WARTA edisi #9

Page 1

PE RC UM A

ISU 09

PP 5695/01/2013 (031377) | www.warta.my

16

Gambar percutian anda lebih menarik? Share dengan pembaca WARTA dan menangi iPhone 7

Keluaran 22 - 28 MAC 2017

Pancing Lofa 20

Rekod tercipta

10

Aktres terkaya

21

Senaman dalam 24 'Air-Cond'

Masalah ekonomi dikenalpasti boleh jadi antara penyebab skizofrenia berulang

TEKANAN MENTAL

WARGA KOTA RADZHA RAIEH

KUALA LUMPUR – Tidak bersedia meng­hadapi kenaikan kos hidup, ter­ utama bagi yang menetap di kotakota besar boleh jadi punca tekanan perasaan. Bagi mereka yang kehilangan kerja atau sumber pendapatan, tekanan akan lebih dirasakan. Ini sekali gus mendedahkan me­ reka kepada kemungkinan terbabit dengan tindakan atau perlakuan tidak

normal, malah boleh mendatangkan bahaya terhadap diri mereka sendiri, mahupun orang lain jika tekanan yang dihadapi tidak ditangani dengan segera. Tekanan yang berkaitan dengan masalah ekonomi, meskipun bukan­ lah punca skizofrenia – penyakit mental yang diperlihatkan menerusi sikap dan perlakuan agresif – masih boleh jadi penyebab untuk gangguan itu berulang.

2

Panduan berhujung minggu di muka 14, 28

AMBIL SENASKHAH, POPULARITI BERTAMBAH. PERCUMA

TERBIT SETIAP RABU

MINGGUAN WARTA PERDANA

Ambil. Baca. Kongsi.


2

22 - 28 MAC 2017

Arab Saudi iktiraf Trump ‘sahabat sejati Islam’

PETALING JAYA - Selain mengiktiraf Presiden Donald Trump sebagai ‘sahabat sejati Islam’, Arab Saudi juga tidak percaya langkah Amerika Syarikat (AS) mengenakan se­ katan ke atas pendatang dari negara Islam tertentu ke negara itu menyasarkan kesemua negara Islam ataupun keseluruhan penganut agama ber­kenaan. Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman berkata Arahan Eksekutif (EO) Trump adalah satu keputusan berdaulat yang bertujuan untuk menghalang pengganas memasuki AS. “Kami tidak percaya lang­ kah itu menyasarkan negara umat Is­ lam atau agama Islam,” katanya dipetik Bloomberg se­lepas baginda meng­adakan per­temuan dengan pemimpin itu. Januari lalu, Trump me­ larang pe­ larian Syria memasuki AS, selain melaksanakan se­katan 120 hari untuk mana-mana pelarian, dan 90 hari bagi

rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman. Tindakan Trump itu, yang me­ menuhi janji sewaktu kem­pen pilihan raya presiden tahun lalu, menerima kecaman antarabangsa daripada Jerman, Britain, Perancis dan Kanada, selain aktivis dan pengamal undangundang AS. Pertemuan Trump de­ ngan Putera Mohammad me­rupakan usaha Riyadh untuk menjalinkan semula hubungan erat dengan Washington, se­lepas agak renggang di bawah pentadbiran Barack Obama. Antara isu yang menjadikan hu­ bungan dua negara itu dingin ialah ke­ putusan Obama menamatkan sekatan ke atas Iran selepas negara seteru Arab Saudi itu bersetuju mematuhi kawalan antarabangsa senjata nuklear. Dalam pertemuan itu, Putera Mohammad turut me­ lahirkan ke­ bimbangan ter­hadap ke­bangkitan Iran

Trump mengenai pandangannya ter­ hadap Islam, yang jauh ber­ lawanan dari­pada apa yang dilaporkan media. “Putera Mohammad meng­ anggap Presiden Trump se­orang sahabat sejati umat Islam yang akan berkhidmat kepada dunia Islam dengan cara yang belum pernah dibayangkan,” tambah penasihat putera itu, sambil membidas media yang cuba menggambarkan Trump seorang anti Islam.

Psikotik tidak kenal usia

Dari muka depan

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal berkata pesakit skizofrenia boleh dikenal pasti apabila mereka mengalami gangguan fikiran dan pengerakan selain mengalami halusinasi atau delusi. Halusinasi atau delusi adalah kepercayaan mengenai sesuatu yang tidak benar atau realistik, yang tidak boleh digoyang dan tidak sama dengan latar belakang budaya, sosial, agama dan pendidikan mereka. “Mereka biasanya akan mendengar suara-suara tertentu yang orang kebanyakan tidak dapat dengar. Apa yang paling menakutkan, mereka boleh jadi agresif sekiranya bertindak mengikut ‘arahan’ suara itu,” katanya. Nor Zuraida berkata seseorang yang mengalami gejala halusinasi atau delusi, tingkah lakunya bercelaru malah berpotensi untuk melakukan perbuatan berbahaya hingga mencederakan diri sendiri dan orang lain.

se­ bagai kuasa nuklear, susulan perjanjian yang di­ capai di bawah pen­ tadbiran Obama. “Presiden Trump dan Putera Mo­ ham­ mad ber­­kongsi pan­­­ da­ngan me­nge­­­nai ancaman ke­­­­maraan Iran di rantau itu. Iran cu­ ba men­ dapatkan peng­ iktirafan di ma­ ta dunia Islam dengan menyokong organisasi peng­ ganas dengan tujuan ma­hu sampai ke Makkah, kiblat umat Islam sedunia,” kata penasihat kanan Mohammad. Malah, Putera Mohammad juga me­ nyifatkan Trump se­ orang ‘sahabat sejati Islam’”, katanya. “Selepas pertemuan itu, baginda berpuas hati dengan sikap positif dan penjelasan yang diberikan Presiden

“Memang masalah tekanan ekonomi tidak jadi punca atau mempunyai kaitan secara langsung dengan skizofrenia tetapi ia boleh jadi penyebab ulangan,” jelasnya yang juga Ketua Jabatan Psikiatri dan Perunding Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Nor Zuraida mengingatkan, keluarga individu yang dilihat mempunyai simptom tidak normal, yang berpotensi untuk dikaitkan dengan masalah mental, harus bertindak segera untuk mengenal pasti situasi sebenar individu berkenaan. “Kenali gejala-gejalanya dan nilaikannya sama ada ia normal ataupun sememangnya ada penyakit skizofrenia. Perlu cepat bertindak, bawa mereka segera berjumpa dengan pakar psikiatri untuk dinilai. Terakhir sekali berikan sokongan kepada pesakit dan pastikan rawatan atau ubat diambil seperti yang diarahkan,” katanya.

KUALA LUMPUR - Psi­ ko­ tik adalah gang­ guan jiwa yang berlaku terhadap individu yang tidak dapat menangani perasaannya. Mereka yang mengalami ma­ sa­ lah kejiwaan ini akan mendengar halusinasi, delusi dan berkelakuan aneh berbeza orang lain. Menurut Presiden Per­ satuan Psikiatri Ma­ lay­ sia, Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal (gambar), gejala psikotik ini biasanya me­ landa pesakit di akhir usia remaja atau di peringkat awal dewasa. Ke­ banyakkannya berlaku di dalam kelas hidup rendah. Ini kerana fungsi badan mereka telah terganggu disebabkan tekanan hidup yang dihadapi. “Ia boleh menimpa siapa sahaja yang berada dalam kategori umur tersebut. Antara simptom awal yang boleh dikesan ialah kurang tidur, gang­guan selera, kelakuan luar biasa, tidak senang dengan orang lain, bicara yang sukar difahami dan mereka juga seolah-olah berada di alam khayalan,” katanya. Sementara itu apabila ditanya ten­ tang masalah ke­ mu­ rungan selepas

ber­sa­lin dan gangguan bipolar, ada­ kah ia ter­ masuk dalam ciri-ciri skizofrenia, Nor Zuraida menjelaskan yang ia bukanlah termasuk da­ lam ciri-ciri penyakit mental tersebut. “Saya ingin tegaskan bahawa kemurungan (ibu meroyan) dan bi­ polar disorder bukan­lah ciri-ciri pesakit skizo­ frenia. Kedua-dua­nya adalah penyakit mental yang tersendiri malahan simptomnya ju­ ga berbeza-beza. Se­ tiap individu perlu ber­tanggung jawab mencari maklumat yang sahih sebelum menyampaikan kepada orang lain,” katanya yang tidak boleh berkongsi maklumat medikal pesakitnya kepada WARTA atas sebab menjaga kerahsiaan. Nor Zuraida juga membetulkan persepsi orang ramai mengenai pe­ nya­kit mental yang dianggap mampu untuk disembuhkan. “Lazimnya kita tidak bercakap mengenai kesembuhan penyakit men­ tal. Tetapi akan ada rawatan yang boleh mengawal gejala-gejala penyakit tersebut. Jadi, sangat penting pesakit mengambil ubat secara berterusan untuk terus stabil” katanya.


3

22 - 28 MAC 2017

Gadis OKU baca berita tv Annan desak bela

PARIS - Seorang gadis kelainan upaya (OKU) berjaya memenuhi impiannya minggu lalu apabila dia menjejak kaki ke skrin hijau untuk membaca ramalan cuaca di televisyen buat kali pertama. Melanie Segard, seorang wanita penghidap sindrom Down dari Perancis yang berusia 21 tahun itu tersenyum lebar apabila muncul di kaca TV. Stesen TV France 2 menjemput Segard untuk mengacara selepas kempen Facebooknya, #MelaniePeutLeFaire atau "Melanie boleh melakukannya" tular di media sosial. Dengan bantuan Unapei, sebuah organisasi bukan keuntungan yang membantu mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan menyokong mereka yang kurang upaya, Segard meminta pengikutnya untuk membantu merealisasikan impiannya untuk menyampaikan ramalan cuaca di TV secara langsung. Dalam hanya beberapa jam, akaun Facebooknya mula mendapat perhatian dunia. “Saya berbeza, tetapi saya mahu menunjukkan kepada semua orang yang saya boleh melakukan banyak perkara," tulis Segard di laman Facebooknya.

etnik Rohingya

Gadis OKU pertama diberi penghormatan membaca berita tv

Segard berjaya melakukannya dengan sokongan stesen TV France 2. "Inilah dia. Saya telah melakukannya. Saya akhirnya menjadi gadis cuaca," kata Segard selepas membuat penampilan sulung di stesen TV tersebut. Memetik laporan portal antarabangsa, Segard dikatakan diberi latihan selama empat hari. "Melanie tidak boleh membaca atau menulis. "Matlamatnya adalah untuk membuat dia berasa yakin dan gembira,” kata Nathalie Rihouet, Ketua Perkhidmatan Cuaca stesen TV itu.

Wanita gemar tonton di telefon bimbit NEW YORK - Jumlah wanita yang gemar menonton filem menerusi telefon bimbit adalah lebih tinggi berbanding lelaki, menurut kajian Majalah Marie Claire di Kota London. Kajian dilakukan terhadap lebih 3,000 responden. Dua pertiga wanita daripada jumlah itu memilih untuk melayari filem menerusi telefon bimbit dengan alasan tidak perlu lagi membuang masa mengaktifkan komputer meja atau riba yang dianggap boleh menjejaskan masa tontonan mereka. Marie Claire adalah sebuah majalah bulanan antarabangsa untuk wanita. Diterbitkan di Perancis pada tahun 1937, pelbagai edisi diterbitkan di banyak negara dan bahasa. Edisi Amerika Syarikat memberi tumpuan kepada wanita di seluruh dunia dan beberapa isu-isu global. Majalah Marie Claire juga meliputi topik-topik kesihatan, kecantikan dan fesyen.

Dua bersaudara jalani hukuman mati PETALING JAYA – Dua ber­ saudara yang sebelum ini hukuman mati ke atas mereka ditangguhkan, akhirnya men­ jalani hukuman itu minggu lalu di Penjara Kajang. Rames Batumalai, 45, dan adiknya, Suthar Batumalai, 40, dihukum gantung pada 6.40 pagi Selasa, menurut Amnesty International Malaysia. Rames dan Suthar mem­ failkan permohonan untuk mendapatkan pengampunan diraja. Susulan itu, pada 24 Feb, hu­kuman mati ke atas mereka ditangguhkan pada saat ter­

akhir. Mereka dijatuhi hukuman itu pada Apr 2010 selepas didapati bersalah membunuh Krishnan Raman di Port Dick­ son pada 4 Feb 2006. Ketika pembicaraan, me­ ­ reka mendakwa cuba meng­ halang dua yang lain daripada menyerang mangsa. Mereka dijatuhkan hu­kum­ an gantung sampai mati pada Apr 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekesaan. Rames dan Suthar ba­ gai­ manapun sentiasa menegaskan me­ reka tidak bersalah se­ panjang perbicaraan.

YANGON - Myanmar perlu segera membenarkan etnik Rohingya kembali ke kampung halaman mereka dan menutup terus kem pelarian yang serba daif di negeri Rakhine, kata suruhanjaya diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan (Gambar). Lebih 120,000 orang Rohingya menetap di kem berkenaan sejak melarikan diri dari rumah masingmasing disebabkan ketegangan agama antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012. Kebanyakannya tidak dibenar meninggalkan kem daif yang menyaksikan mereka hidup dengan kekurangan makanan dan dinafikan pendidikan asas dan penjagaan kesihatan. Ketua Umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, tahun lalu melantik Annan mengetuai suruhanjaya yang ditugaskan memulihkan perpecahan antara penduduk Buddha dan Islam di Rakhine. "Suruhanjaya

menggesa pelan penutupan semua kem di negeri Rakhine," kata anggota suruhanjaya itu Ghassan Salame, kepada wartawan pada majlis pelancaran laporan interim suruhanjaya itu. Laporan itu juga menggesa kerajaan memberi jaminan keselamatan dan peluang mencari sara hidup di tempat penempatan semula, termasuk membina rumah baharu. Etnik Rohingya perlu dibantu untuk menjadi warga negara dan tiada lagi sekatan terhadap mereka untuk hidup sebagai rakyat yang bebas di negara itu.

‘Gay sudah ada sebelum Beauty and The Beast’ KUALA LUMPUR – “Gay sudah lama di dunia, sebelum (filem) Beauty and The Beast lagi,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar). Beliau berkata demikian sebagai membidas keputusan Lembaga Penapis Filem (LPF) menangguhkan tayangan filem berkenaan yang dilakukan atas tujuan untuk semakan semula berikutan watak gay dalam satu babak filem itu yang telah mencetuskan kontroversi. “Ini tindakan yang tak

masuk akal. Saya rasa ia mengarut. Ia hanya sebahagian daripada cerita dan kita tidak perlu menirunya. Kita tidak (boleh) larang sesebuah filem kerana watak gay. “Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa,” katanya lagi. Menurut Nazri, penonton mesti dibenarkan untuk buat keputusan sendiri, bukannya dihalang daripada membuat pilihan apa yang harus mereka tonton. “Orang kita sudah cukup pandai untuk tidak percaya apa

yang ditayangkan. Kalau mereka tidak dibenarkan tonton filem, mereka tonton di computer (Internet). Selepas itu, apa? Haramkan komputer? Ini boleh mendorong mereka melakukan sesuatu yang haram,” kata menteri itu, dan menambah pihak berkuasa patut berhenti melayan rakyat seperti kanak-kanak. Filem Beauty and The Beast mulanya dijadualkan ditayang di Malaysia Khamis lalu tetapi ditangguhkan selepas kontroversi berkaitan babak homoseks itu tercetus. Babak itu memaparkan watak LeFou yang dilakonkan oleh Josh Gad, digambarkan mahu mencium Gaston, watak yang dibawakan oleh Luke Evans. Beauty and The Beast, filem yang diadaptasikan daripada animasi terbitan Walt Disney pada 1991, selain Gad dan Evans, watak utamanya dipegang oleh Emma Watson dan Dan Setevens..


4

22 - 28 MAC 2017

BERITA

Mubarak akhirnya bebas KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menjalani tahanan di hos­ pital tentera sejak 2011, di­ be­ baskan minggu lalu se­ lepas Mahkamah Rayuan meng­­­gugurkan tuduhan ber­­­hubung penglibatannya dalam pembunuhan lebih 800 pe­nunjuk perasaan. Pembebasan pemimpin ber­usia 88 tahun itu mendapat persetujuan pendakwa raya Isnin lalu. “Beliau kini boleh pu­ lang ke rumah namun di­ larang meninggalkan Kahe­ rah kerana siasatan kes ra­suah melibatkannya ma­ sih berlangsung,” kata peguamnya, Farid al-Deeb. Sejurus dibebaskan, Mu­ barak meninggalkan Hospital Tentera Maadi, di sini dan kembali ke kediamannya di Heliopolis, di mana kawalan keselamatan disediakan un­ tuk tempoh beberapa hari. Mubarak sebelum ini di­ tuduh menghasut hingga mem­ bawa kepada kematian penunjuk perasaan ketika kebangkitan revolusi rakyat

Mubarak ketika hadir ke mahkamah

menentangnya hingga ber­ laku pertumpahan darah pada 2011. Pada 2012, beliau dihukum penjaran seumur hidup na­ mun Mahkamah Rayuan ke­ mudian mengarahkan per­ bicaraan semula dan tuduhan itu digugurkan dua tahun kemudian. Pada Jan 2016, mahkamah mengekalkan hukuman pen­ jara tiga tahun ke atas Mubarak dan dua anak lelakinya berkaitan salah laku rasuah. Sejak penggulingan beliau, kebanyakan tuduhan ke atas anggota rejim Mubarak

Kaunter PTPTN di Klia2 KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini telah membuka kaunter di Klia2 bagi memudahkan peminjam yang disenarai hitam yang mahu ke luar negara, membayar tunggakan mereka, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata kaunter berkenaan beroperasi 24 jam. “Dengan pembukaan kaunter ini, mereka yang bermasalah boleh be­ runding dan menyelesaikan tunggakan mereka serta merta, kemudian boleh meneruskan perjalanan,” katanya. Menurut Shamsul, isu tunggakan yang menghalang peminjam ke luar negara, antara isu yang mahu diselesaikan segera oleh pihaknya. Selain disenarai dalam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS), peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran baik turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya menyasarkan kutipan pinjaman sebanyak RM4 bilion tahun ini. Menurutnya, perbadanan itu juga sedang melaksanakan pelbagai langkah yang membolehkan institusi ber­kenaan memberikan pinjaman kepada pelajar baharu pada kadar seperti sebelum ini. “Oleh kerana ada isu pinjaman pelajar baharu dikurangkan, kita mahu sasarkan supaya kita boleh beri jumlah pinjaman pada kadar asal kepada mahasiswa ba­ha­u,” katanya.

digugurkan. Penggulingan bekas ke­tua tentera udara itu juga mem­ bawa kepada pilihan raya bebas yang menyaksikan naik­ nya Mohammed Mursi sebagai penggantinya yang dipilih secara demokrasi. Mubarak sebelum itu be­ rada di tampuk kuasa selama tiga dekad dengan menjalankan pemerintahan ala diktator sejak mengambil alih kepimpinan pada 1981.

