WARTA edisi #26

Page 1

PE RC UM A

ISU 26

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

20

Scha, Awal & anak

Keluaran 26 Julai- 1 Ogos 2017

24

20

16

21

14

Aliff Aziz teruja

Kanak-kanak paling berdaulat

Suasana merdeka 1957

Pelakon pernah ada album

BANDAR BAWAH TANAH KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR – Terdapat tujuh kompleks bawah tanah yang mengkagumkan terbina selepas siapnya 31 stesen dan rel Transit Aliran Massa (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang. Untuk membinanya, ia bukan mudah. Melibatkan ratusan pakar dari luar negara termasuk 261 tenaga profesional kalangan anak tempatan dalam melaksanakan projek bertaraf dunia ini. Stesen bawah tanah yang mempunyai tema tersendiri melambangkan unsur kehidupan rakyat Malaysia ini dibina di stesen Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Cochrane dan Maluri. Lakaran grafik memaparkan keadaan stesen bawah tanah MRT.

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

2,3


2

26 Julai - 1 Ogos 2017

Dari muka depan

Cipta Sejarah... KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

Bermulanya pembinaan terowong KUALA LUMPUR - Konsep reka bentuk stesen bawah tanah adalah berdasarkan Rabung Kuarza Genting Klang. Ciri kuarza yang mempunyai banyak permukaan dan juga kesan pantulan cahaya yang pelbagai warna mencerminkan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Setiap stesen bawah tanah juga mempunyai tema reka bentuk sendiri yang akan mencerminkan lokasi dan persekitaran unik stesen tersebut. Panjang keseluruhan Laluan MRT Sungai BulohKajang Lembah Klang adalah

51 kilometer dan 9.5 kilometer daripadanya adalah laluan bawah tanah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Penghujung laluan bawah tanah di sebelah utara merupakan Portal Semantan di Jalan Duta seberang Parlimen, manakala di sebelah selatan adalah Portal Maluri berdekatan Flat Sri Sabah di Cheras. Terdapat tujuh stesen di bawah tanah, iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Cochrane dan Maluri. Kaedah utama pembinaan bawah tanah adalah penggalian

terowong menggunakan mesin pengorek terowong atau ‘tunnel boring machine’ (TBM) manakala pembinaan stesen pula melibatkan penggalian petak stesen dari permukaan tanah. Kaedah penggalian terowong dipilih kerana pusat bandar Kuala Lumpur sudah padat dengan kemajuan. Melalui kaedah ini, gangguan terhadap jalan raya dan landskap bandar dapat diminimakan. Impak terhadap trafik dan aktiviti-aktiviti perniagaan di bandaraya juga dapat dikurangkan semasa tempoh pembinaan.

Mesin pengorek terowong yang pertama dilihat oleh delegasi Malaysia dan pegawai-pegawai Herrenknecht AG di Jerman sebelum ia dihantar ke Malaysia.

Bukti keupayaan anak tempatan

Mesin pengorek terowong yang pertama dilihat oleh delegasi Malaysia dan pegawai-pegawai Herrenknecht AG di Jerman sebelum ia dihantar ke Malaysia.

KUALA LUMPUR - Bukan sesuatu yang mudah untuk membina tujuh stesen bawah tanah, namun projek Transit Aliran Massa, (MRT) ini membuktikan keupayaan 261 keupayaan anak tempatan dalam melaksanakan projek bertaraf dunia. Jurutera termuda yang terlibat dalam pembangunan MRT (SBK), Izyan Syahirah Hasanuddin,26, berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira dalam membuat perancangan untuk membina stesen bawah tanah tersebut dan antaranya keadaan struktur tanah dan geologi bawah bandaraya. “Keadaan bawah tanah bagi laluan MRT-SBK melalui dua kedudukan geologi yang berbeza iaitu di formasi Kenny Hill yang mempunyai mendapan batu-batuan dan berpasir dan juga formasi Batu Kapur Kuala Lumpur. "Lima belas peratus jajaran bawah tanah adalah dalam bentuk batu kapur karstik dan untuk membolehkan terowong digali, kami perlu mengekalkan keseimbangan sub permukaan sistem geologi yang mengandungi takungan air bawah tanah dan rongga dipenuhi air. "Ia amat mencabar kerana sebarang

gang­ guan daripada aktiviti bawah tanah bo­ leh menyebabkan berlaku lubang be­ nam karstik dan tanah tenggelam," katanya. Menurutnya, bentukan karstik ekstrem merupakan formasi geologi yang terdiri daripada batuan mudah hancur dan lemah seperti batu kapur yang terhakis oleh air yang mengandungi asid dalam tempoh jutaan tahun dan menyebabkan pembentukan gua kecil, gaun dan tiang yang berselirat di bawah tanah bandaraya Kuala Lumpur. “Apa yang paling memberi tekanan dari segi mental dan fizikal adalah semasa proses intervensi yang memerlukan untuk menghentikan sementara operasi TBM untuk melihat keadaan lubang dan rongga bawah tanah yang sedang dikorek. “Tidak boleh bayangkan bagaimana perasaan saya dalam situasi itu apabila berdepan dengan suhu 38 darjah Celcies, bau kotoran, mual dan persekitaran yang gelap dan terbatas dalam terowong tersebut,” katanya. Izyan berkata, dia bersyukur dengan peluang yang telah diberikan untuk menjalankan tugas itu walaupun ia merupakan bidang khusus, biasanya didominasi oleh lelaki dan kadangkala

warga asing. Bagi Ismail Bukhari Wan Ibrahim, 27, seorang lagi jurutera yang menyertai pasukan projek MRT semasa berumur 23 tahun sebaik sahaja menamatkan pengajian berkata, hampir mustahil maha­siswa yang baru menamatkan pe­ ngajian diberi peluang seumpama itu. “Bagi saya, menyertai projek MRT ini sebagai suatu proses pembelajaran yang sangat unik dan hampir setiap hari saya mendapat pengalaman baru dalam profesyen ini selain menambah pengetahuan dan terdapat masalah yang harus diselesaikan secara kritikal dan anlitikal,” katanya yang juga merupakan graduan dalam bidang Pengurusn Pembinaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Stesen-stesen bawah tanah bagi laluan bawah tanah MRT Sungai BulohKajang sepanjang 9.5 km itu menelan kos RM8.23 bilion. Stesen-stesen bawah tanah ini juga mempunyai jumlah tingkat yang berbeza iaitu, tujuh tingkat di stesen TRX, manakala Cochrane, Bukit Bintang dan Merdeka mempunyai empat tingkat, Pasar Seni, tiga tingkat dan Muzium Negara, dua tingkat.

Keadaan tanah cabaran utama

KEADAAN geologi tanah di Lembah Klang menyukarkan lagi kerja-kerja pengorekan di bawah Kuala Lumpur. Laluan bawah tanah MRT Sungai Buloh-Kajang melalui dua formasi geologi yang berbeza, iaitu Formasi Kenny Hill yang mengandungi batuan sedimen seperti batu lumpur, syal, phylit dan batu pasir, dan Formasi Kuala Lumpur yang mempunyai ciri-ciri batu kapur yang tidak menentu yang terdiri daripada batu kapur terhakis. Zon transformasi antara dua keadaan geologi ini adalah di Bukit Bintang, di mana Formasi Kenny Hill didapati berada di sebelah zon barat manakala Formasi Kuala Lumpur terletak di sebelah timur. Disebabkan keadaan batu kapur yang tidak menentu, kerja-kerja pengorekan di Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur menjadi sangat mencabar. Hakisan batu kapur yang banyak telah mengakibatkan pembentukan kaviti dan gua bawah tanah, dan jika tidak dikesan terlebih dahulu, boleh menimbulkan bahaya semasa aktiviti pengorekan dijalankan. Bagi mengatasi masalah ini, kerjakerja penyiasatan tanah yang terperinci dilakukan untuk mengumpul sebanyak maklumat untuk mengetahui keadaan tanah di mana terowong akan dibina. Selain itu, jenis TBM yang tepat perlu digunakan mengikut formasi geologi. Bagi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur, mesin pengorek terowong yang khas perlu digunakan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul.


3

26 Julai - 1 Ogos 2017

Guna 10 mesin pengorek TANGGAL 30 MEI 2013 adalah satu sejarah besar buat mereka yang terlibat dalam pembinaan terowong dan stesen MRT bawah tanah apabila operasi itu bermula di Cochrane yang dirasmikan Perdana Menteri. Bagi operasi menggali te­ rowong di bawah Kuala Lumpur bukan kerja yang mudah. Projek berkenaan yang diketuai, Marcus Karakashian (gambar) menggunakan empat TBM menggali di kawasan Formasi Kenny Hills manakala enam lagi TBM menggali di kawasan Formasi Batu Kapur

Kuala Lumpur. “Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur menimbulkan banyak ke­ sukaran kerana ia terdiri daripada batuan keras yang mempunyai lapisan atasan yang lembut. “Lapisan batuan keras ini amat terhakis dan mungkin mempunyai lubang besar dan gua bawah tanah yang penuh dengan air ataupun lumpur. “Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah ketika kerja pengorekan terowong dijalankan, jika lubang besar ataupun gua bawah tanah ini tidak dikenalpasti dan diatasi,” katanya. Menurutnya, zon peralihan antara dua formasi geologi ini adalah di Bukit Bintang berhampiran dengan kompleks membeli-belah Pavilion.

Formasi Kenny Hills terdapat di bahagian barat kawasan peralihan ini manakala Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur terdapat di bahagian timur kawasan peralihan ini. Formasi geologi yang berbeza ini bermakna kontraktor bawah tanah MRT Corp, iaitu MMCGamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda), perlu menggunakan jenis TBM yang sesuai untuk melakukan kerja pembinaan terowong. Bagi Formasi Kenny Hills, TBM Keseimbangan Tekanan Bumi atau Earth Pressure Balance (EPB) digunakan. TBM ini dapat mengekalkan tekanan ke atas tanah yang digali di dalam terowong dan ini menghalang tanah daripada runtuh. Bagi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur pula, mesin yang baru diperkenalkan, iaitu TBM Pemboleh-ubah Ketumpatan ataupun Variable Density (VD) digunakan.

Mesin ini direka oleh MMC-Gamuda dan syarikat pengeluar TBM terkenal dunia, Herrenknecht AG, yang berpengkalan di Schwanau, selatan Jerman. VD merupakan TBM“Slurry Shield” yang telah ditambahbaik. TBM Slurry Shield telah digunakan untuk membina Terowong SMART sebelum ini. TBM VD mampu mengawal ketumpatan campuran cecair dan lumpur di dalam mesin untuk mengelak kehilangan tekanan yang mengakibatkan runtuhan tanah di permukaan bumi. Mesin VD pertama yang dikeluarkan oleh Herrenknecht AG akan tiba di Malaysia pada awal 2013. Karakashian berkata, keadaan tanah akan dikaji dengan teliti sebelum kerja pengorekan terowong bermula supaya lokasi lubang-lubang besar dan gua bawah tanah dapat dikenalpasti.

“Kami mengenalpasti setiap lubang besar yang wujud di sepanjang laluan TBM supaya dapat diturap sebelum kerja pengorekan dimulakan. Jikalau tidak, tanah runtuh mungkin berlaku,” jelasnya. Karakashian berkata, MMC-Gamuda mempunyai pengalaman dalam kerja pengorekan terowong dalam keadaan sebegini, berdasarkan kejayaan projek Terowong Smart sebelum ini. Dalam memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, katanya terdapat pasukan jurutera yang memantau jalan raya dan bangunan-bangunan yang berada di tempat kerja pengorekan terowong. “Orang ramai tidak menyedari aktiviti yang berlaku di bawah tanah. Mereka hanya mengetahui kewujudan terowong apabila projek MRT ini siap dan keretapi MRT beroperasi,” katanya.

Karya seni hiasi stesen bawah tanah KUALA LUMPUR – Unsur ke­ hidupan rakyat Malaysia menjadi pilihan dalam karya seni bagi menghiasi tujuh stesen MRT bawah tanah dan ia begitu unik serta me­ ngujakan sesiapa sahaja de­ ngan reka bentuk arkitektur yang mengagumkan. Pengarah Bahagian Komu­ nikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah (gambar) berkata, pengguna MRT akan dapat menikmati keindahan tujuh stesen itu, yang reka bentuk setiap stesen adalah berbeza de­ ngan stesen yang lain. Bermula dengan ste­ sen Muzium Negara, di­­perlihatkan evo­ lusi mode pe­ ngang­kutan awam Malaysia dari­pa­da bas, teksi hing­ ga keretapi se­ lain nostalgia orang

ramai menggunakan pengang­ ku­tan ter­sebut. “Di stesen Muzium Negara ber­ dekatan stesen KL Sentral, kita boleh melihat pada setiap tiang gambar teksi, bas dan ke­ retapi dari generasi lama hingga sekarang. “Di stesen Pasar Seni pula, ia mempamerkan aspek kebudayaan, seni dan kraf bagi mempromosikan warisan budaya

negara melalui visual. “Aspek patriotisme juga tidak dilupakan apabila ele­ mennya diperlihatkan pada Stesen Merdeka yang terletak ber­hampiran Stadium Merdeka,” jelasnya. Najmuddin berkata di stesen berkenaan juga terdapat mural yang mempelihatkan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra mengangkat tangannya ketika

Prinsip Rukun Negara menghiasi dinding Stesen Merdeka.

Stesen Pasar Seni yang bertemakan pertembungan sinonim dengan persekitaran kawasan berkenaan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

mengisytiharkan kemerdekaan negara. Beliau berkata di Stesen Bukit Bintang, susananya meng­ gam­ barkan kedinamikan dan ke­ceriaan kawasan persekitaran Bukit Bintang sebagai hab per­ nia­gaan utama. "Stesen itu direka bentuk dengan hasil seni berwarna merah bagi menggambarkan kedinamikan. “Sebelum ini ia seolah-olah mimpi negeri untuk kita me­ma­ suki Bukit Bitang dari se­ ge­ nap arah, tapi kini MRT berada di tengah-tengahnya,” tam­bah­nya.

Najmuddin berkata, kon­ sep Perbadanan Islam pu­ la diperlihatkan di Stesen Tun Razak Exchange yang menggambarkan suasana kon­­temporari, formal serta kor­­ porat selari dengan usaha ke­­rajaan untuk mempromosi ne­­gara sebagai dunia korporat Islam. Dua stesen terakhir iaitu Cochrane dan Maluri be­ liau berkata, ia mewakili pu­la ke­hi­ dupan bandar dan ge­ne­ra­si ba­ haru dengan nukilan seni kon­ tem­porari yang vibran, urban dan bersifat remaja.


4

26 Julai - 1 Ogos 2017

Pembiayaan khusus untuk usahawan KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY

KUALA LUMPUR - Pelbagai pilihan untuk pembiayaan perniagaan sudah sedia ada di Malaysia. Begitu mesej disampaikan kepada usahawan yang menghadiri Wacana Pembiayaan Perniagaan Usahawan dianjurkan syarikat media, Online Dynamics Sdn Bhd dengan kerjasama

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Menara PNS, barubaru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Online Dynamics, Noor Azman Yusof berkata, tujuan wacana itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada orang ramai terutamanya untuk mengembangkan perniagaan

sedia ada tetapi menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dan juga mereka yang berminat dalam dunia perniagaan bahawa terdapat pihak yang sedia membantu untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan. “Ramai usahawan sering mengeluh mengenai masalah pembiayaan perniagaan.

Nor Azman (kanan) bersama ahli panel Wawancana Pembiayaan Perniagaan Usahawan.

Forum berkenaan disertai Dr Hafsah dan Syed Kamarulzaman.

“Oleh itu kami mengambil ini­siatif menganjurkan wa­ca­ na ini secara percuma supaya usahawan dapat mengetahui pilihan sedia ada,” katanya pada wacana berkenaan yang turut menjemput tokoh korporat antaranya Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim dan Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Datuk Syed Zainol Khodki Shahbudin. Wacana yang diadakan di Auditorium Tun Raha PNS itu

juga adalah hasil kolaborasi bersama Capital TV, akhbar Warta dan PNS yang menjadi penaja utama lokasi program ini dan beberapa organisasi berkaitan seperti SME CORP, Cradle Seed Venture, Teraju, Ata Plus dan Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF). Sementara itu Azman berkata, Onlie Dynamics yang memiliki stesen televisyen Capital TV dan akhbar Warta akan mengadakan pelbagai acara sepanjang tahun ini.

Prima Avenue, Suntrack bina rumah untuk Orang Asal SERENDAH - Pembangunan ru­ mah orang asal akan mem­berikan sinar harapan untuk keluarga orang asal dan meningkatkan taraf hi­ dup masyarakat ini. Pengarah Urusan Kumpulan Prima Avenue, Benjamin Ong berkata, sya­ ri­ katnya telah membina le­ bih daripada 103 buah ru­ mah untuk orang asal di pelbagai lokasi seme­ nan­ jung Malaysia dengan ker­ jasama Epic Homes, se­ bu­ ah syarikat yang meng ko­ ordinasi pembinaan ru­ mah tersebut. Katanya, di kawasan Kampung Orang Asal Serendah, pihaknya te­ lah membina sebanyak 16 buah rumah untuk mas­ ya­ rakat orang asli yang ti­ dak berkemampuan dan pihaknya bekerjasama dengan rakan startegiknya, Suntrack Developement Sdn Bhd untuk membina sebuah rumah baharu un­ tuk sebuah keluarga disini. “Melalui penglibatan dua buah syarikat yang bekerjasama, pihak kami optimis untuk bergerak jauh dengan bergabung untuk projek pembangunan rumah orang asal yang

dibina secara gotong royong yang melibatkan kedua-dua kakitangan dan pengurusan syarikat tersebut," katanya. Menurut Benjamin lagi, kaki tangannya yang terlibat se­­bagai sukarelawan adalah se­ ra­mai 16 orang dan ditambah de­ ngan kaki tangan Suntrack Developement Sdn. Bhd. se­ ra­ mai 24 dan menjadikan ke­ seluruhan seramai 40 orang. Sementara itu, pengurus projek, Elim Tsen berkata, pihaknya menyiapkan pem­ bi­ na­an rumah tersebut selama ti­ ga hari yang bermula pada hari jumaat dan berakhir pada Isnin. Menurut Elim lagi, dia telah membuat pecahan kepada empat kumpulan utama dalam pembinaan rumah tersebut iaitu, struktur, lantai, dinding dan bumbung yang diketuai oleh seorang ketua yang dilantik dikalangan mereka. Kata Elim, rumah tersebut dibina seluas 600 kaki persegi dan telah tersedia kepada tiga panel berasingan. "Konsep pembinaan rumah tersebut menggunakan kaedah panel yang disediakan seperti di dalam buku manual, hanya perlu diikat dan di ketatkan," jelasnya. Kata Elim lagi, sebelum pembinaan bermula, pihaknya

Sukarelawan bergambar bersama dengan keluarga penerima rumah.

ter­­lebih dahulu akan ber­bin­ cang dengan tuan rumah ten­ tang jenis rekabentuk dan se­telah mendapat kata putus ba­ rulah mereka memulakan pem­ bi­naan rumah tersebut. Kata Elim, rumah yang dibina adalah berharga RM40 ribu dibina dengan tiga bilik tidur, ruang depan, ruang makan dan dapur tanpa ke­ mudahan bilik air seperti rumah-rumah moden yang lain. Katanya, budaya masyarakat orang asal akan membina bilik air di luar rumah kediaman mereka. Elim berkata, kombinasi bahan yang digunakan untuk membuat struktur rumah

adalah menggunakan besi, lan­ tai pula menggunakan papan, dinding pula menggunakan simen fiber dan atap pula meng­ gunakan bahan kitar se­ mu­la seperti bekas-bekas mi­nu­ man. penyedut minuman dan kotak-kotak minuman yang dikeluarkan oleh syarikat Tetra Pak. Ketua Pegawai Eksekutif Suntrack Developement Sdn, Bhd., James Tan, berkata pi­hak­ nya sangat teruja untuk men­yer­ tai projek amal ini, dia dan kaki tan­gannya berkampung selama ti­ ga hari untuk membina se­ buah rumah untuk orang asal yang tidak berkemampuan. Kata James, syarikatnya sen­­

gaja memilih cara ini un­­tuk meraikan kejayaan me­ reka di dalam beberapa pro­ jek usaha sama dengan Prima Avenue sebagai ha­ diah untuk keluarga yang me­ merlukan. "Kami meraikannya de­ ngan cara ini, iaitu berkongsi ke­jayaan dengan orang lain yang serba kekurangan," ka­ tanya. James juga berkata, me­ reka berbangga kerana ber­ jaya menyiapkan sebuah ru­ mah dalam pada masa sama se­mangat kerja berpasukan dapat disemai dan men­ ja­ dikan sebagai sebuah pa­su­ kan yang mantap pada masa akan datang. Sementara itu, pemilik ru­­­mah, Azrul Anuar 25, me­ la­­hirkan penghargaan dan gem­­­ bira dengan hadiah yang sangat bermakna, le­ bih-lebih lagi diterima pada bu­lan Syawal. "Ia adalah hadiah Hari Raya yang sangat bernilai dan saya berhasrat untuk meng­ hadiahkan rumah ini ke­pada ayah saya," katanya lagi. "Rumah lama kami itu su­dah lebih 30 tahun, sudah ti­ dak sesuai kerana sudah usang dan reput," katanya.


