PE RC UM A
ISU 08
PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my
16
Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7
Keluaran 15 - 21 MAC 2017
Yuna bidas tanggapan harus seksi untuk langkah lebih jauh
‘MENGAPA PERLU BERUBAH?’ KUALA LUMPUR – “Bagi sesetengah orang, dengan penampilan seperti ini (bertudung), sukar untuk saya melangkah lebih jauh. Jadi, saya perlu berubah, berubah jadi lebih seksi. “Soalnya, mengapa saya harus berubah? Ia bukan diri saya sama sekali!” Tegas kata-kata Yuna ketika ditemubual saluran radio BBC (British Broadcasting Corporation), 6 Mac lalu. Menurut Yuna, ada orang beranggapan, seseorang wanita Islam tidak akan berjaya (jika kekal dengan prinsip dan ajaran agamanya), tetapi dengan pencapaiannya sekarang, dia telah menepis tanggapan itu. “Saya selesa dengan apa yang saya lalui dan capai pada hari ini,” katanya.
2
Billboard wajah Yuna di Wall Street, New York pada Nov 2016
Hajat Sifu nak main golf
24
Tunku Tun Aminah Pengerusi REDtone
8
Bush enggan dedah rahsia UFO
2
Panduan berhujung minggu di muka 14, 28
AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA
TERBIT SETIAP RABU
MINGGUAN WARTA PERDANA
Ambil. Baca. Kongsi.
2
15 - 21 MAC 2017
Bush enggan dedah rahsia UFO
Bush ditemubual Jimmy Kimmel 2 Mac lalu.
NEW YORK – Sejak sekian lama, hal yang berkaitan dengan UFO terus jadi misteri bagi masyarakat dunia. Pada masa yang sama, ke rajaan Amerika Syarikat (AS), terutama presidennya dipercayai tahu hal yang se benar di sebalik isu berkaitan objek terbang tidak dikenali itu. Mereka bagaimanapun di katakan dikehendaki untuk merahsiakannya daripada mana-mana pihak lain atas sebab yang tertentu.
Minggu lalu, bekas Presiden AS, George W. Bush yang muncul dalam satu program TV, Jimmy Kimmel Live telah ditanya oleh hos, Jimmy Kimmel mengenai UFO. “Satu soalan yang sangat penting bagi saya, juga sangat penting untuk negara, saya mahu tanya kepada tuan. Ketika tuan memegang ja watan Presiden, adakah tuan tahu dan pernah lihat fail-fail rahsia mengenai UFO? “Jika saya jadi Presiden, itulah perkara pertama yang
akan saya lakukan ..,” kata Kimmel. Belum pun sempat Kimmel menghabiskan soalannya, Pre siden AS yang ke 43 itu berkata: “Mungkin.” Beliau kemudian me lan jutkan lagi: “Anda tahu, ia (soalan itu) melucukan. Anak-anak saya pun bertanya soalan yang sama. Apabila Kimmel bertanya adakah Bush dibenarkan untuk ber cerita kepada anak-anaknya mengenai apa yang ada di dalam fail itu, sudah ten tu bekas koman der tentera (pada era beliau memerintah) akan berkata, tidak!” Kimmel mem balas; “tetapi sekarang tuan tidak lagi m em e g a n g jawatan, dan tuan boeh lakukan apa saja yang tuan mahu, bukan?” “Betul,”
jawab Bush, “tetapi saya tidak akan beritahu anda (mengenai UFO).” Kimmel: “Tuan tidak mahu beritahu saya (tentang) apa? Adakah tuan tidak akan beritahu bahawa tuan pernah melihat ‘mereka’ (UFO)?” “Saya tidak akan beritahu apa-apa,” jawab Bush yang menghadiri program bual bicara itu untuk mempromosi bukunya ‘Portraits of Courage’. Perbincangan mengenai UFO berakhir setelah Kimmel bertanya Bush jika benar ada rahsia-rahsia besar yang diketahui oleh bekas Presiden itu, tetapi beliau tidak dapat mendedahkannya. Bush mengiyakan, dan berkata, “saya tidak akan mendedahkan (rahsiarahsia) itu pada bila-bila masa dalam hidup saya.” Dalam satu peristiwa yang Jimmy Carter
Yuna tetap pertahan identiti Dari muka depan Yuna – anak kelahiran Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Subang Jaya, Selangor - adalah artis Malaysia yang paling berjaya di peringkat antarabangsa. Berusia 31 tahun, album ke tiganya yang diterbitkan di Amerika Syarikat, Chapters disenaraikan dalam carta Billboard, malah terpilih sebagai antara 10 album R&B terbaik sepanjang 2016. Dalam senarai itu, Yuna sebaris dengan artis-artis berprofil tinggi termasuk Beyonce, Rihanna dan John Legend. Sememangnya bukan mudah bagi Yuna untuk berada di tem patnya sekarang. Dia telah bekerja keras sejak beberapa tahun hingga mendapat kepercayaan penerbit ternama, David Foster. Foster bukan calang-calang nama dalam industri muzik AS. Beliau pernah berkolaborasi de ngan ramai artis terkenal du nia, antaranya Michael Jackson, Christina Aguilera, Bryan Adams, Air Supply, The Corrs, Celine Dion, Whitney Houston, Janet Jackson, Mariah Carey, Michael Buble dan ramai lagi. Beliau juga memenangi banyak anugerah Grammy. Selain itu, Yuna juga bekerjasama dengan penerbit hip hop bertaraf legenda, DJ Premier yang me nerbitkan album Kanye West, Snoop Dogg dan Christina Aguilera.
DJ Premier
David Foster
Tahun lalu, Yuna membangkitkan kebanggaan rakyat Malaysia apabila wajahnya terpampang pada billboard bursa saham Amerika Syarikat, NASDAQ di Times Square, pusat kota metropolitan New York. “Saya telah bekerja keras di Amerika Syarikat selama lima tahun dan melihat muka saya terpampang di billboard NASDAQ menjadikannya sangat ber baloi,” kata Yuna. Dia, ketika menulis mengenai per kara itu di Twitter sekadar menyebut dirinya sebagai ‘gadis kelahiran Kedah’ me nunjukkan betapa Yuna, selaku artis tanah air yang telah berjaya me nem patkan dirinya dalam industri muzik antarabangsa, masih tegar mem pertahankan jati diri dan asal-usulnya. “Tentu ramai yang teruja apabila melihat anak Malaysia seperti saya berjaya meletakkan nama dalam industri muzik Amerika Syarikat. Saya mempunyai impian yang tinggi untuk melangkah lebih jauh kerana
Usher
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini,” kata Yuna. Menurutnya, sama seperti ketika dia membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik, ramai yang kurang bersetuju apabila dia menyuarakan has rat mahu berhjrah ke Amerika Syarikat. “Menjadi seorang anak gadis yang masih baru dalam industri muzik adalah sesuatu yang sukar. Ramai yang mengambil kesempatan. Me reka mungkin anggap, hanya ber sandarkan kecantikan saja sudah cukup,” katanya. Namun kata Yuna, apa yang se benarnya perlu untuk menjadi seperti dirinya hari ini adalah pengetahuan dan kebijaksanaan. “Saya tidak perlu korbankan identiti saya hanya untuk berada di tahap sekarang, Yang penting, teruskan dengan cara sendiri asal saja apa yang dilakukan untuk membuatkan anda selesa,” ujarnya.
lain, Presiden AS yang ke 39, Jimmy Carter ketika meraikan kemenangannya sebagai Ga benor Georgia pada 1971, di katakan telah bersumpah di hadapan penyokongnya bahawa beliau akan “cari sam pai dapat” rahsia mengenai UFO jika berjaya menduduki kerusi Presiden AS. Mengikut laporan itu, sumpah tersebut di lafaz kannya setelah satu objek yang dipercayai UFO dikatakan telah melintas ruang angkasa di mana Carter mengadakan majlis me raikan penyokong dan jentera kempennya sempena kemenangan itu. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Presiden AS pada 1977, hingga berakhir penggal perkhidmatannya pada 1981, beliau tidak pernah menyebut apa-apa lagi mengenai UFO. Ini kerana, setiap penjawat Presiden AS dikatakan di ke hendaki merahsiakan apa-apa maklumat mengenai perkara itu sebagai satu rahsia besar jawatan dan negara mereka.
3
15 - 21 MAC 2017
IPO Eco World terbesar dalam sejarah Negara KUALA LUMPUR – Eco World International Bhd. (EWI) dij angka akan meraih RM2.58 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) yang akan menempa rekod sebagai IPO terbesar negara setakat ini. Presiden merangkap Ke tua Pegawai Eksekutif EWI, Datuk Teow Leong Seng berkata syarikat itu bercadang menerbitkan sehingga 2.15 bilion saham baharu. Daripada jumlah itu kata Teow, 408 juta saham yang ditawarkan secara runcit menerusi IPO adalah mewakili 17 peratus daripada jumlah modal terbitan dan berbayar EWI yang ditambah selepas penyenaraian. “Tawaran runcit berkenaan adalah pada harga RM1.20 sesaham,” katanya. Menurutnya lagi, daripada 17 peratus yang diperuntukkan untuk tawaran runcit, 240 juta saham ditawarkan kepada pe megang saham Eco World Development Bhd. yang layak,
Dari kiri, Naib Pengerusi Eksekutif EWI, Tan Sri Liew Kee Sin; Pengerusi, Tan Sri Azlan Mohd Zainol dan Presiden/ CEO,, Datuk Teow Leong Seng memperagakan prospektus EWI ketika pelancarannya baru-baru ini.
120 juta untuk pengarah dan pekerja EWI dan Eco World Development yang layak, manakala baki 48 juta saham lagi diperuntukkan untuk langganan orang ramai. EWI sebelum ini telah menandatangani perjanjian langganan saham dengan GuocoLand Ltd. Bagi pegangan strategic 27 peratus dalam modal saham terbitan dan berbayar yang ditambah. Perjanjian tawaran se banyak 212.4 juta saham
Segera damai - TPM S'pura SINGAPURA - Konflik Malay sia dan Korea Utara perlu dibincangkan dan diselesaikan tanpa meng ambil langkahlangkah ekstrem, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean. Beliau mengulas perbalahan di antara Kuala Lumpur dan Pyongyang berikutan pem bunuhan Kim Jong-nam, abang pe mimpin Korea Utara Kim Jong-un, tiga minggu lepas, lapor Channel News Asia. "Kami memantau rapat per kembangan di sana dengan amat teliti, bukan sahaja di antara Korea Utara dan Malaysia tetapi juga Korea Utara yang begitu aktif melancarkan peluru berpandunya beberapa hari lepas," kata Teo kepada media Singapura itu di Jakarta. "Saya berpendapat kita perlu menggalakkan Korea Utara supaya bersikap lebih sederhana dalam tindakan yang diambilnya untuk cuba memelihara keamanan dan kestabilan serta keselamatan di rantau kita," kata Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional Singapura. Teo berada di ibu negara Indonesia itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA).
dalam agregat kepada pe megang saham utama yang tediri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd., dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah ditandatangani. EWI sebelum ini turut mengikat perjanjian langganan saham dengan GuocoLand Ltd., bagi pemegangan strategik 27 pe ratus dalam modal saham terbitan dan berbayar yang di tambah.
WhatsApp rapatkan usahawan, pelanggan
SAN FRANCISCO - Para usaha wan dan pengguna akan lebih mudah berinterasi selepas ini melalui satu sistem baharu yang bakal diperkenalkan oleh WhatsApp. "Melalui sistem ini, peniaga boleh berinteraksi secara lang sung dengan pengguna, ia se dang dibangunkan oleh WhatsApp, sedang diuji dan diharap dapat direalisasikan secepat mungkin," kata satu kenyataan daripada pihak yang terbabit dalam komunikasi yang rapat dengan projek berkenaan kepada Reuters. Ujian dijalankan dengan beberapa syarikat yang terbabit dengan program inkubator syarikat Y Combinator dan ia memberi petunjuk WhatsApp mahu meraih keuntungan daripada aplikasi kegemaran ramai itu. WhatsApp masih tidak mempunyai model perniagaan sejak diambil alih oleh Facebook Inc pada harga AS$19 bilion (RM84.73 bilion), tiga tahun lalu. Ia menyediakan perkhidmatan mudah alih dengan menawarkan kemudahan menghantar mesej atau membuat panggilan kepada kenalan secara percuma tanpa caj. Melalui perkhidmatan yang sedang dirancang ini, WhatsApp dikatakan bakal mengenakan bayaran kepada syarikat yang mengggunakannya dan akan meraih keuntungan dan berpendapatan besar melalui sistem yang sudah dikenali dan terbukti keberkesanannya. Bagaimanapun sumber juga menyebut bahawa WhatsApp amat berhati-hati untuk memperkenalkan sistem ini kepada umum kerana tidak mahu diganggu gugat oleh mesej spam.
BoBoiBoy masuk TV Korea pula CYBERJAYA - BoBoiBoy The Movie bukan sekadar berjaya memasuki pasaran filem Korea Selatan malah semakin mendapat sambutan dan tidak mustahil memulangkan hasil dalam angka puluhan juta hasil cubaan berani Animonsta Studio Sdn. Bhd. (MONSTA). Cubaan MONSTA juga mengena iaitu diketika filem animasi 3D sedang digilai di negara tersebut. Langkah kedua, BoBoiboy bakal mewarnai kaca televisyen negara Winter Sonata itu. "Secara rasminya kami masih belum dapat jumlah kutipan sebenar, 100 pawagam yang tayangkan BoBoiBoy The Movie agak jauh jaraknya, kami sedang kumpul maklumat dengan kerjasama Boxoo Entertainment yang bantu promosi
Antara gelagat kanak-kanak Korea yang menonton Boboiboy The Movie
dan kutipan di Korea. "Bila dah final nanti kami akan beritahu, ini kerana trend tayangan di sana tak sama macam kita di Malaysia, harga tiket juga berbeza," kata Ketua Penjenamaan dan Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin. Jumlah kutipan BoBoiBoy The Movie di empat negara iaitu Singapura, Indonesia,
Brunei dan Malaysia dianggarkan mencecah RM19 juta. Jika diambil kira 100 buah pawagam di Korea Selatan yang sedang menyambut baik BoBoiBoy, MONSTA bakal tersenyum lebar mengaut hasil keringat mereka selama ini untuk menjulang BoboiBoy. MONSTA yakin BoBoiBoy akan mudah diterima memasuki siaran televisyen Korea Selatan memandangkan ia sudah mula dikenali. Menurut Faiz, kerjasama untuk tujuan itu telah dijalinkan, menunggu masa untuk proses rakaman suara dan ditayangkan. BoBoiBoy The Movie yang telah mencipta sejarah baru perfileman negara mendapat sokongan kewangan daripada Perbadanan ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sementara Perbadanan Filem Nasional (FINAS) memberi Skim Wajib Tayang.
Artis bantu pelarian Yaman PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer lagu Hafiz Hamidun merancang meng anjurkan program Yaman Food Project dalam waktu terdekat. Katanya, dia sangat te ruja untuk kembali se mula ke negara bergolak ter sebut dan berharap akan men dapat sokongan dan ban tuan daripada rakyat Malay sia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan. “Saya dalam proses me
ran cang program tersebut. Insha Allah kita akan lancarkan kempen ini untuk orang ramai menyumbang. Saya juga ada bertemu dengan beberapa rakan artis dan mereka secara lisan memberitahu akan me nyokong dan membantu." Menurut Hafiz, dia me rasakan perlu untuk membantu mangsa-mangsa peperangan di Yaman ke ra na mereka dalam risiko kekurangan makanan
dan bekalan ubat-ubatan, hilang tempat tinggal, memerlukan tandas, selimut dan seumpamanya. Pertengahan Feb lalu, Hafiz bersama-sama beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki, Heliza Helmi, Zain Saidin, Yatt Hamzah, Adam Corrie dan Salima Habibi telah dijemput oleh pihak Muslim Care Malaysia untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Yaman menerusi kempen Peace For Yemen.
4
15 - 21 MAC 2017
BERITA
Jualan rumah dijangka pulih PETALING JAYA – Prospek jual an rumah dijangka kembali pulih terutamanya di Lembah Klang setelah mengalami sedikit kemerosotan peng hu jung 2016 berdasarkan pel bagai faktor penghalang. Nilai kejatuhan Ringgit dan kenaikan upah yang rendah di kalangan kakitangan awam tidak menjadi faktor utama kejatuhan sektor ini se belum ini, tegas Pengerusi Penganjur Malaysia Property Expo (MAPEX), Datuk Ng Seing Leong. Katanya, keyakinan ini ber dasarkan sambutan dan permintaan yang tinggi peng guna terutamanya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor di kebanyakan syarikat pemaju perumahan bila ada pelancaran rumah baru. "Faktor kelulusan pinjam an perumahan mungkin akan sikit jejaskan jualan rumah
tetapi harus kita ingat masih ramai kakitangan kerajaan dan swasta yang baru bekerja, pendapatan mereka masih tinggi dan kebanyakannya belum ada rumah. "Pada masa yang sama banyak pemaju perumahan sedang dan akan melabur dengan mendirikan kediaman baru, jadi kita melihat tidak ada sebab akan terus berlaku penurunan pembelian atau jualan rumah," katanya. Katanya lagi, "Sebanyak RM300 juta jualan disasarkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dalam MAPEX 2017 yang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur dari 14 hingga 16 April depan." Menurutnya, penganjuran ini adalah siri pertama MAPEX di Lembah Klang bagi tahun ini.
“Kami optimis pameran yang disertai 37 pemaju hartanah ini mampu menarik lebih ramai pembeli dengan pelbagai jenis rumah mampu milik hingga segmen pre mium ditawarkan. sektor
platform kepada orang ramai un tuk mendapatkan nasihat hartanah mahupun membeli rumah. MAPEX yang membawa tema ‘Sambungan Lebih Baik Untuk Kehidupan Mampu Milik’ itu berlangsung selama tiga hari dan dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam tanpa dikenakan bayaran masuk.
Dari kiri Ahli Jawatankuasa Mapex, Loo Che Yang, Setiausaha Rehda, IR Tiah Oon Ling, Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong, Ahli Jawatankuasa Mapex, Carrie Fong dan Chan Kin Meng
MBA perangsang usahawan
Para pemenang bergambar kenangan di majlis MBA 2017
KUALA LUMPUR – Anugerah ‘Malaysia Business Award 2017’ mengiktiraf 21 pemenang dalam majlis penghargaan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL). Majlis anugerah edisi ketujuh ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu dan syarikat yang cemerlang. Pemangku Yang Di Pertua DPMMKL, Don Nazwim Don Najib menggambarkan komuniti perniagaan sebagai watak penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara kerana sumbangan mereka dalam ekonomi negara. “Walaupun kita sedang melalui musim ekonomi yang kurang memberangsangkan, para pemenang membuktikan ia bukan kekangan. Malahan mereka masih mampu menyerlahkan diri dalam dunia
hartanah juga menunjukkan pertumbuhan baik meskipun pada Oktober 2016 ia sedikit perlahan,” Menurutnya lagi, kehadir an MAPEX pada edisi kali ini akan memberikan momentum yang lebih baik kepada in dus tri, sekali gus menjadi
perniagaan,” katanya. Anugerah utama iaitu ‘MBA Lifetime Achievement Award 2017’ dimenangi Pengerusi Eksekutif Dewina Holdings, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi manakala Tan Sri Arshad Ayub pula menerima penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau kepada negara dengan dianugerahkan ‘MBA Legacy Award 2017’. Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel diiktiraf sebagai “MBA Entrepreneur of The Year 2017 dan usahawan muda, Wan Shairi Wan Ahmad pula diberikan anugerah ‘MBA Rising Star Awards 2017’. Majlis ini telah dihadiri oleh 400 pemimpin industri perniagaan tempatan dan juga Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai tetamu kehormat.
KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia diberitahu kos anggaran perbelanjaan kerajaan dalam misi mencari pesawat MH370 mencecah RM456 juta. Demikian dinyatakan Menteri Pe ngangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat yang mula bersidang sejak 6 Mac, baru-baru ini. Dia menegaskan, kos tersebut meliputi keluasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi yang telah selesai dilaksanakan dan digantung pada 17 Januari 2017. "Operasi pencarian pesawat MH370 oleh pasukan operasi melibatkan Malaysia, Australia dan Republik Rakyat China (RRC) di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi telah selesai dilaksanakan dan digantung pada 17 Januari 2017. "Sehingga kini, anggaran per belanjaan kerajaan dalam menanggung kos operasi pencarian tersebut adalah sebanyak RM456 juta. "Keputusan menggantung operasi pencarian pesawat MH370 adalah selaras dengan persetujuan yang dicapai pada Mesyuarat Tripartite Peringkat Menteri di antara Malaysia,
Australia dan Republik Rakyat China (RRC) yang telah diadakan pada 22 Julai 2016. "Melalui mesyuarat tersebut, ketigatiga negara telah bersetuju sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baru yang sahih dan kukuh (credible) diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Selayang, Willian Leong Jee Keen yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan kos yang terlibat dalam usaha pen carian MH370 sama ada satu laporan yang memberikan maklumat atau data penuh akan dikeluarkan untuk membantu penutupan pencarian dan syarat-syarat untuk meneruskan carian.
5
15 - 21 MAC 2017
Peluang bersama mentor bisnes
Ahyat Ishak (kiri) antara penceramah jemputan
PETALING JAYA – Quest Entre preneurs Mastery Con ven tion 2017 yang akan diadakan pada 17 Mac anjur an Quest Promotion Sdn Bhd adalah program untuk meng himpunkan ilmu oleh ikon dunia keusahawanan yang terdiri daripada Pengarah Urusan dan Konsultan Bisnes. Pengarah Urusan Quest Promotion, Ivan Yap berkata peserta yang hadir berpeluang mendengar secara langsung pengalaman dari mereka yang
pakar dalam bidang masingmasing. Malahan me reka juga boleh ber tanya apa sahaja mengenai dunia perniagaan. “Konvesyen ini bertujuan me motivasi dan mem beri inspirasi kepada anak muda supa ya lebih be rani untuk
memulakan bisnes sekaligus yakin menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya. Seramai 19 mentor yang pakar dalam bidang ke usa hawanan akan mem bin cangkan topik masing-ma sing. Dikenali sebagai ‘Key Opinion Leader’, mereka telah membuktikan kejayaan da lam bidang ini. “Saya berbangga kerana antara mentor yang dijemput ialah anak muda iaitu Andrew Tan dari ThinkBig Venture dan Ahyat Ishak. Istimewanya kerana masing-masing ada kepakaran sendiri. Andrew bermula pada usia 20 tahun dalam bisnes penginapan me wah. Manakala Ahyat pula, anak muda yang berjaya da lam dunia hartanah dan lebih dikenali sebagai ‘Property Guru’,” kata nya. Ivan Yap yakin konvesyen ini mampu memberi motivasi kepada peserta
BERITA
WARTA, Mamee bekerjasama KUALA LUMPUR - Berusia tiga bulan di pasaran Ibu Kota, akhbar WARTA se makin dikenali dan men jadi akhbar yang dinantinantikan sebagai sumber bacaan santai dan info setiap hujung minggu. Lebih menarik pembaca kerana WARTA adalah akhbar pertama berbahasa Melayu yang diberikan seca ra percuma. Kehadiran WARTA di stesen-stesen LRT sudah mula diketahui hasil mak lum balas para pembaca ter diri dari pelbagai kaum. Be gitu juga sambutan yang diberikan syarikat-syarikat yang mahu menjadikan WARTA sebagai salah satu me dium pengiklanan me reka. Pembaca juga menyedari
kelainan dari segi reka letak pada semua 32 muka surat akhbar ini. Baru-baru ini 'Monster Mamee' bersama WARTA untuk bertemu para pem baca ke beberapa destinasi LRT bermula di KL Sentral. Kerjasama WARTA dan Mamee ini disambut mer iah oleh pengguna LRT dan turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman yang turut me luangkan masa ketika team WARTA dan Monster Mamee mengedarkan akh bar dan makanan ringan jenama Mamee kepada orang ramai.
6
15 - 21 MAC 2017
DUNIA MINGGU INI
BALI - Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dan rombongan nya melanjutkan tempoh lawatan rasmi ke Indonesia selama lima hari untuk meluangkan masa bercuti di Bali. Arab Saudi dilaporkan menyewa 45 lori untuk mengangkut barangan peribadi Raja Salman, termasuklah sofa peribadi dan TV berukuran 80 inci sewaktu percutiannya di Bali (foto: Reuters)
WEST BANK - Salah satu bilik di dalam Hotel Walled Off yang dilancarkan oleh seniman jalanan dari England, Banksy. Hotel ini terletak bersebelahan dinding pemisah Israel yang kontroversi di West Bank, Bethlehem. Bilikbilik hotel ini dihiasi dengan hasil karya Banksy dan akan berfungsi sebagai galeri seni dan juga kenyataan politik Banksy.
NEW YORK - Sebuah firma pengurusan asset mendirikan arca ‘Fearless Girl’ berdiri menghadap arca lembu ikonik Wall Street sebagai satu mesej simbolik mendesak supaya lebih banyak syarikat melantik wanita ke dalam lembaga pengarah mereka.
BEIJING - Aksi ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan pasangannya Jun Hoong Cheong yang Berjaya meraih pingat perak bagi acara 10 meter platform synchro wanita dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA/NVC 2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan di Beijing.
BERLIN - Aktivis sayap kanan mengibarkan bendera anti Islam dengan slogan aktivis ‘Merkel Mesti Pergi’ dalam satu demonstrasi terhadap Canselor German, Angela Merkel di Berlin. German akan mengadakan pilihanraya kebangsaan pada bulan September ini dan parti politik populis, Alternative for Germany (AfD) telah menggunakan rasa tidak puas hati terhadap polisi terbuka Angela Merkel dalam isu pelarian dan imigrasi untuk meraih sokongan rakyat.
GENEVA - Volkswagen menayangkan ‘Sedric’ konsep kereta tanpa pemandu sewakt Geneva International Motor Show ke 87 di sini. Sedric direka tanpa sebarang stereng dan pedal dan semua panduan adalah secara otomatik menggunakan computer.
7
15 - 21 MAC 2017
PUNB biaya lebih RM2.5b RADZHA RAIEH
MELAKA - Perbadanan Usaha wan Nasional Bhd (PUNB) me luluskan pembiayaan me lebihi RM2.5 bilion kepada 8,745 usahawan Bumiputera dengan membabitkan 6,171 syarikat sejak penubuhannya pada 1991 sehingga 31 Januari 2017. Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM522.43 juta diluluskan ke pada 2,835 usahawan wanita atau 32.4 peratus melibatkan 2,130 syarikat. "Daripada penggubal da sar iaitu kerajaan, hingga ke peringkat pelaksana da sar
seperti PUNB, masing-ma sing memainkan peranan pen ting dalam meningkatkan ke dudukan wanita dalam bidang keusahawanan," katanya. Mohd Ali berkata, PUNB telah membangunkan 104 usahawan wanita daripada 84 syarikat dengan nilai ke seluruhan pembiayaan di lu lus kan sebanyak RM16.3 juta dalam pelbagai industri dan per niagaan. Empat bidang
perniagaan yang mendapat pembiayaan tertinggi bagi kategori usahawan wanita di Melaka ialah pakaian, tek stil dan aksesori sebanyak 19 peratus makanan dan minum an (9.5 peratus), farmasi (9.5 peratus) dan pendidikan (8.3 peratus), katanya. Beliau berkata, selain menawarkan pembiayaan perniagaan, PUNB turut me laksanakan pelbagai pro gram untuk memperkasakan dan meningkatkan ekonomi usahawan wanita di negara ini termasuk menerusi Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit), Inkubator Kemahiran Usahawan Wanita (I-KeuNita), Pembangunan Kemahiran dan
Latihan Keusahawaan (BEST) dan Prospernita. "Justeru, saya menggesa golongan usahawan wanita di negara ini agar dapat me manfaatkan segala kemudah an, pembiayaan dan latihan yang disediakan untuk mem perluaskan jaringan perniaga an mereka di pe ring kat yang lebih tinggi," katanya. Program Prospernita, yang membawa tema 'Bertahan atau Tidak - Mengurus Cabaran Per niagaan di Ekonomi Ter buka' kali ini, bertujuan menge te ngahkan usahawan wanita PUNB dan menarik lebih ra mai pembabitan wanita ke da lam sektor perniagaan dan korporat.
Naik taraf kelas pada harga lama SETIA ALAM – Honda Malaysia me ning katkan pasaran automotif tem patan dengan memperkenalkan City baharu, iaitu model sedan yang men jadi peneraju segmen-B dan di lengkapi pelbagai ciri segmen-C tanpa peningkatan harga. Pengarah Urusan Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata istimewanya City baharu ialah ciri ditambah tetapi harga tidak dinaikkan. Pelbagai ciri segmen-C pada harga segmen-B diyakini mampu menarik minat pembeli yang ingin menaik taraf dan menukar kereta mereka. “Sejak City generasi keempat dilancarkan pada Mac 2014, City telah menjadi peneraju dalam kategori Sedan segmen-B mewakili hampir 40 peratus jualan dalam tempoh tiga tahun. City Baharu mengekalkan enjin Honda 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) canggih yang di bangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda untuk menawarkan keseimbangan prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api. Ruang dalaman City Baharu di bangunkan di bawah prinsip reka bentuk Honda iaitu ‘Man Maximum, Machine Minimum’ yang memaksimumkan ruang untuk pemandu, penumpang dan barangbarang. Ruang kargo 536 liter itu bukan sahaja lebih besar daripada modelmodel segmen-C, malah setanding dengan sedan segmen-D. Hayashi berkata keluasan ‘ruang segmen-D pada saiz segmen-B’ City baharu ini diperkukuhkan lagi melalui ciri-ciri nilai tambah yang ditawarkan.
“Harga varian E dan V tidak ber ubah iaitu RM84,600 dan RM92,000, sementara harga varian S dikurangkan sebanyak RM1,000 berbanding va rian S+ sebelum ini kepada RM78,300 walau pun lebih banyak ciri keselamatan dan ciri-ciri canggih ditawarkan,” katanya. Dengan pelancaran City baharu di samping BR-V serba baharu dan dua lagi model yang akan dilancarkan tidak lama lagi, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan 100,000 unit. Selain itu, Honda Malaysia akan mem beri ganjaran kepada para pe langgan Honda, terutama pemilik City baharu menerusi promosi 3S (jualan, servis, alat ganti) dengan mereka boleh menikmati servis percuma (alat ganti &
buruh) selama dua tahun. Promosi 3S ini juga layak untuk semua kenderaan baharu Honda yang didaftarkan me nerusi 88 pengedar sah Honda mulai 1 Mac hingga 30 April 2017. City baharu didatangkan dalam lima warna iaitu perak (lunar silver metallic), merah (dark ruby red pearl), putih (taffeta white), kelabu (modern steel metallic) dan hitam (crystal black pearl). Untuk maklumat lanjut mengenai City baharu, menempah sesi pandu uji atau mengetahui lebih lanjut mengenai Promosi 3S, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 88 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talian tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my
Ketua Pegawai Operasi, Roslan Abdullah (kiri) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Katsuto Hayashi memperkenalkan Honda City model baharu.
CIMB kekal berdaya saing KUALA LUMPUR - CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) menjang kakan prestasi pertum buhan pembiayaan kum pulannya sekitar tujuh hing ga lapan peratus ta hun ini berbanding 8.7 peratus dicatatkan tahun lalu berikutan fak tor ke tidakstabilan pertukaran mata wang asing. Tahun lalu, pem bia ya an kumpulan itu men catatkan RM320.5 bilion berbanding RM294.8 bilion pada tahun sebelumnya de ngan pemborongan men jadi penyumbang utama RM117.5 bilion berbanding RM107.1 bilion pada 2015. Ketua Pegawai Ekse kutif Kumpulannya, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pertumbuhan pembiayaan yang perlahan itu turut didorong ketidak tentuan per tukaran mata wang asing di Indonesia dan Thailand. Beliau berkata, kum pul an itu menjangkakan pres tasi ringgit stabil ta hun ini bagi mem ban tu meningkatkan pertum buhan pembiayaan kerana ketidaktentuan pertukaran mata wang asing da lam pasaran akan memberi kesan. “Kumpulan juga berhas rat mengurangkan nisbah kos kepada pendapatan ke pada 50 peratus menjelang 2018. Tahun ini, ia disasar kan di bawah 53 peratus ber banding 53.9 peratus pada 2016. “Selain itu, kami ju ga tidak mempunyai pe ran cangan untuk menutup mana-mana cawangan ope rasi tahun ini tetapi tidak menolak ia dilaksanakan di pasaran ope rasi yang lain,” katanya. CIMB Group men ca tat kan peningkatan ke untungan sebelum cukai RM4.88 bilion daripada RM3.91 bilion dalam tem poh sama pada 2015.
8
15 - 21 MAC 2017
BISNES
100,000 sertai pasaran runcit RHB KUALA LUMPUR - RHB Invest ment Bank Bhd menyasarkan 100,000 pelanggan akan me nyertai kempen 'Trade & Win' siri kedua yang bermula dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari tahun hadapan. Ketua Eksekutifnya, Robert Huray berkata, kempen yang berlangsung selama setahun itu menawarkan hadiah uta ma dua buah kereta Honda BR-V kepada dua pemenang. “Kempen ini membabitkan pelanggan runcit ke dalam pasaran modal selain meng galakkan aktiviti pelaburan dan dagangan. Ia terbuka ke pada semua pelanggan da ga ngan RHB Investment Bank yang sedia ada atau baharu. Seorang pemenang akan diumumkan dalam tem poh enam bulan pertama dan pe menang kedua akan di umumkan pada enam bulan berikutnya,” katanya.
Tan Chuan Choon bersama hadiah utama, kereta Honda Civic 1.8s bernilai RM103,800
Sementara itu, kempen siri pertama itu menyaksikan pesara, Tan Chuan Choon, 75 terpilih sebagai pemenang uta ma dan berjaya membawa pulang sebuah kereta Honda Civic1.8s bernilai RM103,800. Kempen itu berlangsung dari 1 Ogos 2016 hingga 31
Januari lalu dan selain hadiah utama, ia juga menawarkan hadiah lain. Seramai 30 pe menang hadiah utama me nerima Apple Watch Sport, 20 pemenang kedua menerima Apple iPad Mini 2 dan 181 pemenang ketiga menerima 10,000 Smart Point.
Gergasi insurans pilih KL SINGAPURA Swiss Re Corporate Solutions (Swiss Re) membuka pe jabat baharu di Kuala Lum pur dan memulakan operasinya pada Mac 2017. Ia beroperasi di bawah lesen insurans semula Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan akan tertumpu untuk menyediakan ke pada perniagaan bersaiz besar dan sederhana Malay sia menerusi rakan kong si pembrokeran dan peran tara. Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifiknya, Fred Kleiterp berkata Malaysia adalah fo kus utama bagi syarikat itu dan ini membolehkan Swiss Re bekerjasama lebih rapat dengan pasaran. "Kami yakin dengan kapasiti besar dan kekuatan kewangan Swiss Re Group mampu menyediakan pe nyelesaian insurans se mu la tradisional dan khu sus kepada perbadanan da lam beberapa industri,
termasuk minyak dan gas, pembuatan, pertanian, ma rin, penerbangan dan pem binaan," kata Kleiterp. Pasukan di Kuala Lum pur akan diketuai Juerg Stoll, pegawai ber pengalaman Swiss Re, yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam industri. Beliau akan melapor kepada Jonathan Rake, Ketua Asia Tenggara di Swiss Re. Swiss Re menyediakan perkhidmatan kepada pe langgan dan broker di Asia Pasifik dari 11 pejabat di enam negara, iaitu Aus tralia, China, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Si ngapura. Syarikat itu me nawarkan kapasiti insurans inovatif dan ber kualiti tinggi kepada syarikat mul tinasional bersaiz se derhana dan besar di se luruh dunia.
Umma hargai pelanggan wanita
Tunku Tun Aminah Pengerusi REDtone KUALA LUMPUR – REDtone International Bhd melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail yang juga puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebagai pengerusi baharu. REDtone yang juga anak syarikat Berjaya Corp Bhd, berkata Tunku Tun Aminah, 30, menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al Habshee yang melepaskan jawatan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab lain. "Kami yakin pelantikan Tunku Tun Aminah itu menepati perjalanan syarikat ini untuk terus maju dan berkembang," kata REDtone yang juga syarikat penyedia telekomunikasi bersepadu dan penyelesaian infrastruktur digital,” ulasnya. Tunku Tun Aminah adalah pengarah dalam beberapa syarikat lain, termasuk REDtone Network Sdn Bhd, Jauhari Maksima Sdn Bhd, Ikatan Jauhari Sdn Bhd, Ibzi Holding Sdn Bhd dan Iskandar Carrier Sdn Bhd. Sultan Ibrahim Ismail adalah pemegang saham terbesar dalam REDtone.
KUALA LUMPUR – Sebuah lagi jenama busana moden dan sopan untuk wanita diperkenalkan pada umum. Dengan nama UMMA, busana yang dihasilkan bertepatan dengan arus fesyen yang selesa, versatil dan sopan. Pengasasnya, Zairin Azman berkata koleksi yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh ramai wanita. Malahan sentuhan sopan yang dihasilkannya menggambarkan penjuru kehidupan yang pernah dilaluinya. “Nama UMMA sendiri diadaptasi daripada perkataan Arab iaitu ‘ummah’ yang bermaksud ‘komuniti yang disatukan dengan ikatan agama'. Jadi, UMMA adalah ikatan antara wanita-wanita masa kini yang mahu memakai busana moden,
namun dalam masa sama tetap tampil sopan,” katanya. Semua produk direka bentuk sendiri oleh Zairin agar menepati kualiti yang dikehendaki. Ia bagi mencerminkan standard wanita UMMA sendiri iaitu kecekalan, kecantikan,keberanian dan kebebasan. Antara produk yang dihasilkan setakat ini ialah tudung, anak tudung dan aksesori tudung. “Jenama ini adalah penghargaan saya kepada wanita di luar sana yang ingin tampil moden dan sopan. Sebagai sebahagian daripada kumpulan syarikat Dimensi Eksklusif, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di Fashion Valet dan Lazada atau pembelian menerusi laman sesawang www.umma.my Umma menampilkan kecekalan & keberanian wanita
Janakuasa solar di Rembau
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) me nan datangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) Solar Skala Besar dengan Solar Management (Seremban) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Solar Management (Chem bong) Sdn Bhd. TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia merujuk kepada Solar Management yang akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendali dan me nyelenggara kemudahan pen janaan tenaga fotovolta so lar sebanyak 50 Megawatt di Rembau, Negeri Sembilan. "PPA dengan jangkaan tarikh operasi komersial pada 30 November 2018, merangkumi obligasi pihak berkenaan untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan itu selama 21 tahun. "Ia tidak mempunyai se ba rang kesan ke atas modal saham ter bitan dan berbayar serta pe gangan saham pemegang saham utama TNB dan akan mempunyai kesan neutral keatas pendapatan TNB dalam tempoh PPA berkenaan," katanya. -Bernama
9
15 - 21 MAC 2017
BISNES
Huawei optimis pasaran M'sia Pembangunan strategik Silk City BANDAR KUWAIT - ‘Silk City’ adalah infrastruktur ba haru Kuwait yang mem peruntukkan berbilion do lar untuk pembangunan tambak terpanjang di du nia. Ia bertujuan untuk memulihkan laluan sutera purba di rantau Subbiya yang tiada penduduk se bagai lokasi Silk City. Rancangannya untuk mewujudkan zon per dagangan bebas utama yang meng hubungkan Ne gara Teluk dengan Asia Te ngah dan Eropah. Ia membabitkan pembinaan jambatan 36 kilometer (km) iaitu tiga perempat daripadanya di atas per muka an air, akan me ngu rangkan perjalanan antara Bandar Kuwait dan Subbiya kepada 20 hingga 25 minit berbanding 90 minit ketika ini. Pelaburan projek Silk City dijangka melebihi AS$100 bilion (RM445 bilion) dan loji kuasa ber kapasiti 5,000 megawatt sudah dibina di Subbiya. Dengan kos 904 juta dinar (RM13.35 bilion), tambak dinamakan sebagai Tambak Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah dari pada nama pemimpin yang meninggal dunia pada Jan 2006 itu adalah infrastruktur ter besar di rantau ini. Ia hampir tiga perempat disiapkan. Walaupun penurunan mendadak dalam pendapat an minyak yang menjadi sehingga 95 peratus dari
pada pendapatan kerajaan, Kuwait berjanji akan untuk mengekalkan perbelanjaan ke atas projek yang baik. Kuwait memiliki da na kekayaan negara ber jum lah AS$600 bilion (RM2.67 trilion) dan ia ber ada pada pertengahan pelan pembangunan lima tahun yang membabitkan pelaburan bernilai AS$115 bilion (RM511.75 bilion). Pelabuhan kontena ber skala besar juga sedang di bangunkan berhampiran pulau terbesar Kuwait, Bubiyan. Projek tambak dan pelabuhan akan menjadi pe lengkap untuk meng ubah kawasan ber kenaan menjadi hab perdagangan dan pe laburan bersama dengan rancangan zon per dagangan bebas di lima pulau kecil di kawasan ber hampiran. Projek berkenaan me rangkumi jambatan utama utara ke Subbiya dan jam batan sepanjang 12.4 km ke barat yang digelar Doha Link. Kedua-dua jambatan itu bermula dari kawasan sama di Shuwaikh Port, pelabuhan komersial utama negara. - AFP
Urus wang bersama AKPK
Mohd Nordin Abd Rahman Ketua Cawangan, AKPK
PINJAMAN DENGAN ‘ALONG’ “Saya sudah berniaga selama 10 tahun dengan mengusahakan kedai makan. Akhir tahun lalu, bisnes jatuh merudum menyebabkan saya mengalami masalah kewangan. Disebabkan tiada sumber untuk pusing modal, maka saya meminjam dengan ‘along’ berlesen. Masalah semakin teruk bila saya tidak mampu menyelesaikan bunga hingga mendapat ugutan. Bolehkah AKPK menolong saya?” Jamal, Kampung Kerinchi
KUALA LUMPUR - Tiga telefon pintar diperkenalkan oleh Huawei Consumer Business Group iaitu P10 Lite, P10 dan P10 Plus yang masing-masing dijual pada harga RM1,299, RM2,499 dan RM3,099 di pasaran Malaysia. Peranti pintar yang men -jadi tumpuan ketika pertama kali diperkenalkan di Bar ce lona pada Feb lalu, akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 23 Mac menerusi plat form Huawei Experience Store, Lazada dan Vmall. Pelancaran siri P10 me neruskan kerjasama dengan Leica merevolusi gaya hidup fotografi digital dengan men jadi telefon pintar pertama yang memiliki lensa kamera
hadapan Leica bagi P10 dan P10 Plus. Timbalan Pe ngarah Huawei Consumer Busi ness Group (Ma laysia), Matthew Ng, ber kata sekali lagi Malaysia men jadi satu daripada pasaran terawal yang melancarkan pe ranti terkini je nama itu. "Sejak pelancaran siri P9, Huawei sudah meletakkan Ma laysia sebagai antara pa saran paling penting di rantau ini, dibuktikan dengan pertumbuhan jualan kukuh direkodkan negara ini sejak sembilan tahun lalu,” kata
nya. Huawei ketika ini me nerajui penguasaan pasaran te lefon pintar premium Ma laysia dengan lebih 50 pe ratus meninjau untuk terus me luaskan penguasaan di Malaysia.
