PE RC UM A
ISU 27
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
Nama Mira di New York
Keluaran 2 - 8 Ogos 2017
4
3
Rompak pakai topeng Trump
21
5
Kuda tanpa ekor muncul di Bukit Antarabangsa
Michael Phelps tewaskan jerung
25
24
16
Safwan Sawi wartawan glamour
Antara wanita berpengaruh
SUNGGUH TAK SANGKA!
Wang Tidak Dituntut tambah berlipat kali ganda
KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY
Seawal jam enam pagi, orang ramai sudah menunggu untuk mendapatkan nombor giliran.
KUALA LUMPUR – Alangkah terkejut seorang lelaki apabila wang dalam akaun bank miliknya yang sudah tidak aktif sekian lama, bertambah berlipat kali ganda. "Saya sebenarnya memang tak tahu berapa baki tidak dituntut dalam akaun bank saya itu. Saya datang ke sini (pejabat Akauntan Negara) sekadar nak cuba-cuba tengok saja," kata Kamaruddin Saleh, 41, dari Puchong, dekat sini. Menurut Kamaruddin, dia diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa baki asal dalam akaunnya itu lebih kurang RM100 sahaja. "Tapi hari ini, wang itu sudah bertambah jadi RM540," katanya.
2
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
2 - 8 Ogos 2017
Dari muka depan
Nombor giliran terhad
selepas jam 9 pagi nombor giliran akan habis. “Saya datang awal supaya urusan KUALA LUMPUR – Isu WTD membuatkan Jabatan Akauntan WTD ini pun dapat diselesaikan Negara Malaysia (JANM) ‘tidak dengan awal,” katanya. JANM kini hanya mengehadkan menang tangan’ dalam memberi perkhidmatan terbaik dan kepuasan 300 orang membuat semakan setiap hari daripada sebelum ini dihadkan kepada pelanggan. Tinjauan Warta di Menara Maybank kepada 1000 orang, tetapi pemerhatian baru-baru ini mendapati orang ramai mendapati jumlah yang datang lebih sudah memenuhi ruang lobi bangunan empat kali ganda iaitu tidak kurang berkenaan untuk mengambil nombor 1,000 orang. Bagaimanapun seorang kakitangan giliran di situ sebelum naik ke Pejabat JANM yang bertugas di kaunter nombor Pendaftar JANM di tingkat 42. Apa yang lebih mengejutkan ada giliran memberitahu keadaan masih di antara mereka hadir di situ seawal terkawal walaupun ada yang pulang jam 6 pagi sedangkan operasi JANM hampa kerana nombor berkenaan habis. bermula 8.30 pagi. Menurutnya, bagi memastikan Kebanyakan mereka datang awal kerana tidak mahu berbaris panjang segala urusan berjalan lancar, pihaknya untuk mendapatkan nombor giliran membahagikan barisan kepada dua kumpulan iaitu untuk warga emas dan dan ia adalah terhad. Bagi Halim Kadir, dia datang dari bukan warga emas. Katanya, setakat ini tiada lagi Shah Alam seawal jam 5.30 pagi kerana kejadian yang tidak dinggini berlaku ingin menuntut wang berkenaan. Katanya, dia mendapat maklumat seperti adegan tolak menolak untuk dari rakan-rakannya yang datang berebut nombor giliran. Untuk mengetahui situasi sebenar sebelum ini bahawa jika datang KHIZAIRI KHIZAN & AZLAN ZAMBRY
Orang ramai beratur untuk mendapatkan nombor giliran.
dan memahami proses mendapatkan WTD, Warta turut mengambil nombor giliran berkenaan. Selepas mendapatkannya, mereka yang mempunyai nombor giliran diarahkan pula untuk naik ke tingkat 42 bagi melakukan semakan. Semasa menunggu untuk menaiki
lif, mereka terpaksa bersesak kerana ruang sempit tidak dapat menampung jumlah yang ramai. Apabila sampai di tingkat 42, orang ramai diminta untuk menunggu sementara nombor giliran mereka dipanggil bagi urusan menuntut wang berkenaan.
Sanggup datang dari Sungai Petani Tidak seperti diharapkan KUALA LUMPUR - Thilla Ramasamy, 46, sanggup me man du selama 6 jam dari Sungai Petani, Kedah sematamata untuk membuat semakan dan tuntutan WTD setelah membaca mengenainya di media sosial. Menurutnya, dia terpaksa menginap di hotel apabila nombor giliran sudah habis pada hari dia sampai di sini, namun hari keduanya dia ber jaya mendapat nombor giliran. Thilla yang bekerja sendiri berkata, beliau mempunyai beberapa akaun saham ama nah yang tidak aktif dan juga beberapa polisi insurans menyebabkan dia rasa terpanggil untuk membuat semakan.
Thilla juga berkata, dia mengganggarkan mempunyai lebihan unit dalam akaun saham amanah sebanyak RM300 yang disimpan lebih 10 tahun. “Setelah berita mengenai WTD tular di laman sosial, saya menyedari perlu membuat semakan terhadap beberapa akaun saham amanah yang sudah lama tidak aktif,” katanya. Namun, apabila Thilla sudah selesai membuat semakan dia mempunyai baki wang RM250 yang perlu di tuntut. “ S a y a sedikit hampa
Dari muka depan Itu hanya satu daripada kes seumpamanya. Menurut seorang pegawai yang menguruskan kes Wang Tidak Ditunut (WTD) Jabatan Akauntan Negara, ramai individu seperti Kamaruddin mengaku terkejut dengan nilai wang yang bertambah berkali ganda setelah tidak dituntut dalam tempoh yang lama. Ini termasuk kes viral seorang wanita yang dikatakan mendapat 'durian runtuh' berbelas ribu ringgit, yang menurut pegawai itu adalah salah satu contoh daripada banyak kisah benar seumpama itu. Tinjauan WARTA ke jabatan itu baru-baru ini mendapati ada yang datang seawal jam 6 pagi, antara lain disebabkan terpengaruh dengan viral berkenaan. Mereka terpaksa datang awal untuk mendapatkan nombor giliran, beratur panjang dan terpaksa berebut lif adalah perkara yang perlu ditempuhi oleh orang ramai yang mahu ke kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di tingkat 42, Menara Maybank. Malah ada yang sanggup datang beratus kilometer ke bangunan berkenaan kerana meletak harapan mendapat banyak wang, namun membawa pulang sekadar ‘cukupcukup makan’ sahaja.
kerana mendapat tuntutan yang kurang daripada saya jangkakan. Apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat ini. “Urusan masih banyak sebelum wang tersebut di pin dahkan secara atas talian terus ke akaun bank yang aktif. “Saya akan mem bawa dan me lengkapkan borang seterusnya ber urusan di Pejabat JANM Alor Setar kerana lebih mudah dan dekat,” katanya.
KUALA LUMPUR – Bagi seorang pemandu bas sekolah, Siew Wah, 67, (gambar) dari Rawang, dia menaiki motorsikal seawal 6 pagi untuk me ngambil nombor giliran dan terpaksa menyerahkan sementara tanggung jawab tersebut kepada anaknya. “Saya mengetahui WTD ini setelah dimaklumkan oleh anak-anak dan terus me n ga m b i l keputusan un tuk membuat semakan dengan pihak JANM kerana saya pernah membuka
sebuah akaun bank untuk tujuan perniagaan kira-kira 15 tahun lalu” “Saya anggarkan mem punyai lebih daripada RM3,000 kerana sudah ter lalu lama” katanya lagi. Setelah berurusan dan menunggu ham pir 1 jam 30 minit, Siew Wah pulang hampa kerana nilai yang tertera amat sedikit dan luar jang kaannya serta tidak mahu me nyatakan nilai ter sebut ke pada Warta.
Penantian tiga jam berbaloi KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengangap wang berjumlah RM540 yang diperolehnya melalui WTD adalah ‘durian runtuh’. Kamaruddin Saleh, 41, (gambar) amat gembira ke ra na penantiannya di ruang menunggu di tingkat 42 Pejabat JNAM selama 3 jam sangat berbaloi. Dia yang datang dari Puchong pernah menyimpan wang dalam sebuah bank dan akaun tersebut tidak aktif sejak dia bersekolah lagi. “Saya telah membuat se makan di Pejabat JANM Shah Alam, namun kerana akaun bank tersebut tidak aktif
hampir 20 tahun, saya diminta ke sini. “Apa yang saya ingat jumlah baki akaun berkenaan adalah RM100, namun saya amat terkejut kerana apabila datang ke Ibu Pejabat JANM
ini, saya tidak sangka baki ada RM540,” katanya. Kamaruddin berkata, se belum mendapat nombor giliran dia terpaksa beratur panjang malah datang sejak awal pagi. “Saya sanggup me ning galkan rutin harian saya, nasib baik dapat duit ini,” katanya. Namun katanya, jumlah wang berkenaan akan dimasu kan ke dalam akaun banknya sekarang. "Saya pada mulanya risau juga kerana melihat ramai yang balik dengan 'tangan kosong', namun saya amat bersyukur dengan rezeki ini," katanya.
3
2 - 8 Ogos 2017
Haiwan ‘rare’ di pinggir Kuala Lumpur KHIZAIRI KHIZAN
AMPANG – Pembangunan pe sat di Lembah Klang me nyebabkan habitat hidupan liar semakin sempit. Ada yang ‘membawa diri’ masuk lebih jauh ke dalam hutan ber ham piran, namun tidak kurang juga yang tersesat ke kawasan kediaman manusia - yang dahulunya adalah habitat mereka. Ini terma suk di Bu kit Antarabangsa, Ukay Perdana, Kemensah dan Klang Gate di sini. Apa yang menariknya, ‘perk ongsian’
yang tidak di sengajakan ini telah me nye babkan ke munculan lebih kerap hiawan liar yang dahulu bukan sahaja ja rang ditemukan malah ke wujudannya pun tidak diketahui. Namun apabila ha bitat mereka se makin sempit, haiwan daripada spesies terpencil ini semakin ke rap dilihat di kawasan yang hampir dengan penempatan pen duduk. Antaranya ialah spesies kam bing liar yang bagi penduduk di sini, mereka me ngenali haiwan itu sebagai ‘kuda yang tidak
berekor’. Kalau dahulu, haiwan dari pada jenis ‘Sumatran Serow’ atau kambing hutan Sumatera itu hanya ditemukan di dalam hutan tebal, kini ia boleh mun cul pada bila-bila masa di sini, yang berjarak tidak sampai 10 kilometer dari KLCC. Kalau dahulu, penduduk Bukit Antarabangsa terpingapinga setiap kali terserempak dengan ‘kuda tidak berekor’ itu, kini mereka sudah mangli. Ini berikutan kawasan ke hi dupan haiwan itu – juga hidupan liar lain di kawasan berkenaan – yang semakin sempit apabila habitat mereka termasuk dalam laluan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) yang sedang dalam pembinaan. Justeru, tidak hairanlah apabila kambing hutan Sumatera – yang dikategorikan
Kambing hutan Sumatera berkeliaran di Ukay Perdana. Gambar ini dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di situ dan pernah tular pada Januari 2016.
Kambing hutan Sumatera menjadikan kawasan pergunungan sebagai habitat.
sebagai haiwan dilindungi dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand – semakin kerap ter sesat ke kawasan manusia. Di negara kita, bilangan kambing spesies itu di ang gar kan hanya tinggal antara 500 hingga 700 sahaja. Antara penduduk Bukit Antarabangsa yang pernah terserempak dengan kambing liar itu, Hazirul Annuar Mustafa, 30, menceritakan haiwan itu dilihat berkeliaran berhampiran kawasan pe rumahan kira-kira jam 9 pagi. “Saya ketika itu dalam perja lanan nak ke tempat kerja. Pelik juga sebab tak pernah tengok, dan tak tahu binatang apa pun. Nak kata kuda, bukan kuda sebab tak ada ekor,” katanya. Setelah melakukan pen carian maklumat di Internet, barulah Hazirul mendapat jawapan bahawa binatang yang dilihatnya itu adalah kambing hutan Sumatera. “Hairan juga saya, macam mana boleh binaang itu tibatiba muncul di sini,” katanya. Hazirul berkata, dia di faham kan spesies berkenaan jarang ditemui di negara ini. “Di Bukit Antarabangsa jika terserempak dengan babi hutan itu perkara biasa. Jika sekumpulan kera pun perkara biasa juga.
“Tetapi untuk bertembung dengan kambing liar ini seme mangnya tidak semua orang da pat melihatnya kerana apa yang saya tahu haiwan ini hidup di kawasan tinggi, sunyi dan sejuk,” katanya yang menetap di kawasan berkenaan hampir 16 tahun. Sementara itu bagi Anany Shamsuddin, 31, (gambar) dapat melihat kelibat kambing hutan sumatera pada Februari lalu adalah perkara yang tidak akan dilupakannya. Menurutnya, dia terserem pak dengan haiwan itu pada waktu petang ketika berjoging. “Saya selepas balik kerja, saya sering joging di sekitar kawasan Ukay Perdana. “Sepanjang saya joging setiap petang, belum pernah saya berjumpa dengan hai wan unik ini sehinggalah pada Februari lalu yang pada mulanya saya menyangka ia seekor anjing hitam. “Apabila saya mendekati saya dapat melihat ada tanduk dan atas kepalanya seperti ada ‘rambut’ dan tiada ekor,” katanya kepada Warta. Kata Anany, dia cuba untuk merakam gambar haiwan ber kenaan melalui kamera telefon bimbitnya, namun tidak sem pat kerana haiwan itu ber lari terlalu pantas ke dalam hutan berdekatan.
Kambing hutan Sumatera ‘pemalu’ KETUA Bahagian Pemuliharaan Per satuan Pencinta Alam (MNS), Balu Pe rumal berkata, haiwan berkenaan manjadikan bukit batu kapur dan kawasan paling tinggi sebagai habitat kerana ia mengelakkannya dari pemangsa. Katanya, haiwan berkenaan seme mangnya sukar untuk ditemui kerana ia mempunyai sifat ‘malu’. Menurutnya, haiwan itu akan me munculkan dirinya di kawasan yang sunyi, jika ada orang ia akan lari kera na menganggap ancaman. “Tidak ramai yang mengetahui rupa bentuk kambing hutan sumatera ini kerana jumlahnya semakin pupus di negara ini.
“Haiwan ini cukup unik dan menarik ke rana ia mempunyai sifat memanjat le reng gunung dengan cukup pantas sekali dan inilah cara ia lari daripada pe mangsa,” katanya. Balu berkata, kawasan Klang Gates diwartakan sebagai kawasan perlindung an kambing hutan. Katanya, kambing hutan berkenaan turut disenaraikan sebagai spesies haiwan terancam yang dilindungi oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN). “Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi. Mereka bukan sahaja me makan dagingnya malah, tanduknya tu rut digunakan dalam perubatan tra disional,” katanya.
Balu berkata, kambing hutan Suma tera ini merupakan spesies terancam dan dilindungi di bawah undangundang pemuliharaan hidu pan liar. Ia hanya boleh diburu de ngan permit khas yang di keluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. “Mereka yang didapati bersalah mem buru kam bing hutan ini se cara haram boleh di kenakan den da antara RM100,000 hingga RM500,000 atau di penjara hingga lima ta hun,” jelasnya. Katanya, pihak nya sentiasa be
rusaha mengatasi kepupusan haiwan itu melalui kempen kesedaran kepada masyarakat yang dilakukan sebelum ini. “Kita perlu menyokong penutupan restoran yang menjual daging haiwan eksotik dan orang awam juga perlu berhenti memakan daging haiwan yang dilindungi ini,” kata nya.
4
2 - 8 Ogos 2017
Anak Johor juara Masterchef Australia KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang berasal dari Johor, Diana Chan, 29, muncul juara Masterchef Australia musim ke sembilan, minggu lalu. Selaku juara Chan membawa pulang wang tunai AS$250,000 (RM850,000) dan trofi serta menjadi penulis tetap kolum masakan majalah Delicious. Chan merupakan pencabar utama pesaing lain apabila dia berjaya menarik perhatian juri sepanjang rancangan dengan sentuhan masakannya dan hanya berbeza satu mata
Perompak bertopeng Donald Trump
TURIN, Itali – Polis menahan dua lelaki adik beradiki yang memakai topeng berwajah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika merompak bank. Menurut polis, dua suspek berusia 26 dan 30 tahun itu disyaki terbabit dengan kegiatan meletupkan puluhan mesin ATM di sekitar bandar raya ini. Mereka mungkin mendapat inspirasi untuk menggunakan topeng berwajah pemimpin Amerika itu daripada filem tahun 1991, ‘Point Break’ lakonan Keanu Reeves dan Patrick Swayze. Bagaimanapun ketika disoal siasat polis, dua beradik itu sebaliknya menyatakan mereka mendapat ilham daripada filem ‘The Jackal’ lakonan Bruce Wilis pada 1997. Dalam rakaman CCTV, seorang daripada dua pemuda itu dilihat cuba menutup lensa kamera litar selain menanam bahan peledak pada mesin tunai untuk diletupkan.
sahaja dengan pesaingnya. Selain berjaya mengharugi setiap cabaran yang diberi dengan baik kedua-dua peserta ini diminta untuk menyediakan sejenis masakan yang diberi nama ‘Trio of Fruits’ dan Chan memilih resepi ibu untuk dihidangkan kepada juri dalam pertandingan terakhir tersebut. Chan merupakan peserta Masterchef kedua berasal dari Malaysia yang menjulang nama selepas Adam Liaw menjuarai rancangan pada musim kedua.