5

26 Julai - 1 Ogos 2017

Antara suami isteri, siapa yang lebih? 14

DALAM berkasih sayang, wanita selalunya dikatakan ‘lebih’ berbanding lelaki. Manakala lelaki pula selalunya dikatakan jenis yang ‘tidak kisah’. Benarkah begitu? Itulah soalan yang se­ be­ nar­nya bukan soalan, per­nah bertalu-talu ditujukan ke­ pada aku. Aku sebut “bukan soalan” kerana mereka yang berkata demikian - sudah tentu wanita lebih cenderung untuk mem­­berikan aku peringatan. Mereka nampaknya begitu pra­sangka terhadap lelaki. Puncanya remeh sahaja tetapi berubah menjadi tidak remeh apabila disulam dengan provokasi gender. Suatu ketika, aku terima SMS isteri yang dihantar ketika aku sedang solat Zohor. Selain SMS, ada juga panggilannya yang tidak dapat aku jawab. Selesai solat, aku segera hubunginya semula. Sebaik dijawab, aku

dengar dia menangis. Lalu aku tanya,“mengapa ?” Katanya, sebelum itu, dia dapat panggilan daripada aku dan cemas apabila tidak pula mendengar aku bercakap de­ ngannya melainkan hanya sebutan “ALLAHUAKBAR” be­ berapa kali. “Sapa tak risau, ingat apa-apa dah jadi kat abang!” katanya, tersangkut-sangkut me­nahan sendu. Oh, begitu! Rupa-rupanya apa yang dia sangka aku dalam kecemasan kerana mendengar aku menyebut “ALLAHUAKBAR” itu kerana aku sedang solat. Semasa aku tunduk bangkit solat, tanpa disedari aku telah alam keadaan terdail nombor telefon isteri. Itulah puncanya terjadi insiden dan situasi salah faham itu. Ya, aku mengaku apa yang berlaku itu remeh sahaja. Namun hal yang remeh ini telah menginsafkan diri aku betapa kuat kasih sayang isteri terhadapku yang hanya dalam tempoh sekejap, dan belum pun jelas apa yang sebenarnya berlaku, telah menyebabkan dia resah, gelisah, jadi tidak

tentu arah hingga banjir matanya. Hal inilah yang kemudian aku kongsi dengan rakan-rakan dalam Facebook. Tidak. Tidak terlintas sama sekali niat saya untuk menunjuknunjuk akan perkara peribadi namun sejujurnya, aku hanya mahu berkongsi apa yang aku rasa baik. Tujuannya untuk kita sama-sama insaf dan lebih menghargai pasangan. Iyalah, dalam keadaan diri kita yang saban hari tidak pernah tak sibuk dengan pelbagai urusan di luar rumah, kita selalunya terlupa atau buatbuat lupa bahawa ada insan yang sangat menyayangi diri kita, sentiasa ambil berat akan hal ehwal kita, sakit pening atau luka cedera kita. Akan tetapi dalam keadaan sama-sama sibuk, perkara yang sangat penting seperti itu selalunya ditanggap dan dilayan seperti tidak penting. Kesibukan telah me­ nye­ babkan kasih sayang yang kita semai, jarang kita siram atau bajakan. Akhirnya benih yang baik pun lama kelamaan menjadi layu dan mungkin mati!

Lalu aku fikir ada baiknya hal yang seperti ini terjadi, sebagai peringatan. Dan apabila ia berlaku pada diri sendiri, aku ketepikan segan silu - walaupun dilarang oleh isteri - untuk aku kongsi dengan rakan-rakan kerana yakin, ini adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk dijadikan pengajaran. Dalam perkongsian itulah aku menyebut bahawa aku baru tersedar betapa kuatnya kasih sayang isteri terhadapku. Ada pula rakan-rakan - wanita - yang menyambut keinsafanku itu dengan kata-kata: "Memanglah, isteri mana tak sayang suami? Cuma suami yang selalu tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham, selalu cari alasan ... " Aku tahu, ini provokasi gender. Jadi tidak perlulah untuk aku jawab. Soal kasih sayang ataupun mentafsir kasih sayang, tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Ia juga bukan ditentukan mengikut jantina. Ada lelaki yang sangat kuat cinta dan kasih sayangnya terhadap pasangan, ada juga yang tidak. Wanita pun begitu juga. Jadi tidak manis untuk kita pukul rata, menghukum bahawa

lelaki semuanya sama, atau wanita semuanya tidak setia. Rosaklah alam sejagat jika kita masing-masing berprasangka begitu! Aku sendiri, andai kata berlaku seperti apa yang berlaku ke atas isteri, pastinya gubra juga. Walaupun tidaklah sampai menangis seperti dia, sudah tentu saya tetap akan berasa cemas. Tetapi wanita, bukan seperti kita. Air mata sahajalah teman setia mereka dalam keadaan seperti itu. Jika rakan-rakan wanita begitu skeptikal terhadapku, yang lelaki lain pula. Mereka punya terjahan lebih berbahaya walaupun tidak menyerang saya. Ramai yang beri komen, "nasib baik hang tengah sembahyang bro... kalau tidak!!!" Ya, aku bukanlah orangnya yang begitu. Namun biasalah, anasir seperti itu ada di manamana!

Kereta mewah Pyongyang tawar cepat meragam percutian menarik LONDON - Jika anda berhasrat untuk membeli kereta baharu, anda pasti terfikir bahawa harga kenderaan selalunya setimpal dengan kualiti yang dihasilkan. Mungkin tanggapan itu tersilap kerana satu kajian oleh kumpulan pengguna, Which? mendapati bahawa kereta mewah yang lebih mahal harganya, lebih mudah rosak berbanding kereta kecil yang lebih murah, lapor Mail Online. Ini kerana kajian tersebut mendapati bahawa kereta mewah dibina dengan peralatan elektronik yang rumit dan mudah berlaku kepincangan. Berdasarkan statistik, sebanyak 36 peratus kereta yang bernilai 50,000 pound sterling (RM279,026) mengalami kerosakan pada tahun lalu. Berbanding dengan kereta mesra pengguna yang bernilai kirakira 10,000 pound (RM55,805) yang lebih tahan lama, hanya 25 peratus kerosakan dilaporkan oleh pemilik kenderaan kategori itu.

SEOUL - Agensi pelancongan Korea Utara melancarkan laman web yang menawarkan pilihan pakej percutian daripada menanam padi ke meluncur meskipun Amerika Syarikat (AS) memberi amaran untuk mengelakkan membuat perjalanan ke negara itu. Laman web 'Pelancongan DPR Korea' dikendalikan Pentadbiran Pe­­ lancongan Negara Korea meng­ gam­ barkan negara yang tertakluk ke­pada sekatan ketat berhubung program senjata itu sebagai sebuah lagi destinasi pelancongan. Ia memperkenalkan pakej per­ jalanan ke pelbagai bahagian

Penggunaan teknologi yang terlalu ban­yak dalam kereta moden me­wu­jud­ kan risiko bahawa pemandu akan ber­ de­pan masalah dengan sistem amaran yang mengeluarkan mesej tentang sta­ tus kenderaan mereka. Amaran itu mungkin disebabkan da­ri­pada sekecil-kecil masalah seperti ke­­kurangan angin tayar sehingga ma­ sa­lah enjin. Kerumitan sistem teknologi itu da­­ lam model terbaharu kenderaan me­ wah tidak boleh diperbaiki kerana ter­ le­tak di bawah bonet. Bagaimanapun kumpulan Which? eng­ gan menamakan kenderaan yang pa­ling tahan lasak dan sebaliknya.

negara termasuk Pyongyang, selain menawarkan pelbagai lawatan tema untuk pelancong yang mencari sesuatu lebih luar biasa. Pelancong juga dijemput menikmati pantai termasuk Pantai Majon Bathing, di mana aktiviti meluncur adalah popular dalam kalangan pengunjung berikutan airnya yang bersih dan suasana yang menenangkan. Laman web tersebut turut me­ nyediakan maklumat perjalanan asas seperti laluan udara dan kereta api serta cara untuk mengelilingi Pyongyang dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Paparan skrin laman web Pelancongan DPR Korea yang menawarkan pelbagai tempat menarik di negara itu.


6

26 Julai - 1 Ogos 2017

DUNIA MINGGU INI

LONDON – Atlet dari Denmark, Daniel Wagner meraikan kemenangannya dalam acara lompat jauh pada kejohanan IAAF World ParaAthletics Championships.

CARLIFONIA – Pesawat terpaksa digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan di Mariposa. Lebih 1,400 bomba dikerahkan untuk mengatasi kebakaran berkenaan.

PERANCIS – Seorang penduduk sebuah kawasan yang menjadi laluan kejohanan lumba basikal Tour de France dari Blagnac ke Rodez menarik perhatian apabila dia membawa pelampung berbentuk itik sambil berdiri melihat perlumbaan.

COLOMBIA – Seorang penduduk Venezuela menggantungkan bendera negara itu kepada patung Simon Bolivar sebagai simbol pembebasan dan protes kepada Presiden, Nicolas Maduro di Bogota.

PAMPLONA – Sekurang-kurangnya 10 orang cedera pada dalam acara akhir larian lembu Pamplona 2017, namun tiada yang dilaporkan maut. Acara tersebut menyaksikan sekumpulan peserta berpakaian serba putih bersama dasi merah, berasak-asak cuba melarikan diri di sebatang jalan sempit di dalam bandar itu sambil dikejar 12 ekor lembu.

TAIPEI – Ahli parlimen parti pemerintah Taiwan dari Democratic Progressive Party (DPP), Chen Ming Wen (kiri) bergaduh dengan ahli parlimen pembangkang, Hsu Yu Jen dari parti Kuomintang (KMT) semasa persidangan bajet negara itu.


Bisnes

26 Julai - 1 Ogos 2017

7

MRT ejen perubahan landskap pengangkutan KHIZAIRI KHIZAN

KUALA LUMPUR - Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai BulohKajang (SBK) yang dilancarkan barubaru ini menjadikan perkhidmatan tren baharu itu sebagai ejen perubahan dalam landskap pengangkutan negara. Menyediakan pengangkutan awam yang murah dan efisien, laluan SBK memainkan peranannya dalam memberi kemudahan kepada kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di sepanjang laluan 51 kilometer (km) dengan 31 stesen antara Sungai Buloh dan Kajang. Ini kerana kawasan di barat laut dan tenggara Lembah Klang tidak mempunyai mana-mana laluan perkhidmatan tren bandar. Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang serta sambungannya hanya untuk lingkungan timur laut dan barat daya Lembah Klang. Ketua Pegawai Eksekutif MRT, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan pelaksanaan MRT Laluan SBK sebagai ejen perubahan dalam landskap pengangkutan negara yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam banyak cara, satu daripadanya adalah untuk meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan untuk penduduk yang tinggal di kawasan yang kurang mendapat perhatian. Shahril berkata, dalam fasa pertama MRT Laluan SBK, 11 daripada 12 stesen dibina di kawasan yang belum menerima sebarang perkhidmatan tren dan fasa

MRT dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

kedua merangkumi 13 daripada 19 stesen. “Ini mencerminkan bahawa MRT meningkatkan kesalinghubungan khususnya di kawasan pinggir bandar sekali gus membolehkan mereka meningkatkan pergerakan,” katanya. Menurutnya, tambang untuk MRT Laluan SBK juga berpatutan, bermula daripada RM1 hingga RM6.40, membolehkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana menikmati keistimewaan perkhidmatan MRT. Shahril berkata, MRT akan mengurangkan beban rakyat kerana ia secara tidak langsung akan menurunkan kos sara hidup mereka. “Ia lebih murah daripada memandu

TNB buka peluang rebut Samsung Galaxy S8 KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mem­ per­ kenalkan kempen Autopay and Win iaitu satu kaedah pembayaran secara mudah, cepat dan dijamin ke­ se­ lamatannya melalui kad kredit. Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) Bahagian Pembahagian TNB, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata, mereka yang menggunakan kemudahan Autopay untuk membayar bil elektrik turut berpeluang memenangi Sam­ sung Galaxy S8. Katanya, selain itu orang ramai yang memanfaatkan kempen Autopay and Win ini berpotensi menikmati rebat tunai bernilai RM100. Katanya, kempen berkenaan

sebahagian daripada usaha TNB untuk memastikan setiap pelanggannya menikmati mutu perkhidmatan yang terbaik dari semasa ke semasa. “Dengan had maksimum bil sehingga RM5,000 sebulan, kempen bermula 31 Mei sehingga 31 Ogos 2017 ini memudahkan pelanggan TNB membuat urusan pembayaran bil elektrik masing-masing. “Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Autopay hanya perlu layari h t t p s : / / w w w. t n b . c o m . m y / pr omoti ons / au to- p ay- win /,” katanya dalam kenyataan. Mereka yang berminat hanya perlu menghantar borang yang lengkap diisi ke autopay@ tnb.com.my.

sendiri kereta anda dengan harga petrol yang tidak menentu, tiada caj letak kereta, kurang penggunaan kenderaan anda sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat kenderaan anda. “Dari segi perspektif alam sekitar, ia lebih hijau kerana perkhidmatan tren ini tidak menggunakan bahan api dan orang ramai yang menaiki tren akan mengurangkan penggunaan kereta mereka menyebabkan pencemaran udara dapat dikurangkan, jadi ia kemenangan berganda untuk alam sekitar,” katanya. Shahril menjelaskan pada peringkat makro, MRT Laluan SBK akan terus menyumbang dalam meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) menerusi kewujudan peluang pekerjaan dan

aktiviti ekonomi dengan 130,000 peluang pekerjaan diwujudkan semasa tempoh pembinaanya sejak 2011 hingga kini. Selain itu, kawasan di sepanjang jajaran SBK akan terus menunjukkan kenaikan dalam nilai hartanah dan pembinaan kira-kira 1.2 juta kaki persegi pembangunan komersil dan kediaman. Beliau berkata, pelaksanaan projek ini juga akan menyaksikan penjimatan 280 juta jam setahun dalam produktiviti pekerja dan RM20 bilion setahun dalam penjimatan masa. “Saya rasa inilah buat pertama kali, kerajaan Malaysia membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek infrastruktur dan mereka serius untuk membina projek ini buat rakyat. Usaha untuk meningkatkan infrastruktur awam adalah usaha yang tidak pernah berakhir, sama seperti MRT,” katanya. Fasa kedua MRT Laluan SBK terdiri daripada 19 stesen baharu yang mana tujuh terletak di bawah tanah. Stesen berkenaan adalah Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Maluri, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Mutiara, Taman Connaught, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu Sebelas Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Stadium Kajang dan Kajang. Setiap tren MRT Laluan SBK mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang setiap perjalanan dengan penumpang harian dianggarkan sebanyak 400,000 orang.

Perodua Axia model paling laris KUALA LUMPUR - Perusahaan Oto­ mobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan pe­ ningkatan 2.4 peratus jualan ken­ deraan kepada 99,700 unit bagi tempoh enam bulan per­ tama tahun ini berbanding 97,400 unit bagi tempoh sama ta­hun lalu. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua Axia menjadi model paling laris dengan jualan 32,600 unit, Bezza (28,300 unit), Myvi (24,000 unit) dan Alza (14,700 unit). "Kami juga kekal menjadi peneraju bagi pasaran automotif di negara ini dengan penguasaan 35.1 peratus berdasarkan jang­ kaan dalaman kami bagi jumlah keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 284,200 pada masa ini," katanya pada majlis sidang akhbar pengumuman kewangan

Perodua Axia dijual 32,600 unit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

separuh tahun pertama 2017 Perodua, baru-baru ini. Beliau berkata, TIV bagi separuh pertama tahun ini juga mencatatkan peningkatan 2.3 peratus kepada 284,200 unit kenderaan berbanding 275,500 unit bagi tempoh masa sama

tahun lalu. "Peningkatan jualan industri itu dipacu melalui kempen jualan agresif yang dilaksanakan kebanyakan pemain automotif dan pengenalan model baru di pasaran sepanjang tempoh enam bulan tahun ini," katanya.


