WARTA edisi #7

Page 1

PE RC UM A

ISU 07

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

16

Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

Keluaran 08 - 14 MAC 2017

20

Filem pertama Malaysia tembusi lebih 100 pawagam Korea Selatan 4

Nana biasa hidup sendiri

Tekanan warga kota

SEDA RANI

CYBERJAYA – Ketika anda baca berita ini, satu sejarah baharu industri perfileman negara sedang dicipta. BoBoiBoy The Movie – sebuah filem animasi garapan sekumpulan anak muda kita – sedang ditayangkan bukan di 10,20 atau 50 tetapi lebih 100 pawagam di Korea Selatan. Ini kali pertama filem produksi Malaysia berjaya tembusi pasaran negara Winter Sonata. “Ia sudah tentu amat membanggakan… bukan untuk kami saja tetapi seluruh warga Malaysia. Ini bukti karya perfileman kita diterima,” kata Faiz Zainal Aabidin, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Animonsta Studios Sdn. Bhd. (MONSTA), penerbit filem itu.

2

KUALA LUMPUR - Berdepan dengan per­sekitaran hidup harian yang serba mencabar dan menekan, warga kota mes­ ti bijak melepasinya kerana di­ bimbangi boleh menyebabkan men­ tal dan emosi mereka ter­ ganggu se­ hingga boleh bertindak di luar ke­ warasan, demikian menurut kaun­ selor profesional, Haji Zailan Wagiman. Pensyarah Kaunseling Uni­­ versiti Islam Antara­bangsa Malaysia (UIAM), Dr. Salmi Sudan berkata an­ tara faktor berlakunya te­kan­an hi­ dup termasuklah kos sara hidup yang tinggi, jum­ lah pendapatan yang kecil, bebanan hutang bulan­ an, kesesakan lalu­ lintas, persekitaran yang sesak dan perselisihan faham.

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA

TERBIT SETIAP RABU

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.


2

08 - 14 MAC 2017

Jutawan Malaysia rakan bisnes Trump KUALA LUMPUR – Bayangkan rakan perniagaan anda ada­ lah seorang yang paling ber­ pengaruh di dunia, Pre­ siden Amerika Syarikat. Itulah yang sedang dilalui ahli perniagaan Malaysia, Tiah Joo Kim, CEO TA Global Bhd., syarikat pemaju hartanah terkemuka negara. Tiah, 37, adalah ra­ kan perniagaan Donald Trump. Holborn Group, syari­ kat milik Tiah yang ber­ pang­ kal­an di Vancouver, Ka­­na­ da te­lah di­beri lesen untuk meng­gunakan je­na­­ma Trump pa­ da hartanah ko­ mersial milik­nya di ban­dar raya itu. Trump Inter­ nati­on ­ al Hotel & Tower dibuka secara ras­mi 28

Feb lalu. Pada 8 Feb, Trump Inter­ national Hotel & Tower dila­ por­ kan telah menyuntik C$100 juta (RM332 juta) ke akaun TA Global. Malah, sebaik Trump diumumkan sebagai Presiden AS yang ke 45 pada 8 Nov 2016, nilai saham TA Global telah melonjak 38 peratus kepada 31 sen sekali gus menyuntik modal pasaran yang baharu b e r n i l a i RM1.65 bilion

kepada syarikat itu. Nilai saham TA Enterprise Bhd., yang memiliki pegangan 60.17 peratus dalam TA Global juga meningkat 17 peratus kepada 54 sen. Ini menambah nilai pasaran syarikat itu kepada RM924.4 juta. Tiah dalam satu ke­nyataan media berkata pem­ bukaan Trump Inter­ national Hotel & Tower di Vancouver di­anggap istimewa ke­ rana itulah ka­ li pertama ho­ tel dalam rang­ kaian jenama itu dibuka sejak Trump dilantik Presiden AS.

Donald Trump bersama Tiah Jo Kim ketika pelancaran projek Trump International Hotel & Tower Vancouver pada Jun 2013

Dari muka depan

BoBoiBoy kutip RM19 juta

Poster Boboiboy The Movie untuk tayangan di Korea Selatan

Lebih membanggakan, BoBoiBoy The Movie berjaya mendapat tempat di rangkaian pawagam utama Korea Selatan iaitu LOTTE, CGV dan MEGABOX. Ia ditayangkan bermula 1 Mac lalu. Sebelum ke Korea, BoBoiBoy The Movie telahpun memasuki pawagam Singapura, Brunei dan Indonesia selain Malaysia. “Anggaran kutipan kasar di empat negara ini adalah RM19 juta,” kata Faiz. “ Ini juga sejarah. BoBoiBoy The Movie adalah filem yang paling laris dalam sejarah perfileman tempatan setakat ini,” ujarnya. Tidak kurang membanggakan, kata Faiz, hadirnya BoBoiBoy The Movie di Seoul adalah pada ketika pasaran animasi di Korea Selatan sedang memuncak. “Orang Korea sebenarnya lebih cenderung pada filem animasi 3D dan sudah tentu filem Hollywood jadi pilihan utama. Namun apabila BoBoiBoy The Movie berjaya masuk pasaran negara itu, ini petanda bahawa karya kita juga mempunyai daya saing, ada keistimewaan tersendiri dan dapat diterima,” ujarnya. Mengenai laluan untuk memasuki

pasaran Korea Selatan, Faiz berkata jalannya dirintis melalui kerjasama syarikat negara itu, Boxoo Entertainment dengan Vision Plus Entertainment dari Malaysia. Untuk tayangan di sana, BoBoiBoy The Movie dialih ke bahasaKorea. Elemen lain termasuk watak juga ditempatankan untuk dirasakan lebih ‘dekat’ dengan penonton. Ujar Faiz lagi, setiap dialog juga telah disaring bagi mengelak kekeliruan tafsiran yang mungkin berlaku disebabkan perbezaan budaya. “Apa pun, kami berpuas hati dengan kualiti alih bahasa ini,” katanya. Ditanya mengapa tidak dikekalkan sahaja bahasa Melayu yang mungkin boleh membantu mempromosikan imej negara di sana, Faiz berkata tumpuan pihaknya adalah kepada kanak-kanak, dan golongan itu kurang gemar membaca sari kata. “Bagi kami, biarlah kita perkenalkan dahulu filem ini, dan dari situ secara tidak langsung kita telah dapat mempromosikanbudaya kita. Elemen seperti BoBoiBoy mencium tangan datuknya itu satu contoh budaya kita, dan saya yakin akan dapat menarik perhatian orang Korea,” katanya.

Rancangan Abnormal Summit julang nama Khalid

Bahasa Korea tularkan Khalid

SEOUL - Penguasaan bahasa ibunda penduduk setempat amat penting dan ia memudahkan kita didekati, dipercayai malah ada masanya disanjung tinggi. Itu yang berlaku pada lelaki Kelantan, Muhamad Khalid Ismail yang semakin terkenal di Korea Selatan dan Malaysia kerana fasihnya dia berbahasa Korea. Bagaimanapun katanya, sebelum terkenal dan menjadi popular selepas muncul sebagai tetamu khas dalam rancangan Abnormal Summit, sebuah rancangan yang mengenengahkan perkara menarik sesebuah negara, Khalid menerima nasib seperti orang luar lain di Korea Selatan iaitu mereka kurang disapa dan sukar mendapat kawan kerana memilih status. Kata Khalid, orang Korea Selatan pentingkan status untuk berkawan dan bergaul, jika berstatus tinggi maka kita akan ramai kawan dan begitu juga sebaliknya. Dia yang telah sembilan tahun menetap di Korea Selatan mampu berbahasa Korea dengan baik selepas setahun mengikuti kursus bahasa di Universiti Kebangsaan Seoul. Khalid ke sana pada 2007 untuk melanjutkan pengajian di bidang kejuruteraan mekanikal atas tajaan JPA. Sejak menjejaki bumi negara itu, Khalid menyimpan hasrat untuk menjadi seorang perantara dalam mengembangkan bidang perniagaan untuk kepentingan rakyat Malaysia. Dari situ dia mahu didampingi rakyat Korea Selatan dan mahu buktikan bahawa kehadirannya di Seoul bukan sebagai pemerhati tetapi dia mahu menarik perhatian penduduk tempatan. Warga Seoul biasanya kata Khalid begitu memandang rendah kepada pelancong asing terutamanya dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Mereka juga lebih mementingkan kepada gaya keterampilan termasuk harga pakaian, mereka hanya suka bergaul dengan golongan yang dilihat kaya dan berimej mewah. Semakin dilihat kaya, mewah dan bergaya mereka dianggap berada pada satu kekedudukan yang tinggi. Maka untuk mengesuaikan diri Khalid terpaksa bermula dari bawah, dia mesti kuasai sebaiknya bahasa Korea, dia mesti mencari kedudukan yang boleh dilihat tinggi dan dihormati penduduk di sana. Sebab itu Khalid pilih untuk bekerja dengan syarikat Samsung sebab rakyat Korea begitu hormat mereka yang bekerja di syarikat berkenaan kerana dianggap cerdik dan berpendidikan. Dia akui cukup menjaga penampilannya untuk buktikan bahawa dia mesti dihormati dan dijadikan kawan oleh mereka. Dengan itu akhirnya Khalid sudah mula mudah bergaul dan mendapat kepercayaan penduduk di sana. Kemunculannya di Abnormal Summit, Khalid mengambil kesempatan menceritakan apa yang menarik di Malaysia dalam bahasa Korea dengan cukup fasih ditambah pula dengan gayanya seperti seorang pelakon drama Korea. Khalid semakin popular di Seoul dan ini peluang baru baginya untuk terus dilihat maju, moden, ada gaya dan pintar. Kata Khalid, kita mesti bijak sesuaikan diri dengan suasana setempat dan kuasai bahasa ibunda mereka adalah aset penting untuk berjaya.


3

08 - 14 MAC 2017

Aramco: Menanti IPO terbesar dunia RIYADH – Pasaran kewangan antara­ bangsa minggu lalu dikejutkan dengan cadangan penyenaraian syarikat pengeluar minyak terbesar dunia, Saudi Aramco. Pengumuman mengenainya dibuat oleh Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman. Mengikut laporan Reuters, firma pe­ laburan, JPMorgan Chase & Co., Morgan Stanley dan HSBC telah dilantik untuk melaksanakan Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat milik kerajaan Arab Saudi itu. Jika jadi kenyataan, transaksi ter­ sebut bakal memecah rekod sebagai IPO terbesar dunia. Aramco pada masa ini dianggarkan bernilai AS$2 trilion (RM8.9 trilion) manakala IPO yang ditawarkan di­jang­ ka pada lima peratus yang bernilai AS$100 bilion (RM444 bilion). “Ia adalah untuk kepentingan pasar­ an Arab Saudi dan kepentingan Aram­ co,” kata Mohammad sebagaimana dipetik The Economist. Difahamkan, langkah penyenaraian Aramco adalah sebahagian daripada usaha Arab Saudi untuk menangani im­pak kejatuhan harga minyak, yang termasuk bawah pelan tindak­an Wa­ wasan 2030 bertujuan mengurang­kan pergantungan hasil negara ter­ hadap petroleum.

Kerajaan negara itu baru-baru ini terpaksa menaikkan harga jualan run­ cit petrol sebanyak 50 peratus apabila harga minyak mentah jatuh di bawah paras AS$35 setong, yang terendah sejak 2004. Penganalisis Oppenheimer & Co, Fadel Gheit, berkata IPO Aramco adalah sangat berasas. “Jika Aramco menjual kepentingan minoriti 20 peratus, ia akan mem­ peroleh AS$200 bilion (RM890 bilion). Ini boleh menampung pembiayaan bajet untuk setahun,” katanya. Bagaimanapun, pada masa ra­ mai penganalisis menjangkakan pe­ nye­ naraian itu akan jadi kenyataan pada 2018, ada juga yang tidak yakin ia akan jadi pilihan muktamad bagi Arab Saudi. Larry Goldstein dari Energy Policy Research Foundation percaya kerajaan negara itu akan mengelak daripada me­laksanakan IPO, melainkan sekadar untuk memberi petanda mengenai kemungkinan itu kepada rakyatnya dan juga pihak luar. “Mereka sanggup meneroka per­ kara yang mereka tidak sanggup untuk pertimbangkan secara serius sebelum ini, termasuk buat pertama kali me­ naikkan harga domestik petrol dan diesel,” ujarnya. Aramco asalnya adalah sebuah sya­­ rikat Amerika Syarikat yang di­

asas­ kan oleh Standard Oil of California (kini Chevron CVX). Ia dinamakan California Ara­ bian Oil Company Standard (CASOC). Syarikat itu memperoleh konsesi daripada Raja Arab Saudi pada 1933 untuk men­ cari gali minyak. Pada 1938, mi­ nyak ditemui di pantai ti­ mur negara itu, Pada 1948, ia dinamakan Arabian American Oil Co. (Aramco) yang dimiliki bersama Standard Oil of California, Texaco, Standard Oil of New Jersey (kini ExxonMobil) dan Standard Oil of New York. Bermula 1972, Arab Saudi membeli saham Aramco hingga 1980, negara itu memperoleh sepenuhnya pegangan. Pada 1988, Aramco secara rasmi dipindah pemilikan kepada Arab Saudi. Syarikat itu kini mempunyai ka­pa­ siti pengeluaran 12 juta tong minyak se­ hari dan diberi hak sekurang-ku­ rangnya 260 bilion tong minyak milik Arab Saudi. Mulanya, Aramco dijangka akan

Putera Mohammad bin Salman

disenaraikan di Bursa Saham Riyadh namun difahamkan pertimbangan juga sedang dibuat untuk dipindahkan ke New York, London atau Toronto. Ada andaian, lawatan Raja Salman ke beberapa negara Asia terutama China dan Jepun pada masa ini adalah untuk mendapatkan sokogan bagi tujuan IPO berkenaan. Menariknya, langkah pe­ nye­ naraian ini bukan sahaja membuka ruang pemilikan ekuiti kepada pasaran ter­buka tetapi juga mendedahkan apa sahaja perkara mengenai syarikat mi­ nyak terbesar dunia itu yang sebelum ini tertutup dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga diraja Arab Saudi.

Wira automotif Jepun letak jawatan TOKYO – Carlos Ghosn, 62, (gambar) yang pernah dianggap wira dan eksekutif paling terkenal dalam industri automotif Je­ pun, akhirnya melepaskan jawatan CEO Nissan Motor Co. se­ telah menduduki posisi itu selama 16 tahun. Ghosn yang mencapai ke­ muncak reputasi setelah ber­ jaya memulihkan Nissan dari­ pada kerugian dan belenggu hu­ tang menerusi pelan stra­ tegik pengurangan kos yang di­laksanakan sebaik beliau me­ ngambil alih tampuk pe­ ngu­ rusan, terkenal dengan gelaran ‘Le Cost Killer’ dalam industri automotif dunia. Antara kejayaan besar yang dibawanya ialah peng­ ambilalihan Mitsubishi Motors Corp. tahun lalu. Pengambilalihan itu te­ lah membawa Mitsubishi me­­nyertai perikatan Nissan – Renault SA yang mana ga­

bung­ an jualan ketiga-tiganya tahun lalu mencecah 9.3 juta unit kenderaan, sekali gus meletakkan syarikat itu hampir dengan kedudukan dua pemimpin industri, Toyota Motor Corp. dan Volkswagen AG. Meletak jawatan CEO bukan bermakna Ghosn me­ ninggalkan Nissan. Beliau akan memegang jawatan baharu selaku pe­ nge­rusi syarikat itu – juga ja­ wa­ tan yang sama di Renault dan Mitsubishi - selain kekal sebagai CEO Renault.

“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk syarikat bagi memastikan per­ tumbuhan yang mapan, kukuh dan berkekalan,” kata­ nya dalam satu wawancara bersama Reuters. Ghosn, warganegara Pe­ rancis berketurunan Lubnan dan dilahirkan di Brazil, menyertai Nissan pada 1999 selepas Renault – syarikat pengeluar kereta Perancis membeli kepentingan me­ nga­

Wanita pertama Pengerusi Maybank

wal dalam syarikat Jepun itu. Beliau dilantik CEO pada 2001. Posisinya akan diambil alih Hiroto Saikawa, 63, yang telah 40 tahun berkhidmat dengan Nissan. Menurut Ghosn, tum­puan­ nya kini bukan sahaja untuk mengurangkan kos tetapi juga mengukuhkan daya saing syarikat dalam menangani pe­ r­ ubahan semasa yang ber­ kaitan dengan industri kereta elektrik.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohaiyani Shamsudin men­­ catat sejarah sebagai wanita pertama dilantik Pengerusi Maybank. kumpulan perban­ kan terbesar negara ini. Beliau akan memegang jawatan baharu itu bermula 1 April, menggantikan pe­ nyandang, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang meletak jawatan berkuat kuasa 31 Mac. Mohaiyani yang sebelum ini Pengerusi Maybank Investment Bank, juga adalah anggota Lembaga Pengarah Maybank.


4

08 - 14 MAC 2017

BERITA

Loob jenamakan Tealive ganti Chatime KUALA LUMPUR – Bangkit ke­ tika isu pertelingkahan kontrak dengan francaisor Chatime sedang memuncak, Loob Holdings Sdn. Bhd. te­ rus mengorak langkah menjenamakan semula 161 ca­ wangannya di seluruh ne­ gara dengan imej baharu, Tealive. Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings, Bryan Loo berkata pihaknya yakin sedang berada di landasan yang betul untuk mengembangkan rang­ kaian kedai teh bebola jeli (bubble tea) itu. “Kami memperuntukkan kos kurang daripada RM10 juta untuk proses penjenamaan se­ mula ini,” katanya. Menurut Loo, pihaknya merancang untuk menambah cawangan Tealive kepada 165 hingga 250 di negara ini men­ jelang tahun hadapan dengan asas pelanggan daripada 2.5 juta kepada lima sejuta sebulan.

“Di peringkat global, ka­ mi akan meneroka pasaran Vietnam pada suku ketiga tahun ini, disusuli negaranegara Asia yang lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” ujarnya. Selain itu, kata Loo lagi, Tealive juga akan merancang pengembangan operasi ke ste­ sen-stesen minyak di seluruh negara selain stesen LRT dan MRT. Mengenai pertelingkahan dengan La Kaffa International Ltd., pemegang francais Cha­ time dari Taiwan yang sebelum ini memberikan hak kepada Loob Holdings untuk mengendalikan rangkaian ke­­ dai teh itu di negara ini, Loo berkata pihaknya yakin dapat memenangi semula pe­ langgan mereka. Pertelingkahan yang ke­ mu­ dian mengheret keduadua pihak ke mahkamah mencapai kemuncak pada 6 Jan lalu apabila kontrak

francais itu ditamatkan. Pada 3 Feb, La Kaffa me­ne­ rusi satu sidang media men­ dakwa Loob Holdings telah melanggar syarat perjanjian menggunakan bahan-bahan yang tidak dibenarkan selain ber­hutang yuran royalti bagi tempoh setahun. Loo menafikan ke­se­mua tu­ duhan itu selain me­ne­gaskan, bahan-bahan yang digunakan syarikatnya men­dapat ke­lulus­ an Jabatan Ke­ majuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau sebaliknya men­dak­ wa La Kaffa, tanpa pengetahuan pihaknya telah memasarkan ser­buk teh 3 dalam 1 di pasar raya pada Feb 2016. “Kami hanya sedar me­nge­ nainya dua bulan selepas itu,” kata Loo. Loob Holdings dilaporkan telah memfailkan tindakan mahkamah terhadap La Kaffa di Singapura empat bulan lalu. Naib Presiden La Kaffa, Teresa Wang dalam satu sidang

Foto Hussain Yee tular di Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Sekeping foto yang memaparkan se­ orang lelaki dari Malaysia mengucup dahi Raja Salman Al-Saud ketika kunjungan Pe­ merintah Arab Saudi itu ke negara ini baru-baru ini, menjadi tular di negara itu. Ini kerana, amat jarang bagi mana-mana individu terutama daripada kalangan orang biasa malahan warga asing pula dibenarkan untuk berada hampir, apatah lagi me­ ngucup dahi pemimpin itu yang sentiasa diberikan kawalan ketat. Peluang untuk berbuat demikian mencetuskan an­ daian dalam kalangan wartawan Arab Saudi yang mem­ buat liputan lawatan diraja itu bahawa lelaki berkenaan, Sheikh Hussain Yee mungkin mempunyai hu­ bungan akrab dengan negara itu. Di negara ini, Sheikh Hussain bagaimanapun bukan­lah seseorang yang tidak

Sheikh Hussain Yee mengucup dahi Raja Salman

dikenali. Beliau adalah ulama/ pendakwah berketurunan Cina yang memeluk Islam (daripada Buddha) ketika usianya 18 tahun. Sheikh Hussain juga ada­ lah presiden dan pengasas Pertubuhan Al-Khadeem yang aktif menjalankan kerja dakwah, selain per­ nah berkhidmat sebagai kaunselor di Pertubuhan Ke­ bajikan Islam Malaysia

(PERKIM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Dakwah di Pusat Islam Hong Kong selama dua tahun sejak 1984. Media Arab Saudi, Al Arabiya melaporkan, Sheikh Hussain mem­ punyai hubungan lama dengan negara itu se­ jak menuntut dalam pe­ ngajian Arab dan Islam di Universiti Madinah.