Majukan sempadan Malaysia, Indonesia JAKARTA - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memajukan kawasan sempadan darat antara kedua-dua negara dalam projek pembangunan ekonomi dalam usaha memakmurkan kawasan sempadan. Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata Malaysia menyatakan minat memajukan kawasan sempadan dengan projek pertanian dan beberapa industri lain. Katanya, kedutaan Malaysia meng adakan perbincangan awal dengan Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia bagi merealisasikan cadangan itu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ber tindak bersama tidak lama lagi.
Jawapan Terima kasih atas soalan anda. Kami ingin menegaskan bahawa AKPK hanya boleh membantu menstrukturkan semula pinjaman yang diperolehi daripada institusiinstitusi kewangan yang di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan penyedia kredit lain seperti berikut: - Bank Perdagangan - Bank Islam - Syarikat Insurans - Pengendali Takaful - Institusi Kewangan Pembangunan - Pengeluar Kad Kredit / Kad Caj - Koperasi terpilih - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Memandangkan anda meminjam daripada ‘ah long’, pihak AKPK
tidak dapat menstruktur pinjaman ini. Bagaimanapun, pihak AKPK boleh memberikan khidmat nasihat tentang pengurusan kewangan kepada anda yang mempunyai masalah seperti ini. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan orang ramai supaya datang ke pejabat kami untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum membuat sesuatu keputusan kewangan. Ini adalah untuk kepentingan anda dan juga semua yang terlibat dalam masalah kewangan.
Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my
"Jawatankuasa bertindak ini akan mengadakan perbincangan se cara terperinci mengenai tek nikal dan kae dah usaha sa ma yang boleh dilakukan," katanya. Zahrain berkata, sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia membabitkan kawasan 2,000 kilometer, dengan 40 peratus dari tanahsempadan itu membabitkan kawasan berbukit. Malaysia adalah pelabur asing terbesar di Indonesia dan kerajaan menyasar nilai pelaburan sebanyak AS$25 bilion (kira-kira RM112 bilion) menjelang 2020.
Yen lebihi unjuran TOKYO - Pertumbuhan lebih lemah Yen membuatkan ekonomi Jepun berkembang 0.3 peratus pada suku terakhir 2016. Data yang diumumkan Pe jabat Kabinet Jepun itu tinggi sedikit ber banding unjuran awal pertumbuhan 0.2 peratus bagi tempoh Okt hingga Dis, namun lebih rendah berbanding jangkaan pasaran iaitu 0.4 peratus. Ia adalah pertumbuhan buat empat suku tahun berturut-turut kepada ekonomi ketiga terbesar dunia itu. Bagi tahun 2016, ekonomi Jepun berkembang 1.0 peratus, angka yang tidak berubah berbanding unjuran awal selepas mencatatkan pertumbuhan 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, kata Pejabat Kabinet. Langkah perbelanjaan kerajaan dan kejatuhan nilai Yen menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan itu meskipun pengguna Jepun mengurangkan perbelanjaan. - AFP
10
15 - 21 MAC 2017
JIMBA-JIMBA
Penangan tudung bawal
RADZHA RAIEH
PEMINAT tudung bawal pasti nya menyukai acara sebegini. Dengan hanya membayar RM50 sahaja untuk satu plastik, 800 peserta program ‘Hijab Buffet – If you can zip it, you can keep it’ membawa pulang sebanyak mungkin tudung bawal yang mampu mereka masukkan dalam plastik berzip. Program anjuran Aidijuma dan majalah Hijabista ini diadakan bersempena ‘World Hijab Day’. Sebanyak 10,000 tudung Aidijuma dengan 100 rekaan dalam masa 10 minit, peserta yang telah me nunggu seawal tujuh pagi terlibat dalam aktiviti menye ronokkan ini. Bagi Badariah Ahmad
yang datang dari Pulau Pinang, acara seperti ini amat ditunggu-tunggu kerana ini masanya dia memenuhi hobi nya mengumpul tudung ba wal sekaligus bercuti bersama rakan-rakan. “Setiap kali ada acara yang membabitkan tudung bawal, saya dan rakan-rakan rapat pasti sanggup datang ke Kuala Lumpur atau ke negeri lain kerana ia hobi menyeronokkan. Dalam acara ini, saya berjaya memasukkan 20 tudung bawal ke dalam plastik bertutup. Me mang menguntung kan pe minat se perti kami. Lagi pula seronok dapat bertemu peminat dari negeri lain,”
katanya. Selain gelagat peserta indi vidu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta berkumpulan yang ber pa kaian sedondon dan kreatif. Mereka juga turut dihargai oleh penganjur dengan pihak Aidijuma mem beri tiga Anugerah iaitu Anugerah Penyertaan Paling Ramai (Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama), Anugerah Paling Kreatif (AJST Lover) dan Anugerah Kumpulan Paling Seragam (Srikandi Aidijuma) dan me menangi wang tunai RM1,000 bagi setiap kumpulan.
Tudung bawal terpanjang
Dalam majlis sama, per himpunan tutorial tudung bawal dijayakan dengan 800 peserta menggayakan tudung bawal secara serentak. Acara
ini adalah untuk mencatat rekod di Malaysia Book of Record dalam acara ‘largest fans with scarf’. Majlis ini turut di sak si kan oleh Timbalan Men teri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Pengurus Besar, The Malaysia Books Of Record, Mohamad Alex Edward dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma, Norjuma Habib Mohamed, Alex Edward berkata, jum lah peserta yang di perlu kan untuk mencatatkan re kod tersebut berjaya dicapai. “Saya me wakili pihak Malaysia Books of Record ingin meng iktiraf
Color Addiction ataupun Aidi juma masuk dalam kategori ‘The Largest Scarf Tutorial Event’. Rekod ini dicapai apabila semua peminat yang datang membuat tutorial tudung,” katanya. Rekod ini melibatkan pe makaian koleksi Aidijuma Scarf dari tahun 2012 hing ga 2017 dan ini adalah per himpunan terbesar peminat tudung tegar jenama tersebut.
Skuba untuk Muslimah
NURLINA HUSSIN
www.inspirac.net
Malaysia mempunyai banyak pulau yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Hidupan laut yang terdapat di beberapa buah pulau di negara ini diiktiraf sebagai yang tercantik di dunia. Untuk wanita muslimah, tahukah anda bahawa anda kini berpeluang untuk menyertai aktiviti skuba yang dilatih menggunakan tenaga pengajar wanita? Jangan hadkan diri anda jika anda sudah mempunyai niat untuk belajar menyelam. Sekarang, anda berpeluang untuk belajar menyelam dengan wanita yang lain dan berkongsi pengalaman anda menghargai keindahan dasar laut. Scubatex Resources Sdn. Bhd.
menawarkan pakej yang istimewa untuk wanita yang ingin belajar menyelam dan menyertai satu pengembaraan yang luar biasa. Pengasas Scubatex Resources Sdn. Bhd. adalah Hajah Mastura Haji Abd Manap dan beliau menguruskan syarikat ini bersama-sama suaminya. Kedua-dua suami isteri ini memang meminati aktiviti skuba. Syarikat mereka juga adalah pengedar peralatan menyelam skuba Bumiputera yang tunggal di Malaysia. Wanita yang ingin menyertai sukan lasak ini boleh menyertai peringkat pertama pensijilan yang keseluruhannya dikendalikan oleh pengajar wanita. Pakej menyelam yang merangkumi 3 hari dan 2 malam telah menarik minat ramai penyelam wanita yang sangat selesa untuk menyertai pakej penyelam muslimah ini. Kini, terdapat sambutan menggalakkan bagi pakej yang sama dari pelanggannya yang datang bukan sahaja dari dalam negara tetapi terdapat ramai juga pelanggan mereka yang
datang dari Brunei, Singapura, Dubai dan UAE. Pakej ini bukan sahaja meliputi lokasi kepulauan eksotik dalam Malaysia sahaja seperti Redang, Terengganu; Sipadan, Sabah; dan juga pulau-pulau di Sarawak tetapi juga meliputi pulaupulau yang terdapat di Indonesia dan kepulauan Maldives. Pakej-pakej yang ditawarkan oleh Scubatex adalah pakej yang lengkap. Ia termasuklah penginapan, pengangkutan, makanan dan peralatan menyelam. Selepas tamat kursus pensijilan, penyelam akan menerima kad ahli penyelam muslimah yang melayakkan penyelam menerima diskaun istimewa bagi pembelian peralatan menyelam dari Scubatex. Aktiviti menyelam adalah merupakan satu aktiviti yang berkait rapat dengan aspek keselamatan dan ia adalah satu sukan yang lasak serta menyeronokkan jika semua penyelam mengikuti peraturan keselamatan yang ditetapkan. Syarikat ini menawarkan peralatan
skuba wanita yang paling selesa dan cekap dengan pelbagai pilihan peralatan dan aksesori skuba berkualiti tinggi. Penyelam Muslimah yang sanggup mencabar diri mereka dari segi mental, mempunyai keadaan fizikal yang sihat, mahu meningkatkan pengetahuan, tahap dan kemahiran mereka untuk menjadi profesional dalam industri menyelam boleh menyertai program ini. Di Malaysia, terdapat kurang daripada 10 tenaga pengajar wanita. Penyelam wanita terutamanya penyelam muslimah akan mendapat pengalaman dan merasa selesa dengan pengajar wanita di sepanjang aktiviti mereka.
11
15 - 21 MAC 2017
Khidmat untuk bisnes PERKHIDMATAN PELA MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu nang, Mini pelamin, Pe la min rumah, Pelamin nikah, Pelamin Cukur Jam bul (Harga boleh dirunding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings
KLASSIFIED
Khidmat untuk bisnes
Khidmat untuk bisnes
KEDAI PERKHIDMATAN PERCETAKKAN bertempat Kompleks PKNS Shah Alam & Puncak Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Rekabentuk grafik, Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Poster, Kad Kawin, Pelekat Motor & Kereta serta cetakan Baju. Hubungi: 012-671 1929 (Johan) & 012-511 5170 (Daus)
Khidmat untuk bisnes
SERVIS KOMPUTER, KOMPUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat)
Jawatan kosong
Jawatan kosong
Bahasa Inggeris? Atau khidmat penulisan sosial media. Hubungi: 012-3050 043 (ELIZA)
TEMPAHAN KUIH TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan atau stokis PENULIS LAMAN WEB jamuan (diperlukan). berminat BAHASA INGGERIS 018-2868 795 Memerlukan khidmat hubingi: penulis laman web dalam (Zeera)
Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi
Jawatan kosong
• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554
KERANI AKAUN, Peman du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658
Diperlukan Pemandu Peribadi Juruteknik Elek trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 dijual PEMANDU PERIBADI (Subang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Sek 36 Shah Alam Hubungi Tel 011-35851693
CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606
PEMBANTU STOR DI PERLUKAN segera. Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my
SUNGAI BULOH, KUN DANG, Taman Tasik Biru, Teres 1 tkt, 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding, Hamdan 019-240 3632
PENJAGA STORE & ke rani puchasing. Kerja lokasi Cheras Mahkota. Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189
TMN DESA Batu Caves, Gombak, APt tkt 4, 3bilik, 2bilik air. Kemasukan segera RM300k Tel 012217 4449 / 012-227 4449
KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER PENGALAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287
Notis
KEHILANGAN PASS PORT. Nama: Abdulghani Hezam Ahmed Senan. Warganegara: Yemen. Tarikh hilang: 23 Jan 2017 Lokasi: Kehilangan passport South City Plaza. Seri Kembangan Selangor. Hubungi No: 018-3939578 / 011-3534 5010 KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838
Apartment untuk dijual KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k AMPANG, TMN NIR WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258. UKAY PERDANA, SRI PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .
Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)
IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan
Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat
Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat
Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan
PROMOSI
Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma
Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa
Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual
Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki
Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang
Bisnes Hartanah Kerjaya Auto
12
15 - 21 MAC 2017
Wanita dalam kerjaya pengangkutan awam darat KUALA LUMPUR - Karier dalam sek tor Pengangkutan Awam Darat atau Land Public Transport (LPT) bukan saja sesuai untuk kaum wanita; tetapi turut menawarkan ganjaran yang lu mayan, kata Datin Norlia Noah, seorang pegawai tinggi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Bercakap dalam satu forum khas yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini, Norlia, yang memegang jawatan Ketua Jabatan CAPEX Rel, Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) berkata peluang untuk wanita menceburi bidang LPT semakin meluas dengan program transformasi pengangkutan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan. "Saya boleh katakan di sini bahawa prospek untuk LPT berkembang maju di negara ini adalah amat cerah. Bagi saya, bidang ini adalah amat me narik; dan ianya bakal menjadi lebih menarik lagi dengan pelbagai program transformasi yang sedang dilaksanakan di negara ini," katanya pada sesi Temu Santai bersama golongan wanita dalam LPT, yang diadakan di stesen MRT Pusat Bandar Damansara di sini pada 7 Februari lepas. Dipimpin oleh Men teri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, sesi diskusi itu turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor dan dihadiri oleh wanita dari pada pelbagai pro fesyen dalam LPT daripada teksi dan rel termasuk ERL, KTMB dan Pra sa
rana. Prasarana diwakili oleh jurutera projek Azrinda Mohd Sultan, pemandu tren Uma Devi dan lima Kapten Bas Rohani Mohd Ali, Nor Salizayanti Sholekan, Normizah Muhd Lassim, Norhanim Mohd Nor dan Alysia Suriana Abu Seman. Kata Norlia, yang sebelum ini menjadi Pengarah Projek LRT Laluan 3 (LRT3), beliau bertuah untuk bekerja di Prasarana, yang memberi hak sama rata kepada wanita dan lelaki untuk setiap aspek bidang kerja khususnya dalam urusan perjawatan dan kenaikan pangkat. "Saya yakin layanan saksama wanita dan lelaki dalam pekerjaan ini diamalkan oleh semua agensi dan syarikat di Malaysia. Justeru itu, kaum wanita perlu sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran dan mengambil peluang yang ada. Dan, peluang untuk memilih karier di bidang LPT ini semakin meluas," kata Norlia merujuk kepada projek-projek infrastruktur pengangkutan awam yang sedang
Program Temu Santai Sempena Hari Wanita di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.
dilaksanakan seperti LRT3, Laluan 2 dan 3 MRT, Keretapi Berkelajuan Tinggi Malaysia – Singapura dan Projek Jajaran Rel Pantai Timur. Tambah beliau: "Wanita perlu berani dan perlu sentiasa fokus dalam melaksanakan tugas. Perkara terbesar yang saya belajar di Prasarana adalah anda tidak boleh malas. Jangan sesekali bersikap malas. Kita semua – lelaki dan wanita - mempunyai peluang yang sama. "Nak seribu daya, tak nak, seribu dalih," kata Norlia, yang memulakan karier di sektor LPT pada 1995 apabila menyertai STARLRT, yang kini beroperasi seba gai Rapid KL LRT Laluan Ampang / Sri Petaling di bawah anak syarikat Prasa rana, Rapid Rail Sdn Bhd. "Ketika itu saya adalah jurutera wanita tunggal di w o r ks y o p dan pasukan
saya dipertanggungjawabkan untuk me rancang pelan operasi dan penyelenggaraan untuk STAR-LRT. Tiada wanita lain dalam worksyop itu, tetapi saya tetap cekal menjalankan kerja saya," kata Norlia, yang menyertai Prasarana pada 2004 apabila STAR-LRT diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan itu. Berucap pada sesi berkenaan, Nancy berkata persepsi bahawa pemandu wanita adalah lebih cuai dalam pemanduan berbanding golongan lelaki di negara ini adalah tidak benar, sebaliknya kaum wanita adalah lebih berhemah ketika berada di atas jalan raya. Katanya, sifat golongan wanita yang mempunyai naluri keibuan men jadikan mereka lebih peka dan berhatihati semasa memandu kenderaan di samping pemandu wanita lebih meng utamakan ke selamatan dalam pe manduan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. "Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa pemandu wanita adalah lebih cuai, dan saya tidak mengatakan bahawa golongan lelaki adalah lebih cuai, tetapi mereka (wanita) lebih berhemah berbanding individu lain (lelaki)," tegas Nancy.
13
15 - 21 MAC 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.