8

26 Julai - 1 Ogos 2017

BISNES

Aidiladha : AirAsia Uber, teksi jalin Tambah penerbangan kerjasama KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd (AirAsia) mengumumkan penambahan kekerapan bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar untuk memenuhi permintaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha akan datang. Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, penerbangan ke Kota Bharu akan ditambah daripada 75 ke 89 penerbangan sehala seminggu, manakala ke Kuala Terengganu akan bertambah daripada 47 ke 54 penerbangan sehala seminggu, dan penerbangan ke Alor Setar akan bertambah daripada 33 ke 40 penerbangan sehala seminggu untuk tempoh perjalanan dari 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017. Menurutnya, bagi penerbangan ke Johor Bahru pula ia akan bertambah daripada 38 ke 41 penerbangan sehala seminggu

AirAsia akan menambah penerbangan sempena Hari Raya Aidiladha.

untuk tempoh perjalanan dari 29 Ogos hingga 12 September 2017. “Kami berbesar hati untuk menyediakan penerbangan tambahan bagi Hari Raya Aidiladha akan datang, supaya para tetamu boleh merancang perjalanan balik kampung mereka lebih awal dengan lebih banyak pilihan penerbangan, serta dapat menikmati rangkaian luas kami di Malaysia termasuklah laluan baharu seperti

Langkawi-Kuching, LangkawiJohor Bahru, Johor-BahruKuala Terengganu, Johor Bahru-Tawau dan banyak lagi. “AirAsia juga akan terus berusaha untuk menambah hab-hab domestik untuk menyediakan kemudahan kepada para tetamu dan kami berharap laluan baharu yang diperkenalkan serta kekerapan penerbangan tambahan akan melancarkan perjalanan tetamu kami,” katanya dalam kenyataan.

KUALA LUMPUR – Jalinan kerja­ sama Uber dengan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gabungan) adalah langkah terbaik dalam memberi ruang kepada pengguna untuk me­mi­ lih servis yang mereka yakini dan ia juga selaras dengan ke­ inginan kerajaan yang mahu mem­perbaiki pengangkutan awam. Pengarah Uber Malaysia dan Singapura, Warren Tseng berkata, Uber yang se­me­mang­ nya popular sebagai servis alternatif kepada teksi tidak lama lagi menyediakan ser­ vis teksi dalam aplikasi mereka. Katanya, perkara itu di­ realisasi­kan menerusi satu per­ janjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani Uber ber­ sama Gabungan baru-baru ini. “MOU itu akan mem­ bolehkan pemandu Gabungan menyertai rangkaian Uber meng­gunakan teksi mereka. “Pengguna akan melihat pilihan baru, UberTaxi dalam aplikasi Uber tidak lama lagi,” katanya. Sementara itu Presiden Ga­ bungan, Datuk SM Shalahuddin SM Amin percaya

pemandu teksi akan menerima manfaat melalui teknologi yang disediakan Uber yang me­ madankan penumpang dan teksi. “Ia akan memberi lebih pendapatan berbanding mem­ buang masa untuk menunggu,” katanya. Dijangka 500 pemandu teksi di bawah Gabungan akan menyertai platform Uber. Tetapi mereka perlu me­ menuhi beberapa syarat Uber seperti lulus pemeriksaan latar­ belakang, memiliki lesen memandu dan insuran yang sah, serta kenderaan berusia tidak lebih dari lima tahun. Semua jenis kenderaan akan diterima termasuk MPV, dengan struktur harga dan mekanik mengikut model UberX. Pemandu teksi Gabungan juga boleh terus mengambil penumpang di jalanan, apabila tidak mengaktifkan aplikasi Uber. Pengguna akan melihat pilihan baru, UberTaxi dalam aplikasi Uber tidak lama lagi. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau sama ada kad kredit dan debit.

Hari Perniagaan Amerika Latin Moto Z2 Play dijual RM1,999

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menganjurkan Hari Perniagaan Amerika Latin pertama pada 1 Ogos 2017. Matrade dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, ia bertujuan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Latin dan acara itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 500 peserta. "Hari perniagaan itu yang akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, diadakan secara kerjasama dengan kedutaan Amerika Latin, iaitu Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela," kata perbadanan itu. Pada hari itu akan diadakan seminar mengenai rantau Amerika Latin dan juga sesi kelompok sektor bagi mengetengahkan kekuatan Malaysia dalam bidang seperti aeroangkasa, kenderaan, elektrik

dan elektronik, farmaseutikal dan peralatan perubatan. "Kelembapan ekonomi global nampaknya tidak memberi kesan negatif ke atas perdagangan Malaysia dengan Amerika Latin, kerana perdagangan negara, terutamanya eksport, dengan rantau tersebut terus mencatatkan pertumbuhan kukuh," kata Matrade. Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Latin berkembang sebanyak 10.2 peratus pada 2016, dan meningkat 25.4 peratus antara Januari dan Mei tahun ini. "Mexico ketika ini adalah rakan eksport terbesar negara di Amerika Latin dengan eksport Malaysia ke Mexico berjumlah RM7.85 bilion pada 2016, dan RM4.16 bilion dari Januari hingga Mei 2017. "Tahun lalu, Malaysia mencatatkan imbangan perdagangan positif sebanyak RM6.3 bilion dengan Mexico," kata perbadanan itu. Pada masa hadapan, Matrade berkata, ia akan menumpukan kepada bahagian di mana syarikat Malaysia boleh membuat kelainan, termasuk projek prasarana yang ditawarkan di Amerika Latin.

KUALA LUMPUR Motorola membuat pe­nambahan ba­ha­ ru dalam keluarga Moto Z dengan pe­ lancaran Moto Z2 Play serba baharu yang dipadankan juga dengan Moto Mods. Dengan rekaan bentuk lebih nipis, ringan dan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play menawarkan ciri-ciri yang di­idam­ kan dan pada masa sama, ia juga mampu me­­nyediakan pe­ nga­laman hebat me­ nerusi Moto Mods. Dalam satu ke­ nyataan, Motorola berkata, Moto Z2 Play memancarkan skrin sehingga 70 inci di mana sahaja hinggalah penambahan zoom optikal sehingga 10 kali. “Paparan Full HD Super Ampled bersaiz 5.5 inci membuatkan permainan video, foto dan video dipaparkan di atas skrin dengan warna yang jelas menonjol bersama perincian yang cukup tajam. “Pemilik juga boleh merakam foto yang jelas sama ada waktu siang atau malam dengan kamera utamanya yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofokus berkembar.

“Kamera hadapan 5 Mega pixel (MP) dengan suluhan dwiwarna berkole rasi suhu (CCT), membuatkan anda kelihatan hebat dalam rakaman swafoto pada waktu siang atau malam,” katanya. Moto Z2 Play serba baharu kini sudah mula dijual dan didatangkan dengan dua warna iaitu kelabu (Lunar Grey) dan emas (Fine Gold) pada harga RM1,999. Motorola turut melancarkan pe­ nambahan baharu ke dalam keluarga Moto C dan Moto E iaitu Moto C, Moto C Plus, Moto E4, Moto E4 Plus.


9

26 Julai - 1 Ogos 2017

BISNES

Panamera Turbo kini di Malaysia

Porsche Panamera Turbo dijana enjin petrol 4.0 liter V8 dengan dua pengecas turbo.

KUALA LUMPUR - Porsche Panamera Turbo kini tiba di bilik pameran tempatan setelah varian asas dan 4S masuk ke pasaran Malaysia April lalu. Model generasi baharu ini menerima pengecas turbo untuk kesemua varian bermula dari varian asas, jadi untuk versi tertinggi ini, abjad ‘T’ pada perkataan turbo tersebut diberikan huruf besar bagi membezakannya dari yang lain. Model ini dijana enjin petrol 4.0 liter V8 dengan dua pengecas turbo, mengekstrak kuasa maksima 550 hp bermula 5,750 rpm hingga 6,000 rpm, dan tork puncak 770 Nm bermula 1,960 rpm hingga 4,600 rpm. Kuasa berkenaan adalah

30 hp/70 Nm lebih besar dari model Panamera Turbo generasi pertama, yang membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan 0-200 km/j dalam masa 12.7 saat dengan pakej opsyen Sport Chrono (model tanpa Sport Chrono 0.2 saat lebih perlahan dalam pecutan 0-100 km/j, dan 0.3 saat lebih perlahan untuk 0-200 km/j). Kelajuan maksima pula dicatatkan pada 306 km/j. Enjin V8 dengan turbo berkembar tersebut juga menampilkan ciri nyahaktif silinder yang mampu mengubah operasi lapan silinder kepada hanya empat silinder ketika dalam kelajuan enjin 950 rpm hingga 3,500 rpm dan tork dihadkan hanya pada 250 Nm.

IJM peroleh kontrak RM451 juta daripada UOB KUALA LUMPUR - IJM Construction Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd. memperoleh kontrak daripada UOB Properties (KL) Bhd. bernilai RM451 juta untuk membina menara pejabat korporat baharu UOB di Jalan Raja Laut. Pembinaan itu akan bermula pada Ogos 2017 dan dijangka siap dalam masa 40 bulan. Bangunan itu dijadualkan dihuni awal 2021. “Kami gembira dilantik oleh UOB Malaysia untuk melaksanakan pembinaan penuh menara pejabat korporat baharunya di ibu pejabatnya. Pengalaman luas dan kepakaran kami akan memastikan kami boleh melaksanakannya dengan efektif dan efisien,” kata Pengarah

Wajah baharu FZ150i

KUALA LUMPUR - Hong Leong Yamaha Motor pelanggan. Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan warna HLYM berkata, pengenalan warna dan dan grafik baharu bagi model 'naked' jalanan, grafik baharu itu turut me­nyak­si­ Yamaha FZ150i (150cc) untuk pasaran Malaysia. kan warna lama Motosikal 4-lejang paling laris di negara ini tidak lagi di­ itu kini ditawarkan pada dengan warna kuning, keluarkan. biru dan merah. Ia dijual pada harga asas selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM9,156.28 dan berada di pasaran mulai bulan lalu. Pengenalan warna dan grafik baharu Yamaha FZ150i itu selaras dengan usaha HLYM yang secara konsisten untuk menawarkan penampilan yang inovatif bagi model keluarannya bagi memenuhi keperluan

Perdagangan Malaysia berkembang 31.5 peratus KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd. memenangi Bank Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Islam Terbaik pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2017 baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, bank berkenaan menjadi yang pertama dianugerahkan oleh The Asset publication, anugerah itu menekankan komponen ESG yang berpandukan kepada prinsip syariah. "Satu penghormatan besar untuk diiktiraf oleh The Asset untuk tugas yang kami lakukan, dan bagaimana kami memastikan apa yang kami lakukan sentiasa betul oleh pihak berkepentingan kami dan memberi manfaat yang besar kepada mereka", katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, anugerah berkenaan mencerminkan komitmennya ke

Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corp, Datuk Soam Heng Choon dalam satu kenyataan. Menara 2 OUB setinggi 29 tingkat dengan ketinggian 193.5-meter itu akan terletak berdekatan ibu pejabat UOB Malaysia dan kedua-dua bangunan akan dihubungkan menerusi plaza bertingkat. Bangunan baharu itu termasuklah 27 tingkat ruang pejabat, dua tingkat podium bagi perbankan runcit , satu tingkat bahagian tingkat bawah, lima tingkat parkir bawah tanah dan ruang menyambut tetamu serta sky lounge. Nilai perolehan projek pembinaan IJM, termasuk projek tersebut, ketika ini berjumlah RM9 bilion.

arah menjadi entiti kewangan yang bertanggungjawab, selain mempertahankan tanggungjawab sosial dan alam sekitarnya. "Antara lain, bank menyokong projek infrastruktur yang membabitkan perancangan dan mendapatkan sumber yang mapan bagi negara, seperti perniagaan pengurusan sisa yang mesra alam. "Ia turut menyediakan pembiayaan hijau kepada projek yang layak seperti hidroelektrik dan ladang solar, " katanya. Bank itu turut memenangi anugerah 'Best Islamic Fintech Deal' bagi pembiayaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Bhd. Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A, anjuran The Asset publication, adalah antara anugerah utama bagi industri kewangan Kewangan Islam di Asia. Anugerah itu, dengan pendekatan yang teliti dalam memilih transaksi dan firma dan bank Islam terbaik di pelbagai negara Asia, kekal sebagai penanda aras dalam industri itu.

oBike basikal kongsi pertama di Malaysia KUALA LUMPUR – oBike baru memulakan operasi di Cyberjaya, dan menawarkan promosi istimewa untuk pengguna di Cyberjaya. Dengan kod promosi CYBERJAYA, pengguna boleh menikmati 20 kali penggunaan oBike selama 15 minit, serta penggunaan tanpa had pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Julai ini. Selain Cyberjaya, oBike beroperasi di Kota Damansara, Bandar Sunway dan Petaling Jaya. Basikal kaedah perkongsian ini ada­lah tanpa stesen pertama di Malaysia. Pengguna tidak perlu memu­lang­kan­ nya ke lokasi yang tetap dan boleh ting­ galkan sahaja di mana-mana. Namun, basikal itu perlu dikunci dan diletakkan di kawasan awam, bu­kan kawasan peribadi atau tertutup ser­ta ia mempunyai terma dan syarat. Untuk menempah oBike adalah mu­ dah, sama seperti menggunakan Uber atau Grab. Ia dapat dilakukan menerusi apli­ka­si oBike, yang boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore. Pendaftaran kali pertama dila­kukan menggunakan nombor telefon, ber­ sama bayaran wang deposit seban­ yak RM129 (sekali sahaja untuk ja­ mi­ nan) menggunakan kad kredit atau de­ bit.

Kemudian beli tambah nilai kre­dit. Seterusnya untuk menggunakan basi­kal, hanya cari sahaja menerusi pe­ ta atau buat tempahan awal. Apabila bertemu basikal oBike, im­­ bas kod QR pada basikal tersebut un­­­tuk membuka kunci basikal. Kunci akan terbuka dan basikal boleh mula digu­ nakan. Apabila tiba di destinasi, letakkan ba­si­kal di kawasan terbuka dan ti­dak menghalang laluan. Kemudian kun­ ci­ kan basikal tersebut. Caj penggunaan oBike hanyalah RM1 setiap 15 minit. Untuk mengenali perkhidmatan oBike dengan lebih lanjut, layari la­man web www.o.bike, serta sertai me­ reka di Facebook oBikeMY dan in­sta­gram @ obikemy.


10

26 Julai - 1 Ogos 2017

Pergi haji jalan darat KUALA LUMPUR - Enam belas rakyat Malaysia memulakan perjalanan darat sejauh 16,000 kilometer mulai Selasa minggu lalu dari ibu negara ke Makkah bagi menunaikan ibadat Haji melalui program Kembara Inspirasi Haji 2017. Dijangka mengambil masa selama 35 hari sebelum tiba ke tanah suci, peserta program yang dianjurkan Pertubuhan Kembara Amal (#PeKA) itu akan turut menyampaikan sumbangan kepada pihak yang telah dikenal pasti di beberapa buah negara yang dilalui mereka. Pengerusi #PeKA, Khir Ariffin berkata, kembara menggunakan empat kenderaan pacuan empat roda itu akan melalui Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu, sebelum tiba di Arab Saudi.

Pelepasan para peserta yang terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita berkenaan disempurnakan Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh. "Sumbangan kami terima daripada orang ramai dalam bentuk tajaan dan sumbangan wang, kami akan menggunakan dana terbabit untuk membeli barang-barang di negaranegara yang kami akan dermakan. "Destinasi pertama kami adalah Pulau Pinang untuk menyampaikan

bantuan di sebuah madrasah tahfiz, sebelum melintasi sempadan Malaysia-Thailand dan bermalam di Hatyai untuk malam pertama. Kami jangkakan ada kira-kira 30 hentian sepanjang perjalanan," katanya pada sidang media selepas majlis pelepasan kembara itu di Wisma Bernama, di sini baru-baru ini. Pelepasan para peserta yang terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita berkenaan disempurnakan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh. Khir berkata, pihaknya turut mengalu-alukan tajaan daripada manamana pihak yang mahu menyumbang bagi menjayakan misi mereka, menerusi akaun bank Maybank 56240561

Peserta program berkenaan dijangka sampai di Makkah selepas perjalanan 35 hari.

'Jokowi' palsu ditangkap JAKARTA - Unit Jenayah Siber Polis Indonesia menahan tiga orang yang didakwa membuat dan menghantar surat palsu bagi pihak Presiden Joko Widodo kepada 51 syarikat termasuk perusahaan milik negara (SOEs). Surat tersebut meminta penerima memberi sokongan kewangan kepada presiden dalam pemilihan semula 2019. Suspek dikenal pasti sebagai Kaba Sulaiman, 46, rakyat Republik Guinea; Daniel, 31, dari Liberia, dan isterinya, Ria Situmorang, 26, warga tempatan. Kaba ditahan di hotel di Jakarta Selatan, manakala Daniel dan Ria diberkas di Sunter, Jakarta Utara. Menurut jurucakap polis Jakarta, Komisioner Argo Yuwono, suspek membuat surat dengan logo negara dan presiden dimuat turun internet. Mereka juga memasukkan nombor telefon dan WhatsApp palsu serta emel jokowiirina@ gmail.com. "Daripada 51 syarikat ber­ kenaan, beberapa daripadanya menyumbangkan wang. Kami akan semak akaun suspek untuk siasatan," katanya. Difahamkan, penipuan itu didedahkan selepas pesuruhjaya SOE memeriksa kesahihan surat tersebut dengan Istana Negara sebelum ia disahkan palsu. Kesemua suspek dituduh melanggar Kod Jenayah Artikel 263 dan 264 tentang pemalsuan serta Transaksi dan Maklumat Elektronik (ITE) Artikel 35 dan 51 tentang manipulasi data.

Hikmah di sebalik memberi NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

ADAKAH anda tahu bahawa salah satu prinsip kepimpinan adalah berkaitan kuasa memberi? Menurut Charlie Jones, seorang dermawan, "Semua yang saya miliki - hidup saya, potensi saya, masa saya adalah diberikan kepada saya. Saya telah nekad untuk menghabiskan hidup saya dengan memberi kembali." Anda mungkin bertanya mengapa orang memberi? Saya percaya sifat memberi adalah satu tabiat yang digalakkan dalam setiap agama. Tabiat memberi melibatkan membina kepentingan refleksi diri, aspirasi dan kebertanggungjawaban. Anda boleh

menjadi seorang dermawan, tanpa mengira tahap pendapatan anda. Dalam buku Mark Sanbon yang bertajuk "Anda Tidak Memerlukan Jawatan untuk menjadi Pemimpin", orang memberi kerana be­be­ rapa sebab seperti mengajar kita un­ tuk me­lihat di luar diri kita, membantu orang lain yang memerlukan, menjadikan du­nia kita tempat yang lebih baik dan mem­ba­ha­ gia­kan kita. Ramai yang ingin melakukan sesuatu yang positif di dunia dan bersedia untuk mem­berikan masa, kepakaran, wang dan ke­ mahiran mereka. Pemberian adalah se­ suatu yang sangat mengagumkan. Ma­­ lah mengambil satu langkah yang kecil boleh memberikan perbezaan. Kita mem­ punyai kemahiran dan minat yang unik di mana menerusi kerjasama kita boleh mewujudkan impak yang lebih besar dengan cara kita menyumbang kepada orang yang memerlukan. Dengan menjadikan dunia ini lebih baik untuk orang

lain, kita sebenarnya telah menjadikan dunia ini lebih baik untuk diri kita sendiri. Sesetengah tindakan kepimpinan yang perlu diberi perhatian adalah amalan mem­­ beri tanpa mendapat pengiktirafan, ten­­tukan bagaimana anda boleh men­yum­ bang dengan cara terbaik dan menyertai ak­tiviti untuk memberi bersama keluarga. Anda boleh melakukan sebuah projek bersama dengan keluarga kerana ia membolehkan keluarga menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama sam­ bil membantu orang lain. Secara peribadi, saya bersama keluarga telah membantu anak perempuan saya untuk projek se­ ko­­ lahnya sebelum ini dan sebagai pro­­ jek pertama kami, kami berjaya mengumpulkan dana kira-kira RM1,000 da­­ ri keluarga dan rakan-rakan untuk mem­­ beli makanan dan keperluan asas ba­­ gi empat anak yatim yang terpaksa tinggal bersama nenek mereka kerana ibu mereka telah meninggal dunia. Aktiviti

ini mengajar anak-anak saya untuk meng­ hargai apa yang mereka ada dan untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak yang kurang bernasib baik ting­­gal dalam keadaan serba ke­­ku­ rangan termasuklah keperluan asas. Ka­­ nak-kanak mesti ditanamkan de­ ngan nilai-nilai ini supaya mereka bo­­ leh membesar menjadi orang yang le­ bih memahami. Kita boleh mulakan dengan me­ mu­­ puk nilai-nilai yang baik di semua pe­­ringkat umur untuk belajar mem­beri dan membantu orang lain. Bagi saya, saya sedang berusaha un­ tuk me­ wu­ jud­kan kesedaran mengenai Mat­lamat Pembangunan Mampan. Sa­­ ya akan ber­ kongsi lebih banyak maklumat tentang projek baru ini dalam artikel saya yang seterusnya.