Bryan Loo ketika melancarkan Tealive

media pada 6 Jan menyatakan, pihaknya telah bersedia untuk mengambil semula francais Chatime di negara ini untuk tempoh setahun. Mengenai kenyataan itu, Loo percaya keinginan La Kaffa untuk berbuat demi­ kian berpunca daripada usa­ ha agresif pihaknya untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam tempoh dua tahun akan datang. Di peringkat global, Cha­

time mempunyai rangkaian ke­ dai di 26 negara menerusi 1,002 cawangan. Pada 2006, La Kaffa mem­ buka kedai di California, Ame­ rika Syarikat sebagai ca­ wangannya yang pertama di luar Taiwan. Rangkaian kedai Chatime me­ masarkan minuman ber­ asas­kan teh yang di­kom­bi­nasi­ kan dengan topping mu­ tiara jeli daripada ubi kayu, puding dan lain-lain.

Dari muka depan "Jika boleh sesuaikan diri dengan disiplin kerja, masa dan berbelanja, boleh bertenang ketika berjamjam sehari mengharungi ke­ sesakan jalan raya dan kos sara hidup yang tinggi maka warga kota boleh dianggap sebagai kental, namun jika sebaliknya mereka sebenanrnya telah mengalami tekanan mental. "Sama ada mereka boleh menanganinya atau tidak, tekanan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan stres dan punca berlaku pelbagai tindakan luar batasan seperti membuli, pertengkaran, mu­ dah marah, suka bergaduh dan hilang konsenstrasi." jelas Zailan. Antara simtom seseorang yang mengalami tekanan mental adalah seperti sentiasa berasa cemas, risau, tidak boleh tidur lena, tidak selera makan, berat badan turun mendadak dan merungut perkara yang sama melebihi jangka masa dua bulan. Bagaimanapun kedua-dua mereka berpendapat tekanan tersebut masih boleh dielak dengan melakukan aktiviti bersama keluarga, aktiviti

keagamaan dan men­ dapatkan khidmat nasihat kaunseling, Kata Zailan, meskipun orang awam tidak terdedah dengan khidmat kaunseling atau kepakaran penyakit mental, terdapat banyak perkhidmatan kaunseling pihak kerajaan dan swa­ sta untuk orang awam mendapat bantuan, nasihat dan kaedah tertentu untuk mencegah atau merawat penyakit tersebut. "Sesi Kaunseling adalah secara bersemuka dan perseorangan. Kaunselor boleh mengenal pasti atau dalam istilah perubatan seperti diagnosis seseorang yang mempunyai tahaptahap tertentu dan sekira­ nya kronik, kita boleh me­ nasihatkan dan merujuk kepada psikiataris. "Psikiataris pula bo­ leh memberi ubat-ubat bersesuaian dengan pe­ nya­ kit mental yang dihadapi seperti memberi ubat ti­ dur kepada mereka yang meng­alami gangguan dan kesukaran tidur pada tempoh yang lama,"kata Zailan lagi.


08 - 14 MAC 2017

5


6

08 - 14 MAC 2017

BERITA

DUNIA MINGGU INI

LONDON - Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol kemenangan Manchester United melepasi Fraser Forster, penjaga gol Southampton sewaktu pertandingan akhir EFL Cup di Stadium Wembley.

MAINZ, JERMAN - Sebuah kereta berhias dalam perarakan tahunan Rose Parade di sini menggunakan satira imej Presiden Amerika Syarikat. Tema satira politik adalah satu kemestian dalam perarakan tahunan ini dan perlantikan Donald Trump dan kebangkitan semangat sayap-kanan di Eropah telah digunakan sepenuhnya oleh pereka kereta berhias tahun ini.

WASHINGTON - NASA mengumumkan penemuan tujuh planet bersaiz bumi yang mengorbit TRAPPIST-1, satu bintang kecil dan sejuk berjarak 40 tahun cahaya dari bumi. Planet-planet ini berkemungkinan besar mengandungi air, elemen yang diperlukan untuk menampung kehidupan seperti bumi.

LONDON - Seorang model bersedia untuk sessi penggambaran sempena Minggu Fesyen London 2017. Acara ini berlangsung selama lima hari dimana pereka fesyen meragakan ciptaan terbaru mereka dipelbagai lokasi di London.

KUALA LUMPUR - Pekerja dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom menyarung pakaian Hazmat dalam operasi mencari bahan kimia toksik di Terminal KLIA 2 selepas pengumuman bahawa pembunuhan Kim Jong nam menggunakan racun saraf VX yang dikategorikan sebagai senjata kimia oleh PBB.

WASHINGTON - Panda yang bernama Bao Bao berehat di Zoo Kebangsaan Smithsonian di Washington, DC. Bao Bao yang berumur empat tahun akan pulang ke Chengdu, China untuk program pembiakan bersama di antara Zoo Kebangsaan Smithsonian dan Persatuan Pemulihan Hidupan Liar China.

HOLLYWOOD - Kekecohan sewaktu acara Anugerah Oskar Akademi ke 89. Produser filem ‘La La Land’, Jordan Horowitz bertindak memberhentikan upacara apabila mendapat tahu bahawa terdapat kesilapan dalam pengumuman anugerah ‘Filem Terbaik’ yang sepatutnya dimenangi oleh filem ‘Moonlight’.

MOSUL, IRAQ – Tentera Iraq dari divisyen Counter Terrorism Service memasuki daerah barat Mosul dalam serangan untuk membebaskan bandar itu dari cengkaman ISIS. Operasi itu terpaksa digantung sementara apabila tentera Iraq menempuhi serang balas bom, ledakan mortar dan penembak tepat dari ISIS.

BEIJING, CHINA – Pekerja sibuk membersihkan tangga di Tembuk Besar China selepas salji turun di Mutianyu, tidak jauh dari Beijing.


7

08 - 14 MAC 2017

BIMB Holdings catat sejarah

KUALA LUMPUR – Kumpulan per­ khidmatan kewangan Islam tersohor Ma­ laysia, BIMB Holdings Bhd., (BHB) meng­ umumkan peningkatan ke­ untungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM34.8 juta atau 4.2 peratus tahun ke tahun kepada RM869.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016. Turut dinyatakan dalam peng­ umuman itu, kumpulan dan anak-anak syarikat utama BHB, Bank Islam dan Takaful Malaysia telah mencatatkan keuntungan tahap tertinggi dalam se­ jarah setakat ini. Keuntungan bersih yang diagihkan

kepada pemegang saham juga me­ningkat 2.1 peratus atau RM11.8 juta ke­ pada RM559 juta dengan pulangan ekuiti pracukai pada 22 peratus manakala pulang aset pracukai adalah 1.4 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Kum­ pulan BHB, Datuk Seri Z u k r i S a m a t b e r­k a t a , pihak­

nya berpuas hati kerana berjaya men­ catatkan keuntungan tinggi walau­pun ber­ hadapan dengan situasi ekonomi yang sukar. “Dengan memberi tumpuan kepada kekuatan kami, kumpulan kekal ber­ daya tahan dengan didorong oleh pertumbuhan pendapatan anak-anak syarikat utama kami, Bank Islam dan Takaful Malaysia. Kedua-duanya telah mencatatkan PBZT lebih tinggi bagi tahun kewangan 2016,” katanya. Menurut Zukri lagi, adalah jelas keadaan ekonomi bagi 2017 tidak akan bertambah baik dalam jangka masa terdekat. “Ini bermakna kami akan lebih berwaspada dalam mengambil risiko dan akan membina kekuatan untuk me­ ngem­bangkan per­ niagaan,” ujarnya. Dalam pada itu, Bank Islam di­­laporkan men­ catat PBZT se­ banyak RM720.4 juta bagi 2016, m e n o k o k RM34.7 juta atau 5.1 peratus

Lapan pesawat baru A320 NEW DELHI - AirAsia In­ dia menyasarkan un­ tuk melancarkan per­khid­ matan penerbangan antara­ bangsa pada separuh kedua 2018 apabila ia dilengkapi sekurang-kurangnya 20 pesawat. Syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan 49 peratus kepentingannya dimiliki oleh AirAsia Bhd, mempunyai lapan pesawat jenis A320 ketika ini dan akan membeli enam lagi pesawat menjelang Oktober tahun ini. Ketua Pegawai Ekse­ kutif AirAsia India, Amar Abrol berkata menjelang pertengahan 2018, syarikat itu dijangka menambah kekuatan sedia ada me­ ne­ rusi pembelian enam lagi pesawat. "Malah, satu pasukan pro­ jek sudah pun me­ mula­ kan usaha bagi me­ mastikan kesediaan Air­ Asia India melancarkan

per­khidmatan penerbangan antarabangsa dijangka ber­ mula pada musim panas de­ pan atau musim luruh," katanya semalam. Menurut Abrol, pasukan ber­ kenaan akan meneliti laluan antarabangsa mem­ babit­ kan masa penerbangan kurang daripada empat se­ tengah jam dari India. "Destinasi pertama ber­ ke­ mungkinan ke Asia Timur," katanya. Peraturan sedia ada me­ netapkan mana-mana sya­ri­kat penerbangan yang ber­ peng­

kalan di India perlu me­miliki sekurang-kurangnya 20 pesawat sebelum men­ dapat kelulusan untuk pe­ ner­ bangan ke luar negara. AirAsia India me­ ngen­ dalikan sejumlah 58 pe­ nerbangan harian dari New Delhi dan Bengaluru dan perkhidmatannya me­ rangkumi 13 lapangan terbang di negara itu. Ia turut melancarkan penerbangan ke Srinagar di Kashmir dan Bagdogra di Benggala Barat, baru-baru ini. - Bernama

berbanding RM685.7 juta pada tahun sebelumnya. Pendapatan berasaskan dana dari­­ pada pembiayaan Bank Islam meningkat sebanyak 12.8 peratus se­i­ ring dengan pertumbuhan pem­biayaan bersih. Sementara itu, pendapatan ber­asas­ kan bukan dana meningkat 17.3 peratus yang disokong oleh pertumbuhan da­ lam pendapatan pelaburan dan pen­ dapatan berasaskan fi. Pertumbuhan pembiayaan Bank Islam kekal sihat dengan pertumbuhan dua angka 14.3 peratus atau RM4.9 bilion untuk mencapai RM39.2 bilion pada 31 Dis 2016. Takaful Malaysia Bhd., pula men­ catatkan PBZT sebanyak RM221 juta bagi 2016, peningkatan 8.2 peratus berbanding RM204.2 juta pada tahun sebelumnya. Keuntungan lebih tinggi ini adalah daripada pendapatan bersih lebih ting­ gi dikutip menerusi yuran wakalah. Hasil operasi Takaful Malaysia me­ ningkat 12.6 peratus pada 2016 kepada RM2.01 bilion berbanding RM1.04 bilion tahun sebelumnya. Peningkatan dijana oleh jualan lebih tinggi Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Debaran anugerah MBA 2017 Kuala Lumpur - Anugerah Per­ niagaan Malaysia 2017 atau Malaysia Business Award (MBA) anugerah berprestij kalangan tokoh dan syarikat perniagaan di negara ini terus mendapat sambutan dan sokongan. MBA 2017 edisi ketujuh anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (KLMCC) bakal menyaksikan 30 syarikat tempatan dan luar negara yang beroperasi di Malaysia bersaing bagi merebut anugerah ter­ sebut. Ia akan didakan pada 9 Mac ini, di sini. Tokoh atau pemain utama industri serta perniagaan akan dihimpunkan untuk diiktiraf pencapaian dan sumbangan me­ reka sebagai pemangkin eko­nomi negara. Menurut Pemangku Pre­ siden KLMCC, Don Nazwin Don Najib, calon pemenang akan dinilai oleh mereka yang arif dalam bidang ini dengan bantuan panel hakim yang terdiri daripada warga Malaysia yang terkemuka dan dihormati. “Biarpun pada tahun lalu keadaan sangat mencabar,

kami tidak akan merendahkan standard kami bagi anugerah tahun ini. Malah tahap pe­ ne­ litian kami lebih tinggi susulan keadaan persekitaran perniagaan pada masa ini,” katanya di majlis sidang media baru-baru ini. Kata Nazwin lagi, ber­ banding 20 anugerah pada tahun lalu, tahun ini hanya 17 pemenang yang akan dipilih untuk kategori yang telaf di­ tetapkan. “Kami mahu memberi mo­­tivasi kepada syarikat tem­­ patan supaya menyasar ke­ pada kecemerlangan dalam perniagaan mereka,” ujarnya.


8

08 - 14 MAC 2017

BISNES

UMW: Automatif berprestasi SHAH ALAM – Ke­lem­ bapan in­dustri mi­nyak dan gas me­nye­babkan prestasi ba­nyak sya­rikat me­nang­gung ke­ru­gian. Ba­gai­manapun, seg­men per­ niagaan selain mi­ nyak dan gas Kumpulan UMW Hol­ ding Berhad iaitu Auto­motif, Jentera serta Pem­ buatan & Kejuruteraan, kekal meng­untungkan se­pan­ jang tahun 2016. Presiden dan Ketua Pe­gawai Eksekutifnya Badrul Feisal Abdul Rahim, berkata prospek masa depan UMW telah me­ ningkat dengan ke­ dudukan kewangan dan pre­ stasi Kumpulan dijangka ber­ tambah baik

pada masa hadapan. “Secara kese­lu­ruh­ an, Kum­ pulan men­ catat hasil sebanyak RM3,062.3 juta bagi suku terakhir tahun 2016, iaitu 26.8 pe­ ratus lebih rendah dari­ pada suku yang sama pada tahun 2015. Na­ mun, mengambil kira perniagaan teras Kum­ pulan yang lain iaitu Automotif, Jen­tera ser­­ ta Pembuatan & Ke­ juruteraan mem­bukti­ kan kita masih kekal dalam prestasi baik,” katanya. Kumpulan selain minyak dan gas telah mencatat ke­ untungan sebelum cukai ter­ kumpul sebanyak RM178.2

Jualan UEM Sunrise naik 37% KUALA LUMPUR - UEM Sun­ rise Bhd (UEM Sunrise) men­ catat jualan berjumlah RM1.4 bilion tahun lalu, 37 peratus lebih tinggi ber­ ban­ ding sa­ sar­an jualan RM1 bilion yang ditetapkan pe­ maju hartanah tempatan itu. UEM Sunrise dalam satu kenyataan berkata, jualan le­ bih tinggi itu disokong ang­ ka positif daripada projek di Wilayah Selatan yang me­ nyum­bang RM686.8 juta atau 50 peratus daripada jumlah

jualan keseluruhan yang diraih sepanjang tahun lalu. "Projek hartanah ber­ cam­ pur, Almás di Puteri Harbour merekodkan jualan tertinggi kepada RM368.7 juta, diikuti Melia Residences, hartanah ber­tanah pertama syarikat di Gerbang Nusajaya berjumlah RM126.6 juta," katanya. Hartanah di Wilayah Te­ ngah dan luar negara ma­singmasing menyumbang juml­ah jualan 25 peratus daripada ke­ seluruhan jualan tahun lalu. Bagi prestasi kewangan berakhir 31 Disember 2016, UEM Sunrise meraih pen­ dapatan berjumlah RM1.84 bilion, meningkat kira-kira lima peratus berbanding RM1.75bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

juta berbanding dengan RM293.6 juta pada suku yang sama tahun 2015. Bagi suku keempat tahun 2016, dengan merangkumi aset-aset ter­ senarai dan ti­ dak tersenarai Minyak & Gas, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM2,098.0 juta bagi suku keempat tahun 2016 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM330.2 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Ke­ putusan ini termasuk kerugian operasi dan kejejasan nilai aset segmen minyak & gas tersenarai dan tidak tersenarai bersertaperuntukan kontrak jaminan kewangan. Kumpulan mencatat ha­sil setahun sebanyak RM10,965.1 juta, penurunan sebanyak 24.1% berbanding tahun sebelumnya. Tanpa mengambil kira kejejasan nilai aset dan peruntukan

Pendapatan CCM menurun KUALA LUMPUR - Pen­da­ patan Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) ba­ gi tahun kewangan ber­ akhir 31 Disember 2016 susut 3.3 peratus kepada RM609.3 juta berbanding RM630.3 juta yang diraih bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Keuntungan sebelum cu­ kai kumpulan daripada per­ niagaan teras bagi tem­ poh dikaji susut 32.7 peratus kepada RM35.7 juta daripada RM53 juta ta­ hun sebelumnya. CCM dalam satu kenyataan ber­ kata, perniagaan te­ras­­nya iaitu bahagian far­maseutikal mencatat pen­dapatan RM312.9 juta, 6.5 peratus lebih rendah daripada RM334.7 juta tahun se­

MoU perkukuh ekonomi PUTRAJAYA – Hubungan an­ tara Malaysia dan Arab Saudi diperkukuhkan la­ gi dengan pemeteraian me­ morandum per­se­fa­ham­an (MoU) dalam bidang eko­ nomi, khususnya pe­la­bur­an dan perdagangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MoU yang ditandatangani an­tara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Moha­ med dan Menteri Negara Arab Saudi, Dr. Ibrahim Al-Assaf itu diharap dapat membuka peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk melaksanakan lebih

banyak projek di Arab Saudi. “Selain Metro Line yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Mana tahu, mungkin pada masa depan kita akan me­ ngendalikan operasi tren ke Riyadh atau ke tempat-tempat lain,” ujarnya. Selain MoU berhubung ekonomi, sebanyak tiga lagi MoU telah ditandatangani dan disaksikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Najib iaitu melibatkan bidang saintifik dan pendidikan, buruh dan sumber manusia serta kerja­ sama pertukaran berita. Mengulas lanjut, Najib

kontrak jaminan kewangan, Kumpulan mencatat keuntungan se­belum cukai sebanyak RM89 juta pada tahun 2016. Penurunan keuntungan yang di­ rekodkan adalah disebabkan oleh ke­ rugian ope­ rasi segmen perniagaan Minyak & Gas tersenarai dan tidak tersenarai. “Kami menjangka hasil yang stabil untuk tahun 2017 berbanding tahun lepas. Melangkah ke hadapan, kami yakin dengan pros­pek jangkapanjang tiga per­ niagaan teras kami seperti yang ditunjukkan oleh pe­ laburan ber­­terusan kami da­lam segmen Auto­ motif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Strategi per­ tum­ buh­an kami akan di­du­kung oleh pe­ ngembangan secara berterusan ketigatiga sektor teras ini.” - Bernama

memberitahu, MoU dalam bidang buruh dan sumber manusia melibatkan pem­ bekalan tenaga kerja dari Malay­ sia ke Arab Saudi pada masa depan. “Selain itu, MoU ini tu­ rut melibatkan bidang la­ tih­an, sebagai contoh Arab Saudi berminat untuk meng­hantar jururawat me­reka ke sini,” katanya. Sementara itu, beliau menjelaskan, MoU dalam bidang saintifik dan pen­ didik­an merangkumi ker­ja­­sama antara uni­ ver­siti serta kerja-ker­ja penyelidikan dan pem­ bangunan (R&D).

belumnya, manakala pen­ dapatan bahagian kimia 0.4 peratus lebih tinggi kepada RM295.9 juta daripada RM294.7 juta. "Untung sebelum cukai bahagian farmaseutikal susut 34.2 peratus kepada RM31.5 juta berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan

kejatuhan marginnya e­kor­ an perubahan dalam ga­ bungan jualan antara ke­ rajaan dan sektor swasta, peningkatan dalam kos pengeluaran kesan per­ tu­ kar­ an asing dan kos kewangan tambahan,” katanya. Bagi prestasi suku ke­ empat berakhir 31 Disember 2016, CCM mencatatkan pendapatan 5.1 peratus lebih rendah kepada RM147.78 juta berbanding RM155.8 juta yang diraih pada suku sebelumnya. Dengan penyusutan pendapatan, untung sebelum cukai CCM bagi suku dikaji juga jatuh kepada RM5.1 juta, 42.7 peratus lebih rendah daripada suku sebelumnya.