EKSPRESI
Van, bas sekolah pandu laju Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada WARTA kerana menyiarkan surat saya. Di sini, saya ingin melahirkan rasa kebimbangan serta ketidakpuasan hati saya terhadap pemilik-pemilik van dan bas sekolah yang ada di negara kita yang sering memandu laju. Sikap mereka yang seperti pemandu F1 tanpa menghiraukan ke足 se足 lamatan penumpang perlu diberi perhatian serius oleh agensi-agensi yang berkaitan. Ia boleh mengakibatkan kemalangan jika berada di luar kawalan. Ada juga di kalangan pengusaha yang mengambil penumpang melebihi muatan. Sekiranya sesebuah bas sekolah membawa lebih muatan penumpang dan jika berlaku kemalangan ketika itu, maka ia akan meragut lebih banyak nyawa pelajar sekolah. Bukan itu saja, pemandu van dan bas sekolah juga seharusnya memantau sikap penumpang-penumpang mereka. Ada pelajar yang suka bergayut di tingkap van dan mengeluarkan kepala dari tingkap. Sikap sedemikian juga boleh mengakibatkan banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahtambah lagi sekiranya van atau bas itu juga dipandu laju. Tidak mustahil akan ada pelajar yang boleh tercampak keluar dari van tersebut. Segelintir pengusaha van atau bas sekolah agak tergesa-gesa menghantar dan mengambil pelajar
YANG BAIK ITU BUDI... KEJADIAN ini berlaku di Johor Premium Outlet (JPO) dua bulan lalu. Alkisahnya anak saya yang berusia 12 tahun telah menggunakan tandas lelaki di pusat membeli belah bebas cukai tersebut. Dia tidak memberitahu saya bahawa dia membawa telefon bimbit dan meletakkan di poket seluarnya. Semasa menggunakan tandas itu, telefon tersebut telah terjatuh dan dia tidak menyedarinya. Mujurlah ada seorang hamba Allah telah menjumpai telefon bimbit tersebut. Isteri lelaki tersebut telah menghubungi nombor telefon yang tertera nama (papa) di telefon tersebut dan suami saya telah mengangkatnya. Dia memberitahu bahawa telefon bimbit kepunyaan anak saya telah dijumpai di salah sebuah tandas di situ dan berniat untuk mengembalikannya kepada kami. Memandangkan kami berada di Johor ketika itu dan dia juga berada di sebuah daerah lain di negeri tersebut, kami terpaksa menangguhkan pertemuan tersebut. Pertemuan seterusnya direncanakan di Lembah Klang sahaja kerana ruparupanya, dia adalah seorang guru sekolah yang tinggal di Klang,manakala saya pula di Puchong. Setelah beberapa kali pertemuan tertangguh kerana kesibukan jadual masing-masing. Akhirnya bulan lepas, barulah kami sempat bertemu. Dia (guru sekolah) tersebut telah menyerahkan kem足 bali telefon bimbit anak saya. Alhamdulillah, telefon tersebut masih dalam keadaan yang baik. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru berkenaan yang menyerahkan kembali telefon bimbit
dengan memandu terlalu laju sehingga melanggar lampu isyarat. Sekiranya berlaku kemalangan, bukan saja ia membahayakan penumpang bahkan orang awam yang ada di tempat kejadian. Agensi-agensi kerajaan berkaitan juga diminta untuk memeriksa setiap bas sekolah dalam tempoh tertentu bagi memastikan tahap keselamatan pengangkutan awam terjamin. Bas sekolah yang usang dan tidak berupaya untuk beroperasi harus diganti dengan bas baharu yang selesa dan menyediakan ruang yang lebih luas. Tidak semua pemandu bas bersikap sedemikian namun bagi individu yang memandu terlalu berbahaya sehingga mengancam nyawa orang lain, perlulah dikenakan tindakan tegas. ZURAINI ABU BAKAR, SELAYANG, SELANGOR. tersebut kepada kami. Bukan mudah untuk berjumpa dengan orang yang baik dan jujur seperti ini pada zaman sekarang. NUR HAMIDAH, PUCHONG, SELANGOR. Kisah saya hendak kongsi ini ialah mengenai jiran saya yang begitu prihatin dan berhati mulia. Saya seorang ibu yang mempunyai anak seramai enam orang. Anak bongsu saya lahir pada 10 Feb lalu. Saya akui mempunyai anak seramai enam orang yang kesemuanya masih kecil membuatkan saya menghadapi kesukaran untuk menguruskan mereka. Tambah-tambah lagi ketika ini saya sedang berpantang, ia agak menyukarkan saya membuat kerja-kerja rumah dan memberi perhatian pada anak-anak. Suami ada membantu, namun dia juga harus bekerja. Mujurlah ada jiran sebelah rumah iaitu makcik Aminah yang setiap hari datang ke rumah membantu mengemas rumah dan memasak untuk saya dan anak-anak. Sebenarnya saya cuba menolak bantuan makcik Aminah dengan cara baik kerana saya tidak mahu menyusahkannya. Tetapi dia membantah, katanya, tiada apa yang dia hendak buat di rumah dan dia hanya ingin menolong saya. Dia juga ada mengatakan bahawa dia sudah menganggap saya dan anakanak, seperti keluarganya sendiri. Mahu tidak mahu saya terpaksa menerima bantuannya dan saya cuba memberinya sedikit wang sebagai upah. Wang tersebut juga ditolaknya. Saya terharu dengan sikapnya dan ingin mengucapkan terima kasih padanya. Segala budi baiknya hanya Allah saja yang mampu membalasnya. ZURAINA RAZAK, KLANG, SELANGOR.
Cikgu tadika terlalu garang Di sini saya ingin membuat aduan mengenai sebuah tadika di Shah Alam. Saya sangat sedih apabila mendapat tahu ada guru tadika yang terlalu garang di tadika sehingga membuatkan muridmurid merasa tertekan dan takut. Kejadian itu berlaku pada anak saya sendiri, di mana anak saya telah dikurung di dalam stor selama lebih kurang lima hingga 10 minit. Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana anak saya baru saja berusia 6 tahun. Alasan guru tersebut mendenda anak saya disebabkan anak saya gagal menjawab soalan yang diajukan oleh guru tersebut. Sebenarnya anak saya seorang yang pemalu dan agak pendiam. Dia sukar untuk bercakap di hadapan orang. Perbuatan mendenda seperti itu akan membuatkan budak kecil yang baru ingin mengenal dunia persekolahan merasa tertekan dan tidak mahu ke sekolah lagi. Saya pernah bertanya guru tersebut,
mengapa dia mendenda anak-anak didiknya seperti itu? Jawapan yang diberi itu adalah caranya mendidik. Bukan saja anak saya yang pernah didenda seperti itu, malah kawan-kawannya yang lain juga pernah menerima nasib yang sama. Ada juga murid-murid tadika yang disuruh berdiri di atas kerusi sekiranya tidak dapat menjawab soalan. Tindakan guru tersebut tidak wajar berlaku. Ketika ini mereka sedang dalam tempoh mengenali alam persekolahan, sekiranya guru tersebut memberikan gambaran negatif seperti itu, pasti mereka tidak lagi mempunyai minat untuk belajar. Diharapkan guru-guru tadika meng足 ubah sikap mereka. Tunjuklah rasa kasih sayang dan mesra pada anak-anak yang sedang dalam tempoh mengenali alam persekolahan. ADIWARA JALIL, SHAH ALAM, SELANGOR.
INFO KL
Sukarelawan Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempelawa anda yang berminat untuk menyertai menjadi sukarelawan Antidadah (SKUAD 1 Malaysia). Dengan matlamat utamanya memerangi permasalahan dadah, SKUAD 1 Malaysia ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu kerajaan khususnya AADK dalam menangani ancaman dadah ini. Anda boleh layari laman sesawang www.adk.gov.my untuk mendaftar sebagai ahli sukarelawan atau telefon 03-8911 2408/2407 untuk info lanjut.
Insentif perkahwinan belia di Selangor Berita baik kepada anak muda yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di negeri Selangor selama 10 tahun, boleh memohon untuk mendapatkan insentif perkahwinan. Antara syaratsyarat yang perlu dipatuhi adalah perkahwinan kali pertama sahaja, pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi umur 35 tahun dan ia sah laku sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh pernikahan. Anda yang berminat untuk memohon insentif sebanyak RM500 seorang ini bolehlah layari laman sesawang kahwin.yawas.my
14
15 - 21 MAC 2017
DESTINASI
Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Sertai sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat kebangsaan 2017 pada 18 Mac di Taman Botani, Putrajaya. Banyak aktiviti yang boleh diadakan, antaranya ialah program larian amal, senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, ‘treasure hunt’, kempen derma darah, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan cabutan bertuah. Maklumat lanjut menerusi http://www.nkf.org.my/article- view-id-531
Tiram segar Nikmati makanan laut seperti tiram, ikan dan udang di The Fat Fish. Kesegaran makanan laut sangat terserlah dan anda juga perlu mencuba sashimi (ikan salmon sashimi) yang menjadi menu popular di sini. Tidak hanya makanan laut, anda juga boleh mencuba campuran makanan Jepun dan barat seperti ‘temaki’ yang dihidangkan bersama ayam panggang. Pasti rasanya akan berbeza dan diingati. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/ kuala- lumpur/restaurants/the-fat- fish
Komuniti kraf Sesi Pow Wow dari pereka kraf akan memeriahkan bulan Mac dengan pelbagai aktiviti seperti tayangan khas, sesi bicara, persembahan dan sesi meramaikan lagi komuniti. Dikendalikan oleh pereka Platon dan Nadirah Zakariya di Uppercase Bangsar sesuai buat pencinta seni kraf. Maklumat lanjut menerusi https://www. timeout.com/kuala- lumpur/things-to-do/ pow-wow- sessions
Kelas hip hop kanak-kanak Bina jati diri anak anda yang berumur enam hingga sembilan tahun dengan menyertai kelas hip hop yang akan mengajar dari asas hingga pertengahan. Pakaikan pakaian yang sesuai untuk anak anda melompat dan meraih pengalaman menyeronokkan ini. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kualalumpur/kids/kids-hip-hop#tab_ panel_2
Pameran artistik percuma Bawa keluarga atau rakan-rakan melihat pameran dari pelukis tempatan, Norma Abbas yang menghasilkan karya seni bertajuk Norma Abbas: Kembara Pelangi Menuju Janji. Mempamerkan hampir 70 karya seni, tema kekeluargaan, alam semula jadi dan juga perjalanan rohani menjadi tema koleksi pamerannya. Bertempat di Bank Negara, pameran ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang dan percuma. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ art/a-colourful- journey-to-a-promise#tab_ panel_2
Diskaun hebat Hanya ada beberapa hari sahaja lagi sebelum ‘Swedest Sale’ anjuran Ikea menutup tirai. Bertempat di pusat perabot terbesar Ikea di Damansara dan Cheras bermula 2 hingga 19 Mac, anda harus mencuci mata dengan koleksi kabinet dapur, kotak, beg, lampu meja dan pelbagai lagi barangan dengan harga diskaun. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/ shopping/ikea-swedest- sale
Teater muzikal retro Jangan lepaskan peluang menyaksikan teater muzikal retro ‘The Fortunettes’ yang pernah memenangi Anugerah Seni BOH Cameronian ke 12. Ia mengisahkan empat gadis yang menempa kemasyhuran dalam dunia muzik sehinggalah mereka berpisah dan bertemu kembali 20 tahun kemudian dalam konsert yang lebih gah. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout.com/kuala- lumpur/theatre/ the-fortunettes
15
15 - 21 MAC 2017
TRENDING Tersepit di travelator
Lin Dan ‘terpedaya’
Seorang wanita berusia 38 tahun mengalami kecederaan di ibu jari kakinya selepas tersepit di sebuah travelator di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya. Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menyelusuri antara tingkat LG dan B1 menggunakan travelator itu. Anggota Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Berjaya mengeluarkan kaki wanita tersebut dalam masa 10 minit. Foto yang menunjukkan sandal yang dipakai wanita tersebut tersebar menerusi media sosial.
Biarpun permain badminton perseorangan Zulfadli Zulkifli kalah kepada juara dunia lima kali, Lin Dan ketika pusingan pertama Seluruh England di Arena Barclaycard,Birmingham, namun aksinya ‘memperdaya’ Lin Dan tular di media sosial. Video tersebut memaparkan Zulfadli yang ketinggalan 9-18 namun masih mampu mengajak Lin Dan hingga terbaring serta memaksa pemain dari China itu membaling raket ketika aksi menyelamatkan bulu tangkis. Raket itu pula terkena jurukamera yang berada di tepi gelanggang. Lin Dan juga kelihatan terkesima seketika selepas aksi ‘membaling’ raket tersebut.
Ingatkan lubang arnab… Di Shropshire, England sebuah lubang arnab yang disangka biasa sahaja, rupa-rupanya membawa rahsia besar. Ramai yang tidak tahu terdapat rangkaian ke gua rahsia Knight Templar yang berusia 700 tahun di dalamnya. Lubang arnah terbabit membawa kepada gua yang digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dahulu. Jurugambar, Michael Scott dari Birmigham, memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet. Gua tersebut dibentuk dengan begitu baik seolah-olah menonton drama bersiri Merlin.
Tudung jenama Nike
Nike memperkenalkan rekaan terbaru khas buat atlet wanita Islam yang dikenali sebagai 'Nike Pro Hijab'. Ia dibangunkan sejak setahun lalu dan antara individu yang mengujinya adalah atlit 'figure skating', Zahra Lari. Produk itu dibuat menggunakan fabrik ringan dan elastik selain mempunyai rongga lubang kecil bagi tujuan pengaliran udara. Ia akan dipasarkan dengan warna hitam dan kelabu serta dijangka berada di pasaran, tahun depan.
‘Disneyland’ untuk peminat Ferarri Siapa sangka jenama kereta Ferarri akan muncul sebagai taman tema di Emiriah ArabBersatu (UAE). Dengan semangat litar lumba, rekaan dan binaan taman tema ini penuh dengan warna merah serta menawarkan kelajuan yang tinggi untuk ‘roller coaster’ pastinya membuatkan adrenalin anda berdegup laju. Turbo Track pula akan dirasmikan pada Mei 2017. Antara keistimewaan yang lain ialah simulator, pertunjukkan kereta, simulator dan pelbagai lagi.
Datuk Vida bayar GST RM4.2 juta Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dengan nama Datuk Vida yang didakwa atas 16 pertuduhan kerana gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akhirnya membayar cukai berjumlah RM4.2 juta tersebut. Justeru, Jabatan Kastam dengan keizinan Mahkamah Seksyen Ipoh menarik balik semua pertuduhan tersebut yang bermula sejak April 2015 hingga Julai 2016. Kisahnya menjadi tular kerana jumlah cukai yang banyak serta keenganan Datuk Vida hingga kesnya berlarutan di mahkamah.
Jadi pemandu teksi cari anaknya yang hilang Di China, seorang bapa bertukar kerjaya kepada pemandu teksi dengan harapan ia dapat membantu untuk mengesan anak perempuannya yang hilang 20 tahun lalu. Menurut Wang, anak perempuannya Wang Mingqing (tiga tahun ketika kejadian) hilang ketika dia dan isterinya sedang menjual buah-buahan di jalanan. Sudah dua tahun bekerja sebagai pemandu teks, Wang sudah menceritakan hampir kepada 5,000 orang tentang anaknya dan berharap, satu hari nanti akan ada seseorang yang mengetahui atau mengingati tentang anaknya.
Budak lima tahun menjaga moyang Di pergunungan Zunyi, China, kisah kanak-kanak berusia lima tahun yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendapat perhatian global. Wang Anna, tinggal bersama nenek serta moyangnya yang sakit tua. Anna ditinggalkan ibu kandung sejak bayi lagi. Sejak itu Anna menjalankan segala tugas termasuk memasak, mencuci dan menjaga nenek serta moyangnya. Nenek dan moyang Anna mempunyai pelbagai penyakit dan kedua-duanya menghabiskan banyak masa di katil.
Jerung di Pulau Kapas Di Pulau Kapas kecoh dengan sekeping gambar yang memaparkan seekor ikan jerung jenis Bull Shark telah ditangkap oleh nelayan. Hal itu menyebabkan ramai orang menyangka pulau peranginan itu tidak lagi selamat kerana diganggu ikan pemangsa. Namun Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) menafikan bahaya tersebut kerana jerung yang berjaya ditangkap oleh nelayan berkenaan adalah di luar kawasan Pulau Kapas, iaitu melebihi satu batu nautika dari perairan berkenaan.
Sedondon selama 37 tahun perkahwinan Biarpun sudah 37 tahun bersama, itu tidak menghalang pasangan dari Jepun ini untuk untuk meneruskan kemanisan dalam rumah tangga mereka dengan memakai baju sedondon setiap hari lalu memuat naiknya di laman Instagram bernama Bonpon511 denganpengikut seramai 154,000. Menurut kapsyen dari foto mereka, didapati pasangan itu kini sudah berada di era 60-an dan gemar memakai pakaian UNIQLO dan Comme Des Garcons. Setiap dari foto mereka mendapat beribu-ribu likes apabila dimuat naik.
16
15 - 21 MAC 2017
www.syahrilkadir.com
Tahniah kepada pemenang mingguan
Kamarudin (dua dari kanan) meraikan kejayaan AirAsia bersama Tony Fernandez dan Tan Sri Dr. Munir Majid
Di sebalik kejayaan Kamarudin …
sobri_ibrahim
faizalm
ohamm
ad
irah
nuralyaam
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun telah dinobatkan orang ke-38 paling kaya di Malaysia, sekali gus menjadikannya orang Melayu ketujuh terkaya di negara ini. Semua orang tahu, di sebalik kejayaan Tan Sri Tony Fernandes dan AirAsia, Kamarudin adalah individu penting yang banyak mencorakkan kejayaan syarikat penerbangan tambang murah negara itu. Ini kerana Kamarudin adalah individu yang menguruskan hal ehwal kewangan, merancang dan pada masa yang sama bertanggungjawab memastikan ‘akaun’ dan keuntungan AirAsia terus berlipat ganda dari tahun ke tahun. Sebagai salah seorang pengasas bersama AirAsia, difahamkan Kamarudin dan Tony sama-sama mengeluarkan modal permulaan dan pernah bergolok-bergadai sampai menjual rumah demi memastikan kejayaan AirAsia seperti yang kita lihat sekarang. Satu perkara menarik bekas pelajar MRSM Kuantan ini, beliau cukup pintar dalam menjalankan perniagaan dan telah berjaya membawa balik keuntungan RM1 juta seawal umur 27 tahun! Namun apa yang dinikmatinya ketika ini bukanlah datang bergolek, malah Kamarudin pernah melalui ujian yang sangat getir apabila perniagaan yang di usahakannya mengalami kerugian sewaktu krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1998. “Saya rugi RM250 juta ketika itu… kalau orang lain mungkin dah terjun tingkap namun ada satu perkara yang mengubah diri saya selepas itu,” kata Kamarudin. Dengan tanpa berselindung, Kamarudin memberitahu, setelah mengalami ke rugi an yang cukup besar itu, isterinya men cadangkan agar beliau pergi buat umrah. Ternyata ia adalah cadangan yang cukup
MENANGI IPHONE 7 Follow akaun instagram kami 'my.warta' untuk cara menyertai peraduan CutiCuti WARTA ini. Atau scan QR code ini menggunakan telefon anda
AirAsia X terbang semakin tinggi dalam industri penerbangan tambah murah jarak jauh antarabangsa
tepat pada masanya dan ‘kembara rohani’ itulah yang mencorak gaya dan pemikiran beliau sehingga sekarang. “Ada seorang sheikh yang saya temui ketika menunaikan umrah di sana memberitahu, kita dalam hidup ini terlalu bergantung dan berharap pada manusia sedangkan kita hanya perlu berwuduk, menunaikan solat dan memohon kepada Allah, kenapa kita tidak melakukannya? “Alhamdulillah, berkat ibadah umrah yang saya lakukan beserta doa saudara mara dan rakan taulan, saya kembali bangkit dan meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan serta berada di kedudukan yang anda lihat sekarang,” katanya yang pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan menubuhkan Roslan Aziz Production (RAP) bersama-sama bekas suami Shila Majid itu. Laporan terbaru Forbes menyenaraikan Kamarudin sebagai individu ke 38 terkaya di negara ini dengan jumlah harta lebih RM1 billion, pertambahan puluhan juta ringgit dari tahun sebelumnya!
17
15 - 21 MAC 2017
Makan
Keaslian menu Kantonis MURNI REJAB
MAKAN di Mana kali ini me ng ajak anda mencuba me nu masakan Cina Muslim di Damansara Perdana. Res toran yang beroperasi sejak empat tahun lalu ini me nyediakan pelbagai me nu masakan Cina yang lazat dan menarik dan pasti membuatkan anda kerap ke sini. Butter dimasak ber sama susu cair, ke mudian sotong yang disalut tepung dan di goreng, digaul ber sama pasti mengiurkan sesiapa yang ber kun jung ke restoran Muhammad Chow
Chinese Muslim Kitchen. Menu wajib cuba ini adalah hidangan masakan cina yang cuba ditampilkan di restoran ini yang mengekalkan ciri-ciri masakan Cina Kantonis.
