula 9 Julai 2017, Shocking Sale akan menawarkan jualan kilat pada harga terendah termasuk tawaran RM9 yang dikemaskini setiap hari dari 9 hingga 15 Julai. “Selepas 15 Julai, tawaran produk pada harga RM9 ini akan diteruskan pada setiap tarikh 9 hari bulan setiap bulan,” katanya. Kempen Shocking Sale akan berlangsung pada 9 Julai ini di aplikasi Shopee dan laman web www.sho­ pee. com.my.


10

19 - 25 Julai 2017

Corat-coret selepas Raya… MUHAMAD MAT YAKIM

KITA kini di minggu terakhir Syawal. Penganjuran majlis Aidilfitri atau yang lazim disebut ‘rumah terbuka Hari Raya’ masih meriah. Dan sudah jadi kebiasaan di negara yang makmur ini, ramai yang terlajak me­ ngadakannya hingga masuk bulan Zulkaedah – apa yang sudah pasti akan membuat orang dari negara lain ke­ tawa besar atau paling tidak menggeleng-gelengkan ke­ pala jika mendengarnya. Hal makan-makan dan ber­ seronok suka memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Waima pada bulan puasa pun, masuk sahaja minggu kedua, media dan pusat-pusat beli-belah sudah aktif mengajak kita memikir dan bersiap sedia untuk sambut Hari Raya. Pelbagai promosi diuaruar­ kan. Lagu raya pula berkumandang di mana-mana hingga menenggelamkan Ramadan sebagai bulan ibadah, dan Aidilfitri sebagai kemuncak kejayaan kita menunaikan rukun Islam ketiga. Setiap tahun, itulah yang berlaku walaupun pelbagai tazkirah disuarakan ustaz dan ustazah. Ironinya, media yang menyiarkan peringatan itu selang seminit atau dua kemudiannya, siarkan pula rancangan ‘lagha’ yang le­ bih meriah. Apa yang di­ tazkirahkan diletak nilainya tidak lebih seperti ‘sampah’! Meraikan Hari Raya de­ ngan acara rumah terbuka – walaupun meleret-le­ ret hingga masuk bulan Zulkaedah – bukanlah ke­

salahan selagi mana pe­ nganjurannya menepati syariat. Sediakan makan minum dan undang orang datang memang digalakkan asal sahaja tidak membazir. Apa yang penting ialah janganlah sampai meng­ abai­ kan hikmah ibadah puasa se­ bagai bulan tarbiah yang telah dijalani sepanjang Ramadan. Apa yang menyedihkan ialah hal ‘lagha’ program hiburan yang sudahlah mula­ nya awal dengan uar-uar dan promosi ketika masih dalam bulan puasa lagi, ber­ akhirnya pula begitu ‘liat’ malah menjangkau hingga menjelang akhir Syawal. Lihat sahaja di TV, selepas dua malah hingga tiga minggu raya, masih begitu banyak program diterbitkan atas nama Hari Raya hingga bukan sahaja menghairankan, buat kita geleng kepala malah naik muak pula melihatnya. Ini menunjukkan betapa orang kita begitu suka pada hiburan, keseronokan dan men­cari-cari sebab untuk ber­ seronok tanpa mengira masa dan kewajaran. Toleh pada hari kebesaran atau perayaan kaum lain, adakah seperti kita? Sudah tentu tidak, bukan? Mari kita suluh pada asal usul Hari Raya, Aidilfitri dan Aidiladha mengikut ajaran Islam. Sebelum zaman Nabi SAW, masyarakat Arab Jahiliyyah sudah ada perayaan mereka sendiri iaitu Nairuz dan Mahrajan. Kedua-dua perayaan itu diraikan secara tradisi sejak zaman Parsi kuno; dan seiring dengan kehidupan hedonis Jahiliyyah, pengisiannya ada­

Hari Raya harus dimanfaatkan untuk mengeratkan silatulrahim. - Gambar sekadar hiasan

lah acara-acara yang berkaitan dengan keseronokan nafsu maksiat.

Namun apabila turunnya Islam menerusi kenabian Muhammad S.A.W., perayaan bagi umat yang beriman disyariatkan dalam bentuk ibadah. Aidilfitri sebagai kemuncak ibadah puasa yang dijalani pada bulan Ramadan manakala Aidil Adha pula bagi menepati fitrah ibadah korban yang disyariatkan ke­pada orang Islam. Lalu, apabila hal bersukasukaan jadi keutamaan orang Islam pada masa ini meraikan Hari Raya, adakah kita secara perlahan-lahan sedang merintis jalan untuk kembali pada cara hidup Jahiliyyah? …. Masih mengenai majlis Aidilfitri atau rumah terbuka Hari Raya. Sudah jadi kebiasaan dalam

sesetengah pertemuan yang melibatkan rakan-rakan atau kenalan pada musim perayaan ini, ada pertanyaan: “Kau tak buat open house ke? Aku nak datang ni…” Itu mungkin sapaan biasa bagi yang bertanya namun da­ lam sesetengah keadaan, ia mem­­beri tekanan kepada yang ditan­ya. Mengadakan majlis akan me­nyebabkan seseorang ha­rus mengeluarkan kos. Be­ sar atau tidak kos adalah bergantung pada saiz majlis yang dianjurkan dan berapa ramai jemputan. Walaupun mungkin tidak besar namun dalam keadaan ter­­tentu, ia mendatangkan ma­ salah bagi yang ‘terpaksa’ mengadakan juga majlis itu meskipun pada hakikatnya, dia kurang mampu. Bagi yang bertanya, apa yang diperkatakannya mung­ kin hilang pergi bersama angin

yang berlalu namun bagi yang ditanya, ia adalah sebaliknya. Per­tanyaan se­per­ti itu mungkin akan me­ nyebabkan dia berasa malu – jika majlis tidak diadakan – lalu mendorong dia mengadakannya juga dalam keadaan paksa rela. Paling tidak, pertanyaan seperti itu telah meletakkan dirinya dalam situasi serba salah. Menyebabkan orang lain be­rasa serba salah dengan katakata kita bukanlah sikap atau tindakan yang beradab. Apa yang sebaiknya, kalau dijemput, kita hadirlah. Kalau tidak dijemput, tidaklah perlu ditanya-tanya seperti itu. Ada kemungkinan walaupun sibuk bertanya, kalau dijemput, kita tidak hadir pun! Bukankah itu lebih me­ nyakitkan hati dan men­jejas­kan silaturahim? Apa pun, biarlah sama-sama ikhlas!

Cara sihat, berkesan turun berat badan NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

SALAH satu cara yang membantu saya menurunkan berat badan 7 kilogram dalam tempoh sebulan ada­lah dengan mengamalkan mi­num air yang direndam buah-buah­an. Mungkin ramai yang tidak mem­ punyai masa untuk membuat jus buah-buahan untuk sarapan pagi. Lagipun, untuk menyediakan jus buah-buahan perlukan masa dan usaha yang lebih. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang yang hasilnya akan berupaya membantu

kita mengekalkan kecergasan, mem­ bersihkan badan serta membakar le­ mak tanpa kos yang tinggi. Selain mengelakkan minuman bergula, minum air rendaman buahbuahan membantu kita mengeluarkan toksin dalam badan. Air yang direndam dengan buah-buahan juga dikenali sebagai air detoks, air berperisa buah pada dasarnya adalah gabungan apa sahaja buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang direndam dalam air sejuk. Minuman tersebut akan mem­ berikan kita vitamin dan nutrien yang secukupnya untuk lebih sihat, lebih cantik dan meningkatkan tenaga. Faedah menarik yang lain ter­ ma­suk menggalakkan penurunan berat badan, menguatkan sistem imun, memperbaiki kulit anda,

nafas lebih baik, berfikir yang le­ bih jelas dan mengeluarkan racun dari badan. Terdapat pelbagai resipi yang anda boleh cuba seperti meng­ gunakan hirisan timun, limau, halia, tembikai, daun pudina, strawberi dan lain-lain lagi. Buah-buahan yang lain memberikan manfaat yang lain bergantung kepada keperluan badan anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai resipi mengikut citarasa anda di Internet. Cara membuat air buah semulajadi adalah amat mudah tanpa perlu membeli barangan elektronik yang mahal. Anda cuma perlu mengisi jag atau gelas dengan beberapa pilihan buah-buahan kegemaran dan isi ais sehingga setengah botol dan

isi air sehingga penuh. Pastikan air disejukkan selama sejam sebelum minum. Untuk menjimatkan wang, anda boleh mengisi semula be­kas jag atau gelas selama dua atau tiga kali sebelum kehilangan rasa. Ini adalah cara yang amat mudah, bukan? Saya syorkan anda mencuba untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Jika anda kurang minat minum air biasa, ini juga adalah satu cara untukmemberi inspirasi dan motivasi kepada anda untuk minum air yang banyak setiap hari.


19 - 25 Julai 2017

11


12

19 - 25 Julai 2017

MRT SBK Perintis Era Baru Rel Urban Teks AZHAR GHAZALI Foto MOHD FAITH EZENE

SELEPAS KTM, LRT dan monorel, Malaysia kini melangkah ke era baru dalam perkhidmatan rel urban negara dengan hadirnya rangkaian MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK), yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad melalui anakanak syarikatnya, Rapid Rail dan Rapid Bus. Sementara Rapid Rail ber­ tang­gungjawab un­tuk me­ngen­ dalikan pe­nye­leng­garaan dan operasi per­ khidmatan rel ter­ moden negara itu, Rapid Bus pula memastikan ke­mudah­an salinghubungan atau ‘connectivity’ untuk para pengguna melalui perkhidmatan bas perantara. Berbeza dengan operasi fasa pertama yang dibuka pa­ da 16 Disember tahun lepas, perasmian fasa kedua dan laluan sepenuhnya 51km ini dijangka memberi impak besar dengan menaikkan jumlah penumpang MRT SBK kepada 150,000 sehari. “Impak ini akan dihasilkan oleh kemudahan integrasi dan saling-hubungan yang di­ sediakan oleh MRT SBK dengan rangkaian rel urban yang lain khususnya kedua-dua laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya dan laluan monorel yang juga dikendalikan oleh Rapid KL, serta perkhidmatan KTM Komuter, yang dikendalikan oleh KTM,” kata Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana. Baru-baru ini, Azmi dan Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam telah membuat membuat lawatan ke laluan baru ini bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah dan para pegawai tinggi yang lain menjelang perasmian fasa kedua MRK SBK, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 17 Julai 2017. Selepas selesai usahausa­ ha mengintegrasi dan meng­hubungan komponen-

komponen rel urban sekarang khususnya LRT dan monorel, MRT SBK membuka era baru dalam sektor berkenaan dengan mengembangkan lagi rangkaian sesawangnya. Prasarana juga telah memulakan projek LRT Laluan 3 daripada Bandar Utama dan Johan Setia di Klang, yang mana akan berintegrasi dengan rangkaian MRT SBK. Fasa kedua antara Semantan dan Kajang melengkapkan Laluan MRT SBK sepanjang 51km dengan melalui kawasan ber­ populasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi-destinasi popular

pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni. Dengan jarak 30km itu, fasa kedua ini mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah dengan majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar. Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar. Stesen berke­ naan ialah Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman

Paling unik adalah pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan hub pengangkutan awam ban­daraya KL Sentral adalah ba­gi tujuan mengintegrasikan per­khidmatanperkhidmatan pengangkutan di pusat bandar.

Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih dan Merdeka. Namun, lebih penting lagi, ste­sen-stesen MRT tu­rut dibina secara stra­­­tegik untuk meng­­ integrasikan de­­ ngan LRT, mo­ no­ rel dan KTM Ko­ muter bagi me­­ningkatkan kemudahan ke­ sa­linghubungan perjalanan un­ tuk pengguna. Paling unik adalah pem­ binaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan hub pengangkutan awam ban­ daraya KL Sentral adalah ba­ gi tujuan mengintegrasikan per­k hidmatan-perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar. Selain pusat-pusat pe­ lan­ congan, laluan MRT SBK tu­rut dengan pusat-pusat ke­wan­gan, seperti Stesen Merdeka, yang ber­ dekatan dengan UTC Kuala Lumpur dan Hab Bas Pudu

Sentral; Stesen Bukit Bintang, yang berdekatan dengan kom­ p­leks membeli belah Pavillion, Lot 10 dan Starhill; Stesen Cochrane, yang berhampiran de­­ngan MyTown Shopping Mall dan Ikea Cheras; dan Ste­ sen Maluri, yang terletak ber­ ham­ piran dengan Sunway Velocity dan AEON Taman Maluri. Setiap set tren MRT ini mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti se­ banyak 1,200 penumpang de­ ngan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan pe­ num­ pang harian kira-kira 400,000 orang. Laluan MRT Sungai BulohSerdang-Putrajaya (Laluan SSP), sepanjang 52.5km pula dijangka siap pada suku kedua 2022 manakala laluan terakhir, MRT-3, membabitkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan.