26 Julai - 1 Ogos 2017

11


12

26 Julai - 1 Ogos 2017

Prasarana komited terus memperhebatkan perkhidmatan MRT Teks AZHAR GHAZALI Foto HAJI MOHD FAITH EZENE

PRASARANA Malaysia Ber­ had (Prasarana) – syarikat in­ duk kepada Rapid Rail yang menjadi pengendali per­khidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT-SBK), akan te­ rus meningkatkan usa­ ha dan memperkenalkan inisiatifinisiatif baru bagi mem­ per­ hebatkan kualiti per­khid­matan berkenaan. Dalam menegaskan ko­ mitmen ini, Prasarana akan terus berkomunikasi erat dengan pa­ ra penumpang dan pelanggan serta pemegang taruh lain bagi mendapatkan pandangan, idea dan maklum balas tentang inisiatif-inisiatif yang sesuai un­ tuk diperkenalkan untuk per­ khid­ matan rel urban terbaru negara itu. Pada masa yang sama, Pra­ sarana, yang turut diamanahkan untuk memperkasakan per­khid­ matan LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Koridor Utara Perak, akan terus menjalinkan hubungan baik dengan media massa ter­ ma­ suk media sosial, yang akan turut berperanan sebagai penghubung antara Prasarana dengan golongan ini. Ketika menyatakan ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz ber­ kata pihaknya telahpun menjalankan kaji selidik de­ ngan para pengguna MRT men­ jelang pembukaan fasa kedua jalinan berkenaan, yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 17 Julai lepas. "Berdasarkan kajian yang dijalankan Prasarana mengenai apa yang pengguna suka ada­ lah menambah kekerapan per­ jalanan tren di kawasan yang ada permintaan tinggi. Kedua, pengguna mahu WiFi. Kami akan lihat sambutan yang ada. Insya-Allah, kami (Prasarana)

"Berdasarkan kajian yang dijalankan Prasarana mengenai apa yang pengguna suka ada­lah menambah kekerapan per­jalanan tren di kawasan yang ada permintaan tinggi. akan sediakan," kata beliau ke­ pada pemberita ketika mem­ buat tinjauan bersama media sehari selepas perasmian MRTSBK Fasa 2 pada 18 Julai lepas. Rata-rata, Dato’ Sri Azmi me­ nyatakan rasa puas hati untuk operasi hari pertama pada 17 Julai, yang mana merekodkan 100,000 penumpang pada hari ber­ kenaan. Namun, beliau me­ ng­ akui bahawa masih ada ba­ nyak ruang untuk di­ per­ ting­­ katkan selaras dengan visi Prasarana untuk menjadi pe­ nyedia perkhidmatan peng­ang­ kutan awam terpilih berkelas dunia. Katanya, Prasarana dan anak-anak syarikatnya khusus­ nya Rapid Rail dan Rapid Bus, yang menjadi penyedia per­ khidmatan bas pengantara un­ tuk perkhidmatan MRT-SBK, akan terus menggiatkan usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya dalam menceriakan lagi pengalaman per­ jalanan para penumpang ketika menggunakan per­ khid­ mat­an kendaliannya. Pada sesi tinjauan yang bermula dari stesen LRT Bangsar,

Dato’ Sri Azmi, yang diringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman dan Ketua Pegawai Operasi Rapid KL Laluan MRT, Encik Muhammad Isom Azis, telah membawa rombongan me­ dia itu ke KL Sentral di mana penerangan diberikan mengenai sayap baru KL Sentral, yang kini menjadi laluan utama yang menghubungkan hub pengangkutan awam itu dengan stesen MRT Muzium Negara. Daripada stesen MRT Muzi­ um Negara, mereka me­ naiki tren mengarah ke Kajang untuk melawat Stesen Merdeka, yang berintegrasi dengan rang­ kaian LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Plaza Rakyat. Kata Dato’ Sri Azmi, beliau memilih stesen berkenaan bu­ kan saja kerana faktor integrasi dengan laluan LRT tetapi kerana kekaguman beliau terhadap hiasan dalam stesen berkenaan yang bertemakan semangat pat­ riotik negara. Beliau menzahirkan harap­ an agar imej dan mesej yang dipancarkan di Stesen Merdeka, yang turut memperagakan

satu imej gergasi bekas Per­ dana Menteri Tunku Abdul Rahman Al-Haj melaungkan sora­kan Merdeka pada tanggal bersejarah 31 Ogos 1957, yang diraikan di Stadium Merdeka. Ter­ letak berdekatan dengan ste­­ sen berkenaan, ia memberi na­ ma kepada Stesen MRT Merdeka. Perjalanan mereka di­ terus­ kan ke stesen ikonik TRX, atau Tun Razak Exchange, yang menjadi simbol kepada keunggulan dalam kepakaran pembinaan dan kejuruteraan, kerana menjadi stesen bawah ta­ nah yang paling dalam de­ ngan kedalaman 450 meter di bawah tanah. Lebih unik lagi, kedua-dua laluan terletak se­cara bertingkat dengan laluan me­ ngarah ke Sungai Buloh terletak di bahagian paling dalam. Mengulas perkara ini, Dato’ Sri Azmi menyambut baik saranan Perdana Menteri, mahukan kepakaran Malaysia

da­ lam projek-projek mega seperti MRT, BRT, LRT dan projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) diimport di luar negara ba­gi meluaskan potensi bisnes me­reka. “Kami sentiasa bersedia un­­ tuk menyahut apa jua per­ mintaan dan cabaran un­tuk ber­ kembang maju. Malah­an, kami kami telahpun menawarkan perkongsian kepakaran untuk projek di luar negara seperti di Jakarta, Indonesia, di Bangkok, Thailand dan di Arab Saudi," katanya. Program tinjauan media ha­ ri itu berakhir di Stesen MRT Mutiara Damansara, yang terletak berhampiran de­ ngan Hotel Royal Chulan Daman­ sara di mana rombongan me­ dia diraikan oleh rakan kerja Prasarana - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di hotel berkenaan.

Pengurusan tertinggi Prasarana dan Rapid Rail serta wakil media ketika tinjauan hari pertama operasi MRT SBK.


13

26 Julai - 1 Ogos 2017

Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK BESTARI JAYA 200 Meter dari jalan besar Dekat sekolah & Majid, 50x60kp. RM29,800. 033250 1470 / 3250 8221 / 017-667 1305Roni / 0139834 054 ika IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889

Bilik untuk disewa

Jawatan kosong

Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1971

Rumah untuk dijual PANGSAPURI CENGAL Jalan Pinggiran Mas 2 Taman Mas Sepang *Free SPA + Stamp Duty + FULL LOAN* -650sf , 3r2b , basic unit call 012-9777 769 PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)

KLASSIFIED

PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656 JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748

LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA untuk belia di luar bandar RM380,000 Teres Setingkat berumur 16 hingga - 30x60 25 tahun elaun harian - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan diberikan 017-513 2476 / Bebas, Ubahsuai , cabinet 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359

Jawatan kosong

Jawatan kosong

PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810

PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator

Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554

DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491

KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


14

26 Julai - 1 Ogos 2017

DESTINASI

UTP dan Dayang Nurfaizah

Kepada peminat-peminat setia tarian dan lagu-lagu kebudayaan. Tapestry of Colors akan mempersembahakan satu tarian kebudayaan oleh hampir 200 pelajar multinasional Universiti Teknologi Pertronas (UTP). Persembahan yang akan dijalankan oleh pelajar UTP ini adalah bertujuan mengumpul dana untuk Pusat Pelajar UTP. Turut terlibat dalam pesembahan tersebut adalah Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi jemputan. Sila layari http://dfp.com.my/ untuk info lebih lanjut.

'Malaysia International Plastic'

Pameran 28th Malaysia International Plastic, Mould & Die (M’SIA-PLAS 2017) akan diadakan oleh ES Event Management Sdn Bhd untuk kali ini, Pameran ini dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dan dari industri tempatan mahupun antarabangsa. M’SIA- PLAS 2017 telah bekembang dari tahun 1998. Pameran ini juga akan diadakan di Putra Worls Trade Centre, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut mengenainya sila layari: https://www.eventbrite.com.

'Electric Run'

The 2017 Recharged World Tour kembali menghidupkan masyarakat dengan kehidupan yang sihat. Peserta yang mengambil bahagian dalam acara lari sejauh 5km akan menggunakan cahaya dan bunyi. Pelancaran tahun ini menyaksikan dengan penambahan teknologi ELECTROBAND dan LED yang eksklusif yang akan menghubungkan beribu-ribu pelari dengan persaingan mereka untuk mencapai ke Nine Theme zones. The 2017 Recharged World Tour yang diadakan di Anjung Floris, Precinct 4, Putrajaya pada 29 Julai 2017 Lawati sesawang http://electricrun.my/ untuk maklumat selanjutnya.

Aku Negaraku

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2017, Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) menganjurkan sebuah kempen muzik video “Aku Negaraku Sedunia”. Kempen terbuka untuk penyertaan kepada semua rakyat Malaysia, yang berada di dalam dan luar negara, bagi bersamasama menyanyikan lagu patriotik “Aku Negaraku”. Objektif kempen ini dianjurkan, adalah untuk memupuk semangat perpaduan, cintakan negara, dan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyertaan untuk kempen ini akan berakhir pada 29 Julai ini. Kepada yang berminat untuk menyertai , boleh menghantar rakaman mereka nyanyian, tarian ataupun 'lip sync' kepada Yayasan Permai, melalui email atau Wetranfer kepada: akunegarakusedunia@gmail.com.

Alunan muzik okestra

Konsert orchestra yang bakal diadakan dia Kuala Lumpur Performing Arts Centre akan memainkan beberapa lagu klasik dari timur dan barat. Program ini merangkumi Yeo Chow Shern’s strirring Celebration dan beberapa tarian yang akan disajikan untuk para penonton. Bagi peminat-peminat muzik ini merupakan peluang terbaik anda untuk turut serta dalam program yang penuh dengan irama ini. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www. klpac.org/.

Festival komik

Comic Art Festival akan diadakan pada 29 sehingga 30 Julai bertempat dia Dewan Bunga Raya, Kuala Lumpur. Festival ini juga sebagai salah satu platform untuk menyatukan seniman bebas dan professional dari pelbagai sudat. Ini juga termasuk ilustrasi, penulis komik dan terdapat juga demonstrasi seni oleh artis dan pelbagai gerai artis akan diadakan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari sesawang https://www.facebook.com/cafkl.

Pameran permata antarabangsa

Sekali lagi Malaysia International Jewellery Fair (MIJF) 2017 akan memukau mata para wanita dengan koleksi yang indah. MIJF adalah pesta tahunan untuk peminat barangan perhiasan dan syurga perhiasan mewah. Jangan lepaskan peluang anda untuk berdaftar di Kuala Lumpur Convention Centre. Ini merupakan peluang emas buat peminat barang perhiasan. Layari https://www.eventbrite.com kepada mereka yang inginkan maklumat lengkap berkenaan program ini.


15

26 Julai - 1 Ogos 2017

TRENDING

Pernikahan Tunku Tun Aminah Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita penikahan puteri cantik kerabat Diraja Johor yang akan berlangsung di sebuah majlis tertutup. Tengku Tun Aminah menjadi perhatian netizen apabila berita penikahannya dengan Dennis Ibrahim diumumkan. Penikahan

Tunku Tun Aminah dengan Pengurus JDT Concept Store and CafĂŠ yang bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor ini akan berlangsung pada 14 Ogos nanti. Berita ini menjadi tular dan turut dihujani dengan ucapan tahniah oleh netizen.

Selfie membawa padah Mangkuk pun viral!

Tular di media sosial mengenai pinggang mangkuk yang dijual dengan harga serendah RM0.50. Penjualan yang dilangsungkan di Centre Point Bandar Utama sehingga 23 Julai ini mendapat perhatian masayarakat kota. Pelbagai himpunan mangkuk sambal sehinggalah ke mangkuk yang besar. Corak-corak mangkuk yang cantik menawan hati pengemar barangan dapur ini.

Mohon maaf akhirnya

I am Me, Datuk Vida

Seorang lelaki mendakwa pelakon terkenal dengan ‘tagline’ Kasi Sengat telah mengoda pasangannya semasa di kedai makan yang terletak di Pulau Pinang. Lelaki terbabit telah memuat naikkan status di laman Facebook dengan dakwaan pelakon Sofi Jikan melihat isterinya dan status tersebut turut dibalas oleh pelakon KL gangster ini di laman Instagramnya. Status tersebut yang menjadi tular baru-baru ini telah diselesaikan, apabila lelaki terbabit telah berjumpa dengan Sofi dan memohon maaf kerana telah tersalah faham. Bagi Sofi kerjayanya sebagai seorang artis dia haruslah sentiasa mesra.

Lagu yang kini semakin panas dan tular di laman Facebook mendapat perhatian netizen apabila penyanyi lagu tersebut merupakan orang yang tidak asing lagi di dalam industri kosmetik tanah air. Datuk Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida kini menerima pelbagai kritikan dengan single pertamanya. Lagu ini diilhamkan oleh Edry Abdul Halim. Meskipun pelbagai kritikan dilontarkan oleh netizen namun video ini mendapat 600,000 tontonan. Kini lagu ini telah dimainkan di stesen-stesen radio yang akan menghiburkan hati siapa yang mendengarnya.

Nyaris maut

Dek kerana kecuaian pemandu lain seorang penunggang basikal nyaris maut apabila basikal yang ditunggangnya di himpit dari arah belakang oleh seorang pemandu pancuan empat roda. Akibat dihimpit lelaki terbabit terjatuh dan mujur dia tidak digilis oleh kenderaan lain. Video yang di rakam di Lebuhraya PLUS berhampiran Bandar Sunway, Seberang Jaya Pulau Pinang ini tular di media sosial.

Tertelan pin tudung

Sejak kebelakangan ini laman sosial dipenuhi dengan kerisauan netizen apabila melihat seorang kanak-kanak tertelan pin tudung. Gambar x-ray yang menunjukkan pin yang ditelan oleh kanak-kanak 10 tahun itu telah dikeluarkan menjadi tular di media sosial. Difahamkan kanak-kanak itu telah didukung oleh ibunya yang memakai tudung dengan pin di bahu. Kanak-kanak tersebut telah menarik itu dan memasukkannya ke dalam mulut sebulum ditelan. Ramai netizen yang memberi katakata yang kesal apabila melihat gambar terbabit.

Gara-gara ingin berselfie dengan pameran barangan seni, seorang gadis menjadi perhatian netizen apabila dia telah menjatuhkan barangan pameran tersebut yang berlangsung di Los Angeles. Dia secara tidak sengaja telah menyebabkan kerugian bernilai AS$200,000 (RM850,000). Barangan seni yang diletakkan di atas satu kotak yang bersaiz empat segi tepat mula jatuh apabila dia cuba untuk duduk dan tersandar ke kotak tersebut. Difahamkan gadis tersebut cuba untuk bergambar dengan sebentuk mahkota yang direka oleh artis Hong Kong, Simon Birch. Video yang berdurasi 35 minit ini menjadi tular di lama sosial.

Penyampaian selamba wartawan TV3

Lain daripada yang lain, seorang wartawan TV3 menari dan ber'catwalk' ketika menyampaikan berita mengenai isu MRT baru-baru ini. Rakaman yang penuh dengan gaya tersendiri itu ole Safwan Sawi ini tular di laman sosial. Gaya penyampaian yang tidak dijangka itu meperlihatkan Safwan seorang yang bersahaja dalam melakukan tugasannya. Rakaman video berdurasi 2.48 minit itu memenuhi laman sosial. Rata-rata netizen terpegun dengan sikap selamba Safwa dan tidak kurangnya ada yang ingin mengikut jejak langkah wartawan tersebut. Jika apa yang dilakukan oleh Safwan tidak menyalahi etika dan menyenangkan banyak pihak, tidak mustahil ia akan menjadi ikutan lain-lain wartawan penyiaran selepas ini.

'Rider' prihatin

Sikap 'rider' yang prihatin dengan nasib seorang kanakkanak yang hampir jatuh punggungnya ketika menaiki motosikal bersama ibunya mendapat perhatian netizen. Kanak-kanak yang berpaut pada baju ibunya itu diselamatkan oleh 'rider' yang menunggang di belakang motosikal terbabit. Menerusi laman Facebook milik Hakim Aha dia terjumpa dengan seorang wanita sambil membawa dua orang kanak-kanak, dalam lingkungan dua tahun dan kanakkanak di belakang berusia empat tahun. Status tersebut mendapat perhatian netizen dan sejak itu laman sosialnya dihujani dengan pujian atas sikap dia dan rakan ridernya yang begitu prihatin.


16

26 Julai - 1 Ogos 2017

www.syahrilkadir.com

PG Lim peguam terbilang WANITA yang lebih dikenali dengan nama P.G. Lim ini lahir di Britain pada 1918 dan merupakan salah seorang wanita pertama Malaysia yang mendapat kelulusan Master dalam bidang undang-undang dari Universiti Cambridge. Salah satu kes terkenal yang dikendalikannya adalah

pada 1948, mewakili Lee Meng, seorang gerila yang ditahan di Perak atas dakwaan terlibat dalam kegiatan komunis. Beliau juga mewakili 11 remaja yang dijatuhkan hukuman mati kerana dituduh bersubahat dengan penceroboh warga Indonesia dan memiliki senjata api ketika Konfrontasi 1968. Lim, yang memenangi Anugerah Merdeka pada 2009, juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada beberapa kesatuan yang tidak mampu untuk mengupah khidmat peguam dan beliau selalu memperjuangkan golongan yang kurang bernasib baik. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George, mengimbas kembali saat

Tan Sri P.G Lim, pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negara.