Menurut pemiliknya, Mohammad Azimullah Abdul Aziz, 36, selain hidangan Sotong Buttermilk Sauce yang menjadi kesukaaan pelanggannya, siakap ala Thai dan kailan Ying
Kuih bakul ini adalah kuih Tahun Baru Cina bagi kaum cina. Ia dibuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Walaupun kuih bakul boleh dimakan pada bila-bila masa, namun secara tradisi kuih ini paling laris dimakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
· Kuih Chang
Kuih Chang merupakan makanan yang disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan 5 kalender lunar. Kuih Chang dibuat daripada beras pulut yang diisi inti seperti daging, kacang, cendawan dan sebagainya dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
· Kuih Bulan
Kuih Bulan dimakan semasa sambutan Perayaan Pertengahan
Terbaharu, restoran ini turut menyediakan promosi Seafood Fiesta yang mana anda boleh pilih makanan laut seperti ikan siakap, udang dan sotong, masak dan bayar dengan harga berpatutan. Dis kaun dari 40 peratus hingga 60 peratus bagi setiap hidangan masakan berkenaan hingga 16 April ini. Sangat berbaloi. Menyediakan lebih dari pada 100 jenis menu lain, jom ke restoran Muhammad Chow Muslim Chinese Kitchen yang turut mempunyai cawangan di Bukit Antarabangsa, Ampang. Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam kecuali Jumaat waktu operasinya sele pas solat Jumaat.
Ruang yang luas dan selesa.
Makanan tradisional kaum Cina · Kuih Bakul
Yong an tara menu istimewa yang patut cuba di restorannya. Kailan yang dimasak dengan dua cara ini diletakkan dalam satu pinggan adalah salah satu hidangan unik yang lain dari lain. Selain hidangan utama, an tara pencuci mulut yang ada kelainan turut disediakan se perti longan seacoconut dan lai chee kang. Anda perlu merasai keenakan isi ke apa laut yang segar dan lai chee kang yang dibuat sendiri di restoran ini, menu yang mam pu menghilangkan dahaga anda. Bagi mengekalkan menu hidangan kantonis ini, se orang chef Cina Muslim yang berpengalaman akan datang me mantau dan menyediakan resepi hidangan terbaharu kepada tukang masak di res toran berkenaan. Dekorasi restoran yang cantik, kemas dan teratur malah selesa ini dapat me muatkan 60 orang dalam satu masa. Bagi keluarga yang mahu makan malam bersama, restoran ini adalah destinasi terbaik untuk dijadikan tempat untuk berkumpul.
DI MANA
Musim Luruh pada hari ke 15 dalam bulan 8 bagi kalender lunar. Pada masa itu, orang ramai akan makan kuih bulan ini bagi sembayang qamari dan sambil memerhati bulan. Kuih bulan ini merupakan sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai jenis perasa inti seperti kacang merah, pandan, yam ataupun telur masin.
· Tang Yuan
Tang yuan ialah sejenis makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang men didih. Secara tradisi, tang yuan dimakan ketika perayaan Yuan Xiao atau Chap Goh Mei. Bentuk bulat bola dan makan dengan mangkuk melambangkan kebersamaan ke luarga.
Hidangan masyhur masakan Cina Muslim · Lamian
Mi yang diperbuat dari tangan dihidangkan bersama daging lembu atau sup kambing. Proses buatan tangan ini termasuk mengambil dough dan secara berulang me na riknya untuk mengeluarkan mi yang sangat panjang.
· Chuanr
Kebab atau daging lembu yang dipanggang seperti sate yang berasal dari Xinjiang wilayah China. Ia merupakan produk masakan Islam Cina dan amat popular.
· Mi sup daging lembu
Mi sup hidangan terdiri daripada rebusan lembu, sup daging lembu, sayur-sayuran dan mi gandum.
Ia dicipta oleh orang-orang Hui semasa Dinasti Tang dari China.
· Suan Cai atau Sauerkraut Cina
Masakan Cina hidangan sayur-sa yuran tradisional yang digunakan dalam pelbagai cara. Ia terdiri daripada kubis Cina jeruk. Suan Cai adalah satu bentuk yang unik pao cai kerana bahan yang digunakan dan kaedah pengeluaran. Walaupun suan cai tidak masakan Cina Islam semata-mata, ia digunakan dalam masakan Cina Islam, terutamanya mi sup daging lembu.
· Nang
Sejenis roti yang tidak beragi dan bulat.
18 Di sebalik
15 - 21 MAC 2017
JENAMA
Mamee lahir daripada penjual kereta SUATU hari pada 1971, Pang Chin Hin – seorang peniaga kereta terpakai – diberitahu oleh rakannya, “bisnes ini tidak ada masa depan!” Beliau memberikan idea kepada Chin Hin supaya me neroka satu perniagaan baharu - mi kering - yang menurutnya sangat berpotensi untuk berkembang. Chin Hin – kini Datuk – asalnya bukanlah seorang yang tahu apa-apa mengenai bisnes mi. Namun berpegang pada kata-kata rakannya itu, beliau memberanikan diri tubuhkan syarikat, dan buka kilang mi kering dengan jenama Lucky. Bagaimanapun, mi Lucky ternyata tidak se’lucky’ nama nya. Ini kerana ia terpaksa bersaing dengan jenama lain yang sudah lama menguasai pasaran.
Lantaran itu, Chin Hin memerah otak cuba mencari jenama dan pendekatan ba haru yang lebih mampu untuk me mikat perhatian orang ramai. Dalam kata lain, beliau mahukan produk dan jenama yang lebih gah dan lebih ‘ong’ berbanding Lucky. Hendak dijadikan cerita, dalam beliau mencari-cari ilham, Chin Hin terpandang kanak-kanak yang melaung memanggil ibunya “mommy, mommy!” “Dari situlah, Datuk (Chin Hin) mendapat idea untuk tukar jenama Lucky kepada Mamee. Asal perkataan ‘mommy’ diubah ejaan ke pada ‘Mamee’ untuk lebih komersial,” kata Sharszany Shahry Abu Shahriman. Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Mamee –Double Decker (M) Sdn. Bhd., mengenai asal usul
Sarszany (kiri) dan Nadia Jasmon, Eksekutif Komunikasi Korporat MameeDouble Decker ketika mempromosikan Mamee Monster Biskidz
Pang Chin Hin
jenama yang kini bukan sahaja terkenal di negara ini malahan juga telah men jangkau ke serata benua. Mengenai penghasilan mi kering Mamee, Sharszany berkata, Chin Hin karakter semulajadinya adalah seorang yang tekun memerhati apa yang ada dan berlaku se ke lilingnya. Jika kebanyakan mi kering berjenama lain lebih sesuai untuk dimakan setelah dimasak atau dimasukkan ke dalam air panas sebagai mi
Kilang Mamee-Double Decker di Ayer Keroh, Melaka
Asal mi kering MI KERING atau mi kering Makassar adalah masakan Tionghua Indonesia. Jenis mi kering yang disajikan dengan sos pekat dan hirisan ayam, udang, hati dan daging. Makanan ini agak sama dengan i fu mi Tiongkok, bezanya mi diperbuat lebih halus. Resepinya dihasilkan keturunan Tionghua, Ang Kho Tjao. Dia membuka kedai mi kering dan mendapat sambutan di Makassar, Indonesia sejak awal 70-an. Ang Kho Tjao mewariskan rahsia resepi mi kering tersebut kepada tiga anaknya, Hengky, Awa', dan Titi. Setelah Ang Kho Tjao meninggal, perniagaan mie kering ini disambung oleh ketiga anaknya di kedai masing-masing. Perniagaan Titi paling laris, sebab itu di Makassar sebut saja mi Titi ia seolah satu identiti baru bandar itu.
segera, Mamee sebaliknya enak dimakan begitu sahaja atau tanpa dimasak. “Datuk mendapat ilham untuk mengeluarkan mi yang boleh dimakan terus ketika beliau terlihat sekumpulan kanak-kanak makan mi segera yang tidak dimasak. Baginya, itu petanda bahawa ada permintaan untuk mi segera yang boleh dimakan sebagai snek. Itulah permulaannya,” katanya. Dengan itu, Chin Hin terus memberi fokus untuk meningkatkan pengeluaran Mamee termasuk memper kenalkan ikon maskot ‘Mon ster’ seiring dengan peng hasilan Mamee Monster, mi segera yang sudah sedia di masak. Beliau dibantu oleh anak sulungnya, Pang Tee Chew –kini Tan Sri, CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan yang awalnya dihantar untuk melanjutkan pengajian dan bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar mi segera di Jepun sebelum pulang menguruskan syarikat. Mamee – Double Decker Sdn. Bhd. – yang dahulu
Lee Dong Wook di KL SEOUL – Berita ini pasti meng gembirakan pecinta drama Korea (Kpop) terutamanya yang meminati Lee Dong Wook. Pelakon yang menjayakan watak malaikat maut dalam drama bersiri Goblin ini dikhabarkan akan berkunjung keenam Negara di Asia. Istimewanya, Lee Dong Wook meng gelarkan kunju ngannya ke Asia dengan tema ‘For My Dear’. Malahan agennya telah mengaturkan p e rt e m u a n antara Lee Dong Wook
dengan pe minatnya di Kasablanka Hall, Jakarta pada 20 Mei dengan harga tiket bermula daripada RM283 hingga RM950 bagi setiap orang. Program yang bermula pada 12 Mac di Seoul ini akan diteruskan ke Taiwan dan Singapura pada April. Manakala pada bula Mei, Dong Wook akan singgah di Hong Kong dan Malaysia pada bulan Mei dan akan berakhir di Jepun pada Jun. Pastinya peminat jejaka kacak yang berusia 35 tahun ini tidak akan melepaskan peluang untuk bertentang mata dengannya.
beroperasi sebagai Pacific Food Products – kini terus berkembang dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan. Jika dahulu operasinya hanya ber tumpu di Ayer Keroh, Melaka, syarikat itu kini mempunyai pangkalan hadapan di Subang Jaya, Selangor dan Kuantan, Pahang selain di Indonesia, Myanmar dan akan datang di Timur Tengah. Mamee – Double Decker yang diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada 18 Mac 1991, telah dinyahsenaraikan pada 9 Jan 2012. Syarikat itu kini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh keluarga Pang. Antara produknya yang terkenal selain mi segera Mamee Monster adalah cip kentang pelbagai perisa Mister Potato yang pernah jadi penaja kelab bola sepak Inggeris, Manchester United, snek Double Decker, Corntoz, Perfecto, Mamee Cool Tea, susu kultur Nutrigen dan beberapa produk lain termasuk yang terkini, Mamee Monster Biskidz.
10 mee segera terlaris di dunia 1) Indomie (special fried Curly Noodles) -Indonesia 2) Indomie (Mi goreng rasa ayam panggang) -Indonesia 3) Nissin Yakisoba - Jepun 4) Sapporo Ichiba - Jepun 5) Mie Sedaap - Indonesia 6) Myojo - Jepun 7) Nong Shim Shin - Korea 8) Sapporo Ichiba (Shio Ramen) - Jepun 9) Doll Instant Noodle Hong Kong 10) Koka instant - Singapura Sumber : The Ramen Rater
19
15 - 21 MAC 2017
21
Jessica Girls Generation aktif berniaga
Angelina Jolie pilih jejaka Kemboja?
21
Skarf, minyak wangi Sasqia
21
Ayda Jebat jadi pujaan 20 23
KD ambil semangat suami
21
20
15 - 21 MAC 2017
Skarf, minyak wangi Sasqia
B
SASQIA DAHURI bukanlah satu nama baru dalam dunia lakonan. Lebih dikenali membawa watak-watak antagonis dalam drama-drama tempatan, Sasqia mungkin antara pelakon yang anda tidak suka. Ternyata watak jahat sebagai Filzah dan Felisha dalam drama serta telenovela lakonannya berjudul Khabar Dari Casablanca dan Lara Aishah ini berjaya membuatkan penonton benci padanya. Ini bermakna dia berjaya menghidupkan watak yang diberikan secara berkesan. Tidak mahu ketinggalan daripada dunia perniaga an yang kian banyak diceburi para artis, kini Sasqia terlibat dalam perniagaan skarf dan minyak
wangi di bawah label Sadona by Sasqia. “Sadona Scarves, kami jual secara atas talian dan juga boleh dapatkan di Shasya Habib Hub Concept Store, IOI City Mall Putrajaya. Sadona Perfume pula hanya dijual atas talian dan melalui agen dan stokis,” ujar Sasqia membuka bicara. Menurut Sasqia, bidang perniagaan bukanlah perkara baru bagi nya kerana dia sudah mempunyai minat terhadap perniagaan sejak pada zaman kolej lagi. “Berniaga adalah satu cara untuk saya menguji kebolehan saya mencari duit sendiri dan bukan senang nak buat produk sendiri. Strategi pemasaran sangat penting dalam melaksanakan sesuatu perniagaan dan saya suka mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh. Peluang sentiasa ada cuma kena bijak menggunakannya,” terangnya.
Mengenai produk skarfnya itu, kata Sasqia, dia memang sudah lama merancang untuk berniaga tudung. Selepas beberapa tahun mengkaji sasaran audiens, dia melancarkan koleksi skarf pertama yang mengetengahkan rekaan manik dari Sarawak. “Saya juga berasa sangat bertuah kerana ayah banyak memberikan pandangan mengenai penglibatan saya dalam perniagaan,” ujarnya lagi. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sempat diajukan soalan pada Sasqia adakah dia yakin boleh melariskan produknya itu? “Saya yakin dan percaya dengan setiap produk yang saya keluarkan kerana ada keunikannya tersendiri. Ia hanya soal waktu dan usaha. Yang
Di majlis pelancaran Sadona by Sasqia
penting, usaha itu tangga kejayaan,” katanya. Menurut gadis tinggi lampai ini, untuk tahun ini, dia mempunyai perancangan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya. “Kalau boleh, saya nak memasarkan produk ini hingga ke Si ngapura dan
Brunei. Pada masa sekarang saya cuba sedaya upaya untuk mengetengahkan produk ini sehingga dikenali ramai. Sekiranya produk dan popular, orang dah kenal, jual apa pun orang akan beli. Lagipun jenama Sadona ini sudah ada ‘trademark’ di bawah akta hak cipta. Saya merancang untuk pelbagaikan lagi produk di bawah jenama ini,” jelas pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama 50 episod untuk TV3, Cinta Koko Coklat untuk slot Samarinda dan Drama Din Sardin Operasi Cinta untuk TV9 ini menutupi perbualan.
Syuk Joras ceriakan Geng Pagi Hot SETELAH hampir tiga bulan Syuk Joras atau Mohamad Shukri Mohamed menyertai Radio Hot FM dan menghiasi segmen Gang Pagi Hot, stesen radio tersebut ternyata lebih ceria dari biasa. Ada saja, tutur bicara dan kata-kata Syuk yang membuatkan pendengar terasa lucu dan mahu ketawa. Tambah lagi diadun dengan kombinasi , Ajak dan Fizie, trio baharu ini nyata tidak membosan kan dan membuatkan pendengar tersenyum sendirian ketika memandu ke tempat kerja. Menurut pelakon filem Zack Kapcai itu, dia menerima tawaran sebagai penyampai radio Hot FM, kerana untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarganya dan mendapat pendapatan tetap. “Tambah-tambah lagi saya sudah mempunyai anak, jadi pendapatan keluarga harus diutamakan. Jadi, saya tidak mengambil masa
yang lama saya menerima tawaran tersebut,” ujarnya. Syuk mengakui, pada awal dia menjadi penyampai radio, dia menyangka kerjaya tersebut adalah satu kerjaya yang mudah. Namun sebenar nya berbeza sama sekali. "Saya ingat kerjaya ini mudah kerana perlu bercakap sahaja. Tapi bila sudah bersama Hot FM, barulah saya tahu ia agak sukar. Setiap hari saya perlu mengkaji tentang isu semasa dan ambil tahu tentang semua perkara yang berlaku di dalam dan luar negara," katanya. Sebagai orang baru, Shuk sangat selesa bergandingan dengan Fizie dan Ajak. Tambah-tambah lagi dia sudah lama mengenali dan berkawan dengan Ajak, iaitu sejak program Raja Lawak lagi. “Fizie pula banyak membantu saya di konti. Dia adalah seorang penyampai yang hebat. Saya banyak belajar mengendalikan konti daripadanya,"
tambahnya lagi. Biarpun kini bergelar deejay, Syuk tetap meneruskan kerjayanya sebagai pelawak dan akan terus kekal setia bersama dua ahli kumpulan Joras yang lain.
Syuk mempunyai cara tersendiri menghidurkan pendengar
21
15 - 21 MAC 2017
Ayda Jebat pula dipuja di Indonesia
B
ARU saja melancarkan lagu Pencuri Hati versi dangdut di Indonesia bulan lalu, lagu tersebut sudah pun menduduki carta di empat stesen radio di negara itu. Penyanyi Ayda Jebat berkata, setiap kali lagunya dimainkan di stesen radio, dia mendapat makluman menerusi laman sosial. “Memang cara stesen radio di sana sebegitu, setiap kali lagu dimainkan, mereka akan ‘tweet’ termasuk tag nama penyanyi. Jadi dari situ saya dapat tahu dan agak terkejut kerana dalam sehari beberapa kali juga lagu saya dimainkan,” ujarnya. “Malah ada juga yang memaklumkan pada saya yang lagu saya memasuki carta radio tempatan, dan ia pertama kali lagu dari negara luar dimainkan di stesen radio di sana. Saya sendiri amat terkejut,” terangnya lagi. Katanya lagi, bukan itu saja, peminat di sana memberi respons positif terhadap lagu berkenaan di laman sosial. Selain itu, Ayda juga mengakui terkejut dan terharu apabila ada kelab peminat ditubuhkan di Indonesia dan menyokong karier seninya. “Alhamdulillah, saya tidak sangka akan ada kelab peminat di sana. Bulan lepas saya bersama pihak
Ayda mula mencipta nama
pengurusan menjalankan promosi di Jakarta dan Bandung. Sambutan sangat menggalakkan dan kita akan kembali membuat promosi di sana seperti Jogyakarta dan Surabaya,” jelasnya lagi. Muzik video Pencuri Hati versi dangdut yang dimuat naik 1 Disember lalu mencecah hampir 4 juta tontonan di YouTube. Berbalik mengenai karier lakonan pula, Ayda, kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Ku Kirim Cinta untuk slot Akasia TV3 selain berdebar menanti tayangan filem pertama lakonannya Pinjamkan Hatiku yang dijangka menemui penonton tahun hadapan.
KD ambil semangat suami
KRIS DAYANTI (KD) merupakan antara penyanyi yang sering menjadi perhatian, bukan saja di Indonesia, bahkan di Malaysia. Sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Raul Lemos, tidak dinafikan karier seninya seolah-olah sepi seketika dan sudah lama tidak mengadakan sebarang konsert di Malaysia. Namun siapa sangka, pen-
yanyi lagu Menghitung Hari ini melakukan comeback. Ini dibuktikan dengan konsert yang telah diadakannya di Istana Budaya, pada 24 hingga 26 Februari lalu. Dalam konsert tersebut, KD berkesempatan berduet dengan Siti Nurhaliza. KD mengakui terkejut apabila penyanyi popular tersebut yang juga merupakan sahabat baiknya hadir di konsert tunggalnya yang bertajuk Romansa Krisdayanti ini. “Saya berduet dengan Siti Nurhaliza kerana memang ada lagu yang dikeluarkan di Malaysia. Saya juga terkejut ketika tahu dia datang.” ujar KD pada media Indonesia. Uniknya, dalam konsert tersebut KD membawa keluarganya iaitu Raul Lemos dan anak perempuannya, Amora. Malah Amora juga naik ke atas pentas sambil membawakan bunga untuk ibunya. Pasti hati diva pop Indonesia ini
tersentuh. “Saya fikir ketika konsert anak saya akan bosan tapi ternyata itu merupakan kejutan dari Raul yang meminta Amora membawa bunga ke atas pentas pada hari pertama konsert,” ceritanya lagi. “Suami saya harus bercuti daripada kerja, anak-anak juga harus cuti lebih daripada 10 hari. Tapi setelah mendapat kejutan pada hari pertama, kedua dan ketiga Amora begitu yakin dan berani,” terang KD. Sementara itu, suaminya juga menunjukkan sokongan positif pada KD. Katanya, “Saya dengar dia memuji walau tidak di hadapan. Dia juga rela meninggalkan kerjanya. Pada mulanya saya takut Raul bosan tapi nampaknya dia bersemangat untuk menemani saya.”