Ismail ketika ditemani Azmi dan Ahli Lembaga Pengarah Prasarana yang lain meninjau persiapan terakhir MRT ke Kajang.


13

19 - 25 Julai 2017

Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK BESTARI JAYA 200 Meter dari jalan besar Dekat sekolah & Majid, 50x60kp. RM29,800. 033250 1470 / 3250 8221 / 017-667 1305Roni / 0139834 054 ika IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong

Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1971

Rumah untuk dijual PANGSAPURI CENGAL Jalan Pinggiran Mas 2 Taman Mas Sepang *Free SPA + Stamp Duty + FULL LOAN* -650sf , 3r2b , basic unit call 012-9777 769 PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)

KLASSIFIED

PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656 JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748

LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA untuk belia di luar bandar RM380,000 Teres Setingkat berumur 16 hingga - 30x60 25 tahun elaun harian - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan diberikan 017-513 2476 / Bebas, Ubahsuai , cabinet 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

19 - 25 Julai 2017

DESTINASI

Gianfranco Zappettini kembali

Peluang terbaik buat peminat seni lukisan halus. Pameran seni lukisan halus karya Gianfranco Zappetini akan dia adakan di Richard Koh Fine Art, Bangsar Park pada 6 sehingga 27 Julai ini. Sebanyak 14 karya akan dipamerkan dari lima dekad lalu bagi mencatat perjalanannya melalui konsep ‘Superimposed Canvases’ sehingga konsep lukisan baharunya yang menggunakan teknik La trama el’ordito (The Weft and the Warp). Layari http://rkfineart.com/ untuk maklumat lanjut.

Kill Your Darling

Saksikan dua orang koreografer yang baru menamatkan pengajian mereka dalam seni tarian dari luar negara. Kemunculan pertama ini sangat menarik untuk ditonton kerana menggunakan tema ‘bunuh’ sebagai metafora dalam seni tarian mereka. Kepada anda yang meminati seni tari jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada pengalaman berharga milik dia kareografi tari ini. Sila layari http://www.dpac.com.my/ untuk sebarang maklumat lanjut.

Opera tradisional Cina

Kepada anda yang meminati persembahan opera cina, The Sound of Tai Hei dan rombongan akan mempersembahkan pelbagai opera Cina dalam jelajah pertama mereka menerusi program Pameran Seni Tradisional 2017. Tidak rugi anda memilih untuk bersama keluarga ke program ini untuk menambahkan pengetahuan anak-anak khususnya dari segi asal usul opera Cina yang terkenal sejak berkurun lamanya. Layari www.visionkl.com untuk maklumat lanjut.

Kesedaraan buat ibu bapa Program ini mencerminkan kehidupan masyarakat pada masa kini. ‘Why Good Parents Make Great Leaders!’ memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjadi ketua yang terbaik buat anak- anak mereka. Program yang bakal di adakan di Training Room, MIM Office, Jaya 33 Petaling Jaya mampu memupuk semangat kesedaraan yang tinggi dalam menjadia ‘role model’ kepada anak-anak. Maklumat lanjut sila layari www.eventbrite. com.

Bengkel grafik 3D Ekspo seni visual

Anda dijemput ke festival budaya dua hari yang memfokuskan kepada seni visual yang cang­­­gih termasuk animasi, komik, filem, mu­ zik dan permainan video. Anda juga boleh men­ gam­bil bahagian dalam aktiviti yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung festival ini. Pupuk generasi sekarang untuk dekat dengan bidang ini kerana ia juga menjanjikan pulangan yang lu­­mayan jika dipilih sebagai salah satu karier se­­telah anda menguasai salah satu daripada bidang ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www. vax.asia/.

Sesuatu yang amat berharga dan tidak perlu anda lepaskan peluang ini. Satu bengkel berasaskan reka bentuk 3D yang akan dipandu oleh pakar reka bentuk 3D dari Jepun, Taketo Kobayashi. Selain menerima secara langsung ilmu dan kepakaran yang dimiliki Kobayashi, anak-anak sekolah rendah ini akan menjalankan amali dan seterusnya sekali lagi akan ditunjuk ajar oleh pembimbing bengkel ini. Penganjur hanya membuka penyertaan dalam kalangan kanak-kanak di bawah 13 tahun dan hendaklah ditemani oleh orang dewasa. Sila layari http://www.cube1kl.com/ untuk dapatkan maklumat lanjut.

Ketenangan berganda makanan Jepun

Kesibukan kota mampu memberi tekanan kepada penduduk kota namun Hotel Seri Pacific,Kuala Lumpur menawarkan pakej KONFUKU yang membawa maksud ketenangan berganda di mana pelanggan boleh memilih untuk duduk di ruang yang terdapat di situ. Mereka juga menawarkan pelbagai makanan anataranya enoki mushrooms, pencuci mulut dan pelbgai lagi makanan tradisi Jepun yang menjadi kegilaan masyarakat kini.


19 - 25 Julai 2017

15


16

19 - 25 Julai 2017

www.syahrilkadir.com

Mengenang Loloq TAHUN 1988, Pasar Seni (CM) baru dibuka. Masih hijau tetapi sangat popular. CM memindahkan lokasi pertemuan seniman jalanan dari Panggung Drama ber­de­ ka­tan Bus Stand Kelang, dan dari Kompleks Budaya Negara di Padang Merbuk. Sejak CM bu­ ka, seniman merambu ke Res­toran Yusof dan lorong pe­ ja­lan kaki sekitar CM. Loloq pula baru sampai dari Singapura. Umurnya baru 30 tahun. Jadi dia an­ tara yang selalu melepak dan mendengar orang baca pui­ si di CM. Waktu itu, Loloq su­ dah mula menulis lirik. Di KL, Loloq menyertai rakan lama­ nya, M. Nasir. Hebatnya lirik-li­ rik Loloq kita tak perlu bual. Google akan men­jelaskan semuanya.

Dia seniman hebat dengan le­ bih 500 lirik lagu yang 90 pe­ ratus menjadi hits dan dinyanyikan artis popular. Search, Wing dan Ella pa­ ling banyak menikmati lirik kar­ya Loloq. Cuma bagi kawan lama, ke­ hi­langan Loloq pada 30 Januari 2008 dirasakan sebagai ke­ hi­ langan pakar bercerita yang ba­katnya sangat menarik ke­ti­ ka berbual di warung kopi atau res­toran mamak. Kalau tidak di Restoran Yusuf dalam CM, tempat mena­ rik berbual dengan Loloq ialah di Nasi Kandar Lorong Katak sebelah CM. Loloq meriah idea; meraikan per­bezaan dan semua benda se­ rius diaturnya menjadi je­na­ ka. Dia pakar meng­­ko­ mikkan idea da­ lam per­bualan. Ma­lah, dia bijak men­ ­ cipta satira spon­ tan. Ada ka­ wan akrab yang me­mi­li­ ki sekeping lu­­­­ki­san pen­ sil yang ber­ tahun tidak

Lirik tulisan Loloq sentiasa 'berbisa'

dapat dijual. Lukisan ala-ala

1

Loloq pernah berlakon bersama Dr. Samad Salleh

absurb dengan imej ular me­ ling­ kar di sebatang pokok besar. Satu hari, setelah berta­ hun-tahun mengusung seke­ ping lukisan kecil yang tidak per­­ nah terjual itu – Loloq men­gusulkan: “Ada band rock nak buat album,” kata Loloq dengan mu­ka yang serius: “Aku boleh re­ kemen lukisan kau jadi cover.” Si pelukis nampak seronok tapi berkata: “Dia bayar RM1,000, aku bagi copyright!” Muka Loloq merah padam dan menjawab: “Kau ni macam superstar. Kalau berlagak, kau simpan saja lukisan tu!” Ini suasana biasa. Satu hal yang eksklusif tentang Loloq. Dia berterus-terang dan akan berkasar dengan orang yang disukainya. Loloq tidak bergurau dengan semua orang. Tidak ramah tanpa melihat siapa rakan bualnya. Tak tahu apa nasib lukisan itu. Tetapi pelukisnya antara sahabat yang disayangi Loloq. Tiap kali Loloq turun ke CM dan sebelum pulang, dia akan memberikan wang pada rakan itu walaupun dengan jenaka:

2

Pemen

ang

RM50

minggu RM50 setiap pemenang utama mingguan

Sentuhan M. Nasir - Loloq lazimnya akan meletup

“Naik bas balik Kajang. Jangan kau berlagak tidur hotel!” Loloq kuat membaca. Dia memang penagih buku. Wangnya habis di kedai buku ter­ pakai Jalan Bangsar. Atau di susur buku lambak yang di­ jual orang di celah-celah tang­ ga sepanjang bangunan Jalan Masjid India. Tahun 1990an, buku-buku hebat dunia ditemui di celah-celah tangga. Loloq suka sastera Rusia (sesuatu yang tidak pernah ditemui dalam lirik-lirik lagunya). Dia suka Nikolai Gogol dan Maxim Gorky. Loloq mahir juga sejarah Eropah moden terutama yang mem­ pengaruhi aliran idea seni. Membaca buku dan menyintai ilmu antara susuk Loloq yang unik. Ke­ tika dihadiahkan buku Resurrection, karya klasik Leo Tolstoy, dia menerimanya de­ ngan komen: “Tebal. Jenuh nak baca!” Beberapa minggu ke­ mu­ dian, ketika minum di Ben­ teng Lama, Loloq memuji Tolstoy. Dia menjelaskan se­ cara terperinci kehebatan Resurrection berbanding War & Peace.

3

Maknanya, dapat saja dia terus membaca. “100 tahun lalu,” kata Loloq: “Orang macam Tolstoy me­­lihat dunia dengan pe­ra­sa­an yang hebat!” Membaca adalah dunia Loloq. Malah lebih penting, mem­­­baca bahan yang men­ga­­­ yakan perasaan terhadap hi­­ ­ dup. Perasaan luar biasa itu­lah tercurah dalam lirik-lirik nu­ kilannya walaupun da­ lam ba­ ha­sa yang mudah. Sudah sembilan tahun dia pergi namun lirik-lirik di­­­ilhamkannya terus kekal di­­­dengar. Seakan tiada ban­ dingan! Cuma bagi kawan-kawan ka­ki warung dan restoran, te­ra­ sa sepi. Suara cerdiknya men­je­ nakakan hal-hal yang be­­­sar se­ ca­ra komikal dan sa­tira sudah la­ma hilang. Takkan ada tempat untuk me­­mutarkan semula semua ke­­­hebatan dan kecerdikan Lo­ loq ketika bercerita di meja ko­ pi. Dia memang pakar da­ lam coffee session meeting! Al fatihah buat Rosli Khamis. Anda memang legenda! Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com


17

19 - 25 Julai 2017

Makan

DI MANA

‘Port’ VIP Kedah lepak KHIZAIRI KHIZAN

BIHUN sup sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini tidak kira sama ada ia dihidang dengan daging lembu atau pun ayam. Namun makanan yang se­ ring dimonopoli oleh orang utara itu tidak dapat dinafikan lagi keenakannya. Bihun sup cukup terkenal di negeri jelapang padi, Kedah dan makanan berkenaan sangat sinonim dengan penduduk ne­ geri itu. Oleh itu tidak hairanlah apa­ bila ada anak jati negeri ter­babit berani mengambil pe­ luang membuka restoran yang meng­ hidangkan bihun sup Banda­ raya Kuala Lumpur bagi memperkenalkan resepi turun temurun itu kepada masyarakat di luar Kedah terutama warga kota. Isi daging lembu yang empuk dan mudah dikunyah dan terasa dagingnya yang segar membuatkan sesiapa sahaja

akan datang kembali untuk menikmatinya di Restoran Bihun Sup Kedah dekat Batu Caves Centre Point. Amat sukar sekali untuk jumpa hidangan bihun sup yang betul-betul mengekalkan keaslian dalam masakannya seperti di restoran ini. Hamdan A Hamid, 44, pe­ milik restoran berkenaan mula meniaga sejak dua tahun yang lalu. Selain daripada bihun sup­ nya yang terkenal dengan ke­ empukan daging dan sup yang asli dengan rempahnya, dia turut menjual kuey teow kerang peknga, pulut ikan kering, laksa dan masakan panas yang lain. Lebih menarik lagi, sambil menikmati hidangan di restoran ber­­kenaan pelanggan juga dapat melihat gambar-gambar lama bagunan di Alor Setar yang menghiasi dinding seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Pekan Rabu, Kolej Sultan Abdul Hamid dan bas Mara Jalan Langgar. Restorannya yang mula ber­ operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam itu menggunakan tenaga

12 pekerja bagi melancarkan lagi perniagaan. Kata Hamdan, sejak dia mem­ buka restoran berkenaan ramai pelanggan yang datang termasuk pelancong dari luar negara. Menurutnya juga, restoran­ nya itu turut menjadi pilihan bagi golongan orang kenamaaan (VIP) dari Kedah untuk singgah menikmati makanan yang di­jual­ nya.