Lim kemudian berkhidmat sebagai duta ke Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah, kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah, dan pengarah Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur bagi Timbangtara sebelum bersara pada 2001. sebagai seorang pelajar di mahkamah pada 1956. “Saya selalu mengikuti beliau ke seluruh negara dengan membawa beg beliau dalam mahkamah. Saya sedar beliau seorang peguam yang hebat. Beliau seorang pejuang yang tidak gentar, panas baran dan kurang sabar, namun bekerja keras. Darinya, saya belajar untuk tumpukan

kepada isu sebenar dan bukan sekelilingnya” Ernest Devadason, seorang peguam yang sudah bersara, juga teringatkan tugasnya yang pertama, ketika bekerja di firma milik Lim : “Asas yang dia berikan kepada saya sebagai peguam muda ketika itu adalah yang terbaik dan menjadikan kedudukan saya lebih kukuh.” Apabila Parlimen digantung

selepas rusuhan pada 1969, Lim satu dari dua wanita yang dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Negara yang mengesyorkan Dasar Ekonomi Baru pada 1970. Pada 1971, Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau sebagai Timbalan Wakil Tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan pangkat duta. Bekas Setiausaha Agung Wisma Putra, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar ketika itu bertugas di New York. “Pengetahuannya dalam bidang undang-undang banyak membantu kami dalam memahami bagaimana kami boleh maju ke depan,” katanya. “Beliau pada masa itu mengendalikan bahagian ekonomi dan sentiasa peka dengan banyak isu serta mampu memberikan jawapan yang betul selalunya.” Lim kemudian berkhidmat sebagai duta ke Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah, kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah, dan pengarah Pengarah Pusat Serantau Kuala Lumpur bagi Timbangtara se­ belum bersara pada 2001. Beliau meninggal dunia di Perth, Australia pada 7 Mei 2013 di usia 96 tahun. Lim meninggalkan seorang anak lelaki Wee Han Kim, seorang anak perempuan Caryn Lim, dan dua orang cucu. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com

Seorang peguam yang berdedikasi dan menjadi rujukan banyak pihak.

Ketika melancarkan autobiografinya.

Suasana merdeka 1957 dihidupkan semula PUTRAJAYA - Sambutan Hari Ke­ bangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Dataran Merdeka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Salleh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 berkata ia merupakan antara pengisian acara pada perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini. “Ketika dunia berasak-asak menuju ke hadapan untuk mencapai kemajuan, kita kadang-kadang terlupa asasnya pemimpin terdahulu bersusah payah untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah. Anak-anak mungkin tidak sedar. “Sehubungan itu, kami ingin memberi kesedaran kepada rakyat

Malaysia bahawa kemerdekaan bukan mudah untuk dicapai. Adalah penting agar rakyat Malaysia merasa terhutang budi kepada pengorbanan pemimpin terdahulu yang berusaha memerdekakan negara. “Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kompleks KKMM, baru-baru ini. ‘Negaraku Sehati Sejiwa' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 16 September. Salleh berkata, sempena acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini, skrin LED gergasi sepanjang 200 meter panjang dan 9 meter tinggi akan

ditempatkan di sekeliling Dataran Merdeka bagi memaparkan kombinasi persembahan di padang, udara serta video dan multimedia bagi memberikan impak penceritaan yang lebih menarik kepada pengunjung. Salleh berkata, sebanyak 12 acara utama dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan diikuti sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan,”

katanya. Beliau menambah acara-acara lain yang bakal mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia termasuk Merdeka My Buddies Run (20 Ogos), Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) dan Kayuhan Merdeka (6 Ogos), NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos), Merdeka@ Komuniti, dan Karnival Hari Malaysia (15-17 September).


17

26 Julai - 1 Ogos 2017

Makan

DI MANA

Keistimewaan Hakimi Sate Kajang MURNI REJAB

LIHAT kepada saiz sate yang dihidangkan kepada kami, cukup membuatkan kami terpana. Manakan tidak, saiz sate yang besar ini pasti membuatkan anda kenyang dengan hanya menjamah beberapa cucuk sahaja. Tatkala sate ini ‘mendarat’ di mulut kami, tiada apa yang boleh dikatakan hanya dengan satu perasaan kepuasan merasai keenakan sate ini. Kuah kacang yang ‘mengancam’ turut menjadi penyebab keenakan sate yang bertempat di Kampung Abu Bakar Baginda, Bangi ini. Diberi nama Hakimi Sate Kajang sempena nama anaknya, pengusaha sate, Nasruddin Kendur yang berusia 37 tahun ini berkata resepi sate yang dibakarnya ini adalah resepi turun temurun dari arwah ayah mertuanya. “Saya mengambil keputusan untuk menyambung warisan ayah mertua saya selepas dia meninggal dunia dan sejak dari itu juga, isteri saya turut

membantu saya untuk samasama mengusaha kedai kami,” jelasnya yang mengusaha kedainya itu selama 12 tahun. Keistimewaan sate Hakimi Apa yang istimewanya sate Hakimi adalah dia menggunakan bahagian daging batang pinang yang membuatkan daging tersebut lebih kenyal isinya dan berjus selepas diperap selama tiga jam bagi mengekalkan rasa rempah yang diserap ke dalam daging tersebut. Walaupun harga bahagian batang pinang (tenderloin) agak mahal berbanding bahagian lain, Nasaruddin mahu memastikan kepuasan setiap pelanggannya yang menjamah satenya itu. “Keletihan semasa membakar sate ‘terbayar’ apabila ramai yang menempah sate kami. Malah kami juga dapat maklum balas positif selepas pelangggan memuji keenakan sate kami,” jelasnya senyum. Jelasnya lagi, dalam sehari dia akan menggunakan 40

Antara pelanggan yang tidak ketinggalan mencuba Hakimi Sate Kajang.

Asal usul sate

TAHUKAH anda bahawa sate asalnya dari daerah Jawa, Indonesia. Sate dicip­ ta sekitar abad ke 19 oleh penjual makanan ja­la­nan yang ketika itu banyak pen­ datang dari Arab ke Indonesia. Selepas itu, ia mula berkembang dan popular oleh warga ke­ ­ tu­ru­nan Arab apabila me­re­ka gemar makan

daging kam­ bing. Sate kemudiannya mula popular dia negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, dan Thailand. Setiap negara mem­ punyai resepi dan olahan ma­­sing-masing. Malah kini tidak terhad kepada da­ging lembu, kambing dan ayam sahaja, malah daging ar­ nab, kijang turut disajikan se­bagai sate.

kilogram ayam dan daging. Dia juga mengakui bahan-bahan yang digunakan semua dari resepi ayah mertuanya. Katanya, apa yang penting dalam resipi berkenaan adalah nisbah bahanbahan campuran yang perlu tepat selain penggunaan bahanbahan segar terutama bahan paling utama iaitu daging dan ayam. Selain itu, satenya turut menerima tempahan setiap tahun untuk majlis jamuan Hari Raya dari pihak universiti dan juga beberapa orang menteri dalam jumlah yang agak banyak. Dari segi harga pula, untuk sate ayam dan daging keduanya dijual dengan harga RM0.90 secucuk manakala untuk nasi himpit pula RM0.50. Harga yang ditawarkan yang murah dan berpatutan ini menjadikan sate Hakimi tetap menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke sini. “Kami buka kedai pada jam 5 petang habis semua sate yang disediakan habis dibakar. Kepada sesiapa yang berkunjung ke sini harus cepat kerana selalunya jam 9.30 malam sate

akan habis,” jelasnya yang mempunyai dua cawangan di kawasan sama. Nasaruddin juga memaklumkan akan membuka restorannya sendiri yang hanya menyediakan menu sate buat penggemar sate di luar sana.

Selain itu, satenya turut menerima tempahan setiap tahun untuk majlis jamuan Hari Raya dari pihak universiti dan juga beberapa orang menteri dalam jumlah yang agak banyak.

Nasruddin akan memastikan sate yang dihidangkan sentiasa panas.

Sate turut dihidangkan bersama timun dan bawang.

Kenali khasiat timun

TIMUN sering menjadi hidangan ber­­sama sate. Menjadi pe­leng­ kap selain bawang, nasi impit dan kuah kacang. Namun, tahu­ kah anda timun sebenarnya mem­­­punyai banyak khasiat.

Diet harian Timun bagus untuk me­ nu­ run­kan berat badan kerana kan­ dun­gan kalorinya rendah tetapi ting­gi kandungan air. Amalan memakan timun mem­­­bantu mengatasi sembelit. Kajian mendapati sese­ ten­ gah sebatian dipanggil sterol ko­ lestrol di dalam timun mem­ban­tu men­­gurangkan paras ko­les­­trol. Kulit Kandungan air yang tinggi, vi­­ta­min A, B, C dan mineral ter­

ten­­tu seperti magnesium, ka­lium ser­­ta silika menjadikan timun ba­­ gus untuk kulit. Masker yang dihasilkan da­ ri­ ­ pada timun boleh digunakan un­­tuk mengatasi masalah ke­te­gan­gan kulit. Asid askorbik dan asid caffeic da­lam timun membantu men­­gu­ rang­kan keadaan beng­kak di ba­­ wah mata. Kulit timun membantu mem­­be­­­ ri kelegaan pada kulit yang di­­se­­­ babkan oleh sinaran ma­­­­ta­­hari. Rambut Timun mem­­bantu meng­­ga­lakkan per­tum­­­ bu­ han rambut yang si­­ hat kerana ia men­ gan­­­­­dungi silikon dan sul­­­fur.

Sistem penghadaman Jus timun segar membantu mengu­ rangkan masalah ulser mulut keasidan, pedih hulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun mem­bantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.


18 Di sebalik

26 Julai - 1 Ogos 2017

JENAMA

Restorannya laris, lagunya mendayu MURNI REJAB

MENU asalnya adalah ayam yang dipanggang menggunakan arang kayu. Itu kehebatan menu dari restoran Kenny Rogers Roaster ketika diperkenalkan pada 1991. Restoran yang juga diambil dari nama pengasasnya, Kenny Rogers ini mendapat perhatian dunia hingga kini dengan kelazatan resepinya yang pelbagai. Penyanyi dan penulis lagu 'country', Kenny Rogers mula menceburi perniagaan makanan segera bersama dengan bekas Gabenor Kentucky John Y. Brown, Jr. yang juga pengasas dan pemilik asal Kentucky Fried Chicken (KFC). Melihatkan peluang dalam menyediakan makanan yang si­ hat dan sedap dalam per­ se­­ki­taran restoran, Kenny mula menubuhkan restoran pertamanya di Florida pada Ogos 1991. Pada 1995, menu baru telah diperkenalkan termasuk ayam belanda, daging rusuk, dan pelbagai hidangan sam­ pin­ gan di 350 buah rang­ kaian res­ toran, termasuk di Kanada, Timur Tengah, dan Asia. Kewujudannya semakin di­ke­­ nali dan popular di seluruh Seinfeld ("The Chicken Roaster") yang pada asalnya telah dide­ dikasikan oleh Kenny Roger dan Jerry Seinfeld yang amat meng­ gemari resipi tersebut. Dia mendapat ilham semasa

Kenny juga adalah penyanyi dan penulis lagu 'country'.

tidak dapat tidur selepas mereka berpindah ke pangsapuri baru yang diluarnya diterangi oleh lampu neon merah yang terang merah.

Mendapat pengiktirafan

Kenny Rogers Roasters telah menerima pengiktirafan sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada 1996, 1997 da 1998 sebagai pemenang anugerah America's Choice Award Winner for the Best Chicken Chain yang berprestej oleh Restaurants and Institutions Magazine, iaitu sebuah syarikat penerbitan yang popular di USA. Kenny Rogers Roasters juga menerima anugerah Master Franchisee of the Year 2000/2001 and 2002/2003 dari Persatuan Franchise Malaysia (an affiliate

of the World Franchise Council). Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd adalah satu-satunya pemegang franchise bagi Kenny Rogers ROASTERS ("KRR") di Malay­ sia. Syarikat ini adalah diba­ wah subsidiri Berjaya Group Berhad yang ditubuhkan pa­­da tahun 1994. Kenny Rogers Roasters adalah restoren kelas per­ tengahan yang menyediakan menu ayam panggang sebagai menu utama di samping menumenu lazat yang lain. Di an­ taranya adalah Kenny's famous homemade muffins, 'jacket potatoes', 'vegetable salads', 'pasta', 'soups', 'desserts' dan pelbagai minuman yang disajikan dalam suasana yang amat selesa.

membeli-belah Ontario Mills di Ontario, California. Kini ia beroperasi di Malaysia, Filipina, China, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, Brunei, Cambodia dan Dubai.

Pernah bankrap

Pada Mac tahun 1998 syarikat mereka telah mengalami kebankrapan. S a h a m n y a telah dibeli oleh Nathan’s Famous, Inc. Hasil daripada penstrukturan s e m u l a , banyak lokasi p e rn iag aan nya d i t u t u p . Menjelang tahun 2000, rangkaian

Kenny pentingkan makanan terbaik SEJAK kecil, Kenny Rogers amat sukakan makanan terutamanya masakan dari rumah. Baginya, kaya atau miskin, tiada apa yang penting selain mempunyai makanan yang terbaik. Dia juga amat suka menyediakan makanan yang terbaik untuk semua orang. Sebagai seorang ahli muzik, dia juga berpeluang melancong ke banyak negara. Dia mengaku bahawa makanan seharusnya dihidangkan secara ringkas. Jelasnya lagi, jika terlalu banyak makanan, seseorang individu tu akan terlepas pandang makanan yang dihidangkan. Oleh itu, di Kenny Rogers Roaster menyediakan makanan yang hebat untuk masyarakat di luar

perniagaannya telah turun kepada 90 buah restoran francais, 40 orang di Amerika Sya­ rikat, dan 50 di negara-ne­ gara lain. Selepas itu, Nathan’s Famous, Inc. pula telah menjual rang­­kaian perniagaannya sen­ diri pada tahun 2008 kepada francais Asia mereka, iaitu Berjaya Group Malaysia. Pada masa itu, hanya ting­­gal satu rang­kain sahaja Kenny R o g e r s Roasters yang ma­sih beroperasi di Amerika Syarikat, terletak di pusat

Minuman atasi masalah tidur Susu coklat

Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu yang masih panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan segala saraf akan menjadi tenang.

Teh pudina

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur nyenyak. Minum minuman ini satu jam sebelum anda tidur.

The Chamomile

Teh Chamomile tanpa gula adalah minuman yang menenangkan untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Susu hangat

sana kerana baginya dia menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.

Beralih ke susu hangat jika anda susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu hangat untuk membantu tidur yang dapat menenangkan saraf dan berehat sebelum tidur. Minuman ini juga

membantu seseorang untuk merasa segar pada keesokan harinya

Koko

Ini andalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia. Sumber: Wanista.com


19

26 Julai - 1 Ogos 2017

21

Kalau sudah jodoh

21

Soo Young kini lebih peka

20

Scha, Awal sedia tambah anak

20

Ramona kini berbadan dua

21

Pernah ada album rupanya...

23


20

26 Julai - 1 Ogos 2017

Scha, Awal

tidak tolak rezeki

Pernah ada alb Ryan Gosling

PASANGAN duta Yalkult Malaysia, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga. Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga pasangan ini tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata kedua mereka dalam tempoh terdekat. Pasangan ini dikurniakan

Di dalam filem La La Land, Ryan Gosling menunjukkan kebolehan mendendangkan beberapa buah lagu. Bagaimanapun dia sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Album Dead Man’s menjadi bukti. Dia berganding bersama Zach Shileds menghasilkan album bergenre rock itu pada 2009.

seorang anak yang comel, Lara Alana yang kini digilai ramai dengan teletahnya. Scha yang kini giat menjalankan pengambaran 3 Dara Kg Dot Com menyatakan sebolehnya mereka berdua terus dikurniakan rezeki dan usia yang semakin meningkat mengharapkan agar perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya.

Tahniah Ramona PELAKON tinggi lampai yang memiliki wajah ayu ini dihujani ucapan taniah oleh peminat-pe­minatnya di laman Instagram. Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam yang baru-baru ini berkongsi gambar 'baby bumpnya' mendapat perhatian netizen diiringi beribu ‘like’ dan komen yang berbau indah. Menanti detik indah Ramona dan Rami Alshkar ini ramai netizen yang memuji Ramona kelihatan comel dan manis serta mendoakan agar proses kehamilan berjalan dengan lancar. Pemenang tempat keempat Dewi Remaja seang­katan dengan Neelofa dan Anzalna ini bagaimanapun teruja untuk menghadapi saat-saat manis mereka sebagai satu keluarga dengan keha­diran cahaya mata sulung.

Rumah tangga kami masih bahagia

PELAKON Hanez Suraya mendapat perhatian netizen apabila timbul desas-desus mengatakan hubungan dia dan suaminya, Romie Razin Adilha sudah retak. Namun pasangan bahagia ini dapat menepis dakwaan tersebut. Kenyataan yang dilemparkan oleh pasangan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka sebagai suami isteri. Namun bagi pelakon Love You Mr Arrogant ini apa saja yang dilemparkan kepadanya dia tidak cepat melatah untuk betindik terburu-buru. Perkahwinan Hanez dan Romie pada Mac 2015 lalu dikurniakan seorang puteri bernama Puteri Aleesya.

Naomi Campbell

Super model Naomi Campbell juga pernah mengeluarkan sebuah album penuh pada tahun 1994 berjudul Baby Woman. Sayangnya album ini dicatatkan di dalam senarai 50 album ‘terburuk’ oleh Q Magazine.

Joe Pesci

Pemenang Oscar menerusi filem Goodfellas dan Home Alone, Joe Pesci pernah bergelar penyanyi melalui album yang diterbitkan pada 1968. Bertajuk Little Joe Sure Can Sing.

The Futurist menjadi judul album milik Robert Downey Jr. Dengan lapan buah lagu, tracklist dalam album tersebut ditulis sendiri oleh Robert Woney. Album ini mendapat pujian termasuk oleh media USA Today.

Scarlett Johansson

Pada 2008, Scarlett Johansson muncul dengan album berjudul Anywhere I Lay My Head. Setahun kemudian dia muncul pula dengan judul album, Break Up.


21

26 Julai - 1 Ogos 2017

bum rupanya.... Clint Eastwood Tentu anda masih ingat dengan Clint Eastwood. Dia pernah muncul dengan album berjudul Rawhide’s Clint Eastwood Sing Cowboy Favourites pada 1963. Penerbit album berkenaan, Coemo Records menyatakan bahawa album ini berjaya menyajikan lagu yang menggambarkan seni dan artis di barat adalah terlalu rapat.

Jackie Chan

Di sebalik nama besarnya sebagai pelakon aksi, sebenarnya Jackie Chan pernah muncul sebagai penyanyi. Dia pernah muncul dengan 20 buah album dalam lima bahasa yang berbeza. Love Me, menjadi karya pertama yang yang diterbitkan pada 1984.