Seputar Artis
Angelina Jolie pilih jejaka Kemboja?
Aktres Angelina Jolie dikhabarkan telah menemui pengganti Brad Pitt. Menerusi portal Aceshowbiz, wanita berusia 41 tahun itu didapati telah menghabiskan masanya bersama seorang jejaka misteri ketika berkunjung ke Kemboja tidak berapa lama dulu. "Secara diam-diam, mereka meninggalkan hotel mewahnya untuk berbelanja," ujar sumber yang enggan disebutkan namanya. Tidak hanya menghabiskan waktu bersama, Angelina juga dikatakan telah memperkenalkan keenam-enam anaknya pada jejaka tersebut. Sudah pasti perkara ini sedikit sebanyak mengganggu emosi Brad. "Brad pasti akan marah sekiranya dia tahu mengenai hal ini. Dia hampir tidak dibenarkan bertemu dengan anakanaknya, dan kini Angie membawa mereka mengelilingi dunia dan mempertemukan mereka dengan lelaki asing,” ujar sumber itu lagi. Angelina sebenarnya tidak mahu hubungan tersebut dihidu oleh paparazi. Namun, lelaki tersebut berjaya meluluhkan hatinya yang akhirnya membuatkan pelakon cantik tersebut sanggup terbang ke Kemboja bertemu dengannya. Seperti yang diketahui, Angelina dan Brad rasmi bercerai sejak 2016 lalu. Sejak itu, hubungan mereka berdua terus menjadi buruan media dan paparazi.
Jessica Girls Generation aktif berniaga
Penyanyi dan juga pengusaha Jessica Jung adalah bekas anggota kumpulan yang bertaraf antarabangsa, Girls Generation. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat sebelum berpindah dan mencipta nama di Korea Selatan. Biarpun kini dia tidak tampil sebagai penyanyi solo, kakak Krystal Jung ini sudah banyak menempa kejayaan. Jessica sempat menghasilkan dua buah mini album dengan judul With Love, J dan Wonderland. Tidak hanya berjaya di Korea, album dan lagu Jessica juga mendapat perhatian daripada peminat antarabangsa. Selain menyanyi, wanita berusia 27 tahun ini juga mempunyai perniagaannya sendiri. Pada 2014, dia menghasilkan jenama BLANC & ECLARE. Seperti mini albumnya, perniagaan Jessica ini juga menempa kejayaan. Jessica membuka beberapa butik, tidak hanya di Korea, malah di luar negara. Penyanyi lagu Love Me The Same ini membuka butik BLANC & ECLARE di daerah Soho, Amerika. Menjadi seorang selebriti dan juga pengusaha, tentunya Jessica kerap berada di negara yang berbeza-beza. Menerusi akaun Instagram peribadi miliknya, dia mempamerkan kegiatannya selama berada di negara tersebut. Malah dijemput untuk menghadiri pembukaan cawangan butik COACH di Malaysia.
Isteri Justin makan di bilik mandi
Apakah kegunaan bilik mandi bagi anda? Selain mandi, tentu untuk menyanyi, kan? Berbeza dengan Jessica Biel ini. Pelakon cantik yang merupakan isteri Justin Timberlake ini suka makan di bilik mandi. Jessica sememangnya mempunyai perangai yang aneh. Perangai peliknya itu tersebar apabila dia memuat naik sebuah foto ke dalam akaun Instagram peribadinya. Foto tersebut adalah suasana di bilik mandinya. Di bawah pancuran air terdapat garpu dan pinggan makan yang sudah kosong serta gelas yang berisi kopi. Foto tersebut telah menyebabkan peminatpeminatnya tertanya-tanya.. "Ya, saya makan di bawah pancuran air. Saya mengakuinya. Menunya adalah Ayam sos epal dan kopi espreso. Cubalah. #ShowerEats," begitulah caption yang diberikan dalam foto tersebut. Hingga kini, foto tersebut mendapat hampir 600 komen dan 23 ribu likes. Ramai yang mempersoalkan tabiat Jessica itu, kerana tidaklah begitu sihat sekiranya kita makan di bilik mandi yang merupakan tempat untuk membersihkan diri. Namun, Jessica tidak terlalu peduli dengan hal tersebut.
22
15 - 21 MAC 2017
RELEKS
Jom Wayang
Filem: LOGAN: THE WOLVERINE Pawagam: GSC PAVILLION Masa: 11:30 AM 4:50 PM 12:40 AM GENRE: Aksi / Pengembaraan MASA TAYANGAN: 137 minit TARIKH SIARAN: 2 Mac 2017 DIBINTANGI: Hugh Jackman SINOPSIS: Menceritakan kembali tentang Logan (Hugh Jackman) yang sudah tua dan telah berjanji untuk tidak menggunakan kekuatan cakarannya. Namun janjinya dilanggar kerana sebuah organisasi jahat cuba menggunakan kekuatan para mutan dengan tujuan jahat. Logan berusaha keras untuk menghentikannya. Ketika ini muncul mutan muda yang bernama Laura Kinney (Dafne Keen) yang dikenali dengan sebutan X-23.
Filem: TAKE 2 (Mandarin) Pawagam: GSC IOI MALL PUCHONG Masa: 11:50 AM 4:15 PM 8:40 PM 10:55 PM GENRE: Komedi / Drama MASA TAYANGAN: 108 minit TARIKH SIARAN: 26 Januari, 2017 DIBINTANGI: Maxi Lim SINOPSIS: Filem komedi lucu mengenai Ah Hu dan tiga orang temannya (bekas banduan) yang berusaha membina hidup baru dalam bidang makanan dan menjual mi Jepun. Tetapi sebagai bekas banduan usaha mereka untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat agak terbatas dan bermulalah situasi lucu.
Filem: COMMANDO 2 Pawagam: SURIA KLCC Masa: 2:30 PM 9:45 PM GENRE: Aksi MASA TAYANGAN: 125 minit TARIKH SIARAN: 3 Mac, 2017 DIBINTANGI: Vidyut Jamwal, Adah Sharma, Esha Gupta SINOPSIS: Seorang lelaki menggunakan kemahiran pertempuran untuk membasmi wang gelap yang telah disalurkan pada bankbank di luar negara.
23
15 - 21 MAC 2017
RELEKS
Ulasan Filem
Aksi debar dalam J Revolusi
SUDOKU
Jawapan
Jawapan
SEKIRANYA anda bercadang untuk menonton filem Melayu penuh dengan aksi yang mendebarkan, silalah menonton filem J Revolusi. Anda pasti tidak merasa rugi. Filem ini mengisahkan Jay Zulkarnain atau Judo (Zul Ariffin), merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindak Khas (UTK) yang sangat hebat dan tidak pernah gagal dalam 53 misi. Jay mempunyai seorang adik bernama Dian (Fazura) yang menjadi seorang ejen penyamaran dalam kumpulan untuk menghasilkan satu virus. Konflik terjadi apabila Dian cuba menyelamatkan rakan sekerja yang berada dalam ancaman daripada penjenayah, si pembeli virus, Andra (Farid Kamil). Dian diculik oleh penjenayah itu. Dalam misi menyelamatkan Dian, Jay terperangkap dan dituduh bersubahat dengan penjenayah. Jay mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan Dian daripada Andra dan dia dibantu oleh Skodeng (Azad Jazmin) dan Eddie (Izara Aishah). Puas menonton filem ini kerana ia tidak mengecewakan. Lakonan mantap pelakon-pelakon hebat seperti Farid Kamil, Zul Ariffin, Azad Jasmin, Fazura, Izara Aishah dan ramai lagi berjaya menghidupkan watakwatak menjadikan filem ini agak sempurna. Filem yang penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, sudah dihidangkan dengan aksi mantap mereka. Biarpun pada awalnya agak keliru sedikit, babak-babak seterusnya berjaya membuatkan penonton leka dan ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Apa yang menarik, semua aksi tersebut termasuk aksi atas platform dilakukan sendiri oleh Farid Kamil dan Zul Ariffin. Ayuh, apa tunggu lagi? Jom ke pawagam sekarang!
Filem: J Revolusi Edaran: Primeworks Distribution Pengarah: Zulkarnain Azhar Pelakon: Zul Ariffin (Jay), Farid Kamil (Andra), Nur Fazura (Dian), Izara Aishah (Eddie) Nilaian: **** Pawagam:GSC Midvalley Masa: 11:30 AM 12:00 PM 1:40 PM 2:10 PM 3:50 PM 4:20 PM 6:00 PM 6:30 PM 8:40 PM 10:50 PM 11:00 PM
24
15 - 21 MAC 2017
HOT
Hobi orang ternama
Hajat Sifu nak main golf... MURNI REJAB
SIFU M. Nasir atau nama se benarnya Mohamad Nasir bin Mohamad tidak perlu diperkenalkan lagi. Tat kala mengalunkan lagu dari lunak dan gemersik suara nya sahaja sudah cukup mem buatkan semua terpana dengan 'hidangan' lagu yang didendangkan ditambah de ngan kepelbagaian seni kretiviti muzik serta instru men yang digabung jalin bersama. Lagu Ghazal untuk Rabiah, Andalusia, Apokalips, Bonda, Mentera Semerah Padi antara sentuhan berhantu komposer ini. Itu belum lagi diambil kira lagu-lagu gubahan M.Nasir yang kebanyakannya menjadi 'killer song' kepada
penyanyi sedia ada apatah lagi pendatang baru dalam dunia seni suara. Menerima kunjungan WARTA di sebuah restoran berdekatan Studio Luncai Emas, Sungai Buloh, pe nampilannya cukup simple, dia hanya berkemeja, ber seluar jeans dan memakai topi. Datuk M. Nasir tampak tegas ketika disapa namun tak perlu ambil masa yang lama untuk dia mengubah karektor menjadi seorang yang agak kelakar dan boleh bertukar serius dengan tiba-tiba. Kenapa nak tahu perihal hobi saya? Kenapa tidak aktiviti seni saya? soalnya sambil ketawa kecil seakan mengusik. “Hidup saya ini tidak pernah ada hobi, bekerja
M. Nasir banyak menghabiskan masa di studionya
saja. Kerana kerjaya saya se karang mengambil masa yang banyak. Mencipta lagu, terbitkan lagu, dan melukis memerlukan masa yang ba nyak hinggakan tiada aktiviti yang dapat dibuat untuk dijadikan hobi,” ujar pemilik syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd itu. Ketika disoal mengenai hobinya ketika di zaman muda, sambil ketawa dia ber kata dia suka bermain bola sepak ketika di zaman se kolah. Dia aktif bola sepak bersama rakan-rakannya se lepas waktu sekolah. “Ada ketika saya turut bermain untuk persatuan seni. Tapi tidak lama. Sekadar bermain untuk suka-suka. Ya lah ketika kudrat masih ada,” jelas penyanyi tersohor negara tersebut. Selain itu, di zaman muda pada hujung minggu dia akan menjadi kedi golf. Tapi kerana jadualnya yang padat dengan aktiviti seni, hasratnya untuk cuba bermain golf tidak ke sampaian. “Saya suka bermain golf tapi tidak sempat kerana ada perkara lain yang lebih serius untuk dilakukan se perti melukis, meeting per satuan, membuat rakaman dan persembahan. Jadi ma sa membataskan hobi yang kononnya baru saja saya nak berjinak untuk
M. Nasir bersama rakan pasukan bola
menjadikannya sebagai hobi saya,” jelasnya tersenyum. Namun sekarang, sebagai sifu dan seorang yang hampir 100 peratus menghambakan diri dengan dunia seni dia tidak ba nyak aktiviti lain dan menggangap meluangkan masa ber sama ke luarga seperti membawa mereka me lancong adalah sa tu kesukaan yang amat berharga. "Saya akan membawa anak-anak melancong di dalam dan luar negara. Jika tiada waktu lapang, saya hanya melakukan aktiviti di rumah sahaja sambil berehat," jelasnya. Program : House Hunt 2 Episod : 8 Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 Malam
MENARIK MINGGU INI
Inspirasi . Informasi . Motivasi
Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 15 - 21 Mac 2017
LOKASI RUMAH BIBITKAN KONFLIK PASANGAN MUDA Sebagai suami yang sibuk bekerja, Haziq Adi lebih selesa untuk memilih rumah yang berdekatan dengan pejabatnya kerana mudah berulang-alik menguruskan perniagaannya. Berbeza dengan isterinya yang mengidamkan rumah jauh dari hiruk-pikuk kota metropolitan yang menjanjikan kedamaian. Ketahui kisah dan dilema pencarian rumah idaman mereka dalam House Hunt Musim Kedua.
Program : Santai Familia Musim Kedua Episod :7 Tarikh Siaran : 20 Mac 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam
LAMBAIAN BALI DI FIG TREE HILL RESORT
Tatkala menjejakkan kaki di Fig Tree Hill, Bayan Lepas, Pulau Pinang, umpama berada di kota pelancongan Bali, Indonesia. Manakan tidak, seni bina dan sentuhan dekorasi vila di sini sarat dengan elemen Bali yang pastinya menambat pandangan mata. Dibina sepenuhnya menggunakan kayu kayan dan pepohon menghijau yang dikekalkan di sekelilingnya membangkitkan nuansa percutian alam semula jadi. Apa lagi yang menarik di sana? Nantikan Santai Familia!
Program : Biz Tips Episod : 8 Tarikh : 15 Mac 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam
Program : Legasi Niaga Musim 2 Episod : 11 Tarikh : 21 Mac 2017 (Selasa) Masa : 8.30 Malam
KEMASYHURAN NAMA MODAL CEBURI PERNIAGAAN
PENYULAM KELINGKAM DIRAJA KELANTAN BINA LEGASI
Siapa tidak kenal dengan empunya nama Noor Neelofa, gadis jelita berusia 28 tahun yang menempa kemasyhuran sebagai seorang pelakon dan pengacara tanah air. Pernah dinobatkan sebagai artis paling popular di Malaysia, Neelofa bijak memanfaatkan kemasyhuran nama beliau untuk menceburi perniagaan busana Muslimah. Dengan jenama Naelofar, pantas saja ia menambat hati masyarakat sehingga mencecah keuntungan jutaan ringgit. Bagaimana memanfaatkan peluang yang ada untuk memulakan perniagaan? Tip tersebut akan dikongsi Neelofa dalam Biz Tips.
Seni sulaman kelingkam begitu istimewa bagi Nik Rahimah Nik Idris, 76, kerana ia warisan turun-temurun nenek moyang beliau. Mula menyulam pada usia 15 tahun, kehalusan sentuhan jari-jemari Nik Rahimah menjadikannya sebagai penyulam kelingkam diraja Kelantan, meneruskan legasi nenek moyangnya yang sememangnya masyhur sebagai keluarga penyulam diraja zaman-berzaman. Saksikan dalam Legasi Niaga Musim Kedua, perjalanan anak seni ini dalam menghasilkan sulaman diraja sehingga menubuhkan peniagaan sendiri sebagai legasi warisan anak cucu. Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my FB: TheCapitalTV
25
15 - 21 MAC 2017
Kisah anak muda
KAM
Tugas penting belakang tabir MURNI REJAB
DI SEBALIK kecantikan sese orang model pasti ada jurugaya yang membantu menyinarkan model tersebut. Dari hujung ram but hingga ke hujung kaki, semuanya memerlukan sentuhan daripada jurugaya berkenaan. Penampilan dan model di hadapan kamera perlulah sempurna, cantik dan menarik perhatian si pe merhati. Jurugaya fesyen adalah orang yang bertanggungjawab mencantikkan sesiapa sahaja. Kewujudan mereka ini hanya di belakang tabir, namun hasil sentuhan mereka mampu menjadikan seseorang itu luar biasa. Berpaksikan ji wa seni yang tinggi dan ko mer sial, mereka juga adalah ‘mas termind’ untuk men jadikan seseorang itu cantik dan menarik. Ahmad Aliff Fir daus Ahmad Latifi atau lebih dikenali Thelatifi baharu mencecah umur 23 tahun, namun ha sil kerjanya yang kreatif mampu membuka mata da lam arena fesyen. Bukan calang-ca lang orang, hasil sentuhannya juga pernah menghiasi muka hadapan majalah terkenal seperti Hijabista Bagi Thelatifi, bukan mudah untuk
mencantikkan seseorang, se orang jurugaya itu harus ber fikiran kreatif dan untuk men cantikkan seseorang perlulah menawan hati si pemakai serta si pemerhati kerana cantik itu subjektif. “Setiap insan mempunyai mata yang berbeza. Orang fikir kerjaya ini tidak wujud walhal ia saling memerlukan dalam industri ini kerana kita adalah orang tengah antara designer, makeup artist, hairstylist, art di rector, jurugambar ser ta si pemakai,” jelasnya. Tidak pernah me nyesal atau berfikir un tuk berpatah balik, bagi Alif, jiwa, rupa dan gaya adalah tunjang citacitanya un tuk lebih me majukan diri ke hadapan. Profesion ini
Fakta menarik tentang fesyen
Bukti pakaian pertama kali sudah ada sejak antara 100,000 hingga 500,000 tahun yang lalu. · Jarum sederhana pertama dibuat dari tulang binatang yang sudah berusia 30,000 tahun yang lalu. · Kedudukan seseorang di Zaman Pertengahan ditunjukkan dengan warna pakaiannya. Para bangsawan memakai pakaian berwarna merah, petani memakai pakaian berwarna coklat dan kelabu, dan para pedagang dari keluarga baikbaik pakaiannya berwarna hijau. · Sepatu paling awal dibuat pada tahun 7,000 SM. Namun, berdasarkan uji tulang manusia pertama menyatakan bahawa manusia pertama kali memakai sepatu sejak 40,000 tahun yang lalu. · Nama tuxedo yang pertama kali terkenal pada abad ke-19 berasal dari nama desa Tuxedo Park, New York.
turut diceburinya untuk me nunjukkan bakat dan men jadikannya sebagai sum ber pendapatan. Berbeza dengan Krishantini Dewi, 26, dia menggunakan pendekatan media sosial se bagai satu langkah mudah untuknya memberi ilham ke pada peminat fesyen. Kerjaya se penuh masanya sebagai peguam tidak membataskan diri nya untuk menjadi juru gaya fesyen sebagai ker ja ya separuh masanya. Ke rana terlalu minat de ngan fesyen, dia bersama adiknya mewujudkan akaun di Instagram iaitu ‘TheFashionPull’ dan blog fesyen sebagai satu rujukan untuk peminat fesyen. Memilih konsep ‘relatable’, Krishantini mahukan semua peng ikutnya mengikut gaya yang mereka pamerkan dalam akaun tersebut. “Apa meng ilhamkan saya adalah kerana tiada majalah fesyen tem patan yang da pat dijadikan rujukan, jadi sa ya mula mem buat akaun ter sebut untuk me lahirkan gaya fesyen yang sederhana dan sesuai dipakai di negara kita. Dengan cara ini
juga memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan mereka,” jelasnya. Julie Velangkanny Sam son, 28, pula berkata minatnya yang mendalam ter hadap fesyen membuatkan dia nekad untuk meneruskan kerjaya ini sepenuh masa biarpun sebelum ini dia me lepaskan kerja sebagai juru rawat. Ber pengalaman dua tahun dalam bidang ini, Julie yakin, ini adalah bidang yang boleh memajukan dirinya. “Jangan pernah teragakagak untuk melakukan se suatu. Capai impian anda kerana dalam industri ini ba nyak lagi yang perlu di pelo pori. Paling penting, mahu belajar dan tahu teknik yang
betul. Perjalanan dalam karier ini masih jauh,” ujarnya yang banyak menata rias pengantin. Biarpun pelbagai cabaran ditempuhi ketiga-tiga anak muda ini, namun jiwa kental dan semangat yang tinggi men jadikan mereka ini seorang jurugaya fesyen yang berjaya. Walau apa pun kerjaya yang anda ceburi sekarang, pastikan anda betul meminati kerjaya tersebut. Percayalah, sesukar mana kerjaya yang anda ceburi, sekiranya anda meminati kerjaya itu, perkara yang susah pasti akan menjadi senang. Malah anda akan rasa lebih bersemangat se tiap kali me la kukan perkara yang anda suka.