Restoran Bihun Sup Kedah di Batu Caves Centre Point.

Menu wajib cuba di restoran bihun sup Kedah 1) Bihun Sup - Daging - Ayam - Perut - Campur - Special 2) Nasi Lemak Kedah 3) Laksa Kedah 4) Peknga - Biasa - Pisang - Kelapa 5) Pulut - Ikan masin - Mangga 6) Kuey Teow kerang

Katanya, mereka itu terdiri daripada wakil rakyat, pegawai kerajaan termasuk menteri. Jelas Hamdan, VIP dari Kedah ke restorannya itu datang ke Ibu Kota untuk tugas masingmasing. “Saya memilih untuk mem­­ buka restoran ini kerana bihun sup adalah makanan yang digemari semua lapisan masyarakat kita. “Sebelum saya membuka restoran ini saya sering me­ ne­ri­ma tempahan katering. Pelanggan selalu memilih bihun sup sebagai tempahan. Dari itu­ lah saya mendapat idea untuk mem­buka restoran ini dan men­ jadikan bihun sup sebagai menu utama,” katanya yang juga bekas anggota tentera laut. Hamdan berkata, dia ber­ sama isterinya Aishah Zakaria mengusaha restoran berkenaan.

Selain itu menurutnya, se­ awal pagi pelanggan datang ke restorannya untuk sarapan menu istimewa iaitu peknga yang dicicah dengan kari ikan. Katanya, peknga adalah salah satu makanan kegemaran untuk sarapan masyarakat di Kedah. Sementara itu Hamdan berkata, dia turut menerima tempahan untuk katering. Katanya, antara menu terkenal yang menjadi pilihan pelanggan katering adalah nasi arab dan kambing golek. Bagi bekas pemain hoki Kedah itu, kateringnya setiasa mengenakan harga yang berpatutan bagi kepuasan pelanggan. Untuk tempahan boleh hubungi 012-3539574 atau 012-6291906 serta boleh layari www.facebook.com/bihunsup. kedah.5.

Gambar lama Alor Setar imbau nostalgia MEMPAMERKAN gambar hitam putih bandar Alor Setar menggamit nostalgia bagi anak Kedah yang berkunjung ke restoran berkenaan. Gambar terbabit yang menghiasi din­ding restoran berkenaan menarik per­hatian sesiapa sahaja. Hamdan berkata, dia mendapat idea untuk meletakkan gambar ber­ kenaan di ruang premisnya kerana bagi­ nya walaupun dia berada di mana sahaja, negeri kelahirannya tidak dilupakan. Katanya, gambar itu juga sesuai dengan suasana restorannya yang menghidangkan makanan asli Kedah.

“Dengan adanya gambar ini di restoran saya, ia dapat mengamit me­ mori bagi anak-anak jati Kedah yang mengunjungi premis ini. “Sambil mereka makan, mereka akan berasa seperti berada di Kedah.

“Bagi pelanggan yang bukan asal dari Kedah, mereka juga tertarik dengan gambar-gambar berkenaan dan sedikit sebanyak mereka dapat mengetahui se­ jarah bandar Alor Setar,” jelasnya.


18 Di sebalik

19 - 25 Julai 2017

JENAMA

Facebook lahir di bilik asrama Harvard MURNI REJAB

SIAPA sangka Mark Zuckerberg mencipta laman so­­sial popular, Facebook ber­ sa­­ma rakan-rakannya hanya di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard pada tahun 2004. Malah sebelum mun­ cul­ nya Facebook, terdapat be­ be­­ rapa perisian lain yang di­­­ciptanya iaitu Facemash pa­­­da 2003, aplikasi yang me­ ma­­­­dankan gambar dua pe­la­ jar yang mempunyai muka yang sama dan pengguna bo­­ leh mengundi siapa yang ke­­­­lihatan lebih menarik ser­­­­ta laman web baharu, Thefacebook di mana ja­ rin­ gan sosial skala kecil un­ tuk lingkungan sekolah dan kam­­ pus pada Januari 2004 dicip­tanya sebelum na­ma Face­ book dipilih dan di­be­sarkan lagi rang­ kaiannya.

Mark berjaya mengembangkan syarikatnya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Minat seawal usia 12 tahun Mark Elliot Zuckerberg di­ la­hir­kan pa­da 14 Mei 1984 di New York dalam se­ buah ke­ luar­­ga yang ber­pen­didikan ting­­gi. Ayahnya se­orang dok­ tor gigi manakala ibu­­nya ada­ lah seorang psikiatri. Mi­natnya dalam b i­­d a n g k o m­­ pu­­­t er

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maxima Chan Zuckerberg.

Muka hadapan profil Facebook.

ber­­mu­­la pada usia 12 tahun. Dia telah mencipta ‘Zucknet’ un­­­­tuk ke­gu­naan ayah­nya di kli­nik dan un­tuk keluarga me­ re­ka ber­ko­mu­ni­kasi di dalam ru­ mah tanpa per­ lu menjerit. Mark juga men­ cipta ‘game’ ber­dasarkan lu­kisan kawankawannya. Kerana minat yang ‘me­ lam­ pau' dalam bidang per­ ­ kom­­puteran, ibu bapanya men­­­­gupah tutor peribadi un­ tuk mengajarnya mengenai pen­­­ga­­turcaraan kom­pu­ ter. Bu­kan sahaja pandai dalam bi­dang p e r­k o m p u t e r a n , ma­­lah Mark turut ce­­mer­lang dalam pel­bagai bidang lain termasuk ba­ ha­ sa klasik, su­ kan, muzik dan lain-lain selepas dia meyambung

Apa itu Facebook?

Facebook sudah lama bertapak di arena internet. Facebook adalah salah satu sesawang sosial secara dalam talian melalui internet di mana kita dapat membentuk komuniti dan mengundang kawan-kawan untuk menyertainya. Dengan komuniti yang kita bentuk, kita dapat mengikuti perkembangan semasa kawankawan, berkongsi gambar, video dan sebagainya. Selain itu dengan adanya Facebook, kita dapat mempromosi laman web atau blog kepada kawankawan yang ada dalam komuniti yang kita tubuhkan malah kini jualan secara dalam talian turut menggunakan Facebook sebagai satu kaedah untuk mempromosikan barang jualan. Namun harus diingatkan,

sekiranya kita menggunakan apa-apa perkhidmatan secara online, jangan terlalu percaya dengan mengisi maklumat yang terlalu peribadi dikhuatiri sesuatu buruk akan berlaku.

pen­ ga­ jian di Phillips Exeter tapi kemudian telah dihen­ti­­­kan Academy. oleh pihak universiti ke­ rana dianggap tidak beretika. Selepas itu, Mark dan rakanMula cipta software Semasa di sekolah me­ nen­ rakannya telah berjaya men­ gah, dia telah mencipta versi cipta satu laman internet yang awal software muzik Pandora. membolehkan pengguna men­­­ muat Ban­yak syarikat yang berminat cipta profil mereka, me­ un­tuk melabur untuk perisian naik gambar dan ber­ko­mu­­­ ini termasuklah AOL dan nikasi dengan orang lain. Perisian ini dinamakan se­ba­­­ Microsoft. Syarikat gergasi ini ingin mengambilnya bekerja gai Facebook yang menjadi me­­­­­ se­­­bagai jurutera sebelum dia ta­ dia sosial terkenal pada hari ini. Mark kemudiannya telah mat belajar tetapi dia meno­lak. henti dari kolej untuk me­ Selepas tamat belajar di ber­­­ Exeter pada tahun 2002, Mark nu­m­­­pukan sepenuh perhatian ditawarkan masuk ke Universiti ke­pa­da penubuhan Facebook Harvard. Dia te­ lah membina un­­tuk para pelajar Ivy League. da penghujung tahun 2004, perisian yang di­ panggil Pa­­ pengguna Face­ CourseMatch iaitu satu perisian bi­­­langan yang membantu pe­­la­jar kolej book ada­lah sebanyak se­ju­ta lah kini ia melebihi dari untuk memilih ke­­ las mereka ma­ lah ter­ sebut selepas se­ berdasarkan pi­ lihan kursus jum­ lu­ruh du­nia menggunakan pengguna lain. likasi Facebook ini untuk Mark juga turut mencipta ap­ Face­ mash, sebuah aplikasi menghubungkan antara satu yang telah menjadi popular te­ sama lain.

Facebook ingin dibeli syarikat besar MARK telah berjaya mengembangkan syarikatnya dengan menerima suntikan dana daripada pelabur yang membantu meluaskan rangkaian Facebook bukan sahaja dalam kalangan pelajar Ivy League sahaja tetapi mula digunakan di dalam komuniti pendidikan secara menyeluruh sehingga bilangan pengikutnya me­ ning­kat kepada 5.5 juta pada tahun seterusnya. Facebook mula me­ ngorak langkah lebih maju ke­ hadapan dan banyak syarikatsyarikat seperti Yahoo dan MTV Networks mahu mem­belinya tetapi dia menolak dan me­ milih untuk mem­­ besarkan sya­­ rikatnya de­ngan

usahanya sendiri. Sepanjang kejayaan Facebook, Mark turut berdepan dengan be­ be­ rapa cabaran antaranya adalah kes tuntutan mahkamah yang me­ ngatakan yang dia telah menciplak idea Harvard Connection untuk mencipta Facebook dan telah membayar 65 juta dolar dalam tuntutan ini kerana didapati mengambil harta intelektual milik Harvard Connection. Selain itu, Mark juga telah mem­bantah sekeras-kerasnya apa­bila kisah hidupnya di­adap­ tasi ke dalam buku dan filem dengan penceritaan yang salah. Mereka me­ ng­ ambil keuntungan yang lumayan daripada kisah Mark.


19

19 - 25 Julai 2017

21

Kalau sudah jodoh

21

Luna Maya kelilingi Eropa ala diva

21

21

Cinta Anis Cassidy pilih ke jinjang pelamin lagu Melayu 20

Alif Aziz timang anak

23


20

19 - 25 Julai 2017

Jodoh Anis Al-Idrus FATEEN AHMAD

Siapa yang tidak mengenali pelakon yang cantik manis, tinggi lampai ini. Rata-rata penggemar cerita rantaian melayu semestinya amat men­ genali pelakon cerita Duda Telajak Laris ini yang telah pun menamatkan zaman bu­ jangnya pada 7 Julai lalu. Majlis akad nikah yang diadakan di De’laman Event Space and Wedding, Bukit Jelutong itu mengejutkan peminat Sarifah Anis Syed Al-Idrus, 29 bersama Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35. Penikahan yang dihadi­ ri oleh sanak keluarga dan rakan-rakan Anis ini menjadi tanda tanya apabila dia berpa­ kaian pengantin namun tidak memakai kasut pengantin tetapi Anis memilih 'sneakers' untuk disarungnya pada hari yang dinanti-nanti oleh raja sehari ini.