BEKAS DATUK BANDAR KUALA LUMPUR 1 Feb 1972 - 15 Mei 1972 Datuk Lokman Yusof Jul 1972 - 1 Feb 1984 Tan Sri Yaacob Abdul Latiff 1 Feb 1984 - 17 Nov 1992 Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar 17 Nov 1992 - 14 Dis 1995 Datuk Mazlan Ahmad 14 Dis 1995 - 14 Dis 2001 Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff 14 Dis 2001 - 14 Dis 2004 Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek 14 Dis 2004 - 14 Dis 2006 Datuk Ruslin Hasan 14 Dis 2006 - 14 Dis 2008 Datuk Abdul Hakim Borhan 14 Dis 2008 - 15 Julai 2012 Tan Sri Ahmad Fuad Ismail 18 Julai 2012 - 17 Julai 2015 Tan Sri Ahmad Phesal Talib
Jimmy Choo milik Micheal Kors LONDON - Jenama Jimmy Choo yang diasaskan oleh anak Pulau Pinang, Datuk Jimmy Choo kini diambil alih oleh Micheal Kors dengan membeli kasut mewah bernilai hampir AS$1.2 bilion (RM5.13 bilion). Micheal Kors turut terkena tempias dan tersenarai sebagai salah satu jenama yang bergelut dalam kemerosotan perniagaan. Pengeluar jenama Micheal Kors yang sedang nazak dalam dunia perniagaan mengalami proses penuntupan kedai kira-kira 125 buah kedai.
Jimmy Choo
Pemegang jenama pilihan ramai ini turut mengurangkan harga bagi beberapa keluaran
Micheal Kors
barangan miliknya untuk meningkatkan perniagaan. Lonjakkan saham milik Micheal Kors adalah sebanyak
1 peratus dalam dagangan pra-pasarana manakala saham milik Jimmy Choo meningkat sebanyak 17 peratus di London. Tindakan Micheal Kors dalam membeli jenama ke luaran Jimmy Choo merupakan peluang besar dalam pertumbuhan antarabangsa yang akan bertapak di pasaran kasut mewah dan sekaligus membina semula jenama miliknya walaupun mengambil jangka masa yang panjang dan tidak mempunyai kesan segera ke atas saham syarikat itu.
Bunuh isteri kerana Beg Neil Armstrong RM7.72 juta capati tidak bulat NEW DELHI – Hanya kerana capati dibuatnya tidak berbentuk bulat, seorang wanita hamil maut selepas di tendang dan dicekik suaminya. Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga mengurung anak mereka yang berusia empat tahun di dalam sebuah bilik setelah si anak cuba menghalang perbuatannya. Wanita malang bernama Simran, 22, itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh abangnya yang datang ke rumah mereka keesokan pagi. Dalam kejadian pada waktu malam itu, suspek me ngamuk dengan me nen dang perut dan men cekik isterinya setelah men dapati capati buatan wanita itu tidak cukup bulat sebagaimana yang dia mahukan.
Lelaki itu terus meng hilangkan diri selepas ke jadian. Abang mangsa me nge jarkan adiknya ke hospital namun Simran disahkan meninggal dunia sebaik tiba di situ. Akhbar Times of India yang memetik kenyataan anak mangsa, melaporkan pasangan yang sudah lima tahun berumahtangga itu sering bergaduh kerana si suami tidak suka dengan bentuk capati yang dibuat isterinya. “Ibu pandai masak tetapi ayah selalu marah ibu kerana tidak suka dengan bentuk capati dibuatnya,” kata kanak-kanak itu kepada polis. Suspek yang sebelum ini menjalankan perniagaan sendiri, bekerja kilang sejak dua tahun lalu setelah jatuh bankrap.
NEW YORK - Sebuah beg yang digunakan angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong, untuk membawa sampel habuk dari bulan ke bumi, dibida pada harga AS$1.8 juta (RM7.72 juta) dalam satu sesi lelongan, di sini. Bagaimanapun, pemilik ba haru beg yang memenangi bidaan sempena ulang tahun ke-48 pendaratan manusia di bulan itu, tidak didedahkan. Menurut firma lelongan
Sotheby’s, kewujudan beg itu tidak disedari kerana disimpan dalam sebuah kotak di Pusat Angkasa Johnson di Houston. Tambah firma itu, ia dibeli oleh seorang individu yang membuat bidaan menerusi telefon dan enggan namanya di dedahkan kepada orang ramai. Pada awalnya, firma lelong an itu menjangkakan beg itu bakal dijual pada harga antara AS$2 juta (RM8.58 juta) dan AS$4 juta (RM17 juta).
5
2 - 8 Ogos 2017
Apabila Azlina jadi Azli, Wahida jadi Wahid ... 15
SUDAH masyhur akan hal betapa takutnya suami apabila isteri pegang atau belek telefon mereka (suami) adalah lebih takut daripada segala ketakutan yang ada di atas muka bumi ini. Hinggakan ada suami yang mengaku, letaklah apa jenis bahaya pun di hadapannya, dia tidak lebih takut daripada melihat isteri membelek-belek telefonnya. Mengapa? Ini ceritanya: Suatu hari, seorang suami mahu bancuh kopi, lalu ditanya kepada isteri, di mana bekas gula. Jawab si isteri: “Ada kat situ tu, bang… kat dalam kabinet tu, bekas yang bertulis garam!” Lalu ditanya oleh suami: “Mengapa pulak bekas gula awak tulis garam?”
Jawab isteri: “Saya tulis garam supaya semut tak tahu. Sama juga macam abang, kan? Kat dalam handphone abang, semua nama lelaki, Junaidah ditulis Junaidi, supaya saya tak tahu, kan?” Makan dalam!!! Begitulah. Memang banyak berlaku kes yang semacam itu dalam masyarakat kita. Isteri ‘ditipu’ supaya tak perasan suami simpan ‘skandal’ di luar rumah. Wahida ditulis Wahid. Azlina ditulis Azli, dan macam-macam lagi … Adakah ini pengalaman aku sendiri? No comment! Cuma sebagai lelaki, aku tahu akan rahsia lelaki dan inilah yang nak aku dedahkan dalam kolum ini. Dalam berkomunikasi, kita boleh berbohong atau menipu secara verbal, secara lisan, melalui suara dan perkataan tetapi kita tak akan boleh berbohong daripada gerak bahasa badan. Seorang lelaki, yang
azalinya bukanlah daripada jenis ‘mat smart’ yang begitu ambil berat soal berpakaian. Biasanya dia pakai sekadar kemas sahaja, jarang sekali sembur minyak wangi, apa lagi mengutamakan minyak wangi yang berjenama dan mahal harganya. Rambut pun selagi tidak cecah cuping telinga, tidaklah dia bergunting. Mungkin dua atau tiga minggu sekali, itupun isteri yang kena ingatkan. Selain itu, dia dulu jarang sekali layan lagu-lagu cinta malah selalu pula menyebut “saya berasa sudah cukup tua untuk melayan lagu-lagu macam gini…” tetapi sekarang, dia lain. Macam tiba-tiba kembali muda! Masuk kereta, terus pasang lagu. Tidak kiralah lagu Inggeris, Hindustan atau Melayu. Dan nampak benar feelingnya dengan lagu-lagu itu! Entah dari mana datangnya lagu-lagu itu, isteri pun tertanyatanya. Dan dia pula galak malah teramat suka bercakap mengenai lagu, siap diterangnya
hal lirik satu persatu. Jangan terpedaya walaupun perbincangan mengenai lagulagu itu sudah tentu hanya berkisar mengenai kisah cinta anda dengan dia. Lalu, apa yang sebenarnya sedang berlaku? Adakah itu tanda bahawa dia semakin hampir dengan sakratul maut? Ajal maut bukan di bawah bidang kuasa aku akan tetapi, dari segi logika yang berkaitan dengan perubahan tabiat atau tingkah laku lelaki, dan sebagai lelaki, bolehlah aku mengaku bahawa ia bukan saja-saja jadi begitu. Ada asbab dan asalusulnya. Aku tidaklah berani nak kata semua tetapi apabila berlakunya hal-hal yang seperti itu, ia biasanya ada kaitan dengan kehadiran orang baru. Orang yang mungkin jauh lebih muda daripada anda, yang begitu ‘power’ hingga berupaya menarik turun usia suami anda untuk jadi sebaya dengannya. Pada peringkat itu, kalau
suami itu jenis yang baik macam aku, dia mungkin tidak sampai hati hendak berterus terang. Lalu bermacam-macamlah strateginya untuk rahsia itu terus disimpan. Antaranya, senarai nama dalam telefonnya, nama lelaki belaka melainkan nama saudara-mara atau orang yang anda sendiri pun kenal. Lalu, apa yang boleh anda lakukan? Belek, beleklah telefon suami sama ada di hadapan atau di belakangnya. Kalau pun dapati yang kerap ditelefonnya itu ‘Hasli’, janganlah mudah percaya! Apa hal pula suami anda berhubung dengan “Hasli’ tiap-tiap hari dan berselang 10 minit sekali, kan? Mungkin yang di telefon nya itu Haslina sebenarnya.
Legenda Olimpik berlumba dengan jerung
CAPE TOWN, Afrika Selatan – Selaku pemenang 23 pingat emas Olimpik, tiada lagi manusia yang boleh menandingi kepantasan Michael Phelps di kolam renang. Justeru, Discovery Channel baru-baru ini mencari pencabar baharu untuk Phelps, dua jerung daripada jenis 'Hammerhead' dan 'Reef Shark'. Sesungguhnya mamalia itu bukan sahaja terkenal sebagai ‘Raja di Lautan’ bahkan juga pemangsa yang paling menakutkan. Namun itu tidak jadi halangan bagi Phelps, seorang legenda Olimpik yang bukan sekadar menguasai kolam renang, bahkan juga sejarah sukan dunia. Dengan tekad mahu mencipta rekod bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga sebuah epik perlumbaan antara manusia dengan haiwan, Olympian itu melompat tanpa ragu-ragu dari bot untuk bersaing dengan sang raja lautan. Sebagai langkah berwaspada, 15 anggota tentera bersiap siaga di bawah ‘trek’ perlumbaan mereka untuk melindungi Phelps sekiranya berlaku insiden yang tidak diinginkan. Kesudahan perlumbaan itu, 'Hammerhead' mendapat tempat pertama, Phelps (kedua) manakala 'Reef Shark di tempat ketiga.
Phelps bergadai nyawa demi sebuah 'kepuasan'.
6
2 - 8 Ogos 2017
DUNIA MINGGU INI
PERANCIS - Pandangan para pelancong yang sedang berehat di tepi pantai terarah ke hutan yang sedang terbakar berdekatan sebuah resort di Saint Tropez di Tenggara Perancis.
PAKISTAN - Pegawai Polis Pakistan berdiri di sebelah keranda rakan mereka yang dibunuh oleh Taliban dalam serangan berani mati di Lahore, Pakistan.
HUNGARY- Perenang Italy, Nicolo Martinenghi bersaing di dalam perlumbaan renang 50 meter di dalam kejohanan renang FINA World Championship 2017.
CROATIA - Para pelakon memakai kostum kuno ketika menghadiri Rabska fjera di Pulau Rab di Croatia, pada 25 Julai baru-baru ini. Rabska fjera adalah pameran musim panas pada abad pertengahan berdasarkan tradisi abad ke-14.
HONDURAS - Pelajar Universiti Autonomi Nasional Honduras (UNAH) bertembung dengan polis rusuhan semasa demonstrasi untuk menuntut, antara lain, peletakan jawatan rektor Julieta Castellanos, di Tegucigalpa
INDIA - Presiden baharu India, Ram Nath Kovind melambai tangan setelah memeriksa kawalan kehormat tentera setelah mengangkat sumpah di Istana Presiden Rashtrapati Bhavan di New Delhi, 25 Julai lalu.
2 - 8 Ogos 2017
Bisnes
BNM keluarkan kertas strategi bagi VBI KHIZAIRI KHIZAN
KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia (BNM) secara kerjasama dengan industri kewangan Islam, mengeluarkan satu kertas strategi berkenaan Pengantaraan berasaskan Nilai (VBI) bagi memperincikan strategi untuk mengukuhkan peranan dan impak institusi perbankan Islam terhadap ekosistem kewangan mampan. Bank pusat itu berkata, hasil yang diharapkan daripada VBI adalah hampir serupa dengan objektif yang ditetapkan oleh rangka kerja seperti alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus Torporat (ESG), Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dan kewangan beretika. Bagaimanapun, bank
pusat berkata, VBI berasaskan Syariah, yang menentukan nilainilai dasar, kompas moral dan keutamaannya. "Dengan pelaksanaan VBI, pengamal perlu menimbang kesan aktiviti dan tindakan mereka bukan sahaja kepada pengguna kewangan tetapi juga kepada pihak berkepentingan," kata BNM dalam satu kenyataan. Menurut bank pusat, strategi tersebut bertujuan untuk menggalakkan penggunaan
amalan VBI yang akan membawa kepada peningkatan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam - memudahkan keusahawanan, kesejahteraan masyarakat, alam sekitar lestari dan pertumbuhan ekonomi, tanpa mengabaikan pulangan kepada pemegang saham. "Strategi ini dijangka akan diguna pakai dan dilaksanakan berdasarkan kesediaan setiap institusi perbankan Islam," kata BNM. Bank pusat berkata, ia mengalu-alukan maklum balas membina daripada pihak yang berminat untuk meningkatkan lagi kandungan kertas strategi itu yang boleh dihantar menerusi email kepada vbi@ bnm.gov.my.
Jasani Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif HLISB KUALA LUMPUR - Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank (HLISB) Jasani Abdullah (gambar) dilantik secara rasmi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 17 Julai lalu. Ketua Pengarah Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Domenic Fuda berkata, pelantikan Jasani dilihat da pat membantu perkembangan sya rikat selaras dengan pengalamannya lebih 30 tahun dalam per bankan Islam negara. “Jasani mula menyertai HLISB pada 2007 sebagai Ketua Jabatan Syariah dan Pembangunan Produk. “Beliau turut memainkan pe ranan penting dalam pe ng gabungan HLISB dengan EON Cap Islamic Bank
sekitar 2011,” katanya. Beliau berkata, Jasani pernah dilantik da lam beberapa jawatan pegawai kanan HLISB termasuk Ketua Pegawai Operasi sebelum di beri kepercayaan menjadi pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HLISB pada Disember 2016. “Sebelum menyertai HLISB, Jasani yang mempunyai kelulusan (pendidikan) dalam bidang Pen tad biran Perniagaan di Universiti Ohio, Amerika Syarikat dan Kewangan dan Perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut mempunyai pengalaman hampir 24 tahun dalam institusi kewangan negara termasuk membabitkan pengurusan cawangan, pemasaran dan pembangunan produk,” katanya.
Rio baharu dijual RM79,888 PETALING JAYA Naza Kia Malaysia melancarkan kenderaan ‘hatchback’ Kia Rio generasi keempat dengan penampilan lebih premium dan moden. Kia Rio baharu enjin 1.4 liter hadir dengan empat warna iaitu Clear White, Signal Red, Smoke Blue dan Silky Silver pada harga atas jalan RM79,888. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, Kia Rio baharu yang direka semula dengan gaya
yang lebih inovatif dan aerodinamik me rupakan kenderaan yang sesuai bagi masyarakat bandar. “Generasi ke ti ga Rio sebelum ini sememangnya amat popular dalam kalangan rakyat Malay sia dengan reka bentuk, kualiti dan rekaan dalaman menarik, jadi Rio baharu ini yang ditambah baik dengan pelbagai ciri menarik ini dijangka dapat meneruskan kecemerlangan itu.
“Rio baharu ini merupakan produk seimbang yang me nawarkan kemudahan seharian dengan reka bentuk premium dan cekap,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran kereta itu baru-baru ini.
7
Petronas pastikan Sabah dapat manfaat
Petronas ke arah melestari pembangunan sosioekonomi Sabah dapat dilihat menerusi pelaburan jangka panjang.
KOTA KINABALU - Petrolium Nasional Bhd. (Petronas) kekal komited dalam memastikan Sabah serta rakyatnya men dapat manfaat secara lang sung atau tidak langsung dari pada pengeluaran hasil minyak dan gas. Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan, Mohd Zaini Mohd Yunus berkata, komitmen Petronas ke arah melestari pembangunan sosio ekonomi Sabah dapat dilihat menerusi pelaburan jangka panjang dalam program tang gungjawab sosial korporat yang membabitkan tiga turus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pem bangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.
"Di samping itu, kerjasama erat yang sedia terjalin an tara Petronas dan kerajaan negeri akan terus menjana pe luang pelaburan tempatan, pekerjaan serta pembangunan tenaga kerja mahir yang ber daya saing dalam sektor minyak dan gas. "Justeru, saya ingin me ra kamkan penghargaan atas sokongan kerajaan negeri serta agensinya selama ini da lam usaha membangunkan in dustri minyak dan gas di Sabah. Sokongan ini begitu ber makna buat Petronas," katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya bersama Petronas di sini, baru-baru ini.
LTAT mohon susun semula Affin KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pemegang saham utama Affin Holdings Bhd. me nge mukakan permohonan un tuk mengecualikannya serta pi hak melaksanakan langkah pelaburan dengan matlamat sama (PAC), daripada keperluan melaksanakan pengambilalihan mandatori semua saham-saham biasa dalam Affin Bank Bhd. (ABB), yang tidak dimiliki oleh kedua-dua pihak. Ia sejajar pemuktamadan ca dangan pengagihan yang berkaitan penyusunan semula syarikat Kumpulan Affin. Menerusi satu kenyataan ke pada Bursa Malaysia, Affin berkata, syarikat sudah di maklumkan oleh pemegang 35.42 peratus kepentingannya
iaitu LTAT hari ini sudah menge mukakan permohonan menerusi AFFIN Hwang IB kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dalam makluman kepada bursa tempatan itu pada 16 Februari 2017, Affin berkata se jurus pemuktamadan ca dang an pengagihan sejajar usa ha penyusunan semula itu, pegangan LTAT dan PAC dalam modal saham terbitan dan berbayar dalam ABB akan meningkat kepada lebih 33 peratus. "Sehubungan itu, LTAT dan PAC perlu melaksanakan ta waran pengambilalihan man datori untuk semua saham ABB yang tidak dipegang oleh LTAT atau PAC sejurus pemuktamadan cadangan pengagihan ber kena an," katanya.