Fakta mengenai Mubarak

· Ambil alih pemerintahan se­lepas Presiden Mesir Anwar Sadat ditembak mati dalam satu acara angkatan tentera. Mubarak adalah ketua tentera udara pada masa itu. · Pada era pe­me­rin­tah­ an­ nya, Mubarak banyak me­ lakukan reformasi ekonomi tetapi menutup rapat ru­ ang berpolitik kepada pem­ bangkang. · Beliau menolak per­ u­ bahan politik yang signifikan, termasuk memberi lebih te­ kanan terhadap gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin.

Ini ada kaitan dengan campur tangan Amerika Syarikat yang memperuntukkan AS$1.3 bilion dana kepada Ten­ tera Mesir setiap tahun. Dana itu adalah sebagai imbalan kepada Mesir selaku negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1979. · Mubarak me­nan­da­tanga­ ni Pilihan Raya Presiden yang pertama pada 2005 dengan keputusan yang sudah di­ jangka sejak awal. Pilihan raya itu disifatkan oleh pe­ merhati dan kumpulan hak

asasi manusia sebagai penuh muslihat dan penipuan. · Berikutan tempoh pe­ merintahannya yang begitu lama, dan beliau sendiri tidak pernah menunjukkan sia­ pa calon pilihan yang bakal menggantikannya, rakyat Mesir menjangka Mubarak akan ‘mewariskan’ jawatan itu kepada anaknya, Gamal. Gamal bagaimanapun tidak se­ perti ayahnya, tidak mem­ punyai latar belakang ketenteraan dan ini dijangka akan menyukarkan usaha penggantian itu.

Mubarak (kiri) bersama Anwar Sadat

Cathay Pacific catat kerugian HONG KONG – Cathay Pacific men­ catatkan kerugian tahunan per­ tamanya tahun lalu sejak krisis ke­wangan memuncak. Kerugian bersih AS$74 juta (RM329.3 juta) yang dialami pada 2016 terlalu jauh berbanding keuntungan AS$773 juta (RM3.43 bilion) yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Faktor yang menyumbang pada kerugian sya­ rikat penerbangan nasional Hong Kong itu adalah persaingan sengit selain menurunnya permintaan penumpang kelas perniagaan. Cathay pada masa ini bergelut untuk me­ nge­ kalkan kehadiran meskipun terdapat pertumbuhan dalam perjalanan udara antarabangsa di rantau Asia Timur di mana syarikat penerbangan tambang murah, terutama dari Tanah Besar China semakin menguasai pasaran. Syarikat seperti China Eastern dan China Southern Airlines menawarkan penerbangan terus ke Eropah dari China manakala syarikat penerbangan bajet seperti Spring Airlines menawarkan laluan serantau, sekali gus menjejaskan hab Hong Kong yang penting buat Cathay. Syarikat itu juga kehilangan penumpang premium apabila menghadapi tekanan pesaing

Asia Barat yang sedang ber­ kembang ke Asia dan lebih banyak menawarkan sentuhan mewah. Menurut penganalisis, sya­ rikat penerbangan Asia yang lain juga menghadapi masalah sama berikutan peningkatan persaingan namun mereka percaya, ke­ rugian yang dialami daripada lindung nilai bahan api Cathay meletakkan syarikat itu dalam kedudukan lemah. Berikutan pengumuman itu , saham Cathay susut hampir lima peratus minggu lalu. Syarikat itu pada Januari mengumumkan pen­ strukturan semula yang menyaksikan pemberhenatian pekerja akan dilakukan namun tidak dinyatakan bilangan mereka yang terlibat. “Organisasi kami akan jadi lebih kecil,” kata pengerusinya, Jon Slosar kepada Bursa Saham Hong Kong minggu lalu.

'Katak lampu' pertama di dunia

Bercahaya ketiak di bawah sinar UV

BUENOS AIRES - Sekumpulan pe­ nye­ lidik menemui spesies katak semula jadi bercahaya di Argentina. Penemuan itu didedahkan se­ orang ahli pasukan kajian itu kepada AFP. Kumpulan saintis Argentina dan Brazil dari Muzium Sains Semulajadi Bernardino Rivadaiva membuat pe­ nemuan itu ketika mengkaji asal metabolik pigmen spesies katak

pokok yang biasa ditemui di Amerika Selatan. Difahamkan, kulit katak yang berwarna coklat kekuningan de­ ngan bintik merah di bawah cahaya biasa akan berubah menjadi hijau terang apabila dihalakan sinar ultra ungu. Seorang pengkaji, Carlos Taboada, berkata ia adalah kes pertama membabitkan katak bercahaya yang direkodkan secara saintifik.


5

22 - 28 MAC 2017

BERITA

Politik kita & acuan Westminster Muhamad Mat Yakim

APABILA disentuh mengenai konsep pemerintahan, ne­ gara kita pada dasarnya beramal dengan ‘mazhab’ Westminster. Westminster – daripada nama Westminster Palace, bangunan Parlimen Britain – adalah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen meng­ikut acuan British yang diamalkan di Britain dan negara-negara Komanwel, termasuk Malaysia. Sebagai sebuah ne­ ga­ra Koman­wel, banyak corak dan peraturan yang diguna pakai hari ini, di­ ce­ dok daripada konsep dan perundangan British, dengan sesetengahnya di­ ubah suai mengikut hukum-

hakam, budaya dan peradaban tempatan. Namun asasnya masih bertunjang pada Westminster. Ironinya, setelah Britain sendiri melaksanakan berbagaibagai evolusi dan transformasi dalam perundangan dan bu­ daya Westminsternya, apa yang berlaku di negara kita bukan sahaja masih di takuk lama, bahkan sesetengahnya seakan mengundur. Pembangkang di negara kita bu­kan sahaja masih tidak dirai sebagai se­ bahagian daripada komponen pe­me­rin­t­ahan malah ada ketikanya dianggap seperti ‘musuh’ negara. Ya, harus diakui memang da­ lam keadaan tertentu, ada ahli po­ litik pembangkang yang bersikap me­ lam­ paui batas, provokatif dan tidak mencerminkan ke­ ber­ tanggungjawaban serta ke­ matangan sebagai pemimpin politik. Bagaimanapun pihak ke­ rajaan ha­ rus tetap me­ nyediakan polisi dan gagasan untuk menyempitkan ruang bagi mereka yang cuba menonjolkan perlakuan seperti itu. Ini tidak dapat tidak perlu

ditangani secara cekap dan berhati-hati kerana landsan geopolitik negara kita yang telah mewujudkan ruang politik kepartian berasaskan kaum dan agama sejak sekian lama, menyebabkan hal yang seperti itu sukar untuk dielak. Kelompok yang berusaha me­nonjolkan diri sebagai juara kaum dan agama dengan memanipulasi isu-isu sensitif akan sentiasa ada dari masa ke semasa. Namun sebagai sebuah negara yang sedang ber­ asimilasi dengan ka­ rakter negara maju, amatlah me­ nyedihkan apabila didapati hampir tidak ada perubahan yang jelas telah dilakukan untuk meningkatkan status pem­ bangkang sebagai kom­ po­nen pe­merintahan yang dihormati dan diiktiraf di sisi Perlembagaan. Britain sebaliknya telah mem­­perkenalkan banyak ini­ sia­ tif perubahan dalam usa­ ha memartabatkan insti­ tusi parlimennya dengan meng­ galakkan peng­ libatan rakyat dan pegukuhan kon­sep semak dan imbang yang sudah tentu melibatkan peranan penting

pem­bangkang. Di negara itu, parti-parti pem­­bangkang – walaupun me­nentang pe­me­rintah dalam pilihan raya – tetap men­dapat peruntukan dana daripada kerajaan jika mereka berupaya memenuhi kriteria yang di­ tetapkan. Setiap anggota Par­ limen pembangkang berhak mendapat dana ‘short money’ mana­ kala parti pembangkang pula di­ peruntukkan dana khu­ sus daripada Electoral Commision (Suruhanjaya Pilihan Raya United Kingdom). EC United Kingdom yang ditubuhkan oleh Parlimen dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen, menguruskan parti-parti politik bermula dari­ pada urusan pendaftaran dan pemantauan pentadbiran hingga melibatkan aspek ke­ wangan parti termasuk dana yang diterima. Ini berbeza dengan negara kita di mana pendaftaran parti politik ber­ ada bawah bidang kuasa ROS (Pendaftar Pertubuhan)mengikut Akta Pertubuhan 1966 yang dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri. Ini secara tidak langsung

mem­ buka ruang kepada kemungkinan berlakunya konflik kepentingan. Mengikut peruntukan Policy Development Grant pula, setiap parti politik yang mendapat jumlah undi tertentu pada pilihan raya berhak untuk mendapat dana bernilai 2 juta Pound Sterling (RM10.4 juta) setahun bagi guna mem­ biayai kajian dan aktiviti parti di kawasan yang me­ reka wakili. Ini menunjukkan ke­ pen­tingan rakyat tetap jadi keutamaan ke­ra­ja­an meskipun mereka meng­ undi pembangkang. Ini adalah petunjuk peng­ iktirafan terhadap hak rak­ yat dalam mengamalkan demokrasi meng­ ikut Per­ lem­ bagaan, sekali gus indikator kematangan dan kebertanggungjawaban di pihak pemerintah.

mmy

Asal usul ungu Yahoo Illinois - Ada kisah lucu di sebalik pemilihan ungu sebagai warna rasmi syarikat sesawang terkenal Yahoo. Pejam celik, Yahoo telah ber­ sama masyarakat dalam dunia siber sejak 22 tahun lalu. Ketika Persidangan Tech Pulse baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Ma­ rissa Mayer dan pengasas ber­­ samanya, Jerry Yang serta David Fillo berkongsi cerita bagaimana warna ungu telah dipilih sebagai warna rasmi Yahoo. "Pada awalnya, kami hen­ dak cat pejabat kami dengan warna kelabu, rasanya sesuai dengan warna syarikat tek­no­ logi, tetapi Filo telah tersalah beli warna lavender kering," kata Yang. "Kami semua tidak sabar PERKENALAN awal bermula melalui sebuah kumpulan WhatsApp akhirnya mereka berjaya disatukan dalam sebuah majlis makan malam yang sederhana tetapi meriah.’ Group Kita Kawan terdiri daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan, ahli politik, ahli perniagaan dan pengamal media. Bertempat di sebuah restoran di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu ahli kumpulan ini antaranya Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan, Datuk Sri Dzulkarnain Taib, Presiden Yayasan Media Hebat, Datuk Azhari Bin Ramly, Presiden Penceramah Berimpak Tinggi Malaysia, Datuk Hj Azhar Bin Abdul Hamid, Pengarah SJ Classis Manufacturing Sdn. Bhd., hadir meluangkan masa sambil mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kumpulan. Turut hadir adalah kalangan ketua pengarang beberapa akhbar, pengarang, wartawan, penulis bebas, penulis siber dan mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan dari beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Uniknya, ahli kumpulan ini terdiri dari pelbagai fahaman politik dan mewakili sebahagian besar parti utama dalam negara ini namun difahamkan ketika berkomunikasi di dalam WhatsApp mereka boleh mengenepikan perbezaan pendapat politik.

Ibu pejabat Yahoo

untuk melihat dinding ba­ ngu­­nan bertukar menjadi warna kelabu, kemudiannya ka­ mi ke tempat tersebut, agak melucukan kerana ka­ mi dapati warna kelabu yang kami harapkan agak lain. "Semua mahu salahkan saya kerana salah pilih cat, tetapi lama kelamaan warna ungu itu nampak sesuai dan cantik, lagi pula ketika itu tidak ada syarikat besar yang menggunakan warna ungu," sambung Yang disambut ke­ tawa oleh para peserta lain. Sejak itu Yahoo kon­ sisten dengan tema ungu dan menjadi warna rasmi mereka bukan hanya pada logo malah turut digunakan untuk sesawang Yahoo Mail, Yahoo Messenger dan banyak lagi.


6

22 - 28 MAC 2017

DUNIA MINGGU INI

SHANGHAI - Empat Angels dari Victoria’s Secret sewaktu pembukaan rasmi gedung Victoria’s Secret yang pertama di Shanghai, China. Gedung ulung itu setinggi empat tingkat dan berukuran 25,850 kaki persegi.

DUBAI - Pelumba dari India, Mohammed Anis, jatuh sewaktu perlumbaan Dubai International Baja minggu lepas. Ini adalah pertandingan lumba motor tertua di UAE dan telah dianjurkan setiap tahun sejak tahun 1970an lagi.

HAGUE - Perdana Menteri Netherlands teruja apabila parti VVD pimpinannya berjaya memenangi pilihanraya umum yang berlalu 15 Mac lalu. Sebelum itu, media barat meramalkan kemungkinan parti sayap kanan PPV pimpinan Geert Wilders yang anti-EU, anti-imigrasi dan anti-Islam mungkin melakukan kejutan ala Brexit di UK dan Donald Trump di USA.

SAO PAULO - Penumpang subway menunggu lama apabila aktiviti rangkaian keretapi tergendala disebabkan oleh mogok besar-besaran pada 15 Mac yang mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang 188km. Guruguru, pemandu kenderaan awam, ahli bank dan persatuan pekerja mogo menentang Pembaharuan Skim Pencen Kerajaan yang memanjangkan tempoh bekerja sebelum persaraan.

CHICAGO - Pelancung mengambil gambar selfie sepanjang Sungai Chicago yang diwarnakan hijau sempena keraian St Patrick’s Day. Mewarnakan Sungai Chicago dengan dye hijau sudah menjadi tradisi Bandar Chicago, yang mempunyai ramai penduduk keturunan Irish, sejak tahun 1962.

NEW YORK - Seorang lelaki melintas dihadapan satu kedai RadioShack di Chelsea, NY. Rangkaian kedai elektronik popular ini mengumumkan status bankrap untuk kali kedua dalam masa dua tahun. RadioShack bercadang untuk menutup 200 dari 1,500 kedai nya dalam masa terdekat.


7

22 - 28 MAC 2017

Hai O ke Gold Coast

Petronas untung RM23.5b RADZHA RAIEH

SHAH ALAM - Sahajiddah Hai O meraikan sambutan ulang tahun yang ke 25 dalam majlis penghargaan kepada ahlinya. Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli, majlis ini memberi kenaikan pangkat kepada 600 pengurus jualan yang berjaya mencapai sasaran. Pengurus Besarnya, Than Yoke Lon berkata majlis ini sebagai tanda terima kasih syarikat kepada ahli yang bersama-sama menjana pen­ dapatan selama 25 tahun penubuhannya di Malaysia. Dalam majlis sama, Yoke Lon juga merasmikan produk terbaharunya iai­tu Infinince serta meng­umumkan hadiah percutian ke Gold Coast, Australia pada bulan Mei ini bagi ahli yang berjaya mencapai sasaran jualan.

KUALA LUMPUR – Ke­ untungan Petroliam Na­ sional Bhd. (Petronas) meningkat 12 peratus bagi tahun ke­wang­an berakhir 31 Dis 2016 iaitu sebanyak RM23.5 bili­ on berbanding RM20.9 bili­on pada tempoh sama ta­ hun sebelumnya. Ini adalah ke­ untungan selepas cukai (PAT). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kum­ pulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin optimis, Petro­ nas berada da­ lam posisi terbaik untuk men­ catat prestasi lebih kukuh ta­hun ini berdasarkan kepada trans­ formasi yang telah di­ laksanakan sejak tahun lalu. “Kami menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$45 (RM200.16) se­ tong tahun ini, jadi Petronas

mampu memperuntukkan per­belanjaan modal (capex) antara RM50 bilion hingga RM60 bilion bagi menampung keseluruhan operasi kum­ pulan,” kata­ nya. Aliran tunai kumpulan dari­ pada aktiviti operasi me­­nyusut daripada RM69.6 bilion pa­da 2015 kepada RM53.8 bilion bagi tahun kewangan ber­ akhir 31 Dis 2016 di­sebabkan harga pu­ rata yang rendah de­ngan sebahagian be­sar­nya dari­pada ba­ yar­an cukai yang ren­ dah. U s a­h a ber­­t e­r usan kum­­pulan untuk m e­n g­u ­ rang­k an kos me­­ nyak­ s i­k a n

pe­ngu­rangan la­pan peratus atau RM4.1 bilion da­lam kos bo­leh ka­wal ke­­pada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bilion pada 2015. Pada tahun kewangan ber­akhir 31 Disember 2016, modal pelaburan Petronas di­ kurangkan sebanyak 22 pe­ ratus kepada RM50.4 bilion berikutan pe­ nangguhan dan pe­ nyu­sunan se­mula projek termasuk lang­kah meng­op­ timum­kan kos. Menurut Wan Zul­kiflee, projek hilir­ an terus men­ catat per­kem­ bangan yang baik dengan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) hampir 60 pe­ratus siap setakat Feb tahun ini

Karnival niaga SME, TM kembali

KUALA LUMPUR - SME BizFest™, acara tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anjuran Telekom Malaysia Bhd (TM) kini kembali untuk edisi keenam. Disasarkan kepada PKS dalam memenuhi keperluan perniagaan digital Malaysia, ia selaras dengan usaha TM membentuk negara pintar. Sebagai acara sehari yang bertujuan membantu pengusaha PKS mengembangkan perniagaan mereka melalui teknologi digital. Dengan tema "Dominasi dengan Inovasi: Terokai Digital", acara ini dijangka menarik lebih daripada 1,000 pengunjung di

setiap lokasi. Antara aktivitinya adalah persidangan perniagaan, pameran dan forum rangkaian rakan kongsi. Selain itu, peserta juga boleh menyaksikan pameran ICT terkini dan penyelesaian perniagaan yang lain daripada rakanrakan usahasama dan organisasi dari pelbagai industri yang boleh membantu aktiviti perniagaan mereka dengan cara yang lebih bijak. Di samping itu, peserta juga berpeluang untuk mendapat akses kepada sokongan kewangan, pembangunan perniagaan, dan cara meningkatkan rangkaian perniagaan.