Sekalipun telah bergelar isteri Anis akan terus aktif sebagai pelakon.

Meskipun ramai yang mengecam tindakan Anis namun bagi gadis kelahiran Negeri Kelantan ini dia tidak menghirau apa pandangan netizen malah keselesaan menjadi keutamaannya.

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz kini sudah bergelar bapa dan melahirkan rasa syukur dan amat teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung­ nya itu. Aliff Aziz telah memuat naikkan gambar bayi seberat 2.91 kilogram bersama isterinya Bella Astilla di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Bayi lelaki sulung buat pasangan ini mendapat ribuan ‘like’ dan Instagram Aliff dihujani ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya. Bayi yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean menjadi kebangaan buat pasangan ini.

‘Iloves’, Emran-Laudya

Engku Emran dilihat intim bersama Laudya sambil ditemani Nora Danish.

PERANG dingin antara Ranbir Kapoor dengan Salman Khan nampaknya belum berakhir. Dikhabarkan Ranbir akan mengelak daripada bertentang wajah dengan Salman apatah lagi bila menghadiri majlis di tempat yang sama. Baru-baru ini portal Pinkvilla melaporkan, Ranbir dan Salman nyaris bertemu di studio Yash Raj Film. Ketika itu, Salman sedang menjalani sesi fotografi untuk filem ba­ haru arahan Shahrukh Khan yang turut dibintangi Katrina Kaif dan Anushka Sharma. Sementara Ranbir berada di sana untuk promo filem JAGGA JASOOS yang bakal lagi tayang di pawagam tidak lama lagi. Ranbir memilih untuk bertemu dan berbual dengan

Shahrukh Khan sahaja dan menghilangkan diri sebelum Salman Khan muncul. Ini bukan kali pertama Ranbir menjauhkan diri dari Salman, sebelum ini mereka pernah 'bertemu' di Mehboob Studio, dan Ranbir dilihat dalam keadaan terge­ sa-gesa mengelak diri apabila mengetahui Salman juga berada ada di situ. Segalanya dipercayai berpunca ketika Ranbir men­ jalin cinta dengan Katrina Kaif yang merupakan bekas kekasih Salman Khan. Uni­ knya, hingga kini hubungan Katrina dan Salman masih tetap baik. Katrina juga sudah putus cinta dengan Ranbir, tetapi Ranbir seolah mahu terus bermusuh de­ ngan Salman.

Tidak mahu menoleh ke­ belakang lagi pelakon tinggi lampai ini berjaya memutik­ kan rasa cintanya yang diatur­ kan oleh rakan baiknya yang sama-sama terlibat dengan dunia modeling.

Aliff Aziz teruja bergelar bapa

Wajah ceria Aliff saat pertama kali melihat anaknya.

Salman atau Ranbir?

BEKAS suami Erra Fazira, Engku Emran dika­ takan sedang bercinta dengan seorang pelakon cantik dari negara seberang. Menerusi laman Instagram milik pelakon Syurga Yang Tak Dirindui, Laudya Cynthia Bella telah memuat naik gambarnya bersama Engku Emran yang turut disertai oleh Nora Danish dan suaminya. Meskipun kedua-dua mereka tidak menge­ luarkan sebarang kenyataan bahawa mereka sedang meniti saat manis itu, namun kapsyen ‘Iloves’ yang ditulis Laudya cukup untuk meng­ gambarkan rasa hati palakon jelita ini. Kapsyen itu telah mencuri perhatian netizen untuk terus melihat perkembangan mereka. Sejak gambar itu dimuat naik, Instagram milik mereka dihujani dengan pelbagai ucapan yang mungkin ingin sama-sama meraikan hari bahagia Engku Emran-Laudya.

Abby terima kenyataan PELAKON dan juga bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi, redha atas pemergian anaknya yang dikandung be­ rusia lima bulan. Lumrah bagi setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin meng­ inginkan cahaya mata tanpa mengira jantina. Begitu jua bagi Abby yang mengharapkan cahaya mata sulung hasil perkahwinan keduanya dengan Muhamad Faizal Zakaria. Menerusi akaun Instagram Abby sendiri mengesahkan dia keguguran apabi­ la mengalami tumpahan darah yang banyak dan antara punca kematian bayi yang dikan­ dung

selama lima bulan itu akibat terbelit tali pusat dan juga darah tinggi. Beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memuat naikkan gambar suami kepada Abby yang sedang me­ mandikan mayat anak mereka dengan kapsyen. “Abah terus letak nama Muhammad Firdaus Faizal. Alhamdullilah. Lepas doktor masukkan ubat pukul 5.30pm pukul 9pm baby keluar sendiri. Syukur sangat-sangat. Kalau ikutkan bacaan darah terlalu tinggi bahaya untuk cuci.’ Walaupun sedih namun Abby dan sua­ minya redha atas pemergian anak mereka.

Faizal semasa pengembumian anak mereka.


21

19 - 25 Julai 2017

'Aussie' nyanyi lagu Melayu PERWATAKAN yang mudah mesra, peramah dan memiliki wajah yang cantik cukup untuk menjadi tarikan peminat kepadanya. Cassidy Anderson, wanita kelahiran Australia yang beru­ sia 29 tahun ini juga cukup sopan santun. Lebih menarik dia mampu berbahasa Melayu. Katanya, dia mula tertarik dengan Bahasa Melayu apabila bergaul dengan ramai rakan-ra­ kan Melayu dan menerusi filem-filem Melayu yang ditontonnya. . "Pada awalnya memang agak sukar un­ tuk pelari Bahasa Melayu. Ini bahasa kedua yang saya belajar. Tetapi apabila kebanyakan rakan-rakan adalah orang Melayu, saya mudah belajar, saya mengambil masa tiga bula sahaja untuk kuasainya." katanya ketika ditemui ba­ ru-baru ini. Cassidy mula meniti nama dalam kalangan peminat tempatan apabila lagu Lara (dari filem Ombak Rindu) yang dinyanyikannya tular di media so­ sial. Lara adalah lagu pertamanya dalam bahasa Melayu. "Memang saya dah boleh ber­ cakap Melayu tetapi

Cassidy ketika menghadiri majlis "An Evening with Warner Music.

Seputar Artis Cinta pandang pertama Peminat-peminat filem Korea semestinya amat mengenali pasangan drama Descendats of the Sun yang mengemparkan dunia hiburan baru-baru ini dengan pengumuman pernikahan mereka. Song Joong Ki yang melamar Song Hye Kyo pada musim sejuk lalu mendapat perhatian peminat di Malaysia dan pengumuman tersebut menjadi viral di laman sosial. Mereka yang pada awalnya menafikan percintaan mereka akhirnya dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup apabila kedua dua bintang terkenal Korea ini mengumumkan hal tersebut. Lebih menarik lagi Song Joong Ki juga telah menyediakan sebuah rumah buat pasangan cintanya selepas berkahwin yang bersebelahan dengan kediaman Rain dan Kim Tae Hee.

Cinta baharu Ben Affleck

masih banyak yang perlu saya belajar, bahasa Melayu cukup menyeronokkan untuk dipela­ jari," katanya lagi.

Lagu terbaharu

Walaupun masih kurang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu, Cassidy baru sahaja muncul dengan single berjudul Seperti Dia yang mengisahkan mengenai cinta seseorang yang ma­ sih mengingati kekasih lamanya seperti yang ditulis oleh Hael Husaini. “Lagu terbaharu saya Seperti Dia telah pun keluar dan dimainkan di stesen radio, walaupun saya masih belajar Bahasa Me­ layu tetapi saya faham setiap lirik yang saya sampaikan untuk menghayati lagu tersebut. Ia bukanlah mudah bagi orang baru seperti saya,” katanya lagi.

Pernah jadi 'host'

Bercakap mengenai masa depan Cassidy berharap agar lagu terbaharunya dapat diter­ ima ramai. Dia yang sebelum ini merupakan seorang model, penyanyi dan pengacara ketika menetap di Singapura teruja apabila dirinya semakin dikenali. Cassidy turut menyatakan dia lebih mengemari bidang pengacaraan namun bidang nyanyi ini adalah cara kedua untuk dia terus kekal di dalam industri hiburan. Bercakap mengenai dunia lakonan Cas­ sidy belum lagi bersedia untuk belakon memandangkan tutur bahasanya masih kurang fasih. Tetapi seandainya diberi pe­ luang untuk berlakon dia akan memper­ baiki dahulu bahasa sebelum menerima tawaran dari mana-mana pihak produksi.

Pasangan romantik Ben Affleck dan Jennifer Garner yang sudah pun bercerai pada April lalu tetap mejalinkan hubungan baik demi kebahagiaan anakanak mereka. Walaupun kedua-dua mereka dapat menerima perpisahan itu namun sedikit kebahagiaan terselit di depan anak mereka. Ben Affleck yang hampir 10 tahun menjalinkan cinta ini dikatakan telah pun menemui pengganti Jennifer. Pengarah televisyen ini yang dikatakan sering bersama Lindsay Shookus menjadi buah mulut netizen adakah itu orang ketiga penyebab perpisahan mereka.

Luna Maya kelilingi Eropa ala diva Pelakon terkenal Indonesia Luna Maya yang baru-baru ini mengelilingi negara Eropah dengan penampilan ala diva, menarik perhatian peminatnya. Luna Maya yang sering memuat naikkan gambarnya sepanjang dia di sana digelarkan diva dalam kalangan peminatnya. Maya juga sekarang dipahamkan sedang belakon dalam drama Love yang mendapat sambutan tinggi di sana.


22

19 - 25 Julai 2017

RELEKS

Jom Wayang Tajuk : Valerian and The City of A Thousand Planets Bahasa: English Genre: Aksi / Fiksyen Sains Durasi: 2 Jam 13 Minit Pelakon: Dane Dehaan, Cara Delevingne Pengarah: Luc Besson SINOPSIS Mengisahkan pengembaraan masa Valerian dan Laureline yang dihantar ke Galaksi Alpa untuk menerokai kota metropolitan tersebut dengan satu misi. Terdapat pelbagai jenis spesis yang berbeza- beza dari empat penjuru alam semesta itu. 17 juta penduduk kota tersebut bertungkus lumus berkumpul untuk menyatukan bakat mereka dari segi teknologi dan tenaga untuk kemajuan kota itu. Filem yang bergenre aksi ini tidak terlepas dari kuasa ghaib yang dimiliki oleh setiap penduduk alam di situ. Pada masa yang sama terdapat kuasa ghaib yang hendak memusnahkan Galaksi Alpa. Tajuk : Baby Driver Durasi : 1 Jam 13 Minit Genre : Aksi / Komedi / Jenayah Bahasa : English Pengarah : Edgar Wright Pelakon : Ansel Elgort, Lily Jamas, Jon Hamm SINOPSIS Mengisahkan mengenai seorang pemuda bernama Griff yang ingin menjadi seorang pemandu yang berjaya di Getaway Driver. Dia yang sedang bekerja dengan sebuah organisasi, sememangnya terkenal sebagai seorang pemuda yang gigih dan bercita-cita besar. Sukar juga untuk menduga arah tuju dan minat sebenar Griff. Ramai yang agak terkejut apabila mendapati dia kemudianya telah terlibat dalam satu rompakan. Akibat daripada kejadian itu hidupnya kian bercelaru dan hubungan dia dan rakan-rakan menjadi renggang. Tajuk : Our Time Will Come Durasi : 2 jam 10 minit Genre : Aksi / Perang Bahasa : English Pengarah : Ann Hui Pelakon : Zhou Xun, Eddie Peng SINOPSIS Jalan cerita yang dinantikan setiap penonton yang mengisahkan suasana di Hong Kong pada tahun 1940an. Fang Gu yang merupakan seorang guru sekolah biasa berubah perwatakannya menjadi seorang pejuang apabila dia mula teringat akan negaranya yang dijajah oleh Jepun suatu masa dahalu. Oleh sebab kesusahan yang dialami oleh penduduknya ketika itu dia tekad untuk mempertahankan negaranya daripada dijajah negara luar.