Baju 'Pembunuh' Jong-nam cetus inspirasi designer BAJU putih ‘LOL’ yang dipakai oleh suspek kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam, telah memberi ilham kepada seorang pereka fesyen di Amerika Syarikat untuk menghasilkan baju-T. Pereka fesyen yang hanya dikenali sebagai Joel mengatakan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pemimpin Korea Utara memberi semangat kepadanya untuk menghasilkan baju-T dengan tema tulisan berkenaan. Joel berkata, dia menjual baju-T LOL ciptaannya berharga AS$35 (RM150) sehelai dan mengakui jualan baju tersebut masih rendah. Namun Joel mendakwa baju-T tersebut akan laris kerana ia boleh dijadikan simbolik penentang rejim Korea Utara. Menurut kamus Oxford, ungkapan LOL wujud pada era 1980 yang bermaksud “laughing out loud” atau bermaksud gelak terbahak-bahak. Di Internet, akronim LOL digunakan di ruangan sembang di media sosial bagi menandakan netizen terdetik rasa humor atau merasakan ada ‘sesuatu’ yang lucu sedang dibicarakan. Sumber MYNEWSHUB.CC
26
15 - 21 MAC 2017
SALAM SEMUT
“Kesemua kejayaan saya adalah ke rana saya sentiasa lebih awal 15 minit dari masa yang ditetapkan.” - Lord Nelson (Pegawai Tentera Laut ,Empayar British kurun ke 18) Banyak telah diperkatakan tentang budaya tidak menepati masa dalam kalangan rakyat Malaysia dan dengan sinis ia dikenali sebagai ‘Malaysian Time’. Saya teringat sebuah kisah yang berlaku empat tahun lepas. Seorang rakan sekerja saya begitu bangga apa bila dia dapat membeli tiket tambang murah yang berharga RM 350 untuk enam orang (RM58 seorang) pergi balik ke Kota Kinabalu, Sabah .Ia amat bermakna baginya kerana sudah tiga tahun dia tidak balik ke kampung ha laman dan kali ini berpeluang membawa isteri dan empat anaknya . Tidak habis-habis dia menceritakan bagaimanadia terpaksa menunggu peluang pada tengah malam dan terus berebut beli tiket harga promo itu. Me mang benar itu bukan semudah seperti yang difikirkan. Dia amat bernasib baik mendapatkan enam tiket pada harga promo kerana hanya beberapa tempat sahaja akan diberikan percuma seperti itu. Rakan saya itu mencanangkan ke pada semua saudara maranya di Sabah dan mereka juga tidak sabar menunggu kepulangannya selepastiga tahun. Kebetulan masa itu ada pesta peringkat kampung dan itu menjadikan suasana lebih meriah. Dua hari sebelum berangkat ke Sabah, dia meminta seorang seorang rakan sekerja kami menghantar mereka ke lapangan terbang dan mengatakan memadai jika sampai
di sana pada jam 6 pagi menghitung masa serta memandangkan pe gagal mengambil kira nerbangan beliau hanya kebarangkalian yang boleh pukul 6.45 pagi. Wa memgubah keadaan. laupun puas kami me Masa dinilai secara mujuknya untuk be r berbeza dari negara ke ada di sana 90 minit ne gara. Menepati masa lebih awal namun dia merupakan sesuatu yang tetap berdegil me sukar dicapai oleh ramai netapkan pukul 6 pagi orang, lebih-lebih lagi sebagai waktu ketibaan apabila terdapat kemudahan di lapangan terbang. teknologi untuk memberitahu GESAN RAVEN MURU Pada pagi perjalanan itu, bahawa kita akan lambat sampai. rakan sekerja kami (yang tolong Harriet Mallinson dalam hantar) telah pun sampai pukul 4.30 tapi Mailonline (26/7/2016) mengatakan di teman itu dengan selamba mengatakan Magribi, walaupun anda lewat sehari ia ia terlalu awal dan tak perlu risau kerana masih dianggap normal. Tapi di Korea awal pagi seperti itu tiada kesesakan Selatan jika anda lewat beberapa minit, jalan raya. Mereka bertolak pukul 5 pagi anda akan dianggap biadab. Di China, jika dan perjalanan akan mengambil masa 60 lewat 10 minit, anda dianggap tidak lewat minit. tetapi di Jepun, jika keretapi lewat seminit Tanpa disangka terdapat satu ke pun ia akan dianggap lewat. ma langan menyebabkan mereka ter Di Mexico pula jika anda lewat 30 perangkap dalam kesesakan itu. Akhirnya minit, ia masih boleh diterima tapi di mereka sampai di lapangan terbang pada Jerman, anda mesti berada 10 minit lebih 6.35 pagi tetapi tidak dapat memasuki awal dari masa yang ditetapkan untuk pesawat kerana 'laluan ke pesawat' (gate) tidak dianggap lewat. Lewat sejam di telah ditutup. Dia berulang kali merayu Nigeria adalah sesuatu yang dijangka dan agar keluarganya dibenarkan masuk te di Arab Saudi lewat setengah jam bukan tapi pegawai pegawai yang bertugas de sesuatu yang pelik. ngan tegas mengatakan tidak kerana itu Negara Brazil mempunyai budaya adalah prosedur. yang amat berbeza. Jika ada ungkapan Dia melihat tiket untuk penerbangkan ‘English Time’, barulah mereka akan ber seterusnya tetapi ia lapan kali ganda usaha untuk menepati masa.Perkara yang lebih mahal. Dengan hati yang berat dan sama berlaku di Ghana d mana catatan pilu, dia menghantar mesej kepada ke masa lebih merupakan hiasan di kertas luarganya beritahu mereka tidak jadi balik jemputan semata-mata kerana tiada siapa kampung. Untuk mengelak malu mereka akan menepatinya. sekeluarga menumpang dalam erti kata Di India ,menepati masa bukanlah ‘bersembunyi’ selama empat hari di rumah sesuatu yang dipentingkan tetapi biasanya saudara mereka di Kajang . akan dihargai. Greece merupakan sebuah Peristiwa ini menunjukkan bagaimana lagi negara yang tidak begitu pentingkan kita tidak berupaya untuk menilai dan ketetapan masa dan di Kazakhstan pula,
pengantin pun akan lambat untuk perkahwinan mereka sendiri. Dan yang dianggap paling ‘kelakar’ (sebenarnya memalukan) oleh Harriet Mallinson ialah, apabila seseorang ber kata “saya akan sampai dalam lima minit di Malaysia, biasanya dia akan lewat 60 minit”. Jika kita menghormati orang lain, jika kita hargai masa orang lain dan jika kita tidak mahu dianggap biadab, pastika lah hadir sebelum masa yang ditetapkan. Tidak rugi pun untuk me nepati masa. Semua negara yang me men tingkan ketepatan masa adalah negara yang maju dan negara yang kurang mementingkannya, itulah negara yangcorot dalam pelbagai hal. Prof. Erin Meyer dalam The Cultural Map (2014) menyenaraikan negara negara berikut sebagai yang amat me mentingkan ketepatan masa 1. Jerman, 2. Jepun 3. Belanda 4. Switzerland 5. Sweden 6. United Kingdom 7. Amerika Syarikat 8. Denmark. Negara negara yang berikut berada di kedudukan bawah (tidak menepati masa) 8. Brazil 7. China 6. Mexico 5. Turki 4. Arab Saudi 3. India 2. Nigeria 1. Kenya.
Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<
Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850
15 - 21 MAC 2017
27
PERHATIAN
Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my
Gaya hidup TRENDY
Chinos Pant serlah keterampilan
Chinos Pant boleh digayakan di pelbagai acara MURNI REJAB
MAHUKAN gaya yang mudah tapi masih di dalam mood santai dan bergaya, seluar slack Chinos menjadi pilihan. Kain yang lembut, tidak panas, dan sifatnya yang ringan menyebabkan ramai lelaki moden kini memilih Chinos Pant. Paling menarik ia didatangkan dengan pelbagai warna. Jadi si pemakai akan tampak lebih luar biasa ketika menyarungkannya malah tampil yakin ketika berjalan. Chinos ini memanfaatkan 97 peratus fabrik jenis kapas berfungsi dengan baik untuk menyerap peluh dan basahan serta diterap dengan 3 peratus elastane sebagai elemen elastik agar berupaya menyumbang pergerakan yang tidak terbatas buat si pemakai.
Tidak seperti seluar slack Levi’s dan seluar slack Khiko yang menggunakan 100 peratus kain heavyweight cotton, seluar Chino menggunakan kain cotton yang dicampur dengan kain lain seperti fiber sintetik. Selain itu, cara jahitan twill cotton (kain kapas yang diberus) menyebabkan seluar Chino ini lebih fleksibel seperti getah dan boleh diregangkan. Fabrik yang bersifat ringan ini pada mulanya digunakan oleh Askar British dan Perancis untuk membuat seluar pakaian seragam mereka pada kurun ke-19. Apabila tentera Amerika yang bertugas di Filipina sewaktu Perang Amerika dan Sepanyol, mereka mendapati seluar chinos lebih murah dan mudah diimport dari China. Kebanyakan si jejaka memilih Chinos Pant kerana seluar ini berpotongan tappered dan tanpa pleat yang memberikan gaya yang mudah.
Si pemakai pula selesa melakukan pergerakan fleksibel dan aktif bebas bergerak kerana jenis kain yang lembut dan fleksible. Perbezaan seluar Chino berbanding dengan seluar lain adalah dari segi jahitan. Semua seluar Chino menggunakan jahitan utama yang tidak kelihatan kerana dijahit dari dalam. Keadaan jahitan utama yang tersembunyi ini menyerlahkan penampilan unik seluar Chino yang lebih bergaya. Inilah yang menyebabkan seluar Chino lebih popular berbanding dengan seluar Khaki. Chinos boleh dipakai sesiapa sahaja tanpa mengira bentuk tubuh badan. Tidak kisah si pemakai kurus atau berisi, sekiranya pandai menggayakannya, anda pasti tampak menarik malah sesuai digayakan secara santai dan kasual.
Tip memilih Chinos Pant • Kenali jenis seluar Chino
Seluar Chino disediakan dalam banyak jenis, antaranya slim-fit, skinny, straight-fit dan boot cut. Si pemakai harus pandai memilih dan menggayakan seluar Chino ini.
• Warna
Terdapat pelbagai pilihan warna menarik selain warna natural seperti kelabu,hitam dan coklat. Jadi si pemakai tidak terhad untuk membuat pemilihan warna terang seperti merah, biru dan ungu.
• Ukuran
Sebelum membeli, pastikan ukuran sesuai dengan pinggang dan sesuai dengan ukuran kaki agar selesa semasa memakainya. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
• Padankan dengan aksesori
Tali pinggang dan kasut adalah aksesori terbaik untuk dipadankan dengan Chino Pants. Asalkan sedap mata memandang, itulah kelebihan pemakaian Chinos Pant.
Tip Penggayaan Chinos Pant · Gaya Kasual
Padankan dengan kemeja polos atau bermotif tanpa mengancing kemeja sampai atas dan masukkan kemeja berkenaan ke dalam seluar Chino. Ia akan kelihatan lebih santai dan informal. Atau anda boleh cuba padankan dengan t-shirt polos, cardigan atau hoodie.
· Gaya ke tempat kerja
Seluar Chino sesuai dipadankan dengan kemeja, jaket, chambray atau kemeja jeans yang ringan. Dipadankan dengan boots pasti buat si pemakai lebih outstanding.
· Gaya Smart
Dipadankan dengan kemeja kasual, lengan panjang ataupun pendek, sweater atau jumper dengan leher tinggi untuk penampilan ala eksekutif. Lagi gaya tampan, boleh dipadankan dengan kasut formal.
Amat diminati Gen Y
Gaya smart ke tempat kerja
28
15 - 21 MAC 2017
MAKAN angin
Lupakan kesibukan kota, jom ke Pulau Rawa! Oleh: Amir Raihan Kredit foto : Tourism Malaysia & Izzatulzaidi.blogspot.com
U
DARANYA yang segar dan bersih, pasti ramai yang terpikat untuk berkunjung ke Pulau Rawa. Jika dahulu, pulau ini dikatakan private island atau pulau persendirian, namun kini Pulau Rawa semakin menjadi destinasi pilihan pelancong. Meskipun pulau ini popular dalam kalangan pelancong asing, namun pengunjung tempatan pun sudah mulai menggemari pulau ini. Tidak kira sama ada untuk berbulan madu mahupun bercuti bersama keluarga, lokasi ini sememangnya merupakan pilihan tepat untuk lari seketika daripada kesibukan kota. Pulau Rawa ini ada resort semata-
mata. Jadi, sesuailah untuk anda berehat, tanpa hiburan lain yang mengganggu minda. Tambahan lagi, anda boleh menikmati percutian di sini tanpa sebarang sekatan. Bermakna, anda boleh mengikuti aktiviti snorkel ataupun turun ke laut tanpa terikat dengan sebarang jadual. Terletak kira-kira 16km dari bandar Mersing, anda perlu menaiki bot untuk sampai ke Pulau Rawa. Perjalanan menaiki bot ini memakan masa kirakira satu jam setengah. Musim yang sesuai dikunjungi adalah dari April hingga Oktober setiap tahun. Setibanya di sana, anda bakal menyaksikan pasir pantainya yang memutih, disapa pula bayu lembut menyentuh ke pipi, terlihat pula air laut jernih kehijauan... memang lokasi sempurna untuk percutian anda kali ini! Keindahan pantai Pulau Rawa yang belum tercemar
Berbagai-bagai tarikan pelancongan di Melaka
Penginapan di gigi air yang begitu mengujakan
Jangan panik! Disebabkan tujuannya pun untuk bercuti dan merehatkan minda, jadi jangan terkejut seandainya anda tidak menemui unit televisyen walau semahal mana pun bilik yang anda inap. Tapi, anda jangan panik! Walaupun tiada televisyen di dalam bilik, namun anda masih boleh menonton rancangan kegemaran anda di kaca tv di bilik khas yang disediakan di situ. Sesuai untuk bersantai dan melepak jika anda tiada aktiviti pantai. Selain ruang menonton, turut disediakan ruang untuk bermain piano, ping pong dan banyak lagi aktiviti menarik. Jangan panik kalau penulis kata di Pulau Rawa ini tiada kemudahan
televisyen di setiap bilik. Ini kerana, kemudahan Wi-fi tetap disediakan untuk kemudahan para pelancong. Jadi, kepada anda yang bergelar penulis dan datang ke sini untuk mencari ilham atau penulis blog yang ingin membuat catatan, bolehlah bawa komputer riba anda. Suasana segar dan nyaman sebegini dapat menyuntik ilham untuk bahan penulisan anda. Rangkaian telefon juga berfungsi dengan baik. Jadi, tiada masalah talian terputus-putus saat anda menghubungi orang di luar kawasan.
29
29
15 - 21 MAC 2017 PERHATIAN
Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my
PRODUK
Aksesori pelengkap aktiviti kembara
Risau diragut, bateri telefon habis atau kamera rosak akibat terkena air hujan? Tiga aksesori di bawah wajib anda bawa jika tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika bercuti.
MONEY BELT
KABEL USB MUDAH ALIH
Usai check-in hotel,buka backpack terus nampak kabel telefon pintar anda sudah bergulung. Nampak remeh, tetapi kadang-kala kabel telefon dan power bank yang berselirat boleh menyesakkan minda ketika mengembara. Buat mereka yang sudah terbiasa dengan keadaan ini, kaedah penyelesaian paling mudah bawa bekas khas menyimpan kabel. Namun, kadangkala cara ini menyusahkan. Mahu yang lebih mudah? Beli saja kabel usb mudah alih seperti keluaran micro-USB NomadKey. USB NomadKey ini tidak mempunyai ‘kabel’ langsung dan ia mempunyai ‘dua mata’; pertama untuk mengecas telefon anda dan kedua untuk sambungan usb. Saiznya kecil dan mudah disimpan di dalam dalam backpack anda. Paling menarik, ia direka dengan bentuk berlubang untuk memudahkan anda menyelitkannya di ruang tali pinggang seluar anda.
Apabila bercuti ke luar negara, kita tidak dapat menjangka sebarang kejadian malang yang boleh menimpa. Antara risiko utama apabila ke luar negara adalah jenayah ragut. Money Belt mampu mencegah risiko ini. ‘Dompet tali pinggang’ ini sangat nipis tetapi mampu memuatkan wang kertas dalam kuantiti yang banyak dan ia dipakai dengan cara melilit pinggang anda seperti memakai tali pinggang biasa. Selain wang kertas, Money Belt juga menyediakan ruang untuk menyimpan passport serta dokumen-dokumen penting lain.
28 PELBAGAI AKTIVITI MENARIK • Di Pulau Rawa ini ada disediakan laluan untuk anda menikmati pemandangan pantai dan lautan yang dinamakan Island Walk. Selain berjalan menikmati pemandangan, lokasi ini juga sesuai kalau anda ingin mengambil gambar pra-perkahwinan. Memang cantik! • Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa sangat menakjubkan. Air jernih kehijauan dan kebiruan, keindahan batu karang serta ribuan anak ikan berwarna-warni begitu mengasyikkan. • Ketika anda ingin mandi laut, gelongsor air yang turut disediakan membuatkan aktiviti mandi laut bersama keluarga semakin mengujakan. Cubalah naik gelongsor air ini dan ia akan membawa anda terus ke dalam laut. • Bagi yang mahir menyelam, tambah satu lagi pengalaman berharga buat anda. Nikmati hidupan laut secara lebih dekat untuk anda simpan kemas di dalam lipatan memori saat berkunjung ke Pulau Rawa.
LUGGAGE SCOOTER
Bagasi beroda sudah biasa kita lihat. Tetapi, bagaimana pula dengan skuter bagasi yang mampu berfungsi sebagai alat dua dalam satu Menarik bukan? Inilah keistimewaan Luggage Scooter (LG). Di samping menyediakan ruang untuk meletakkan bagasi, pengguna juga boleh naik di atasnya dan meluncur bersama bagasi tanpa perlu mengheretnya seperti bagasi beroda yang nyata memenatkan. Paling menarik, apabila anda membuat pusingan, pembesar suara Bluetooth Sound2Go pada skuter ini akan mengeluarkan muzik – menandakan anda sedang cuba menukar arah!
• Berkayak merupakan salah satu aktiviti yang boleh anda cuba di Pulau Rawa. Meskipun aktiviti ini anda boleh lakukan di tempat lain, namun berkayak di sini ada bezanya. Sewaktu berkayak, anda bakal menyaksikan pemandangan dan keindahan pulau dan air lautnya yang jernih kehijauan. • Selain aktiviti laut, teringin untuk melihat matahari terbit pada waktu pagi? Jom kita panjat beberapa anak tangga untuk sampai ke puncak Pulau Rawa. Hanya beberapa minit pendakian yang anda perlukan untuk sampai ke puncak bukit ini. Di sini anda bakal melihat pemandangan yang amat cantik, lebih-lebih lagi saat menikmati pemandangan matahari yang sedang terbit pada waktu pagi. bagi pasangan yang berbulan madu, menikmati pemandangan sebegini pada waktu pagi cukup romantis dan mengasyikkan. • Kala malam menjelma, sementara menunggu makan malam, pergilah berehat di jeti. Di sana ada gazebo disediakan untuk anda menikmati angin malam bersama teman dan keluarga. Masa untuk bersantai sambil menjamu selera ditemani angin malam. Pelbagai menu bakal anda
nikmati seperti kambing bakar, ayam, udang dan sotong bakar, sate, salad, pelbagai buah-buahan serta pencuci mulut. MESTI TAHU Berada di Pulau Rawa ini, anda perlu tahu yang tiada mesin ATM disediakan. Jadi, kad kredit sangat penting jika anda merancang untuk tidak membawa banyak wang tunai. Selepas jam 9.30 malam, tiada kafe atau restoran yang beroperasi. Hanya ada dua resort di Pulau Rawa; Rawa Island Resort dan Alang Rawa Resort.
Air paip pula tetap menggunakan air dari laut. Jadi, jangan pelik kalau sewaktu anda menggosok gigi dan mandi, masih terasa masinnya air tersebut. CARA KE SINI Jika memandu, gunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Johor dan ambil susur keluar tol Ayer Hitam. Teruskan memandu di laluan Kluang – Mersing. Sampai saja di jeti Mersing, parkir kereta dan beli tiket di kaunter jeti untuk perjalanan menaiki bot kira-kira setengah jam menuju ke Pulau Rawa.