Lima lokasi terpilih akan menjadi tuan rumah untuk acara tahun ini. Lokasi-lokasi ini adalah Pusat Konvensyen Sime Darby pada 15 Mac, Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak (30 Mac), Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan (4 Apr), Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru (11 Apr), dan berakhir di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Mei. Lebih daripada 120 peserta pameran dan enam penceramah terkemuka akan hadir untuk berkongsi tips-tips dan pengetahuan perniagaan yang berguna, seperti Jon Day dari Google Malaysia, pakar teknologi dan gajet Ben Jern, pengasas Modvier, Sarah Shah Nor dan Pinky Tham serta Ai Ting Eeo dari Facebook. Selain itu, sesi perkongsian ilmu juga akan menampilkan ikon perniagaan terkenal, antaranya Rozita Che Wan, J. Teoh (Carsome.my) dan Fizo Omar. SME BizFest™ mula diadakan pada tahun 2012 dan berikutan kejayaannya, acara ini diadakan setiap tahun di bandar-bandar utama di Malaysia. Pada tahun lepas, SME BizFest™ 2016 telah menarik lebih daripada 6,000 peserta dengan 144 peserta pameran di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Sabah.

dan dalam mo­ mentum yang betul untuk ber­ operasi pada 2019. “Dalam kerja­ sama de­ ngan Saudi Aramco dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petro­ kimia (RAPID) ini, Petronas secara dasarnya terbuka de­ ngan sebarang kerjasama se­ lagi ia memenuhi terma yang dipersetujui antara kedua-dua pihak,” katanya.

Iran, Hyundai Eng. teroka petrokimia TEHRAN – Sebuah projek petrokimia bernilai tiga billion Euro (RM14.27 bilion) ditandatangani an­ tara Dana Pelaburan Iran dengan Hyundai Engineering Co. dari Korea. Menurut laman web kementerian minyaknya, SHANA,projek berkenaan masih menunggu pem­biayaan daripada bank Korea. Anak syarikat Oil Pen­ sion Fund Invest­ ment Company itu me­ nan­ datangani perjanjian yang membabitkan pembinaan fasa kedua Kangan Petro Refining Company, lapor SHANA. "Pembiayaan projek ini akan dimuktamadkan dalam tempoh sembilan bulan pada kadar 95 pe­ ratus oleh bank di Korea Selatan," kata pegawai Iran yang menandatangani perjanjian itu, Asghar Arefi. Arefi berkata, fasa per­tama projek Kangan sudah 30 peratus berjalan dengan pelaburan ber­ nilai hampir 120 juta euro (RM570 juta). Walau­ pun sekatan antara­ bang­ sa terhadap Iran su­dah ditarik pada Ja­nuari 2016, pegawainya ber­ kata sekatan Amerika Sya­rikat (AS) yang masih ber­langsung telah me­ na­ kutkan rakan dagangan yang lain di samping me­ nafikan keuntungan yang dijanjikan kepada Iran di bawah perjanjian nuklear pada 2015 dengan kuasa besar dunia yang lain. - Reuters


8

22 - 28 MAC 2017

BISNES

Kilang pintar teknologi Jerman KUALA LUMPUR – Kemen­ te­ rian Perdagangan Antara­ bangsa dan Industri (MITI) dan Lem­ baga Pembangunan Pelaburan Malaysia kini ag­ resif mem­anfaatkan ke­ha­ diran pelabur Jerman di Ma­lay­ sia dalam industri perkilangan pintar atau teknologi Industri 4.0. Menteri MITI, Datuk Seri Mustapha Mohamed (gambar) berkata Jerman telah mempelopori konsep Industri 4.0 di Eropah dan menetapkan standard baharu. "Pelaburan Jerman dalam sektor pembuatan di negara ini kukuh dalam sektor elektrik dan elektronik, pro­ duk petroleum termasuk pet­

ro­ kimia, bahan kimia serta perkakasan saintifik dan pengukuran," Kemasukan berterusan pe­ la­buran berkualiti dari Jerman

ke Malaysia, termasuk yang melibatkan teknologi terkini dan aktiviti bernilai tambah yang tinggi, mencerminkan daya saing Malaysia dalam perniagaan global. "Kami menghargai ke­ per­ cayaan dan keyakinan syarikat-syarikat ini dalam persekitaran perniagaan kita walaupun dalam tempoh yang mencabar dalam ekonomi global ketika ini," kata Mustapa. Mustapha berkata walau­ pun syarikat multinasional Jer­ man sudah mantap di negara ini, masih banyak peluang per­ niagaan yang tersedia untuk syarikat dari negara itu dalam pelbagai sektor.

Sebagai contoh, peng­guna­ an pembuatan bahan tam­ bahan yang kini digalakkan, ter­ utama bagi automotif, aeroang­ kasa, barangan elek­ tronik pengguna dan pe­ ranti perubatan/pergigian. Peluang juga terbuka da­ lam perkhidmatan da­ lam pem­buatan seperti per­khid­ matan data perindustrian, per­khidmatan berasaskan awan dan perkhidmatan ke­ selamatan siber. "Kami juga menggalakkan lebih ramai penggiat tem­ pat­ an untuk bekerjasama de­ ngan pembekal teknologi dan pakar Jerman yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri tem­

26,500 peluang kerja sektor biotek KUALA LUMPUR - Bio­ economy De­­ve­­lop­ment Corp men­jangka per­olehan sya­rikat ber­status BioNexus naik 20 peratus menjelang 2020. Pengerusinya, Tan Sri Zakri Ab­ dul Hamid (gambar) ber­kata syarikat men­catatkan perolehan lebih RM1.18 bilion se­ hingga suku ketiga 2016 berbanding RM1.1 bilion pada tempoh sama pada 2015. "Syarikat menyasarkan me­ning­kat­ kan jumlah syarikat BioNexus kepada lebih 300 syarikat pada tahun ini," kata­nya. Pelancaran disempurnakan Tim­ balan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah. Zakri berkata terdapat 278 syarikat BioNexus sehingga pada suku keempat 2016. BioNexus ada­lah status khas yang

diberikan ke­ pada syarikat bio­tek­no­logi Malaysia dan an­tarabangsa yang layak. Status tersebut me­layak­­ kan syarikat bagi in­ sentif fiskal, bantuan pembiayaan dan jaminan lain untuk membantu syarikat dalam bidang masing-masing. Sementara itu, Abu Ba­­kar ber­kata di bawah Ran­ cangan Malaysia Ke11, model bioekonomi Malaysia akan menyepadukan keseluruhan pen­de­kat­­ an rantaian nilai dalam semua program dan inisiatifnya. "Ini termasuk Program Trans­for­masi Bioekonomi, Program Status Bio­Nexus dan Program Pem­ bangunan Ko­ muniti Bioekonomi (BCDP)," kata­nya. Ia termasuk 61 projek pen­ce­tus di­­ terajui Bio­eco­nomy Deve­lop­­ment Corp, me­nyediakan le­bih 26,500 pe­lu­ang pekerjaan dan pelaburan ter­­­kumpul lebih RM18.6 bilion pada 2020.

Beliau berkata pro­ jek berimpak ting­gi yang me­nya­sar­kan untuk men­­ jana jumlah pen­ dapatan negara kasar sebanyak RM6.2 bilion, akan menyumbang ke arah ekonomi modal, membawa negara lebih ham­pir kepada status negara maju. Selain itu, projek BCDP akan memacu pembangunan sosial eko­ nomi rakyat, meningkatkan pen­ da­ pat­ an isi rumah kumpulan B40. Pada masa ini, ada 28 projek dilaksanakan dalam pelbagai peringkat. "Projek BCDP dijangka me­ wujud­ kan pendapatan bulanan tambahan sebanyak RM4,500 bagi setiap petani," katanya. Edisi keempat Hari Bioekonomi, yang menarik 500 peserta, ber­ tu­ ju­ an mewujudkan peluang bagi sek­tor awam dan swasta untuk me­ning­­katkanindustri berasaskan bio, peng­ komersialan penyelidikan dan pem­ bangunan (R&D) serta meng­galak­kan pertumbuhan bioekonomi negara. - Bernama

Produk Saab antara tarikan LIMA'17

KUALA LUMPUR - Syarikat per­ tahanan dan keselamatan Saab Group dari Sweden, menjangkakan pertumbuhan jualannya akan mencecah lima peratus tahun ini, disokong oleh keperluan ketenteraan negara-negara di Asia Pasifik. Ketua Saab Malaysia, Thomas Linden, berkata kumpulan itu merekodkan jualan sebanyak RM14.2 bilion pada tahun lalu dan secara kumulatif, mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus sejak 2014 hingga 2016. "Gripen, sebuah pesawat tempur canggih yang dilengkapi dengan peluru berpandu jarak jauh terbaharu, Meteor menjadi penyumbang utama. Selain 'Gripen', 'Erieye' iaitu pesawat amaran awal dan kawalan udara, yang dipasang dengan radar AESA, juga telah menyumbang secara positif kepada

kumpulan," katanya. Linden juga mengumumkan fokus utama untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA'17) pada 21 hingga 27 Mac ini. Sebagai antara pembekal utama sistem bersepadu udara, darat dan laut di Asia Pasifik, Saab akan mempamerkan pelbagai penyelesaian dalam portfolio kumpulan itu di LIMA' 17. Ia akan menampilkan 'Global Eye', sistem pemantauan udara yang

paling canggih dibangunkan oleh kumpulan itu serta kapal selam A26 dan sistem kombat laut. "Ada demonstrasi secara langsung sewaktu pameran, dan ini akan membabitkan pesawat Gripen dari Tentera Udara Diraja Thai," katanya sambil menjangkakan sambutan positif untuk produk Saab di LIMA'17. Pencapaian terbaharu Saab membabitkan pelancaran 'Gripen E' dan pengenalan kepada 'T-X' iaitu pesawat latihan generasi akan datang, radar baharu-Gallium Nitride AESA, GlobalEye dan kapal selam A26. Saab mempunyai 40 tahun pengalaman dalam perniagaan di Malaysia, sistemnya digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

patan ke arah ekosistem mampan di negara ini," kata Mustapa. Untuk 2016, MIDA me­ luluskan 21 projek pembuatan dengan penyertaan Jerman bernilai RM2.65 bilion. Pe­ laburan ini dijangka me­ nye­ diakan kira-kira 3,250 peluang pekerjaan. Setakat ini, 18 syarikat Jerman seperti B.Braun, SGL Carbon, BMW, Infineon, Muehlbauer dan Schmidt & Clemens mengambil ba­ hagian dalam program ini de­ ngan menawarkan latihan tahunan untuk penuntut Ma­ laysia dalamkemudahan pe­ ngeluaran mereka di seluruh Jerman. -Bernama

Sentuhan Malaysia pada gincu NITA

KUALA LUMPUR – Kosmetik tempatan terbaru, NITA kini berada di pasaran khusus untuk wanita muda yang sentiasa ceria. Menampilkan gaya menyeronokkan, rangkaian kosmetik ini sangat sesuai kerana ia bermain dengan semangat dan warna. Pengasasnya, Aznita Azman berkata, NITA diwujudkan sebagai cara berkongsi kecintaannya kepada sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. “Setiap produk adalah cerminan jujur dan mendalam pengalaman yang telah saya lalui. Saya mahu berkongsi pengembaraan ke serata dunia dengan peminat NITA. Jadi, setiap barisan produk adalah gambaran pemandangan dan perasaan setiap tempat yang pernah saya lawati,” katanya. Sentuhan peribadi pada produk hipoalergenik ini sesuai untuk semua tona kulit. Bermula dengan gincu bibir, NITA menggabungkan kebudayaan, tradisi dan juga makanan tempatan dalam nama dan pembungkusan produknya. Aznita berkata keluaran pertama produknya menampilkan citarasa Malaysia yang diberi nama Kurung, Kebaya, Saree dan Cheongsam. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.nitacosmetics.com


9

22 - 28 MAC 2017

BISNES

City baharu laris KUALA LUMPUR - Honda City rupa baharu (New City) mendapat sambutan luar jangkaan apabila ditempah sebanyak 2,000 unit dalam tempoh sepuluh hari sejak dilancarkan pada 2 Mac lepas. Tempoh tersebut melepasi jangkaan awal iaitu dicapai dalam tempoh masa sebulan. Honda City varian V paling popular dengan 44 peratus tempahan dan diikuti oleh varian E sebanyak 38 peratus. Satu fakta lagi ialah lonjakan tempahan varian S yang mewakili 18 peratus tempahan dengan varian tersebut sebelum ini hanya mendapat

lima peratus tempahan keseluruhan sahaja. Daripada keseluruhan jumlah tempahan, warna Lunar Silver Metallic paling banyak dipilih pelanggan. Memandangkan tempahan City sudah melebihi jangkaan, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa mereka akan bekerja keras bagi memenuhi permintaan pelanggan dan yakin dapat mencapai sasaran untuk menjual 100,000 unit kenderaan pada tahun ini. Harga Honda City varian S ialah RM78,300, varian E RM84,600 manakala varian V ialah RM92,000.

Avanti Residences tarik perhatian SHAH ALAM – Johawaki De­ve­lopment Sdn Bhd mengadakan majlis prebiu ke­ diaman pintar, Avanti Residence bagi fasa terakhir iaitu fasa 3 yang meliputi 20 ekar daripada 33 ekar tanah yang sedia ada di U17, Shah Alam, Selangor. Dengan tema ‘Secret Garden’, fasa ini terdiri daripada 38 unit rumah ber­ kembar dua tingkat yang eksklusif, tanah seluas 40 x 80 kaki persegi dengan keluasan binaan dari 3,090 kaki persegi hingga 3,176 kaki persegi. Dilengkapi enam bilik tidur dan lima bilik air serta ruang istirehat keluarga yang selesa. Lebih menarik, kawasan taman seluas tiga ekar ini akan dipenuhi dengan pokok buah-buahan, taman permainan kanak-kanak,

gimnasium, pondok isti­ rehat dan juga padang bola. Avanti Resi­den­ces juga menawarkan kemudahan seperti kunci pintu pintar, sistem penggera butang kecemasan dan infra Wi-Fi. Ia adalah pilihan terbaik bagi mereka yang bekerja di Lembah Klang kerana kedudukan lokasi projek ini berhampiran dengan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Guthrie (Rawang – Shah

Urus wang bersama AKPK

Mohd Rizauddin Noor, Ketua Cawangan, AKPK

BOLEHKAH AKAUN BANK DIBEKUKAN? Saya ada beberapa kad kredit yang tidak dibayar dalam tempoh beberapa bulan kerana kekangan kewangan. Masalah saya sekarang ialah ada beberapa bank telah menghantar notis mahkamah yang mengatakan akaun saya akan di bekukan. Soalan saya, bolehkah pihak bank berbuat demikian? Adakah ia mematuhi undang-undang Bank Negara? Apa yang perlu saya lakukan? Ke mahkamah atau ke bank? Bantu saya untuk menyelesaikan masalah ini. SAID MANSOR - KLANG

Alam) dan Lebuh Raya Latar (Rawang – Kuala Selangor). Projek pembangunan ini telah siap 95 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2017. Bagi unit di Fasa 1 dan Fasa 2 telah habis dijual pada majlis pelancaran tahun lalu. Fasa 3 kini dibuka untuk jualan. Orang ramai dijemput untuk melihat sendiri rumah contoh yang dibuka setiap hari, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Jawapan : Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan ini. Secara umumnya, kita sedia maklum bahawa menjadi tang­ gungjawab peminjam untuk me­ lunaskan apa jua pinjaman dengan apa cara sekalipun. Kegagalan memenuhi kewajipan ini menyebabkan pihak penyedia kredit boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mendapatkan balik pinjaman tersebut. Cara tersebut mungkin termasuk notis mahkamah dan kaedah beku akaun pelanggan. Ramai yang terlepas pandang atau tidak sedar tentang klausa atau terma ketika memohon mendapatkan produk atau perkhidmatan bank. Klausa ini mem­ benarkan pihak penyedia kredit untuk bertindak bagi mendapatkan balik pinjaman yang telah diberikan. Namun ada juga individu yang tidak dapat membayar balik pinjaman di­ sebabkan masalah seperti hilang pekerjaan, masalah kesihatan yang kronik,

CIDB pelawa kontraktor ke India KUALA LUMPUR - CIDB Holdings Sdn. Bhd. mempelawa syarikat Malaysia memanfaatkan peluang besar dalam industri kereta api India, sejajar usaha kerajaan negara itu melaksanakan projek pembangunan semula kemudahan berkenaan. Pengerusinya, Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim, berkata beliau berharap kontraktor Malaysia akan melihat peluang itu sebagai satu cabaran. "Menerusi kerjasama erat dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Kereta Api (India), Kereta Api India dan Indian Railway Stations Development Corporation Ltd, kami melihat usaha penyusunan semula itu membabitkan sehingga 400 stesen, " katanya. CIDB Holdings adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Setakat ini kirakira 50 syarikat sudah menyatakan hasrat untuk menyertai projek pembangunan semula itu yang membabitkan tempoh antara 10 hingga 15 tahun.

kematian pencari rezeki atau punca-punca lain. Dalam sesetengan kes, kegagalan membayar pinjaman bukanlah kerana sengaja tidak mahu membayar, malah ada yang benar-benar tidak mampu seperti dinyatakan di atas. Dalam menyelesaikan masalah tunggakan kad kredit saudara, terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil,antara lain ialah; (1) Bersemuka dengan pihak penyedia kredit - berkongsi masalahsebenar yang dihadapi. Kemukakan bukti-bukti tunggakan ini terjadi dan disokong oleh dokumen yang sah. Seperti contoh, jika masalah kesihatan perlulah di sokong oleh dokumen institusi perubatan ataupun mengemukakan surat pemberhentian kerja sekiranya hilang pekerjaan. Penyedia kredit akan mempertimbangkan keadaan ini dan kemungkinan besar mereka akan menawarkan jadual pembayaran balik yang baru untuk mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh peminjam.