23

19 - 25 Julai 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Perjuangan beruk terbela

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

WAR for the Planet of The Apes sekali lagi menggegarkan pawagam dengan sambungan filem series dari filem sebelumnya iaitu Rise of the Planet of the Apes (2011) dan Dawn of the Planet of the Apes (2014). Filem yang menceritakan mengenai dua makhluk ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Mengisahkan mengenai Caesar yang merupakan seekor beruk merangkap ketua beruk di planet tersebut yang berjuang mempertahan kepupusan binatang itu yang sering menjadi buruan manusia. Caesar yang boleh bebicara dalam bahasa manusia dan bahasa beruk memahami setiap bibit-bibit bicara manusia. Caeser pada mulanya memaafkan perbuatan manusia terhadap pembunuhan kaumnya. Namun amarahnya menebal dalam diri apabila mucul watak Kolonel yang dimainkan oleh Woody Harrelson. Kolonel yang merupakan ketua askar untuk menentang beruk di planet ditentang hebat oleh Caeser dan rakan-rakannya. Isteri dan anak Caeser telah dibunuh oleh Kolonel membuatkan Caeser berjuang habis-habisan untuk membunuh Kolonel yang lengkap dengan alat peperangan. Bagi Caeser dia harus mempertahankan rakan-rakannya yang telah diatangkap oleh anggota tentera Kolonel semasa mahu berpindah ke tempat baru yang lebih selamat. Watak Caeser merupakan watak utama dalam filem ini. Caeser cuba menghampiri kawasan Kolonel dengan rakannya Maurice serta 3 orang lagi rakan mereka. Ketika Caeser mendapati rakannya di dalam tahanan Kolonel terseksa dia memasuki kawasan tersebutt seorang diri demi menyelamatkan beruk-beruk yang lain. Bagaimanapun kesemua rakannya dia bawah jagaan Kolonel akhirnya terlepas dengan bantuan Maurice dan rakan mereka yang cuba melepaskan rakan-rakan yang lain melalui bawah tanah. Kolonel yang terkena virus penyakit beruk akhirnya mati apabila beliau tidak boleh bercakap dan kesemua kawasan pertahanan itu hancur. Caeser yang mengharungi pelbagai rintangan semasa menyelamatkan rakannya yang lain akhirnya mati dan dia bangga kesemua rakan dan anak bongsunya terlepas dari tahanan manusia kejam.

Tajuk : War For The Planet of The Apes Durasi : 2 jam 23 minit Tarikh Tayangan : 11 Julai 2017 Pengarah : Matt Reeves Pelakon : Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria


24

19 - 25 Julai 2017

Pemimpin dunia berpengaruh SIKAP dan identiti seseorang individu itu bukan sahaja menjadi ikon untuk menjalani kehidupan harian malah ia lebih dari itu. Seorang pemimpin harus mempunyai kualiti untuk mempengaruhi rakyatnya dan juga negara yang dipimpinnya. Kehadiran insan yang bergelar pemimpin ini juga menjadi pemangkin untuk masa depan rakyatnya. Malah tidak hairanlah identiti beberapa pemimpin dunia ini dikenang sepanjang masa. Mari kita kenali enam pemimpin berpengaruh ini.

ADOLF HITLER

Hitler adalah seorang pemimpin besar na­ mun perbuatan dan tindakannya tidak be­ nar. Ketika Perang Dunia II berlaku, dia telah mengubah struktur sosial Jerman. Pun begitu, Hitler ba­ nyak menginspirasi ba­­nyak orang ke­ra­ na propaganda dan strategi yang di­ jalan­ kan­ nya membuat po­ li­ tik moden sangat menarik.

GEORGE WASHINGTON

George Washington adalah salah satu pemimpin terbesar yang dianggap sebagai presiden Amerika Syarikat yang paling diingati. Dia memimpin Revolusi Amerika dan menjadi presiden selama beberapa tahun. Kepimpinannya terkenal kerana komitmen dan kemampuan untuk mengambil keputusan pada saat sukar.

ABRAHAM LINCOLN

Abraham Lincoln adalah presiden ke 16 Amerika Syarikat yang lahir pada 12 Februari 1809, dan meninggal dunia pada 15 April 1865. Abraham dianggap sebagai salah satu pemimpin terbaik sepanjang masa. Dia memimpin ketika Amerika Syarikat dilanda perang saudara.

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Program Episod Tarikh Masa

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 19 - 25 JULAI 2017

: Kembara Dua Roda :3 : 24 Julai 2017 (Isnin) : 8.30 malam

DILANDA KEROSAKAN MOTOSIKAL, MAMPUKAH KEMBARA DITERUSKAN? Jika episod lepas, peserta Kembara Dua Roda terpaksa meneruskan perjalanan dengan menempuh hujan lebat dan banjir, kali ini, perjalanan diteruskan lagi dengan pel­bagai ujian dalam melengkapkan perjalanan di bumi Thailand. Antara dugaan paling getir dihadapi mereka ada­lah kerosakan motosikal dengan kawasan yang su­kar untuk mencari alat ganti. Mampukah mereka menlepasi dugaan ini? Saksikan Kembara Dua Roda. Program : Al Tijarah Episod : 10 Tarikh ​ : 25 Julai 2017 (Selasa) Masa ​ : 8.30 malam SUKAN SUNNAH LAHIR UMMAH GEMILANG Sejajar dengan saranan Islam yang mendidik umatnya menitik beratkan amalan riadah atau bersukan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas, Ladang Alam Warisan (LAW) menampilkan bisnes berkonsepkan pelancongan sukan dengan

MAHATMA GANDHI

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam Gerakan Kemerdekaan India. Ia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, mengusung gerakan kemerdekaan melalui aksi demonstrasi damai.

WINSTON CHURCHILL

Winston Churchill adalah Perdana Menteri yang dipilih dua kali iaitu yang pertama 1940 hingga 1945 dan untuk kedua kalinya dari 1951 hingga 1955. Dia adalah salah satu pemimpin besar ketika perang abad ke 20 yang terkenal dengan sikap patriotiknya. Dia meninggal dunia pada 24 Januari 1965.

MARTIN LUTHER KING

Martin Luther King adalah pemimpin yang lahir pada 15 Januari 1929. Martin Luther King selalu berjuang tidak mengenal kaum dan menunjukkan bahawa semua orang adalah sama. Dia menerima banyak penghargaan serta memenangi Hadiah Nobel Perdamaian pada 1964. Dia meninggal dunia pada 4 April 1968 kerana dibunuh.

memberi tumpuan kepada tradisi Melayu dan sunnah Rasulullah SAW. Al Tijarah menemubual pengasasnya, Muhamad Akmal Dahalan untuk berkongsi idea penubuhan LAW serta manfaat kesihatan yang diperoleh hasil dari aktiviti memanah dan berkuda dari segi mental dan fizikal. Program​ : Fesyen Chameleon Episod​​ : 11 Tarikh ​​: 19 Julai 2017 (Rabu) Masa ​​: 8.30 malam BERGAYA SOPAN DENGAN ABAYA EKSKLUSIF Ola fesyenista! Anda mencari abaya eksklusif untuk digayakan? Kali ini host anda Syikin Zaman membawa anda ke Butik Bella Ammara untuk melihat antara busana yang menarik di sana. Semestinya episod kali ini anda akan disajikan dengan tips fesyen untuk tampil lebih menarik. Jadi jangan lupa saksikan episod kali ini! Nantikan!

Program : Pemanis Mulut Episod : 13 Tarikh : 21 Julai 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam WHIMSICAL CAFE WAJIB KUNJUNG BUAT PENGGEMAR AISKRIM Bagi penggemar aiskrim, Whimsical Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, KL wajib untuk anda kunjungi. Kelazatan Aiskrim Waffle with Honey Belgium Topping pastinya membuatkan minum petang anda di kafe serba indah ini umpama berada di syurga. Kelembutan aiskrim yang dicampurkan keaslian manis madu dan kemewahan coklat Belgium pasti membuatkan anda tidak keruan. Ingin tahu bagaimana rupa dan rasanya? Nantikan Pemanis Mulut ok! Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

19 - 25 Julai 2017

Kisah anak muda

KAM

'Cosplay' sipencuri tumpuan MURNI REJAB

TIRU watak karakter kartun, ani­ me atau permainan video mung­kin kedengaran pelik, ta­ pi ini yang dilakukan peminat ‘cos­tume play’ atau lebih di­ke­ nali ‘cosplay’ yang telah mu­ la menapak di Malaysia se­ jak sekian lama. Anak muda te­ru­ tamanya adalah penggemar cos­ play kerana ia adalah seni di mana mereka akan memakai kos­tum dan aksesori untuk me­ wa­kili watak tertentu atau idea. Watak kostum yang dipakai se­ring diambil dari rekaan po­ pu­lar di Jepun, tetapi trend ba­ ru-baru ini termasuk kartun Amerika dan fiksyen sains. Ba­ gi yang belum tahu, sumber ke­ gemaran watak berkenaan ter­masuk manga, anime, to­ku­ sat­su, buku ko­mik, no­ vel grafik, p e r ­ m a i­­n a n

video, dan fan­tasi wayang. Se­ suatu yang ti­ dak biasa di­lihat ada­lah crossplay iaitu apabila pe­rem­puan memainkan peranan lelaki dan lelaki memainkan peranan perempuan. Pelaku 'cosplay' sendiri disebut sebagai 'cosplayer'. Hobi hilang tekanan Lily A. Megurine, 25, telah terjebak dalam hobi ‘pelik’ ini sejak Mac 2014. Mengaku meminati watak Luka Megurine (Vocaloid), Mirei Shikishima (Valkyrie Drive: Mermaid) dan Alice Margatroid (Touhou Project) yang ‘memacu’ dirinya untuk lebih mendalami watak berkenaan. “Saya sukakan 'cosplay' ini kerana dari fantasi kita boleh menjadikannya kepada realiti malah saya mempunyai enam pasang kostum yang dijahit khas semata-mata untuk mendalami watak berkenaan malah wajah turut ‘dikenakan’ solekan,” ujar Lily. Buat peminat 'cosplay', wang ringgit bukan penghalang mereka untuk menghasilkan kostum seperti yang diidamkan. Jelas Lily lagi, kostum yang ditempahnya bermula dari harga puluhan ringgit

hinggalah kepada ratusan ringgit bergantung kepada keperluan kostum berkenaan. “Pemilihan kostum ber­ gantung kepada karakter itu. Ada yang memerlukan aksesori seperti rambut palsu dan juga pe­dang. Malah banyak lagi ak­ sesori yang diperlukan untuk menghidupkan karakter yang dipilih oleh kami,” jelas Lily yang menjadikan hobi ini untuk menghilangkan kebosanan. Bagi Aqlifputra Iqbalputra, 20, dia mula melibatkan diri da­ lam 'cosplay' ini apabila ‘jatuh cin­ ta’ dengan watak-watak anime pelbagai karakter yang ti­ dak tertumpu dari Jepun sa­ haja malah ia turut terdapat di negara luar yang lain seperti Amerika. “Hobi 'cosplay' ini mula ter­ ce­tus apabila saya mula terlibat da­ lam event cosplay tujuh ta­ hun lalu. Dengan karakter yang di­­pilih, kita boleh menjadi pel­ ba­gai karakter dan watak yang menarik,” jelas Aqlif. Jelasnya lagi, terdapat kostum ‘readymade’ yang me­ mudahkannya untuk membeli se­ cara dalam talian selain mengupah tukang jahit untuk menjahit kostum yang diingini. “Saya mempunyai tu­ juh kostum dan masih men­ yim­ pan­nya hingga kini. Ada sa­ha­ja

yang mahukan kostum sa­ya un­ tuk ditukar namun saya lebih su­ka untuk men­yimpannya se­cara peribadi. Di samping itu, saya juga bo­leh meng­ gu­nakan kos­tum untuk di­jadikan se­ba­gai pakaian ha­ rian tetapi ini untuk kos­tum yang tidak ‘me­lam­ pau’ rekaannya,” jelas Aqlif. Jelas Aqlif lagi, dia suka per­ gi ke event cosplay seperti ‘Comic Fiesta’ yang berlangsung di PWTC. “Di sana ter­da­pat beberapa booth barang ak­sesori 'cosplay' yang dijual selain kehadiran artis local serta artis luar negara yang datang membuat persembahan,” ujar Aqlif yang mengaku selepas dia menyertai 'cosplay' dia dapat menghilangkan tekanan malah mendapat kawan dari pelbagai negeri. Bagi dua anak muda ini, 'cosplay' mengajar mereka untuk lebih yakin apabila berhadapan dengan orang di luar sana. Selain mempunyai ramai kawan mereka juga suka berkongsi karakter kegemaran masing-masing.