CIMB terus diyakini KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) menjangkakan prestasi pertumbuhan pembiayaan kumpulannya sekitar tujuh hingga lapan peratus tahun ini berbanding 8.7 peratus dicatatkan tahun lalu berikutan faktor ketidakstabilan pertukaran mata wang asing. Tahun lalu, pembiayaan kumpulan itu mencatatkan RM320.5 bilion berbanding RM294.8 bilion pada tahun sebelumnya dengan pemborongan menjadi penyumbang utama RM117.5 bilion berbanding RM107.1 bilion pada 2015. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pertumbuhan pembiayaan yang perlahan itu turut didorong ketidaktentuan pertukaran mata wang asing di Indonesia dan Thailand. “Selain itu, kami juga tidak mempunyai perancangan untuk menutup mana-mana cawangan operasi tahun ini tetapi tidak menolak ia dilaksanakan di pasaran operasi yang lain,” katanya. CIMB Group mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai RM4.88 bilion daripada RM3.91 bilion dalam tempoh sama pada 2015.


9

08 - 14 MAC 2017

BISNES

Sime Darby untung RM1.1b KUALA LUMPUR - Perolehan Sime Darby Bhd meningkat kepada RM12.34 bilion pada suku kedua yang berakhir pada suku kedua yang ber­ akhir pada 31 Dis 2016 daripada RM11.83 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan se­ belumnya. Presiden dan Ketua Ek­ se­ kutif Kumpulan Tan Sri Mohd Bakke Salleh dalam makluman kepada Bursa Ma­ laysia berkata peningkatan ketara dalam pendapatan kum­pulan disumbangkan oleh kenaikan dalam harga minyak sawit mentah (MSM) dan pengeluaran tandan bu­ ah segar yang lebih baik semasa tem­poh dalam kajian. Bagi setengah ta­ hun yang berakhir pa­ da Dis, 2016 (separuh tahun kewangan 2017), kum­ pul­­an men­ ca­tatkan ke­­­­ u n­t u n g a n se­­­belum cu­ kai se­­ba­nyak RM1.6 bi­li­­on ma­na­kala ke­ un­­tungan bersih ber­jumlah RM1.1 bilion. Keuntungan se­­­belum cukai

kumpulan dan keuntungan ber­ sih bagi separuh tahun kewangan 2017 naik, masing-masing se­banyak 66 peratus dan 79 pe­ ratus berbanding tempoh enam bulan pertama se­belumnya. Keuntungan se­be­lum cukai bahagian per­la­da­ ngan meningkat hampir em­pat kali ganda kepada RM568 juta pada suku kedua tahun kewangan 2017 daripada RM159 juta pada tempoh yang sama 2016, terutamanya di­ se­bab­kan oleh reali­ sasi harga purata MSM yang le­ bih tinggi dan pe­ nge­ luar­an tandan bu­­ah se­gar yang le­ bih baik pada tem­­poh semasa, ter­utamanya di In­do­nesia dan Papua New Guinea.

Nor Fazleen Zakaria

Pengurus Besar (Operasi), AKPK

Urus wang bersama AKPK Saya ada masalah hutang kad kre­ dit yang sudah lama tidak berbayar menyebabkan hidup saya tidak ten­ teram. Saya ingin membuat per­ mohonan AKPK namun kawan meng­ halang dengan alasan saya sukar hendak membuat pinjaman selepas ini. Kemudian dia mencadangkan satu badan yang juga melaksanakan program seperti AKPK, namanya ‘easy payment’ yang mengurangkan bayaran serta penjimatan hingga 27 peratus. Banyak lagi keistimewaan seperti menebus mata di kedai elektrik dan sebagainya. Soalan saya, adakah program sebegini di­ iktiraf oleh kerajaan? Apakah im­pli­ kasinya kepada CCRIS atau CTOS saya? Terima kasih,

Potensi besar Koridor Timur KUALA LUMPUR - Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan swasta berjumlah RM13.5 bilion tahun lepas, mengatasi sasaran RM12 bilion, dan menyumbang kepada ke­ seluruhan pelaburan sebanyak RM101.1 bilion sejak 2008. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wi­ la­ yah Ekonomi Pantai Ti­ mur (ECERDC) Datuk Seri Jeba­ singam Issace John berkata jumlah pelaburan yang me­ masuki wilayah itu setakat ini berjumlah 91.8 peratus daripada yang disasarkan iaitu sebanyak RM110 bilion menjelang 2020. "Pertumbuhan pesat ECER menyediakan banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan dengan lebih 130,000 pe­ ker­ jaan baharu dan 23,000 usahawan baharu, memberi banyak manfaatkepada kum­ pulan golongan isi rumah ber­ pendapatan 40 peratus te­ rendah (B40) di kawasan bandar dan luar bandar di wilayah ini," katanya. Beliau berkata, ECER men­ catatkan kadar pertumbuhan tahunan digabung pada 30 peratus dan 37 peratus masingmasing bagi pelaburan swasta dan peluang pekerjaan sejak 2008.

Jawapan AKPK menyediakan Program Pe­ngurusan Kredit (PPK) bagi mem­ bantu peminjam berunding dengan bank untuk menstruktur semula pembayaran balik berdasarkan alir­ an tunai peminjam. Ini bermakna, peminjam akan membayar balik pinjaman berdasarkan kemampuan dan tiada lagi sebarang gangguan dari pihak bank selagi peminjam mematuhi program yang telah disediakan. Bagaimanapun, semasa pro­ gram ini berlangsung, peminjam akan menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman baru. Ini wajar memandangkan peminjam perlu meng­ ubah gayahidup, termasuk tidak lagi menambah komitmen. Apabila PPK tamat, peminjam bebas memohon pinjaman baru tertakluk kepada budi bicara bank. AKPK tidak dapat mengulas me­ ngenai perkhidmatan yang dit­ awarkan oleh syarikat ‘easy payment’ memandangkan kami tidak mempunyai maklumat berkenaan. Bagaimanapun, kami ingin me­ nasihat­ kan orang ramai supaya

Jebasingam ber­ kata ECER ju­ ga mencatatkan per­­tumbuhan pe­ la­­buran swasta yang kukuh ter­ uta­manya da­ lam sektor-sek­ tor utama iaitu pem­buatan, pe­ lan­congan dan bio­ekonomi. Ke­ tiga-tiga sektor itu secara terkumpul mewakili 80 pe­ ra­tus daripada jum­lah pelaburan dalam ECER. Beliau berkata setakat ini, taman perindustrian di ECER ber­ jaya menarik pelaburan swas­ ta berjumlah RM28.2 bilion. Taman Perindustrian Ma­lay­sia-China Kuantan (MCKIP) memperoleh pe­ laburan berjumlah hampir RM20 bilion dalam industri teknologi tinggi termasuk per­ alatan plastik dan logam, kom­ ponen automotif dan keluli. "Pelaburan terkini di MCKIP ialah projek bernilai RM4 bilion oleh Wuxi Sun­ tech Power Co Ltd, China, dan rakan-rakan kongsinya, un­ tuk membina pangkalan pe­ nge­ luaran bagi sel solar

berwaspada ketika mendapat per­ khidmatan pengurusan kewangan daripada institusi atau agensiagen­ si lain, khususnya berkenaan penstrukturan semula pinjaman. Perkhidmatan AKPK adalah per­ cuma dan boleh didapati di 11 cawangan yang terletak di bandar utama dan di 26 pejabat kaunseling yang beroperasi di seluruh negara. Makluman lanjut berkenaan AKPK boleh didapati dengan melayari laman web, www.akpk.org.my atau menghubungi pegawai kami di talian 03-2616 7766. Berkenaan implikasi CCRIS dan CTOS, kita perlu memahami peranannya terlebih dahulu untuk membuat sebarang andaian atau keputusan:

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my

dan peralatan te­ na­ ga hijau," kata Jebasingam. Beliau berkata pang­kalan pe­nge­ luaran itu akan men­jadi ki­lang tung­gal ter­besar sel solar di Asia Tenggara dan ber­potensi me­ wujudkan kira­ kira 5,000 peluang pekerjaan lang­ sung dan tidak lang­sung. Menurutnya, sektor pe­lan­cong­ an juga mendapat rang­ sang­ an daripada pelbagai pro­ jek berimpak tinggi se­ perti transformasi projek Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu menjadi Bandar Pinggir Pantai Warisan yang meriah. Beliau berkata projek itu menarik pelaburan ber­ jumlah RM5.6 bilion dan mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan. Projek pelancongan lain ter­ masuk Kuantan Water­ front dan projek Pekan Heritage, termasuk Muzium Masjid Sultan Abdullah, yang dilancarkan baru-baru ini yangmenyaksikan pe­ning­kat­ an kedatangan pe­ lancong ke Pahang.

CCRIS Biro Kredit Bank Negara Malaysia (Biro Kredit BNM) mengumpul maklumat kredit peminjam, ter­ masuk perseorangan, perniagaan, syarikat dan entiti kerajaan kemudian menyalurkansemula maklumat tersebut kepada pihak penyedia kredit. Setiap kali anda memohon pinjaman baharu, penyedia kredit akan membuat rujukan berhubung dengan status kredit anda melalui Biro Kredit tersebut. Penyedia kredit berkenaan akan menggunakan mak­lu­ mat yang di perolehi melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit atau Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk membuat sebarang keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman ataupun sebaliknya. Anda dinasihati mendapatkan salinan laporan CCRIS untuk mengetahui rekod pembayaran anda sa­ ma ada ianya teratur, tertunggak atau terlewat bayar. Adalah berbaloi jika andamembuat bayaran mengikut jadual kerana ia akan tertera di dalam laporan kredit anda. Jika anda di bawah program PPK, nama anda juga tersenarai didalam CCRIS sehingga tamat pem­ bayaran dibawah program ini. CTOS CTOS atau Credit Data Systems Sdn Bhd pula ialah sebuah syarikat persendirian (di bawah kawalan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010) yang juga memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang individu kepada pihak yang berminat, biasanya pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen. Selain dari maklumat kewangan, CTOS juga memaparkan maklumat tindak­ an saman atau muflis terhadap individu. Maklumat lanjut tentang CTOS boleh diperolehi melalaui laman web www.ctoscredit.com.my .


10

08 - 14 MAC 2017

SANTAI

hujung minggu

4x4 bukan sukan egois Mohd Nazir Nari (dua dari kiri) bersama ahli Yetza Garage yang lain MURNI REJAB

SUKAN ekstrem kenderaan pa­ cuan empat roda 4x4 semakin menjadi idaman me­reka yang tahan dengan aktiviti lasak. Mental dan kreativiti mesti seiring, ta­jam dan tak mudah patah se­mangat sesuai dengan ga­ ya garang kenderaan pe­ miliknya. Usia dan jantina bukan peng­ halang, ahli 4X4 atau 4WD ini seakan berlumba takhluki belantara, jeram, sungai mahu pun cerun mer­­ bahaya. 4WD tidak me­ men­­tingkan tahap kelajuan tetapi mereka sentiasa sehati menerokai maklumat untuk pastikan kenderaan sentiasa ada pick up. Lebih sukar re­ dahan maka makin tinggi markah kepuasan mereka, ma­kin cemas itu petanda saat yang menghiburkan makin dekat. Biasanya ia dilakukan se­ ca­ ra berkumpulan supaya

ban­ tuan boleh disalurkan sekiranya ada yang bermasalah ataupun tersangkut. Selain masuk hutan, pelbagai aktiviti menarik yang kumpulan ini sering lakukan antaranya me­ ngembara ke luar negara. Namun kali ini kolum Jimba-Jimba akan membawa anda bersama kumpulan ken­ deraan pacuan empat roda ini di pameran dan jualan ba­ rangan terpakai 4x4 yang sedikit lari dari fokus asal namun di sebaliknya memberi banyak manfaat. Aktiviti yang berlangsung di Extreme Park, Shah Alam ini bersifat lebih santai dan memberi sedikit ke­ lainan dengan rutin yang selalu mereka lakukan. Menurut Amran Ahmad Mokhtar, 62, Naib Pengerusi Malaysian Caravan (KOP), aktiviti seperti ini dapat me­ ngeratkan lagi hubungan sila­turahim antara kumpulan pacuan empat roda yang lain. “Kami dapat berkongsi

ilmu dan minat yang sama dalam pemanduan pacuan empat roda ini. Malah kami turut kongsi apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama selain dari masuk hutan dan mengembara,” ujarnya. Jelasnya, dengan adanya pameran ini mereka dapat menjual barangan terpakai dan aksesori kenderaan pa­

cuan empat roda dari kelab komuniti yang mempunyai kenderaan lain. “Sebagai ahli komuniti pa­ cuan empat roda, seharusnya kita berganding tangan un­ tuk bersama mengenal ser­ ta berkongsi pengalaman dan 'passion' ini kepada se­ mua dengan aktiviti yang me­ nyumbang ke arah pem­ bangunan insan yang sihat,” jelasnya kepada WARTA. Bagi Mohd Nazir Nari, 33, dia yang baharu setahun menyertai Kelab Yetza Garage mengakui bahawa pameran seperti ini dapat memberi in­ put banyak terhadap sukan lasak ini di samping mengeratkan silaturahim, dia dapat menambah ilmu ber­ kaitan pacuan empat roda ini.

“Kerana minat kepada aktiviti lasak, saya meng­ guna­ kan peluang ini untuk berkongsi pengalaman de­ ngan penggemar pacuan empat roda yang lain yang masing-masing memandu ken­ deraan yang lebih men­ cabar,” jelasnya yang memiliki pacuan empat roda Kembara. Pacuan empat roda 4x4 menguji keupayaan pe­ man­ dunya mengemudi jentera mo­den meredah kerenah alam dengan rintangan sepanjang per­ jalanan seperti sungai, laluan berlumpur, berbatu dan berbukit. Aktiviti ini juga mencabar percaturan strategi dan menguji kecekapan serta keberanian yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental pengemarnya.

Masing-masing berkongsi minat yang sama

Kenali diri melalui STIFIn

NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

ADAKAH anda mengenali potensi diri sendiri? Pernahkah anda bertanya, kenapa orang lain tidak memahami diri anda atau tidak berfikir seperti anda? Saya percaya situasi ini sentiasa bermain di fikiran anda samada di rumah maupun di tempat kerja. Baru-baru ini saya menjalani satu ujian yang dipanggil STIFIn untuk membolehkan saya mengenali potensi diri saya sendiri. Menerusi STIFIn, anda sebenarnya boleh men­ jimatkan 10,000 jam (lebih 400 hari) hidup anda oleh kerana STIFIn mampu memendekkan masa yang diperlukan untuk anda mengetahui potensi sebenar anda.

Ujian STIFIn sangat mudah kerana teknologinya menawarkan ujian yang memerlukan pengimbasan 10 jari anda dalam tempoh masa tertentu dan anda hanya perlu menunggu kurang daripada 10 minit untuk memperolehi keputusan. Ia mampu mengenal pasti personaliti seseorang dengan menganalisa be­lah­ an otak utama yang menjadi mesin ke­ erdasan anda. Terdapat lima jenis mesin kecerdasan iaitu Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling dan juga Instinct. Ujian STIFIn merupakan satu ka­e­ dah terkini dalam mengenal pasti dan memahami personaliti dan karakter seseorang dengan menggunakan cap jari biometrik dan kumpulan darah. Pakar-pakar dari Universiti Pen­ didikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian dan penyelidikan yang mendalam mengenai ujian ini. Berdasarkan konsep yang mudah de­ ngan ketepatan 95 peratus, seseorang boleh menggunakan ujian ini untuk meningkatkan tahap profesionalisme,

perniagaan, organisasi, keibubapaan dan cara pembelajaran bagi setiap go­ long­an umur. Difahamkan, ujian STIFIn sangat popular di Indonesia. Mesin kecerdasan STIFIn adalah hasil kajian Dr Farid Poniman, pakar psikologi dari Indonesia. Kajian beliau menghasilkan mesin kecerdasan STIFIn yang telah diguna pakai sejak 15 tahun lalu di negara Indonesia di mana lebih daripada 1 juta orang telah melalui ujian imbasan cap jari STIFIn. Di Malaysia, kaedah kecerdasan ini telah diperkenalkan oleh Datuk Dr Baha, seorang yang berlatarbelakangkan pen­didikan Psikologi dan Al-Quran, de­ ngan hasrat mahu melahirkan lebih ramai Haffiz yang dapat menguasai bukan saja hafazan malah pemahaman Al-Quran dalam masa yang singkat dengan mengetahui jenis kecerdasan dan personaliti anak-anak tersebut. Personaliti anak-anak boleh diketahui seawall usia tiga tahun. Ujian STIFIn membolehkan se­se­

orang menjalani kehidupan ber­ kualiti dengan mengenali potensi diri tanpa membuang masa yang berharga. Ia juga boleh mengasuh bakat yang boleh membantu mempertingkatkan lagi sesuatu pencapaian, menjadi lebih fokus ke­ pada minat dan kemahuan diri sendiri, membantu mengenal pasti kerjaya yang sesuai dan membolehkan anda mengetahui ke­ kuatan dan kelemahan diri sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk kita meluangkan masa untuk me­ ngenali diri sendiri, pasangan dan anak-anak kita supaya kita lebih memahami karakter masingmasing bagi memudahkan kita berkomunikasi dan menjalani ke­ hidupan yang lebih harmoni.


11

08 - 14 MAC 2017

Khidmat untuk bisnes PERKHIDMATAN PELA­­ MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu­ nang, Mini pelamin, Pe­ la­ min rumah, Pelamin ni­­kah, Pelamin Cukur Jam­ bul (Harga boleh di­run­ding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings

KLASSIFIED

Khidmat untuk bisnes

Khidmat untuk bisnes

KEDAI PERKHIDMATAN PERCETAKKAN bertempat Kompleks PKNS Shah Alam & Puncak Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Rekabentuk grafik, Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Poster, Kad Kawin, Pelekat Motor & Kereta serta cetakan Baju. Hubungi: 012-671 1929 (Johan) & 012-511 5170 (Daus)

Khidmat untuk bisnes

SERVIS KOMPUTER, KOM­­PUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat)

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Bahasa Inggeris? Atau khidmat penulisan sosial media. Hubungi: 012-3050 043 (ELIZA)

TEMPAHAN KUIH TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan atau stokis PENULIS LAMAN WEB jamuan (diperlukan). berminat BAHASA INGGERIS 018-2868 795 Memerlukan khidmat hubingi: penulis laman web dalam (Zeera)

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

KERANI AKAUN, Pe­man­ du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658

Diperlukan Pemandu Peri­­badi Juruteknik Elek­trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 dijual PEMANDU PERIBADI (Su­bang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Sek 36 Shah Alam Hubungi Tel 011-35851693

CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah­ suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606

PEMBANTU STOR DI­ PER­LUKAN segera. Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my

SUNGAI BULOH, KUN­ DANG, Taman Tasik Biru, Teres 1 tkt, 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding, Hamdan 019-240 3632

PENJAGA STORE & ke­ rani puchasing. Kerja lokasi Cheras Mahkota. Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189

TMN DESA Batu Caves, Gombak, APt tkt 4, 3bilik, 2bilik air. Kemasukan segera RM300k Tel 012217 4449 / 012-227 4449

KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER­ PE­NGA­LAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287

Notis

KEHILANGAN PASS­ PORT. Nama: Abdulghani Hezam Ahmed Senan. Warganegara: Yemen. Tarikh hilang: 23 Jan 2017 Lokasi: Kehilangan passport South City Plaza. Seri Kembangan Selangor. Hubungi No: 018-3939578 / 011-3534 5010 KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838

Apartment untuk dijual KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k AMPANG, TMN NIR­ WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258. UKAY PERDANA, SRI­ PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .

Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


12

08 - 14 MAC 2017

Rapid KL tambat hati editor Arab Saudi Teks AZHAR GHAZALI Foto NORMAN YUSOF & EDDIYAL DJAMALUS

PERKHIDMATAN rel Rapid KL, yang menguruskan keselesaan perjalanan untuk lebih setengah juta penumpang sehari, mendapat pujian tinggi daripada Ketua-ketua Editor dari Arab Saudi, yang datang berkunjung ke ibupejabat Rapid Rail di Subang barubaru ini. Diketuai oleh Presiden Agensi Berita Arab Saudi, Abdullah F. Al Hussain, delegasi itu dianggotai oleh ketua-ketua editor daripada mediamedia utama Arab Saudi termasuk Al Jazirah, Saudi Gazette, Arab News, Al Madinah, Okaz, Al-Watan, Al-bilad, Ghiberti, Al-Eqtasadiah, Al-Monsour, Al-Hayat, Al-Sharq, Makkah, Riyard, dan Sabq di samping para pegawai tinggi daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dengan media massa dan industri komunikasi. Rombongan para pegawai tinggi dan amat berpengaruh itu dibawa meninjau operasi di stesen MRT

Pusat Bandar Damasara sebelum menggunakan perkhidmatan sistem pengangkutan terbaru negara itu ke stesen Surian. Sepanjang perjalanan, mereka diberi taklimat dan penerangan oleh Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – syarikat induk untuk Rapid Rail Sdn Bhd. Turut membantu memberi penerangan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir. Zohari Sulaiman dan Puan Masnizam Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), yang memimpin misi Prasarana dalam mengembangkan sayap operasi di luar negara dengan Arab Saudi menjadi sasaran utama. Berkunjung ke Malaysia untuk menyertai rombongan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, Prasarana merangka program lawatan ke Rapid Rail sebagai satu inisiatif untuk menguatkan

Diberi penerangan mengenai servis MRT

Anggota delegasi meninjau kemudahan dalam perkhidmatan MRT.

keyakinan Arab Saudi terhadap kepakaran anak-anak Malaysia. Walaupun telah melihat sendiri kehebatan Prasarana dan anak-anak Malaysia mengemudi operasi tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Mekah, lawatan ke Rapid Rail itu diharapkan dapat mengukuhkan lagi keyakinan mereka selaras dengan keputusan untuk membida projek-projek rel yang baru dan penyambungan kontrak MMMSL, yang berakhir tahun ini. Daripada Surian, rombongan Ketua-ketua Editor itu kemudiannya menaiki bas ke Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di mana para pelawat dari Arab Saudi itu melihat sendiri kerjakerja di Pusat Kawalan Operasi (OCC), yang mengendalikan tren-tren tanpa pemandu dan beroperasi sepenuhnya menggunakan sistem komputer. Satu majlis taklimat oleh Datuk Seri Azmi telah diadakan di kawasan galeri OCC itu mengenai bisnes dan operasi Prasarana serta anak-anak syarikatnya – PRIME, Rapid Rail, Rapid Bus, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE),

Prasarana Rail & Infrastructure Projects Sdn Bhd (PRAISE) dan Prasarana Integrated Solutions & Management Sdn Bhd (PRISM) Berucap pada majlis berkenaan, Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Prasarana kerana menganjurkan lawatan, yang telah memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga untuk dikongsi bersama-sama dengan para pembaca di Arab Saudi. Presiden Agensi Berita Arab Saudi itu turut melahirkan harap agar pertemuan pada hari itu menjadi titik permulaan untuk kolaborasi yang lebih erat antara Prasaran dan Arab Saudi, yang sememangnya berhasrat untuk mentransformasikan sistem perekonomian negara berkenaan selaras dengan program Visi 2030 Arab Saudi. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren baru empat gerabak Innovia Metro 300, rombongan pelawat itu turut berpeluang untuk melihat jurutera dan juruteknik Rapid Rail menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tren di Depoh Subang.


13

08 - 14 MAC 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.

EKSPRESI

Peniaga pinggir jalan undang bahaya DI SINI saya ingin membuat aduan mengenai sikap segelintir peniaga makanan waktu petang di kawasan Damasara. Cara mereka berjualan di pinggir jalan bukan saja mem­ bahayakan diri mereka bahkan orang lain. Apa yang saya dapat lihat mereka berjualan betul-betul di pinggir dan simpang jalan serta selekoh masuk ke kondominium. Sekiranya ada kereta yang memandu laju dikhuatiri terbabas dan merempuh peniaga makanan ini. Begitu juga kereta-kereta yang ingin memasuki selekoh ke kondominium di situ, yang

pastinya menyukarkan mereka melalui kawasan berkenaan dan boleh menyebabkan kemalangan. Selain itu sikap mereka yang berniaga di pinggir jalan juga boleh menyebabkan kawasan ter­ sebut sesak teruk dengan ken­ deraan. Diharapkan pihak yang berwajib mengambil tindakan ter­ hadap peniaga-peniaga makanan ini. Sepatutnya mereka carilah tempat yang bersesuaian untuk berniaga. MAZLINA AHMAD, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA.

YANG BAIK ITU BUDI... Kejadian yang berlaku di RnR Elmina, Highway Guthrie baru-baru ini menyedarkan saya bahawa masih ada insan yang baik di dunia. Ketika saya bersama keluarga singgah makan di sana, saya terdengar per­ bualan di meja sebelah, seorang le­ laki bersama dua rakannya se­ dang menghubungi seseorang me­­ngatakan dompet orang di­hu­ bunginya itu tertinggal. Setelah lelaki tersebut me­ na­ matkan panggilan, terus saya buka mulut bertanya. Rupanya, tuan empunya dompet berkenaan sudah sampai di Kajang dan dalam perjalanan balik ke Kedah. Isi dompet itu pula calang-calang, agak ‘gemuk’ isinya. Apa yang mengagumkan saya mereka bertiga sanggup menunggu lelaki berkenaan berpatah balik ke sana biarpun tahu dia tidak tahu ia akan mengambil masa yang lama. Kalau fikir mudah, boleh sahaja me­ reka meninggalkan dompet ber­ kenaan kepada cleaner atau pekerja restoran di situ. Rupanya, kejadian yang hampir sama berlaku kepada lelaki yang menghubungi pemilik dompet ber­ kenaan di mana dia pernah kehilangan bag berisi RM3,000 dan ada insan baik yang sanggup datang ke rumahnya menyerahkan begnya di Tasik Biru. Pengalaman masa lalu mempengaruhi dirinya untuk melakukan perkara sama terhadap

Laluan motor sunyi, gelap TERIMA KASIH Warta kerana me­ nyiarkan surat saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk melahirkan rasa kebimbangan saya di laluan terowong motosikal di Lebuh raya Guthrie. Keadaan terowong yang sunyi terutama di bahagian selekoh yang jauh dari jalan besar mengundang pelbagai bahaya kepada penunggang motosikal. Tambah-tambah lagi di kawasan ter­ sebut tidak boleh terlalu laju kerana ada selekoh. Apa yang dibimbangkan bukan mengenai binatang buas, tapi kerana kawasan tersebut boleh mengundang kejadian samun, tambah-tambah lagi kes samun sememangnya sering ber­­ laku di situ. Memandangkan ka­ was­ an tersebut agak jauh dan sunyi, penyamun dengan mudah mengambil kesempatan untuk bersembunyi dan akan menyamun penunggang motosikal di kawasan selekoh tersebut.

Ia juga pasti membahayakan pe­ nung­ gang wanita, dibimbangkan se­ kira­nya kejadian rogol pula berlaku ke­ rana melalui kawasan terowong sunyi berkenaan. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, saya mengesyorkan agar diletakkan CCTV bagi memantau laluan kawasan sekitar terowong berkenaan. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di situ. Selain itu, diharapkan pihak berwajib juga memberi kelonggaran penunggang motosikal menggunakan jalan lebuh raya biasa selepas jam 7 malam. Langkah ter­sebut mungkin boleh membantu me­ nge­ lakkan kes jenayah di kawasan terebut. Saya harap permasalahan ini men­ dapat tindakan sewajarnya. JAMAL JAMALI, PUNCAK ALAM, SELANGOR.

INFO KL pemilik dompet berkenaan. Kalau dilihat imej mereka bertiga, kelihatan biasa-biasa sa­ haja, berkemeja seluar jeans, t-shirt dan bukannya berkopiah atau berjubah untuk kita mudah menilai orang. Tetapi itulah nilai diri seorang insan yang ter­ sembunyi. Mereka diuji, dan lulus. Sesungguhnya dunia ini masih ramai orang baik. Ahmad Rozaimi, Shah Alam Sudah lama saya memerhati telatah seekor anjing ini umpama resah melihat longkang di be­lakang rumah saya. Terfikir ju­ga, apa yang diperhatikannya. Lalu saya menjenguk ke dalam long­ kang itu, rupanya ada si comel yakni anaknya jatuh di dalam longkang berkenaan. Kasihan melihatnya. Panik juga hendak menolong anak anjing itu. Salah satunya, bimbang tangan mungkin digigit, yang keduanya bimbang ibu anak anjing berkenaan menerkam saya. Dalam masa berfikir penyelesaian, tiba-tiba saya ditegur seorang pemuda India. Tanpa membuang masa, saya meminta dia untuk mengambil anak anjing berkenaan. Mujur dia mahu membantu. Bersyukur adanya pemuda itu. Terima kasih. Shazlin, Beranang

Bas percuma di Selangor Berita baik buat rakyat Selangor kerana kerajaan negeri telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma di kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penyediaan bas ini bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Jalan-jalan yang terlibat di bawah jajahan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MajlisBandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Masa : 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kekerapan perjalanan 15 minit)


14

08 - 14 MAC 2017

DESTINASI

Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak

Bagi yang berminat untuk menambah pengetahuan berkenaan jenayah seksual kanak-kanak boleh hadiri Seminar Jenaya Seksual Kanak-Kanak anjuran Permata Negara (PERMATA) yang diadakan pada 13 dan 14 Mac 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seminar dua hari ini dijangka dihadiri oleh 2,000 peserta dari pelbagai pihak berpekentingan. Seramai 15 pakar dari dalam dan luar Negara di jemput untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa dan orang ramai mengenai jenayah ini. Antara duta yang terlibat dalam kempen ini ialah Lisa Surihani, Hunny Madu, Harith Iskandar dan Fahrin Ahmad. Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh menghantar nama, no. kad pengenalan, pekerjaan, emel dan nombor telefon bimbit kepada Cik Rosie Lonia (rosielonia@ permata.jpm.my) dan Cik Azdila (azdila.mahmod@permata.jpm.my)

Kelas catur si comel

Kuasa ‘vest’ elektrik

Tenis terbuka Malaysia

Anak anda bijak memanipulasi permainan video? Kali ini asah bakatnya dengan menghantar mereka ke kelas permainan catur yang memerlukan lebih daya pemikiran. Di Lara’s Place, anak anda akan dilatih dalam kelas catur dua kali seminggu yang merangkumi pengajaran serta pembelajaran dari asas hingga peringkat tertinggi. Mana tahu, anak anda akan lebih berpotensi di gilap hingga ke peringkat lebih hebat. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/kids/chessfor-kids# tab_panel_2

Bakar kalori anda selama 20 minit di Impulse Studio yang menggunakan ‘Electric Muscle Stimulation’ (EMS). Di sini, anda akan dipakaikan vest latihan yang mengandungi wayar dan elektrod yang berfungsi lebih berkesan ketika pemakainya mengadakan latihan seperti ‘squat’, ‘lunges’ dan ‘crunches’. Aliran elektrik berkuasa rendah akan memberi kuasa ‘gigitan’ yang ringan untuk memberi impak yang lebih berkesan. Ia mampu membantu membentuk otot, melegakan sakit belakang dan menurunkan berat badan tiga kali lebih cepat berbanding latihan konvensional gimnasium. Maklumat lanjut menerusi https:// www.timeout.com/kuala- lumpur/sport-andfitness/ impulse-studios#tab_panel_2

Jika anda peminat sukan tenis, ini adalah gelanggang yang tidak harus dilepaskan. Saksikan Kejohanan Terbuka Malaysia ALYA WTAA bertempat di Bukit Kiara TPC (sebelum ini dikenali dengan nama KLGCC). Perlawanan membabitkan pemain tenis wanita antarabangsa ini bermula 25 Feb dan 2 hingga 5 Mac dengan tiket berharga RM43 hingga RM183. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/ kuala- lumpur/things-to-do/alya-wta- malaysianopen#tab_panel_2

Bengkel kreatif

Pekan koboi di Sungai Besi Jom jalan-jalan sekitar Pekan Sungai Besi, yang seni bina bandarnya masih kekal tanpa disentuh sejak 80 tahun dahulu. Bangunan sebelum perang yang kekal dengan warna kuning pudar serta kesan karat mengingatkan kembali zaman kolonial yang dibina pada tahun 1930an. Anda boleh singgah untuk makan di warung dan makan apam balik untuk melengkapkan perjalanan yang penuh memori ini. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kualalumpur/things-to-do/best-bits- of-kl-pekansungai-besi-in- sungai-besi

Mahu mengasah kemahiran seni anda? Boleh sertai bengkel seni atau kraf tangan yang mampu memberi signifikan pada hidup anda. Sama ada anda mempunyai asas seni atau tidak, boleh belajar kemahiran dari awal hingga pandai. The Craft Crowd yang terletak di Bangsar menyediakan bengkel kaligrafi moden, menghias buku nota, mewarna bunga dengan cat air, menulis dengan berus ‘Italic’ dan membuat bunga kertas. Sebarang maklumat lanjut boleh di lihat di https://www.timeout.com/kualalumpur/things-to-do/the-craft- crowd-1

Menu ikan bakar Teringin menu ikan bakar? Jom ke Kedai Kat Jat di belakang Istana Negara lama. Dengan segala makanan laut di letakkan rempah istimewa, kemudian di balut dalam daun pisang seterusnya dibakar sempurna, membuatkan aroma ikan bakarnya terhidu dari jauh lagi. Selepas puas menikmati ikan bakar dicecah air asam, lengkapkan dengan segelas air kelapa untuk menyempurnakan hidangan tengahari anda. Maklumat lanjut menerusi https://www. timeout.com/kuala- lumpur/restaurants-andcafes/ kedai-kak-jat


15

08 - 14 MAC 2017

TRENDING Kucing temankan pasangannya beranak

Anak Saleem Iklim Tular di media sosial dengan video nyanyian seorang anggota bomba yang mempunyai suara mirip penyanyi terkenal Saleem Iklim. Suara serak basah pemuda tersebut berjaya menarik perhatian netizen dan videonya dikongsi ramai. Setelah disiasat, ruparupanya lelaki yang bernama Nursyafiq itu sememangnya anak Saleem Iklim. Patutlah suaranya hampir sama.

Video kekasaran jadi tular Sebuah video menjadi tular apabila memaparkan seorang penuntut sebuah pusat latihan perindustrian di Jitra didakwa dikasari tenaga pengajarnya. Bagaimanapun kes itu dianggap selesai apabila mangsa dan keluarganya serta tenaga pengajar terbabit berdamai dan tidak mahu memanjang isu berkenaan. Polis turut menyiasat kes tersebut dan berpuas hati dengan penjelasan kedua-dua pihak.

Ayah dapat hadiah 'bekas kereta' Di Amerika Syarikat, Stephanie Hamren telah membuat kejutan istimewa kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenis Ford Coupe 1939, yang pernah menjadi milik lelaki tersebut 21 tahun lalu. Ayahnya telah menjual kereta tersebut untuk membiayai pelajaran Stephanie dan anak-anak yang lain. Stephanie bersama-sama ibunya mencari kereta tersebut lalu mengecatnya sama seperti sebelumnya. Kejutan tersebut bukan sahaja membuat ayahnya terharu tetapi netizen yang turut menyaksikan video yang dipaparkan di media sosial.

Netizen terpesona dengan seekor ku­ cing jantan yang bersifat penyayang ke­pada pasangannya yang melahirkan anak. Momen tersebut dikongsi oleh pemilik kucing, Thuy Duong dari Viet­ nam. Kucing yang namanya Yello di­ gambarkan dengan sabar menunggu Tam The melahirkan anak, tidak se­ per­ ti perangai kucing lain yang ti­ dak mempedulikan hal itu. Lebih me­ ngujakan, Yello turut memberi so­ kongan kepada pasangannya itu se­ lepas beranak dengan menjilat-jilat se­ bagai tanda kasih sayang.

iPhone 7 Plus meletup?

Hans Isaac selar bekas teman lelaki tunangnya

Seorang pengguna telefon pintar iPhone 7 Plus di Amerika Syarikat mendakwa telefonnya meletup dan mula berasap walaupun tidak digunakan pada ketika itu. Video berdurasi 20 saat itu dikongsi oleh Brianna Olivas dari Tuscon, Arizona menerusi akaun Twitternya. Selain kepulan asap, bateri telefon juga kelihatan lebur akibat letupan itu. Menurut Olivas, dia sedang tidur ketika kejadian itu berlaku, dan teman lelakinya yang bertindak untuk membuang iPhone 7 Plus itu ke dalam bilik mandi serta merakam insiden berkenaan.

Setelah memperkenalkan bakal isteri­ nya kepada umum, Hans Isaac dan pa­ sang­ annya, Aileen Gabriella Robinson me­nerima tohmahan daripada seorang lelaki yang mendakwa dia teman lelaki Gabriella. Lelaki itu mendakwa dia masih berhubungan dengan Gabriella. Namun begitu, Hans menyelar perbuatan le­la­ki tersebut yang sebenarnya tidak bo­leh menerima bahawa hubungannya de­ ngan Gabriella telah berakhir. Mereka me­ rancang akan berkahwin pada 29 Julai ini.

Ibu atau ayah? Video yang tular di Tweeter berkenaan wartawan menemuramah seorang budak lelaki yang ceria. Tatkala wartawan bertanyakan antara ibu dan ayah, yang mana satu paling disayangi, budak lelaki itu menjawab ‘Ayah’. Wartawan itu bertanya sekali lagi dan budak tersebut masih memberi jawapan yang sama. Sehinggalah wartawan membacakan hadis bahawa ibu perlu lebih dihormati, baru lah budak itu menjawab ibu. Bagaimanapun ibu budak tersebut sudah pun meninggal dunia kerana perang. Hal ini menyebabkan netizen mengalirkan air mata kerana sedih

'WhatsApp Status’ ceriakan pengguna Sempena ulang tahun yang ke­ lapan, aplikasi sosial WhatsApp me­ ngemaskini aplikasi sosialnya dengan memperkenalkan ciri terbaharu ‘WhatsApp Status’. Ia membolehkan pengguna untuk skrol kandungan ‘story’ seperti Instagram dan juga Snapchat. Pengguna boleh berkongsi rakaman foto, GIF atau video dilapisi dengan lukisan, emoji dan kapsyen yang akan dapat dilihat oleh rakan-rakan yang terpilih untuk tempoh 24 jam, sebelum hilang.

Ikan koi Jepun dalam longkang Di Jepun, longkang mereka sangat ber­ sih sehingga membolehkan penduduk membela ikan koi di sepanjang longkang. Hal ini membuatkan netizen pelik dan kagum dengan sistem yang dilaksanakan oleh masyarakat Jepun. Seorang netizen berkongsi cerita ‘kisah geisudo’ iaitu sistem paip air kumbahan dirawat hinggakan ada penduduk yang membasuh sayur dan lauk pauk menggunakan air longkang. Kisah ini memang elok dijadikan tauladan

Tiga ciri penagih telefon pintar Ada netizen yang menggariskan tiga perkara yang hampir semua orang aplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan telefon pintar. Perkara pertama ialah kebanyakkan orang akan bangun pagi lalu menyemak media sosial terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain. Hal yang kedua ialah waktu makan tengahari digunakan untuk melihat status kawankawan manakala hal yang terakhir ialah merakamkan gambar OOTD atau lebih dikenali sebagai ‘Outfit Of The Day’. Jika anda melakukan kesemuanya, maka sah anda juga ketagih telefon pintar.