8
2 - 8 Ogos 2017
BISNES
TM catat pertumbuhan positif KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) yakin mencatatkan pertumbuhan positif tahun ini melalui pertambahan langganan UniFi khususnya dengan perubahan gaya hidup dan cara kerja pengguna. Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar (gambar) berkata, sejak diperkenalkan pada 2010, UniFi terus mencatatkan peningkatan jumlah langganan dengan sebahagian besar dalam
kalangan pengguna individu untuk kegunaan di kediaman. “Mula diperkenalkan tujuh tahun lalu, UniFi mencapai langganan sehingga 500,000 dalam tempoh empat tahun dan kini berjaya mencapai angka sejuta pelanggan. “Kami yakin jumlah ini akan terus meningkat pada masa akan datang khususnya dengan perubahan gaya hidup dan cara kerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan kediaman yang lebih
tertumpu kepada kandungan digital,” katanya. Menurutnya, ketika ini, sebahagian besar jumlah pelanggan UniFi adalah kalangan pelanggan kediaman. “Setakat Jun tahun ini, jumlah pelanggan PKS sekitar 180,000 dan selebihnya pelanggan kediaman,” katanya selepas majlis meraikan pelanggan ke sejuta dan penyerahan cek kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, baru-baru ini.
One AirAsia disasar dua tahun
KUALA LUMPUR - Selepas ber jaya meletakkan AirAsia ber tapak kukuh dalam pasaran penerbangan Asia sejak 16 tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes (gambar) kini berhasrat untuk menggabungkan unitunit syarikat penerbangan tambang rendah itu di Asia Teng gara bawah se buah sya rikat induk yang tersenarai. Pelan One AirAsia itu ber hasrat menyatukan ke semua unit di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dalam masa dua tahun. “Langkah pertama adalah untuk membentuk syarikat kumpulan itu yang sedang diusahakan secara gigih oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rozman Omar. “Banyak kerja yang per lu dilakukan One AirAsia dari segi struktur korporat. Namun, One AirAsia sebagai sya rikat dalam satu syarikat sememangnya berjalan lancar. "Kami dapat mengurang kan kos, menggabungkan banyak perkhidmatan mana kala banyak produk dapat di seragamkan," katanya selepas mengumumkan perkhid mat an penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Davao yang akan bermula 21
Disember ini. Mengulas selanjutnya, Fernandes mengakui langkah pen strukturan korporat itu me merlukan banyak usaha kerana syarikat perlu 'memujuk' ke rajaan Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia untuk meminda peraturan pemilikan dan ia kini mula menampakkan hasil. "Harapan itu ada. Sebelum ini saya fikir ia sukar dilaksanakan, tetapi kini saya katakan bahawa harapan itu ada," katanya. Ditanya tarikh 'One AirAsia' itu dapat menjadi kenyataan, Fernandes berkata, sasaran beliau dua tahun. “Namun, ini memerlukan AirAsia untuk melaksanakan apa
yang belum pernah di lakukan pihak lain,” katanya. Bagi membolehkan pe nu buhan sebuah syarikat induk, AirAsia perlu menyenaraikan unit nya di Filipina dan Indo nesia. Setakat ini, hanya unit di Malaysia dan Thailand yang tersenarai. Mengulas perkembangan pe nyenaraian unit di Filipina, beliau berkata, ia berjalan se bagaimana dirancangkan. “Rozman mengendalikan perkara itu baik bagi Indonesia mahu pun Filipina. Kami sendiri amat yakin dengan kedua-duanya...perniagaan di Indonesia dan Filipina amat
kukuh untuk kami. Sekarang adalah masa yang paling tepat,” katanya. Fernandes menyasarkan unit di Filipina dapat melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun ini atau suku pertama tahun depan dan sekarang merupakan tempoh paling sesuai sejajar dengan pendirian dasar kerajaan Filipina serta pertumbuhan pasaran penerbangan yang lebih terbuka. Malah, beliau menyifatkan perkhidmatan penerbangan terus Kuala Lumpur-Davao sebagai bukti komitmen AirAsia untuk berkembang dalam pa saran Filipina. "Penerbangan ini amat ber makna kerana saya suka memulakan laluan yang tidak dilakukan oleh mana-mana pihak. Saya gembira dapat meng hubungkan mereka yang tidak dapat menikmati ke mudahan itu sebelumnya. “Anda akan dapat melihat betapa gembiranya penumpang terhadap usaha AirAsia me nawar kan pilihan ke Kuala Lumpur. Ini sesuatu yang he bat dan kami mahu terus melakukan perkara sedemikian. "AirAsia telah diiktiraf se bagai satu jenama Asean dan lebih hebat lagi, ia melibatkan se buah syarikat Malaysia," katanya.
Honda City Hybrid dilancarkan SUBANG JAYA - Honda Malaysia memperkenalkan model City Sport Hybrid i-DCD baharu pada harga RM89,200 yang pertama di Asean. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, kenderaan itu merupakan model hibrid kedua yang dilancarkan Honda Malaysia dalam tempoh dua bulan, serta model kelima bagi tahun ini. “Kami berbangga menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya
negara di luar Jepun yang memperkenalkan City Sport Hybrid i-DCD sekali gus memfokuskan strategi jenama ini dalam menggunakan teknologi generasi baharu. “Sedan hibrid ini sangat menarik dan dijual pada harga berpatutan, bersesuaian dengan eksekutif muda dan dewasa untuk memiliki kenderaan terbaik,” katanya pada rumah terbuka raya Honda Malaysia dan pra tonton model baharu itu di sini, baru-baru ini.
Uncle Jack hargai kesetiaan pelanggan
SHAH ALAM – Restoran makanan segera tempatan, Uncle Jack menyerahkan sebuah Skuter Vespa ber nilai RM12,000 kepada pemenang utama Kempen Makan-Makan dan Menang Bersama Uncle Jack yang dijalankan 1 Mac hingga 30 April lalu. Kempen tahunan di anjurkan buat kali kedua itu, merupakan kerjasama di antara Giant dan Nestle, menerima 20,000 penyertaan dan hanya 124 yang berpeluang me nerima hadiah. Pengurus Kategori Makanan Siap, Jessie Ker Wan Yin berkata, kempen itu bertujuan untuk menghargai pelanggan setia Uncle Jack. "Kempen ini ber lan gsung di seluruh Malaysia dan hadiah bernilai RM20,000 ditawarkan termasuk sebuah skuter Vespa sebagai hadiah utama yang dimenangi Nurliyana Rosly dari Kuala Lumpur. “Kami amat menghargai kesetiaan pelanggan dan ini merupakan salah satu cara menghargai sokongan mereka melalui kempen ini, sekali gus mengukuhkan lagi jenama Uncle Jack di pasaran," katanya pada majlis penyampaian hadiah berkenaan di Giant Shah Alam. Selain hadiah utama, peserta lain turut memenangi tiga basikal lipat, 20 hamper Milo yang bernilai RM100 dan 100 keping kad hadiah Giant bernilai RM50. Sejak memulakan operasi pada 2013 di Giant USJ, Uncle Jack kini mempunyai 72 cawangan di seluruh negara termasuk lapan di Sabah dan Sarawak.
9
2 - 8 Ogos 2017
BISNES
TH tambah baik sistem teknologi maklumat MADINAH - Tabung Haji (TH) menambah baik sistem teknologi maklumat (IT) agensi berkenaan bagi me mastikan kelancaran operasi jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1438 Hijrah. Pengarah Operasi IT 1438 Hijrah, Zaaba Arpan berkata, agensi berkenaan menaik taraf rangkaian komunikasi bagi musim haji tahun ini dengan menggunakan tiga pengendali telekomunikasi Arab Saudi - STC, Mobily dan Zain. "Buat pertama kali, kita juga menggunakan gentian optik di ibu pejabat TH di Makkah semasa musim haji tahun ini. Pada tahun lepas, kita menggunakan talian digital ADSL. Ini akan meningkatkan keseluruhan kualiti rangkaian ko mu nikasi,” katanya.
Dari segi perkakasan, beliau berkata, pihaknya akan menggunakan 800 per alatan, termasuk 70 komputer riba baharu bagi menyokong pel bagai perkhidmatan yang disediakan TH kepada jemaah haji Malaysia dalam menunaikan Rukun Islam kelima itu. Katanya, TH juga me nambah baik beberapa aplikasi sedia ada, antaranya perkhidmatan pengeluaran wang oleh jemaah haji de ngan menggunakan cap jari, mengemas kini data terkini untuk disalurkan kepada ibu pejabat TH di Kuala Lumpur, dan ke seluruhan sistem operasi haji. Beliau berkata, cabaran utama di Arab Saudi adalah rangkaian internet, terutama menjelang Hari
Wukuf. ”Kita akan cuba memini mumkan risiko dengan menggunakan ketiga-tiga pengendali telekomunikasi Arab Saudi. Tiada masalah besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan kita akan menguji sistem berkenaan seminggu sebelum Wukuf,” kata Zaaba. Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah haji, Zaaba berkata pasukan teknikal TH telah menguji semua aplikasi utama operasi haji bermula awal tahun ini, dan tiba di Arab Saudi sejak 13 Julai untuk memasang sistem berkenaan di kesemua pejabat agensi berkenaan dan hotel-hotel penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.
Tabung Haji menaik taraf rangkaian komunikasi bagi musim haji tahun ini dengan menggunakan tiga pengendali telekomunikasi Arab Saudi - STC, Mobily dan Zain.
"Berikutan pertambahan kuota tahun ini kepada 30,200 jemah haji dari Malaysia, kita mendapati peningkatan sebanyak 35 peratus terhadap keperluan IT,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 17 kakitangan IT akan bertugas semasa musim haji tahun ini, melibatkan dua orang di Madinah dan seorang di Jeddah, manakala selebihnya di Makkah.
Kaspersky Lab lancar HDC, Unit Sime Darby bangun prasarana patuh halal antivirus percuma
KUALA LUMPUR - Syarikat keselamatan siber Rusia Kaspersky Lab melancarkan perisian antivirus secara percuma, 'Kaspersky Free' sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20. "Kami percaya setiap orang berhak merasa bebas daripada ketakutan terhadap ancaman keselamatan siber," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Lab Eugene Kaspersky dalam laman web syarikat berkenaan. Pengasas syarikat itu mengumumkan pelancaran perisian antivirus percuma menerusi catatannya dalam laman blog. Jelasnya, syarikat itu mengambil masa kira-kira se tahun setengah untuk
menghasilkan versi percuma perisian antivirus yang dijang ka dapat dimuat turun di selu ruh dunia dalam masa be be rapa bulan akan datang. Setakat ini, Kaspersky Free boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada, dan beberapa negara Asia Pasifik, rantau Rusia-Ukraine-Belarus, China dan juga di negaranegara Nordik. Sementara itu, menurut laman web syarikat, perisian percu ma itu akan 'memberi kesan positif kepada kualiti perlindungan pengguna'. Laman web itu menya takan, setakat ini terdapat lebih 400 juta pengguna dilindungi teknologi mereka dan syarikat itu juga memberi khidmat perlindungan kepada 270,000 pelanggan korporat.
KUALA LUMPUR Perbadanan P e mb a n g u n a n Industri Halal (HDC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Weifang Sime Darby Port Co. Ltd., China (WSD) untuk mem bangunkan prasarana patuh halal di Weifang Sime Darby Port (WSDP) dan sebuah taman perindustrian mengikut standard halal Malaysia. HDC dalam satu kenya taan, menyatakan kerja sama itu akan memudahkan produk halal Malay sia me masuki rang kaian inisiatif One Belt One Road (Obor)
bagi capaian pasar an lebih luas di wilayah utara dan barat China, serta di negara jirannya. "Kedudukan WSDP yang ber de katan dengan rang kaian Obor me nye diakan kelebihan tambahan kepada 'koridor halal', dengan hubungan ke wilayah Islam di China, menjadikan pelabuhan itu pintu masuk bagi import dan eksport produk halal. "Di bawah MoU itu, HDC akan berkongsi pengalamannya dan menawarkan latihan serta khidmat perundingan kepada WSD. Usaha sama ini akan mem beri manfaat kepada pe ng eksport Malaysia untuk mengembangkan perniaga
an halal mereka di seluruh dunia," katanya. WSD ialah anak syarikat 99 peratus milik Sime Darby Bhd. Menurut HDC, ia akan bekerjasama dengan keduadua WSD di China dan Sime Darby untuk mengukuhkan lagi pembabitab Malaysia dalam industri halal, teru tama dalam perkhidmatan logistik halal. Menurut perbadanan terse but, inisiatif Obor itu bertujuan mewujudkan plat form terbesar dunia bagi kerjasama ekonomi, ter masuk penyelarasan dasar, penggalakan perdagangan dan kerjasama pembiayaan, serta bagi pertukaran sosial dan budaya.
RM4.79 bilion disalurkan kepada Tekun KUALA LUMPUR - Sebanyak RM4.79 bilion disalurkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional sejak 1998 sehingga Jun tahun ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah itu melibatkan 392,713 usahawan daripada pelbagai skim pembiayaan pinjaman.
"Jumlah yang kecil ini sepatutnya akan menjadi perangsang untuk kita melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis mesra Aidilfitri menteri bersama Usahawan Tekun Parlimen Subang di Kelab Rahman Putra. Terdahulu, Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada 10 Usahawan Cemerlang dari Parlimen Subang.
10
2 - 8 Ogos 2017
JIMBA-JIMBA
Scrabble pelajar kluster Pendidikan Malaysia, Datuk Rashidah Md Arif turut memuji langkah yang diambil pihak MSA ini. Baginya, pertandingan ini mampu melahirkan generasi muda yang pintar, menguasai bahasa dan berfikiran kreatif. Menurutnya, MSA boleh mengembangkan lagi pertandingan
ini di peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri memandangkan permainan scrabble ini tidak melibatkan belanja yang besar tetapi memberi impak yang amat baik kepada generasi pelajar. Sekolah Kebangsaan Cyberjaya muncul juara keseluruhan dalam pertandingan ini.
Rashidah ketika berucap di majlis penutup pertandingan.
CYBERJAYA - Seramai 57 pelajar dari 19 buah sekolah rendah kluster ke cemerlangan seluruh negara 'ber kampung' di Dpulze di sini menyertai Scrabble Fest @ Cyberjaya 2017. Pertandingan scrabble pe ringkat kebangsaan ini di an jurkan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dengan kerja sama Malay sia Scrabble Association (MSA). Menurut wakil MSA, tujuan utama pihaknya
mengadakan pertandingan ini adalah untuk meraikan ke bolehan para pelajar yang sememangnya memiliki daya pemikiran kreatif yang tinggi. Pengarah Bahagian Pe ngurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Ke cemerlangan, Kementerian
Para pelajar diberi taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
Nur Farah Batrisya Ahmad Zahir, 10, mewakili negeri Kedah dalam pertandingan Scrabble Fest @ Cyberjaya 2017 peringkat kebangsaan.
Apa itu matlamat pembangunan mampan? NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
Pernahkah anda mendengar Matlamat Pembangunan Mampan? Saya yakin sebahagian daripada anda mungkin biasa dengan Tanggungjawab Sosial Korporat atau projek khidmat masyarakat. Sebenarnya, sebahagian besar misi sosial untuk tanggungjawab sosial korporat atau projek perkhidmatan komuniti adalah tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan. Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) telah
diperkenalkan oleh Persidangan Per tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio de Janeiro pada 2012. Matlamat utama adalah untuk meng hasilkan satu set matlamat sejagat bagi negara-negara di seluruh dunia untuk menangani cabaran yang dihadapi dunia kita hari ini, yang merangkumi ekonomi sosial dan politik. Terdapat 17 Matlamat Pembangunan Mampan, yang telah diterap oleh pelbagai negara selepas pengenalannya termasuk untuk menamatkan kemiskinan dan kelaparan, melindungi planet kita, menghalang penyakit maut, menyediakan peluang yang sama bagi kanak-kanak kurang bernasib baik dan lain-lain. Setiap matlamat mempunyai sasaran khusus untuk dicapai dalam tempoh 15 tahun akan datang. Untuk mencapai matlamat, semua orang perlu melakukan bahagian mereka, tidak kira berapa kecil langkah yang anda ambil, adalah
penting untuk mencapai matlamat yang lebih besar ini. Semua termasuk golongan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat seperti anda boleh menyumbang dengan apaapa cara yang anda boleh. Adakah anda ingin terlibat? Adakah anda terharu? Anda boleh mulakan dengan mem beritahu orang lain tentang Matlamat Pem bangunan Mampan ini untuk mewujudkan kesedaran. Walaupun usaha ini nam pak kecil tetapi ia dapat membantu usaha global untuk berkongsi maklumat bagi mengubah dunia dan menggalakkan orang lain untuk bertindak. Malah, satu usaha mudah yang anda dan keluarga anda boleh mengambil tin dakan sekarang dalam misi global ini ialah pastikan tidak membuang sampah merata-rata. Kadang-kadang, apabila anda berkunjung ke pantai atau mendaki bukit, anda boleh melihat
botol air mineral atau beg plastik yang dibuang ke tanah. Ambil sahaja sampah dan tin dak an anda banyak membantu me nyelamatkan alam sekitar kita. Pada hujung minggu, saya telah menonton beberapa video di YouTube tentang bagaimana beg plastik boleh membunuh kehidupan marin kita termasuk penyu. Amat menyedihkan apabila me lihat bagaimana spesis-spesis can tik ini pupus disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak ber tang gungjawab. Sekiranya terdapat kanak-kanak di luar sana yang ber usaha untuk menyelamatkan alam persekitaran kita, bagaimana pula dengan anda?