Aqlif gemar tampil 'pelik' dengan pelbagai karakter.

Asal 'Cosplay' Istilah 'cosplay' adalah kependekan daripada gabungan perkataan Inggeris costume play iaitu pakaian beragam. Istilah ini direka oleh Nobuyuki Takahashi dari Studio Hard Jepun semasa menghadiri Konvensyen Dunia Fiksyen Sains Los Angeles 1984. Dia tertarik dengan suasana dewan dan peminat yang berpakaian beragam lalu melaporkan mengenainya dalam majalah fiksyen sains Jepun. Tradisi memakai kostum sampai di Jepun pada 1970 an dalam acara peragaan kostum. Di Jepun, peragaan ‘cosplay’ pertama kali dilangsungkan tahun 1978 di Ashinoko, Prefektur Kanagawa dalam pesta topeng Nihon SF Taikai ke-17.

Tiga ‘cosplayer’ terkenal Alodia Gosiengfiao

Alodia Gosiengfiao mula men­ceburi dunia 'cos­play' se­jak tahun 2003. Ke­ti­ka per­ tama kali menjadi 'cos­­player' gadis berdarah Fili­pi­na, Sepanyol dan China ini baru berusia 15 tahun. Ki­ ni, dia adalah salah satu 'cos­player' paling terkenal di du­nia.

Carlos Blanchard

Anna Faith Carlson

Anna Faith menjadi salah seorang 'cosplayer' ke­­tika pertama kali me­ma­ kai pakaian Elsa da­ri filem animasi po­pu­lar Disney, Frozen. Wa­­jahnya yang mirip ka­rakter filem Frozen men­dapat perhatian dunia.

Carlos Blanchard adalah salah satu 'cosplayer' lelaki yang sangat terkenal di seluruh dunia. Dirinya pernah menjadi viral ketika membuat 'cosplay' kostum Batman versi abad pertengahan. Kostum yang dibuatnya sendiri ini sampai mendapat inspirasi kepada peminat permainan video dan kartun dunia.


26

19 - 25 Julai 2017

SALAM SEMUT

Lindungi diri dengan kata laluan

KATA laluan (password) adalah benteng pertahanan pertama dalam dunia siber anda. Membina kata laluan yang baik merupakan perkara yang paling penting tetapi sering diambil mudah oleh kebanyakan orang. Satu rangkaian huruf dan nombor merupakan kubu yang melindungi anda dari penceroboh siber dan jika ia nya mudah diteka, maka ranaplah kubu anda. Penulis dan ahli kaji bintang Amerika, Clifford Stoll pernah berkata: “Gunakan kata laluan seperti berus gigi anda. Jangan benarkan orang lain menggunakannya dan tukar setiap enam bulan.” Walaupun bunyinya kelakar, tetapi itulah asas keselamatan akaun dalam aktiviti siber. Kebanyakan kita jarang meluangkan masa dan berfikir panjang ketika membina kata laluan dan sering mengambil langkah mudah dengan menggunakan perkataanperkataan yang senang untuk diingat dan itu akan

mengundang musibah. Mari kita lihat penggunaan kata laluan yang baik. Jangan sekali kali gunakan perkataan generik seperti ‘password / P455w0rd’ atau urutan nombor 12345678. Kata lauan jenis ini amat mudah untuk dikesan . Malah ia merupakan antara kata laluan yang paling popular di dunia. - Elak daripada meng­ gunakan maklumat peribadi sebagai kata laluan seperti nama, tarikh lahir, nama anak, nama kucing, nombor plat kereta , alamat rumah atau nama isteri. Maklumat peribadi seperti ini mudah didapati di alam siber dan mudah untuk penceroboh siber menekanya. - Gunakan kata laluan yang panjang. Secara ideal ia sepatutnya antara lapan hingga 12 aksara. Jika laman berkaitan membenarkan aksara yang lebih, gunakan frasa seperti ‘Itsgr82b9t’ yang mana hanya anda sahaja yang akan faham frasa itu .(Its great to be ninety). Penceroboh siber akan mengambil masa yang amat panjang untuk menekanya.

Urus wang bersama AKPK

LABUR JANGAN SAMPAI LEBUR MENGAPAKAH anda perlu melabur? Se­­tiap orang mempunyai sebab ma­ sing-masing yang mendorong mereka un­­tuk melabur. Ada yang melabur ke­ ra­­na ingin mencapai matlamat hi­dup yang khusus, contohnya untuk men­ ca­pai kebebasan kewangan dan me­ nik­ma­­ti hidup tanpa hutang. Ada juga yang melabur kerana in­ gin menjana pendapatan tambahan ba­­­gi menampung kos sara hidup ha­ rian yang kian meningkat dalam kea­ daan ekonomi semasa yang semakin men­­desak ini. Ada pula yang melabur kerana ingin mengatasi kadar inflasi yang naik saban tahun. Walau apa jua tu­ juan anda melabur, kenali dahulu je­ nis pelaburan yang sedia ada ser­ta potensi pulangannya. Buatlah ke­pu­ tu­san pelaburan dengan bijak supaya pe­laburan anda tidak lebur begitu sa­ ha­ja. Apakah jenis pelaburan yang ada? Terdapat pelbagai jenis pelaburan ber­kaitan produk perbankan dan se­ ku­riti yang diluluskan atau di bawah ka­ wal selia oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Su­ ru­ hanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Setiap pelaburan mempunyai potensi pulangan dan risikonya yang

ESAN RAVEN MURUG

- Jika anda sering lupa kata laluan, ia harus ditulis dan disimpan di tempat yang selamat. Lebih elok ia ditulis dalam bentuk kod yang anda faham. Contoh kata laluan : ‘terataiDkolamH2o’ dan kodnya boleh ditulis sebagai ‘kembang di air’. - Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk semua laman. Jika satu laman dicerobohi, perkara pertama yang akan dibuat oleh penceroboh siber adalah mencuba kata laluan itu di semua laman. Itu merupakan satu risiko yang amat tinggi. - Setiap laman mempunyai peraturan kata laluan

tersendiri. Anda juga harus tahu bahawa semakin tinggi potensi pulangan sesuatu pe­laburan itu, bermakna semakin tinggi ju­ga­lah risikonya. Namun berhati-hatilah, kerana terdapat ju­ ga pelbagai jenis pelaburan di luar sana yang tidak diiktiraf atau diluluskan oleh pi­hak berkuasa. Pastikan anda memilih sa­ luran pelaburan yang diyakini selamat un­ tuk menjamin kemungkinan pulangan pe­laburan yang baik. Skim Cepat Kaya Antara jenis pelaburan yang tidak men­ da­ pat kelulusan ialah skim-skim pelaburan yang menjanjikan menjanjikan pulangan yang cukup tinggi dalam jangka masa yang sangat singkat. Jenis-jenis Skim Pelaburan Haram i) Skim Dagangan Mata Wang Asing Ha­ram – Skim ini melibatkan aktiviti pe­ la­bu­ran dalam mata wang asing dengan tu­ juan untuk mendapat pulangan yang tinggi da­­ri­pada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Pelabur lazimnya mudah tertarik den­ gan pulangan lumayan yang dijanjikan ser­ta kemudahan akses pelaburan yang kini ke­ banyakannya boleh dilakukan dengan mu­dah secara dalam talian. ii) Skim Pelaburan Internet – Skim ini le­bih terkenal dengan generasi celik IT yang te­gar menggunakan internet dan me­dia so­sial untuk mendapatkan mak­lu­ mat ser­ta menggunakan kemudahan da­ lam ta­li­an un­tuk berurusan. Pelaburan ini membayangkan pu­ lan­ gan, faedah atau keuntungan yang besar, ke­­­ biasaannya pada kadar yang lebih tinggi da­­ ripada yang ditawarkan oleh institusi ke­ wan­ gan berlesen yang lain. Mereka tidak memperolehi lesen

sendiri. Jika dibenarkan, gandingkankan nombor, simbol, huruf besar dan huruf kecil. Cuba bina kata laluan yang panjang dan rumit. - Jangan cari perkataan yang terdapat dalam kamus, atau yang berkaitan dengan hobi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan petunjuk pada gambar latar Facebook dengan meletakkan gambar hobi anda. - Jika anda sedar kata laluan anda telah dicerobohi, tukar dengan serta merta, dan pastikan kata laluan baharu yang tiada kaitan dengan yang lama. Sebagai contoh jika kata laluan lama ialah ‘maribercakap’, jangan pula ditukar ke ‘L3tspeak’. Penceroboh akan menggunakan pelbagai kaedah, dan ini merupakan salah satu kaedah popular untuk mengesan kata laluan. - Jangan gunakan pilihan ‘ingat kata laluan’ (remember password) di browser anda. Jika komputer anda dicuri, ia merupakan pesta yang paling seronok untuk penceroboh siber.

atau kelulusan daripada pihak SC untuk mem­ be­ rikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga ha­da­pan, apatah lagi untuk menjalankan aktiviti pen­gurusan dana di Malaysia. iii) Pengambilan deposit secara haram – Deposit yang dilaburkan di bawah skim ini turut dijanjikan dengan pulangan yang ting­­ gi, meskipun pengendali skim ini tidak mem­­­ punyai kuasa atau kebenaran untuk men­­gambil deposit daripada mana-mana pihak. BNM hanya memberikan lesen ke­ pa­da pihak bank atau syarikat tertentu sa­ha­ja untuk menerima deposit daripada orang awam. Pengendali skim ini bijak be­roperasi dengan meyakinkan pelabur me­ la­ lui pu­ langan awal yang diberikan hasil ku­ti­pan da­ripada pelabur-pelabur baharu yang lain. iv) Penipuan melalui sistem pesanan ring­­ kas (SMS), e-mel dan phishing – Satu la­gi trend penipuan pelaburan alaf baharu ada­­­lah dengan menggunakan perantaraan SMS dan e-mel untuk menjalankan aktiviti me­­­­mancing data peribadi atau dikenali se­ba­­­gai phishing. SMS dihantar secara rawak untuk me­ na­­­warkan hadiah-hadiah menarik serta gan­­ jaran hebat sama ada wang tunai atau ba­­rangan mewah. Penerima yang bertuah akan dikehendaki menghubungi mereka se­­ mula untuk memberikan butiran lanjut su­paya pemberian hadiahhadiah dapat di­lakukan. E-mel yang dihantar pula kononnya men­ gandungi notis makluman penting da­­ripada pihak bank yang memerlukan peng­guna untuk memberikan maklumat pe­­ ribadi mereka seperti nombor kad pen­ge­­­nalan, nombor akaun bank serta ka­ta la­luan akaun bank. Jika pengguna men­ja­wab e-mel tersebut, maklumat pe­ ribadi peng­ guna akaun akan dapat di­

- Pastikan tiada siapa yang melihat ketika anda memasukkan kata laluan. Jika anda menggunakan komputer di cybercafe dan perlu ke tandas , pastikan log keluar . Sebolehnya , jangan buka laman peribadi di komputer yang dikongsi sebab terdapat pelbagai"malware" yang boleh "mencuri" kata laluan anda. Mengikut akhbar The Telegraph (16 Januari 2017), berikut adalah 10 kata laluan yang paling popular dan yang paling mudah untuk diteka. 1) 123456 2) 123456789 3) qwerty 4) 12345678 5) 111111 6) 1234567890 7) 1234567 8) password 9) 123123 10) 987654321 Elakkan daripada meng­ guna kata laluan seperti di atas. Pastikan anda selamat di alam siber.