16

08 - 14 MAC 2017

Nokia 3310 muncul semula Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

my.warta

dang pasir di

hari di pa Makan tenga

imkjgallery

Sudan oleh @

my.war

ta

BARCELONA – Telefon bim­bit Nokia 3310 kembali mewarnai industri te­ le­ komunikasi dengan versi terkini. Sebagai lagenda, Nokia 3310 dikenali sebagai peranti paling terkenal di dunia. Rekaannya yang tahan lasak menjadi bualan di kalangan pemilik peranti mudah alih. Masih mengekalkan re­ ka­ an klasik Nokia 3310, perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna. Susunan butang masih lagi sama seperti model asal dan permainan klasik Snake turut disertakan. Skrin 2.4 berwarna dipadankan dengan storan 16 megabyte dengan sokongan kad mikroSD sehingga 32 giga­ byte. Sebuah kamera 2 megapixel turut disertakan pada panel belakang. Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Tidak seperti peranti moden, ia hanya menyokong rangkai 2G. Dengan harga hanya 49 euro (RM230), daya tarikan telefon itu terus meningkat sebagai pengganti telefon pintar dengan keupayaan masa bercakap selama 22 jam dan mampu bertahan

sehingga sebulan dalam ke­ adaan sedia. Penganalisis memuji pe­­ lancaran 3310 sebagai lang­ kah permulaan kepada retro pintar, namun ia mampu mengeruhkan kemasukan se­ mula syarikat itu ke dalam pasar­an telefon pintar global. Nokia turut melancarkan empat telefon pintar berharga antara 139 euro (RM652) hingga 299 euro (RM1403). Pernah muncul sebagai pembuat telefon paling do­ minan dunia, Nokia pada tahun 2014 menjual operasi telefon bimbitnya kepada Microsoft dengan harga AS$7 bilion (RM31.10 bilion),

sekali gus meninggalkannya dengan perniagaan peralatan rangkaian dan portfolio paten. Namun pada tahun lepas, jenama Nokia menerima per­­ mulaan baharu selepas me­ lesenkan jenama perantinya kepada HMD Global, iaitu sebuah syarikat baharu di­ terajui oleh bekas eksekutif Nokia dan disokong oleh ger­ gasi elektronik China, Foxconn. Telefon Nokia 3310 asal terjual sebanyak 126 juta unit, iaitu model telefon ke 12 paling laris dalam sejarah. Sembilan daripada 12 model paling laris itu dihasilkan oleh Nokia

Insta: Malaysia tertinggi di Asia Pasifik Pasar tr

adisiona

l di Marr

akesh,

Morocc

o oleh @

ianazlan

BAGAIMANA UNTUK

MENYERTAI CUTI-CUTI WARTA? 1) 2) 3) 4)

Follow akaun instagram my.warta dan like post kempen Cuti-Cuti WARTA Tagkan 5 kawan anda diruang komen post kempen kami. Hashtag gambar percutian anda dengan #CutiCutiWarta. Tulis kapsyen menarik

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di rantau Asia Pasifik, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh perunding penyelidikan Kantar TNS, penghujung 2016. Kaji selidik itu mendapati peratusan pengguna aktif Instagram di Malaysia meningkat daripada 59 peratus pengguna 2015 kepada 73 peratus tahun lalu. "Perkembangan dalam teknologi mudah alih merupakan pemandu yang ketara, dengan bilangan pengguna telefon pintar di seluruh rantau Asia Pasifik kini berjumlah lebih daripada satu bilion, 11 juta daripada mereka di Malaysia dan kamera telefon pintar semakin canggih memberi pengguna peluang untuk mengambil dan berkongsi gambar serta-merta," kata Kantar TNS dalam satu kenyataan. Ia juga mendapati trend itu tidak

terhad kepada demografi belia sebagai 48 peratus daripada pengguna Internet di Malaysia yang berumur 55 hingga 65 juga pengguna aktif media sosial. "Walaupun anak-anak muda adalah peng­ guna media sosial terbesar di semua platform, kebangkitan 'Insta-Gran' juga mendapat momentum, hampir separuh daripada pengguna Internet di Malaysia yang berumur 55 hingga 65 kini menggunakan Instagram," katanya.


17

08 - 14 MAC 2017

Makan

DI MANA

Restoran cinta kucing memastikan menu di sini lain dari yang lain. Tidak seperti kafe lain, Cat’fe turut menyediakan hidangan pencuci mulut iaitu kek mini berbentuk Hello Kitty seiring dengan konsep kucing yang di­utama­kan. Di­ datangkan dengan pelbagai perisa termasuk coklat dan strawberry menjadikan k e k

Si Comel ditempatkan dalam mini studio khas.

PENCINTA kucing pasti tidak salah memilih kafe di ruangan Makan Di Mana kali ini kerana anda dibawa ke kafe yang bertempat di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam yang berkonsepkan kafe kucing di mana anda dapat menjamu selera sambil bermanja de­ ngan Si Comel. Konsepnya sahaja telah me­ narik pencinta kucing untuk datang ke kafe ini. Bu­ kan itu sahaja, anda juga boleh melihat telatah Si Comel di dalam mini studio yang direka khas. Bagi yang mempunyai anak kecil pasti menarik nafas lega kerana anak-anak pasti tidak akan berganjak ke tempat lain apabila melihat telatah Si Comel ini. Memilih konsep menu Melayu tradisional dan hi­

da­ ngan barat, pemiliknya Hisha­ muddin Zakaria, 33, berkata menu utama yang dihidangkan adalah nasi ku­ kus. Namun resepinya di­olah dan digabung untuk menjadi hidangan yang lebih unik dan menarik. Hidangan yang anda wajib cuba adalah nasi kukus bersama sotong besar yang diimport dari Korea. Saiz sotong yang besar bersama gabungan ala korea bersama tapoyaki, kimchi dan sedikit sentuhan kemelayuan iaitu kuah rendang ini pasti anda tidak toleh ke kiri dan kanan. Gabungan ini sangat sesuai dan rasanya lain dari lain. Bagi yang gemar hidangan barat pula, hidangan sotong crispy menjadi menu wajib cuba kerana adunan resepi

Nasi kukus sotong tarikan utama di Cat'fe

tepungnya menjadikan sotong itu rapuh yang dihidang ber­ sama sos lada hitam, kentang goreng dan juga coslow. Menurut Hishamuddin, re­ sepi yang disediakan adalah dari ibunya sendiri. Idea ga­ bungan resepi ini hasil dari per­cutian dan pengembaraan mereka ke luar negara untuk

Sotong gergasi terbesar di dunia

SEEKOR sotong gergasi yang pernah terdampar di Pantai California satu ketika dulu pernah menggemparkan penduduk setempatnya. Panjangnya adalah 160 kaki. Berdasarkan saiznya yang luar biasa, pakar berpendapat sotong ini dari perairan Futaba, Jepun yang menempatkan pelantar nuklear Fukushima Dai-inchi. Menurut teori mereka, salah satu kesan daripada kemusnahan yang pernah berlaku di pelantar nuklear ini pada tahun 2011 telah memberikan kesan pada saiz sesetengah hidupan laut. Malangnya, ada antara hidupan gergasi ini hanyut mengikut aras lautan hingga memasuki perairan Amerika Syarikat. Sumber lightlybraisedturnip.com

mini ini mempunyai pelbagai warna menarik. Minuman gelas besar adalah menu baharu malah menjadi tarikan utama pe­ lang­ gan yang berkunjung ke sini kerana ia adalah ga­ bungan minuman bersama hirisan buah, yogurt dan ais­ krim. Hidangannya sesuai untuk empat orang dan men­ jimatkan pelanggan yang ber­ kunjung ke sini. Tambah Hishamuddin, me­ reka turut menyediakan sam­butan majlis kecil se­perti majlis hari lahir dan anniver­ sary bertemakan kucing. Ma­ lah ada penampilan isti­ me­ wa iaitu maskot kucing Tom yang dapat memeriahkan lagi sambutan hari istimewa anda. Jadi jangan fikir panjang, jom kita ke Cat’fe.

Mini kek Hello Kitty sebagai dessert.

Lima makanan jadi beracun jika dipanaskan

· Sisa Nasi

Menurut pakar mikrobiologi Martin Goldberg, nasi yang dipanaskan semula menyebabkan bakteria Bacillus Cereus ditemui semasa proses pemanasan semula. Ketika nasi sudah sejuk, bakteria berkenaan akan membiak hingga menyebabkan sakit terutamanya semasa proses pencernaan.

· Ayam

Ayam boleh dipanaskan namun api jangan terlalu besar kerana kandungan protein boleh berubah dan menyebabkan masalah pen­ cernaan.

· Telur

Telur merupakan sumber protein yang mempunyai banyak nutrisi dari

vitamin A, kalsium, Vitamin B6 dan B12. Ketika telur dimasak pada suhu tinggi untuk kedua kalinya, hal ini menyebabkan racun ter­ utamanya pada bahagian kuning telur yang boleh merosakkan dan mengganggu sistem pencernaan.

· Bayam

Bayam yang dipanaskan menyebabkan sayur ini akan tam­ pak berwarna kehitaman setelah beberapa jam dimasak. Ia juga menjadi punca utama kanser.

· Kentang

Bagi mengurangkan risiko, jangan merebus atau memanggang kentang dalam microwave tanpa mengupas atau merendam hirisan kentang dalam air sebelum memasak.


18 Di sebalik nama

08 - 14 MAC 2017

JENAMA

Pemberton & Candler basahkan dunia dengan Coca Cola RADZHA RAIEH

MENYAMBUT ulang tahun ke 130, Coca Cola sudah sebati sebagai minuman ber­ karbonat yang menjadi lambang budaya Amerika Syarikat. Dengan ‘tagline’ ‘taste the feeling’ pada tahun 2016, ternyata Coca Cola ter­ kenal di serata dunia dan men­ jadi minuman ringan yang paling popular. Namun, pencipta mi­num­ an Coca Cola ini agak jarang kedengaran. Ini kerana orang yang mengkomersialkan mi­­numan berkarbonat ini adalah pedagang, Asa Candler. Manakala penciptanya pula adalah John S.Pemberton yang juga dipanggil Dr. John Stith Pemberton. Lahir di Knoxville, Georgia pada tahun 1831, Pemberton menghabiskan masa kecilnya di Rome. Beliau menyelesaikan pengajiannya di Southern Botanico Medical College of Georgia pada 1850. Lima tahun kemudian, Pem­berton mendapat gelaran kedoktoran dalam bidang

far­ masi dari Universiti Philadelphia. Kemudian, beliau berpindah ke Colombus Georgia bersama isterinya Anna Eliza Clifford Lewis dan anak lelakinya Charles Ney Pemberton. Mencari biji & daun cola Di sana, Pemberton me­ ngem­bangkan penghasilan ubat-ubatan. Dalam masa sama, Pemberton berjaya mencipta formula minuman berkarbonatnya pada 8 Mei 1886 di Atlanta. Beliau berusaha membangunkan perniagaannya dengan men­ jual minuman yang me­ngan­ dungi alkohol ‘French Wine Coca’. Bagaimanapun, sejak Atlanta mengharamkan peng­ gunaan alkohol, Pem­ berton terpaksa menukar formula dengan membuang kokain sebagai kandungan utamanya. Justeru, Pemberton men­ cari lalu mengumpulkan biji dan daun cola (tumbuhan asli daerah tropika Afrika Barat). Pemberton mengeringkan

Kandungan gula dalam Makanan & minuman

- Sebotol minuman ri­ ngan mengandungi 12 sudu teh gula (2.4x pa­ ras WHO) - Satu coklat papan kecil mengandungi 6-9 sudu teh gula (1.2-1.8x paras WHO)

- Bijirin untuk bayi (350gm) mengandungi 22.8 sudu teh gula (4.6x paras WHO) - Bijirin sarapan untuk kanak-kanak (220gm)

mengandungi 15.4 sudu teh gula (3x paras WHO)

- Minuman malt koko (500gm) mengandungi 45.5 sudu teh atau 40% gula (9.1x paras WHO) - Minuman susu malt (350gm) mengandungi 23.5 sudu teh gula (4.7x paras WHO) - Minuman botol istonik me­ ngandungi 4.5 sudu teh gula (0.9x paras WHO).

biji dan daun coca tersebut yang dilakukan secara se­mu­ la­ jadi. Kemudiannya beliau mencampurkan kafein, gula dan minyak pati buah-buahan. Usahanya berbaloi kerana berjaya membuat mi­ numan segar yang menjadi popular dalam masa singkat. Pemberton dan rakannya, Robinson berusaha mem­ per­ kenalkan minuman ri­ ngan tersebut. Mereka me­ letak­ kannya ke dalam peti lalu dibawa mengelilingi bandar Atlanta menggunakan ge­ ra­ bak kuda. Malahan, me­ reka memberinya secara percuma dalam usaha untuk memperkenalkan Coca Cola. Na­ mun begitu, sambutan ke atas penjualan Coca Cola hanya laku sekitar USD50 sahaja. Menjual ramuan rahsia Setelah setahun mem­ per­ juang­ kan ciptaannya, Pem­ berton menyedari bahawa dirinya hanyalah pengasas minuman dan bukannya

John S.Pemberton

Asa Candler

usa­ hawan. Akhirnya, beliau menjual ramuan rahsianya kepada anak pedagang ter­ kenal Atlanta, Asa Candler, Beliau menjual hak paten pembuatan minuman Coca Cola dengan harga USD2,300. Asa Candler mengolah produk tersebut dengan mem­ buat peti berlogo dan juga memasang sepanduk ber­ tulis ‘Menjual Minuman Coca Cola’ di hadapan kedai ubat farmasi. Tahun 1889, Asa Candler melalui kedai farmasi men­ jual Coca Cola buat pertama kalinya. Tiga tahun kemudian, Candler memutuskan untuk

membentuk The Coca Cola Company seterusnya me­ matenkan jenama ter­ sebut. Di tangan Candler, Coca Cola menjadi minuman ringan utama yang dijual secara komersial. Dr. John Stith Pemberton meninggal pada tahun 1888 di usia 58 tahun. Biarpun tidak menikmati hasilnya kerana telah menjual ra­mu­an terlebih dahulu. Na­mun, hasil penemuannya iaitu minuman segar yang diubahsuai sebagai minuman soda berkarbonat bukan sahaja popular di Amerika Syarikat malahan ke serata dunia.

26 sudu teh gula sehari

PULAU PINANG - Rakyat Malaysia di­ laporkan se­bagai pengguna gula ke­lapan tertinggi di Asia Teng­ gara. Pada 1970an mereka mengambil 17 sudu teh gula sehari dan meningkat ke­pada 21 sudu teh pada 1980an. Kini mereka meng­ambilnya secara purata 26 sudu teh gula sehari. Kebanyakan orang men­ dapati sukar untuk mem­ percayai atau menerima bahawa mereka mengambil purata 26 sudu teh gula se­ hari kerana mereka mung­­ kin memikirkan hanya gula pu­ tih yang ‘dilihat’, tetapi peningkatan jumlah gula yang diambil adalah yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses secara komersial. Sesetengah minuman ri­ngan me­ngan­

dungi purata sekurang-kurangnya tujuh su­du teh gula dalam setiap tin. Tinjauan Persatuan Peng­ guna Pulau Pinang, CAP mendapati, bilangan makanan dan minuman komersial mengan­dungi lebih 10 sudu teh gula dalam satu hidangan. Sebanyak 15 peratus rak­yat Malaysia ber­ usia lebih 30 tahun menghidap diabetes. Diabetes menjejaskan 246 juta orang di se­ luruh dunia dan dijangka menjejaskan kirakira 380 juta menjelang 2025. Lebih 60 penyakit telah dikaitkan dengan peng­ambilan gula termasuk ke­­gemukan, diabetes, pe­­­nyakit jantung, kan­ser, asma, dan alergi. Se­se­tengah penyakit yang mem­bawa kematian ini menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan sejak beberapa tahun ini.


19

08 - 14 MAC 2017

Kajol, Ajay romantik 18 tahun

21

Amal Clooney hamil anak kembar

21

20

Azlan cipta lagu

Nana biasa hidup sendiri

20

Amitabh tulis wasiat

21 23

Tayang 21 baby bump


20

08 - 14 MAC 2017

Nana: ‘Tunggu dululah’

B

ERGELAR ibu tunggal sejak lapan tahun lalu, tidak menjadikan Nana atau nama sebenar­

Nana kian sibuk

nya Siti Nordiana seorang yang terdesak untuk bercinta lagi waima mendirikan rumah tangga. Wanita manis yang popular menerusi lagu Memori Berkasih ini mengakui bahawa dia sudah terbiasa hidup bersendirian dan lebih gembira dengan kehidupannya kini. “Hidup sendiri tidaklah susah sangat. Saya suka seperti sekarang dan gembira menjalani rutin hidup sebegini. Tidak ada masalah pun sebab sebelum ini pun saya sudah terbiasa berdikari. Pergi ke mana-mana pun sendiri,” ujarnya membuka perbualan. Kata Nana, itu tidak bermakna dia langsung tidak memikirkan soal mempunyai teman hidup. Hasrat sedemikian terpaksa dilupakan buat seketika kerana dia mahu menumpukan sepenuh perhatiannya pada karier seninya. Tambah-tambah lagi kariernya sedang mencanak naik sejak menjuarai Gegar Vaganza musim kedua, tidak lama dulu.

“Buat masa sekarang saya sudah mendapat peluang kedua untuk kembali dalam industri. Saya akan gunakan ia sebaiknya. Jadi, tunggu dululah,” tegasnya lagi. Berbicara mengenai hubungan dengan anak tunggalnya Rayyan Nakhaie, 9, hasil perkongsian hidup bersama arwah Faizal Yusof, kata ibu muda ini, sejak menjuarai pertandingan Gegar Vaganza dulu, dia sememangnya agak sibuk. Namun dia cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk anak kesayangannya itu biarpun hanya 15 minit. “Setiap hari saya akan pastikan untuk meluangkan masa bersama Rayyan. Sekiranya saya tidak ada sebarang program, saya akan bawa Rayyan keluar ataupun duduk di rumah melayannya. Alhamdulillah, Rayyan sangat memahami. Cuma sesekali dia akan bertanya, “Kenapa mama sibuk sangat? Baru saja balik, hendak keluar semula.” Tapi saya cuba terangkan padanya secara baik. Nampaknya dia sudah mula faham

dan kadangkala kalau saya ajak dia ikut saya ke lokasi persembahan pun dia tidak mahu dan lebih suka duduk di rumah saja,” terangnya. Berbalik soal nyanyian, Nana sedang menanti kehadiran lagu terbaru yang akan keluar pertengahan Mac ini. Sekarang ini dia dalam proses membuat klip video yang akan dilancarkan bersama single terbarunya, ‘Terus Mencintai’. “Saya ada juga merancang untuk keluarkan single duet bersama artis lain. Tapi kena tengok yang sesuai dengan suara saya. Buat masa sekarang, tak bolehlah beritahu lagi,” ujar penyanyi yang mempunyai lipstik jenamanya sendiri SND Lipstick, dan butik online Nana Rayyan Hijab ini lagi. Hujung tahun ini Nana akan sibuk semula di lokasi penggambaran untuk berlakon di samping pelakon kacak, Aliff Sattar menerusi drama Pengantin Musim Salju yang dijadualkan memulakan penggambaran November nanti.

Hadiah Azlan untuk protege

“THE PROTEGE”, lahir atas rasa cinta dan sayang seorang mentor kepada anak-anak didiknya. Hasil daripada itu, lahirlah single kompilasi yang menggabungkan empat orang protegenya iaitu Zetty, Jojo (Nuril Mentor Milenia 2016), Ainz dan Alif Redza. Setelah setahun bekerja di dalam studio, Azlan & The Typewriter, berjaya menyiapkan

lagu untuk setiap protegenya. Semua lagu-lagu The Protégé digubah oleh Azlan sendiri. Lagulagu tersebut diterbitkan oleh Darkliquids Music Production dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. “Setiap Protege mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap lagu dihasilkan dengan konsep yang berlainan. Lagu Zetty berjudul “Terpulanglah” berkonsepkan pop rock memandangkan dia mempunyai suara serak yang bersesuaian dengan konsep rock,” ujar Azlan. Sementara Jojo dipertaruhkan dengan lagu “Jawapan Dari Mu” berkonsepkan R&B, “Curang” oleh Ainz (pop) dan Alif Redza dengan lagu "Pedulikan Aku" dalam rentak folk. “The Protégé merupakan barisan artis pertama di bawah naungan Darkliquid Music Production, diketuai oleh Azlan. Dia mempertaruhkan The Protégé sebagai usaha untuk melangkah lebih jauh dalam bidang muzik. Sebelum ini, dia pernah menerbitkan dan menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan. Dengan pengalaman dan bakat yang dimiliki, Azlan ingin mencuba untuk mendidik dan membimbing barisan artisnya sendiri sebagai pendatang baru dalam bidang muzik.