2 - 8 Ogos 2017
11
12
2 - 8 Ogos 2017
Rapid penang mahu 'kuasai' utara semenanjung Teks AZHAR GHAZALI Foto MOHD FAITH EZENE
MERAIKAN ulang tahun ke 10, Rapid Penang – perkhidmatan bas awam kendalian anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Seberang Prai – kini melakar strategi untuk meluaskan rangkaian perkhidmatannya meliputi utara Semenanjung di samping terus memantapkan operasinya di Pulau Mutiara. Mula beroperasi pada 31 Julai 2007, Rapid Penang kini mengendalikan secara purata 85,000 penumpang sehari untuk 59 laluan di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Prai di samping menyediakan perkhidmatanperkhidmatan lain seperti perkhidmatan antara bandar antara Penang Sentral dengan Parit Buntar, Perak dan Sungai Petani di Kedah serta operasi penuh Rapid Kamunting untuk kawasan Taiping dan Kamunting di Perak. Dalam
perancangan
ter
dekat Rapid Penang ber hasrat untuk meluaskan operasi perkhidmatan bas henti-henti di Sungai Petani dan di Sri Manjung, Perak di samping memantapkan silih-sambungan dengan kedua-dua bandar utama berkenaan dan mewujudkan integrasi dengan perkhidmatan Feri Pulau Pinang.
Di samping merangka perancangan untuk menambah lagi bilangan bas dua tingkat, Rapid Penang turut mengkaji prospek untuk menggunakan bas elektrik pada masa akan datang selaras dengan kemajuan teknologi dan keperluan masakini. Berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke 10 Rapid Penang, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata Rapid Penang akan terus menggiatkan usaha memantapkan kualiti perkhidmatan termasuk memperkenalkan inisiatif ba ha ru untuk memantapkan operasi bagi menarik lebih ramai untuk menggunakan pengangkutan awam selaras
Sebahagian staf Rapid Penang yang diraikan.
TYT Tun Dr. Abdul Rahman bersama tetamu utama lain dan Pengurusan Kanan Prasarana memotong kek ulang tahun.
dengan aspirasi kerajaan. Diadakan di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato ' Seri Utama Dr. Hj.
Abdul Rahman Hj. Abbas, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana.
Majlis diserikan dengan kehadiran anak yatim.
Rapid Penang turut mengadakan majlis Rumah Terbuka pada hari yang sama di mana ia dimeriahkan dengan acara penganugerahan sijil kepada staf yang sudah bertugas lebih 10 tahun dengan Rapid Penang di samping meraikan anak-anak yatim. Sejak memulakan operasi sedekad lepas, Rapid Penang telah menaikkan penanda aras dalam perkhidmatan bas ganti-ganti di negara ini dengan memperkenalkan basbas berhawa dingin moden yang dilengkapi dengan ciriciri akses universal untuk kemudahan golongan kurang upaya di samping pelbagai kemudahan sokongan seperti panel paparan informasi pelanggan, hab bas dan sistem kawalan operasi bistari ‘Intelligent Commuter Information System’.
13
2 - 8 Ogos 2017
Tanah untuk dijual BANGI, JENDERAM 1.1 ekar hadapan jalan utama, Pegangan bebas, Dekat Bukit Unggul, Putrajaya. Hamdan 019240-3632 IJOK BESTARI JAYA 200 Meter dari jalan besar Dekat sekolah & Majid, 50x60kp. RM29,800. 033250 1470 / 3250 8221 / 017-667 1305Roni / 0139834 054 ika IJOK, BESTARI JAYA Suasana kampung, Berhampiran Masjid, 50' x 60' kps. RM25,800 (Ansuran). Tel 03-5549 2188 / 5549 3288 / 013 391 2188 Dila . PUCHONG SRI AMAN 0.75 ekar pajakan, perumahan, tanah rata Shima 019- 869 666 / 013369 2684 PULAU INDAH 9 bunglow baru, luas binaan 1000kp 3 bilik 2 bilik mandi lot size 44x 85kp, highway KESAS SKVE dekat laut, infra asas m/bebas melayu RM298k sahaja. Peguam Percuma! 010-323 4777. Tanah usahasama dikendaki segera. SHAH ALAM SEK 9 25,000kps Ditukarkan untuk stesen petrol RM125pkp (depan jalan utama) 012-203 8889
Bilik untuk disewa
Jawatan kosong
Saya mempunyai satu bilik kosong untuk disewakan sebagai storage. Lokasi di FLORA DAMANSARA. berminat sila hubungi 011 3985 1974
Rumah untuk dijual PANGSAPURI CENGAL Jalan Pinggiran Mas 2 Taman Mas Sepang *Free SPA + Stamp Duty + FULL LOAN* -650sf , 3r2b , basic unit call 012-9777 769 PUCHONG UTAMA COURT 1 ( Tingkat 4) utk dijual !!! #RM 170,000# Jalan PU 12/7, Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor call 017-6781266* Mr.Fadh RUMAH BASIC tanpa ubah suai, dalam berkeadaaan baik dan kosong/ dekat dengan Kajang, Bangi, dan serdang KTM dekat dengan kemudaan awam. harga boleh di runding call 014 6400544 TERUS OWNER VISTA LAVENDER, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong. Block F, tingkat 5, dengan lif basic unit dengan lampu, kipas dan grill. Call 0166337324 (RM255 000)
KLASSIFIED
PEMANDU / PEMBANTU PEMANDU LORI ada lesen GDL yg sah, kemahiran memandu yg baik, pengalaman dalam bidang berkaitan hubungi: 03-8741 7300 sandra.ho@gardinc.com 1 TAN LORI TRUCK DRIVER berbangsa melayu, umur 45 tahun ke bawah, Gaji menarik RM2000 RM2500 kawasan lembah klang, hubungi: 0145007189 / 012 - 783 5656 JURUJUAL / KERANI JUALAN / PEMANDU LORI / KELINDAN LORI Gaji / Komisen / elaun RM2500 keatas, Hubungi 03 - 6140 2233 JURUJUAL KOMPUTER Diperlukan di PLAZA LOW YAT ( KUALA LUMPUR) gaji pokok + Elaun+ OT +Komisen ( RM1500 RM3000) . Warganegara malaysia sahaja. Hubungi Mr. Chee 012 - 710 - 6461 PEMANDU LORI lokasi No 17, Jalan Alfa Impian 1, Taman Perindustrian Alfa Impian, 43300 Balakong, Selangor Hubungi : 03- 8964 0748
LATIHAN DAN PENEMPATAN KERJA / HRDF SKIM RAISE BANDAR PUTRA untuk belia di luar bandar RM380,000 Teres Setingkat berumur 16 hingga - 30x60 25 tahun elaun harian - 3 Bilik 2 Bilik air , Pegangan diberikan 017-513 2476 / Bebas, Ubahsuai , cabinet 016 - 423 6059 dapur. Call 016-3374359
Jawatan kosong
Jawatan kosong
PEMANDU LORI DIPERLUKAN SEGERA (Cyberjaya / Sg. Buloh) Mahir dgn jalan sekitar lembah klang, KWSP, SOCSO, Cuti umum & Cuti tahunan diperuntukan. Mempunyai GDL lesen 3 ton lori / GDL E Gaji dari RM2,000 hubungi: 03 6276 8066 PEMASANGAN WALLPAPER PLASTER. Gaji RM2,500 - 3,500, Kerja berpasukan dan persekitaran kerja yang dinamik. Komisen dan faedah yang bagus. Kemahiran: Pengetahuan asas untuk oemasangan, Gaji berdasarkan pengalaman kerja. Hubungi 012-515 7595 JAWATAN KOSONG (Bandar Bukit Raja) Kerani Minima 1 tahun pengalaman dalam perkeranian / admin, berkemahiran menggunakan komputer. Minima SPM dan umur bawah 30 tahun JURUTEKNIK Berpengalaman mmebaiki alat-alat elektirk rumah, mempunya lesen memandu dan GDL yang sah, Umur bawah 40 tahun PEMBANTU STOR Lelaki, umur bawah 40 tahun berminat hubungi: 0111089 8870 / 011 1089 8810
PEMANDU PERIBADI / PENGAWAL PERIBADI Minima 4-5 tahun perngalaman dalam bidang berkaitan, berpengalaman menjalankan tugasan di dalam satu kumpulan (team) , Disiplin kerja dan kehadiran yang baik, Sanggup kerja lebih masa / hujung minggu, Tiada rekod jenayah dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik,Calon daripada kajang , Puchong Seri Kembangan, PJ, atau kawasan ekitar diutamakan, Mahir menggunakan aps waze/ google maps. Calon pemandu mesti memiliki lesen memandu (kelas D) dan mahir berkaitan arah jalan dikawasan lembah klang & Selangor. hubungi 03-8947 0338 / 0123355958 PEMANDU SYARIKAT CUM KERANI AM Gaji pokok , OT dan alaun, Memiliki lesen memandu Kelas D yang sah dan rekod yang bersih, Mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang, Berumur di antara 2840 tahun, Kemudahan daedah rawatan perubatan dan insurans disediakan hubungi : 03-7861 8134 DIPERLUKAN SEGERA JURUWANG. Gaji pokok + elaun + OT + Insentif RM1200-RM1800, KWSP, Socso dibayar. Hubungi Mr.Che 012 - 630 6334
Jawatan kosong
Jawatan kosong
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi PEMANDU LORI TANGKI MINYAK mempunyai lesen E penuh, sekurangkurangnya 3 tahun Kepengalaman, Bekerja di bidang industri bahan kimia diutamakan KERANI AKAUN / AM Lepasan SPM, pengetahuan dalam menggunakan komputer seperti Ms Excel, words, UBS Hubungi 03-5124 8166 PEMANDU PERIBADI minima SPM dan lesen D yang sah, Umur 28 tahun ke atas, Minima 3 tahun pengalaman memandu kenderaan mewah, Mahir dengan jalan-jalan di KL / Sel, Mempunyai kesihatan yang baik, Jaminan tidak kurang dari 80 jam "OT CLAIM" sebulan hubungi: 03-2163 3688
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator
Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : siti.rahayu@capitaltv.my Tel: 03-7727 6554
DIPERLUKAN SEGERA kerani am / penjaga store / pemandu van GDL / Perancang pengeluaran (planner) hubungi 038075 6673 PEMANDU FORKLIFT sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di kilang hubungi 03- 3122 8878 KERANI AKAUN / KERANI AM pembantu stor diperlukan di kepong, Manjalara Tel 012 - 718 2062 / 03 - 6280 3961 CLEANER SEGERA diperlukan gaji MR1200/ 26 hari kerja. Asrama disediakan di bandar Puteri Puchong Tel 016236 5595 KERANI ADMIN & PEMANDU LORI 3 TAN (Rawang) Basic + Komisen + EPF + SOCSO sila hubungi 013 - 7305 491 / 03- 8062 5491
KERANI AKAUN DIPERLKUKAN. Di Ampang Point. Min Diploma berminat sila hubungi 034256 6262 PELUKIS PLAN kelulusan SPM/ Pengalaman dalam bidang bangunan / Pengurusan pembinaaan. Fasih dalam Bahasa Melaysia & English . PEMANDU PERIBADI berpengalaman lebih daripada 5 tahun, boleh kerja lebih masa (OT) / luar kawasan (Elaun akan diberikan) pemohon dikehendaki daripada kawasan Kajang / Semenyih (untuk kedua-dua kekosongan ) Call 012-289 5893 DESPATCH MERANGKAP PEMANDU PERIBADI Mesti mempunyai lesen D kereta & Motor yang sah. Membantu menyiapkan & merombak sesuatu acara (support event set-up & dismantling) wasap kepada 012-485 2655
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
14
2 - 8 Ogos 2017
DESTINASI Shah Alam International Enduride 2017
Berita baik buat pengemar kayuhan basikal. Shah Alam International Enduride 2017 akan diadakan dia Setia Alam pada 6 Ogos. Jangan lepaskan peluang ini untuk turut serta. Kayuhan adalah sejauh 120km menguji tahap peserta untuk lebih bertahan. Selain itu, bersukan juga mampu meningkatkan tahap kecergasan kita. Untuk maklumat lanjut http:// bikeaway.com.my/ announcement/view. cfm?AID=120
Muzik tradisional mengamik memori
‘Hands Percussion’ akan meraikan ulang tahun
ke 20 yang akan mempamerkan tarian dari Afrika dan Asia. Mereka juga akan memaparkan pakaian dari Burkino Faso Dafra Drum, pemain Marimba dan banyak lagi yang menarik. Konsert yang berlasung selama satu jam ini akan mengabungkan djembe Afrika dengan Shigu atau lebih dikenali sebagai drum singa yang akan memfokuskan pada irama dan instrument serba guna. Ini adalah salah satu seni muzik yang harus ditonton. Persembahan ini akan belangsung di Istana Budaya. Layari https://www.facebook.com/ events/185217455337865/
Festival mega makanan
Shah Alam bakal mengegarkan warga kota dengan adanya Festival Makanan No. 1 Malaysia. Festival ini akan menyediakan hampir 1000 menu makanan terbaik Malaysia dan lebih 150 ribu pengujung akan menghadiri. festival mega makanan ini akan dibanjiri dengan pencinta makanan dari dalam dan luar negara. Festival ini akan berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Jangan lepaskan peluang anda untuk turut serta dalam festival ini. Maklumat lanjut sila layari https://www. facebook.com/ foodmegafestival/
Konsert Shiela Majid
Ratu Jazz Malaysia, Datuk Shiela Majid akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan melancarkan album baharunya, Boneka ke 13. Kali terakhir penyanyi tersohor ini muncul dengan album adalah kira-kira 13 tahun lalu. Menurut Datuk Shiela, album Boneka ke 13 ini merupakan hadiah kepada peminatnya setelah sekian lama dia menyepikan diri dalam industri nyanyian. Konsert ini akan berlangsung di Stadium Negara sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Datuk Shiela Majid. Sila layari http://www.visionkl.com untuk info lebih lanjut
Seni mendamaikan jiwa
G13 sekali lagi menampilkan karyakarya baharu yang di hasilkan oleh seniman terkenal dalam menghasilkan karya terbaik.. Bermula 5 hingga 19 Ogos ini terdapat pelbagai hasil seni bertemakan alam semesta dan seni hiasan akan dipamerkan di G13. Antara penggiat seni yang terlibat mempamerkan hasil kerja mereka adalah termasuk Gan Chin Lee, Cheong Tuck Wai, Fadilah Karim, Umi Baizurah dan ramai lagi . Kunjungi laman web: http://g13gallery. com/ untuk keterangan lanjut.
Karnival niaga
Satu karnival mengenai asas dunia perniagaan akan diadakan pada 5 hingga 6 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre. Turut berlangsung dalam karnival ini adalah pameran dari syarikatsyarikat dan universiti terkemuka. Orang ramai juga berpeluang mendengar ceramah mengenai cara berniaga dengan betul dan kemahiran komunikasi yang betul daripada peniaga yang berpengalaman. Untuk maklumat lanjut sila layari : http:// careersandstudy.com/
Kuala Lumpur Playstation 2017
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menghadiri pameran playstation yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara. Pameran ini meyerupai Playstation Experience yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri perkakas terbaharu Sony Playstation, antaranya Playstation 4 (PS4) AND Playstation VR (PS VR) dan banyak lagi. Kepada peminat permainan video jangan lepaskan peluang anda di KL Live at Life Centre. Sila layari Playstation Experience 2017 SEA. team
15
2 - 8 Ogos 2017
TRENDING
Akibat mahu lebih cantik Disebabkan terlalu taksub untuk mempunyai rupa paras cantik apatah lagi tanpa sebarang kesan parut di wajah, akhirnya seorang wanita akhirnya terpaksa akur dengan apa yang dilaluinya kerana ia bertukar kepada satu pengalaman ngeri dalam hidupnya. Perkongsian seorang gadis di laman Twitternya, Farah Azlin mengenai dua keping gambar wajahnya yang begitu ketara sebelum dan selepas menjalani rawatan laser di sebuah pusat kecantikan menjadi iktibar kepada semua. Gara-gara ingin membuang bintik
hitam di muka, selepas menjalani rawatan laser di sebuah pusat kecantikan, Farah mendapati mukanya mengalami kesan hitam yang lebih teruk akibat daripada proses laser tersebut. Kulit wajahnya juga mula membengkak. Farah amat menyesal dengan apa yang dilakukan olehnya dan memuat naikkan gambar dan kisahnya itu untuk dijadikan tauladan dalam kalangan orang ramai dan lebih berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu rawatan dam mesti mendapatkan khidmat nasihat mereka yang arif mengenainya.
Kenyitan 'menggoda'
Akibat mengenyit mata dan melambai tangan di hadapan kamera ketika berlangsungnya siaran secara langsung Hari Peneroka 2017 di stesen TV3, menjadikan dia popular sekelip mata. Gaya spontan yang dilakukannya itu telah menarik perhatian ramai jejaka di luar sana. Tiba-tiba sahaja gadis berasal dari Jengka ini menerima seramai 2,000 rakan baharu di lamanya Facebook. Di laman yang sama, dia turut pelbagai komen walau pun hanya selepas beberapa jam kisahnya mengenyit dan melambai tangan itu tular.
Lagi wajah mirip Neelofa
Dek kerana memiliki wajah seiras pelakon dan pengacara jelita Neelofa, gadis ini menjadi tular di laman sosial selepas gambarnya tersebar. Gadis viral ini bernama Hawa Rizwana dengan memiliki 18,000 'follower' di laman Instagramnya. Hawa yang mirip Neelofa daripada pandangan sisi mengambarkan wajah ayu Neelofa ketika kecil. Rata-rata memuji dan mengakui bahawa Hawa juga sememangnya comel.