(2) Berurusan terus dengan institusi AKPK Kaunselor AKPK akan membantu peminjam dengan cara penstrukturan semula pinjaman kad kredit melalui Program Pengurusan Kredit (PPK). Di sini pihak AKPK akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengemukakan cadangan bayaran mengikut aliran tunai semasa peminjam. Perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalah percuma. Untuk mengetahui lebihlanjut mengenai program ini, anda boleh mengunjungi pejabat AKPK yang berhampiran dengan tempat tinggal anda (untuk mengetahui lokasi pejabat kami, sila layari laman sesawang akpk. org.my).

Sesiapa yang memerlukan nasihat atau panduan mengenai pengurusan kewangan atau hutang piutang boleh menghantar soalan anda ke pengarang@warta.my


10

22 - 28 MAC 2017

JIMBA-JIMBA

Wanita cipta rekod Datin Seri Anggraini Sentiyaki bersama peserta konvoi RADZHA RAIEH

KITA masih meraikan Hari Wanita Sedunia di bulan Mac 2017. Jika minggu lalu, WARTA memaparkan keghairahan peminat tudung bawal, kali ini aktiviti sihat iaitu berbasikal hingga menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) iaitu konvoi berbasikal wanita terbesar. Majlis penyerahan sijil oleh wakil MBOR kepada isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki selaku Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu, penganjur utama acara itu disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Seramai 11,412 peserta kayuhan basikal telah berkumpul seawal 7 pagi

untuk bersama melakukan aktiviti sihat kayuhan basikal membabitkan dua kategori iaitu 10 dan 25 kilometer (km). Kelihatan mereka semua bersemangat tatkala mahu memulakan aktiviti berbasikal beramai-ramai. Malahan ada yang turut membawa anak kecil sepanjang menyertai kayuhan berkenaan. Bagi Eksekutif Akaun, Ariana Rosli, 27, dia menyertai aktiviti konvoi berbasikal setelah dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang mahu melakukan sesuatu yang sihat di hujung minggu. “Saya sudah mendaftar dua minggu sebelum program ini berlangsung. Saya teruja sebab dah lama tak sertai aktiviti sebegini. Kita boleh keluarkan peluh sekaligus mengeratkan hubungan sesama rakan lain. Paling

seronok, boleh juga swafoto dengan selebriti-selebriti yang turut memeriahkan acara ini,” katanya. Antara selebriti wanita yang terlibat seperti Janna Nick, Vanidah Imran, Linda Onn, Serina Redzuwan, Maznah Zolkifli, Sharifah Haslinda, Betty Banafe dan Zahida Rafik. Kehadiran mereka turut memeriahkan lagi suasana. Dengan hashtag #inilahkuasawanita, program sebegini boleh diteruskan di masa-masa akan datang demi memeriahkan lagi aktiviti untuk wanita.

Antara selebriti yang turut memeriahkan

#inilahkuasawanita mengumpul 11,412 peserta berbasikal

Inspirasi ada di mana-mana

NURLINA HUSSIN

www.inspirac.net

Seseorang pernah bertanya kepada saya, mengapa saya suka menulis dan apakah yang memberikan inspi­ rasi kepada saya untuk menulis? Pada saya, menerusi penulisan saya dapat mencari ketenangan dan mampu untuk mengekspreskan diri dengan lebih bermakna. Hal itu membuatkan saya berfikir kembali bagaimana mencari inspirasi. Pada akhir Disember 2015, saya bertemu sepasang suami isteri yang sangat kreatif. Walaupun dibelenggu masalah kesihatan, mereka tetap gigih berusaha mencari rezeki. Pasangan yang penuh inspirasi yang ingin saya ketengahkan di sini adalah

Azwari Yusof dan isterinya, Baiti Razalli. Azwari, 33, memulakan kerjaya dengan membaiki komputer hinggalah pada 2013, beliau mengalami strok pada bahagian kanan tubuhnya. Beliau tidak dapat bekerja disebabkan tidak dapat bergerak dan terlantar di katil. Apabila mula sembuh setelah melalui proses pemulihan yang mengambil masa, beliau mula menghasilkan lukisan abstrak, pemandangan dan khat abstrak sepenuh masa. Beliau kadang kala mengambil masa selama enam hingga tujuh jam untuk menyiapkan karya seni disebabkan keadaan tangan kanannya yang masih belum pulih sepenuhnya. Ada kalanya, beliau terpaksa menggunakan keduadua tangannya untuk mengawal dan menyelaras cara beliau melukis. Azwari mendapat inspirasi untuk melukis apabila melihat isterinya, Baiti melukis gambar kucing untuk dijual

sebagai satu cara mengumpul dana bagi merawat penyakitnya. Baiti juga berusia 33 tahun adalah seorang artis muda yang menghidapi penyakit kencing manis. Disebabkan penyakit itu, beliau hilang penglihatan kanan pada 2010. Beliau mula melukis gambar kucing untuk dijual sebagai satu cara mengumpul biaya rawatan suaminya. Beliau mempromosikan hasil karya seninya melalui media sosial seperti Instagram dan menghantar salinan digital kepada pelanggan yang berada di Kanada, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Beliau sedar bahawa pelanggan beliau adalah pencinta kucing dan kucing merupakan terapi yang baik untuk pesakit. Apa yang menarik adalah beliau menamakan kucing hasil lukisan beliau - Kiki dan Coco. Selain melukis gambar kucing, beliau mempromosikan pelbagai

hasil karyanya yang diterapkan menerusi penggunaan bawal tudung dan bantal. Azwari dan isterinya sering menyertai acara-acara untuk mempromosikan hasil karya seni mereka. Acara-acara ini termasuklah anjuran Yayasan Warisan Johor 2015, Festival Kesenian Islam Negeri Johor dan Hari Sukan Negara, Kota Tinggi. Menerusi penulisan kali ini, saya berharap kisah Azwari dan Baikti akan dapat memberikan ins­ pirasi kepada anda yang se­terus­ nya akan memberikan sokongan kepada pasangan ini serta yang lain senasib dengan mereka.


11

22 - 28 MAC 2017

Khidmat untuk bisnes PERKHIDMATAN PELA­­ MIN (DERSIQ BAYU GALERRY) Pelamin tu­ nang, Mini pelamin, Pe­ la­ min rumah, Pelamin ni­­kah, Pelamin Cukur Jam­ bul (Harga boleh di­run­ding). Lokasi kami di Shah Alam. Call/Whatsapp: 013-286 0343 (Raimi) ID: dersiqbayuweddings atau FB: Dersiq Bayu Weddings

KLASSIFIED

Khidmat untuk bisnes

Khidmat untuk bisnes

KEDAI PERKHIDMATAN PERCETAKKAN bertempat Kompleks PKNS Shah Alam & Puncak Alam, Antara perkhidmatan disediakan: Rekabentuk grafik, Cetakan Kad Perniagaan, Bunting / Banner, Poster, Kad Kawin, Pelekat Motor & Kereta serta cetakan Baju. Hubungi: 012-671 1929 (Johan) & 012-511 5170 (Daus)

Khidmat untuk bisnes

SERVIS KOMPUTER, KOM­­PUTER RIBA. Bandar Puteri, Klang, Menjual barangan gajet seperti Mira Screen, Mc Book Adapter, skrin komputer. Hubungi 0113275 0876 (Mamat)

Jawatan kosong

Jawatan kosong

Bahasa Inggeris? Atau khidmat penulisan sosial media. Hubungi: 012-3050 043 (ELIZA)

TEMPAHAN KUIH TRADISIONAL LOYANG (ROSE). Untuk tempahan atau stokis PENULIS LAMAN WEB jamuan (diperlukan). berminat BAHASA INGGERIS 018-2868 795 Memerlukan khidmat hubingi: penulis laman web dalam (Zeera)

Akhbar WARTA mencari pereka grafik terutamanya yang mahir dalam desktop-publishing (DTP). • Minimum kelayakan Diploma. • Boleh berkomunikasi & menulis dalam BM dan English dengan baik. • Daya kreativiti yang tinggi

Jawatan kosong

• Boleh bekerja lebih masa & mengikut dateline. • Pengalaman 1-3 tahun dlm bidang Publishing • Mahir dalam perisian Adobe InDesign, Adobe Photo, Adobe Illustrator Sila hantar Resume dan hasil kerja ke : hr@thecapital.com.my Tel: 03-7727 6554

KERANI AKAUN, Pe­man­ du "Installer", Promoter Gaji RM1500-3000, Umur 18-40. Tel 012-235 7658

Diperlukan Pemandu Peri­­badi Juruteknik Elek­ trika, Kelindan Lori. Hubungi Ms.Toh 0389614648 / hr.hod@ PEMANDU LORI, Kerani toplineglass.net (Kilang @Jln 2/148A, Tmn Sg Besi Kaca di Balakong) Industrial Park, KL. 012476 0885 / 012-287 8039 KERANI (WANITA) AM / Akaun di Meranti Puchong. PEMANDU LORI D&GDL Kelayakan minimum SPM. RM70 sehari. 2. Pekerja Sila hubungi 017-8888 Am RM50 sehariUmur 45 355 ke bawah. Lokasi batu 111/2 jln Cheras. Tel 03Rumah untuk 87378666 dijual PEMANDU PERIBADI (Su­bang Jaya) Berdekatan dengan Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Sek 36 Shah Alam Hubungi Tel 011-35851693

CHERAS UMAH 1-TKT, 3blik 2b/air, 20x65, ubah­ suai. RM300k Sila hubungi 012-236 2606

PEMBANTU STOR DI­ PER­LUKAN segera. Grace 016-2100312 email grace@aconland.com.my

SUNGAI BULOH, KUN­ DANG, Taman Tasik Biru, Teres 1 tkt, 18x60 , 3 Bilik 2 Bilik Air RM250k dirunding, Hamdan 019-240 3632

PENJAGA STORE & ke­ rani puchasing. Kerja lokasi Cheras Mahkota. Perlu pengalaman, Sila hubungi Tel 03-9082 9189

TMN DESA Batu Caves, Gombak, APt tkt 4, 3bilik, 2bilik air. Kemasukan segera RM300k Tel 012217 4449 / 012-227 4449

KERANI ADMIN & Akaun diperlukan di Solaris Dutamas, KL Tel Cik Ida 03- 6205 5150 /016- 216 2949 (Sebelum pukul 5pm) KERANI AM (BER­ PE­NGA­LAMAN) tahu komputer diperlukan di KIP, Kepong. Sila hubungi 016-967 7287

Notis

KEHILANGAN PASS­ PORT. Nama: Abdulghani Hezam Ahmed Senan. Warganegara: Yemen. Tarikh hilang: 23 Jan 2017 Lokasi: Kehilangan passport South City Plaza. Seri Kembangan Selangor. Hubungi No: 018-3939578 / 011-3534 5010 KERANI AM (WANITA Melayu) Temuduga di No.15, Jalan TTP 1/1A Taman Industri Puchong. Ms Tang 012-3485 306 KERANI AM (WANITA) diperlukan di 11 jalan Mawar, Tmn perindustrian Bukit Sentosa (dekat ASTRO) Tel . 03-8957 7656 / 012-2910838

Apartment untuk dijual KEPONG BT 5, Taman Fadeson Permata. tingkat 4, 700kkps Bumilot 3 bilik Tel 011-2112 1676, 012 2725 287 RM180k AMPANG, TMN NIR­ WANA. Condo D'Pines. 1636kps. Tkt bawah, 3 bilik, 2 bilik air. Tel 014-228 5258. UKAY PERDANA, SRI­ PUTRI, Tkt 4, RM1100 2+1 pendahuluan Tel 019-324 323253 / 012-634 5515 .

Kereta untuk disewa MHN CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Proton Saga FLX. Harian/ Mingguan / Bulanan. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 018-3630 131 (Firdaus) 169 CAR RENTAL Perodua Alza, Axia, Viva Bezza, Proton Exora, Saga FLX. Berminat untuk tempahan: Call / WhatsApp: 019-2239 500 (Hery)

IKLANKAN perniagaan anda di sini! Untuk Tempahan

Hubungi : 03-7731 8595 Email : klassified@warta.my Harga dari RM50 untuk 1 minggu Khimat Kewangan Jualan Murah & Istimewa Sekolah & Pendidikan Khidmat Nasihat

Khidmat Untuk Bisnes Khidmat Kesihatan & Kecantikan Khidmat Pelancungan Servis Untuk Rumh & Pejabat

Notis Undang-Undang Kematian Perpisahan Perkahwian & Pertunangan

PROMOSI

Bayar untuk 1 minggu Dapat 1 Minggu Percuma

Lelong Hartanah Pembiayaan Hartanah Tanah untuk Diual & Disewa Kedai & Ofice Untuk Disewa

Apartmen Untuk Disewa Apartmen Untuk Dijual Rumah Untuk Disewa Rumah Untuk Dijual

Lori & Van untuk Dijual Servis & Repair Keretamotor Kereta dikehendaki

Kereta Untuk Disewa Kereta Untuk Dijual Kerja Kosong Notis Undang-Undang

Bisnes Hartanah Kerjaya Auto


12

22 - 28 MAC 2017

Timba pengalaman di Jepun Teks AZHAR GHAZALI

BERASAL dari Pulau Juar, Kampung Gajah Perak, Mohd Nadzir Mat Isa tidak pernah menjejak kaki di bumi Jepun. Kini bekerja sebagai Ketua Operasi Stesen, Rapid KL LRT Laluan Kelana Jaya, beliau sememangnya teruja dengan cerita-cerita yang didengar mengenai Negara Matahari Terbit itu. “Saya dibesarkan dengan kisah kehebatan Ultraman dan cerita-cerita Jepun yang dialih bahasa kepada bahasa Malaysia. Kemudian, dididik pula dengan Dasar Pandang Ke Timur dengan kejayaan negara Jepun sebagai negara contoh. Justeru, saya amat gem­ bira apabila terpilih menyertai program lawatan bekerja JRE (Japan Railway East Company) akhir tahun lepas. “Saya sangat-sangat ber­ terima kasih kepada pihak pengurusan Prasarana dan Rapid Rail khususnya bos lama saya, Haji Ahmad Nizam (Mohamed Amin), yang sememangnya menjadi pe­ nyokong kuat kepada pro­ gram ini. Pengalaman diletakkan bertugas bersama dengan staf stesen di JRE ini amat berharga sekali bagi saya dan rakan-rakan. “Seperti yang ramai sedia maklum, JRE adalah syarikat rel yang cukup hebat sehingga mempunyai cawangan-ca­wa­ ngan antarabangsa di luar negara seperti New York, Paris, Brussels, London dan Singapura. Dan, apa yang kami lihat dan belajar di Jepun adalah cukup menarik,” kata Nadzir ketika menceritakan kembali pengalaman beliau. Bersama dengan sembilan pegawai tinggi Rapid Rail yang lain - Harman Hamzah,

Muhd Fadzli Johari dan Mohd Tarmizie Ansor dari Laluan Monorel, Makeshvaran K. Periya dari Akademi Rel; Mohd Syariman Rahmat dan Muhammad Faizal Fahmi dari Laluan MRT – SBK; Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Roszali Tugiman dari LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan Buzaimi Zukifli dari Laluan Kelana Jaya, mereka me­ mulakan program latihan ber­kenaan selama dua ming­ gu mulai 11 Oktober. Ketika di sana, mereka diletakkan untuk menetap di pinggir banda rraya Tokyo; di sebuah rumah yang mempunyai empat bilik dengan satu bilik mandi; dan berkongsi satu tandas dengan satu bilik utiliti di mana di tempatkan sebuah mesin basuh dan mesin pengering. “Kalau ikut standard biasa orang Jepun, kira amatlah mewah khususnya bagi orang Malaysia. Sewa rumah di Tokyo ini amatlah tinggi. Sesiapa yang pernah ke Jepun tahu bagaimana kecilnya bilikbilik hotel mereka. Kerana itu, saya amat bersyukur,” kata Nadzir, yang berharap untuk mendapat peluang untuk berkunjung semula ke Jepun. “Saya memang cukup seronok untuk berada di sana. Program kami bermula dengan majlis taklimat daripada Jabatan Antarabangsa JRE di mana kami diberi informasi mengenai sejarah, struktur penumpang dan perniagaan, kedudukan kewangan, sistem tiket dan bisnes antarabangsa JRE. Nyata mereka benarbenar hebat. “Pada majlis yang sa­ ma, Haji Harman pula mem­ berikan penerangan mengenai operasi dan bisnes Rapid Rail. Kemudian, kami bertukar pengalaman mengenai operasi

dan cabaran operasi masingmasing. Ianya adalah sesi yang amat berguna kepada kami untuk mengenali JRE. “Pada hari yang sama, kami turut mengadakan lawat­an ke kawasan platform untuk pelbagai operasi yang dikendalikan oleh JRE; daripada tren tempatan ke­ pada platform untuk laluan bawah tanah dan platform in tren Shinkansen, yang merupakan tren berkelajuan tinggi yang boleh mencapai sehingga 320 kilometer sejam. Memang mengkagumkan,” tambah Nadzir. Pada hari berikut, dele­gasi daripada Rapid Rail dibawa meninjau jabatan-jabatan penting JRE termasuk Jabatan Reformasi Kualiti Per­ khid­ matan, Pusat Pendidikan, Pu­ sat Kawalan Operasi, Pusat La­tihan Pengurusan Per­khid­ matan Berkualiti dan Pusat Latihan Pengurusan Tiket serta lawatan ke stesen-stesen utama. “Apa yang paling meng­ kagumkan saya tentang cara bekerja di sana adalah sikap staf yang rajin bekerja dan cukup bersopan santun. Bukan

saja staf dan kakitangan di sana amat menghormati para pelanggan mereka; tetapi juga terhadap semua orang. Itu sesuatu yang memang boleh dipelajari oleh orang Malaysia. “Kami turut meninjau operasi stesen pada waktu pun­ cak di stesen-stesen uta­ ma. Saya hanya boleh katakan bahawa jumlah pe­­num­pangnya ramai. Di stesen-stesen tertentu, ada di­ sediakan staf stesen un­ tuk membantu menolak ma­ suk para penumpang ma­ suk dalam tren. Lebih mengkagumkan, tiada yang me­ rungut. Mereka sabar menunggu giliran dan beratur dengan tertib. Memang cukup mengkagumkan melihat bu­ daya orang Jepun,” tambah Nadzir. Walaupun hebat, Nadzir berkata ada aspek dalam perkhidmatan tren di mana orang Malaysia mengatasi rakan-rakan mereka di Jepun. “Di Jepun, semua tren menggunakan pemandu. Te­ tapi, di LRT Kelana Jaya, kita menggunakan perkhidmatan tren tanpa pemandu. Ini, sebenarnya, amat memikat

orang Jepun dan mereka berminat untuk datang ke sini untuk tengok operasi Laluan Kelana Jaya,” kata Nadzir. Ditanya tentang harapan­ nya pada masa akan datang selain daripada mendapat peluang kembali berkursus di Jepun, Nadzir meletakkan harapan untuk bertugas pada operasi haji dengan perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) tahun ini. “Tahun ini adalah tahun ketiga operasi kami di MMMSL di Tanah Suci Makkah. Harap-harap, saya mendapat peluang untuk bertugas ta­ hun ini. Kami di Prasarana sememangnya bertuah kerana berpeluang untuk bertugas dengan perkhidmatan metro utama dunia seperti di Jepun dan di Makkah. “Prasarana turut mem­ punyai program kolaborasi dengan Transport of London di Britain, MRT Jakarta dan MRT Bangkok. Peluang bekerja di negara-negara ini walaupun untuk tempoh yang terhad adalah satu pengalaman yang cukup menakjubkan,” tambah beliau.