Azlan bantu protogenya untuk melangkah lebih jauh


21

08 - 14 MAC 2017

Amitabh wasiat pada sepanduk

B

INTANG Bollywood sepanjang zaman, Amitabh Bachchan telah memegang sepanduk yang berbunyi, “Apabila saya mati kelak, harta saya haruslah dibahagi sama rata antara anak perempuan saya, Sweta dan Abhishek.” Demikianlah bunyi wasiatnya yang ditulis pada sekeping kertas

bersaiz A2 yang dijadikan sepanduk. Pelakon veteran ini, adalah seorang yang sangat berpengaruh di Bollywood. Sejak zaman kegemilangannya dahulu, perangainya sukar dijangka. Dia juga pernah menulis surat terbuka kepada cucu-cucunya seperti Navya dan Aaradhya, memberitahu mereka untuk menjalani kehidupan mengikut pilihan mereka sendiri. Amitabh juga adalah seorang yang cukup lantang bersuara terutama soal kesamarataan gender. Malah dia memberikan contoh pada orang lain untuk diikuti. Dia ingin menjadi contoh, dan rajin berkongsi bahan catatan dalam akaun Twitter, di mana dia menyokong sebab yang sama. Di dalam akaun Twitter nya dia memegang sepanduk yang berbunyi, “T 2449” Kalau saya mati, aset saya akan ditinggalkan dan hendaklah dibahagi sama rata antara anak perempuan dan anak lelaki saya. “- #WeAreEqual. . dan #genderequality ... Mengenai kerjaya lakonannya, Amitabh telah bersedia untuk terlibat dalam sesi mempromosikan filem Sarkar 3. Treler tersebut telah pun dilancarkan dan telah mendapat sambutan yang positif daripada semua pihak.

Isteri Keith Foo tayang ‘baby bump’

SETIAP wanita hamil tentu merasa seronok dan ingin merakamkan detik gembira mereka sebagai tanda ingatan. Ada yang meletakkannya di laman-laman sosial untuk dikongsi bersama teman-teman dan sanak-saudara. Begitu juga dengan isteri kepada pelakon yang memegang watak Tengku Adam Kamil dalam drama Ariana Rose iaitu Keith Foo.

Isteri kepada pelakon tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya buat pertama kali mempamerkan ‘baby bump’ nya yang semakin menonjol. Menerusi entri tersebut, isterinya Kim Raymond memberitahu, usia kandungannya sudah memasuki lima bulan. Rata-rata peminat dan pengikutnya teruja dan mengucapkan tahniah. Tidak ketinggalan juga ada yang suka melihat gaya Kim dengan perutnya itu kerana comel. Terdahulu, Keith memberitahu bahawa dia merancang untuk berehat seketika daripada kerjaya seninya kerana mahu memberi perhatian kepada kesihatan isterinya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan media pada tahun 2014 dan melangsungkan majlis perkahwinan pada 2015.

Seputar Artis Hwayoung pembuli? Bekas ahli kumpulan T-Ara, Hwayoung telah membuat kecoh semasa persembahan bersama kakak kembarnya, Hyoyoung di majlis tayangan filem Taxi. Dalam majlis tersebut, dirinya telah dibuli semasa menjadi ahli T-Ara. Namun terbukti bahawa Hwayoung bukanlah dibuli oleh seseorang sebaliknya dia lah yang membuli. Kebohongan Hwayoung terungkai apabila seorang staf T-Ara membuat posting dalam sebuah forum. Dia mengatakan bahawa Hwayoung dan saudara kembarnya, Hyoyoung mempunyai masalah. Hwayoung kini tengah sibuk dengan drama terbarunya berjudul Father Is Strange. Pada 28 Februari lalu, pelakonpelakon drama tersebut telah terlibat dengan sidang akhbar dan Hwayoung tidak ada dalam sidang akhbar tersebut. Adakah dia mahu mengelakkan dirinya daripada disoal oleh wartawan?

Amal Clooney hamil anak kembar Sebuah khabar gembira baru saja datang daripada pasangan yang paling romantis di Hollywood iaitu George Clooney dan Amal Clooney. Wanita cantik yang berkerjaya sebagai pengacara ini baru saja mengumumkan khabar kehamilannya. Lebih mengejutkan, Amal sedang hamil anak kembar. Wanita cantik berusia 39 tahun ini telah menghadiri acara Cesar Awards yang diadakan di Paris. Tidak datang seorang diri, dia nampaknya ditemani suami tercinta. Pada hari itu, Amal berdandan cantik dan berseri. Dia memakai gaun putih yang memperlihatkan perut buncitnya dengan jelas. Biarpun masih kecil, perut buncitnya kelihatan sangat comel. Amal Alamuddin benar-benar berjaya menjadi primadona yang mencuri perhatian.

Kajol, Ajay romantik 18 tahun Tidak terasa 18 tahun sudah usia pernikahan Kajol dan Ajay Devgan. Sepanjang perkahwinan tersebut, berbagai halangan dan rintangan mendatang. Namun mereka berdua selalu boleh menghadapinya dengan tenang. Kini, setelah hampir dua dekad hidup bersama, Kajol dan Ajay sudah menemui ketenangan. Tidak ada sebarang keraian di majlis ulang tahun pernikahan mereka yang ke-18. Kajol hanya mengambil foto berdua dengan suaminya di Instagram. Tidak menulis “caption” manis dan romantis pada gambar tersebut, Kajol menyampaikan rasa terima kasihnya untuk peminat-peminatnya. "Terima kasih atas doa anda semua," tulis Kajol. Kajol dan Ajay berkahwin pada 24 Feb 1999 di Mumbai, India. Mereka berkahwin dengan adat Maharashtrian dan dihadiri keluarga dan sahabat dekat, termasuk Shah Rukh dan Gauri Khan. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa dan Yug

Kim dan 'baby bump' nya


22

08 - 14 MAC 2017

RELEKS

Jom Wayang GUARDIANS Pawagam: QUILL CITY MALL Masa: 11.45 AM 6.45 PM 8.45 PM GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains Tempoh: 90 minit TARIKH SIARAN: 23 Feb 2017 DIBINTANGI: Sebastien Sisak, Sanzhar Madiyev, Anton Pampushnyy, Alina Lanina SINOPSIS: Filem ini ditetapkan semasa Perang Dingin, sebuah pertubuhan rahsia yang dinamakan "Patriot" mengumpulkan empat individu untuk membentuk satu pasukan wira Soviet. DNA mereka diubah dan ditambah untuk memberi mereka kuasa bagi melindungi tanah air daripada ancaman kuasa ghaib. PENGEDAR: Rainfilm ARAHAN: Sarik Andreasyan 23 Feb 2017 DIBINTANGI: Sebastien Sisak, Sanzhar Madiyev, Anton Pampushnyy, Alina Lanina

COLLIDE Pawagam: TGV SUNWAY VELOCITY Masa: 11.45 AM 2.00 PM 7.00 PM GENRE: Aksi / Ngeri MASA: 100 minit TARIKH SIARAN: 23 Feb 2017 DIBINTANGI: Felicity Jones, Nicholas Hoult, Ben Kingsley SINOPSIS: Seorang pengembara Amerika yang bernama Casey terlibat dengan sekumpulan penyeludup dadah. Dia menjadi pemandu mereka untuk membayar kos perubatan teman wanitanya. Akhirnya dia terlibat dengan kes rompakan dan terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa kekasihnya daripada tauke dadah. PENGEDAR: Walt Disney ARAHAN: Eran Creevy

SLEEPLESS Pawagam: TROPICANA CITY MALL Masa: 1:00 PM 5:00 PM 7.30 PM GENRE: Aksi, Jenayah, Ngeri MASA: 95 minit SIARAN TARIKH: 17 Feb 2017 DIBINTANGI: Michelle Monaghan, Dermot Mulroney, David Harbour SINOPSIS: Seorang polis yang mempunyai hubungan dengan penjenayah A polis dengan sambungan ke dunia penjenayah untuk mencari anaknya yang diculik. PENGEDAR: TGV ARAHAN: Baran bo Odar


23

08 - 14 MAC 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Surga yang tak dirindukan 2

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

SYTD 2, kisah cinta tiga segi Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang lahir hasil kesinambungan filem Surga Yang Tak Dirindukan memang ditunggu-tunggu oleh penonton. Filem drama romantis yang dibintangi oleh Raline Shah dan Fedi Nuril ini pasti akan membuatkan emosi anda bergolak apabila menontonnya. Menerusi Surga Yang Tak Dirindukan 2 ini khabarnya Arini meminta Meirose kembali kepada Pras. Apakah yang sebenarnya terjadi antara Pras dan Arini selama ini? Apakah hubungan mereka sudah tidak lagi harmoni? Adakah Arini menghidap penyakit yang serius? Filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bermula daripada kisah-kisah indah yang pernah didongengkan Arini (Laudya Cynthia Bella). Ia kembali diwujudkan bersama Pras (Fedi Nuril) dan puteri kecilnya, Nadya (Sandrina). Selepas pemergian Meirose (Raline Shah) 'pecahan-pecahan kaca' dalam rumah tangga Arini dan Pras kembali dijalinkan dengan rapi dan sempurna. Suatu hari, Arini memenuhi undangan untuk mempromosikan bukunya di Budapest, Hungary. Ia pergi ke sana bersama puteri kesayangannya. Kuasa Tuhan, secara tidak sengaja Arini bertemu kembali dengan Meirose dan anak lelakinya, Akbar (Keefe Bazly). Setelah pergi dari hidup Pras dan Arini, Meirose bertahun-tahun menetap di Budapest. Selama itulah dia telah berubah menjadi seorang Muslimah yang kuat dan teguh imannya. Pertemuan Arini dan Meirose menjadi babak baru dalam kehidupan mereka bertiga. Yang mengejutkan, Arini menginginkan Meirose untuk menjadi pendamping hidup suami tercintanya. "Aku mahu kamu menjadi ibu Nadia dan pendamping Mas Pras. Sudikah?� tanya Arini kepada Meirose. Meirose bingung. Apa yang sedang difikirkan wanita berhati lembut itu, hingga soalan seperti itu meluncur mudah dari bibirnya? Di satu sisi, Meirose masih tidak boleh menghapuskan rasa cintanya pada Pras, di sisi lain ada lelaki lain yang begitu ikhlas mencintainya iaitu Dr. Syarief (Reza Rahadian). Bagaimanakah kisah cinta mereka selanjutnya? Mengapakah Arini nekad menjodohkan Meirose dengan suaminya?

Edaran : Antenna Entertainments Pengarah : Hanung Bramantyo Pelakon : Laudya Cynthia Bella, Reza Rahadian, Nora Danish, Raline Shah, Fedi Nuril, Ahmad Kemal, Sandrinna Michelle, Tanta Ginting, Muhadkly Acho, Keefe Bazli Nilaian : **** Pawagam : GSC Mid Valley Masa : 11:30 AM 7:10 PM


24

08 - 14 MAC 2017

HOT

Hobi orang ternama

Maznah: “Kerja itu hobi utama saya” MURNI REJAB

KISAH wanita gigih yang memperjuangkan legasi per­ niagaan serta pakar motivasi terkenal ini tidak perlu di­ perkenalkan lagi. Dia mu­ la mengejutkan dunia per­ni­a­ gaan negara apabila me­­­nu­ buhkan syarikat ka­wal­an keselamatan selain mem­ punyai beberapa perniagaan lain. Gelaran wanita besi ke­ padanya bukan hanya kerana sya­rikatnya memiliki ratusan sen­jata api dan puluhan van kalis peluru tetapi atas ke­ gigihan dan ketabahan meng­ harungi dunia perniagaan yang dimilikinya. Datuk Wira Dr. Maznah Hamid adalah wanita per­ tama di Malaysia yang me­ ngetuai sebuah syarikat ka­­walan ke­selamatan yang dikenali se­ bagai Secu­riforce. Selain itu juga be­ liau menguruskan sya­­rikat pemaju har­­tanah Da­ nau Lu­ma­yan yang ma­ na ber­ kembang pe­ sat pem­ba­ngu­

nan­ nya sejak 18 tahun yang lalu. Maznah yang juga pakar mo­ tivasi banyak memberi ce­ramah dan mo­ti­vasi ke­ pada peniaga-peniaga, ahli korporat, ahli politik, pen­ jawat awam dan siapa sahaja yang mahu memajukan diri. Sifat ramahnya me­ nye­ nangkan kita untuk berbicara dan mendekatinya dengan lebih rapat untuk menimba pengetahuan darinya. Secara santai apabila ditanya apakah yang sering dilakukannya di waktu lapang, jawapannya juga segigih dirinya. “Saya tidak ada waktu la­ pang, hari-hari saya ada aktiviti untuk dilakukan, hing­ga­kan lima orang pem­ bantu saya akan mencari aktiviti yang boleh saya dilakukan,” ujarnya “Jadi, hobi saya yang paling utama adalah be­kerja. Saya tidak me­nyu­ kai hari cuti t e r­u t a­m a n y a Sabtu dan Ahad kerana ia adalah hari

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 08 - 14 Mac 2017

Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 6 Tarikh Siaran : 13 Mac 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam KEAJAIBAN ‘LUKISAN ALAM’ DI TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT Sebaik tiba di Templer Park Rainforest Retreat, jiwa terasa mengembara jauh di lokasi terpencil dikelilingi Hutan Simpan Kanching. Hakikatnya, ia cuma 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Antara tarikan utama destinasi yang terletak di Rawang, Selangor ini, pastinya villa bernuansa klasik penuh keselesaan yang dibina di tengah rimba dan kolam renang dibayangi karakter alam. Berada di beranda pula, lukisan alam terbentang indah di depan mata, menghanyutkan jiwa dalam ketenangan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

yang paling mem­bo­sankan dan tidak me­ne­nang­kan diri saya. Setiap jam perlu ada pengisian tentang aktiviti apa yang hendak dilakukan,” jelasnya. Selain itu, Maznah sering menghabiskan masanya de­ ngan berjihad dalam ekonomi iaitu membantu usahawanusahawan guru dan mentor melalui Akademi Maznah Hamid (AMH) dan MMC. “Ini adalah antara hobi yang sering saya lakukan, kalau duduk tanpa melakukan apa-apa, saya tidak boleh, se­ hari sekurang-kurangnya ke­ na berjumpa dengan salah seorang usahawan. De­­ngan ini saya dapat men­dengar masalah mereka di samping membantu un­ tuk mengembangkan lagi perniagaan mereka,” kata Pre­ siden USAHAWATI, Pre­ siden FEM Malaysia serta pe­na­sihat PENIAGAWATI itu. Maznah juga sering ber­ jumpa dengan usahawan yang telah berjaya untuk ber­ kongsi rahsia kejayaan me­ reka terutama yang mulakan perniagaan dari bawah. Memiliki syarikat ke­se­la­ matan jadi Maznah turut ge­

Maznah bersama kakitangan Securiforce

mar sukan menembak. Bagi­ nya menembak adalah satu keperluan, harus belajar dan memberi tunjuk ajar kepada kakitangannya walaupun sen­ jata api dan van kalis peluru bukan mainan seorang wa­ ni­ta, namun Maznah berjaya membuktikan yang wanita juga boleh melibatkan diri dalam bidang ini. Pemilik Ijazah Ke­dok­tor­an Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Mo­ tivasi dan Modal Insan turut

me­ minati bidang penulisan dengan menerbitkan beberapa “bestseller” termasuk Mem­­bu­ ru 3K; Kejayaan, Ke­ba­ha­giaan, Kekayaan, Trans­for­masi Diri serta Petua-Petua Perniagaan. Selain itu, Maznah juga kerap menulis dan aktif di akaun Facebooknya di www.facebook. com/maznahhamid dan akaun Instagramnya diwww. instagram.com/maznah_hamid bagi me­ motivasikan orang selain mem­ beri motivasi di stesen radio dan televisyen.

Program : Biz Tips Episod : 7 Tarikh : 8 Mac 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam JENAMA KOSMETIK SENDIRI, MODAL PACU KEJAYAAN Ketika anak muda seusianya memilih untuk bekerja makan gaji, tidak bagi seorang gadis berusia 24 tahun, Mazliyana yang nekad menghasilkan jenama kosmetik beliau sendiri iaitu Leeyana Xurin atau LXC. Ditubuhkan tahun lalu, beliau mahu mencipta kegemilangan seperti jutawan kosmetik yang ada di Malaysia buat masa ini. Risiko dan cabaran yang bakal menanti pastinya bukan sedikit. Justeru, apa yang mendorong beliau? Perkongsian berinspirasi dari Mazliyana mengenai strategi mencipta jenama perniagaan sendiri dalam Biz Tips. Program : House Hunt 2 Episod : 6 Tarikh : 10 Mac 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 Malam KELUASAN JADI FAKTOR PILIH RUMAH IDAMAN Nur Atikah, seorang isteri dan wanita berkerjaya, lebih selesa untuk memilih rumah berkeluasan kecil, kerana senang diuruskan. Namun, berbeza pula dengan suaminya yang mengidamkan rumah luas sebagai perancangan masa hadapan apabila sudah mempunyai anak kelak. Mereka berbincang dengan ejen House Hunt yang mana pilihan terbaik buat mereka. Jika ingin tahu, jangan ketinggalan bersama dengan House Hunt musim kedua hanya di CapitalTV.

Program : Legasi Niaga Musim 2 Episod : 10 Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa) Masa : 8.30 Malam KERJAYA MAK ANDAM BAWA TUAH LEBIH SATU ABAD Suatu ketika dahulu, bergelar Mak Andam bukanlah kerjaya yang diidam-idamkan setiap wanita. Namun, siapa sangka kerjaya tidak popular ini membawa tuah buat keluarga Morni Haji Ibrahim, 53, apabila nenek moyangnya menjadi pelopor kerjaya Mak Andam untuk majlis perkahwinan. Kini, beliau yang dibantu oleh anaknya, Atika Remimurni Mohamed Ali, 27, berbangga apabila Butik Pengantin City Murni Collections mampu bertahan sehingga ke hari ini hasil titik penuh generasi sebelum mereka. Ceritera berliku dikongsi dalam Legasi Niaga Musim Kedua. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV


25

08 - 14 MAC 2017

Kisah anak muda

KAM

Parkour jadian 'spiderman'

Aktiviti lasak ini mungkin kurang diketahui tetapi ada yang pernah mewakili negara dalam aktiviti tersebut. MURNI REJAB

AKSI ekstrem seperti dalam filem melompat dari dinding konkrit ke dinding yang lain, memanjat dinding ba­ ngunan tinggi umpama aksi ‘Spiderman’ tanpa sebarang peralatan keselamatan dan pel­­­bagai aksi bahaya yang di­ lakukan adalah aktiviti yang di­­kenali sebagai Parkour yang mula mendapat tempat di ha­ ti golongan anak muda di Malaysia dewasa ini. Menariknya, aksi ini di­ la­ ku­ kan tanpa sebarang per­ alatan keselamatan dan hanya menggunakan kekuatan ta­ ngan dan kaki malah satu badan memainkan peranan untk melakukan aktiviti ini. Badan melayang di udara menyebabkan setiap orang yang melihatnya ter­ pana dengan aksi yang me­ nak­ jubkan itu. Manakan tidak, tanpa latihan dan ke­ pakaran tinggi, mana mungkin kita dapat dapat

melakukan aktiviti di luar jangkaan seperti itu. Sangat menakjubkan. Aktiviti lasak ini mungkin kurang diketahui tetapi ada yang pernah mewakili negara dalam aktiviti tersebut. Muhammad Nor Ikhwan Mohamed Daud, 29, Abudi Alsagoff, 26, Muhammad Hatta Yusoff, 23, dan Nurul Yasmin Afrina Mohamed Daud, 20, masing-masing mem­­punyai minat sama dalam parkour. Masing-ma­ sing berkongsi minat sama de­ngan melibatkan diri dalam parkour sejak bertahun lama­ nya. Menjadikan Youtube se­­ bagai ‘tok guru’ dalam aktiviti parkour ini, dari situ juga bermula minat yang men­ dalam dalam dunia parkour. Malah dari masa ke semasa mereka mula mengkaji dunia parkour dari negara luar khususnya untuk mempelajari teknik dan aksi yang boleh dilakukan dalam

Hatta Yang atlet parkour

demi mengasah kemahiran dari masa ke semasa. Menurut Abudi, walaupun aksi yang diperlihatkan nam­ pak merbahaya tetapi ia sebenarnya mempunyai cara dan teknik yang perlu dipelajari. Jelas Abudi, 10 tahun pengalamannya masih belum cukup untuknya men­ jadi atlet parkour berkaliber biarpun sudah tiga kali me­ wakili Malaysia dalam dunia parkour ini. “Bagi saya, latihan di­ perlukan paling kurang tiga ke empat jam setiap minggu bagi menajamkan lagi kemahiran. Semasa melakukan parkour, jiwa dan minda seharusnya kuat sebagai fokus utama

Turut diminati wanita DENGAR sahaja aktiviti lasak, tak mustahil wanita tidak boleh menceburinya. Bagi Nurul Yasmin Afrina pula, minat dari kecil membawanya untuk terus menjelajahi dunia parkour ini malah penglibatan abangnya, Muhammad Nor Ikhwan turut membuat dia tertarik untuk menceburi parkour. “Saya memang suka aktiviti lasak, jika lelaki boleh lakukan, kenapa tidak kita sebagai perempuan. Jangan jadikan status perempuan itu sebagai penghalang kita untuk melakukan aksi ekstrem. Yang penting

kita perlu pandai jaga diri,” jelasnya. Aktiviti yang berasal dari Perancis ini sebenarnya bertujuan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan secepat dan sepantas mungkin menggunakan kebolehan badan manusia. Hanya memerlukan pakaian dan kasut sukan yang sesuai, sesiapa sahaja boleh melakukan aksi parkour ini tapi ia memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Jadi tidak salah mencuba.

untuk melakukan parkour di samping dapat mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Fizikal badan kita pula perlu sihat dan kuat. Itu sebabnya latihan itu amat penting. Bagi Muhammad Nor Ikhwan pula, aktiviti parkour ini bukan untuk menunjuknunjuk, tapi ia juga salah satu sukan yang menyihatkan badan. Lompatan dari ba­ngu­ nan ke bangunan itu tidak perlu sepatutnya, ia boleh mengundang bahaya untuk diri sendiri. Kerana hanya tertarik dengan lompatan atlet parkour dari luar ne­ gara, ada anak muda yang me­ lakukan aksi berbahaya hinggakan membahayakan nyawa sendiri. “Kita mempunyai tek­ nik asas dalam parkour. Jadi teknik asas ini perlu dipelajari dahulu sebelum me­ lakukan aktiviti yang lebih ekstrem. Saya pernah tercedera gara-gara kurang latihan yang cukup dan

kerana ingin mendapat mata lebih dalam pertandingan, saya melakukan aksi yang lebih ekstrem sedangkan aksi yang dilakukan ketika itu hanya dilatih dalam beberapa kali sahaja. Itu merupakan kesalahan saya dalam parkour ini,” jelasnya. Bagi Muhammad Hatta atau lebih dikenali Hatta Yang, pemilik Art of Extreme Movement, melalui komuniti parkour mereka boleh meng­ himpunkan anak muda untuk mendalami tentang parkour dan di waktu yang sama menjalankan aktivii berfaedah dan membantu masyarakat setempat. “Kami bukan sekadar me­ lakukan aksi parkour se­ mata-mata, tapi dengan adanya komuniti ini kami banyak bekerjasama dengan kumpulan gigs, malah tu­ rut bekerjasama dengan production house di Malaysia untuk melakukan video iklan,” ujarnya.