Mahu menawan tetapi‌
Pengantin anime
Solekan dan berpakaian ala watak anime memang tidak asing lagi dengan generasi kini. Namun lain pula ceritanya apabila tular sentuhan solekan pengantin gaya anime. Sentuhan yang diberi oleh seorang jurusolek berjaya memberi transformasi kepada wajah anaknya dengan solekkan watak Sailor Moon salah satu watak anime yang popular di Jepun. Solekan tersebut nyata mendapat perhatian jika melihat kepda komen-komen yang dilontarkan netizen. Ramai dalam kalangan bakal-bakal pe ngantin turut menyatakan pujian mereka dan mahu mengikut langkah bersolek ala anime di hari bahagia masing-masing selepas ini.
Teh ais Dhaka
Tular di laman sosial mengenai air Teh ais Dhaka yang membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Pada mulanya, netizen mendakwa air tersebut dibuat oleh warga negara asing iaitu dari Bangladesh. Telahan itu nyata tidak benar, pengusahanya adalah warga tempatan berasal dari Kuala Lumpur. jelaskan bahawa nama Dhaka diambil sempena nama ibu negara Bangladesh dan teh ais itu juga dibuat mengikut resepi asal di Dhaka.
Jurufoto awet muda
Baru-baru ini laman sosial di gemparkan kisah seorang juru gambar berasal dari Singapura kelihatan muda walau pun sudah menjangkau usia 50 tahun. Chuando Tan kelihatan masih kacak dan memiliki badan sado sekaligus gambarnya menjadi tular di laman sosial dan mengaburi mata wanita. Bermula dengan kerjaya sebagai seorang model pada usia muda Chuando Tan sangat mementingkan senaman dan kini dia terkenal dengan sebagai seorang jurugambar yang terkenal di Singpura. Chuando Tan juga membuka perniagaan fotografi bersama rakannya yang diberi nama Chuando and friends.
Setiap orang ingin kelihatan cantik dan bergaya apatah lagi dianugerahkan senyuman yang menawan. Namun malang bagi remaja ini apabila keinginannya memasang pendakap gigi atau lebih dikenali dengan sebagai ‘braces’ ini membuatkan dia menerima padah. Kerana terlalu ghairah ingin melakukan 'braces' supaya kelihatan lebih menawan, dia menghabiskan sebanyak RM580 untuk tujuan itu dan mungkin murah baginya kerana pihak yang menjalankan perniagaan tersebut datang pasang 'braces' di rumahnya. Namun sejam selepas itu, 'braces' yang dipasang itu mulai tertanggal. Apabila dia menemui seorang doktor yang berkelayakan, doktor berkenaan memberitahunya bahawa 'braces' yang dipasang itu amat tidak bermutu dan boleh didapati dengan harga RM10 sahaja
Sorok 'toyol' celah kuku
Membawa kertas kecil bertulis jawapan ringkas ke bilik peperiksaan atau lebih popular disebut 'toyol' bukan sesuatu yang asing dalam kalangan pelajar. Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai isu menyimpan 'toyol' di celah kuku. Seorang pelajar fizik dipuji oleh pengguna laman sosial apabila kaedah dia menampal formula-formula peperiksaan di kuku merupakan kaedah yang bijak. Namun begitu ada yang mengecam pelajar terbabit dengan mengatakan dia membazir masa menampalkan formula sekecil itu di kuku selain tindakan itu sememangnya menipu diri sendiri dan buruk akibatnya jika dikesan oleh guru atau pegawai bertugas di bilik peperiksaan.
Sajat terus jadi bualan
Pengusaha kosmetik Jangan Mengata, Sajat sering menjadi bualan dan tular di laman sosial. Baru-baru ini tular kisah yang mendakwa Sajat adalah seorang lelaki yang bernama Muhammad Sajad bin Kamarulzaman. Sajat terkenal dengan bentuk badannya yang cantik dan pengeluran barangan wanita seperti bengkung, baju kebaya dan barangan kosmetik menjadi tumpuan netizen dalam mempersoalkan jantinanya. Namun Sajat yang tidak cepat melatah menganggap ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dimilikinya.
16
2 - 8 Ogos 2017
Bawa senjata masuk himpunan PBB TANGGAL 2 Ogos ini, genap 44 tahun seorang negarawan terbilang yang sukar dicari ganti, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (4 November 1915 – 2 Ogos 1973) meninggalkan kita. Semasa hayatnya, Dr. Ismail terkenal sebagai seorang tokoh pemimpin yang bukan sahaja lantang malah cukup tegas dan adil dalam mempertahankan hak rakyat dan negara. Antara yang tercatat dengan tinta emas dalam sejarah negara ialah pidatonya ketika Malaya men jadi anggota Per tubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957. Beliau yang menjadi di plomat per
tama Malaya ke PBB, juga se laku Duta Besar Malaya yang pertama ke Amerika Syarikat, antara lain menjelaskan kepada dunia bahawa: “Kami di Malaya mempunyai tiga kaum utama iaitu orang Melayu, Cina dan India, yang hidup bersama generasi demi generasi dengan aman damai dan harmoni. Perbezaan agama dan latar belakang budaya, perbezaan status ekonomi dan sosial tidak pun menjadi rin tangan untuk mewujudkan per paduan nasional ketiga kaum itu. “Keinginan utama kami ialah mempunyai hak dan tuah untuk hidup sebagai bangsa yang merdeka dan bersatu padu di kalangan bangsa-bangsa yang bebas di
seluruh dunia. Pencapaian citacita itu melalui cara-cara aman, damai dan berperlembagaan, melalui rundingan-rundingan persahabatan dan semangat kompromi adalah hasil keteguhan moral semulajadi ketiga kaum itu yang hidup di Malaya di waktu itu.” Hal ucapan bersejarahnya itu dicatatkan dalam buku berjudul Malaya’s First Year At The United Nations: As Reflected in Dr. Ismail’s Reports Home to Tunku Abdul Rahman (terbitan Institut Pengajian Asia Tenggara, Singapura 2009). Kandungannya disusun oleh anak beliau, Taufik Ismail dan Ooi Kee Beng. Dr. Ismail dilantik menyandang dua jawatan itu oleh Tunku Abdul Rahman
Tun Dr. Ismail semasa pegang jawatan TPM.
www.syahrilkadir.com
Tun Dr. Ismail pemimpin dengan kelebihannya yang tersendiri.
dengan fahaman bahawa pelantikan itu adalah untuk kira-kira setahun sahaja. Pada permulaan pidatonya di PBB, beliau menyatakan: “Saya berucap pada hari ini dalam sebesar-besarnya perhimpunan agung pelbagai bangsa ini sebagai wakil sebuah negara kecil yang mempunyai enam juta rakyat saja dalam suatu wilayah yang besar cuma 50,000 batu persegi.” Malaya menjadi ahli BangsaBangsa Bersatu yang ke-82. Beliau berucap sekali lagi dalam debat PBB pada 25 September 1957 mengenai pelbagai masalah yang timbul di Afrika, Timur Tengah dan negara-negara Asia akibat penjajahan. Tegasnya, penaklukan pihak penjajah menyebabkan negara-negara yang dijajah itu digunakan sebagai gadaian dalam persaingan ideologi yang berlaku ketika itu. Lalu beliau melafazkan sebuah peribahasa Melayu, “Gajah berjuang, rumput juga yang berasa.” dengan
terjemahan bahasa Inggeris “when elephants clash, it is the grass that is destroyed”. Dalam satu persidangan PBB pada 26 September 1958, Dr. Ismail menyatakan rasa kesal mengenai nasib Algeria yang masih dijajah oleh Perancis ketika itu. “Rakyat Algeria berhak menikmati kebebasan dan kemerdekaan,” katanya. Juga disebut ialah nasib sedih kulit hitam di Afrika Selatan yang dikuasai oleh rejim kulit putih dengan dasar Apartheid. Demikian seterusnya nasib negara-negara Arab di bawah telunjuk penjajah. Pada 1964, setelah menang sekali lagi dalam pilihan raya kawasan Johor Timur, Dr. Ismail dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Pada bulan September, beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam debat Majlis Keselamatan BangsaBangsa Bersatu mengenai pencerobohan Indonesia di waktu konfrantasi. Baca kisah selanjutnya di www. syahrilkadir.com
Okestra Yayasan Saad mengkagumkan
KUALA LUMPUR – Asyik dan mengkagumkan, itu gambaran kepada mutu persembahan dua kumpulan okestra melibatkan hampir 100 anggota terdiri dari pada pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS) yang berlangsung minggu lalu di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. Persembahan bertenaga oleh KYS Junior Orchestra dan
KYS Orchestra itu turut menerima pu jian daripada tetamu Diraja, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang turut sama menyaksikan per sembahan oleh ahli muzik berusia antara 13 hingga 17 tahun itu. Dua kumpulan okestra tersebut men dendangkan pelbagai irama lagu termasuk klasik, muzik broad way, pop, patriotik, lagu tema filem termasuk lagu oleh kumpulan rock
Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin bergambar kenangan bersama anggota Okestra KYS selepas persembahan di Putrajaya positif dari semua penonton teruta terkemuka, Mettalica, Enter Sand ketika ini. Namun konsert okestra manya tetamu VIP mereka iaitu da Man. akan tetap dijalankan seperti biasa ri kerabat Diraja. Menurut Penyelaras Konsert, pada tahun hadapan, cuma masa “Apa yang paling mengharukan Siti Noor Hassan, dia berasa terharu dan tarikh belum dibincangkan lagi. saya adalah ketika mendapat puji dan lega selepas bertungkus lumus Kumpulan okestra ini ditu an daripada tetamu kehormat kami membuat persediaan konsert yang buh kan pada 1996 selepas ter tu iaitu Yang Amat Mulia Tunku Besar diadakan setiap tahun ini berakhir buhnya kolej ini pada tahun 1995. Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dengan jayanya. Subjek muzik adalah subjek tam Ibni Tuanku Muhriz,” jelas Siti Noor. “Alhamdulilah, selepas konsert bahan yang wajib diambil oleh para “Bukan senang untuk men gu yang telah dirancang dari tahun le pelajar di sini selain subjek renang ruskan konsert okestra yang besar pas lagi untuk pasukan okestra itu dan sukan. malah melibatkan 70 orang pelajar sen diri, dari segi pemilihan lagu Program muzik yang di ini. Banyak cabaran dan perkara dan juga pemuzik okestra itu sendiri wu judkan di KYS ini bu kan yang perlu dititik beratkan untuk ke berakhir dengan lancar, malah nya satu program untuk mem lancaran konsert ini,” ujarnya lagi. kesemua pelajar masing-masing ben tuk pemuzik tapi untuk Mengenai konsert yang ba menjalankan tanggungjawab de mengembangkan keintelektualan kal dilangsungkan pada tahun ngan baik,” ujarnya. dan kapasiti pelajar dalam mem ha dapan, Siti Noor berkata tiada Jelas Siti Noor, konsert tersebut ban tu mereka cemerlang dalam sebarang perancangan terperinci mendapat pujian dan maklum balas pelajaran.
17
2 - 8 Ogos 2017
Makan
Jom makan burger pedas MURNI REJAB
PEDAS sampai tidak mampu berkata-kata. Burger yang diberi nama Explosive Inner Core Burger ini mampu mem buatkan anda ‘menangis’ dengan kepedasan tahap mak simanya. Burger yang dihasilkan meng gunakan dua jenis cili yang diakui paling pedas di du nia iaitu Carolina Reaper dan Bhut Jolokia ini sememangnya me nu wajib cuba di Salt & Pepper Restaurant bertempat di Seksyen 3, Bangi ini. Menurut pemilik restoran, Wan Mohd Anwari Wan Amran, 31, idea tercetus apabila peng gunaan cili sebagai bahan ma sa kan di negara ini bukanlah satu senario yang asing. Malah, ada dalam kalangan peminat makanan tempatan yang berasa bagaikan tidak kena dengan hidangan mereka sekiranya ia tidak pedas.
“Kerana ingin tampil lain dari lain juga, kami membuat ka jian dan mencari menu apa yang sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan pe das. Bukan sahaja orang Malaysia, malah sebelum ini ada pengun jung dari Korea yang datang yang memuji kelazatan burger pedas kami,” jelasnya senyum. Katanya, burger yang menjadi menu paling laris di restoran itu dihasil mengguna kan resipi mereka sendiri selain menggunakan daging 'top side' yang tidak mengandungi lemak bagi memastikan ia bersifat eksklusif di restoran yang beroperasi sejak 2016 ini. Jolokan burger paling pedas di Malaysia ini turut dihidangkan bersama kentang dan coslow ‘homemade’. Menurutnya, selain Explosive Inner Core Burger, restoran itu juga menawarkan beberapa lagi pilihan burger seperti burger ketam, burger daging OG klasik dan burger keju supreme molten.
DI MANA
Wan Mohd Anwari bergambar di hadapan restorannya yang mula dikenali selepas 'kemunculan' burger terpedas di Malaysia. Jom cuba rasai kepedasan burger Explosive Inner Core.
Tawar menu lain
Selain burger, menu popular dalam kalangan pelanggan ialah spageti aglio olio, spageti bolognese dan spageti carbonara daging. Masakan gril turut disediakan seperti kambing gril, ayam gril dan salmon gril. Bagi minuman pula, mereka menawarkan seleksi smoothie daripada pelbagai perisa seperti mangga, strawberi, coklat dan hazelnut selain minuman lain seperti sirap bandung dan mocktail blue lemon.
Dekorasi kedai menarik
Bagi dekorasi restoran pula, akuinya dia bersama rakan kongsinya tidak mempunyai konsep tertentu. Namun ianya jelas dihiasi dengan pelbagai gambar perlumbaan motor dan kereta dan bola yang pasti ‘menangkap’ mata pengunjung yang datang ke sini selain dekorasi lain yang menarik. Ruang yang besar dan selesa turut menjadi penyebab
pelanggan sering berkunjung ke sini selain layanan ramah dari semua pembantu restoran mereka. Sementara itu, Wan Mohd Anwari memberitahu, Restoran Salt & Pepper yang boleh memuatkan sehingga 70 orang pelanggan pada satu-satu masa yang menggunakan konsep murah dan berkualiti, sekali gus menawarkan harga mampu milik bagi setiap menu yang ditawarkan.
Hidangan barat dan gril turut disediakan di sini. Antara sudut dekorasi restoran yang menarik perhatian.
Makanan sihat untuk jantung Oat Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri. Salmon Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus. “Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure in Eight Weeks, health.com. Avocado Menambah lemak sihat ke dalam diet
anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. Minyak zaitun Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega. Kekacang Kacang-kacang seperti walnut dan almond.
Kenali cili terpedas dunia Carolina Reaper
Telah dinilai sebagai cili paling pedas di dunia oleh Rekod Dunia Guinness sejak 7 Ogos 2013. Kacukan asal adalah antara lada hantu (bekas pemegang rekod dunia) dan habanero merah. Tahap haba Rekod Dunia Guinness rasmi adalah 1,569,300 Unit Haba Scoville (SHU), mengikut ujian yang dijalankan oleh Universiti Winthrop di Carolina Selatan.
Bhut Jolokia
Berasal dari timur laut India (Assam, Nagaland dan Manipur) dan Bangladesh. Penduduk Assam percaya bahawa jika banyak makan cili ini dapat membantu memerangi penyakit seperti kanser dan menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
18
2 - 8 Ogos 2017
Di sebalik
JENAMA
Roti orang Bukit Mertajam Ak h i r n y a impian yang dihajatinya itu berjaya hingga kini selepas nama Rotiboy itu menjadi b u a l a n peminatnya.
MURNI REJAB
SEGALANYA bermula dengan gelagat anak saudaranya yang sering 'mengganggunya' sambil mengendong botol susu setiap pagi di katilnya. Dia memanggil anak saudaranya yang berusia dua tahun itu sebagai 'naughty boy'. Akhirnya, Hiro Tan me nama kan roti keluarannya sebagai Rotiboy, mengambil sempena panggilan kepada anak saudaranya tadi iaitu 'naughty boy' yang mirip disebut roti boy.
Jatuh bangun Hiro Tan
Kegagalan lalu mengajar Hiro untuk lebih berusaha dalam perniagaan rotinya.
Mula terlibat dalam Rotiboy
Hiro melibatkan diri dalam perusahaan Rotiboy pada 1998. Perniagaan rotinya bermula apabila kakaknya sendiri memberi resepi roti tersebut sambil dibantu oleh adik lelakinya. Dia yang dilahirkan di Batu Ferringhi, Pulau Pinang merasakan liku-liku di zaman kanak-kanaknya adalah satu cabaran yang menguatkan semangat untuk menjadi seorang yang mempunyai cita-
cita besar. Hiro pernah ponteng sekolah selama dua minggu kerana tidak mampu untuk membayar yuran persekolahannya. Ibunya ketika itu bertungkus lumus untuk menjaga keluarganya. Disebabkan peritiwa ini berlaku dalam kamus hidupnya, Hiro nekad untuk mengubah nasib keluarganya. Dia mahu membantu dirinya sebelum dia boleh membantu orang lain.
Salah satu kedai Rotiboy yang menyediakan pelbagai produk lain seperti kek.
Jenis-jenis roti Roti tawar Roti gandum Baguette Roti pita Ciabatta Breadsticks Croissant Bagel Focaccia Crumpet
Sebelum tertubuhnya syarikat roti, Hiro telah mengalami kejatuhan dalam perniagaannya sebelum ini. Dia yang menjalankan perniagaan cendawan segar tidak ber jaya sepenuhnya apabila pernia gaannnya itu merudum dan gagal di tengah jalan. Hiro mengasaskan Bun Company Limited (Rotiboy Bakeshoppe Sdn. Bhd.) pada 2007 d a n
menjadi pengarah urusannya. Dia telah menempuhi pelbagai dugaan sebelum berjaya seperti hari ini. Walau pun usahanya dalam perniagaan cendawan segar tidak ber jaya namun di sebalik kegagalan itu, dia berjaya mendapat pengajaran berharga. Tempoh sembilan bulan dengan Prudential Assurance berjaya menemukan jalan untuknya memahami nilai kemanusiaan untuk melakukan perkara yang betul. Selain itu, Hiro juga menjadi pengurus di Singapore Airlines pada 1991.