Pegawai JRE memberi taklimat mengenai operasi tren JRE kepada perwakilan Rapid Rail


13

22 - 28 MAC 2017 Hantar pandangan anda melalui pengarang@warta.my berserta nama penuh anda dan tempat tinggal anda. Bagaimanapun anda dibenar untuk mengguna nama samara bagi tujuan siaran. Setiap pandangan adalah atas tanggungjawab diri anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi setelah pandangan anda disiarkan . Kami juga berhak untuk menyunting kiriman anda tanpa mengubah maksud mesej.

Parkir depan gerai Di sini saya ingin membuat aduan me­ ngenai punca kesesakan jalan raya di sekitar pasar malam Sungai Buloh. Untuk pengetahuan WARTA, masalah parkir bertindih di sepanjang jalan pasar malam tersebut menjadi punca utama berlakunya kesesakan teruk. Hal ini menimbulkan keresahan ke­ pada pegguna terutamanya ketika waktu puncak. Kebanyakan pengunjung suka memakirkan kereta mereka betul-betul berdekatan dengan tapak pasar malam sehingga menghalang kereta lain untuk lalu di kawasan berkenaan. Selain daripada menyebabkan ke­ sesakan lalu lintas, permasalahan ini juga mengancam keselamatan diri pe­ ngun­ jung. Mereka bebas melintas di celah kepadatan kereta tanpa menoleh kekiri dan kanan kerana bagi mereka

YANG BAIK ITU BUDI... KISAH yang ingin saya kongsikan ini ialah berkenaan dengan kemuliaan hati sekumpulan lelaki yang sanggup membantu dimana saja mereka berada.Kejadian ini berlaku di kawasan kediaman saya di Keramat. Dua minggu yang lalu, ketika hari persekolahan hujan lebat telah menyebabkan kawasan perumahan saya dilanda banjir kilat.Saya mempunyai seorang anak yang berusia 7 tahun dan bersekolah di salah sebuah sekolah berdekatan.Anak saya telah menaiki van persekolahannya untuk pergi dan pulang kerumah. Dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja, air telah mula naik sedikit demi sedikit dan hati saya mulai gusar memikirkan bagaimana keadaan anak saya ketika pulang kerumah nanti.Usai saya sampai dirumah saya masuk kerumah dan menunggu kepulangan anak saya. Setengah jam selepas itu,saya dimaklumkan jiran bahawa van anak saya tersangkut dalam banjir kilat.Hanya Tuhan yang mengetahui debaran dihati saya. Selang beberapa minit kemudian,anak saya terpacul dimuka pintu bersama beberapa orang lelaki. Saya difahamkan kumpulan lelaki itulah yang telah membantu pemandu van sekolah anak saya dan seterusnya menghantar semua pelajar tersebut kerumah masingmasing.Hendak dijadikan cerita ketika kejadian, kumpulan lelaki ini lalu dikawasan tempat van sekolah anak saya .Mereka menaiki kereta pelbagai guna (MPV) . Tanpa berlengah mereka terus sahaja membantu semua mangsa.Apa yang boleh saya katakan adalah saya amat terharu dan bangga akan sikap mereka yang sentiasa membantu orang lain tidak kira bila dan dimana.Disini saya ingin mengucapkan jutan terima kasih kepada kumpulan lelaki tersebut

kereta tidak akan bergerak laju ketika keadaan sesak. Kami sebagai pe­ mandu kereta pula yang perlu me­ mikir­ kan keselamatan diri mereka. Lebih terukkan keadaan kehadiran lori hantu yang sering lalu tanpa mengira waktu. Walaupun telah dikenakan kom­ ­ paun, pengunjung di sini tetap berkeras kepala memakir kenderaan mereka di pinggiran jalan. Hal ini terjadi apabila kawasan tapak pasar malam menyediakan ruang pakir yang terhad selain faktor jalan yang agak sempit. Saya berharap agar pihak ber­ wajib turun padang menangani isu ini sebelum ia menjadi lebih kronik. YUSRI - SUNGAI BULOH

kerana telah menjadi hero dan contoh yang baik untk dijadikan teladan anak muda. MUSTAQIM JAMIL, Keramat Permai. BANTUAN yang dihulur kepada pasangan Cina oleh individu ini membuatkan saya ingin menulis kepada WARTA. Kejadian yang berlaku bulan lalu ini membuatkan saya lebih ‘buka mata’ untuk membantu orang tidak mengira bangsa. Kisahnya bermula ketika saya dan teman pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Ketika beratur untuk membayar, tiba-tiba terdengar kecoh di kaunter sebelah. Pasangan Cina ini seperti kecoh mencari sesuatu. Rupanya dompet si suami ini hilang. Jadi barang tidak dapat dibayar. Si isteri pula mula gelisah. Ketika asyik mencari, seorang lelaki Melayu datang menghampiri dan mengatakan bahawa biar dia sahaja yang membuat bayaran barang tersebut yang berjumlah RM150. Tampak gembira di wajah pasangan berkenaan. Nampaknya masih ada individu yang baik hati. SANJIV SINGH NAIR, Alpha Angle

EKSPRESI

Jalan sesak , pemandu ‘berangin’ Assalamualaikum dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak WARTA kerana sudi membaca luahan hati saya. Di sini saya ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati saya terhadap segelintir pemandu yang bersikap ‘kepala angin’ di tengah kesesakan jalan raya. Sebagai seorang warganegara Malay­ sia yang prihatin,saya amat ke­ cewa dengan sikap segelintir pemandu kereta yang tidak tahu menghormati pe­ mandu lain ketika berada dalam kesesakan jalan raya. Saya ingin ber­ kongsi beberapa kejadian yang berlaku beberapa hari yang lalu. Saya menetap di salah satu lokasi ‘panas’ untuk kesesakan jalan raya di Ibu Kota. Setiap hari kesesakan jalan raya akan berlaku di kawasan kediaman saya ini disebabkan ibu bapa sibuk menghantar anak kesekolah berdekatan selain penduduk di sini mula sibuk keluar bekerja. Kami sudah meminta pertolongan pihak trafik untk menyelesaikan masalah ini dan hasilnya tetap sama. Kesesakan ini memang tidak berkesudahan tetapi saya tidak pernah merasa tertekan yang amat teruk sepanjang saya menghadapai permasalahan ini kecuali sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. Beberapa hari yang lalu , seorang mak cik tua yang memandu sebuah

kereta dalam barisan untuk keluar dari pagar kediaman kami telah dimaki oleh seorang pemandu muda tanpa rasa belas. Secara jujurnya memanglah mak cik tua itu bersalah tetapi di manakah rasa belas hormat pemuda tersebut kepada warga emas? Saya memahami jika pemuda ter­ sebut ‘angin’ dengan mak cik tua tersebut kerana telah memotong barisan tetapi bagi saya tidak rugi pun jika pemuda tersebut bersabar . Saya amat berharap agar semua pe­ mandu diluar sana belajar dan cuba terapkan kembali rasa hormatmenghormati antara satu sama lain terutama kepada warga tua walaupun berada dalam tekanan kesesakan jalan raya. DIANA AMIN - CHERAS, KL

INFO KL

Kedai harga patut warga WP Buat warga Wilayah Persekutuan (WP) yang sering mengalami masalah untuk mencari barangan dengan harga berpatutan atau kedai mana yang perlu dikunjungi, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih 1WPrice. Aplikasi ini untuk berkongsi maklumat harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga di sekitar WP. Anda boleh muat turun secara percuma melalui Android Play Store, Apple App Store dan Windows Phone Store. Aplikasi ini boleh menyimpan, membandingkan dan memapar pelbagai maklumat mengenai harga barangan dan perkhidmatan. Anda juga berkongsi dengan pengunna lain berkenaan harga dan lokasi kedai dengan pengguna lain. Ia telah diintegrasikan dengan mediasosial iaitu ‘facebook’, ‘linked-in’, ‘twitter’ dan ‘google plus’. Menariknya ia turut diintegrasikan dengan fungsi Global Positioning System (GPS) di telefon pintar bagi membolehkan pengguna mencari lokasi premis/kedai yang menawarkan harga patut dalam radius tertentu.

Permohonan Atas Talian

Pendaftaran masuk prasekolah Bagi anda yang mempunyai anak berusia tiga hingga lima tahun dan berminat untuk menghantar ke prasekolah, boleh membuat permohonan atas talian. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk kemasukan tahun 2018. Mereka yang layak untuk mendapat tempat mestilah memenui syarat iaitu kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja dan yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 15 Januari 2014 sahaja. Tempoh permohonan atas talian bermula pada 1 Mac hingga 30 April 2017 manakala secara manual di sekolah pula bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017. Sebarang pertanyaan boleh layari https://eprasekolah.moe.gov. my/.


14

22 - 28 MAC 2017

DESTINASI

Ekspo makanan terbesar Menarik hujung minggu ini di Precint 3, Putrajaya bermula 24 hingga 26 Mac, berlangsungnya International Food & Cultural Exchange atau lebih dikenali dengan ‘I-CHEFF MALAYSIA 2017’. Bawa anak-anak ke program yang memperkenalkan budaya serta makanan Malaysia di persada dunia. Antara tarikan utama ialah perhimpunan 4000 Chef dari seluruh Malaysia, pertandingan memasak antara 500 Chef, gerai ekspo, program amal dan 50 gerai ‘food truck’. Festival yang dijangka menerima sejuta pengunjung dari luar dan dalam negara juga akan tersenarai di dalam catatan Guiness World Records dengan pencapaian ‘World`s Largest Chef Gathering’.

Karektor Disney di Shah Alam

Nikmati sentuhan magis dalam persembahan ‘The Wonderful World of Disney On Ice! pada 25 hingga 26 Mac di Stadium Melawati, Shah Alam. Sertai Mickey, Minnie, Donald dan Goofy dalam pertunjukan berwarna-warni. Selain itu, Dory dan Nemo juga akan membuat persembahan dalam pengembaraan di laut biru. Bagi anak-anak yang meminati filem Frozen, pastinya penampilan dua beradik Anna dan Elsa serta orang salji, Olaf akan membuat persembahan yang menakjubkan. Banyak lagi kejutan seperti Snow White dan tujuh orang kerdil serta Jasmin dan Alladin. Maklumat lanjut menerusi http://www.mymajorevents. com. my/events/the-wonderful-world- of-disney-on-ice100-years- celebration

Belajar kulinari Belajar asas-asas kulinari di Academy of Pastry Arts dengan tenaga pengajar berpengalaman. Anda juga akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis coklat atau roti, pastinya ia pengalaman yang mengujakan. Maklumat lanjut menerusi https://www. timeout.com/kuala- lumpur/things-to-do/ academy- of-pastry-arts-malaysia

Hasil seni

Pastinya anda tidak akan menyangka ada galeri seni di antara kawasan perumahan di Bandar. Jika tidak ke mana-mana, boleh singgah di Rumah Lukis yang memaparkan pameran peribadi dan sentuhan artis tempatan, Jalaini Hassan. Bermula dengan draf dan buku nota dari usia muda, hasil seni ini di harap mampu menginspirasikan bakatbakat muda yang lain. https://www.timeout.com/kuala- lumpur/art/ rumahlukis

Perpustakaan sentuhan Jepun

Muzik Beethoven

Bazar jahitan

Semai minat membaca buku kepada anakanak dengan berada di perpustakaan. Istimewanya perpustakaan ini adalah binaan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) di Mid Valley Megamall. Mempromosikan budaya Jepun dan Malaysia, perpustakaan mini di buka setiap hari, anda boleh membacanya material di dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Melayu.

Mahu mendengar muzik Beethoven? Anda boleh menikmati muzik pemain piano Bristish terkenal, Stephen Hough dalam konsertnya yang keempat. Diadun dengan muzik menarik dan ekspresi yang memukau, simfoni membawakan melodi yang menenangkan minda dan raga. Anda boleh ke Malaysia Philharmonic Orchestra, KLCC untuk mendengarnya.

https://www.timeout.com/kuala- lumpur/theatre/ the-japan- foundation-kuala-lumpur-jfkl

Maklumat lanjut menerusi http://mpo.com. my/47-stephen- hough-plays-beethoven/

Bagi anda yang menyukai aktiviti kraf seperti menjahit dan menyulam, anda tidak harus melepaskan peluang ini iaitu ‘modern sewing market’. Bazar yang menjual kelengkapan menjahit dan fabrik akan diadakan pada 25 Mac bertempat di Passion3 Research, Petaling Jaya. Jangan bimbang jika anda baru sahaja mahu berjinak-jinak dengan kemahiran menjahit kerana bengkel menjahit juga disediakan khusus untuk anda. Maklumat lanjut menerusi https://www.timeout. com/kuala- lumpur/things-to-do/modernsewing-market


15

22 - 28 MAC 2017

TRENDING Mat Daud Kelantan pula muncul

Kalau sebelum ini kita ada Mat Dan di Terengganu, kini muncul bintang internet baru iaitu Mat Daud di Kelantan. Mat Daud atau nama sebenarnya Fatih Imamoglu, 24, yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan ini merupakan pemuda yang berasal dari Istanbul, Turki. Dia mula terkenal sejak videonya bercakap loghat Kelantan viral di laman sosial terutama Facebook selepas dimuat naik seorang rakannya. Menurut Mat Daud, dia membuat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian menterjemahkannya kepada bahasa Inggeris serta bahasa Melayu untuk memudahkan pertuturan sepanjang 8 tahun menetap di Kelantan. Apabila tak tahu, dia akan bertanya kepada rakannya.

Lunas hutang KTMB 16 tahun

Melecur fon kepala meletup

Seorang penumpang sebuah pesawat melecur di muka selepas fon kepala yang dipakainya meletup ketika dalam penerbangan antara Beijing dan Melbourne. Wanita tersebut sedang tidur sambil mendengar muzik ketika perjalanan itu sebelum dia mendengar bunyi letupan. Dia kemudiannya mencampak fon kepala tersebut ke lantai dan mula melihat percikan dan api kecil. Ketika dia mahu memijak benda itu, petugas pesawat sudah siap sedia dengan sebaldi air dan mencurahkannya ke fon kepala itu. Mereka kemudian memasukkan fon kepala tersebut ke dalam baldi tersebut dan meninggalkannya di hadapan pesawat. Disebabkan insiden itu, terdapat sisa-sisa yang tidak dapat ditanggalkan pada lantai pesawat yang mnyebabkan ada penumpang mengalami batuk-batuk sepanjang perjalanan.

Demi pengorbanan bapa

Di Filipina, sekeping foto yang memaparkan bapa memerhatikan dua anaknya menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera - menjadi viral sehingga dikongsi lebih 70,000 kali oleh netizen. Bapa itu dikatakan sabar menunggu anaknya menikmati makanan sedangkan dia langsung tidak menjamahnya. Gambar itu mendapat perhatian wartawan hingga menjejaki lelaki bernama Ryan Arebuabo (bapa tunggal) yang diserang strok dan mencari rezeki dengan menjual makanan ringan. Ryan mengatakan dia mahu anaknya menikmati makanan segera seperti rakan lain biarpun dia sekadar melihatnya.

Empat minit dukakan Beauty and The Beast

Kontroversi tayangan filem animasi terkenal, Beauty and The Beast berterusan apabila Walt Disney Co. dikatakan enggan membuat suntingan seperti yang diarahkan Lembaga Penafisan Filem ( LPF ) Malaysia. Babak berdurasi kira-kira empat minit itu dikaitkan dengan kisah hidup songsang yang tersasar dengan norma hidup beragama serta budaya Malaysia. Filem ini dijadualkan ditayang pada 16 Mac lalu terpaksa ditangguhkan. Ketika yang sama ada pihak membuat kenyataan membantah sekatan LPF, baginya, penyakit gaya hidup songsang lelaki cinta lelaki seperti terselit dalam filem ini bukan perkara baharu dan wujud sebelum kehadiran filem ini lagi.