Toni Collette

Pelakon kelahiran Australia, Toni Collette juga pernah muncul dengan sebuah album pada 2006 lalu. Dengan judul Beautiful Awkward Pictures dia muncul dengan kumpulan yang dinamakan Toni Collette an The Finish. Suaminya, Dave Galafassi adalah salah seorang ahli kumpulan itu.

Christopher Lee

Bintang The Lord Of The Rings, Christopher Lee juga pernah menghasilkan album dalam genre heavy metal. King Charlesmagne dan Holy Roman Emperor antara dua album miliknya.

Seputar Artis Justin Bieber puji Sofia Richie Hubungan Justin Bieber dan Sofia Richie sudah lama berakhir. Namun baru-baru ini netizen terkejut dengan tindakan Justin yang memberi ‘like’ dan komen yang bertulis “You are gorgeous” kepada gambar Sofia apabila dia memuat naikkan gambarnya. Ini merupakan bukan kali pertama Justin memuji bekas kekasihnya itu. Netizen beranggap mereka masih wujud rasa sayang walaupun sebelum ini mereka telah menjalani kehidupan masing-masing.

Serina berbaik demi kebahagian anak Gambar mesra Serina Redzuawan bersama bekas suaminya, Gavin Edwan menarik perhatian netizen apabila dia memuat naikan gambar keluarganya yang menghadiri satu majlis anjuran sekolah di laman Instagram miliknya. Selepas memuat naik gambar itu ramai beranggapan bahawa mereka sudah berbaik semula. Ini kerana, mereka terlihat tersenyum seperti tiada kemelut yang berlaku terhadap rumah tangga mereka. Bagaimanapun pelakon Gerak-Gerak Khas ini menyatakan bahawa kecerian yang teserlah pada wajahnya hanya demi kebahagiaan anak-anak mereka. Sebelum ini Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata Tristan Tareef,6 serta Isabella Saffiya, 5.

Soo Young berhati-hati Penyanyi Soo Yung kini akan lebih berhati-hati apabila situasi di Lapangan Terbang Gimpo, Seoul baru-baru ini membuatkan separuh jiwanya mati. Soo Yung yang akan menghadiri konsert SM Town Live world Tour V bersama kumpulannya SNSD ke Osaka, Jepun terhenti apabila dia menyedari pasportnya tiada dalam simpanan ketika ingin melepasi ruang perlepasan dan bertambah malang lagi apabila dia juga tertinggal tiket penerbangan. Tindakan pantas pembantunya pulang mengambil dokumen penting itu di rumah menyelamatkan Soo Young daripada ditinggalkan oleh rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Soo sempat memuat naik gambar pasportnya di Instagram.


22

26 Julai - 1 Ogos 2017

RELEKS

Jom Wayang Tajuk : Overdrive Bahasa : Inggeris Genre : Aksi Durasi : 1 jam 36 minit Pelakon : Scott Eastwood, Freddie Thorp, Ana de Armas, Gaia Weiss Pengarah : Antonio Negret SINOPSIS Overdrive mengisahkan mengenai Andrew dan Garrett Foster, dua beradik yang mempunyai kepakaran mencuri kereta mewah. Mereka telah mengembara ke selatan Perancis untuk mencari peluang baharu. Mereka kemudian diupah untuk mencuri kereta Bugatti 1937, tetapi mereka tertangkap. Pemilik kereta Bugatti 1937 merupakan ketua penjenayah Jacomo Morier, dia mahu dua beradik ini mencuri kereta daripada musuhnya Max Klemp sebagai pertukaran nyawa mereka. Bukan kereta biasa yang dia mahu dua beradik itu curi, sebaliknya mahukan kereta yang paling berharga buat Kemp iaitu Ferrari 250 GTO 1962. Berjayakah dua beradik ini melaksanakan visi berat ini. Tajuk : The Doll 2 Bahasa : Indonesia Genre : Seram Durasi : 1 jam 20 minit Pelakon : Luna Maya, Herjunot Ali, Sara Wijayanto Pengarah : Rocky Soraya SINOPSIS Maria dan Aldo hidup gembira bersama anak perempuan mereka yang bernama Kayla dan pembantu rumah mereka, Yani. Kayla maut dalam satu kemalangan dan menyebabkan keluarga mereka suram selepas itu. Maria sentiasa murung, Aldo pula sibuk dengan kerjaya hingga abaikan isterinya. Selepas 6 bulan kematian anak mereka Maria berasa mula dibayangi seseorang. Secara tiba-tiba pintu rumah mereka terbuka dengan sendirinya, anak patung yang dulunya merupakan patung kegemaran Kayla juga sering berubah tempat. Patung kegemaran Kayla yang bernama Sabrina menjadi 'orang tengah' antara Maria dan Kayla yang sudah meninggal. Sejak dari itu Maria percaya yang patung tersebut adalah Kayla namun ditentang keras oleh Aldo yang tidak percaya akan kata-kata Maria. Tajuk : Kau yang Satu Bahasa : Melayu Genre : Romantik Durasi : 2 jam 15 minit Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci Pengarah : Osman Ali

SINOPSIS Filem ini mengisahkan pergolakkan cinta tiga segi. Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak ketika dia keluar memancing. Namun dia bernasib baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan yang bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang amat terhutang budi kepada Sulaiman kerana telah menyelamatkan nyawanya, berhajat untuk menjodohkan Sulaiman dengan anaknya, Salina. Dek kerana keputusan bapa Salina itu, mereka berdua tidak setuju untuk berkahwin disebabkan masing-masing memiliki cinta sejati, namun mereka terpaksa akur dengan permintaan bapa Salina.


23

26 Julai - 1 Ogos 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Aksikomedi jenayah

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

BABY Driver, filem bergenre aksi, komedi dan jenayah ini merupakan filem terbaru di Hollywood. Filem arahan Edgar Wright ini di bintangi oleh para pelakon yang handal. Baby driver mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Griff yang di lakonkan oleh Ansel Elgort yang cuba untuk menjadi seorang pemandu sementara atau Getaway Driver. Griff yang bekerja untuk seorang majikannya yang dilakonkan oleh Jamie Fox merupakan seorang pemimpin sebuah organisasi yang terkenal. Griff yang terikat dengan pelbagai syarat kerjanya sentiasa melakukan apa saha­ ja arahan yang diminta oleh majikannya. Bagaimanapun dia tidak menyedari yang sebenarnya dia telah melanggar peraturan kerja sekaligus dia tetap melakukan peker­ jaan tersebut. Majikan Griff merupakan se­ buah syarikat yang terlibat dengan pelbagai kesalahan dan dimusuhi banyak pihak. Kehadiran Griff menambahkan lagi luka musuh-musuh mereka. Aksi-aksi pantas Griff yang membolehkan dia terlepas dari sekatan polis membuatkan musuh-musuhnya terkejut apatah lagi selepas mengetahui Griff melakukan semua itu sambil mendengar lagua ketika memandu bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika dia beraksi untuk melepaskan diri daripada musuh. Griff mendapat pujian yang hebat apabila berjaya melepaskan diri daripada sekatan polis. Filem arahan Edgar Wright ini akan disusuli dengan muzik-muzik yang akan membuatkan penonton tidak berganjak. Baby Driver terbukti berjaya mengheret kaki wayang untuk terus menonton. Tajuk : Baby Driver Durasi : 1 jam 53 minit Tarikh Tayangan : 20 Julai 2017 Pengarah : Edgar Wright Pelakon : Jamie Foxx, Kevin Spacey, Jon Hamm, Lily James, Ansel Elgort


24

26 Julai - 1 Ogos 2017

Kanak-kanak paling berdaulat MURNI REJAB

Kita hanya mengenali Putera George yang sememangnya kanak-kanak kerabat Diraja yang terkenal di dunia, namun tahukah anda masih ramai Putera dan Puteri di dunia ini yang akan memegang takhta negara masing-masing. Menurut kepada laporan Washington Post, terdapat 24 kanak-kanak, bayi dan remaja datang dari kerabat Diraja yang akan menjadi perhatian dunia sepanjang mereka membesar.

Puteri Catharina-Amalia, Alexia dan Puteri Ariane

Puteri

Puteri Catharina-Amalia baru berusia 13 tahun. Namun suatu hari nanti dia bakal menjadi Ratu di Netherlands. Adik perempuannya yang lain iaitu Alexia yang berusia 11 tahun dan Ariane, 9 tahun berada dalam turutan selepas itu. Ketiga-tiga puteri ini dikatakan mempunyai hobi menunggang kuda, bermain hoki padang dan piano.

Putera George

Umum mengenali putera comel ini adalah anak kepada Duke dan Duchess of Cambridge. Beliau berada pada kedudukan turutan ketiga yang akan memegang takhta negara Britain selepas datuk dan bapanya.

Putera Hisahito

Putera yang berusia 10 tahun ini adalah yang ketiga akan sampai di takhta Chrysanthemum iaitu ketua keluarga Diraja Jepun. Buat masa sekarang ini, beliau sedang mengikuti sekolah rendah di Tokyo.

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 26 JULAI - 1 OGOS 2017

Program : Kembara Dua Roda Episod : 4 Tarikh : 31 Julai 2017 Masa : 8:30 malam ADAKAH KEMBARA SIVA BERAKHIR DEK KEROSAKAN MOTOSIKALNYA? Sekali lagi, jentera motosikal berkuasa besar salah seorang peserta, Siva mengalami kerosakan di bumi Thailand ketika perjalanan dari Khanchanaburi menuju Mae Sot pada hari ketiga. Lebih teruk apabila jentera besar itu tidak mampu dibaiki oleh mekanik profesional Ducati, Bard dari Malaysia, malah motornya terpaksa ditunda. Apakah tindakan Siva? Adakah dia akan turut serta sehingga ke penghujung pengembaraan? Saksikan semuanya dalam Kembara Dua Roda. Program : Al Tijarah Episod : 11 Tarikh : 1 Ogos 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam AR-RAHNU X'CHANGE MODEL PERBANKAN ISLAM Dewasa ini, perbankan Islam semakin diguna pakai dan diiktiraf di seluruh dunia. Dengan operasinya yang berlandaskan prinsip Syariah, dikenali sebagai Fiqh

Puteri Estelle

Duchess of Ostergotland baru berusia empat tahun tetapi dia sudah berada di turutan ke-2 untuk memegang takhta Swedish selepas ibunya.

Puteri Sofia dan Puteri Leonor

Mereka adalah anak perempuan kepada raja Sepanyol. Leonor yang berusia 11 tahun akan memegang takhta negara itu selepas ini dan diikuti adiknya, Sofia yang berumur sembilan tahun.

Kembar Puteri Jacques dan Puteri Gabriella

Kembar kerabat Diraja yang baru berusia dua tahun ini adalah yang pertama dan kedua berada di aliran menuju pemegang monarki Monaco.

Putera Moulay El Hassan

Berusia 13 tahun, putera ini bakal mengikuti jejak bapanya sebagai raja Morocco. Beliau sendiri sudah banyak membuat kemunculan di tempat awam berbanding dengan kerabat Diraja muda yang lain. Beliau juga sering mengenakan sut lengkap.

al-Muamalat. Antara tawaran perkhidmatan kewangan yang wujud di negara ini adalah Ar-Rahnu X’change yang menawarkan perniagaan kredit mikro bercagar emas, menjual, mencuci dan menyimpan emas yang ditubuhkan pada 2006. Pengurus Besarnya berkongsi konsep, idea serta matlamat penubuhan perniagaan pinjaman mikro kredit Islam ini. Program​ : Fesyen Chameleon Episod ​​: 12 Tarikh ​​: 26 Julai 2017 (Rabu) Masa ​​: 8.30 malam DRESS FLORAL MINIMALIS SERLAH KEJELITAAN DI 'GARDEN THEMED PARTY' Bayangkan, anda melangkah ke parti yang diserikan dengan pohon bunga yang memutih dan tasik yang tenang airnya. Keanggunan anda dalam persalinan yang dipilih untuk ke parti bertemakan garden kali ini pasti membuatkan semua mata yang memandang tidak berkelip. Kami pasti ketika itu, pasti anda terasa seperti seorang puteri. Tidakkah itu saat yang cukup menyemarakkan jiwa? Ha, kali ini Sheyqin Zaman mencari gaun sesuai untuk menghadiri 'garden themed party'. Nak tahu apa yang sesuai untuk dipakai? Stay tune with Fashion Chameleon ya! Program : PEMANIS MULUT Episod : 14 Tarikh : 28 JULAI 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 malam

PENGGEMAR DESSERT WAJIB 'SERBU' GOOD FRIENDS CAFE Sajian pemanis mulut episod kali ini akan membawa penonton mencuba pencuci mulut di kafé yang terletak di Subang Jaya iaitu Good Friends Café dan Softcore Molten Café. Antara pencuci mulut yang kami sempat cuba ialah Belgium chocolate waffle with vanila aiskrim waffle dan Vanilla Foam with roasted hazelnut with baked cake. Wow! Dengar nama saja dah terliur kan?! Nak tahu betapa lazatnya hidangan dessert di kedua-dua cafe ini, saksikan Pemanis Mulut ok! Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

26 Julai - 1 Ogos 2017

Kisah anak muda

Ini dia 'jurutera daging' ! MURNI REJAB

KETIKA menemubual pe­ muda ini, tiada perkara yang diceritakan olehnya selain daging lembu sahaja. Dia bukan seorang penyembelih lembu mahupun mempunyai ladang ternakan lembu, na­ mun ilmu yang dikongsi oleh­ nya berkaitan dengan daging lembu ini membuatkan kami teruja untuk lebih mengetahui lebih berkaitan lembu. Ahmad Faisal Razali, 34, atau lebih mesra disapa Faisal mempunyai pelbagai ilmu berkaitan daging lembu. Dia adalah seorang jurutera instumentasi namun suka berkongsi pengalamannya berkaitan dengan lembu. Jom kita kenali dengan lebih dekat peminat daging lembu ini. Teruja dengan daging lembu Minat terhadap daging lembu ini tercetus apabila pada mulanya dia suka mengikut orang menyembelih lembu ketika Hari Raya Korban. Proses melapah lembu turut dilakukannya. Namun apa yang membuatkan hatinya terdetik ketika itu adalah, se­ tiap orang yang diberi daging lembu itu tidak diberi sama

bahagian. “Sebenarnya kita mem­ punyai tujuh bahagian daging batang pinang. Namun oleh kerana kita tidak mempunyai ilmu dalam melapah daging ini, jadi bahagian itu tidak diberi dengan sama banyak. Ada yang dapat daging bahagian batang pinang dan ada yang dapat daging campurcampur,” ujarnya serius. “Dan disebabkan itu juga, saya mula mahu mempelajari dengan lebih lanjut mengenai daging lembu ini,” tambah Faisal yang ke kelas daging untuk mempelajari lebih lanjut mengenai cara pe­ mo­ tongan daging dan sebagainya. Jelasnya lagi, seekor lembu yang dilapah, ada bahagian keras yang tidak selalu dilapah dan dimasak kerana isinya yang terlampau keras dan liat. Namun tahukah anda, ba­hagian yang keras yang se­ lalunya dijadikan sebagai da­ ging hancur itu boleh dimasak dan lagi lembut teksturnya berbanding dengan bahagian daging yang kita makan. Ada caranya yang kita tidak tahu. Masak guna 'smoker' Menurut Faisal, dia yang juga melakukan perniagaan

memasak dan menjual ba­ hagian daging import yang dinamakan 'Wagyu' atau lebih dikenali lembu Jepun secara separuh masa, menggunakan peralatan masak yang dipanggil ‘smoker’. “Bahagian keras lem­ bu apabila dimasak menggunakan 'smoker', teksturnya akan men­ jadi lembut malah lagi lembut dari ba­ hagian daging yang lain,” jelasnya yang me­ngaku memasak da­­ging ini mengambil masa 10 hingga 12 jam untuk me­ l e m­b u t k a n da­ging ter­ sebut. Diberi na­ma Kar­ nivor Ma­la­ ya, lokasi kedainya yang ber­ tempat di Ka­ jang ini telah mula ber­ope­ rasi sejak awal tahun ini. Jelas­ nya lagi, ramai pe­ lang­gannya yang akan da­tang mem­beli daging

Tekstur daging yang dimasak menggunakan 'smoker' menjadi lebih lembut.

ini yang dijual RM25 bagi setiap 100 gram da­ ging yang di­jual.

“Ramai pe­ langgan yang datang akan mem­beri­kan mak­lum ba­ las positif s e­t e l a h m e­­r e k a cuba me­ra­ sai daging ini kerana ke­lem­ butan daging tersebut, malah

KAM

mereka tidak perlu lagi untuk ke restoran mahal malah harga yang dijual jauh lebih murah” jelasnya yang turut bekerjasama dengan dua lagi rakannya iaitu Amar dan Nazin. Kepada yang berminat untuk merasai kelembutan daging ini, boleh meng­ hubungi mereka di talian 0192415040 (Faisal) dan anda boleh melihat video cara masakan dah hirisan daging ini di laman Facebook mereka iaitu karnivormalaya.

Minat yang mendalam tentang daging 'memacu' Faisal (kiri) untuk mendalami ilmu masakan daging.

Daging batang pinang Daging kambing baik DAGING batang pinang atau lebih dikenali dengan nama Inggerisnya ‘sirloin’ adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini adalah daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di Amerika adalah b e r b e z a berbanding di Eropah

terutamanya di Britain. Di Amerika potongan ‘top sirloin’ adalah daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat 'steak'. Daging batang pinang biasanya digunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Ia juga digunakan untuk ma­ sakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia iaitu satay.

untuk kesihatan jantung ENTAH mengapa ramai kalangan kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung. Sedangkan pada masa kini, kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara, selain pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. Di Barat pula, daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian mendapati ia lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya, mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat. Sumber: KPDNKK


26

26 Julai - 1 Ogos 2017

SALAM SEMUT

Internet, baik buruk di hujung jari

PADA 2016, mengikut ' w w w. i n t e r n e t l i v e s t a t e s . com terdapat 21,090,777 pengguna Internet di Malaysia .Dengan kata lain, 68.6% daripada pendududuk Malaysia adalah pengguna Internet. Itu merupakan antara penetrasi Internet yang hebat di dunia Terima kasih pada Internet, maklumat sentiasa berada di hujung jari.Dari urusan bank sampai membeli tiket wayang, semuanya boleh dilakukan melalui Internet. Sudah menjadi adat moden untuk kita semua berkongsi maklumat, cerita, berita, kejadian atau laporan trafik terbaru melaui media massa. Facebook, Whatsapp, Wechat, Telegram, Instagram dan pelbagai platform lain merupakan sumber yang digemari ramai. Tetapi sejauh manakah berita dan cerita yang dikongsi di alam maya itu sahih? Ada kala terdapat gambar atau video peribadi yang telah diubah suai dengan niat

tertentu dan kemudian dikongsi. Ramai yang telah menjadi mangsa perkongsian kurang pintar sebegini. Amitabh Bachchan telah berkali-kali 'meninggal dunia' dalam Internet. Mr Bean sudah berulang kali pulang dari kubur. Pada 2008, dilaporkan seekor 'montauk' gergasi dijumpai siap dengan bukti gambar. Pada 2007 timbul cerita ipod boleh dicas dengan bawang dan dibuktikan dengan video. Ada setengah pihak, maju selangkah lagi dengan mengarang dan menyiarkan berita palsu. Biasanya ia ada kepentingan politik, ekonomi, sosial atau sengaja untuk mencetuskan suasana yang kurang harmoni. Contoh yang baik ialah, ketika berlaku peristiwa 'Low Yat' di mana pelbagai cerita ditokok tambah untuk menghangatkan suasana. Tiba- tiba terdapat ramai saksi yang mengaku melihat kejadian sebenar dan menularkan versi mereka di Facebook dan Whatsapp

Urus wang bersama AKPK

Cawangan AKPK, Pulau Pinang

KAD KREDIT, PENYELAMAT ATAU ANCAMAN? KAD kredit telah menjadi salah satu kemestian dalam membiayai gaya hidup 'ala-ala mewah' masyarakat. Kita perlu sedar bahawa kad kredit bukan sahaja memainkan peranan sebagai pengganti wang tetapi ia juga boleh menyebabkan kita jatuh ke kancah hutang sekiranya disalah gunakan atau kurang bijak dalam penggunaannya. Fenomena penggunaan kad kredit telah menjadi satu 'trend' ikutan ramai mutakhir ini. Fenomena ini tercetus kerana sikap segelintir masyarakat yang mahu dilihat sebagai 'orang ada – ada' menyebabkan ramai telah berlumba lumba untuk mendapatkan kad kredit dari pelbagai institusi kewangan. Berbanding dengan 20 tahun dahulu, hanya golongan elit atau usahawan yang berjaya sahaja dapat memiliki kad kredit. Namun begitu, kad kredit kini mudah dimiliki oleh setiap individu sekiranya mereka dapat memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi kewangan berkenaan. Kad kredit sebenarnya boleh mem­berikan manfaat sekiranya digu­ na­ kan secara berdisiplin dan bijak.