Rotiboy kini dikenali
Hiro Tan mula menjalankan perniagaan roti untuk mengubah hidupnya serta komuniti di sekelilingnya. Pada mulanya, produk pertama Rotiboy adalah untuk kejiranan sahaja iaitu roti yang dibakar segar untuk keperluan rumah, untuk kanak-kanak
membawanya ke sekolah dan juga untuk di majlis hari jadi. Diisi dengan mentega dan ‘ditopping’ dengan perisa kopi di atasnya, ternyata Rotiboy lain dari lain. Saat paling terbaik adalah ketika ia dimakan panas-panas selepas keluar dari ketuhar. Rotinya yang lem but di dalam serta rasa yang manis menjadikan Rotiboy ada keunikannya tersendiri. Syarikat yang ditubuhkan pada bulan April 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini telah berpindah ke Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 2002 dan seterusnya berjaya mengembangkan operasinya di Lembah Klang. Pada bulan Mei 2004, Rotiboy International Pte. Ltd. telah ditubuhkan di Singapura. Antara 2004 dan 2007, Rotiboy telah mengembangkan operasinya ke Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan. Pada tahun 2012, Rotiboy membuka kedai-kedai di Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang enak membuatkan Rotiboy sentiasa menjadi pilihan.
Tip memilih roti Secara teorinya, roti gandum penuh memang menawarkan lebih banyak faedah berbanding roti putih. Namun ada beberapa tips yang bo leh anda amalkan ketika memilih roti yang betulbetul menyihatkan buat anda.
Serat
Roti gandum penuh se patutnya mempunyai le bih banyak serat tak larut yang tidak mampu me megang air. Sifat ini antara penyebab men gapa serat tak larut mam pu bergerak
dengan le bih pantas dalam usus manusia dan kelebihan ini bergu na buat manusia dalam mencegah sembelit.
Vitamin dan mineral
Roti gandum penuh mengandungi vitamin dan mineral yang mana sebahagian besar ter ikat pada selaput fiber/ bran gandum berkenaan. Me nariknya, inilah kom ponen yang meningkat kan kandungan se rat sesebuah roti, dan ia tiada dalam tepung gan dum biasa (ramuan asas roti putih).
Warna
Sebaiknya pilih roti yang berwarna gelap. Lebih gelap warna roti tu le bih bagus. Gelap di sini disebabkan oleh kom ponen endos perm dan bran yang terdapat pada gandum berkenaan, yang mana se cara ‘automatik’ memastikan anda mendapat terus manfaat serat, vitamin dan mineral, tanpa perlu anda memikirkannya. Biasanya, roti gandum penuh berwarna lebih ge lap dari roti putih. Sumber: SusuSejat!
19
2 - 8 Ogos 2017
21
Peminat tegur Nora
21
Salman Khan masih berbisa
20
20
Hanna, Syafiq curi tumpuan Kandungan kembar Zizie, Bung 20
Percutian Ainul
23
20
2 - 8 Ogos 2017
Zizie Siapa di sisi Ainul kini hamil FATEEN AHMAD
DATIN Seri Zizie Izette Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Zizie Ezette yang popular dengan lakonannya menerusi drama Hero Seorang Cinderella dengan membawa watak mak tiri dalam drama tersebut kini mengumumkan bahawa dia sedang berbadan dua. Menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini apabila Datin Seri Zizie menyatakan dia berkemungkinan mendapat bayi kembar hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Bung Mokhtar yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan. Laman Instagramnya juga dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pasangan ini dan turut didoakan agar semuanya berjalan dengan lancar sepanjang berbadan du Setelah mendirikan rumah tangga pada Disember 2009, berita terbaharu ini pastinya seuatu yang manis bagi pasangan suami isteri.
AINUL Aisyah baru-baru ini memuat naik gambarnya bersama seorang jejaka kacak berdarah kacukan Melayu-Inggeris Khalid Redzuan yang sedang bercuti bersama di Phuket, Thailand. Ainul yang sebelum ini pernah gagal dalam percintaan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Ainul turut mendapat kecaman daripada netizen yang mempersoalkan adakah mereka bercuti berdua. Semoga bunga-bunga cinta Ainul ini membawa mereka hingga ke jingjang pelamin.
Aksi manja Syafiq, Hannah DRAMA yang sedang mendapat tontonan ramai Mencintaimu Mr Photographer kini semakin diminati oleh netizen tambahan pula dengan gandingan mantap oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delish. Namun baru-baru ini pasangan ini dikecam apabila mereka melakonkan babak romantik dimana Syafiq melentokan kepalanya di atas dada pelakon cantik manis ini. Netizen yang menyifatkan drama ini kurang sesuai ditontoni oleh setiap lapisan masyarakat. Rata-rata netizen membandingkan Syafiq dengan pelakon lain yang tidak perlu melakonkan aksi melampau. Namun bagi seorang pelakon mereka mempunyai cara yang tersendiri bagi menghidupkan watak yang dibawa. Syafiq Kyle mer-
upakan pelakon utama dalam drama ini dan memengang watak sebagai seorang jurugambar dimana akhirnya dia bertemu dengan seorang wanita cantik dan bersifat bersahaja yang dilakonkan oleh Hannah.
Ainul ketika bercuti di Phuket, Thailand.
Kerana mulut Janna Nick PELAKON kelahiran Kedah, Janna Nick bukan sahaja mendapat perhatian dari segi lakonanya namun pelakon ini sering membuat ulasan filem mengenai filem yang telah ditontonnya. Baru-baru ini Janna Nick menjadi tumpuan netizen apabila dia membuat ‘review’ mengenai filem Dunkirk arahan Christopher Nolan. Janna yang memuat naik ulasannya mengenai filem terbabit dengan menyatakan dia bosan dan tidak menonton sepenuhnya filem tersebut kerana dia tertidur dalam pawagam semasa cerita itu ditayangkan. Sejak dari itu, Janna mendapat kecaman dari netizen dengan apabila ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan ulasannya. Sedar dirinya dikecam Janna menerusi laman Twitter memohon maaf dan bagi dirinya setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri dari filem yang mereka tonton.
Janna antara peminat tegar bola sepak
21
2 - 8 Ogos 2017
Ukir nama di New York
Mira berganding bahu bersama Redza Rosli dan Nad Zainal drama berjudul Dosa Perempuan.
PELAKON Jula Juli Putus Cinta, Mira Filzah kini mengembangkan sayapnya apabila dia bakal bergelar model bersempena Minggu Fesyen New York. Mira, 24, turut melahirkan rasa terujanya apabila dia merupakan artis yang akan mewakili sebuah jenama bagi pertunjukkan fesyen tersebut yang berlangsung di The Crowne Plaza, Times Square, New York. Mira bakal menjulang nama negara sebagai peragawati sempena New York Modest Couture Fashion Week yang akan diadakan pada 8 hingga 10 September depan. Bagi membuat persiapan yang lebih terperinci dalam dunia pemodelan ini Mira bakal berangkat ke sana pada bulan Ogos untuk menjalankan tugasnya dengan baik. Pentas fesyen yang bakal berlangsung merupakan peluang terbesar bagi pelakon cantik manis itu untuk menonjolkkan bakatnya dalam dunia peragaan yang sebelum ini hanya dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Mira yang mempunyai bakat besar dalam dunia seni kini sedang giat menjalankan program Mahligai Cinta musim ke 2 yang bakal bersiaran di TV3.
Yuna hiasi majalah antarabangsa PENYANYI Yunalis Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna sekali lagi menjadi kebanggaan Malaysia apabila tampil dalam majalah antarabangsa, Vouge Arabia edisi Julai/Ogos. Yuna dalam laman Instagram miliknya meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk menghiasi kolum Hijabi Crush dengan mengayakan busana yang cantik rekaan Hatta Dolmat. Penyanyi tersohor ini tidak lekang menerima ucapan tahniah daripada peminatnya. Yuna begitu disenangi dan menjadi ikon remaja dengan penampilannya yang tersendiri. Vouge Arabia merupakan edisi Asia Barat bagi majalah Vogue yang popular di Amerika Syarikat. Sebelum ini Yuna pernah menghiasi majalah Instyle dan Nylon selain wajahnya pernah terpapar di papan tanda gergasi di tengah kota raya New York.
Wajah Liku Dunia
oleh ONR Production ONR Production memberi nafas segar dalam album terbaharu mereka menerusi Projek ON dengan mengabungkan lagu-lagu artis lama dan baharu yang dihasilkan oleh komposer-komposer baharu. Dengan memberi suntikan dalam susunan lirik lagu serta elemen muzik terkini sebanyak tujuh buah lagu telah dinyanyikan oleh dua penyanyi popular iaitu Yantzen dan Muix serta dua lagi penyanyi baru Aqeem dan Sham menerusi album Wajah Liku Dunia. Projek ON ini dihasilkan oleh dua orang penggiat seni dari era yang berbeza iaitu Azirul Hisham Yusoff, 45, dan Muhammad Hazwan Mohammad Amran, 27, yang bersama-sama menyusun lirik dan muzik dalam meneraju ONR Production bersama seorang lagi rakan mereka Rostam Abdul Manaf.
Seputar Artis Kematian Chester, Chris VOKALIS kumpulan Linkin Park yang popular dengan lagu Crawling, In the end, One step closer pada zaman dahulu meninggal dunia dengan menggantungkan dirinya. Chester Bennington mati di usia 41 apabila penyanyi ini telah lama bergelut dengan dadah dan alkohol. Menurut laporan media antarabangsa, tubuh voklis terkenal ini ditemui baru-baru ini di kediaman miliknya di Palos Verdes Estates, Los Angeles. Chester yang sudah berkhawin dan mempunyai enam orang anak serta dua isteri sangat rapat dengan Chris Cornell yang juga merupakan penyanyi rock terkenal turut membunuh diri pada Mei lalu.
Salman Khan hero filem tarian PELAKON Bollywood yang terkenal dengan bentuk badan yang sasa ini sedang menghabiskan penggambaran sebagai watak utama dalam filem tersebut. Salman digandingkan dengan Jacqueline Fernandez dalam satu filem yang penuh dengan tarian namun masih menjadi rahsia tajuk filem terbabit. Pelakon yang berusia 51 tahun ini sekali lagi digandingkan dengan pelakon cantik yang menjadi pujaan peminat selepas mereka belakon dalam filem Kick pada tahun 2014 lalu. Menerusi filem terbaharu yang bakal dimainkan ini Salman Khan dikhabarkan memegang watak seorang ayah yang mempunyai anak perempuan berusia sembilan tahun.
Nora dikecam lagi PELAKON yang mempunyai wajah ayu bak baby doll, Nora Danish dikecam gara-gara memakai seluar jeans koyak di lutut dan di bahagian peha. Nora memuat naikkan gambar tersebut dalam satu 'posing' bersama suaminya. Trend ini menjadi semakin popular ketika ini namun Instagram milik Nora dihujani pelbagai kritikan dan tidak kurang yang mempertahankan tindakan Nora. Laman Instagram Nora dengan pelbagai tomahan dan tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan Nora dan berpendapat Nora semakin 'meletup' dengan penampilan itu.
22
2 - 8 Ogos 2017
RELEKS
Jom Wayang Filem: Surat Kecil Untuk Tuhan Bahasa: Melayu Durasi: 1 Jam 10 Minit Pelakon: Bunga Cinta Lestari, Joe Taslim, Izzati Khanza, Bima Azriel Pengarah: Fajar Bustomi SINOPSIS Surat Kecil Untuk Tuhan mengisahkan dua beradik yatim piatu iaitu Anton dan Angel. Mereka telah terperangkap dengan sekumpulan sendiket yang memaksa mereka untuk mengemis di jalanan. Mereka berdua terpisah apabila Angle terlibat dalam satu kemalangan. Sebuah keluarga kaya telah mengambil Angle sebagai anak angkat. Selepas 15 tahun berada di Sydney, Australia, akhirnya Angel menjadi seorang peguam yang berjaya. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki pujaannya yang bernama Martin. Mereka akhirnya merancang untuk berkahwin. Namun fikiran Angel tiba-tiba teringat akan abangnya Anton dan dia mengambil keputusan untuk ke Jarkata mencari abangnya. Berjayakan Angle menemui abang kandungnya itu dan apakah kesudahan cintanya bersama Martin? Saksikan Surat Kecil Untuk Tuhan. Filem : The Dark Tower Bahasa : Inggeris Genre : Seram / Fantasi Durasi : 1 jam Pelakon:Matthew McConaughey, Idris Elba, Tom Taylor, Katheryn Winnick Pengarah : Nikolaj Arcel SINOPSIS Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah memasuki bangunan Mid-World yang penuh dengan cerita-cerita misteri. Dia kemudianya bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain dan menyertai misi mencari Dark Tower yang berada di hujung dunia. Deschain berharap akan bersama dan menemui Dark Tower bagi menyelamatkan dunia daripada musnah. Namun perjalanan Jake Chambers dan Roland Deschain tidaklah semudah yang disangkakan. Mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan dugaan sehinggalah bertemu dengan seekor rak sasa dan seorang ahli sihir Walter Padick. Filem : The Headhunter’s Calling Bahasa : Inggeris Genre : Drama Durasi : 1 jam 20 minit Pelakon : Gerard Butler, Willem Dafoe, Anupam Kher Pengarah : Mark Williams SINOPSIS Dane Jansen merupakan seorang pekerja korporat yang tidak berhati perut. Apabila ketua syarikat bahagian pengambilan pekerja mengumumkan untuk bersara, Dane secara tiba-tiba ingin mengambil jawatan tersebut. Dia kemudiannya melakukan segala yang termampu untuk mendapat jawatan tersebut. Bagaimanapun, satu kejadian telah menimpa dirinya. Anak lelaki Dane yang berusia 10 tahun jatuh sakit dan ini membuatkan dia berasa serba salah sama ada ingin mengejar cita-citanya ataupun keperluan keluarga yang menjadi keutamaanya. Filem ini penuh dengan emosi dan pengajaraan buat penonton.
23
2 - 8 Ogos 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Kerana sebentuk cincin
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
SEJAL mengambil keputusan untuk bercuti di Eropah bagi menenangkan fikiran sambil mencari cincin pertunangannya. Ketika berada di sana, dia agak kekok dengan persekitaran tempat yang baru sahaja dilawatinya. Perbezaan bahasa, budaya dan makanan membuatkan Sejal berasa terlalu asing berada di tempat orang. Sehinggalah dia bertemu dengan Harry, pemandu pelancong yang terkenal di Eropah. Setelah berbincang mengenai jadual percutiannya, Sejal bersetuju untuk menggunakan khidmat Harry sebagai juru pandu. Jika ada kelapangan masa ketika bersiar, Harry akan membawa Sejal ke kedai-kedai permata yang hebat bagi memenuhi hasrat Sejal untuk membawa pulang cincin paling cantik bagi majlis pertunangannya nanti. Seharian bersama, ada kalanya Sejal cuba diganggu oleh penduduk tempatan, atas rasa tanggungjawab, Harry akan membantu Sejal dan menenangkan keadaan. Bagi Sejal, Harry adalah seorang pemandu pelancong yang baik dan jejaka yang tegas, prihatin dan serta berani. Namun, apabila mereka bertelagah pen dapat, mereka seperti anjing dan kucing, tak boleh bertentang mata. Dari hari ke hari, Harry melaksanakan tugas membawa Sejal bercuti dan menuruti kehendak pelanggannya itu. Sikap Harry itu sebenarnya telah mencuit hati Sejal. Harry ju ga telah timbul rasa sayang dan rindu terhadap Sejal. Watak Harry lakonan bintang ternama Bollywood, Shah Rukh Khan pastinya menggamit anda ke pawagam untuk menyaksikan gandingan terbaharunya bersama pelakon muda Anusha Sharma. Anda akan menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan kisah romantik Harry dan Sejal. Sebagai peminat Shah Rukh Khan, pastinya anda mahu menonton sendiri kesudahan cerita Jab Harry Met Sejal. Tajuk : Jab Harry Met Sejal Durasi : 1 jam 50 minit Tarikh Tayangan : 4 Ogos 2017 Pengarah : Imtiaz Ali Pelakon : Shah Rukh Khan, Sayani Gupta, Anushka Sharma, Chandan Roy Sanyal, Evelyn Sharma,
24
2 - 8 Ogos 2017
Lima wanita paling berpengaruh di dunia ANGELA DOROTHEA MERKEL
MURNI REJAB
Lazimnya orang ramai hanya mengetahui kehebatan kaum lelaki berbanding wanita. Namun, wanita juga mempunyai kehebatan dan kekuatan tersendiri. Mereka juga berperanan di dalam bidang politik, kewangan, dan kemasyarakatan.
Angela Dorothea Merkel dilahirkan pada 17 Julai 1954 adalah Canselor Jerman ketika ini. Dilahirkan di Hamburg, Merkel berpindah dan dibesarkan di Templin, Brandenburg yang terletak di dalam bekas negara Jerman Timur sewaktu berusia beberapa bulan. Ini disebabkan ayahnya iaitu seorang pendeta dipindahkan tugasnya ke situ. Beliau kemudian dibesarkan dalam tradisi Jerman Timur termasuk ketika Tembok Berlin didirikan pada Mei 1961. Sejak kecil bakatnya menonjol dalam bidang fizik, matematik, dan bahasa. Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Teori Fizik di Universiti Leipzig (1973-1978). Merkel kemudian bertugas di Jabatan Penerangan dan menjadi ahli kepada Parti Demokratik Kristian Bersepadu (CDU: Christlich Demokratische Union Deutschlands yang konservatif beberapa bulan sebelum penggabungan Jerman terwujud. Turunnya Canselor Helmut Kohl sekaligus sebagai Ketua CDU menjadikan kerjaya politiknya semakin bersinar.