26

08 - 14 MAC 2017

SALAM SEMUT

Pantang larang di media sosial BERAPA banyak maklumat yang akan dianggap terlalu banyak maklumat un­ tuk dikongsi di laman sosial seperti Face­book? Di tahap manakah berkongsi (sharing) akan menjadi terlebih kongsi ( over sharing) dan boleh mengundang je­ nayah siber atau risiko keselamatan peribadi? Penggunaan Internet yang ber­le­ luasa berisiko mengundang pelbagai ak­tiviti jenayah siber. Jenayah siber me­ liputi i) Penipuan, ii) Kerosakkan atau penggubahsuaian ke atas program atau data iii) Kecurian maklumat, iv) Capaian secara tidak sah ke atas sistem, v) Menyalin perisian secara tidak sah, vi) Pengintipan, vii) Judi siber, viii) Skim cepat kaya, ix) Pornografi, x) Penggodam atau hacker , xi) Penyebaran virus. Menurut Andy O' Donnell (Pakar Ke­ juruteraan Sekuriti, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat) garis masa (timeline) di Facebook bagaikan buku skrap bagi penghendap maklumat (stalkers) dan penggodam (hackers). Garis masa bukan sahaja memudahkan teman-teman anda mengikuti per­kem­bangan anda, malah ia juga akan menarik perhatian penjenayah siber. Dengan lebih 60 applikasi yang men­ dukung kaedah ‘mudah kongsi’ di Face­book , hampir setiap aspek kehidupan anda mudah dikesan oleh penghendap maklumat. Dari jenis muzik yang anda dengar atau di mana anda berada (checking in) di dunia sebenar, inii boleh membantu pemburu maklumat untuk mengenal pasti lokasi anda. Lebih baik jika anda dapat kurangkan

berkongsi lokasi di Facebook atau lebih elok tidak perlu kongsi sama sekali. O'Donnel menyarankan anda kemas kini senarai saudara mara dan kawan-kawan dengan tetapan sekuriti privasi dan me­ nyekat pengaliran maklumat ke tangan yang tidak diingini. O'Donnell telah menyediakan senarai 10 perkara yang anda tidak seharus muat naik ke garis masa facebook : a) Tarikh kelahiran Walaupun ia membolehkan saudara mara mengucapkan selamat hari jadi na­ mun ia juga merupakan peluang terbaik bagi penghendap maklumat dan pencuri identiti untuk mencuri identiti anda dan membuka akaun baru di atas nama anda. b) Lokasi terkini Ramai yang tidak sedar apabila status dimuat naik , anda sebenarnya memberi maklumat tentang kedudukan anda dan ia memberi lampu hijau pada yang ingin merompak rumah anda. Tetapan privasi sangat penting supaya perkara yang tidak diingini dapat dibendung. c) Gambar anak-anak yang ditag nama Pengguna pengguna Facebook ge­ mar untuk muat naik gambar anak-anak mereka siap bertag nama untuk tatapan dunia.Masalahnya, anda tidak akan tahu siapa yang sebenarnya melihat gambar gambar itu. Katakan kawan baik anda membuka Facebook dari komputer awam kemudian terlupa untuk log out atau fon mudah alih dicuri orang. Sudah tentu anda ingin menjauhkan anak-anda dari golongan fidofilia. Jika anda ingin juga muat naik gambar anak-anak, buang mak­lumat geotag dan jangan guna nama sebenar meraka. Saudara mara dan sahabat handai sudah pun mengenali mereka, jadi tidak perlu nama sebenar. d) Alamat rumah Sekali lagi anda tidak dapat memastikan

100 peratus siapa yang melihat maklumat penting ini. Apa yang boleh dilakukan oleh penjenayah dengan alamat anda? Layari ‘how criminal use google maps to case the joints’ untuk mendapatkan gambaran terperinci mengenai nya. e) Nombor telefon Mungkin anda perlu memaparkan nom­ bor telefon supaya teman teman facebook dapat menghubungi anda. Jika nombor telefon anda jatuh ketangan pemburu mak­ lumat, sungguh mudah bagi mereka untuk mengenal pasti lokasi anda dengan menggunakan Peralatan ‘pengenalan song­sang nombor telefon’ ( reverse phone number look up tool). Cara terbaik untuk mengelak perkara ini, anda boleh gunakan’google voice phone number’ sebagai proksi. Dapatkan maklumat terperinci dengan melayari ‘how to use google voice as a privacy firewall’. f) Status perhubungan Ia seolah olah memberi lampu hi­jau pada penghendap maklumat dan pen­ jenayah lain mengenai keadaan anda.Ia mungkin secara tidak sengaja boleh men­ dedahkan bahawa cuma anda se­ orang sahaja dirumah ketika itu ia boleh mem­ bawa pelbagai masalah untuk diri anda. Jika hendak sangat sebut sesuatu tentang status anda, katakan sahaja ‘complicated’. g) Gambar dengan geotag Antara cara yang paling senang untuk menunjukkan dimana anda berada ,ialah dengan bergambar berserta lampiran geotag. Sekali lagi ini boleh mengundang masalah. Untuk mengelakkan geotag la­ yari ‘how to remove geotags from pictures’. h) Rancangan percutian. “Hi.. Saya sekeluarga akan bercuti di Bali dari 5 Mac hingga 10 Mac.” Selepas itu anda muat naik gambar percutian untuk membuktikan pada dunia yang anda sedang bercuti. Tanpa anda sedari anda

GESAN RAVEN MURU telah memberi jemputan istimewa untuk para perompak. Tunggu sehingga anda pulang dari percutian , kemudian baru muat naik mengenainya. i) Memalukan Sebelum anda muat naik sesuatu, fikirkan dua kali. Jangan terlalu ikutkan emosi. Garismasa itu bukan untuk an­ da menunjukkan betapa hebat nya anda memaki hamun orang atau pun men­ ceritakan masalah keluarga. Ja­ ngan jadikan ia medan perang mulut. Bah­kan ada juga yang melaungkan pada dunia bahawa dia sedang datang bulan. Adakah anda ingin keluarga dan majikan anda melihat nya. Sesuatu yang memuaskan hati atau lucu pada masa itu mungkin boleh membawa kesan berbeza dimasa depan. Untuk mengetahui apa yang tidak boleh disebut digaris masa layari “how to monitor and protect your online reputation”. j) Maklumat mengenai kerjaya / Majikan /Projek Bercakap mengenai kerjaya di la­man sosial bukan satu idea yang baik. Katakan anda muat naik tentang ke­ gagalan anda untuk mengejar deadline yang telah ditetapkan dan maklumat itu boleh digunakan oleh pesaing anda. Katakan anda lewat untuk kerja dan anda memberi alasan yang berbeza pada majikan dan muat naik alasan berbeza di garis masa. Jika majikan mengikuti Facebook anda dengan nama samaran, sudah tentu anda berpeluh untuk menjawab. Diharap anda akan lebih berhati hati bila berinteraksi dilaman siber.

Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<

Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850


08 - 14 MAC 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup TRENDY

Persona kanta lekap Kanta lekap serlahkan si pemakai

MURNI REJAB DIDATANGKAN dengan pelbagai jenis pilihan warna dan corak trendy yang memukau, kanta lekap kini semakin menjadi pilihan ramai bukan sahaja sebagai alat bantuan penglihatan, tetapi juga menjadikan mata kelihatan menarik, malah untuk tujuan fesyen. Secara umumnya kanta lekap ada­ lah alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Kanta lekap lembut moden ini telah direka oleh seorang ahli kimia dari Republik Czech Otto Wichterle dan pembantunya Drahoslav Lím. Pemakaian kanta lekap berfungsi menjadikan mata lebih bersinar dan menyerlah terutamanya bagi anda yang mempunyai perhatian ‘lebih’ terhadap penampilan malah ia lebih ringan dan ia tidak mudah kelihatan. Pada awal kemunculan kanta lekap ini, ia hanya didatangkan dalam warna jernih tetapi kini, seiring dengan peredaran zaman, penggunaannya se­ makin meluas dan fungsinya juga semakin berubah, tidak terhad kepada mereka yang rabun mata sahaja. Pemakaian kanta lekap yang pelbagai warna ini menjadikan si

pemakai kelihatan lebih cantik dan tampak lebih menyerlah ketika me­ makainya. Malah kini, pengusaha kanta lekap juga bijak mencuri hati penggemarnya dengan mereka bentuk pelbagai corak dan warna yang menarik dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Walaupun penggunaan kanta le­

kap mampu mengubah penampilan anda, jangan diabaikan faktor- fak­ tor keselamatan. Jangka hayat dan kebersihan kanta lekap yang di­ guna­ kan memainkan peranan penting ba­ gi memastikan mata anda tidak me­ ngalami kerosakan. Kanta lekap single tone terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi. Kanta lekap double tone pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata). Manakala kanta lekap triple tone terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap). Jenis triple tone akan mengalami perubahan warna secara beransuransur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi. Pemilihan jenis kata lekap ini bergantung kepada si pemakainya, ada yang mahukan mata lebih terserlah

boleh memilih kanta lekap yang mempunyai warna yang cerah seperti turquoise atau kelabu atau yang mem­ punyai lingkaran hitam di luar bagi menampakkan mata lebih besar persis korea. Manakala bagi yang mahukan natural, boleh memilih warna coklat supaya tampak lebih natural. Namun diingatkan, tidak kira apa pun fesyen dan warna kanta lekap anda, pastikan anda memilih kanta lekap yang mempunyai preskripsi dari pegawai optometri. Elakkan membeli kanta lekap yang mudah didapati di mana- mana dengan harga yang murah kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan negatif akibat pengunaannya. Pemakaian kanta lekap sangat mudah dan memberi banyak manfaat. Manfaat yang optimum dapat diperoleh sekiranya pemakai mengamalkan pemakaian dan penjagaan yang betul dan selamat. Jadilah pengguna bijak.

Antara amalan pemakaian kanta lekap

Pembelian kanta lekap

· Dapatkan ujian tahap peng­­ lihatan, pengukuran ke­ leng­ kungan kornea dan pemeriksaan ke­ sihatan mata daripada op­ tometris atau juru optik berlesen. · Jangan beli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau melalui internet. · Dapatkan pemeriksaan selepas penggunaan kanta lekap kerana penggunaan kanta lekap jangka panjang akan mengubah fisiologi mata dan boleh menimbulkan komplikasi.

Pemilihan Jenis Kanta Lekap

· Penjagaan kanta lekap lembut jenis pakai buang sangat mudah dan selamat. Kos penjagaan dan risiko mendapat jangkitan mata juga sangat rendah. · Kanta lekap separa keras (rigid gas permeable) memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik walaupun mengambil masa

yang lama untuk menyesuai dan menyelesakan pemakaiannya. · Kanta lekap silikon boleh dipakai untuk tempoh masa yang lebih panjang dan kurang risiko jangkitan atau radang mata.

Penjagaan kanta lekap larutan pencuci/rendaman

Penjagaan kanta lekap penting.

dan

· Basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap. · Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juru optik berlesen anda. · Gosok kanta lekap anda semasa men­ cuci untuk membersihkan se­­ barang deposit dan mikro orga­ nisma. · Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 3 bulan selepas larutan dibuka. · Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar

dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Kan­ ta tersebut juga perlu dicuci sebelum dipakai semula. · Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain. · Jangan menambah larutan ren­ dam­ an (topping off) untuk me­ ngurangkan risiko jangkitan dan radang mata.

· Buang larutan rendaman setiap kali selepas kanta lekap dipakai. Gunakan larutan rendaman ba­ ru ketika hendak merendam kanta lekap semula. · Pastikan anda mempunyai cer­ min mata dengan kuasa kanta yang terkini. · Jangan gunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap. Sumber: http://www.myhealth.gov.my


28

08 - 14 MAC 2017

MAKAN angin

Perkhidmatan Cruise Sungai Melaka Foto: Tourism Malaysia

M

ELAKA yang dikenali sebagai bandar raya bersejarah merupakan salah satu negeri yang paling menarik untuk dikunjungi. Selain tempatnya yang penuh tinggalan sejarah, terdapat banyak lagi tarikan pelancongan lain terdapat di sini. Selain terkenal dengan Kota A’ Famosa, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, Jonker Walk Street , Muzium Samudera mahupun pelbagai medan ikan bakar, Melaka juga mempunyai banyak lagi lokasi menarik walaupun negerinya nampak kecil di atas peta. Rata-rata, tempat menarik di Melaka ini kebanyakannya hasil tinggalan sejarah serta melihat keunikan reka bentuk binaannya.

Melaka River Cruise

Serasa ingin bersiar-siar dengan menaiki bot? Jom ke Melaka River

Cruise di Jalan Merdeka untuk bersiarsiar di sepanjang Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang tebing sungai. Anda boleh menaiki River Cruise ini bermula di Jeti Muara dan akan dibawa menelusuri sungai Melaka sejauh sembilan kilometer sehingga ke Jeti Taman Rempah. Kemudiannya, bot tersebut akan berpatah kembali ke Jeti Muara. Dalam perjalanan kembali ke Jeti Muara itu, pengunjung akan diberi penerangan tentang sejarah serta informasi mengenai pelbagai bangunan yang dapat dilihat di kiri kanan sungai. Perjalanan menaiki bot ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Pengunjung boleh memilih sama anda ingin menaiki bot ini pada waktu siang atau malam, namun masingmasing tetap ada keistimewaannya yang tersendiri. Cuma bagi pendapat penulis, menaiki cruise ini pada waktu malam lebih menarik, ditemani dengan keadaan malam yang dingin

serta simbahan lampu berwarna-warni di sana-sini dari bangunan berdekatan dan Kampung Morten tambah memeriahkan suasana. Pada waktu siang pula, anda boleh melihat pelbagai jenis lukisan dengan tema yang unik di dinding-dinding bangunan. Hanya di Melaka! Jika anda perhatikan, terdapat juga laluan untuk pejalan kaki dan taman-taman mini serta landskap menarik di sebalik bangunan lama yang ada di situ. Memang benar-benar menakjubkan. Terdapat juga bangunan-bangunan warisan, kawasan perkampungan yang masih tersergam indah serta terpelihara, hotel mewah dan hotel bajet serta kafe atau kedai kopi yang menghadap pemandangan sungai. Di sini anda akan melihat ramai pelancong dari luar negara menikmati kopi sambil bersantai di kerusi rehat yang disediakan. Sepanjang menyusuri sungai ini juga, anda akan melihat beberapa

Melaka syurga pelancong

Berbagai-bagai tarikan pelancongan di Melaka

jambatan yang diberi pelbagai nama menghiasi pemandangan sepanjang perjalanan. Antaranya ialah Jambatan Datuk Mohd Zin, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Kampung Morten, Jambatan Pasar, dan Jambatan Kampung Jawa. Di sini juga terdapat tarikan lain yang pasti akan membuatkan anda kagum. Mata anda pasti tertancap tatkala melihat Kincir Air Kesultanan Melaka yang telah dibina semula di sungai ini. Saiz binaannya yang besar dan cukup unik ini anda boleh lihat hanya di Melaka. Operasi: 9 pagi – 11.30 malam Harga Tiket Melaka River Cruise -Pemegang MyKad *Anda perlu bersedia dengan MyKad kerana penjaga kaunter akan meminta MyKad anda untuk tujuan pengesahan warganegara. Dewasa: RM10 Kanak-kanak: RM5 -Pelancong Asing Dewasa: RM 15 Kanak-kanak: RM7

29

Villa Sentosa


29

08 - 14 MAC 2017

Wajib ada ketika mengembara PERHATIAN

Tiga produk ini bantu memudahkan perjalanan anda ketika bercuti.

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

1. BANTAL LEHER Jangan pandang rendah kegunaan bantal leher (neck pillow), khususnya untuk pe­ nerbangan jarak jauh. Anda pasti tidak mahu tiba ke destinasi dalam keadaan letih lesu ketika pengembaraan belum bermula lagi. Terdapat dua pilihan; . Pertama travel pillow seperti bantal normal, sementara yang kedua, boleh ditiup sendiri untuk mengembungkannya. Saiznya pun kecil sahaja jadi tidak membebankan untuk anda bawa naik kapal terbang.

anda dengan cangkuk sedia ada. Sesuai digunakan dengan hampir semua model telefon pintar tanpa mengira saiz. 3. PEK KIUB Memang betul tak perlu bawa banyak beg ketika me­ ngem­ bara. Satu backpack sudah mencukupi. Tetapi le­ bih elok jika di dalamnya ter­ dapat Pek Kiub. Ia ber­ fungsi seperti drawer dalam

PRODUK

al­ mari anda. Saiznya yang ke­ cil memudahkan ia di­ le­tak­kan dalam backpack anda. Dapatkan dalam be­ be­ rapa kuantiti. Satu untuk menyimpan seluar dalam, satu untuk baju dan lain untuk seluar. Bila nak pakai, ambil saja kiub yang perlu. Mudah dan menjimatkan masa. Antara model popular seperti Eagle Creek dan eBags.