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkongsi kisah menarik di laman Twitter mereka apabila mereka menerima sepucuk surat berserta duit RM5 daripada seorang individu menyatakan dia pernah berhutang dengan KTMB 16 tahun lalu. Isi surat berkenaan menyatakan bahawa individu itu bersama rakannya menaiki komuter pada tahun 2001 dari stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 – Di antara Bank Negara ke Putra). Individu itu juga menyatakan bahawa RM3 lagi disedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanahnya.

Marion Kelly ‘cuit’ hati

Marion Kelly pernah menarik perhatian ramai apabila 'menceroboh' sesi temu bual bapanya dengan BBC, kali ini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen dengan gelagat comelnya apabila muncul dalam satu sidang akhbar di Korea Selatan bersama bapanya, Profesor Robert E.Kelly yang hadir pada sidang akhbar untuk memperjelaskan isu kekecohan yag berlaku ketika sesi temu bual dengan BBC itu. Si comel berusia empat tahun itu bukan sahaja menarik hati ramai dengan tingkah laku yang aktif, tetapi juga gaya pemakaiannya. Marion hadir ke sidang akhbar itu dengan memakai trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu. Penampilannya yang comel itu, mencuit hati netizen yang melihatnya.

Sakura berbunga di Alor Setar

Nota meminta maaf

Seorang netizen berkongsi pengalamannya yang berhadapan dengan tangisan kanak-kanak selama 15 minit tanpa henti ketika di dalam penerbangan. Pada pandangannya, kesabaran ibu tersebut (mungkin berbangsa Korea) yang memujuk anaknya supaya berhenti menangis begitu menarik perhatiannya. Namun setelah kanak-kanak tersebut tidur, ibu tersebut mengagihkan paket berisi gula-gula dan nota memohon maaf kepada semua penumpang. Hal itu membuatkan ramai yang tersentuh lalu memuji budi bahasanya.

Musim bunga 'sakura' kembali lagi apabila ratusan pokok Tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea di sepanjang Jalan Langgar dan Jalan Kuala Kedah di sini sudah mula berbunga. Lebih 100 pokok Tecoma di dua jalan utama itu telah berbunga dan mekar sejak pertengahan Mac. Orang ramai boleh menikmati pemandangan indah bunga berwarna putih dan merah jambu yang menghiasi sekitar Bandar Raya ini terutama di sepanjang dua jalan utama itu. Musim bunga ini dikatakan bertahan dalam masa dua minggu bergantung kepada keadaan cuaca yang mana bunga akan cepat gugur sekiranya berlaku hujan.

'Twitter menangis' kerana Essien

'Twitter menangis' itu gambaran para peminat bola sepak terhadap perkembangan terkini Michael Essien yang sah bertandang ke Asia Tenggara untuk menyarung jersi pasukan Persib Bandung, Indonesia. Penghijrahan bekas bintang Chelsea berusia 34 tahun itu membuka mata pemilik akaun twitter dengan melontarkan pelbagai komen seakan meratapi pemergian Essien meninggalkan pentas bola sepak Inggeris dan Eropah. Selain Chelsea, Essien pernah bersama kelab ternama Real Madrid, AC Milan dan Lyon. Ramai yang tidak menjangka tindakan Essien itu.

Mat Dan pilih Gadis Terengganu JEJAKA Inggeris yang cukup fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memilih seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu sebagai teman hidupnya. Majlis perkahwinan dan pertunangan Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan tersebar selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu menjadi tular di media sosial. Pasangan ini difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama, 12 Mac lalu. Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.


16

22 - 28 MAC 2017

www.syahrilkadir.com

TIPS UNTUK GAMBAR PERCUTIAN HEBAT

Jaga solat, pesan taukeh aL-ikhsaN

Musim cuti persekolahan sudah tiba dan ramai yang sedang membuat persiapan aktiviti percutian mereka. Ini adalah peluang yang baik untuk mengabadikan masa percutian anda dengan gambar yang hebat. Berikut adalah tips dari juri pemilihan Cuti Cuti Warta untuk menolong anda mendapatkan gambar percutian yang layak untuk dicetak dan digantung diruang tamu anda kelak. 1. PILIH LOKASI Jangan terus berhenti dan klik. Teliti dahulu keadaan tempat yang dianggap cantik. Mungkin dengan bergerak beberapa langkah ke tepi atau ke belakang dapat memberi imej yang lebih baik dari lokasi asal. 2. PERANAN CAHAYA Sentiasa peka dengan keadaan cahaya semulajadi. Waktu yang paling elok ialah di waktu awal pagi (golden hours) dan petang semasa matahari menjunam. Sukar untuk mendapatkan gambar yang menarik sewaktu matahari panas terik tegak di atas kepala. 3. GAMBAR SPONTAN Sambil mengambil gambar-gambar ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai snapshot, jangan lupa untuk mengambil gambar-gambar secara spontan dan apabila mereka sibuk dalam situasi semasa tanpa posing untuk kamera. Ini akan membolehkan anda merakamkan memori keindahan semasa bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan dan kemungkinan besar akan mencetuskan keinginan untuk kembali kedestinasi percutian itu sekali lagi. Selamat bercuti dan jangan lupa kongsi gambar percutian anda dengan kami. Mana tahu gambar percutian anda dapat menang iPhone 7! #cuticutiwarta

Juri Pemilihan Mari berkenalan dengan 2 daripada juri-juri pemilihan untuk peraduan Cuti-Cuti Warta ini

Ian Azlan Azlan pernah menjadi editor fotografi untuk sebuah penerbitan di Amerika sewaktu masih menuntut di Indiana State University, USA. Hari ini, dalam kesibukan beliau sebagai ahli korporat, Azlan masih aktif dalam bidang fotografi terutamanya foto lanskap, potret dan street photography ketika melancung dan mengembara keluar negeri. Hasil fotografi Azlan sudah diterbitkan dalam beberapa majalah antarabangsa termasuk gambar di Iceland (dibawah) yang diambil menggunakan iPhone 6. Gambar ini diterbitkan oleh majalah Landscape Photography Magazine (edisi Sept 2015) Akaun instagram : ianazla

Khairudin Jalaludin (Rudi) Minat Rudi dalam fotografi bermula sewaktu umurnya 11 tahun apabila bapanya meminjamkan kamera Yashica Lynx 14e rangefinder yang masih dalam simpanannya. Walaupun belum bergelar ahli fotografi professional, khidmat Rudi selalu dipilih oleh klien korporat yang senang dengan kemahiran dan pengetahuan beliau yang meluas. Akaun instagram : imkjgallery

sobri_ibrahim

Siapa yang tak pernah dengar kedai sukan aL-ikhsaN. Tetapi tahukah anda pemiliknya, Ali Hassan Mohd Hassan sebenarnya memulakan perniagaannya dengan hanya bermodalkan RM50. Beliau yang ketika itu menuntut di UTM Skudai memulakan perniagaan dengan menjual barangan sukan kepada kawankawan dan pensyarahnya. Atas kecemerlangannya dalam pelajaran, pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini pernah ditawarkan menyambung pelajaran ke luar negara, namun Ali mengambil keputusan untuk terus menceburi bidang perniagaan sebaik sahaja tamat pengajian. Masa di universiti, beliau banyak buat kerja sampingan untuk menampung kehidupan kerana wang biasiswa yang diterima, diserahkan kepada ibu bapanya yang susah. Pada tahun 1993, Ali membuka sebuah kedai kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru dan sejak itu, beliau tidak lagi berpaling ke belakang. Sehingga kini, aL-ikhsaN telah membuka 116 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan sedang merancang menembusi pasaran Sabah dan Sarawak dengan cadangan membuka enam cawangan di Kuching dan Kota Kinabalu menjelang 2018.

Pada masa sama, Ali sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran Indonesia dan Thailand dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang! Terbaru, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) menyuntik RM68.6 juta bagi membolehkan mereka mendapat 35 peratus pegangan ekuiti dalam aL-ikhsaN. Ini sekaligus menjadikan perniagaan Ali semakin megah mendaki puncak kejayaan! Menurut Ali, rahsia kejayaannya adalah bergantung penuh kepada tuntutan dalam agama Islam. “Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah,” ujarnya. Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza. “Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya… kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya dalam satu temubual tidak lama dulu.

MENANGI IPHONE 7 Follow akaun instagram kami 'my.warta' untuk cara menyertai peraduan Cuti-Cuti WARTA ini. Atau scan QR code ini menggunakan telefon anda

Ali Hassan sebenarnya memulakan perniagaan dengan modal RM50


17

22 - 28 MAC 2017

Makan

Sajian bereksprimen MakaMakan by Jibby

DI MANA

Hasil kreatif Jibby dalam menghasilkan makanan yang unik

Dekorasi kedai yang cantik dan selesa MURNI REJAB

NAMANYA sahaja unik, MakaMakan by Jibby. Itu be­ lum lagi menu yang di­per­sem­ bahkan di sini. Deko­rasi kedai yang cantik dan selesa turut menambahkan lagi suasana san­tai dan moden untuk men­ jamu selera di sini. Makan Di Mana kali ini membawa anda ke Glo Daman­ sara yang menyajikan menu Melayu moden dan nusantara yang masih me­ nge­­kalkan ciri kemelayuan, pe­­miliknya mahu pastikan setiap hidangannya lain dari lain. Minat terhadap seni pem­­ buatan makanan telah men­ dorong pemiliknya, Mohd Najib bin Abdul Hamid, 37, atau lebih dikenali de­ ngan jolokan Jibby untuk

menyajikan seni makan ter­ baik kepada pelanggannnya. Pengalaman 17 tahun dalam bidang masakan dan kulinari ser­ta pembelajaran dan pe­nga­ laman di Australia digunakan sepenuhnya. Memang tidak meng­ ham­ pa­ kan apabila tiga hidangan wajib cuba di restoran ini mem­berikan rasa yang cukup menarik. Bernie Bergedil, Nasi Uduk Dulang dan Nasi Kerabu Diraja adalah menu utama di restoran yang baharu sahaja menapak tiga bulan di sini. Mungkin nama hidangan ini kedengaran agak baharu namun sebenarnya ia adalah hasil kreatif Jibby yang telah lama menjalankan eks­pe­ri­men untuk menghasilkan ma­kanan yang enak dan unik. Seperti Bernie Bergedil, ia sebenarnya adalah telur

rebus bersama kentang yang dilenyek, sayur bayam, daging salai dan penambah rasa, sos hollandaise. Hidangan yang sesuai dimakan di waktu pagi ini mampu mengenyangkan perut anda dengan sajian ciri kemelayuan. Nasi Kerabu Diraja pula di­ eksperimenkan dari segi warnanya. Lari sedikit dari konsep sebenar nasi kerabu yang berwarna biru, Jibby meng­ gunakan kunyit untuk menampakkan warna ke­ ku­ ning­ an seiring dengan nama hi­dangan tersebut iaitu diraja. Seperti hidangan nasi kerabu lain, hidangan ini turut di­ hi­ dangkan bersama sambal budu serta ayam percik. Bagi yang meminati nasi lemak, anda boleh cuba Nasi Uduk Dulang yang seakan nasi lemak tapi adunan rasa

Lima buah terbesar di dunia Sengkuang

Sengkuang seberat 21 kilo­ gram ditemui di Jawa Tengah, Indonesia. Memiliki diameter 129 sentimeter, dan panjang 47 sentimeter serta tinggi 30 sentimeter ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk tempatan di situ.

Labu

Dua saudara kembar Ian dan Stuart Parton berjaya meng­hasilkan labu terbesar di dunia. Labu tersebut memiliki ukuran 160 lebih besar dari ukuran labu biasa.

Pokok pisang

Pokok pisang mencecah ke­ tinggian 25 meter serta berdiameter 3 meter dijumpai di Papua, Indonesia dan memiliki daun sepanjang 5 meter.

Tomato

Simon Crawford berjaya meng­ hasilkan tomato 12 kali lebih besar dari tomato biasa. Tomato ini dapat disajikan untuk empat orang.

Tembikai

Tembikai sebesar 104.5 kilogram ditanam oleh seorang pekebun dari Indonesia di kebun miliknya.

Pelanggan selesa dengan suasana santai dan moden

bersama sambal dan sos ter­ sendiri serta kentang ber­ lada serta tulang rusuk daging mem­ beri sedikit kelainan. Minuman pilihan pula adalah Hawaiian iaitu isi kelapa yang segar dikisar ber­­ sama dengan aiskrim ke­ lapa dan dicampur dengan buah longan. Selain itu, jus tembikai bersama laici dan se­ dikit sentuhan lemon se­ba­­gai penyegar dalam mi­nu­man turut menjadi pilihan

pe­ langgan yang berkunjung ke sini. Paling menarik adalah setiap hidangan diletakkan dalam pinggan khas buatan ta­ ngan yang ditempah khas untuk pelanggan MakaMakan by Jibby. Restoran MakaMakan by Jibby mampu memuatkan 70 orang dalam satu masa dan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.


18

22 - 28 MAC 2017

JENAMA

Di sebalik

Hello Kitty lahir di Jepun

Yuko Yamaguchi pereka ketiga Hello Kitty

MURNI REJAB HELLO KITTY adalah nama un­ tuk sebuah karakter kar­ tun yang dicipta oleh sya­ rikat Sanrio di Jepun. Hello Kitty atau dahulunya di­ kenali dengan nama Kitty White adalah personifikasi dari kucing berwarna putih dengan hiasan reben di te­ linga sebelah kiri dan mulut yang tidak digambarkan. Mula diperkenalkan pada tahun 1974. Hakcipta Hello Kitty didaftarkan pada tahun 1976. Ketika pertama kali diperkenalkan, sasaran utama pemasaran Hello Kitty adalah kepada gadis muda, tapi kini penggemar Hello Kitty terdiri

dari wanita dan lelaki tidak mengira usia malah watak Hello Kitty pada asalnya mun­ cul sebagai barang tarikan bagi gadis muda, seperti dom­pet. Pada 1962, Shintaro Tsuji, pengasas syarikat Sanrio, mu­ la menjual kasut getah dengan melukis bunga di atas kasut tersebut. Shintaro me­ nyatakan bahawa ke­un­tungan diperoleh dengan me­nambah satu rekaan co­ mel kepada kasut tersebut. Oleh itu, dia mengupah pe­lukis-pelukis kartun untuk me­reka bentuk watak-watak comel untuk ba­ rangannya. Ke­munculan pertama karakter Hello Kitty adalah pada 1976 di Amerika Syarikat

Rumah Hello Kitty bernilai RM5.32 juta SEORANG wanita peminat fanatik Hello Kitty dari Singapura membelanjakan RM5.32 juta dekorasi rumahnya menjadi kediaman Hello Kitty. Connie Sim yang sangat menyukai karakter Hello Kitty mengupah seorang pereka dalaman, Terry Goh untuk mengubah rumahnya. Dapurnya turut didekorasi ala Hello Kitty dengan sebuah bar mini yang sesuai digunakan untuk bersantai. Rumah tersebut turut dilengkapi dengan koleksi Hello Kitty milik Sim. Selepas tujuh tahun, akhirnya rumahnya diubah 100 peratus menjadi kediaman Hello Kitty.

Connie Sim bersama koleksi Hello Kittynya.

iaitu pada dompet syiling berlatar belakangkan negara Jepun, Hello Kitty itu duduk antara sebotol susu dan satu bekas ikan emas. Di Jepun, penggemar Hello Kitty disebut Kitty-ra. Pada tahun 2004, barang-barang Hello Kitty menembusi pa­ saran lebih dari 60 negara di se­luruh dunia. Malah karakter Hello Kitty kini mewakili bu­ daya Jepun. Rangkaian produk Hello Kitty telah berkembang dari anak patung, pelekat, kad ucapan, pakaian, aksesori, be­ kalan sekolah dan alat tulis, pem­ bakar roti, televisyen, per­­ kakasan rumah dan per­ alatan komputer.

Yuko Shimizu pereka asal Hello Kitty

Pereka Hello Kitty

Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Yuko Shimizu pada tahun 1974. Yuko Shimizu dilahirkan pada 1 November 1946. Dia di­ lahirkan di Chiba Pre­ fecture. Selepas menamatkan pe­ ngajian di Universiti Mu­ sashino Art, Yuko mencipta Hello Kitty di Sanrio pada 1974. Dia meninggalkan Sanrio pada 1976 untuk berkahwin, dan menyatakan bahawa He­ llo Kitty tidak memberi pulangan lumayan kepadanya lalu menjadi pereka bebas. Karakter lain yang direkanya adalah Angel Cat Sugar dan Rebecca Bonbon. Dia turut me­ nerbitkan buku gambar. Shi­ mizu meninggalkan syari­ kat kira-kira setahun ke­mu­dian. Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih se­ lama lima tahun berikutnya sehingga 1980 apabila tugas ini diserahkan kepada Yuko Yamaguchi. Pereka ke tiga adalah Yuko Yamaguchi. Dia dilahirkan di Kochi, Jepun. Yuko menyertai Sanrio pada 1978 dan fokus kepada karakter Hello Kitty. Selain Hello Kitty, Yuko turut mereka cipta Jewelpet, kartun animasi Jepun, sejak 2008. Dia turut melakukan ilustrasi untuk maskot TV Asahi, Go shan.

Restoran Hello Kitty pertama di dunia SEORANG pengusaha restoran berasal dari China, Man Kwong memanfaatkan populariti Hello Kitty dengan membuat restoran ala Hello Kitty. Restoran yang pertama dibuka dengan konsep Hello Kitty berada di Hong Kong. Kwong bekerja keras untuk bereksperimen pada beratusratus resipi dan variasi dim sum. Dim sum dengan bentuk Hello Kitty adalah salah satu menu yang menjadi popular dalam restoran ini. Dim sum Hello Kitty ini dihiasi dengan tepung dengan pewarna, mata dim sum dibuat dari dakwat sotong serta kulit yang diperbuat daripada tepung yang berkualiti tinggi.