ESAN RAVEN MURUG

tetapi bila dikehendaki hadir ke balai polis untuk membantu siasatan, lebih banyak kerusi dari orang. Berita dan cerita palsu terdapat beberapa kategori. i) Berita yang 100% palsu. ii) Berita atau cerita yang bertujuan untuk memusnahkan sesuatu institusi atau individu. iii) Berita dan cerita yang ditularkan oleh pihak ketiga tanpa menyedari kesahihan kandungan . Bukan semua yang kita lihat di internet adalah palsu atau benar. Terpulang pada kita untuk membezakan antara fakta dan fiksyen. Berikut adalah tiga langkah mudah dan cepat untuk memastikan berita atau cerita sebelum kita

Contohnya, kad kredit boleh bertindak se­bagai alat pengganti wang tunai dalam uru­san pembelian. Dengan adanya kad kredit, kita mu­ dah untuk melangsungkan transaksi di ma­­na sahaja di serata dunia tanpa perlu mem­­bawa wang tunai yang banyak. Penggunaan kad kredit sebagai alat dalam perantaraan urus niaga da­ pat mempercepatkan proses jual beli di samping boleh menjamin aspek ke­se­la­ ma­tan pengguna daripada kejadian yang ti­dak diingini. Andai kata berlakunya kecurian, mereka boleh bertindak segera dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan institusi kewangan untuk membatalkan kad yang hilang. Tetapi masyarakat perlu berwaspada bahawa kad kredit boleh mendatangkan masalah jika tidak digunakan secara bi­ jak dan berdisiplin. Terdapat segelintir mas­ yarakat menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan gaya hi­ dup yang mewah menyebabkan mereka lu­pa akan kedudukan kewangan semasa mereka. Sikap boros menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan jelas ketika proses pembelian memandangkan kad kredit yang dipegang boleh dileretkan sehingga 'over limit'. Selain itu, pembelian yang keterlaluan ju­ ga mendorong masyarakat menjadi mang­ sa 'hutang lapuk' memandangkan han­ya pembayaran minimum yang dila­ ku­kan setiap bulan. Perlu ingat kesemua baki yang ter­ tung­ gak akan dikenakan kadar faedah atau lebih di kenali sebagai finance char­ ges yang tinggi. Individu bukan sa­ haja dibebani oleh caj yang mahal

berkongsi dengan orang lain. Google News, baru-baru ini telah mengujudkan ciri pemeriksaan fakta apabila kita melayari Internet, dan ia akan hadir sebagai label di sebelah berita yang dibaca. Satu carian dengan menggunakan petikan dari berita atau cerita itu, akan menghasilkan ribuan "hasil carian' dan ini dengan jelas dan mudah akan menunjukkan kesahihan perkara yang kita baca. Periksa laman asal Apabila kita berhadapan dengan berita atau cerita yang menakjubkan, dan tidak pasti sama ada untuk kongsi atau tidak kerana ragu ragu dengan cerita itu; pelbagai laman seperti berikut boleh membantu untuk membuat keputusan :i) www.snopes.com ii) www.thatsnonsense.com iii) www.facecrooks.com iv) www.hoax-slayer.com Gunakan budi bicara Perkongsian di alam maya adalah pilihan anda. Jika sesuatu perkara boleh

tetapi juga perlu menanggung kos lain seperti caj lewat bayar, caj pengurusan (management charges) dan lain-lain caj yang berkenaan. Situasi boleh menjadi lebih bu­ ruk sekiranya mereka tidak dapat men­je­las­ kan bayaran yang dikenakan oleh ins­ti­tu­ si kewangan masing-masing. Kesimpulannya, kad kredit ibarat se­ ram­ pang bermata dua – mempunyai ban­yak manfaat jika digunakan dengan be­tul tetapi jika ia disalahgunakan, boleh memudaratkan anda. Bak kata pe­ pa­ tah 'ukur baju di badan sendiri' yang mengingatkan kita betapa pentingnya un­tuk berbelanja mengikut kemampuan da­lam mengharungi kehidupan seharian. Ringkasan berkenaan kad kredit: Kad kredit seharusnya digunakan se­ bagai kaedah pembayaran secara elek­ tronik bagi menggantikan wang tunai. Kad kredit tidak harus digunakan se­ bagai alat mendapat kredit yang mudah. Sentiasa jelaskan kesemua hutang kad kredit tepat pada masanya. Dengan hanya membuat bayaran minimum ke atas hutang kad kredit, anda akan menanggung kos faedah yang lebih banyak akibat kesan kompaun. Baca dan fahami semua terma dan syarat sebelum menggunakan kad kredit anda. Sentiasa menjaga kad kredit dan semak butiran transaksi anda.

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my

menjatuhkan maruah, meng­ hina agama, membakar sen­ timen perkauman atau mengugat keamanan, tidak perlu dikongsi. Noktah! Penyebaran maklumat yang salah, teori konspirasi yang karut atau propaganda jahat, tidak lagi merupakan masalah setempat malah ia boleh menjadi isu antara­ bangsa dalam masa yang singkat. Berikut adalah 10 negara dengan jumlah pengguna Internet yang paling tinggi di dunia :1 China - 721,434,547 juta 2) India - 462,124,989 juta 3) A.S - 286,942,362 juta 4) Brazil - 139,111,185 juta 5) Japan - 115,111,595 juta 6) Rusia - 102, 258,256 juta 7) Nigeria - 86, 219,965 juta 8) Jerman - 71, 016,605 juta 9) U.K - 60,273,385 juta 10) Mexico - 58,016,997 juta Dengan penetrasi Internet begitu tinggi di seluruh dunia, kita tidak memerlukan Hitler, Internet sudah memadai untuk merosakkan keharmonian sejagat.

INFO KL Kampung Haji Abdul Hukum KAMPUNG Haji Abdul Hukum merupakan kawasan perkampungan bandar yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan perkampungan ini dikelilingi dengan kawasan komersial seperti Bangsar, Mid Valley, Megamall, Universiti Malaya dan Kerinchi. Kampung ini asalnya merupakan penempatan awal masyarakat Melayu Bumiputera di Kuala Lumpur yang telah wujud sejak 200 tahun yang lalu. Kampung ini mendapat nama sempena Haji Abdullah Hukum yang asalnya bernama Muhammad Rukun. Dia tiba di Semenanjung Tanah Melayu ketika umur 15 tahun bersama ayahnya pada kurun ke 19. Dia bekerja sebagai petani dan buruh binaan sebelum membuka tanah perkampungan ini. Pembukaan tanah telah mendapat perkenan dari Raja Laut iaitu Raja Muda Selangor. Abdullah kemudian dipilih oleh Raja Laut untuk menjadi mudir atau dikenali sebagai pengetua di sebuah masjid di Pudu. Era kemajuan yang semakin me­ muncak kini menyebabkan munculnya stesen LRT Abdullah Hukum yang bertingkat terletak bersebelahan dengan Perkampungan Melayu Haji Abdullah Hukum. Kawasan ini mempunyai sistem perhubungan yang sistematik seperti wujudnya perkhidmatan bas, rel dan mempunyai jalan yang bertar. Namun pada 2007, kawasan yang berusia 200 tahun ini sekali lagi mengalami transformasi pembangunan semula tanah yang bertujuan untuk membangunkan pembinaan kondominium, blok-blok pejabat, pusat membeli belah dan hub transit intrabandar di bahagian barat Kuala Lumpur bagi pengangkutan transit aliran ringan dalam bandar.


26 Julai - 1 Ogos 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup

TRENDY

'Boho style', ringkas tetapi berani MURNI REJAB

CANTIK yang mempesona. Itu gaya berpakaian unik penuh ke­bebasan yang dinamakan ga­ ya boho. Pasti ramai di antara an­da yang tertarik dengan ga­ ya hippie akhir 1960 an dan 1970 an ini yang menjadi gaya ‘wajib’ untuk kelihatan lebih 'stylish' dan 'fashionable'. Gaya ringkas namun ke­ li­ hatan stylo ini tidak terhad un­ tuk wanita yang tidak ber­ tu­­­dung sahaja. Malah kini, ‘lam­ bakan’ hijab di luar sana menjadi ikon

Biarpun nampak 'selekeh' namun gaya boho ini membuatkan anda tampil lebih unik.

dalam menggayakan gaya baho ini. Cara menggayakan pa­­kaian ini juga tidak terlalu men­gikut badan dan ketat. Ma­ lah imej longgar ini tidak ‘mem­ ban­ tut­ kan’ buat hijabi di luar sana un­ tuk bereksperimen dalam fesyen. 'Boho style' adalah gaya berpakaian yang pada dasarnya berasal dari kelompok sesuatu budaya. Anda juga boleh tampil lain dari lain dengan gaya boho ini. Pakaian vintage turut

Lapan item ala Boho ‘wajib’ ada

1) 'Maxi skirt' panjang

Gayakan maxi skirt pan­ jang yang simple dengan warna polos dan corak yang bersesuaian dengan pakaian yang akan disuai padankan.

tersenarai dalam boho style ini. Cara berpakaian gaya boho ini juga lebih ringkas dan bebas bergerak kerana gayanya yang tidak ‘padat’. Meskipun ramai jejaka memilih gaya boho, ternyata wanita juga boleh tampil ‘hot’ dengan gaya boho ini.

Suai padan

Anda boleh suai padankan 'sweater', beg tangan, dan but untuk bergaya ala boho. Selain itu, anda boleh padankan sedikit aksesori tambahan seperti rantai atau gelang tangan yang ada sedikit gaya boho itu. Anting-anting besar dan kalung manik yang panjang pun sering digu­nakan sebagai pe­leng­kap cara anda boleh ber­ pakaian. Bagi pe­mi­li­han warna

1

pu­­la, anda bo­leh memilih war­na kelabu, pu­tih, hijau, me­rah, dan hi­tam agar da­pat me­nam­ bah ke­san vintage. Ga­ ya boho juga memberi anda kebebasan untuk bermain dengan warna dan gaya seperti yang anda inginkan. Dalam berfesyen, jika anda yakin dengan setiap pakaian yang digayakan, anda pasti nampak lebih yakin dan bergaya walaupun di mata orang ia tampak ‘pelik’. Jika anda takut untuk menggayakan gaya boho ini, apa salahnya melihat pakaian yang ‘dikenakan’ oleh artis luar negara ini. Antaranya Sienna Miller, Kate Moss, Nicole Richie,

3

2

4

ketika bergaya ala boho maka cardigan harus dimasukkan dalam senarai supaya nampak lebih chic.

6) 'Ankle boot'

But longgar paras pe­ r­ gelangan kaki lebih sesuai di­ gunakan dalam gaya ini. Pilih Sandal dengan tali yang dililit di kaki akan me­ but dengan warna neutral se­ nampakkan kesan boho da­ perti warna kulit, warna tanah, warna hitam atau kelabu. lam diri anda.

2) 'Sandal gladiator'

3) Penutup kepala (kain) 7) Blouse

'Blouse' yang longgar Aksesori berupa turban atau kain ikat kepala ini se­ dan selesa sesuai dipadukan dengan pelbagai aksesori suai digayakan untuk me­ lain. Blouse yang tipis di­ nampakkan gaya hippie. tambah dengan aksesori 4) Topi Floppy (floppy hat) lain ini juga menarik untuk Topi yang satu ini juga menambah lagi 'chic' gaya adalah aksesoris yang sesuai 'bohemian' anda. dengan gaya bohemian. Tidak ada salahnya jika tampil chic 8) Gaun panjang bercorak ketika berada di luar. Ia juga (printed maxi dress) Gaun panjang ber­ po­ sesuai dipakai ketika berada di pantai. Paduan maxi dress tongan longgar dengan corak yang ringan dan topi floppy ini geometrik ataupun yang pasti sesuai dengan suasana bercorak alam seperti bungabungaan lagi menampakkan pantai. gaya boho itu. Ditambah pula dengan aksesori yang simple 5) 'Cardigan' Jika ingin menggunakan lagi menampakkan anda pakaian yang berlapis-lapis tampil menarik.

7 6

Hillary Duff, Kirsten Dunst, dan Lindsay Lohan. Asalkan bijak suai padan pakaian anda pasti akan kelihatan lebih cantik. Jadi tidak perlu tunggu lagi. Jom suai padankan pakaian anda sekarang. Berfesyen tidak salah, selagi ia tidak menjolok mata dan tidak melanggari etika. Namun jangan pula untuk mengejar 'trend' anda tersasar daripada norma kita sebagai wanita Asean.

8

5


28

26 Julai - 1 Ogos 2017

MAKAN

angin

Damrak Square Amsterdam.

9 Hari 6 malam pesona Eropah K

EMBARA Muslim kali ini

membawa kita menerokai 4 buah bandar Eropah di 4 buah negara berbeza; London (England), Brussels (Belgium), Amsterdam (Belanda) dan Paris (Perancis). Bandar-bandar ini merupakan titik-titik penting zaman Renaissance di Eropah sehinggalah muncul sebagai kuasa besar dunia bermula abad ke-14. Siapa yang tidak kenal akan Napolean Bonaparte dari Perancis, sejarah penaklukan Belanda di Melaka dan Indonesia dan juga empayar British yang bertapak di tanah Melayu. Setibanya di kota London, tetamu akan dibawa membeli-belah di Chic Shopping Outlet Bicester Village. Kawasan ini merupakan tumpuan orang tempatan dan pelancong luar untuk membeli-belah barangan jenama terkenal seperti Gucci, Polo, Burberry, Clerk, Boss, Balenciaga, Coach dan pelbagai lagi pada kadar harga yang cukup menakjubkan. Diskaun yang sangat istimewa

ditawarkan di sini, kadang-kala sehingga 70% kurang dari harga pasaran. Manakala produk-produk yang dijual sudah tentulah yang asli. Keesokannya pula merupakan hari yang ditunggu-tunggu bilamana tetamu akan dibawa melawat sekitar kota London dan berpeluang berfoto di Buckingham Palace yang merupakan istana rasmi kediaman Ratu England sambil menyaksikan upacara pertukaran pengawal sekiranya berkesempatan. Lihat dengan lebih dekat lagi gereja Westminster Abbey yang menjadi saksi majlis perkahwinan diraja Putera Charles dan Lady Diana malahan anaknya Putera William dan Kate juga. Di sebelahnya tersergam gah bangunan Parlimen Britain dan Big Ben, sebuah menara jam yang menjadi simbol kota ini sejak sekian lama. Selain itu, tetamu juga berpeluang berfoto di Trafalgar Square dan pondok telefon merah yang terdapat di merata tempat di kota ini!