gunakan oleh pengendali skim untuk men­gakses dan me­mindahkan wang sim­panan yang ter­da­­pat di dalam akaun bank pengguna. Melaburlah Dengan Selamat Untuk memastikan anda tidak ter­ je­ rat dengan skim pelaburan haram yang se­­­­makin agresif mencari pelabur ba­ha­ru, anda dinasihati supaya tidak mem­ bu­ at sebarang deposit atau pelaburan de­ng ­ an individu atau entiti yang tidak di­­­­ka­­­wal selia oleh pihak berkuasa di ba­ wah undang-undang yang berkaitan. Sebelum anda membuat sebarang ke­­­putusan berkaitan pelaburan, semak ter­­lebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya anda meragui se­­­­barang skim yang ditawarkan oleh pi­ hak yang tidak dikenali. Anda juga dinasihatkan untuk me­ ru­­­­juk pada Investor Alert dan maklumat men­­genai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh BNM dan SC me­la­lui pautan berikut: http://www.bnm.gov.my/do­cu­ ments/2016/20160627_FCA_BM.pdf http://www.sc.com.my/ enforcement/investor-alerts/scinvestor-alerts/ Walau apapun tujuan pelaburan an­ da, semaklah dahulu kesahihan skim yang ditawarkan agar pelaburan anda tidak lebur. Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


19 - 25 Julai 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

Klasik lagi mendamaikan

Ruang rumah tampak lebih ekslusif dengan hiasan bercorakkan bunga. MURNI REJAB

LAIN orang lain cita rasanya, lain juga minatnya. Bagi seseorang individu itu, hiasan dalaman memainkan peranan pen­­ ting dalam sesebuah ru­ mah. Malah pelbagai dekorasi men­ jadi pilihan supaya sesuai dengan jenis rumah yang dimiliki. Terdapat pelbagai dekorasi dalaman yang menjadi ‘pujaan’ pemilik rumah. Antaranya dekorasi berkonsepkan ‘art and crafts’, ‘Asian’, ‘contemporary’, ‘cot­­tage’, ‘country’, ‘eclec­tic’, ‘english country’, ‘mediter­ ranean’, ‘modern’, ‘old world’, ‘ro­­man­tic’, ‘southwestern’, tradi­­tional, ‘tropical’ dan ‘tuscan’. Tetap menjadi pilihan Dekorasi ala Inggeris adalah antara dekorasi dalaman rumah yang menjadi pilihan pemilik

rumah ketika ini. Walaupun konsep ini memang dari dahulu menjadi trend tatarias rumah, namun ia kian diminati kini dan tetap menjadi seni susun atur hiasan dalaman rumah. Gaya hiasan rumah ala Inggeris yang amat sinonim dengan corak-corak bunga, jambangan bunga, hiasan dinding bunga dan sebagainya yang sesuai dijadikan sebagai hiasan bagi melengkapkan hiasan rumah tersebut. Konsep Inggeris sesuai ‘digunakan’ untuk semua ruang rumah. Ruang tamu yang luas, bilik, dapur dan sebagainya. Jikan anda pandai menghias, keseluruhannya ruang boleh dihias dengan bunga-bungaan daripada langsir, jambangan bunga, koleksi set minum teh, kerusi rehat hingga kepada perhiasan-perhiasan kecil.

Jenis dekorasi Terdapat dua jenis dekorasi ala Inggeris yang popular iaitu klasik dan kotaj. Dekorasi ala kotaj konsepnya lebih padat dan dipenuhi hiasan menjadikan seri kediaman lebih menyerlah. Biarpun nampak padat, namun ia tetap nampak kemas. Lantaran itu, se­ tiap sudut rumah bo­ leh dihias dengan ko­leksi set minum petang, piring serta pinggan pelbagai rekaan dan saiz bagi menonjolkan lagi gaya kotaj yang ditampilkan. Yang pasti anda bijak memadankan hiasan, pasti rumah akan kelihatan lebih menarik. Sentuhan beberapa perabot yang dihiasi juga dapat membangkitkan mood ceria dan santai kepada pemilik kediaman menghias setiap ruang dan sudut dapur rumahnya dengan peralatan dan perhiasan yang menampakkan lagi ciri-ciri Inggeris. Asalkan pandai susun dan suai padan perhiasan dengan pe­ ra­bot yang terdapat dalam ruang tersebut. Koleksi ‘English Cottage’ juga antara perhiasan yang boleh dibeli untuk menambahkan lagi perhiasan Inggeris. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai hiasan Inggeris, me­ lalui jualan online dan paling kreatif apabila menghasilkan seni decoupagenya sendiri. Apapun dekorasi hiasan dalaman yang dipilih, anda perlulah pastikan gaya hiasan tersebut selesa kepada setiap penghuninya.

Suai padan hiasan dan perabot menjadikan ruang bilik tidur nampak mewah.

Hiasan Kreatif ruang tamu menjadikan ia nampak menarik.

Hiasan bilik air tampak lebih releks dan ringkas.

10 tips hiasan dalaman rumah Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jan­­gan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

Elak mengecat dulu

Sebaliknya buat pilihan fabrik, per­mai­da­ni dan sarung kusyen sebelum me­mi­kir­kan warna cat.

Jangan pilih cat dari kertas contoh

Sebaliknya, beli setin kecil war­ na pi­li­han untuk dicuba di rumah. Cat se­ba­ha­gian kecil dinding bagi men­da­patkan ke­san warna itu dalam persekitaran cahaya se­mula jadi atau sapukan pada kadbod. Ke­mudian acukan di dinding untuk melihat ke­ serasiannya dengan persekitaran.

Jangan pilih warna dalam kedai Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta sa­ ja contoh warna cat, permaidani atau fab­rik untuk dibawa pulang. Lihat kesan

dan per­be­zaan warnanya dalam cahaya semula ja­di dan di bawah sinaran lampu pada waktu pe­tang.

Jangan warna

abaikan

psikologi

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pil­ ih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik per­ mai­ nan atau ruang keluarga, rona terang le­bih serasi dipadankan kerana menepati ke­ per­ luan dan aktiviti ruang itu.

Elak dekorasi paksa

Jangan paksa wujud skim warna atau le­­ bih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan per­hia­san. Disebabkan anda mempunyai sofa me­ rah, tidak bermakna langsir berjalur merah bo­ leh dipadankan dengannya. Buat pilihan kum­pulan warna dengan mengenalpasti per­ hia­san utama dalam ruang itu.

Jangan abaikan titik fokal ruang Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, te­­­tapi sekiranya ada, biar

ia menyerlah. Mi­ sal­ nya meja konsul, dinding berkemasan ba­ tu bata merah atau hiasan din­ ding. Apa yang per­lu dilakukan ialah susun karya dan pe­ ra­ bot berhampiran unsur utama ini.

Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding Hindari susun kerusi, sofa dan meja di se­ ke­ liling ruang melainkan tiada pilihan. Su­ sun berkelompok di tengah ruang bagi me­mudahkan aktiviti berbual.

Elak bina sekatan

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia meng­ gang­ gu kelancaran laluan, sebaiknya pas­ ti­ kan laluan itu mudah diakses.

Jangan beli kerana murah

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, pe­rin­cian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak. Sumber: ohrojak


28

MAKAN

19 - 25 Julai 2017

angin

Bercerita mengenai Turki, rata-rata ramai yang teringin untuk menjejakkan kaki di negara yang penuh dengan keindahan persekitaran dan menyimpan seribu sejarah tamadun Islam dunia.

A

PABILA sebut sahaja Turki, terpapar belon panas di depan mata. Kalau sudah sampai di Cappadocia, wajib naik belon untuk menyaksikan sendiri pemandangan panoramik yang terindah, ala-ala ‘feel’ drama “Manisnya Cinta di Cappadocia” lakonan artis Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Di sinilah terletaknya juga lembah batuan yang memukau, Pigeon Valley, mempamerkan lubang-lubang yang diukir pada batu sebagai rumah burung merpati. Selain itu, harus juga melawat Saratli Underground City. Bagi yang berminat dengan wayang ‘Clash of The Titans’ suasana persekitaran

bawah tanah di sini menyerupai rumah Medusa, karakter mitos berkepala ular. Turki adalah sebuah negara yang terkenal dengan pembuatan tembikar. Keunikan hasil kerja tangan barangan tembikar mereka adalah perhiasan batu turquoise secara tradisional. Mengikut tradisi penduduk Cappadocia, salah satu kriteria untuk menjadi menantu orang di sini mestilah mempunyai kemahiran dalam kerja tangan tembikar yang kebiasaannya diwarisi secara turun temurun sejak bergenerasi lalu. Corak-coraknya juga mempunyai maksud yang tersirat dengan simbol yang tertentu.

Turki, bumi 1,0 tarikan pelanco Cappadocia Hot Air Balloon.

Pamukkale.


29

19 - 25 Julai 2017

001 ong

Hagia Sofia.

Ataturk Masusoleum.

Peninggalan di Sarathi underground.

Mengunjungi kota Pamukkale, terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘Cotton Castle’. Saksikan pemandangan menakjubkan teres-teres kolam air panas yang menyerupai kapas, di tebing bukit kota purba Hierapolis. ‘Pamuk’ bererti kapas dan ‘Pamukkale’ membawa maksud Istana Kapas. Jangan lupa juga untuk singgah di Salt Lake, dalam perjalanan ke Ankara dan alami sendiri berjalan atas pasir garam yang penuh dengan mineral semulajadi. Tiba di Ankara, melawat pula Ataturk Mausoleum, yang menempatkan makam jasad

Bapa Kemodenan Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Monumen yang paling unggul di Istanbul dikenali sebagai Hagia Sofia, yang pernah menjadi sebuah gereja pada zaman Byzantium dan kemudiannya diubah menjadi masjid oleh Sultan Fatih Mehmed II, di zaman Ottoman dank ini telah diubah lagi menjadi sebuah muzium. Tidak ketinggalan harus menziarahi Topkapi Palace dan melihat peninggalan Rasulullah S.A.W. seperti janggut, gigi, jubah dan pedang baginda, di samping peninggalan Nabi-Nabi yang lain

seperti pedang Nabi Daud A.S. tongkat Nabi Musa A.S. serta serban Nabi Yusuf A.S. Bagi yang minat membelibelah, sesuatu yang wajib untuk dikunjungi ialah GrandBazaar, yang menempatkan lebih 4,000 lot kedai dan Spice Market dimana pelbagai jenis rempah ratus dijual. Dengan harga pakej RM4,488 yang ditawarkan menerusi Pakej Ohsem Kembara Muslim Kowamas Holidays, ramai yang mampu mencipta memori indah di Turki. Layari www.kowamasholidays. com atau hubungi 03-78030170 untuk tempahan sebelum terlambat.

Ruang dalam Hagia Sofia.


30

19 - 25 Julai 2017

‘Pogba pengaruhi saya' “(PAUL) POGBA,” kata Rome­ lu Lukaku ketika ditanya men­ genai siapa yang mempenga­ ruhinya untuk berhijrah ke Old Trafford. “Kami sudah lama ber­ kawan, sudah tujuh atau lapan tahun, dan kami sering berhu­ bung. Apabila dia beritahu, berhijrah ke Manchester Unit­ ed adalah satu peningkatan dalam kerjaya saya dan akan membuat saya melalui penga­ laman yang lebih baik, saya percaya. “Dia sudah lama di sana, sejak zaman akademi. Dia per­ nah tinggalkan kelab itu, dan kemudian kembali, itu satu petunjuk bahawa Manchester

United adalah kelab yang ter­ baik,” katanya. Menurut Lukaku, Pogba se­ ring menceritakan kepadanya apa yang dia lalui di Old Traf­ ford, bagaimana kehidupan di sana, di dalam dan di luar pa­ dang dan itu yang membuat­ kan dirinya rasa begitu teruja untuk menyertai Red Devils. “Lalu apabila tawaran da­ tang, saya tidak berfikir dua kali, terus terima,” ujarnya sambil tertawa. Lukaku dalam pos Insta­ gram minggu lalu merakam­ kan ucapan selamat tinggal dan penghargaan kepada selu­ ruh warga Everton menjelang perpindahan bernilai £75 juta

Lukaku sebagai seteru kepada Pogba di padang.

Mereka bersahabat karib sejak sekian lama.

ke Old Trafford. “Terima kasih kepada Everton dan semua orang di sini. Tempoh empat tahun di sini, memang hebat. Anda semua te­ lah membantu saya mencipta pengala­ man menarik di sini. “Dengan rasa bangga, saya mahu mengata­ kan ini adalah satu penghor­ matan untuk

saya dapat bermain bersama Everton. Terima kasih kepada seluruh kakitangan di tadium dan pusat latihan, tim tekni­ kal dan kecergasan. Sepanjang kita bersama, dapat saya rasa­ kan suasana di Goodison Park adalah seperti di rumah saya sendiri,” ujarnya. Penghijrahan Lukaku ke Old Trafford telah mengecewa­ kan beberapa kelab yang juga berhajat untuk mendapatkan tanda tangan penjaring kedua terbanyak Liga Perdana mu­ sim lalu itu.