2. POCKET SELFIE MONOPOD Malas nak bawa DSLR? Ka­ mera telefon dengan batang swafoto adalah jawapannya. Tetapi, jangan beli batang yang biasa. Ia nampak ter­ la­ lu menyusahkan dengan tia­ da butang pengatup dan se­ bagainya. Sebaliknya, da­ patkan Pocket Selfie Mono­ pod dengan butang pengatup terbina bersama batang selfie. Batang selfie ini kdikatakan an­ tara terbaik kerana saiz­ nya yang kecil dan ia tidak perlu disimpan dalam beg b e r­a s i n g a n - s e b a l i k n y a diselitkan pada poket seluar

Kampung Morten

28

Beca dan Bangunan Stedhuys

Sepanjang menelusuri sungai Melaka dengan menaiki bot, pasti anda akan terlihat deretan rumahrumah kampung yang masih utuh berdiri, diberi nama Kampung Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Perkampungan ini memperlihatkan warisan dan kebudayaan orang-orang Melayu di Melaka. Amalan cara hidup mereka tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan reka bentuk rekaan rumah mereka. Mengikut sejarah, rumah di Kampung Morten yang wujud sejak tahun 1920-an ini dahulunya hanya sebuah kawasan paya. Ia diasaskan oleh Datuk Othman Md Nor pada 1922 sempena nama Pesuruhjaya Tanah dan Hasil, J.F. Morten. Usianya yang melebihi 100 tahun, rumah-rumah tradisional Melayu yang masih berpenghuni ini menampilkan seni bina rumah Melayu Melaka yang asli. Buktinya, lihat sahaja pada tangga batu berhias jubin berwarna, ukiran kayu serta serambi panjang yang terdapat di setiap rumah tersebut. Panorama yang cantik dan suasananya yang tenang dengan deretan rumah tradisional yang tersusun, ditambah lagi dengan perkampungannya yang bersih menggamit pelancong untuk ke sini tanpa mengira waktu. Kala malam menjelma, anda akan dapat melihat betapa indahnya perkampungan ini yang dihiasi dengan kerlipan lampu berwarnawarni. Pastinya menjadi antara tarikan buat para pelancong asing yang berkunjung ke Melaka. Sekiranya anda ingin bermalam bersama keluarga, Kampung Morten turut menyediakan beberapa ‘homestay’ untuk mereka yang datang berkumpulan.

Villa Sentosa

Berjalan-jalan di Kampung Morten, tidak sah kunjungan anda seandainya tidak singgah ke Villa Sentosa. Mendapat jolokan “Muzium Kehidupan Orang Melayu”, ia merupakan sebuah rumah kampung yang bersaiz besar, diubahsuai menjadi mini muzium. Anda bakal berjumpa dengan waris Dato Haji Hashim yang bertanggungjawab meneroka kawasan ini dan juga menetap di sini. Sesuatu yang amat menarik perhatian pengunjung, anda bukan sahaja dapat melihat keunikan seni bina rumah tradisional Melayu yang dibina pada suku pertama abad ke-20 dengan gaya reka bentuk sezaman, bahkan turut dipamerkan pelbagai barangan lama. Antaranya koleksi pakaian, tenunan Melayu, perabot, senapang, artifak lama, seramik lama dan banyak lagi tinggalan sejarah. Sangat berinformasi untuk kanak-kanak kerana pastinya mereka akan teruja tatkala melihat cara hidup orang Melayu dahulu kala, serta pelbagai barangan lama yang mereka tidak pernah lihat. Pada akhir lawatan, jangan lupa mengisi buku pelawat yang disediakan. Menariknya, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki rumah ini, namun tabung sumbangan ada disediakan untuk orang ramai yang ingin menyumbang secara ikhlas. Sumbanglah seikhlas hati kita, sebagai menyokong usaha mereka yang bersungguh-sungguh dalam memelihara warisan tradisional Melayu lama sehingga kini. Waktu Operasi Villa Sentosa Sabtu – Khamis: 9 pagi – 6 petang Jumaat: 2 petang – 6 petang


30

08 - 14 MAC 2017

Ranieri, Mourinho senasib! NASIB Claudio Ranieri seakan serupa dengan Jose Mourinho ketika ‘The Special One’ diarah meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung 2015. Mereka dipecat selepas pasukan masing-masing meng­ alami kekalahan yang tidak da­ pat diterima oleh pemilik kelab. Chelsea dan Leceister City, kedua-duanya adalah juara ber­ tahan Liga Perdana Inggeris tatkala dua jurulatih itu terima surat pemecatan mereka. Ini berlaku dalam suasana yang sangat ironis. Musim sebelum itu, Chelsea menjulang juara Liga Perdana musim

2014/15 manakala Leceister pula pada musim 2015/16. Hanya pada musim berikutnya, pengurus kedua-dua kelab itu dipecat. Ini memperlihatkan baha­ wa dalam liga bola sepak profes­ sional, pengurus atau juru­latih, jika tidak berupaya untuk menguasai pemain, yang pada masa sama pemain juga perlu untuk mematuhi mereka, kedudukan mereka masih ditentukan oleh pemain. Pemain berperanan di padang di mana sesuatu keputusan perlawan ditentukan. Jika pemain tidak bersungguh-sungguh sebagai manifes-

PENCAK JEBAT TMJ jadi pemain?

Jebat masih tidak percaya bahawa Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan didaftarkan sebagai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bila pendaftaran kali kedua dibuka pada Mei ini. Sebaliknya, Jebat bersependapat dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni bahawa ini hanyalah satu bentuk sindiran TMJ kepada pihak tertentu. Malah, jika benar TM mahu jadi pemain, Jebat turut bersetuju dengan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bahawa ia tidak sesuai dan ganjil. Ini kerana dengan kedudukan baginda sebagai TMJ serta sebagai Presiden FAM (jika dipilih), agak janggal untuk baginda beraksi di tengah padang kerana pasti mencetuskan konflik. Jebat: Kembali bersilat.

Annuar berhak tanding

Seorang sahabat marah-marah apabila Tan Sri Annuar Musa menyatakan pendiriannya tidak menarik diri daripada bertanding menentang Tengku Mahkota Johor untuk jawatan Presiden FAM. Katanya kepada Jebat, memandangkan TMJ sudah bersetuju untuk memegang jawatan tersebut, eloklah Annuar menarik diri bagi memberi laluan kepada baginda. Lainlah jika TMJ tidak bertanding. Pada awalnya, Jebat juga berfikiran begitu. Tapi, bila memikirkan bahawa negara kita mengamalkan demokrasi, biarlah Annuar bertanding kerana beliau berhak melakukannya. Lagipun FAM tidak rugi apa-apa. Jika perwakilan benar-benar yakin dengan TMJ pasti mereka akan memilih baginda. Tapi, jika mereka memilih Annuar, sudah pasti kem yang menyokong TMJ kena muhasabah diri apakah yang tidak kena. Jebat: Sentiasa cermin diri.

tasi ‘pemberontakan’ – dalam kata lain boleh disebut boikot - terhadap pengurus, tidak mungkin pasukan itu menang. Inilah yang berlaku apabila Chelsea pada musim terakhir bawah kendalian Mourinho, tewas sembilan daripada 16 perlawanan liga. Ranieri juga melalui jalan yang sama apabila reputasi The Foxes menjunam daripada kedudukan selaku penyandang juara ke zon penyingkiran yang menyebabkan pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha tidak lagi mampu menahan sabra. Barang kali atas sebab me­ mahami dan berempati

dengan nasib yang menimpa rakan sejawatannya, Mourinho pada sidang akhbar 25 Feb lalu, mengkritik keras pemecatan Ranieri. “Tiada siapa dapat memadamkan apa yang Claudio telah lakukan. Jika sesetengah cerita itu benar (berhubung pemain) pasti sukar untuk mendapatkan ayat sesuai bagi menggambarkannya. “Mungkin musim ini bermula dengan pemikiran yang terlalu menjurus kepada kepentingan sendiri berbanding orang lain terutama apabila memikirkan kontrak baharu, mahu mendapatkan lebih banyak wang dalam masa sama

lupa siapa membantu mereka mencapai tahap ketika ini,” kata Mourinho yang memakai baju T bercetak ‘CR’ pada sidang media itu, pastinya sebagai tanda solidariti. Jika pasca pemecatan Mourinho, The Blues mengambil masa sedikit perlahan untuk bangkit semula ketika dikendalikan Guus Hiddink sebelum benar-benar kembali ke landasan setelah beralih ke tangan Antonio Conte musim ini, The Foxes sebaliknya mengambil masa yang teramat singkat. Jamie Vardy, ‘ayam tambatan’ kelab itu yang disebut-sebut sebagai ‘kepala pemberontak’ menentang Ranieri selain penjaga gawang, Kasper Schmeichel mengemudikan rakan-rakannya mengalahkan Liverpool 3-1 hanya empat hari selepas pengurus itu dipecat. Vardy sendiri menjaringkan dua gol, manakala satu lagi gol oleh Danny Drinkwater. Biarpun kemenangan adalah berita baik bagi The Foxes, namun ia sudah tentu tetap memberi kesan dalam hati, juga maruah diri bagi Ranieri yang hanya baru 10 bulan lalu membawa suatu kisah dongeng berubah jadi kejayaan apabila Leceister City menjulang trofi Liga Perdana yang tidak pernah diimpikan mereka sebelum itu. Apa pun, itulah hukum bola sepak profesional!

Kempunanlah The Blues! Sambungan dari muka 32

ISU yang berlegar di sebalik cerita pengunduran Sanchez ialah penyerang berbisa itu dikatakan kecewa dengan kedudukan The Gunners musim ini yang tidak memperlihatkan petanda kemajuan, terutama setelah tersingkir daripada Liga Juara-Juara. “Tidak ada rahsia antara Sanchez dengan pengurusan Arsenal. Kedua-dua pihak telah berterus terang namun apa yang pasti, perbincangan untuk kontrak baharu telah terhenti,” tulis David Woods dalam Daily Star minggu lalu. Sebelum ini, Sanchez difahamkan menuntut gaji baharu yang mahu lebih 200, 000 Pound (RM1.1 juta) seminggu. Bagaimanapun isu itu dikatakan tidak lagi membawa sebarang makna baginya apabila The Gunners semakin jauh daripada persaingan merebut takhta Liga Perdana musim ini. “Baginya, masa untuk meninggalkan kelab sudah tiba,” tulis Woods. Dua tarikan untuk Sanchez ke La Liga, satunya ialah dia mahu bersama dengan bekas jurulatih

skuad kebangsaan Chile, Jorge Sampaoli yang kini bos Sevilla. Satu sebab yang lain ialah mahu bergandingan dengan Diego Simeone di Atletico. Sepanjang bersama The Gunners, Arsene Wenger dikatakan telah berusaha meningkatkan permainan Sanchez, malah telah menawarkannya kontrak baharu untuk kekal. “Apa pun, prestasi semasa kelab mendorongnya membuat keputusan untuk pergi,” tulis Woods. Ironinya, prestasi Sanchez sendiri pun tidaklah sebaik mana. Dia sekadar menjaringkan 17 gol selain lapan kali membantu jaringan pemain lain dalam Liga Perdana, sebagaimana yang direkod­kan WhoScored.com. Dalam Liga Juara-Juara pula, pemain berusia 28 tahun itu direkodkan sekadar memberikan tiga kali bantuan. “Sekarang sama ada Wenger kekal ataupun tidak, Sanchez hampir pasti akan pergi ke La Liga,” ujar Woods. Setidak-tidaknya, ini adalah sesuatu yang lebih baik bagi penyokong The Gunners yang sudah tentu tidak sanggup untuk melihat dia bermain dengan pasukan lain dalam Liga Perdana. Nampaknya, akan kempunanlah The Blues! Selain Sanchez, Arsenal juga hampir pasti akan kehilangan seorang lagi bintangnya, Mesut Ozil.


31

08 - 14 MAC 2017

Perjuangan CAPIT demi anak FELDA, bangsa Johor Foto SHUKOR JANIS

PELUMBA yang MMM kenali sejak zaman Cub Prix dengan pasukan Ah Hong Motor pada awal tahun 2000 sebelum beralih kepada saingan Malaysian Super Series (MSS) di Sepang, cinta Safrizan Buang kepada sukan lumba motosikal sememangnya tiada batasan. Safrizan, atau nama kampungnya, CAPIT kini ikon kejohanan Kapcai Endurance dan reputasi beliau sebagai pelumba, pengurus dan pemilik pasukan semakin terserlah. Nama CAPIT adalah sesegar dan sehebat kejuaraan yang kini menjadi pilihan golongan akar umbi kerana kos pertandingan yang boleh dimampui. Atau, dalam perkataan yang lebih mudah difahami 'affordable'. Tidak mahal; tetapi tidak juga murah, namun perbelanjaan untuk mengejar keseronokan berlumba dan impian ke pentas lebih besar amat dimampui oleh mereka yang meminati sukan perlumbaan. "Saya lakukan sekadar yang terdaya," kata Safrizan, pengasas CAPIT Racing –pasukan yang setiap tahun menghantar delegasi besar dalam kejohanan anjuran Persatuan Pemotoran Malaysian (MAM) dan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak edisi kedua kejuaraan pada 2013. "CAPIT Racing tidak pernah terlepas bertanding selepas itu. Kami hantar pasukan sebanyak mungkin untuk memastikan penyertaan besar pada pusingan akhir kejuaraan. Kalau gagal di Pusingan 1, kami akan mencuba pada Pusingan 2 dan pusingan seterusnya. Cuma tahun ini agak sukar kerana agak sukar mendapat penajaan. Tetapi, kami tetap bertanding kerana ini adalah agenda penting untuk CAPIT Racing. "Kami lakukan demi maruah anakanak FELDA; demi bangsa Johor dan demi cinta kami kepada sukan lumba motosikal. Kami ingin memberi peluang kepada anak-anak FELDA menyerlah dalam sukan ini. Ini peluang terbaik untuk menyerlahkan bakat kerana kos menyertai pertandingan jauh lebih murah daripada kejohanan-kejohanan lain," kata Safrizan, yang berasal dari FELDA Sungai Tiram, Johor. "Satu lagi pembakar semangat kami adalah untuk menaikkan nama Johor dan bangsa Johor. Kami ingin buktikan anak Johor juga hebat dalam sukan lumba motosikal dan mampu bertanding di pentas antarabangsa. Itu matlamat kami," tambah beliau. Selaku juara keseluruhan bagi Kelas 3 untuk edisi keempat pada 2015,

Safrizan dan CAPIT Racing berpeluang mengungguli saingan musim ini selepas beliau dan rakan-rakannya, Muhammad Haeikal Akmal Zakaria dan Shah Kharil Hisham Mahmood muncul juara Kelas Terbuka pada saingan Pusingan 2 di Litar Go Kart Sepang 26 Februari lalu. Satu lagi penyertaan daripada CAPIT Racing menampilkan gandingan Mohammad Khuzairi Mahmood dan Mohammad Khari Zakaria yang menduduki tempat ketiga untuk kelas berkenaan dan layak ke Pusingan Akhir, yang akan diadakan di Litar Antara-

bangsa Sepang bulan depan. Gandingan Muhammad Syuzali dan Mohd Syafirin pula muncul juara Kelas 1 untuk jentera bawah 100cc sekali gus meletakkan pasukan 'kampung' dari FELDA Sungai Tiram ini sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan di Sepang dan pasukan pilihan untuk muncul juara keseluruhan edisi kelima Kapcai Endurance ini. MMM – Tabik Spring untuk CAPIT Facebook – Mat Manjoi Emel – mrmatmanjoi@gmail.com

Sambungan dari muka 32 5. Maria Kirilenko

2. Julia Georges

6. Laura Robson

3. Ana Ivanovic

Muda dan jelita, itu kesimpulan tepat untuk pemain tenis Britain ini. Pada usia 23 tahun, Laura dijangka akan menguasai tenis dunia untuk beberapa tahun akan datang. Dia telah memulakan langkah ke arah itu dengan menjuarai Kejohanan Tenis Remaja Wimbledon ketika berusia 14 tahun. Sudah tentu kecantikannya turut menjadi tarikan.

Walaupun pencapaiannya di gelanggang tenis belum cukup menyerlah namun Ana sering mencuri tumpuan setiap kali dia muncul dalam majlis tertentu. Sifat kewanitaannya sangat terserlah sehinggakan dia dilihat sebagai seorang model berbanding ahli sukan.

8. Bojana Jovanovski

Seperti Maria Sharapova, Maria Kirilenko juga berasal dari Russia. Pemain yang nama lengkapnya Maria Yuryevna Kirilenko Stepanova menggegar dunia tenis apabila menjuarai Terbuka Amerika Syarikat pada 2002.

Pemain tenis kelahiran Jerman ini memenangi beberapa gelaran acara perseorangan dan beregu dalam beberapa pertandingan Jelajah Dunia. Pada masa sama kejelitaannya turut menjadikan sahamnya lebih tinggi.

Pada usia 32 tahun, Bojana boleh dianggap kurang menyerlah sebagai pemain tenis berbanding penampilannya bak model. Tercalon antara 10 pemain tercantik dunia mungkin lebih sesuai.

9. Caroline Wozniacki

Pernah menduduki ranking pemain wanita nombor satu dunia selama 67 minggu, Caroline boleh berbangga sebagai wanita pertama Scandinavia mencapai tahap setinggi itu apatah lagi pada usia 20 tahun.

10. Daniela Hantuchova 4. Dominika Cibulkova

Di dalam gelanggang, Dominika terkenal dengan gaya permainan yang pantas dan agresif. Tapi,bila di luar, gadis berusia 28 tahun dari Slovakia ini kelihatan amat anggun dan lembut. Enam kejuaraan, empat kali di WTA dan dua kali di ITF membuktikan dia bukan sekadar cantik tapi hebat.

7. Eugenie Bouchard

Seorang lagi pemain muda yang sedang mencipta nama. Eugenie, 23, berasal dari Kanada masih berusaha meletakkan dirinya dalam kelompok pemain tenis terbaik dunia. Buat masa ini, kecantikannya lebih mendapat perhatian.

Wanita asal Slovakia ini pernah menggegar gelanggang tenis pada 2002 apabila memenangi Jelajah WTA, Indian Wells Masters. Walaupun tidak dikenang sebagai salah seorang pemain hebat, namun dia kekal di hati peminat kerana kecantikannya.


32

08 - 14 MAC 2017

30

Ranieri, Mourinho senasib!

Keluaran 08 - 14 MAC 2017

SAMA ada ke Chelsea, Sevilla ataupun Atletico Madrid, Alexis Sanchez hampir pasti akan angkat kaki dari Arsenal pada musim panas akan datang. Bintang Chile itu dilaporkan telah membuat keputusan – menepati spekulasi yang berlegar sejak setahun lalu – dengan kecenderungan untuk kembali ke La Liga di mana dia pernah beraksi bersama Barcelona. Bagaimanapun, dari Stamford Bridge ada cerita lain pula. Bos Chelsea, Antonio Conte dikatakan turut berminat untuk

mendapatkan tanda tangan penyerang berusia 28 tahun itu. Conte dilaporkan telah bersedia untuk ‘menjual’, pe­­ nyerang antarabangsa Bel­ gium, Michy Batshuayi ba­ gi membentuk ganding­an penggempur baharu The Blues.

30

HANG PI MANA,

SANCHEZ? 10 Pemain tenis tercantik TANGKAS di dalam gelanggang dan cantik bak model adalah antara tarikan beberapa bintang tenis dunia. Tidak hairan jika pemain seperti Maria Sharapova terus menjadi pilihan beberapa jenama terkenal untuk mempromosi produk mereka. Berikut 10 pemain tenis wanita tercantik di dunia.

1. Maria Sharapova

Nama sebenarnya adalah Maria Yuryeyna Sharapova, berasal dari Russia. Pemain berusia 29 tahun ini bukan sahaja menarik perhatian kerana ketangkasannya di dalam gelanggang tenis malah kerana kecantikannya. Tidak hairan jika dia turut menjadi model untuk jenama Vogue dan Avon.

31

Bita debar tunggu SPM KUALA LUMPUR - Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini sedang berdebar menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan pada 16 Mac. Menurut ayahnya, Sabri Hashim, walaupun tidak meletakkan harapan yang tinggi , sekadar ’cukup makan ’sudah tetapi tidak terlalu mengecewakan. “Memang Bita tidak mengharapkan keputusan terbaik memandangkan persiapan ala kadar yang dilakukan untuk peperiksaan itu kerana lebih tumpukan pada persiapan Sukan Olimpik, Rio, Ogos lalu. “Bita bercita-cita melanjutkan pelaja-

ran dalam jurusan sains, moga hasrat itu tercapai,” ujar Sabri. Bita membuka mata banyak pihak apabila menduduki tempat ke-9 dalam final acara 10 meter platform individu di Olimpik, mengatasi penerjun senior, Pandela Rinong yang menduduki tempat ke-11. Buat masa ini Bita sedang menjalani latihan di China sejak awal Februari lalu sambil menyertai beberapa pertandingan di sana. Antaranya, dia menyertai siri pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing pada 3-5 Mac lalu. Dia juga akan menyertai siri kedua kejohanan ter­ sebut di Guangzhou pa­da 9 -11 Mac dan akan kem­bali ke Malaysia pada 12 Mac.

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.