Menu popular Man Kwong

Asal usul nama Hello Kitty

Nama Kitty berasal dari­ pada kucing Alice yang di­ namakan Kitty dalam buku ‘Through the Looking-Glass’ oleh Lewis Carroll. Apabila teman lelaki Hello Kitty, Dear Daniel dicipta dalam 1999, pereka mengambil namanya daripada sebuah filem 1971, Melody, yang dibintangi oleh Mark Lester sebagai satu wa­ tak dikenali sebagai Daniel yang menonjolkan lagu-lagu Bee Gees. Sebelum Shintaro Tsuji, pemilk syarikat San­ rio me­ mu­tuskan untuk me­letak­kan Hello sebagai nama Hello Kitty, Hi Kitty adalah idea pertamanya. Selain itu, jurucakap San­ rio berkata, Hello Kitty tidak mempunyai mulut kerana mereka mahu setiap orang me­ nunjukkan perasaan gem­ bira atau sedih ke atas karak­ ter Hello Kitty tersebut. Tam­ bah­an lagi, penjelasan Sanrio adalah kerana Hello Kitty bercakap dari jantung yakni tidak terikat dengan manamana bahasa tertentu kerana Hello Kitty adalah duta dan mewakili dunia. Dunia Hello Kitty ini juga ter­masuk satu kelompok kum­ pu­lan kawan-kawan dan ahli keluarga. Malah, sejak 2004 ia mempunyai seekor binatang peliharaan kucingnya yang dipanggil Charmmy Kitty, dan seekor binatang peliharaan hamster dipanggil Sugar. Charmmy menyerupai Hello Kitty tetapi lebih ber­ cirikan kucing. Charmmy Kitty diberikan kepada Hello Kitty oleh bapanya, George White, dan Sugar oleh teman lelakinya Dear Daniel. Jadi ber­tepatan dengan moto sya­ rikat Sanroi iaitu mahu me­ ngekalkan hubungan per­ sahabatan di seluruh dunia.


19

22 - 28 MAC 2017

21

21

Aktres Hollywood terkaya

21

20 Aizat lancarkan album baru 23

Sukar curi hati Neelofa

20


20

22 - 28 MAC 2017

Sukar curi hati Neelofa

S

UKAR juga untuk ‘mencuri hati’ pelakon jelita, Neelofa. Dia ma­ hukan kelainan dan mengambil cabaran sebagai asas untuk ban­ gkit semula dalam setiap persem­ bahan para peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017). Sebagai juri tetap MLM 2017, dia men­ gakui masih belum berpuas hati dengan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh semua peserta. Sekalipun ada perubahan katanya, namun masih ada yang gagal menyahut caba­ ran memperbaiki persem­ bahan, masih ada yang gagal kekalkan rentak dan mutu persembahan dan tak capai tahap sep­ erti yang dikehendaki. Neelofa mengakui bukan mudah untuk dia berikan markah penuh atau lima Ha! kepada peserta, tetapi jika mer­ eka berjaya be­ rubah tidak mustahil lima Ha! akan di­ perolehi dengan

syarat mematuhi apa yang telah dia luahkan ini. “Biarlah berjenaka dengan member­ ikan mesej kepada masyarakat di luar sana, pelawak juga ‘public figure’, mer­ eka ada pengikut, jadi berikan sesuatu yang ada faedah dan memberi didikan kepada penonton,” katanya lagi. Neelofa berganding bersama Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Najip Ali sebagai panel juri MLM 2017 yang dikemudikan hos tetap, Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). MLM 2017 menyaksikan 11 peserta merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 dalam rancangan selama 12 minggu ini.

Info mengenai Neelofa NEELOFA atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dilahirkan pada 10 Feb 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Berdarah kacukan Pakistan dan Arab. Mula dikenali selepas memenangi Dewi Remaja 2009/10. Filem pertama lakonannya adalah Azura pada tahun 2012, juga terlibat dalam banyak siri drama tv tempatan. Neelofa turut diberi kepercayaan sebagai pengacara rancangan popular tv selain mengendali beberapa siaran langsung anugerah seni hiburan. Pada 2014 dia mengikuti kelas seni lakon di Akademi Filem New York. Sebagai selebriti, ditambah pula dengan anugerah rupa paras men­ awan, Neelofa turut tidak dapat lari daripada gosip. Dia pernah dikhabar­ kan mempunyai hubungan dengan seorang kerabat Diraja, kisah itu men­ jadi teggelam timbul, namun akhirnya dia tidak menafikan sebaliknya Neelofa berkata dia memilih untuk tumpukan karier di bidang seni dan mahu hidup seperti manusia biasa. Dia juga pernah dikaitkan dengan artis lelaki, banyak juga kritikan dan tak ketinggalan yang mahu dia dan artis lelaki itu segera mengikat hubun­ gan, bagaimanapun kisah itu hanya berlalu begitu sahaja. Terkini Neelofa terjun ke dunia perniagaan dengan beberapa produk seperti kanta lekap jenama Lofalens, produk kecantikan atas nama Beautea Slim dan pakaian Muslimah berjenama Naelofar Hijab.

Syria, Jangan Menangis

PELUANG berkolabra­ si bersama komposer pujaannya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menghasilkan sesuatu yang terkesan dan paling penting satu kelainan yang dinan­ ti-nantikan selama ini. Aizat Amdan, setelah agak lama menyepi kini muncul dengan 'Jangan Menangis' sentuhan Faizal Tahir, Mike Chan dan dirin­ ya sendiri. 'Jangan Menangis' had­

iah besar Aizat untuk pemi­ natnya dan ditujukan kepada insan-insan tidak bernasib baik di Syria. Melaluinya, Aizat mendoakan agar pelar­ ian Syria segera diberikan keadilan, hentikan tangisan dan ratapan mereka serta mengajak peminat untuk sama merasai derita mere­ ka yang sedang berdepan sengsara yang belum tentu bila kesudahannya. Hatinya cukup tersentuh ketika berdepan sendiri situa­

si pilu itu ketika dia bersama rakan artis lain dalam siri 1Moment4them di negara bergolak itu tidak lama dulu. Aizat pulang bersama rintihan rakyat Syria, maka terhasillah Jangan Menangis. Julung kali diberi peluang gabungkan tenaga bersa­ ma Faizal dan Mike, Aizat menganggap karya ini lebih matang dan menyentuh selain mengandungi mesej yang luas dan universal. "Faizal memberi keper­ cayaan penuh kepada saya untuk menyiapkan lirik lagu ini," jelasnya. Aizat berharap agar single ini akan dapat memberi ketenangan kepada penden­ gar dan sentiasa ingat bahawa ada insan sedang menangis di waktu kita bergembira di tanah air ini. Khas buat peminat Aizat Amdan atau Aizat ‘Kasi Gegar’ ini , Jangan Menangis edaran Warna Music ( M ) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua platform digital mulai 10hb Mac 2017.


21

22 - 28 MAC 2017

Aktres Hollywood berpendapatan tertinggi

H

OLLYWOOD adalah dun足 ia di mana glamour dan kemewahan bergabung. Pendapatan mereka yang menghidupkannya juga bukan bia足 sa-biasa malah boleh dikatakan setaraf dengan pemuka konglomerat. Bermodalkan nama yang punya ju足 taan pengikut di seluruh dunia sekali gus kualiti penampilan yang menjan足 jikan kepuasan penonton, artis-artis Hollywood meletakkan tanda harga yang lumayan kepada produser yang mahukan khidmat mereka. Ini kerana nama besar mereka mampu untuk menarik wang keluar dari kocek peminat, terus ke kantung penerbit filem. Berikut adalah 20 aktres Hollywood yang berpendapatan paling tinggi bagi 2016

Jennifer Aniston AS$24.7 juta

4

Reese Witherspoon AS$15 juta

9

Julia Roberts AS$10 juta

15

Angelina Jolie AS$40 juta

Anne Hathaway AS$24 juta

Amy Adams AS$15 juta

Emma Stone AS$10 juta

16

10

5

3

Scarlet Johansson AS$57.5 juta

Melissa McCarthy AS$24 juta

Cara Delevingne AS$15 juta

Natalie Portman AS$8.5 juta

11

17

6

Jennifer Lawrence AS$61.7 juta

Bingbing Fan AS$20 juta

Kristen Stewart AS$12 juta

Margot Robbie AS$8 juta

2

18

12

7

Tina Fey AS$10.5 juta

Meryl Streep AS$6 juta

19

Sandra Bullock AS$20 juta

13

1

8

Amanda Seyfried AS$10.5 juta

14

Mila Kunis AS$4.5 juta

20


22

22 - 28 MAC 2017

RELEKS

Jom Wayang Filem: Kong: Skull Island Pawagam: Suria KLCC Masa: 2.30PM 8.30PM GENRE: Aksi/ Pengembaraan MASA TAYANGAN: 120 minit MULA TAYANGAN: 16 Mac 2017 Pengarah: Jordan Vogt-Roberts Dibintangi: Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Brie Larson SINOPSIS: Sekumpulan saintis meneroka sebuah pulau yang belum diterokai di Pasifik. Aksi debar dan cemas apabila pertembungan pemikiran saintis yang mahu berjaya dalam kajian bertembung dengan kehidupan kingkong yang telah menganggap kumpulan itu mahu menggangu gugat habitat mereka. Filem: Oru Mugathirai Pawagam: Suria KLCC Masa: 2.30PM 8.30PM GENRE : Suspen MASA TAYANGAN: 120 minit MULA TAYANGAN: 17 Mac 2017 Pengarah: KR Senthil Nathan Dibintangi: Shures Sharma, Rahman SINOPSIS: Menjadikan Facebook sebagai jalan utama cerita, Oru Mugathirai melibatkan tiga segmen kisah penting. Tiga watak utama iaitu seorang gadis kolej, pekerja IT dan ahli psikiatri. Selangkah ke dunia moden, itu yang ingin dipaparkan melalui filem ini. Filem: Attraction Pawagam: MBO Galaxy Cineplex, Ampang GENRE: Drama / Cinta / Sains Fiksyen MASA TAYANGAN: 135 minit MULA TAYANGAN: 16 Mac 2017 Pengarah: Fedor Bondarchuk Dibintangi: Oleg Menshikov, Rinal Mukhametov, Irina Starshenbaum SINOPSIS: Selepas kemalangan angkasa, sekumpulan makhluk asing telah terhempas betul-betul di tengah bandar Moscow. Kejadian mengorbankan beratus nyawa manusia. Muncul seorang gadis tekad untuk bersahabat dengan makhluk asing tersebut dan akhirnya dia akan membunuh mereka. Bagaimanapun, dia telah menyelamatkan salah satu makhluk asing itu dan akhirnya jatuh cinta kepadanya. Ia telah menyebabkan teman lelakinya patah hati dan mula menyerang kumpulan makhluk asing. Konflik terus melanda apabila wanita tadi percaya hanya kumpulan makhluk asing itu akan berjaya menyelamatkan manusia tetapi sebaliknya teman lelakinya tegas untuk memewaskan propaganda tersebut.


23

22 - 28 MAC 2017

RELEKS

Ulasan Filem

Kisah wira Kanang

SUDOKU

Jawapan

Jawapan

Filem Kanang Anak Langkau The Iban War­ rior arahan Bade Haji Azmi menjadi sebuah filem mesti tonton untuk semua lapisan dan bangsa di negara ini. Filem ini memaparkan kisah tentang seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70an. Dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pela­ kon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi. Berkisar tentang Kanang, seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok. Tahun 1965 adalah kemuncak pemberon­ takan komunis di Malaysia dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman komu­ nis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan komunis. Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apa­ bila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983. Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cede­ ra parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas komunis. Jika sebelum ini kita hanya mengikuti kehebatan kisah Kanang di helaian buku, ren­ cana mahupun cerita mulut, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton sendiri 'jelmaan' Kanang. Lebih menarik ia dilakonkan sendiri oleh anak mendiang, Langgi. Pastinya darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh Langgi menguatkan lagi episod Kanang Anak Langkau The Iban Warrior ini. TAJUK : KANANG ANAK LANGKAU THE IBAN WARRIOR Tarikh Tayangan : 16 Mac 2017 Genre : Aksi Nilaian : **** Pengarah : Bade Haji Azmi Terbitan : Tangan Seni Sdn Bhd Pelakon : Langgi Anak Kanang, Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing Pawagam : TGV Suria KLCC Masa : 6.30PM 9.00PM


24

22 - 28 MAC 2017

HOT

Hobi orang ternama

Pagi, petang jalan kaki di pasar raya MURNI REJAB

TRIMA kaseyyyy...Trademark vokalis kumpulan pop ter­ sohor negara Alleycats, Da­ tuk David Arumugam su­ dah begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Tidak per­ lu tunggu lama, ada ke­ tika selang dua patah per­ kataan sahaja atau ada ruang senggang antara lirik, per­ kataan 'Trima kaseyyyy' akan terpacul dari mulut David. Alleycats muncul di era 70-an, begitu banyak lagunya yang meruntun jiwa dengan nostalgia tersendiri di hati peminatnya. Sekuntum Ma­ war Merah, Setahun Sudah Ber­ lalu, Hingga Akhir Nanti, Andainya Aku Pergi Dulu, Sampaikan Salam Cintaku, Layang-layang Terputus Tali­ nya, Seribu Bintang, Sekiranya Aku Tahu, Suara Kekasih, Jika Kau Bercinta Lagi dan Senyumlah Kuala Lumpur antara lagu berhantu alunan suara serak lelaki berambut afro ini bersama adiknya Loga. Hingga kini David masih aktif menyanyi, kehilangan Loga hampir 10 tahun lalu sedikit menggangu emosinya, namun dia terus mengharungi dunia seni. Dia masih 'laku'. Terbaharu wajah David terpampang di iklan billboard di lebuhraya utama yang menggambarkan air teh tarik yang berbuih lebat dengan penggunaan

susu jenama Dairy Champ. WARTA ber­ temu David Arumugam di sebuah kedai kopi berdekatan tempat tinggalnya untuk mendekati otai lajen ini untuk berkongsi hobinya dengan kita semua. Selain menyanyi, ada perkara lain yang di­laku­kannya setiap hari. Bagaikan tidak percaya, hobi yang se­ring dilakukannya adalah ber­jalan kaki. "Saya memang suka ber­ jalan kaki untuk kesihatan badan," ujarnya senyum. Tanpa ditemani sesiapa, David melakukan rutin harian­ nya ini setiap hari. David akan menghabiskan tiga hingga empat jam setiap hari untuk berjalan kaki. Jelasnya hobi ini dilakukan selama empat tahun berturutturut selepas dia mendengar

MENARIK MINGGU INI

Inspirasi . Informasi . Motivasi

Capital TV saluran 420 HyppTV untuk siaran 22 - 28 Mac 2017

Program : Santai Familia Musim Kedua Episod : 8 Tarikh Siaran : 27 Mac 2017 (Isnin) Masa : 8:30 malam

‘JOURNEY OF LOVE’ DI TANAH AINA FARRAH SORAYA

Usai lena panjang di chalet ditemani gemersik bunyian rimba, bangun pagi adalah antara saat terbahagia tatkala bercuti di Tanah Aina Farrah Soraya yang terletak di dalam hutan tropika di Raub, Pahang. Manakan tidak, air terjun yang cuma berada di depan chalet, mendesirkan bunyi yang sungguh mendamaikan jiwa. Dengan slogannya, ‘Journey of Love’, Tanah Aina lokasi paling ideal untuk menerokai cinta pada alam semulajadi dengan sejuta keseronokan menanti pengunjung seperti lompatan ‘Leap of Faith’ di air terjun dan flying fox merentasi hutan hujan tropika.

tips kesihatan dalam internet mengenai berjalan mampu menyihatkan badan hanya dengan 1000 langkah se­ tiap hari. Tidak hairanlah me­ lihatkan dirinya yang masih kekal sihat biarpun di usia 67 tahun. Jangan hairan kerana lo­ kasi utama untuknya ber­jalan kaki adalah di pusat beli-belah Mid Valley. David ada alasan tersendiri kenapa dia memilih gedung itu. “Mid Valley sejuk, ada aircond, lagi pun di sana terdapat pelbagai kemudahan yang dapat digunakan. Antaranya bank, kedai barang, foodcourt dan sebagainya. Dekat dengan rumah pula, sambil berjalan boleh cuci mata. Dan yang paling saya suka adalah jika menemui kerusi urut di situ. Hendak tahu kenapa? Kerana selepas penat berjalan, saya dapat mengurut,” ujarnya sambil ketawa. Jelasnya lagi, ketika berjalan kaki, dia turut dapat melayan telatah peminatnya dari Singapura, Brunei dan pelbagai negara lain yang datang menegurnya untuk swafoto. David akan meluangkan masa di waktu pagi antara 11 pagi hingga 12 tengahari dan antara waktu petang jam 3 petang atau 5 petang untuk melakukan aktiviti berjalan kaki. Manakala pada hari Sabtu

dan Ahad, David banyak me­ luangkan masa di rumah ber­ sama isteri ter­sayang dengan menonton televisyen. Dia gemar menonton badminton dan Formula One.

Anda pernah main badminton? Soalan WARTA.

jatuh ke bawah, dia akan ka­ lah. Selain itu, saya juga selalu bermain bola sepak dan berenang di laut. Ketika pulang ke rumah, saya pasti dimarahi ayah kerana tidak meminta kebenarannya per­ gi berenang,” jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu.

"Saya cuba untuk bermain badminton, tetapi setiap kali main, mesti bola badminton pergi jauh. 15 kali main bola pergi jauh juga dan sejak dari itu saya dah give up," jawanya sambil ketawa. Mengimbau kenangan ketika sembilan tahun berada di Hongkong, se­ masa umur 28 tahun, David juga suka me­masak. “Saya akan beli buku masak dan follow resepi dan jika tidak tahu, saya akan telefon emak di Malaysia,” jelasnya yang suka memasak masakan Malaysia seperti lak­ sa, tomyam, kari dan sayur- sayuran. Malah ketika kecil, David memberitahu hobi­nya ketika di zaman 60-an adalah memanjat pokok, bermain bola sepak dan berenang. "Saya bersama ji­ ran akan panjat pokok, siapa yang

Program : Biz Tips Episod : 9 Tarikh : 22 Mac 2017 (Rabu) Masa : 8.30 malam

Program​​ : Legasi Niaga Musim 2 Episod​​​ : 12 Tarikh​​​ : 28 Mac 2017 (Selasa) Masa : 8.30 Malam

PENGALAMAN JADI SANDARAN BINA PERNIAGAAN Meskipun hanya memiliki sijil kemahiran, Jamal Saari tidak pernah berputus asa mengejar impian membina empayar perniagaannya. Berkat kesabaran dan berbekal pengalaman 15 tahun, kini beliau merupakan pemilik syarikat kontraktor Seri Sinar MZ. Bagaimana pengalaman mampu menjadi aset untuk membina perniagaan? Dapatkan tips penuh inspirasi ini hanya dalam Biz Tips.