Tetamu berpeluang solat dan mengisi perut dengan masakan Malaysia di Malaysia Hall sebelum diberi masa bebas bagi membelibelah di Oxford Street. Selain dari butik-butik terkenal, sudah pastilah pusat membeli-belah Primark menjadi tumpuan utama. Bagi peminat sukan bola sepak terutama yang mengikuti perkembangan Liga Inggeris, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah jersi replika pasukan anda dengan harga murah di Lily Whites dan kenapa tidak gunakan masa yang ada untuk melawat stadium Arsenal, Chelsea, Hotspur mahupun QPR bukan? Perjalanan ke kota Amsterdam dari London pula memberikan tetamu satu pengalaman yang berharga dengan merentasi Selat Inggeris dengan menaiki feri dari Dover ke Calais sebelum menaiki bas. Sekiranya tetamu melancong ketika musim bunga (April), tetamu berpeluang singgah melawat Keukenhoff Tulip Festival di

Amsterdam di mana pada ketika itu bunga-bunga tulip pelbagai warna tersusun seluas bak ladang padi! Bunga tulip amat sinonim dengan masyarakat Belanda namun sesekali tersilap bunga ini berasal dari sini kerana bunga Tulip ini sebenarnya berasal dari negara Turki. Selain itu, tetamu juga berpeluang melihat pelbagai spesis bunga yang lain dan ukiran-ukiran kerja tangan tempatan. Keesokannya, tetamu akan dibawa melawat ke sebuah perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans. Perjalanan satu jam setengah dari kota Amsterdam ini sememangnya berbaloi saat tiba di perkampungan ini apabila mata akan terus memandang simbol Negara Belanda iaitu kincir angin! Terdapat pelbagai jenis kincir angin yang digunakan di sini antaranya untuk mengangkat air, mengisar gandum dan lain-lain lagi. Di samping itu, tetamu berpeluang melihat cara pembuatan terompah kayu yang


29

26 Julai - 1 Ogos 2017

Melihat kehebatan ukiran Arch de Triomphe, Louvre, gereja Notre-Dame, Opera House, Grand Palais, Pantheon dan Les Invalides, ternyata dengan bangunan-bangunan lama yang amat bersejarah dan halus ukirannya selayaknya kota ini dipanggil kota artis dan menjadi tumpuan pelukis-pelukis zaman lampau seperti Rembrandt, Van Gogh dan Picasso. digunakan golongan peladang di sini dan keju Belanda yang cukup besar dan enak. Seterusnya melawat sekitar kota Amsterdam yang merupakan ibu Negara Belanda. Bangunanbangunan di kawasan tengah kota ini atau setepatnya Dam Square (Damrak dalam bahasa mereka) amat rapat dan terdapat banyak terusan-terusan yang dipanggil “Canal” sepanjang lebih 100 km jika digabungkan. Terusan-terusan

Eiffel Tower, Paris.

ini digali bagi mengelakkan banjir kerana tanah Amsterdam berada di bawah paras laut dan merupakan laluan sumber air bagi tanaman. Tetamu berpeluang menyusuri terusan ini dengan menaiki bot dan melihat beberapa bangunan yang penting dan bersejarah sambil menatapi pemandangan indah kota yang juga digelar “Venice of the North” ini. Kawasan Dam Square pula amat popular sebagai tempat bersiar-siar warga kota mahupun pelancong kerana di sini terdapat Royal Palace, Maddame Tussaud, pelbagai kedai cenderamata dan juga kawasan Red Light District. Pilihan makanan halal juga tidak sulit di sini tetapi harus berhati-hati kerana sebahagian restoran di sini yang jelas namanya dalam bahasa Indonesia seperti Warong atau Rumah Makan namun menu yang dihidangkan adalah tidak halal. Lawatan sehari ke ibu negara Belgium, kota Brussels pula menawarkan peluang kepada tetamu untuk mencuba coklat dan waffle buatan Belgium yang amat terkenal. Lawatan di kota Brussels termasuklah ke kawasan dataran

Grand Place yang menempatkan bangunan-bangunan bersejarah lama di samping tarikan monumen Mannekin Pis, sebuah patung budak kecil membuang air kecil yang amat lucu pada kita namun mitos budak ini amat besar dalam menyelamatkan kota Brussels dari api yang marak. Selain itu, tetamu juga akan berpeluang bersoalt di Great Mosque Brussels yang pembinaannya dibiayai oleh Raja Saudi dan berfoto di sebuah menara yang diberi nama Atomium berbentuk 9 biji sfera bersambung yang dibina sempena World Expo 1958. “Eiffel! I’m in love”. Kota romantis, Paris menjadi destinasi seterusnya dalam program lawatan ini dan yang amat ditunggutunggu oleh kebanyakan tetamu. Melihat kehebatan ukiran Arch de Triomphe, Louvre, gereja NotreDame, Opera House, Grand Palais, Pantheon dan Les Invalides, ternyata dengan bangunan-bangunan lama yang amat bersejarah dan halus ukirannya selayaknya kota ini dipanggil kota artis dan menjadi tumpuan pelukis-pelukis zaman lampau seperti Rembrandt, Van Gogh dan Picasso. Di samping keindahan Menara Eiffel terutama

pada waktu malam yang menawan dan menakjubkan, saat indah ini memang sesuai untuk mereka yang berpasangan sambil dialuni lagu “An Evening in Paris”. Di samping itu, tetamu juga akan dibawa ke tingkat atas Montparnasse Tower bagi meninjau pemandangan indah kota Paris berlatar belakangkan Menara Eiffel. Membeli-belah di sini juga tidak mengecewakan; siapa yang tidak kenal akan Galeries La Fayette manakala Montmarte pula menjadi pilihan mencari cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga yang ditawarkan bagi pakej 9 hari 6 malam Pesona Eropah ini adalah RM7688 seorang dewasa bilik berdua bagi pelepasan musim panas, merangkumi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi menaiki Turkish Airlines, penginapan hotel 3 bintang, sarapan pagi dan makan malam se­ panjang lawatan, tiket masuk Montparnasse Tower dan Canal Cruise Amsterdam, perkhidmatan tour guide, tip kepada tour guide dan pemandu bas dan juga per­­khidmatan ketua rombongan yang terlatih dari Kowamas Holidays. #tempahsekarang dengan meng­ hubungi 0378031205 atau email info@kowamasholidays.com atau layari www.kowamasholidays.com . Harrods.


30

26 Julai - 1 Ogos 2017

Kecewa gagal dapat Morata

Red Devils ikat Herrera dengan tawaran baharu ANDER HERRERA akan menikmati gaji £200,000 seminggu – kenaikan sekali ganda berbanding gajinya sekarang – jika dia bersetuju untuk kekal di Old Trafford bagi tempoh empat tahun lagi. Pemain tengah Manchester United asal Sepanyol itu kini jadi idaman gergasi Catalan, Barcelona. Tempoh kontrak Herrera di Old Trafford masih berbaki setahun namun pengurusan Red Devils mahu tawarkan kontrak baharu hingga 2021. Mengikut laporan Daily Star, jika Herrera bersetuju, dia akan terima £41. 6 juta termasuk bonus sepanjang tempoh itu.

BUKAN mudah untuk melihat Jose Mourinho mengaku kalah. Namun dalam isu kegagalan membawa penyerang Real Madrid, Alvaro Morata ke Old Trafford, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. “Ini adalah sesuatu yang amat memalukan saya,” katanya baru-baru ini. “Dia adalah pemain yang saya bawa masuk ke skuad utama, dan saya sukakannya, kesukaan yang agak istimewa berbanding pemain lain yang pernah saya bimbing. Saya gembira melihat perkembangan kariernya di Juventus dan di Madrid, tetapi kami gagal untuk capai persetujuan dengan kelabnya dan saya tidak fikir kami akan berjaya dapatkan dia,” katanya lagi.

32

Roman Abramovich pula diketahui tidak kedekut untuk berbelanja besar untuk mendapatkan apa yang paling berpotensi bagi kelabnya. Di sebalik itu, timbul persoalan, jika benar City mahu menjual Aguero, apa sebabnya? Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Etihad memandangkan bintang Argentina itu adalah ikon City, pencetak gol yang mempunyai rekod dan reputasi terbaik malah dianggap yang paling prolifik dan berprestasi dalam sejarah kelab itu. Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Etihad memandangkan bintang Argentina itu adalah ikon City, pencetak gol yang mempunyai rekod dan reputasi terbaik malah dianggap yang paling prolifik dan berprestasi dalam sejarah kelab itu. Meskipun pemilik kelab, Khaldoon Al Mubarak, juga pengurus Pep Guardiola telah berkali-kali menegaskan “Aguero bukan untuk dijual” namun apa yang sedang berlaku, diperhatikan sebagai membawa isyarat ke arah itu. Itu yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong. Apa yang dipersoalkan termasuklah hubungan Guardiola – Aguero yang diteliti sejak pemain itu dipinggirkan daripada skuad Liga Juara Juara yang bertandang ke Barcelona, Oktober lalu. Ada juga cerita keraguan mengenai tahap kecergasan Aguero yang menyebabkan dia semakin terpinggir berikutan rehat antarabangsa yang panjang. Bagaimanapun tidak kurang juga yang

Ander Herrera

memerhatikan, Guardiola kini begitu memberi ruang terhadap Gabriel Jesus hingga mengenepikan Aguero. Jesus dilihat telah merampas peranan Aguero selaku penyerang utama dan semakin hari, semakin mendapat kepercayaan Guardiola. Mengikut statistic, kadar jaringan tujuh gol oleh Jesus dalam Liga Perdana adalah pada kadar satu pada setiap 93 minit. Ini lebih baik berbanding Aguero yang menjaringkan satu dalam setiap 120 minit. Mungkin itu yang jadi perkiraan Guardiola untuk menempatkan Jesus sebagai masa depan Manchester City yang lahir daripada didikannya sendiri, sekali gus mengenepikan peranan Aguero. Pengulas yang juga bekas pemain Manchester United/ England, Gary Neville berkata: “Aguero adalah pemain sensasi tetapi anda dapat lihat, Pep Guardiola sekarang lebih memberi perhatian terhadap pasukan yang dia inginkan. Mungkin Aguero tidak cukup sesuai untuk tujuan itu.” Dari segi kualiti permainan, ramai yang melihat Jesus lebih berpotensi dan berprestasi berbanding Aguero meskipun pemain Argentina itu menjaringkan banyak gol. Kadar larian Jesus lebih berbanding Aguero dan ini akan lebih membantu untuk dia menutup ruang daripada pemain lawan. Mengenai perkara itu, ia telah diperakui secara tidak langsung oleh Guardiola. “Apabila seseorang penyerang mampu bertindak sebagai pertahanan yang

bagus, dan pemain pertahanan pula mampu membawa peranannya dengan berkesan, ini akan membentuk satu pasukan yang sangat kuat,” kata bos City itu. Berbetulan pula, Aguero kini semakin menunjukkan kesungguhan dalam hal itu. Dia bekerja keras untuk meningkatkan kadar larian – apa yang sememangnya sangat sukar untuk dilakukan dalam usia 29. Apa pun, itu belum cukup untuk menghentikan spekulasi perpindahannya ke Stamford Bridge. Di sebalik itu, bagaimana pula dengan uraura Guardiola mahu mendapatkan Alexis Sanchez? Adakah pemain Chile itu lebih sesuai dengan perancangannya berbanding Aguero? Adakah menjual Aguero dengan nilai yang tinggi diperlukan untuk membawa masuk Sanchez dari kelab London itu? Dengan menjual Aguero kepada Chelsea sebagaimana yang diura-urakan, itu akan menjadi pertaruhan yang aneh kerana The Blues adalah saingan terbesar City dalam liga musim ini. Tidak masuk akal? Sangat mungkin tetapi dalam dunia gila Liga Perdana, itu bukanlah mustahil.


31

26 Julai - 1 Ogos 2017

Tiada kekecewaan di Madrid – Morata “TIDAK. Tidak ada apa-apa yang mengecewakan saya sepanjang bersama Real Madrid. Saya berhijrah bukan sebab kecewa,” kata Alvaro Morata mengenai perpindahannya ke Chelsea. “Saya sudah menjulang empat kejuaraan bersama kelab. Itu impian semua pemain dan apa yang saya lalui bersama Real adalah pengalaman terbaik,” katanya lagi. Morata berkata, dia kini hanya mahu menyarung jersi The Blues dan keputusan itu dibuat bukan kerana ada yang tidak disukai bersama Los Blancos. Media Sepanyol melaporkan penyerang berusia 24 tahun itu sudah mencapai perjanjian untuk menyertai skuad Antonio Conte musim ini dengan nilai perpindahan £58 juta. Dicampur dengan beberapa ganjaran lain yang dipersetujui, jumlah itu dijangka meningkat sehingga £70 juta. Menurut Morata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah meningkatkan karier, dan dia melihat potensi yang cerah untuk mencapai tujuan itu di Stamford Bridge. “Terima kasih kepada semua Madridistas yang menyokong saya selama ini. Saya akan sentiasa mengucapkan selamat maju jaya kepada kelab ini,” ujarnya. Sebelum Chelsea, Manchester United terlebih dahulu melamar pemain itu namun perpindahan ke Old Trafford

tidak jadi direalisasikan apabila kelab itu menolak cadangan nilai perpindahan yang dikemukakan Real. Man U kemudian mengalih perhatian terhadap Romelu Lukaku, yang kini secara rasmi telah jadi milik mereka. Lukaku sebelum itu turut jadi target Conte. Setelah terlepas bintang antarabangsa Belgium itu, The Blues selain Morata menyasarkan pula Pierre-Emerick Aubameyang, Andrea Belotti dan Sergio Aguero. Conte meningkatkan lobi untuk mendapatkan Morata setelah bintang Manchester City, Aguero dan Borussia Dortmund, Aubumeyang tidak mahu dilepaskan oleh kelab masing-masing. Conte sememangnya sudah lama berminat terhadap Morata. Semasa di Juventus, dia yang membawa masuk pemain itu pada 2014. Setelah mendapatkan Morata, bos Chelsea itu dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan seorang lagi penyerang.

Barca sasar Coutinho ganti Iniesta LIVERPOOL tuntut Andres Iniesta kini memasuki tahun akhir kontraknya bersama B a r -

Jangan buat cerita pasal Neymar!

celona. Sebagai persediaan untuk mengambil alih peranan bintang tengah berusia 33 tahun itu, Blaugrana menyasarkan Philippe Coutinho. Namun memang tidak mudah bagi Liverpool untuk melepaskan pemain berusia 25 tahun itu. Reds menolak bidaan awal yang dikemukakan gergasi Catalan, tambahan pula Coutinho baru sahaja memperbaharui kontraknya tahun lalu untuk kekal di Anfield hingga 2022. Jika benar Barca mahukan j u g a pemain itu, mereka harus menyediakan sekurang-kurangnya £75 juta untuk menebus kontrak. Nilai itu sama dengan yang dituntut oleh Liverpool ketika mereka melepaskan Luis Suarez ke Nou Camp pada 2014.

Spekulator bola sepak Eropah diingatkan jangan sekali-kali mengaitkan Neymar dengan perpindahan keluar dari Nou Camp. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Barcelona, Jordi Mestre susulan desas-desus bahawa bintang Brazil berusia 25 tahun itu akan berhijrah ke Paris Saint-Germain. Mestre berkata, bapa pemain itu, Neymar da Silva Santos telah menegaskan kepada kelab bahawa anaknya tidak akan meninggalkan Barcelona dalam masa terdekat. PSG dilaporkan meletakkan Neymar sebagai sasaran No. 1 kelab untuk jendela perpindahan musim ini. Namun di Nou Camp, mereka yakin tidak ada minat dan ke p e n t i n g a n langsung di pihak Neymar sendiri untuk berhijrah ke

Neymar

kelab Perancis itu. Cerita mengenai minat PSG terhadap bintang penyerang itu bukan baru. Sejak musim lepas lagi mereka jadikan dia sasaran. Neymar masih mempunyai baki kontrak empat tahun lagi dengan Barca. Pemain itu berpindah ke Nou Camp dari kelab Brazil, Santos pada 2013. Sejak itu, dia telah menjaringkan 105 gol menerusi 286 penampilan untuk kelab. Dalam tempoh itu, Neymar telah dua kali menjulang trofi La Liga, tiga Copa del Rey dan Liga Juara Juara Eropah.

Mbappe: Monaco dakwa City langgar peraturan JIKA aduan Monaco diterima oleh FIFA, Manchester City akan dilanda masalah besar. Kelab Perancis itu mendakwa City telah melanggar peraturan dalam usaha memujuk bintang muda Monaco, Kylian Mbappe untuk berhijrah ke Etihad. Mbappe kini jadi pemain rebutan beberapa kelab terkemuka dunia dan nilai perpindahan untuknya dianggarkan mencecah sehingga £120 juta. Dalam kenyataan awalnya, Monaco menyatakan akan membuat aduan terhadap ‘kelab terkemuka Eropah’ yang menurut kalangan pemerhati adalah merujuk kepada City. Selain City, turut berusaha secara aktif untuk mendapatkan tanda tangan Mbappe adalah Paris Saint-Germain (PSG) dan di pihak Monaco, juara Ligue 1 itu percaya kedua-dua City dan PSG sudahpun bertemu dengan pemain berkenaan. Perhatian yang berlebihan terhadap bintang berusia 18 tahun itu oleh kelab-kelab berkenan telah membangkitkan kemarahan Monaco yang belum bersedia untuk melepas-

kan Mbappe. Kelab Perancis itu mendakwa, mereka telah melampaui batas, melanggar peraturan serta menunjukkan sikap yang tidak profesional dalam bersaing untuk merebut pemain yang masih lagi miliknya yang sah. Bagaimanapun di pihak City, mereka tetap yakin tidak melanggar sebarang peraturan atau syarat perpindahan dan mahu terus mengekalkan hubungan baik dengan kelab Perancis itu. Sebelum ini pun, mereka pernah berurusan dalam pembelian Bernardo Silva. Musim lalu, Mbappe telah membawa Monaco ke kemuncak dengan menjulang kelab itu di takhta liga Perancis dan separuh akhir Liga Juara Juara menerusi 24 gol dalam 43 penampilan. Selain City dan PSG, turut sama menaruh minat untuk mendapatkan pemain itu ketika jendela perpindahan masih lagi dibuka musim panas ini adalah Arsenal, Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan Barcelona. FIFA setakat ini mengesahkan masih belum menerima

Kylian Mbappe

aduan rasmi meskipun Monaco telah mengeluarkan kenyataan menzahirkan kekesalan terhadap pihak berkenaan yang mengadakan rundingan terus dengan Mbappe tanpa kebenaran dan di luar pengetahuan kelab.


32 31

Jangan buat cerita pasal Neymar!

Keluaran 26 Julai - 1 Ogos 2017

MENGAPA JUAL AGUERO? BINTANG sensasi Manchester City, Sergio Aguero terus dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge. Umum mengetahui bahawa bos The Blues, Antonio Conte masih belum cukup puas meskipun telah berjaya mendapatkan Alvaro Morata daripada Real Madrid untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana musim ini. Justeru itu, dia menyasarkan Aguero – apa yang sedang menggusarkan penyokong City! Aguero bukan sembarangan pemain. Dia telah menjaringkan 122 gol dalam Liga Perdana dan ini rekod yang sangat gemilang! Kerana itu, Chelsea telah menunjukkan minat yang teramat serius terhadap bintang berusia 29 tahun. Jika dia boleh dipadankan dengan Eden Hazard, bayangkanlah sahaja penguasaan The Blues dalam liga musim ini.

30

Red Devils ikat Herrera

Sergio Aguero

30

Mustahil Man U dapat Ronaldo! “MUSTAHIL kami akan dapat Cristiano Ronaldo musim panas ini. Saya tidak akan biarkan kelab saya buang masa untuk sesuatu yang mustahil,” kata bos Manchester United, Jose Mourinho. Mourinho berkata, dia hanya mahu beri tumpuan untuk persiapan pasukan hadapi musim depan dan tidak mahu mengejar bayang-bayang. “Saya mahu bersikap realistik dalam hal ini. Tidak perlulah kita berharap kepada Ronaldo. Dia aset penting pasukannya (Real Madrid). Dia bukan saja seorang pemain yang penting untuk Real Madrid tetapi juga seorang yang mempu-

nyai daya penarik malah boleh dianggap kuasa ekonomi (untuk kelab itu),” katanya lagi. Atas sebab itu, kata Mourinho, kita tidak akan temui sebarang alasan untuk mengatakan Ronaldo akan tinggalkan Real dalam masa terdekat. “Tidak ada, tidak ada. Dia akan kekal di sana. Saya yakin,” tegas jurulatih itu. Ronaldo baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila membuat kenyataan mahu tinggalkan Real Madrid malah menyuruh ejennya, Jorge Mendes “buat apa sahaja” untuk memastikan hasratnya kembali ke Manchester United jadi kenyataan. Kenyataan itu disuarakan pemenang empat kali anugerah Ballon d’Or itu susulan tercetus konflik antara di-

rinya dengan pihak berkuasa cukai Sepanyol apabila Ronaldo dituduh menipu pendapatannya sebanyak RM70.3 juta yang sepatutnya dikenakan cukai. Isu itu merebak kepada hubungan Ronaldo – Real apabila pemain itu menuduh pihak pengurusan kelab tidak bersungguh-sungguh membentu dirinya menghadapi situasi itu. Kelab Perancis, Paris St. Germaine (PSG) juga sangat berminat mahu mendapatkan tanda tangan Ronaldo. Presiden Real, Florentino Perez bagaimanapun menenangkan penyokong kelab dengan menyatakan pihaknya akan memastikan Ronaldo tak akan ke mana- mana.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.