32

Romelu Lukaku

Untuk semua itu, siapa boleh nafikan? Saya yakin, musim ini, Man U akan kembali dominan, akan mendominasi liga dan kembali mencabar da­ lam Liga Juara Juara,” tegasnya. Menguatkan lagi alasannya, Lukaku berkata melihat pada sejarah kelab itu, dia yakin Red De­ vils akan kembali mencabar sebagaimana ketika era Sir Alex Ferguson. “Saya tahu Jose (Mourinho) seorang juru­ latih yang hebat dan akan bawa nama Manchester United gemilang se­ perti Sir Alex. Sudah tiba masa untuk bekerja keras, dan saya sedia untuk bekerja lebih kuat berbanding apa yang saya pernah lakukan sebe­ lum ini. “Saya sudah berada di tempat impian saya, dan saya mahu buktikan apa yang terbaik saya boleh la­ kukan dalam hidup,” kata­ nya.

Mengenai peranan Mourinho yang me­ nyebabkan dia terpaksa tinggalkan Chelsea, empat tahun lalu, Lukaku berkata tiada den­ dam dalam hatinya malah dia terfikir, apa yang berlaku telah membawa hikmah dalam hidupnya masa kini. “'Anda tahu, kami bersama dalam kea­ daan yang berbeza ketika itu. Jelas, kali per­ tama bertemu dengannya, saya masih muda, dan saya sangat ingin bermain. “Persaingan di Stamford Bridge sangat hebat, dan dia memahami saya harus keluar dari Chelsea untuk mendapat lebih peluang (bermain). Setelah keluar, saya bekerja keras untuk meningkatkan prestasi diri saya dan mendapat peluang untuk membuktikan keu­ payaan di Everton hinggalah menjadi diri saya hari ini,” katanya. Menurut Lukaku lagi, sememangnya, sejak umur saya 10 tahun lagi, dia begitu berhajat mahu bermain bawah bimbingan Mourinho dan amat berterima kasih dengan peluang yang ditawarkan.


31

19 - 25 Julai 2017

Conte kecewa, tertekan

Antonio Conte

BUKAN mudah bagi Antonio Conte untuk kembali ke Stamford Bridge se­ lepas bercuti musim panas ini. Pengendali itu dikatakan begitu kecewa dengan kegagalan Chelsea mendapatkan Romelu Lukaku yang menjadi sasaran utamanya namun te­ lah terlepas ke tangan Jose Mourinho. Lukaku, penjaring kedua terbanyak Liga Perdana musim lalu, telah melengkapkan per­ pindahan bernilai £75 juta ke Old Trafford selepas menjalani peme­ riksaan kesiha­ tan di Los Ange­ les, bandar raya kediaman kelu­ arga Glazer, pe­ milik Manches­ ter United. Pengendali dari Itali itu di­ katakan amat terkesan den­ gan kegagalan itu kerana Luka­ ku amat diharap untuk membantu Chelsea memper­ tahankan takhta liga yang dime­ nangi musim lalu. Malah Conte juga setakat ini di­ katakan masih belum me­ nandatangani kontrak ba­

haru untuk kekal di Stamford Bridge, yang diandaikan oleh pemerhati se­ bagai ada kaitan dengan isu tersebut. Dalam pada itu, ada ura-ura dia mungkin akan angkat kaki mening­ galkan Chelsea. Ini disusur daripada kenyataan­ nya sebelum ini yang pernah menye­ but mengenai terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tinggal di Itali dan enggan mengikutnya berpindah ke London. Ditambah pula beberapa kelab Itali terutama AC Milan berhajat un­ tuk mendapatkan sentuhannya. Conte amat kecewa dengan tinda­ kan kelab membiarkan Lukaku terle­ pas kepada Manchester United, “apa yang paling dibencinya dalam karier sebagai pengurus apabila kelab sea­ kan tidak mengendahkan pemain yang dia mahukan,” kata satu sum­ ber. Jurulatih itu sebelum ini telah merangkakan sesuatu yang amat be­ sar bagi The Blues untuk memperta­ hankan kejuaraan. Dia malah telah menunjukkan pintu keluar kepada Diego Costa yang disifatkan sebagai tidak sesuai dengan perancangannya yang sebe­ lum ini begitu yakin akan berjaya mendapatkan tandatangan Lukaku. Apa yang berlaku telah mele­ takkan Conte dalam tekanan untuk mendapatkan pencetak gol yang ba­ haru, benar-benar berkemampuan dengan harga yang berpatutan keti­ ka jendela perpindahan kian hampir dengan tarikh akhir.

Sampodria intai Wilshere

Tidak benar pengasas FB ambil alih Spurs PENGURUSAN Tottenham Hot­ spur sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan sedang berunding untuk menjual kelab itu kepada sebuah firma Ameri­ ka Syarikat yang bertindak bagi pihak pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Sebelum ini, laporan akhbar The Sunday Times menyatakan, Iconiq Capital telah mengemu­ kakan tawaran untuk mengam­ bil alih kepentingan kelab mi­ lik ahli perniagaan British, Joe Lewis pada harga £1.3 bilion. Menurut akhbar berkenaan, Zuckerberg menggunakan fir­ ma broker yang berpangkalan di San Francisco itu untuk men­ gambil alih Spurs yang mendu­ duki tangga kedua Liga Perdana musim lalu di belakang Chelsea. Ini bukan kali pertama Ico­ niq Capital mengintai Spurs. Pada 2014, firma itu pernah mengemukakan tawaran £882.6 juta, yang ditolak oleh Lewis. Susulan laporan The Sunday Times, kelab itu bagaimanapun menjelaskan bahawa tidak ber­ laku perundingan seperti yang dilaporkan meskipun memang benar Spurs kini sedang berusa­ ha mendapatkan dana untuk menyempurnakan pembinaan stadium baharu mereka meng­ gantikan stadium di White Hart Lane.

Mark Zuckerberg

“Kami sedang dalam pro­ ses menguruskan dana untuk pembinaan stadium baharu yang akan diperolehi daripada sebuah konsortium terdiri da­ ripada Bank of America Merril Lyncnh International Limited, Goldman Sachs Bank USA dan HSBC Bank plc. Tidak ada perundingan un­ tuk menjual kelab ini oleh ma­ na-mana pihak, kata ke­nyataan itu lagi.

KELAB Serie A, Sampodria sedang mengintai untuk mendapatkan tandatangan Jack Wils­ here ketika tempoh kontraknya di Emirates hanya berbaki 12 bulan. Masa depan pemain tengah England itu bersama Arsenal kelihatan semakin suram dan tawaran daripada Sampodria – sekira­ nya menjadi kenyataan – akan menghi­ dupkan semula kariernya. Laporan media Itali menyatakan kelab Serie A itu sudahpun mengemuka­ kan tawaran dan Arsenal menetapkan harga £8.9 untuk mereka melepaskan Wilshere.

Barcelona batal hasrat lamar Bellerin BERITA baik untuk penyokong Arsenal! Mereka kini tidak lagi perlu bimbang ter­ hadap kemungkinan akan kehilangan Hector Bellerin yang sebelum ini berada dalam sena­ rai teratas sasaran Barcelona. Bek kanan berusia 22 tahun sememang­ nya berasal dari Barcelona dan dilahirkan da­ ripada akademi kelab La Liga itu. Ketika berusia 16 tahun pada 2011, Belle­ rin berhijrah ke Akademi Arsenal dan dipilih untuk menyertai skuad senior pada 2013. Tatkala bintangnya semakin menyinar, pemain itu kembali menarik perhatian Bar­ celona dan itulah yang menggusarkan penyo­ kong The Gunners. Bagaimanapun perkembangan mutakhir ini menyaksikan Barca sudah pun beralih tu­ juan kepada pemain Benfica, Nelson Semedo. Malah gergasi Catalan itu dilaporkan te­ lah bersetuju dengan nilai £30.8 juta untuk membawa Semedo ke Nou Camp.

Hart ke West Ham MESKIPUN berstatus penjaga gol No.1 skuad kebangsaan dan menon­ jolkan prestasi yang membanggakan sepanjang mewakili Manchester City, Hart dikeluarkan daripada senarai Pep Guardiola sejak pengurus itu tiba di Etihad. Musim lalu, dia dipinjamkan ke­ pada kelab Itali, Torino dan yang ter­ kini, mahu dipinjamkan lagi kepada West Ham pula. Kedudukan Hart, 30, yang sudah memperolehi 71 caps bersama skuad kebangsaan dan dua kali menjulang trofi Liga Perdana bersama City, tidak

ubah seperti digantung tanpa tali! City dikatakan menuntut £20 juta sebagai pampasan perpindahan Hart daripada The Hammers jika kelab itu mahu mendapatkannya secara kekal ketika kontraknya d Eti­ had masih berbaki dua tahun. Bagaimanapun Hart dikatakan sedia untuk bermain secara pinja­ man pada peringkat awal, yang ber­ makna Slaven Bilic akan jadi korban perpindahannya ke kelab itu. Hart sebelum ini pernah dikait­ kan dengan Newcastle namun me­ milih West Ham.


32

Keluaran 19 - 25 Julai 2017

Romelu Lukaku

31

31

Conte kecewa, tertekan

Sampodria intai Wilshere

MENGAPA TOLAK CHELSEA? B

UKAN kerana jemu pakai jersi biru menyebabkan Romelu Lukaku tolak tawaran Chelsea dan memilih Manchester Unit-

ed. Katanya, dia tidak perlu fikir dua kali untuk terima lamaran kelab itu setelah minat Jose Mourinho terhadap dirinya diketahui umum. “Sebenarnya, ini adalah apa yang saya mahukan sejak kecil (jadi pemain Manchester United). Apabila tawaran datang, saya tak perlu fikir dua kali. Saya sangat gembira untuk jadi sebahagian daripada sejarah kelab itu,” katanya. “Siapa yang akan berkata ‘tidak’ kepada sebuah kelab yang terbesar di dunia?” tegasnya.

Ditanya mengapa dia memilih Man U sedangkan prestasi kelab itu beberapa musim kebelakangan ini tidak begitu baik, malah jauh di bawah berbanding Chelsea yang juga berminat untuk mendapatkan khidmatnya, Lukaku berkata: “Meskipun kedudukan dalam liga mungkin kelihatan begitu namun dari segi reputasi, saya tidak fikir Manchester United sudah ‘hilang’ dari radar. “Bagi kami (pemain), naik turun prestasi semasa, itu lumrah tetapi untuk jangka panjang, Manchester United masih kekal terbaik, kelab terbaik di dunia, stadium yang terbaik di England dan kelab penyokong yang terbaik di dunia.

Morata sasaran baharu The Blues CHELSEA yang terdesak untuk mendapat­ kan penjaring gol berkemampuan dalam usaha memastikan kelab itu berupaya mempertahankan kejuaraan liga musim, dilaporkan sedang mengintai Alvaro Mora­ ta pula setelah terlepas Romelu Lukaku ke tangan Manchester United. Morata sebelum ini adalah sasaran uta­ ma Red Devils sebelum mengalih tumpu­ an kepada Lukaka dan terus mendapatkan tandatangan bekas pemain Everton itu. Dalam pada itu, Lukaku yang menjadi penyebab kekecewaan pengendali Chel­ sea, Antonio Conte ekoran keputusannya

30

Alvaro Morata

memilih Old Trafford berbanding Stamford Bridge, harus diganti dengan penyerang yang standing. Pengurusan Chelsea memilih Morata seba­ gai sasaran yang baharu kerana tidak mahu kegagalan mendapatkan Lukaku menjejaskan perancangan Conte untuk musim ini. Ditam­ bah pula dengan ura-ura, Conte sendiri mulai tawar hati untuk kekal di Stamford Bridge. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich telah menyediakan belanja £70 juta untuk menda­ patkan Morata yang sering terpinggir daripa­ da senarai utama Zinedine Zidane sepanjang berada di Santiago Bernabeu.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.