MELINDA GATES
Isteri kepada Bill Gates, pengasas Microsoft ini menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation bersama suaminya. Dia banyak membantu dalam per masalahan dunia teru tamanya permasalahan wanita dan kanakkanak.
JANET YELLEN
Janet adalah seorang ahli ekonomi Amerika Syarikat. Dia juga adalah pengerusi Lembaga Governor kepada Federal Reserve System menggantikan Ben Bernanke. Dia dilahirkan pada 13 Ogos 1946. Suaminya, George Akerlof juga adalah seorang ahli ekonomi dan pemenang nobel Peace Prize. Janet juga adalah wanita tunggal yang berjaya memperolehi Ph.D dalam ekonomi di Yale University daripada 24 orang kesemuanya. Pada 2013, Janet diberi mandat sebagai Pengerusi Lembaga Governor Fed sekaligus menjadikannya wanita pertama menjadi pengerusi Fed sejak Fed diasaskan lebih 100 tahun lalu iaitu pada 1913. Janet juga antara yang awal mengesan masalah pasaran perumahan semasa krisis pada 2007 hingga 2008.
CHRISTINE LAGARDE
Christine Medeleine Odette Lagarde, lahir di Paris pada 1 Januari 1956. Memegang jawatan sebagai pengarah urusan di bank dunia IMF. Menurut majalah Forbes, Christine Lagarde menjadi wanita paling berpengaruh di posisi kelima.
MARY BARRA
Mary adalah Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) General Motors, perusahaan automotif multinasional yang berasal dari Amerika Syarikat yang membuat, mereka bentuk, memasarkan dan mengedarkan kenderaan bermotor. Dia memegang jawatan ini sejak 15 Januari 2017. Dalam kepemimpinannya, Mary berjaya menaikkan jua lan serta mencapai lebih dari target syarikat General Motors.
MENARIK
Program : PEMANIS MULUT Episod : 15 Tarikh : 4 Ogos 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 MALAM
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 2 - 8 OGOS 2017
KETENANGAN ABADI DI TAMAN 'SYURGA' BOTANIC + CO Wangian bunga-bungaan dan pepohon menghijau pasti membuatkan anda asyik dalam ketenangan dan kedamaian di kala minum petang di Botanic + Co, Bangsar South, Kuala Lumpur ini. Manakan tidak, kafe yang dikelilingi bunga yang mekar indah dan pohon menghijau di tengahnya kafe ini pasti mencipta memori indah kepada sesiapa yang berkunjung ke sini. Apa lagi sambil menikmati dessert paling popular di sini iaitu Churros Donut Stack yang mempunyai tiga rasa iaitu coklat, caramel dan vanilla. Memang terbaik. Nak tahu bagaimana rasa dessert ini, stay tune with Pemanis Mulut!
MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Program : Kembara Dua Roda Episod : 5 Tarikh : 7 Ogos 2017 Masa : 8:30 malam KEMBARA PENUH LIKU DI 'ROUTE' 1095 Episod lalu, seorang peserta mengalami kerosakan motosikal di Kamphaeng Phet dan terpaksa ditunda. Namun perjalanan hari ketiga harus juga diteruskan peserta lain. Kali ini, cabarannya berbeza apabila mereka memasuki persimpangan Tak ke Mae Hong Son iaitu 'Route'1095, jalan tanah merah berbatu yang teruk kerana sedang dinaik taraf. Bagaimanakah mereka menghadapinya? Saksikan Kembara Dua Roda. Program : Al Tijarah Episod : 12 Tarikh : 8 Ogos 2017 (Selasa) Masa : 8.30 malam PERUBATAN ISLAM SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEMASA Perubatan Islam adalah bidang ilmu dan amalan yang berasaskan sains perubatan yang mengandungi paradigma, konsep, nilai, prosedur serta rawatan menggunakan bacaan doa-doa ruqyah selaras dengan hukum syarak. Peredaran teknologi semasa
menemukan pelbagai kaedah perubatan hasil dari kajian dan pengalaman dari pengamal perubatan ini. Ia dilihat dapat membantu dan berkesan dalam menyembuhkan penyakit. Ikuti Al Tijarah dalam temubual bersama pengasas Hospital Islam Az-zahrah bagi berkongsi konsep, idea serta matlamat penubuhan institusi perniagaan perubatan Islam ini. Program : Fesyen Chameleon Episod : 13 Tarikh : 2 Ogos 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam PESONA SI GADIS DALAM GAUN ELEGAN SERBA HITAM Hitam selalunya menjadi warna pilihan yang paling selamat buat sigadis. Sering dilabel sebagai tidak berdaya tarik dan tampak bosan, kini tidak lagi apabila 'lambakan' pelbagai pilihan gaun elegan hitam yang boleh diperagakan di majlis makan malam yang pasti buat anda tampil penuh pesona. Ayuh, ikuti pengacara Sheyqin Zaman dalam misinya mencari gaun hitam yang paling sesuai untuk dirinya. Semuanya hanya dalam Fashion Chameleon!
Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
2 - 8 Ogos 2017
Safwan tarik penonton muda FATEEN AHMAD
Safwan sudah enam tahun bergelar wartawan penyiaran.
WARTAWAN penyiaran bergaya selamba membuka mata penonton dengan gaya ‘catwalk’ ketika menyampaikan berita mengenai isu Mass Rapaid Transit (MRT). Safwan Sawi, 29, atau lebih dikenali sebagai wartawan catwalk itu terkejut apabila video penyampaiannya menjadi buah mulut dan viral di laman sosial baru-baru ini. Pemuda kacak ini tidak menyangka video itu akan mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan penonton muda. Safwan ketika ditemui berkata, tidak mudah untuk dia menyampaikan berita tersebut dengan gaya yang selamba dan bercatwalk di dalam MRT ketika berita mengenai isu itu dari fasa pertama lagi. Baginya ini satu cabaran yang menguji kesabaran sebagai seorang wartawan penyiaran untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi menyebarkan berita kepada penonton. “Pada mulanya tidak terfikir langsung untuk menyampaikan berita dengan gaya tersebut namun bantuan daripada kumpulan saya meningkatkan semangat saya untuk beraksi seperti itu.” kata Safwan. Anak muda kelahiran
Wilayah Persekutuan Labuan ini juga menceritakan dengan bantuan jurugambarnya yang menggunakan lima kamera semasa pembikinan video tersebut membuatkan visual dan gayanya terserlah. Antara kamera yang digunakan adalah kamera Osmo, Dslr, Gopro, Hdr, dan kamera drone.
Mahu setanding dengan wartawan lain
Dengan azam tidak mahu ketinggalan dengan stesen televisyen luar negara, Safwan cuba mencetus kelainan dalam meyalurkan maklumat. Wartawan dari Cable News Network (CNN) menjadi ikon buat wartawan viral ini. “Bagi saya wartawan CNN merupakan wartawan yang berbakat dari segi penyampaian jadi tidak salah bagi saya untuk saya mencuba kelainan dan melakukan yang luar biasa dari sebelum ini.” katanya. Tambahnya, semangat kerjasama yang ada dalam kumpulan juga membolehkan seseorang wartawan itu melakukan sesuatu tugasan dengan memberi persembahan yang maksimum.
Dari kiri Jufri Judin (Jurukamera) Afif Syahamah (Visual Editor) Daniel (Grafik)
Dari kiri Izat (Krew), Ali Tangga dan Jufri Judin (Jurukamera), Safwan Sawi (Wartawan)
Ringkas mengenai Safwan Sawi 1. Mohd Safwan bin Sawi 2. Anak keempat dari enam adik beradik. 3. Berdarah campuran suku kaum Kedayan sebelah bapa dan Dusun sebelah ibu. 4. Pernah menjadi DJ radio sambilan di KKfm ketika masih di bangku sekolah rendah untuk slot kanak- kanak. 5. Pelajar komunikasi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). 6. Enam tahun bergelar wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen.
26
2 - 8 Ogos 2017
SALAM SEMUT
Kopi memang enak tetapi… MENURUT sebuah legenda, sekitar tahun 850, seorang pengembala Ethiopia bernama Kaldi mendapati kambingkambingnya melompat riang selepas memakan sejenis beri merah dari pohon rendang yang hijau. Kaldi memakan beri tersebut dan mendapati beri itu merangsang secara dramatik dan kegilaan kopi pun bermula. Sama ada legenda itu benar atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan namun terdapat bukti menunjukkan kopi berasal dari dataran tinggi Ethiopia. Dari situ, ia dibawa ke Yemen dan ditanam di situ sekitar tahun 1100. Kedai kopi yang pertama dibuka di Istanbul pada 1475 . Diikuti dengan ‘pusat minum kopi’ di Makkah dan Kaherah pada 1554. Kopi memasuki Eropah melalui Venice di Itali pada 1600 dan minuman ini diperkenalkan di Amerika Utara oleh Kapten John Smith. Perkataan ‘coffee’
berasal daripada perkataan Arab ‘qahwah’ (qahua). Hampir setiap bahasa mempunyai versi yang unik untuk perkataan kopcdalam bahasa masing-masing. 1) China - kafei. 2) Hindi- kofee. 3) Tamil - kafi. 4) Jepun - kohi. 5) Korea - kapi. 6) Vietnam - cá phê. 7) German - kaffee. 8) Denmark - kaffe (tanpa bunyi 'e'). 9) Rusia - kofe [koe fee]. 10) Sepanyol - cafe. 11) Welsh - coffi [ko- FEE] 12) Finland - kahvi 13) Greek - kafes [ ka- FACE] 14) Latvia - kafija [ ka-fee-ya] 15) Czech - kava 16) Hawai - kope 17) Estonia - kohv 18) Swahili - kahawa 19) Zulu - ikhofi 20) Melayu - kopi. Terdapat banyak kawasan yang menghasilkan biji kopi tetapi yang berikut merupakan antara yang terbaik.
Urus wang bersama AKPK
Cawangan AKPK, Terengganu
BANTU ELAK RUMAH DILELONG SATU institusi rumahtangga adalah hasil penyatuan pasangan suami isteri yang sememangnya bertekad agar keluarga dibina bahagia sehingga ke akhir hayat. Lumrahnya, suami sebagai ketua keluarga akan mencuba sebaik mung kin untuk membahagiakan keluarga dengan apa cara sekali pun dan mencukupkan segala keperluan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Isteri pula akan membantu suami, jika perlu atau keadaan memaksa, untuk menampung apa-apa kekurangan yang ada. Sebab itulah peranan si isteri dalam mencari nafkah untuk membantu suami tidak boleh dipandang ringan dalam kehidupan yang agak mencabar ini, terutamanya dengan kos sara hidup yang makin mencabar. Langkah ini juga boleh dijadikan sebagai sandaran ataupun ‘back up’ sekiranya sesuatu yang tidak dijangka terjadi kepada suami. Oleh kerana itulah, perancangan ke wangan keluarga amatlah penting dalam sesuatu institusi rumah tangga supaya perjalanan hidup tidak akan terjejas dengan teruk sekiranya berlaku sesuatu musibah. Misalnya, kehilangan punca pen carian seperti ketua keluarga ataupun suami. Kegagalan merancang boleh menjejaskan kehidupan insan-insan yang ditinggalkan bukan setakat kesan emosi tetapi juga kesan secara fizikal tercetusnya daripada isu-isu kewangan untuk meneruskan hidup.Ikuti kisah
1) Ethiopia: Mempunyai rasa yang kompleks, lembut dan ke san beri manis serta berasitik sederhana. 2) Kenya: Mempunyai rasa yang keras" dan nyata serta berasitik tinggi. 3) Sumatera: Menpunyai wangi an yang nyata serta berrasa mineral (earthy flavour) 4) Jamaica : Mempunyai rasa floral, eksotik dan berastik me dium. Kopi Jamaica merupakan antara yang termahal di dunia. 5) Brazil: Mempunyai rasa coklat panggang, pahit dan berasitik rendah. Brazil meng hasilkan 1/3 keluaran kopi se dunia. Adakah kopi baik untuk kesihatan kita? Mengikut Liz Lagasse, se orang pakar nutrisi, me nga takan kopi mempunyai pel bagai kebaikkan untuk ke sihatan dan membantu dalam mengurangkan : - kerosakkan kardiovaskular - diabetes jenis ii
benar berikut semoga ianya menjadi suatu kesedaran kepada kita. Siti (bukan nama sebenar) dan suami nya telah menjalani bahtera kehidupan berkeluarga selama lebih 16 tahun dan pasangan ini hidup bahagia dengan dikurniakan lima orang cahaya mata berumur di antara tiga hingga 15 tahun. Siti tidak bekerja kerana suaminya mahu dia menumpukan sepenuh masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar ketika itu. Hanya suami yang bertungkus lumus mencari rezeki sebagai ahli perniagaan dan kehidupan mereka bolehlah dikatakan senang kerana suami mampu menyediakan segala keperluan keluarga. Isu kekurangan dan kesuntukan duit tiada dalam kamus kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, takdir ALLAH mengatasi segalanya. Disangkakan pa nas hingga ke petang, tiba-tiba hujan di tengahari. Suami yang selama ini menjadi pelindung dan tunjang kekuatan keluarga secara tiba-tiba telah dijemput mengadap Ilahi. Tersentap dengan kehilangan suami secara mengejut ini membuat Puan Siti seperti kehilangan punca. Dia buntu memikirkan hari-hari mendatang memandangkan selama ini hampir segala perkara rumahtangga diuruskan oleh arwah suami. Tetapi sekarang ini, beliau perlu memikul segala tanggungjawab tersebut bersendirian memandangkan anak-anak yang masih kecil. Setelah beberapa bulan berendam airmata dan segala duit simpanan hampir kehabisan, Siti mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan bagi menyara anak-anaknya. Bermacam pekerjaan yang dipohon tetapi dengan kelulusan yang tidak seberapa, agak sukar untuk diterima bekerja. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana akhirnya berjaya menjawat jawatan kerani di sebuah organisasi swasta. Itupun dengan bantuan seorang kenalan rapat arwah suaminya yang bersimpati dengan nasib keluarga beliau. Ini merupakan kelegaan yang amat
- kerosakkan kognitif kerana faktor usia - kesan penyakit Parkinson's - kesan penyakit Alzheimar's Menurut beliau, adalah sangat penting untuk kita mengetahui tahap toleransi kafein dalam minuman kopi dan jangan minum lebih dari pada yang boleh diterima badan. Kita tidak akan terima ke san negatifnya jika ia diminum dalam kuantiti sederhana. Se derhana bermaksud satu atau dua cawan kopi dalam sehari. Amat sukar untuk kita me nentukan kandungan kafein dalam minuman kopi yang kita pesan. Bahkan dalam Starbuck pun, kandungan kafein dalam gelas kecil adalah 300 ke 500 mg mana kala espresso hanya mem punyai 70 ke 100 mg. Berikut ialah kesan negatif kopi jika diambil berlebihan: - Meningkatkan tekanan darah tinggi tetapi belum ada kajian yang konkrit yang
besar bagi Puan Siti dan bermula dari saat itu beliau berjanji untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada pekerjaan dan usaha membesarkan anak-anak. Disangkakan selepas mendapat pekerjaan tersebut, dugaan besar selama ini telah berakhir, rupa-rupanya tidak. Pada satu hari dia menerima satu surat yang dihantar oleh Pejabat Tanah dan Daerah yang memaklumkan bahawa rumah yang didiaminya selama ini akan dilelong oleh bank kerana kegagalan sebagai waris arwah suami melunaskan ansuran bulanan untuk tempoh yang agak lama. Satu tarikh lelongan akan ditetapkan oleh pihak berkaitan tidak lama lagi. Siti hampir pengsan menerima berita yang tidak disangka-sangka ini kerana memikirkan jika rumah tersebut dilelong, ke mana lagi mereka sekeluarga harus pergi mancari tempat berteduh yang baharu. Dia bingung memikirkan masalah-masalah yang tiada kesudahan sehinggakan tumpuan kepada pekerjaannya pun turut terjejas. Pada mulanya, dia hanya menyimpan segala permasalahan itu kerana tidak ingin masalah peribadi dikongsi bersama orang lain. Baginya masalah ini biarlah dia sendiri yang menyelesaikannya tanpa melibatkan orang lain. Walau bagaimanapun, masalah menjadi semakin kronik apabila dia menerima sekeping surat dari Pejabat Tanah yang menetapkan tarikh lelongan rumah. Bingung memikirkan dan merasakan tidak lagi mampu menanggung bebanan yang berat ini, Siti mula berbincang dengan ahli keluarga yang lain tentang masalah ini dan meminta pandangan mereka untuk menyelesaikan kemelut ini. Akhirnya, salah ahli keluarganya mencadangkan agar dia merujuk kepada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk bantuan. Siti tanpa berlengah terus ke pejabat AKPK Kuala Terengganu dan berbincang dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang besar ini. Dalam sesi perbincangan/kaunseling tersebut,
ESAN RAVEN MURUG
mengaitkan kopi dan penyakit darah tinggi. - Mengganggu sistem penghadaman. Terutama pundi kencing dan prostat. - Boleh mengakibatkan getaran tangan. Ia merupa kan satu gerakan berhayun yang tidak terkawal - Insomnia dan 'anxiety'. Kopi yang berlebihan akan mengganggu pola tidur seseorang . - Denyutan jantung yang tidak stabil. Jika anda mengalami kesan negatif ini selepas minum kopi, atau mengambil ubat untuk penyakit penyakit tertentu, elakkan kopi. Dapatkan nasihat doktor tentang kopi jika anda mempunyai preskripsi harian.