30
15 - 21 MAC 2017
PENCAK JEBAT PENGADIL PROFESIONAL? Kebelakangan ini isu mutu pengadilan dalam Liga Malaysia kembali hangat diperkatakan ekoran beberapa keputusan yang dianggap kontroversi. Terbaru gol penyamaan Selangor pada minit-minit akhir perlawanan ketika seri 1-1 dengan Kedah menjadi pertikaian. Oleh itu dalam menangani isu ini timbul cadangan supaya diwujudkan pengadil profesional. Cadangan sama juga pernah disuarakan oleh calon Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Bagi Jebat, apa pun cadangan untuk penambahbaikan memang perlu kita sokong. Tapi, yang selalu Jebat fikirkan adalah pelaksanaannya kerana tabiat orang-orang kita, nama hendak gah tapi cara kerjanya masih di takuk lama. Sama juga dengan bola sepak kita yang sudah lebih dua dekad bertukar status kepada profesional namun hakikatnya perlaksanaannya masih bertaraf amatur. Tidak guna setakat gah pada nama profesional. Jebat: Penulis profesional.
PERLIS PERLU DIROMBAK Razip Ismail akhirnya angkat bendera putih, meletak jawatan sebagai jurulatih Perlis. Kekalahan demi kekalahan dialami oleh pasukan itu menyebabkan beliau tidak mampu bertahan lagi. Dalam soal ini, pada Jebat, Razip tidak perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Sebaliknya seluruh pengurusan pasukan Perlis perlu mengambil tanggungjawab tersebut secara bersama dengan turut meletak jawatan. Sejak awal, melihat kepada persiapan Perlis serta barisan pemain yang dimiliki, Jebat sudah sangsi dengan keupayaan mereka sekali pun sekadar beraksi di Liga Perdana. Jebat berpendapat ada eloknya pengurusan serta pasukan ini dirombak sepenuhnya. Bina semula pasukan itu dari bawah sebagaimana dilakukan oleh Melaka United agar Singa Utara kembali mengaum seperti suatu masa dahulu. Jebat: Kembali bersaing.
APA HEBATNYA WILLIAMS? Bila menyebut pasukan Melaka United (MU), Jebat teringat kepada Mat Zan Mat Aris. Nasibnya agak berbeza dengan Razip. Selepas berjaya bawa MU ke Liga Super, kontrak beliau tidak disambung sebaliknya pasukan itu memilih jurulatih import, Eric Williams. Ramai yang mempertikai tindakan MU itu tapi Datuk Wira Yusof Mahadi selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Melaka United (MUSA) merangkap pengurus pasukan, mempertahankan keputusan itu dengan alasan MU memerlukan jurulatih lebih berwibawa. Tapi, nampaknya jurulatih Mat Salleh yang dicanangkan sebagai lebih hebat dari Mat Zan itu setakat ini tidak bawa sebarang impak pun kepada MU pada hal pasukan itu turut berbelanja besar membawa masuk pemain hebat seperti Amri Yahyah, Fauzi Roslan dan Faizal Muhammad. Alasan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri kerana musim pertama bermain dalam Liga Super tidak boleh diterima akal. Ini kerana kebanyakan pemain mereka berpengalaman bermain dalam Liga Super bersama pasukan lain. Jebat cadangkan, jika MU gagal capai sasaran, eloklah mereka ambil pengurus import pula. Baru ada kelas. Jebat: Pantang dijajah.
FAM kena lahirkan Super Mokh Jr. TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Tan Sri Annuar Musa yang bakal terajui FAM, itu bualan hangat peminat bola sepak negara dan mungkin tamat pada 25 Mac ini selepas Kongres Pemilihan FAM ke 53. TMJ berjasa besar menaikkan kembali nama negerinya dalam arena bola sepak selepas zaman gemilang Nasir Yusof pada 1985 lalu. Munculnya TMJ pasukan Johor mula disebut sebagai JDT. 2015 JDT menang Piala AFC, 2014 muncul Naib Juara Piala Malaysia sementara pada tahun lalu JDT mulakan langkah dengan menang perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah, menang Piala FA dan takhluki persada Liga Super FAM untuk siri 2016. Annuar juga menjadi tulang belakang kejayaan pasukan Kelantan, umum ketahui banyak sumber yang Annuar berjaya tarik untuk bantu kewangan The Red Warriors. Kelantan di zaman Annuar muncul Juara Piala Malaysia 2010, 2012 dan Naib Juara pada 2013. Untuk 2016 selepas ketiadaan Annuar Kelantan sekadar di tangga keempat Liga Super. TMJ masih bersama JDT dan JDT
masih boleh dikira 'belum jatuh'. Kelantan merosot selepas Annuar tiada dalam pasukan. Namun adakah faktor itu benar-benar memberikan kekuatan hingga mendorong kemenangan demi kemenangan. JDT terkenal sebagai pasukan yang miliki pemain yang berbisa. Kalaulah faktor pemain hendak diambil kira, tentunya Pulau Pinang tidak boleh kalah lapan perlawanan berturut-turut dalam persaingan Liga Super kerana mereka ada Faiz Subri, pemenang penjaring gol paling cantik di dunia baru-baru ini. Kalau faktor gaji pemain boleh sebabkan permainannya jadi lebih bagus, di mana Shafie Sali sekarang ini, ada tetapi bersinarkah dia? Ketika Santokh Singh hanya berbasikal ke latihan pasukan negara dan Mokhtar Dahari hanya bermotosikal, berapa gaji mereka dan di mana pasukan Malaysia ketika itu. Jersi lusuh hitam kuning yang dipakai pada awal 70-an itulah yang gahkan nama bola sepak Malaysia. Mokhtar sendiri pernah ditawar dua pasukan Liga Inggeris sertai mereka. Ketika itu Malaysia layak ke Sukan Olimpik Mosco. Mereka susah, tapi berkualiti. Pemain sekarang kalau pun ber-
Supermokh legenda tanpa pengganti sampai hari ini.
motosikal sudah pasti yang berkuasa tinggi, kereta dan motosikal bernombor pendaftaran sama seperti nombor jersi, berkereta mewah malah ada yang ditaja. Maksudnya faktor bijaksana dan pengorbanan mesti diselarikan untuk hasilkan sesuatu yang terbaik untuk bangkitkan kembali maruah bola sepak negara. Sama ada TMJ mahupun Annuar, tentunya mereka berdua ada yang mahu dibuktikan. Bukan lagi masa untuk tunjuk siapa handal. Bola sepak Malaysia memuncak pada awal 70-an hingga awal 80-an malangnya sekarang semakin menguncup.
dari muka 32 Kesungguhan Real untuk mendapatkan penyerang Belgium itu terbukti apabila mereka turut menawarkan James Rodriguez atau Isco kepada Chelsea sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Hazard sendiri menunjukkan minat untuk menyertai Real kerana ingin bekerjasama dengan pengurus kelab itu, Zinedine Zidane yang sekian lama menjadi idolanya. Malah, Zidane juga sangat mengagumi bakat Hazard sehingga meletakkan pemain itu di posisi nombor tiga sebagai pemain terbaik dunia sekarang di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Selain Hazard, turut berada dalam senarai teratas Los Blancos adalah penyerang kelab Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane yang disasarkan sebagai pengganti Karim Benzema. Real dijangka tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penyerang berusia 23 tahun itu sekalipun turut menerima saingan daripada beberapa kelab Eropah terutama Manchester United. Ini kerana Real mempunyai hubungan yang baik dengan Tottenham yang menyaksikan mereka sebelum ini berjaya mendapat dua bintang utama kelab berkenaan, Gareth Bale dan Luka Modric. Malah, Spurs dilaporkan lebih suka menjual Kane kepada kelab luar daripada kelab seteru dalam Liga Perdana Inggeris. Turut menjadi sasaran Real
Marco Verrati (kanan) turut jadi idaman Real.
adalah penjaga gol Manchester United, David De Gea. Walaupun pemain itu masih mempunyai ikatan bersama MU selepas menandatangani kontrak baru pada 2015, namun, klausa perjanjian membenarkan dia menebus kontrak tersebut jika mahu berpindah ke kelab lain. Los Blancos dilihat lebih selesa untuk menebus kontrak De Gea berbanding mengeluarkan belanja lebih besar untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois yang diletak sebagai pilihan kedua selepas De Gea. Zidane juga turut berusaha untuk mendapatkan bintang Paris Saint Germain, Marco Verratti yang dianggap pemain paling sesuai untuk menggantikan Modric. Walau bagaimanapun Real akan menghadapi persaingan daripada seteru utamanya, Barcelona yang juga meminati Verratti sebagai pengganti Andreas Iniesta. Turut menyertai saingan ini adalah Chelsea. Impian Pierre-Emerick Aubameyang untuk menyarung jersi Real pula bakal menjadi kenyataan jika Borussia Dortmund bersedia melepaskannya pada musim panas ini. Ini kerana, selain Kane, Zidane turut melihat Aubameyang sebagai pengganti Benzema.
31
15 - 21 MAC 2017
Bulan madu sudah berakhir
ZIYAD pecah rekod dunia Rudi Irfan
MASA ‘berbulan madu’ bagi atlet paralimpik negara sudah berakhir dan kini mereka perlu memberi tumpuan penuh untuk menghadapi dua kejohanan utama, Kejohanan Olahraga Para Dunia di London pada Julai dan Sukan Para Asean di Kuala Lumpur pada September depan.
Menurut ketua jurulatih, R Jeganathan, kejayaan di Sukan Paralimpik, Rio de Janeiro pada tahun lalu menjadikan beberapa atlet agak leka dibuai sanjungan sehingga menjejaskan prestasi mereka. Oleh itu bermula Jan lalu, mereka dikerah untuk kembali bekerja keras dalam latihan. “Tidak dinafikan, kejayaan serta sanjungan mereka terima
daripada pelbagai pihak sedikit sebanyak membuatkan mereka leka. Kami tidak salahkan mereka kerana itu adalah lumrah. “Cuma, kami ingin ingatkan mereka bahawa masa untuk ‘berbulan madu’ sudah tamat. Mereka perlu kembali fokus pada karier masing-masing bagi menghadapi dua kejohanan utama tahun ini iaitu Olahraga Para Dunia dan Sukan Para Asean,” katanya. Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) akan berlangsung di London pada 1423 Julai sementara Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur pada 17-23 September ini. Beliau berkata, saingan di London sangat sengit terutama kepada pemenang pingat emas acara 100 meter T36, Ridzuan Mohd Puzi. Ini kerana naib juara Paralimpik dari China, Yang Yifie menjadi seteru utama dengan laporan terkini menyebut prestasinya semakin meningkat. Kemampuan kedua-dua atlet itu adalah setara dan hanya dipisahkan catatan 0.13 saat se-
masa di Rio de Janeiro dengan Ridzuan mencatat 12.07s manakala Yifei 12.20s. “Kami menjangkakan Ridzuan akan menerima tentangan sengit sekali lagi. Pingat emas memang menjadi sasaran tapi ia bukan sesuatu yang mudah untuk diulangi oleh Ridzuan. “Sebab itu kami tidak berani meletakkan sasaran yang
tinggi ke atas Ridzuan. Kami harap dia akan bekerja keras untuk mengulangi kejayaan di Olimpik. “Ia berbeza dengan Ziyad (Zolkefli) dan Latif (Romly) yang menjadi sandaran utama untuk membawa pulang emas berdasarkan pencapaian cemerlang di Paralimpik di mana mereka memecah rekod dunia,” katanya.
RIDZUAN dicabar pelari China
Kasma Daniel, Hafizh Syahrin Satu Acuan, Satu Perjalanan ...
Tiada penunggang motosikal negara sehebat Hafizh Syahrin Abdullah. Sehinggalah munculnya, Kasma Daniel Kasmayudin, itu firasat Mat Manjoi. Ketika bersaing di pentas tempatan, Hafizh, yang mengibarkan cabaran negara pada Kejuaraan Moto2 Dunia sejak 2014, berada di kelas yang tersendiri pada pentas Cub Prix. Selepas anak muda dari Ampang, Selangor itu beredar ke saingan Kejohanan CEV Sepanyol, barulah para pelumba lain lebih berpeluang untuk mencipta kemenangan. Kini, tampil pula seorang lagi permata baru. Berasal dari Johor Bahru, Kasma Daniel adalah seorang pelumba yang berprospek jauh kerana rekodnya di gelanggang tempatan lebih hebat daripada para pelumba handalan lain sebelum beliau. Termasuklah, Hafizh Syahrin – satu-satu pelumba negara yang pernah mencatat kemenangan podium di pentas Moto2. Bakat Kasma Daniel dikesan dari usia muda lagi; lantas dia dianugerahkan ’lesen khas’ oleh AAM untuk berlumba seawal usia 12 tahun. Dan, peluang itu telah diambil sebaik mungkin oleh Kasma Daniel, yang nyata tiada tandingan pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia. Menjelang usia 16 tahun, Kasma Daniel sudah bergelar bergelar
juara keseluruhan untuk CP-115 dan perdana C-130. Dan, apabila promoter Kejuaraan Cub Prix Malaysia membuat transformasi dalam pertandingan dengan memperkenalkan Kelas CP-150 tahun ini, saingan Pusingan 1 menjulang jaguh yang sama – Kasma Daniel Kasmayduin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. Mereka yang bernasib baik untuk menyaksikan saingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Temerloh, Pahang pada 5 Mac lepas rata-rata bersetuju dengan kehebatan penunggang muda ini. Yang mengenali Hafizh Syahrin, tidak dapat tidak terus membuat perbandingan Kasma Daniel dengan penunggang Moto2 negara itu. Kedua-dua pelumba ini – Hafizh Syahrin dan Kasma Daniel, seperti dari acuan yang sama – demikian komen daripada pengulas sukan bermotor TV tersohor, Harmi Taazim Mohamad. Sama-sama agresif dalam trek, tidak tahu takut dan seorang ’fighter’ yang tidak tahu erti putus asa ketika berlumba, kata Harmi, yang sememangnya pengulas tetap untuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia ini dan mengenali rapat kedua-dua penunggang. Hafizh Syahrin beralih ke Kejuaraan CEV Sepanyol pada 2012 di mana pelumba negara itu terus mencipta impak besar dengan menamatkan musim berkenaan di tempat keenam
dengan beberapa catatan podium. Musim ini, Kasma Daniel akan mengikut jejak pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu untuk memulakan karier pada kejohanan berprestij Sepanyol, yang dianggap sebagai kejohahan remaja dunia. Walaupun bersaing di Sepanyol, Kasma Daniel tetap menyuarakan komitmen untuk mengungguli pentas Cub Prix tempatan. Beliau, bagaimanapun, mengakui bahawa ia adalah misi mencabar kerana mungkin terpaksa melepaskan beberapa pusingan kerana pertindihan tarikh. Tetapi, itu tidak sedikit mengurangkan semangat beliau – itu perwatakan Kasma Daniel, yang sentiasa bersedia mengenepikan emosi demi kejayaan di litar. Mengulas kemenangan di Temerloh, Kasma Daniel berkata: ”Kemenangan ini amat penting bagi saya untuk mengutip mata maksimum pada dua pusingan terawal musim ini memandangkan saya juga akan beraksi di Sepanyol dan mungkin pertindihan jadual menyebabkan saya tidak dapat beraksi di Cub Prix dalam beberapa pusingan. Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan.” Tahun lepas, Kasma Daniel meraikan sambutan Hari Raya di perantauan di Itali kerana ingin berguru dengan pelumba terbaik dunia, Valentino Rossi menerusi program Kem Master, VR46 Riders Academy, milik penunggang
lagenda itu. Beliau terpilih bersama empat pelumba berbakat daripada Kejuaraan Motosikal Asia FIM oleh program anjuran Yamaha Motor Co. Ltd. Ketika mengulas sebelum pemergiannnya ke Itali, Kasma Daniel berkata beliau enggan terlalu melayan emosi sebaliknya akan menguatkan semangat kerana menganggap peluang keemasan berguru bersama idolanya hanya datang sekali seumur hidup. ”Sedih sudah tentu kerana sesiapa sahaja ingin menyambut hari raya bersama keluarga. Hati ini juga pastinya sayu kerana tidak dapat bersalaman memohon keampunan daripada kedua ibu bapa saya. Namun, berlatih di samping Rossi amat mengujakan. Berhari raya bersamanya sesuatu yang luar biasa. Peluang ini hanya hadir sekali, jadi saya yakin siapapun yang terpilih sudah tentu tidak akan melepaskannya,” Kasma Daniel dilaporkan berkata dalam satu wawancara. Kepada Kasma Daniel, MMM mengucapkan Selamat Maju Jaya di Sepanyol. Anda sebenarnya tidak perlu membuktikan lagi keupayaan di pentas Cub Prix. Pentingkan CEV. Mana tahu, anda mungkin terus maju dan hebat seperti Valentino Rossi. E-mel – mrmatmanjoi@gmail.com Facebook – Mat Manjoi
32
15 - 21 MAC 2017
30
31
Bulan madu Lahirkan Super Mokh Jr. sudah berakhir
Keluaran 15 - 21 MAC 2017
David De Gea
5 PEMAIN
Harry Kane
BURUAN REAL WALAUPUN musim 2016/17 masih panjang, namun gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid sudah merencanakan perancangan musim depan dengan beberapa pemain menjadi sasaran untuk dibawa ke Santiago Bernabeu. Bintang Chelsea, Eden Ha-
Eden Hazard
zard berada dalam senarai sebagai pemain yang paling dikehendaki di mana mereka dilaporkan sanggup memecah rekod dunia bagi yuran perpindahan pemain berkenaan.
30
Bolt tunggu lamaran MU Zaidatul harapan Sukan SEA 2017 JAGUH pecut dunia, Usain Bolt yang akan bersara selepas Kejohanan Olah raga Dunia, London,pada Ogos ini berhasrat beralih karier sebagai pemain bola sepak profesional. Malah Bolt, 30, begitu yakin dia mempunyai kemampuan setaraf bintang Manchester United, Wayne Rooney. “Saya akan memperoleh peluang berlatih bersama Borussia Dortm u n d . Saya ber c ad a n g b e rl a t i h di sana selama seminggu dan menikmatinya. “Pada peringkat ini saya hanya ingin melihat sejauh mana kemampuan se benar saya kerana
saya bermain bola sepak setiap masa bersama rakan-rakan. Jika saya berlatih bersungguh-sungguh, saya yakin akan mencapai tahap yang bagus. “Saya tidak akan mendabik dada menyatakan akan menjadi pemain terbaik dunia. Tapi, saya yakin mampu bermain setaraf Wayne Rooney,” kata Bolt. Selain Dortmund, sebuah lagi kelab Jerman, Bayer Leverkusen turut menawarkan Bolt berlatih bersama mereka. Namun, pelari pecut dari Jamaica itu lebih menunjukkan minat untuk menyertai kelab idolanya, Manchester United. “Bagi saya, jika dapat bermain untuk Manchester United, ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Saya menunggu panggilan Mr Maurinho (Jose Maurinho) dan berharap dia akan menelefon saya,” katanya.
SELEPAS memecah rekod kebangsaan yang berusia 24 tahun minggu lalu – setahun lebih ‘tua’ berbanding usianya sendiri – sprinter wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli kini menggalas harapan 30 juta rakyat Malaysia untuk dia melakukan yang lebih baik pada Sukan SEA ke 29 di Kuala Lumpur, Ogos depan. Zaidatul, 23, atlet asal Pulau Pinang mencatat masa 11.45 saat untuk menduduki tempat kedua di belakang pelari tuan rumah, Tamzin Thomas (11.44 saat) ketika menyertai kejohanan ASA Speed Series Two di Bloemfontein, Afrika Selatan, 8 Mac lalu. Rekod sebelum ini, 11.50 saat dipegang oleh Ratu Pecut Negara, G. Shanti yang melakukannya dalam acara saringan Sukan SEA 1993. Pada 4 Mac, Zaidatul telah melakukan catatan masa yang lebih baik – 11.35 saat – dalam saringan AGN League-7 di Pretoria, Afrika Selatan
namun tidak diiktiraf kerana bersebab bantuan angina. “Saya tahu saya akan dapat memecahkan rekod kebangsaan setelah mencatatkan masa peribadi terbaik 11.35 saat minggu lepas,” kata Zaidatul.
Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712