Siti meluahkan segala masalah yang dihadapi dan amat-amatlah mengharapkan bantuan dari AKPK kerana dia sudah tiada tempat lagi untuk mengadu. Selepas berpuashati dengan penerangan mengenai syarat-syarat pengstukturan semula hutang melalui AKPK, Siti telah membuat permohonan rasmi menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) dengan AKPK. Usaha tersebut amatlah berbaloi kerana akhirnya bank bersetuju menerima cadangan pengstrukturan tersebut dengan bayaran bulanan yang mampu dibayar oleh Siti. Satu kelegaan yang tidak terhingga dan tidak dapat diucapkan dengan katakata oleh Siti. Seterusnya, dia berjanji untuk memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank dan amat berterima kasih kepada AKPK atas bantuan yang dihulurkan demi menyelamatkan tempat berteduhnya sekeluarga. Siti juga menasihatkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pinjaman dengan penyedia kredit agar segera mendapatkan bantuan kaunseling daripada AKPK supaya ia dapat diselesaikan sebaik mungkin. AKPK Kuala Terengganu boleh dihubungi di talian 09-6312797 atau atau 10 cawangan AKPK yang terletak di bandar-bandar utama seluruh negara. Untuk makllumat lanjut, sila layari laman sesawang www.akpk.org. my atau berurusan terus dengan Ibu Pejabat AKPK ditalian 03-2616 7766. ‘Sediakan payung sebelum hujan untuk menempuhi masa depan yang tidak menentu’
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
2 - 8 Ogos 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup
Manjakan diri anda di 115 by Kimarie & Hannan MURNI REJAB
CANTIK tanpa perlu cucuk. Ini adalah konsep 115 by Kimarie & Hannan yang terletak di 115 Jalan Maarof, Bangsar. Bertemu dengan pengasasnya, Dr. Mohd Hannan Yusof yang baru berusia 33 tahun ini nyata memberikan gambaran menyeluruh mengenai 'medical spanya' yang telah beroperasi sejak pertengahan 2016 lalu. Khidmat yang diberikan juga amat menarik. Bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, anda tidak perlu bersusah payah ke spa yang lain kerana di sini adalah ‘one stop centre’ yang menjadi ‘syurga’ buat wanita yang mengutamakan kecantikan. Turut berkola borasi dengan
sahabatnya, Vincent Ho, 41, dari Kimarie Hair Salon menjadikan spa ini lengkap dengan semua keper luan ke cantikan di sam ping anda melakukan terapi kecan tikan, anda juga boleh men dandan rambut oleh pen dandan professional di sini. Hannan Medispa juga adalah tempat yang sesuai bagi anda yang sentiasa mahu cepat atau mengejar masa. Pelbagai servis ditawarkan Hannan Medispa turut menawarkan terapi kecantikan profesional seperti terapi kecantikan untuk kulit muka bagi mengatasi masalah jerawat, pigmentasi, jeragat, parut, kulit kering, mencerahkan kulit (whitening, flawless and glowing skin). Di samping itu, mereka turut menawarkan terapi menguruskan badan y a n g
Spa yang mewah dan tampak ekslusif pasti membuatkan anda selesa.
menggunakan teknologi terk ini dari luar negara. Kesemua ‘beauty expert’ telah dilatih se cara profesional bagi memenuhi kehendak pencinta kecantikan. Rawatan ‘pedicure’ dan ‘manicure’ juga turut disediakan di sini yang pasti membuatkan anda berpuas hati dengan servis yang dilakukan. Tambah menarik, setiap pelanggan yang berkunjung di sini akan diberi nasihat khas dari doktor yang bertauliah sebelum memulakan rawatan ke can tikan. Jadi anda akan diberi pendedahan mengenai rawatan yang sesuai dilakukan di sini tanpa rasa ragu terlebih dahulu sebelum anda melakukan rawatan selanjutnya. Menurut Hannan, objektif penubuhan spanya ini adalah un tuk memberi peluang ke pa
da semua merasai sendiri tera pi kecantikan dari Korea dan Amerika Syarikat tanpa perlu mengeluarkan wang yang ban yak. Selain terapi kecantikan dan salon rambut, Hannan Medispa turut menyediakan produk kecantikan muka, Hannan Skincare yang diimport dari USA yang mendapat kelu lusan dari Kementerian Kesiha tan Malaysia (KKM). Jadi tidak perlu berkira-kira lagi, alami sen diri persekitaran medispa y a n g
Salon rambut turut disediakan di sini.
TRENDY
Antara rawatan muka yang dilakukan di sini.
eksklusif khas untuk pelanggan yang pasti membuatkan anda tidak mahu meninggalkan spa ini bertetapan dengan konsep ‘classical contemporary’ yang diterapkan di spa ini. Mempunyai 24 cawangan di seluruh Malaysia, dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam kecuali Sabtu dan Ahad yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 malam, jom cantikkan diri anda di sini.
28
2 - 8 Ogos 2017
MAKAN
angin
Jom bercuti ke Tu
Amar Travel & Tours Sdn. Bhd. 03-2692 7979 info@fun2holiday.com www.fun2holiday.com
Turki adalah sebuah negara yang begitu indah dan unik sekali terutamanya dari sudut pelancongan. Amar Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan Pakej Percutian ke Turki dengan harga yang berpatutan dan menarik, semestinya akan mencatat memori indah sepanjang perjalanan.
S
EBUAH destinasi percutian yang cantik, penuh dengan tempat-tem pat menarik serta unik untuk dilawati. Turki adalah sebuah negara yang begitu indah dan unik sekali terutamanya dari sudut pelancongan. Amar Travel & Tours Sdn Bhd me na warkan Pakej Percutian ke Turki dengan harga yang berpatutan dan menarik, semestinya akan mencatat memori indah sepanjang perjalanan. Pakej Percutian Berkumpulan ke Turki melalui penerbangan Etihad Airways dan Air Astana (beserta pe nambahan trip percuma ke Almaty) akan membawa anda melewati kota menarik termasuklah Bandar Bursa,
Konya, Pamukkale, Bolu, Ankara, Istanbul dan juga menikmati sendiri pemandangan yang indah apabila me naiki belon udara di Cappadocia. Bursa menjadi destinasi pilihan ke rana kota cantik ini menyimpan banyak peninggalan sejarah Islam. Konya pula merupakan antara bandar bersejarah di Turki yang menempatkan makam dan muzium antaranya Muzium Maulana Jalaluddin ar-Rumi, Alaeddin Mosque dan Selimiye Mosque. Perjalanan akan singgah di Pamukkale yang bermaksud ‘istana putih’ atau ‘istana kapas’ dalam bahasa Turki, ianya adalah sebuah bukit yang menjadi tarikan pelancong kerana
Pemandangan menakjubkan dari Bosphorus Cruise Istanbul
29
2 - 8 Ogos 2017
Cappadocia - salah satu tempat terbaik untuk terbang dengan belon udara panas
urki!
warnanya putih bak salji dan bentuk geologinya yang unik. Saksikan juga Tuz Golu atau Tasik Garam yang kedua terbesar di Turki dan antara tasik garam yang terbesar di dunia. Seterusnya ke Kota Ankara yang me rupakan kota kedua terbesar di Turki di mana terletaknya Ataturk Mausoleum (Museum Ataturk) yang menempatkan makam Presiden Turki yang pertama Mustafa Kemal Ataturk. Istanbul yang merupakan salah satu bandar terbesar di Turki menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan tak luknya termasuklah empayar Rom. Blue Mosque atau biasa disebut Masjid Biru, merupakan mas jid indah yang wajib anda singgahi jika berkunjung ke
Istanbul. Tidak ketinggalan juga untuk menziarahi Topkapi Palace, me nik mati Bosphorus Cruise dan kepada anda yang ingin berbelanja harus lah ke Grand Bazaar iai tu bazar tertutup yang tertua di dunia. Grand Bazaar ini men jual pelbagai jenis barangan termasuk kraf, per hiasan, serta tekstil me narik yang boleh anda bawa pulang un tuk dikongsikan dengan yang tersayang. Jadi apa tunggu lagi? Jom bercuti ke Turki! Untuk info lanjut tentang pakej, boleh terus menghubungi
Amar Travel & Tours Sdn. Bhd. 03-2692 7979 info@fun2holiday.com www.fun2holiday.com Bandar purba Hierapolis
30
2 - 8 Ogos 2017
Real Madrid mahu jual Benzema SEKARANG adalah masa yang sesuai untuk Real Madrid menjual Karim Benzema. Akhbar sukan Sepanyol, Diaro Gol memetik supremo Los Blancos, Florentino Perez sebagai berkata nilai £31 juta yang dibelanjakan untuk membawa Benzema dari Lyon ke Santiago Bernabeu pada 2009 hingga kini masih dianggap tidak berbaloi dari
segi pulangan. “Jika dinilai dari segi pelaburan, Benzema masih gagal membawa pulangan yang berbaloi untuk kelab. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia dijual,” katanya. Pemerhati melihat, hasrat Perez untuk menjual pemain berusia 29 tahun itu lebih disebabkan oleh usaha mendapatkan modal bagi membawa masuk bintang sensasi Monaco, Kylian Mbappe.
Karim Benzema
Chelsea sasar van Dijk ANTONIO CONTE nampaknya masih belum berpuas hati meskipun telah berjaya mendapatkan Alvaro Morata untuk menghadapi saingan Liga Perdana musim ini. Dia meletakkan Virgil van Dijk dalam senarai teratas empat pemain sasaran yang dimahukannya untuk memantapkan The Blues dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga. Selain tonggak pertahanan Southampton itu, Conte menyasarkan Alex Sandro, Anotonio Candreva dan Fernando Llorente. Untuk mendapatkan van Dijk, Chelsea perlu bersaing dengan Liverpool. Jurgen Klopp sudah lama berhajatkan sentuhan pertahanan tengah Belanda itu
Virgil van Dijk
32 “Neymar akan kekal bersama kami untuk beberapa tahun lagi. Ini masa untuk orang buat spekulasi. Kami amat memahami tentang itu. Dia bersama kami sekarang. Tidak ada keraguan mengenainya,” katanya. Menurut Valverde, Neymar adalah pemain yang disayangi dan disukai oleh semua orang di Camp Nou. “Dia pemain yang kami mahukan, bukan saja di padang malah juga dalam bilik lokar. Dia pemain yang disukai dan disayangi semua orang di sini,” ujarnya. Meredakan keresahan penyokong, pengendali itu berkata, kalaulah hal itu (penghijrahan keluar Neymar) berlaku juga pada m a s a akan datang, kita tunggulah “tetapi ia tak akan berlaku dalam masa terdekat”.
Perez tinggalkan Emirates KEHADIRAN Alexandre Lacazette di Emirates ternyata menggusarkan Lucas Perez yang sedar kedudukannya kini semakin tergugat. Dia dikatakan terpaksa menyerahkan nombor jersi 9 kepada penyerang dari Lyon itu yang jadi tumpuan, perhatian dan harapan seluruh warga Emirates. Sememangnya, Perez sudah lama dilaporkan berhasrat mahu meninggalkan skuad Arsene Wenger dan kehadiran Lacazette dijangka akan mempercepatkan proses ke arah itu. Kelab yang dikaitkan dengan pemain itu ialah Deportivo La Coruna, dan keputusan mengenainya dijangka akan dibuat secepat mungkin.
Lucas Perez
31
2 - 8 Ogos 2017
West Brom intai Smalling SELEPAS tujuh tahun, Chris Smalling berkemungkinan besar tidak lagi akan memakai jersi merah Red Devils musim ini. Pengendali West Brom, Tony Pulis sedang berkira-kira untuk membawa pemain tengah itu ke The Hawthorns. Smalling yang berhijrah ke Old Trafford dari kelab divisyen lima, Maidstone United pada 2010, kini semakin sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Jose Mourinho. Kehadiran Victor Lindelof dari Benfica, juga dengan adanya Eric Bailly dan Phil Jones menjadikan persaingan semakin sengit untuk posisi. Pulis pula mendapat idea untuk menggandingkannya dengan kapten pasukan, Jonny Evans bagi memantapkan pertahanan Baggies yang menduduki tempat ke 10 Liga Perdana musim lalu.
Pemilik West Brom, Guochuan Lai, seorang bilioner syarikat sukan dari Shanghai, China yang baru mengambil alih kelab itu September tahun lalu, difahamkan telah bersetuju dengan cadangan itu. Smalling sendiri harus memastikan penampilannya di peringkat kelab tidak terjejas untuk memastikan kedudukannya dalam skuad England yang sedang bersiap sedia menghadapi pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.
City dapat bek Monaco
Chris Smalling Mendy (kiri) bersaing dengan penyerang City, Raheem Sterling dalam satu perlawanan musim lalu.
PEP GUARDIOLA mendapat Benjamin Mendy untuk mengambil alih kekosongan pertahanan kiri ditinggalkan Aleksandar Kolarov yang berhijrah ke Roma Mendy, 23, meninggalkan Monaco untuk ke Etihad menerusi perpindahan bernilai £52 juta, yang tertinggi dibayar oleh City untuk seseorang pemain musim ini. Dia adalah pemain pertahanan yang ketiga menyertai City selepas Kyle Walker (dari Tottenham Hotspur) dan Danilo (dari Real Madrid) pada jendela perpindahan musim ini.
Secara keseluruhan, kelab itu telah berbelanja £123.5 juta untuk menguatkan pertahanan setakat ini. Mendey menyertai Monaco dari Marseille musim panas lalu dan telah bermain 34 kali serta membantu kelab itu muncul juara Ligue 1 buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun. Untuk Walker, City telah membelanjakan £45 juta; pemain tengah Portugal, Bernardo Silva (£43 juta); penjaga gawang Brazil, Ederson Moraes (£535 juta) dan Danilo dari Real, £26.5 juta. Keseluruhannya, kelab itu telah berbelanja RM175 juta musim ini.
Matic: Juve akhirnya mengalah … JUVENTUS akhirnya mengalah dan berputus asa dalam usaha mendapatkan bintang tengah Chelsea, Nemanja Matic. Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan, kelab itu angkat tangan, tidak mampu lagi meneruskan persaingan dengan Manchester United untuk mendapatkan tandatangan pemain antarabangsa Serbia itu. “Juve sekarang sudah beralih kepada pemain tengah yang lain,” kata sumber akhbar itu. Menurut laporan itu lagi, Matic semakin hampir dalam perundingan untuk berpindah ke Old Trafford. Mengikut kontrak, pemain
itu masih mempunyai tempoh hingga Jun 2019 untuk berada di Stamford Bridge namun bersedia untuk meninggalkan The Blues pada bila-bila masa. Ini berikutan keputusan pengendali Antonio Conte membawa masuk Tiemoue Bakayoko dari Monaco yang akan bergandingan dengan N’Golo Kante di bahagian tengah, sekali gus meningkatkan persaingan untuk beraksi dalam kesebelasan utama – apa yang tidak digemari oleh Matic. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan tidak membantah hasrat pemain itu berhijrah namun telah meletakkan tanda harga £50 juta untuk-
nya. Selain Red Devils dan Juventus, Inter Milan turut berminat mendapatkan sentuhan Matic. Pengendali Juve, Massimiliano Allegri sebelum ini meletakkan pemain berusia 28 tahun itu sebagai sasaran utama namun terpaksa angkat tangan setelah kesungguhan dan kesanggupan Jose Mourinho.
Nemanja Matic
32 31
30
Matic: Juve akhirnya mengalah …
Keluaran 2 - 8 Ogos 2017
Perez tinggalkan Emirates
PSG? TIDAK!
Neymar
TIDAK. Neymar tidak akan tinggalkan Camp Nou dalam masa terdekat dan akan terus bersama Barcelona untuk beberapa tahun akan datang. Kenyataan paling melegakan penyokong Barcelona itu dilontarkan menerusi mesej Twitter oleh Gerard Pique “se queda” yang bermaksud “dia kekal” di bawah foto mereka berdua. Penyokong ‘Gergasi Catalan’ itu sejak beberapa minggu lalu diselubungi keresahan berikutan ura-ura Neymar akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai yang mencecah rekod dunia, £198 juta. Pengendali Blaugrana, Ernesto Valverde menyifatkan cerita perpindahan itu sekadar ‘spekulasi kosong’ semata-mata. 30
Mahrez bernasib malang! MALANG nasib Riyad Mahrez, bintang yang membawa Leceister City mencatat sejarah menjulang trofi Liga Perdana pada musim 2015/16. Dia sudah tidak ada hati untuk terus kekal di Stadium King Power namun harga £50 juta tidak boleh runding yang diletak oleh pengurusan The Foxes telah menyebabkan kelab-kelab lain yang berhajat untuk mendapatkan pemain itu hilang minat. Ini termasuk Arsenal, Barcelona dan kelab Serie A, Roma.
Selepas mencatat sejarah gemilang untuk kelab dan dua musim bersama, Mahrez secara terbuka menyuarakan hasrat untuk berhijrah musim ini. Antara lain, kecenderungan itu dikaitkan dengan ketiadaan Claudio Ranieri yang banyak membantu menaikkan nama dan permainannya, yang dipecat oleh kelab musim lalu. Bagaimanapun hasrat bintang antarabangsa Algeria itu terbantut apabila nilai perpindahan yang diletakkan atas dirinya, disifatkan ter-
lalu tinggi oleh pengurusan kelab yang berminat. Tambahan pula Mahrez agak kurang menyerlah musim lalu berbanding sebelumnya. Lantaran itu, dia dijangka akan kekal di Stadium King Power musim ini, dalam keadaan dirinya sendiri terpaksa terus menyarung jersi biru dengan separuh hati. Riyad Mahrez
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712