KECUNDANG DI TENGAH JALAN, BUKAN PENAMAT IMPIAN Diasaskan Datuk Hajjah Kamaliah Abdul Halim, 57, pada 17 tahun lalu secara kecil-kecilan, RZAC kini menjadi legasi perniagaan kosmetik yang bertapak kukuh. Terkini, beliau mensasarkan pengeluaran 10 produk baru setiap tahun. Kejayaan ini tidak datang bergolek, kerana pelbagai cabaran diharungi beliau sejak memulakan perniagaan dalam bidang kosmetik. Kisah suka duka perjalanan wanita hebat ini dikongsi dalam Legasi Niaga Musim 2.

Program​​ : House Hunt 2 Episod​​ :9 Tarikh​​​ : 31 Mac 2017 (Jumaat) Masa : 8.30 Malam

BAJET ATAU KESELESAAN, MANA LEBIH UTAMA? Harith Fadli, seorang usahawan muda ingin memiliki rumah dengan harga rendah di bandar. Dengan bajet terhad, dua rumah dikenalpasti. Rumah pertama agak selesa tetapi melebihi bajet, rumah kedua pula murah namun kurang selesa persekitarannya. Dengan ditemani sepupunya Helmi Iskandar, rumah manakah yang akan menjadi pilihan Harith Fadli? Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia, khusus untuk Jawapannya dalam House Hunt Musim 2. perniagaan, ekonomi dan isu semasa. Eksklusif untuk pelanggan Unifi TM. Laman web: www.capitaltv.my

FB: TheCapitalTV


25

22 - 28 MAC 2017

Kisah anak muda

Jurugambar perakam detik indah MURNI REJAB

MASIH ternanti-nanti apa pula cerita yang dibawa di ruangan Kisah Anak muda kali ini. Minggu ini kami membawa anda untuk mendekati kerjaya jurugambar yang ketika dahulunya kerjaya ini kurang mendapat perhatian, tetapi kini bagaikan trend, anak muda mula menceburi kerjaya jurugambar. Malah apa yang paling mengejutkan, ada yang mampu memiliki sebuah studio sendiri dan mampu mengupah pekerja walaupun masih di usia muda. Sekilas mengenai kerjaya ini, jurugambar adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej. Tugas mereka ini

penting kerana mereka yang akan merakam detik manis dan mencantikkan imej tertentu. Tanpa jurugambar yang berbakat, gambar akan rosak dan kita pasti tidak berpuas hati. Khairol Adenan dan Aghilan Mariappan masingmasing berusia 29 tahun berkongsi kerjaya sama iaitu menjadi jurugambar sejak bertahun lamanya. Masingmasing mempunyai minat yang sama dalam menjadikan kerjaya ini sebagai mata pencarian mereka. Minat dan bakat membawa mereka ini untuk terus melopori bidang fotografi. Namun keduaduanya mempunyai seni dalam fotografi berbeza. Jom ikuti kisah mereka. Khairol Adenan, namanya mungkin kurang dikenali, tapi apabila disebut Dak Teropong ataupun Pong pasti

Pong (kiri) dan Aghilan pilih kerjaya jurugambar

Hasil kerja yang cantik memukau mata yang melihatnya

ramai yang mengenalinya. Kerana dia bukan calangcalang jurugambar malah hasil bidikan lensa kameranya pernah menghiasi pelbagai majalah, butik, malah artis di Malaysia turut bekerjasama dengannya. Mula berjinak dalam bidang fotografi sejak berusia 24 tahun, jurugambar hebat ini membuat keputusan besar untuk berhenti kerja sebagai juruteknik selepas merasakan bidang fotografi ini mampu memperoleh pulangan lumayan kepadanya malah banyak lagi perkara yang boleh dipelopori dalam dunia fotografi ini. Tidak menyangkal ketika dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja ramai yang mengganggap keputusan itu bodoh dan kerjaya jurugambar ini leceh. Tambahan pula bidang seni fotografi yang dipeloporinya adalah sebagai jurugambar fesyen. Namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus bekecimpung dalam bidang ini. “Sebagai kerja profesional, kerja saya bukan hanya tangkap gambar, pemilihan model dan make-up, bidikan ketetapan kamera termasuk

Pong serius ketika kerja

penataan cahaya adalah yang paling rumit, semua itu saya belajar di Youtube dan Google hingga selepas empat tahun, saya pergi masterclass di United Kingdom,” ujarnya. Pong memilih jurugambar fesyen sebagai kerjayanya kerana menurutnya bidang fesyen lebih meluas. Pong bekerjasama dengan lebih 500 butik malah studionya VEO Studio by Dak Teropong adalah antara yang terbaik di Malaysia malah dia turut melakukan pebagai projek photoshoot di London, Paris, Amsterdam, New Zealand, dan Turkey. Bagi Aghilan pula, dia memilih menjadi jurugambar perkahwinan kerana dia suka merakam detik manis pasangan bahagia ini. Sebab

Fungsi kamera

Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terletak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

KAM

FIJI – Teknologi canggih membolehkan kita melihat dan ‘melawat’ pelbagai lokasi di seluruh dunia hanya dengan melayari skrin komputer atau pun peranti pintar menerusi Google Street View (lanjutan Google Maps) Terkini, Google telah bekerjasama dengan dua penjelajah yang membawa sebuah kamera Street View ke pulau Ambrym di negara Vanuatu. Tempat yang tersohor dengan kawah gunung berapi Marum ini memberikan

pandangan ke dalam kawah tersebut terus kepada pengguna Street View. Pengalaman mencabar ini pastinya diingati sampai bila-bila oleh dua penjelajah tersebut. Ini kerana bukan mudah untuk ke kepulauan Ambrym yang terletak 1600km dari kepulauan utama Australia. Malahan untuk mengambil gambar gunung berapi tersebut juga sangat mencabar, kerana ia adalah gunung berapi aktif yang boleh meletus pada bilabila masa sahaja.

utama dia memilih kerjaya ini adalah kerana minat kepada kamera sejak dari kecil lagi dan bermula dari itu dia mula belajar teknik mengambil gambar melalui Youtube dan Google. Cabaran yang dilalui sebagai jurugambar ini bukanlah satu perkara yang remeh, dengan adanya jurugambar yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ini menjadikan dia untuk lebih banyak melopori dunia fotografi. “Sebagai jurugambar perkahwinan, memang ramai pesaing, jadi saya harus pastikan kualiti gambar saya lebih baik dari jurugambar yang lain,” jelasnya yang lebih empat tahun berkecimpung dalam bidang fotografi.


26

22 - 28 MAC 2017

SALAM SEMUT

Peranan ibu bapa dalam pendidikan

BEBERAPA minggu lepas, ketika saya sedang menikmati makan malam di sebuah gerai, ada sebuah kereta mewah berhenti dan keluar seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an dan seorang wanita hampir sebaya dengan dia serta dua anak, mungkin berumur 6 dan 8 ta­ hun untuk menikmati makan malam di situ. Si ayah membisik sesuatu dan yang lain semua terus memandang ke arah saya. Walaupun saya terkejut mendapat perhatian sedemikian rupa, namun saya melemparkan senyuman pada mereka. Lelaki itu bangun dan datang menghampiri meja saya lalu bersalam sambil berkata, “Cikgu apa khabar?” Dengan segera segala persoalan terungkai dengan sendirinya. Dia me­ manggil anak-anaknya untuk bersalam dan berkata, “ini cikgu ayah dulu, yang ayah selalu cerita.” Semua senyum meleret. Kisah lama itu datang balik dengan jelas seperti filem lama diulang tayang dalam minda saya. Pada pagi Rabu, hampir 27 tahun lalu, ketika Jamal ( ayah budak-budak itu) masih di darjah dua, ibu dia datang mengadu anaknya tidak mahu ke se­ kolah. Ketika itu, saya mengajar di sebuah perkampungan terpencil di mana hu­ bungan antara pihak sekolah dengan masyarakat amat rapat. Oleh kerana sekolah kami kecil, kami sentiasa pasti­ kan semua murid hadir kecuali mereka yang sakit. Mereka yang tidak hadir, biasanya akan dicari sampai ke rumah . Itu cara masyarakat setempat masa itu. Selepas emak Jamal mengadu, saya berpesan kepada rakan sekerja untuk jaga kelas dan terus ke rumahnya. Dari jauh, kelihatan Jamal sedang bermain di depan rumah dalam keadaan siap berpakaian sekolah. Sah, ini kes malas. Sebaik menyedari kehadiran saya, Jamal

melarikan diri ke arah ladang insan yang boleh menyumbang ke kelapa sawit dan saya me­ arah pembentukan negara. ngejarnya. Terjadilah insi­ Bukan bermakna sistem den mirip adegan filem sekarang tidak menghasilkan ‘In­diana Jones’. pelajar yang baik, cuma Sampai di sebuah jumlah murid yang kurang pa­ rit kering di mana peka dengan adab terdapat titi sempit, dia bersekolah dan adab berguru berlari laju ke seberang, menjadi banyak. dan saya tanpa berfikir Ramai ibu bapa sekarang AN ES panjang mengekorinya de­ jauh lebih tinggi pendidikan RAVEN MURUG ngan motosikal. dan kedudukan mereka daripada Tiba-tiba, kayu titi itu patah, dan guru yang seharusnya menjadi faktor saya bersama motosikal terjatuh ke dalam positif dalam membantu guru mendidik parit. Jamal pula terus berlari. anak mereka. Tapi ada kala status status Rupa-rupanya dia menghala ke Facebook dan Whatsapp menunjukkan sekolah, memberitahu guru besar saya ibu bapa adalah regu murid dan bukan lagi sedang ‘berehat’ di dalam parit. Saya jadi regu guru. Langkah kiri inilah yang jadi dihantar ke hospital oleh orang kampung. punca banyak perselisihan antara guru Nasib baik cedera ringan sahaja dan dan ibucbapa. motosikal pun tidak rosak. Beban kerja guru sudah bertambah Emak dan ayah Jamal kemudiannya 10 kali ganda, tetapi tugas utama (core datang melawat saya di rumah dengan business) tetap sama; mendidik anak motosikal buruk sejauh 38 kilometer bangsa menjadi insan berguna. selama tiga hari berturut- turut . Sejak itu, Suntikan idea baharu, kaedah kaedah Jamal tidak pernah ponteng sekolah. pedagogi, sistem pengurusan kelas, Begitulah akrabnya hubungan antara program kawal selia pendidikan dan ibu bapa dan guru-guru masa itu. Senang penilaian yang canggih amat dialu- alukan menjadi guru ketika itu kerana ibu bapa dan amat perlu untuk mengharungi dunia adalah rakan yang membantu guru me­ baharu yang semakin laju memecut leng­ kapkan urusan pendidikan dengan menuju kemajuan. Tetapi keberkesanan me­ nyokong usaha guru di rumah. Murid dalam membentuk sahsiah anak-anak risau kalau emak ayah akan melapor ke­ adalah tanggungjawab bersama guru dan pada cikgu tindak-tanduk negatif me­reka ibu bapa. dan lebih risau jika guru melapor kesalahan Pearson Global Education Index mereka di sekolah kepada ibu dan ayah. 2015 and 2016 (Pertubuhan Antara Saya mula mengajar pada 1983, ketika Bangsa yang mengukur keberkesanan suasana sekolah masih seperti tahun 50an pendididkan secara kuatitatif dan ,60an dan 70an. kualitatif) mengeluarkan senarai negara Dalam suasana ringkas dan mudah yang mempunyai sistem pendidikan yang seperti itu kebanyakan sekolah berjaya berkesan. melahirkan ramai insan yang bergelar Ramai yang terkejut apabila negarapelajar, baik dari segi sahsiah dan mo­ negara Asia Timur menduduki tempat ral. Acuan persekolahan zaman itu se­ teratas dengan menolak Finland yang suai dengan masyarakat tempatan tan­pa dianggap negara yang mempunyai sistem kaedah-kaedah sofistikated tetapi berjaya pendidikan terbaik di dunia, ke belakang. dari segi pencapaian sebenar melahirkan Korea Selatan menduduki tempat

pertama diikuti Jepun , Singapura dan Hong Kong. Finland hanya menduduki tempat kelima. Mengikut pemerhati, keempat-empat negara Asia itu mempunyai objektif pendidikan dan sasaran yang jelas. Paling penting, negara -negara ini mempunyai akauntabiliti pendidikan dan kesungguhan yang diterap ke pelbagai aras masyarakat mereka. Dengan kata lain, pendidikan di negara itu bukan hanya urusan guru di sekolah malah ibu bapa jadi komponen penting yang berganding bahu dengan guru dan bukan bersikap ‘dvisha’ (istilah klasik untuk bermusuhan ). Mungkin ramai tidak perasaan, di Ko­ rea pendidikan adalah urusan tujuh hari seminggu ( kerana ibu bapa adalah ejen guru) dengan peruntukan AS$ 11.3 bilion (RM48.59 bilion) dan mempunyai kadar literasi 97.9 peratus. cJepun pula mem­punyai kadar literasi 99 peratus dan pendidikan berinsentif teknologi serta ke­ luarga memainkan peranan penting. Si­ ngapura yang berkongsi sejarah awal pendidikan dengan Malaysia, kini mem­ punyai kadar literasi setinggi 97.6 peratus. Di Asia tenggara, kedudukan literasi seperti yang dikeluarkan oleh UNESCO pada 2015 adalah 2) Thailand. 96.7 peratus 3). Filipina 96.3 peratus 4). Malaysia 94.6 peratus 5). Indonesia 93.9 peratus 6). Myanmar. 93.1 peratus 7). Laos 79.9 peratus 8). Kemboja 77.2 peratus Harus diingat, salah satu faktor menyumbang ke arah kecermelangan pendidikan di Asia Timur adalah a sumbangan ibu bapa sebagai ejen guru dan bukannya ejen provokasi. Pendek kata, keberkesanan pendididkan bermula dengan gandingan mantap antara guru dan ibu bapa.

Kami >> Menjual dan membeli emas baharu / lama << >> Surat pajak gadai << >> Mencuci emas <<

Khairune Ali : 012-200 3888 Ida : 011-3934 7850


22 - 28 MAC 2017

27

PERHATIAN

Pengusaha bisnes gaya hidup yang berminat mempromosi produk atau servis anda boleh nyatakan hasrat melalui emel pengarang@warta.my

Gaya hidup TRENDY

Patch penampal gaya

MURNI REJAB

Patch turut ditampal pada jeans

TAMPALAN patch pada pa­ kai­ an, topi, jaket, tudung dan sebagainya membantu si pemakainya kelihatan ber­ gaya, cantik, tampil menarik, ceria dan lebih trendy. Perincian patch di­ ins­ pi­ rasikan daripada lencana badan beruniform dari negara barat. Patch mula menjadi trend hangat pada awal tahun ini walaupun hakikatnya ia telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lepas. Kepelbagaian rekaan patch yang menarik bukan sa­ haja dilimitkan untuk wa­ nita, malah lelaki turut menampal pelbagai rekaan patch di pakaian mereka. Anda boleh bereksperimen dengan membeli pakaian atau barangan polos dan menampal patch mengikut kreativiti sendiri. Jika anda mempunyai pakaian lama, jangan dibuang kerana anda boleh membeli

pelbagai rekaan patch yang ditawarkan di pasaran yang diminati golongan remaja dan dewasa ini untuk ditampalkan di pakaian anda. Percayalah, pasti ada mata yang akan memandang. Pelbagai rekaan patch yang menarik mengikut trend semasa menjadikan ra­ mai peminatnya rambang mata untuk memilih, dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Antaranya rekaan berunsur makanan seperti donut, aiskrim, berunsurkan ketenteraan, funky serta pel­ bagai lagi rekaan menarik. Patch bukan trend untuk mencantikkan pakaian sahaja te­ tapi ia melambangkan per­­­sonaliti seseorang yang ber­­dasarkan motif-motif yang dipilih dan ditampal di pakaian masing-masing malah ia juga boleh meningkatkan keyakinan diketika anda me­ langkah keluar. Patch juga mudah didapati menerusi kedai maya iaitu di

Kategori Patch Terdapat beberapa kategori patch iaitu jenis tebal bersulam, sulam sekuin dan baldu. · Jenis tebal bersulam lebih tahan lama dan warnanya juga terang kerana menggunakan benang berwarna untuk sulaman. · Patch jenis ini merupakan trend terkini yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengikut fesyen rentetan penularan penggayaan jaket bomber. · Kategori sulam sekuin pula hampir sama dengan jenis pertama. Bezanya, permukaan patch dihiasi dengan sekuin berwarna-warni bagi menghasilkan kesan berkilau apabila ditampal pada pakaian.

Facebook dan Instagram atau boleh membeli secara terus daripada kedai yang terdapat di pusat beli-belah. Malahan ada penjual yang menyediakan pilihan patch tertentu dan ditampal mengikut kreativiti pelanggannya. Memberikan gaya yang unik dan anda akan kelihatan seperti fashionista, jom cuba patch.

Tampil bergaya dengan Patch

Korea Selatan internet terpantas dunia

LONDON - Korea Selatan mun­ cul negara yang mem­ punyai akses internet ter­ pantas di dunia, dengan ke­ lajuan 37.5 megabites per second (mbps) lapor OpenSignal, London. Ia diikuti Norway dan Hungry dengan kelajuan 34.7 mbps dan 34.8 mbps, sementara Singapura di tangga ke empat dengan kelajuan 30.05 mbps dan Australia pada tangga kelima mencatatkan kelajuan 26.25 mbps. Belanda, Denmark, Lithuania, Sweden dan Jepun masing-masing pada kedudukan ke enam hingga ke 10.

Kajian OpenSignal ini dilakukan terhadap lebih sejuta penggunanya daripada 19 bilion pengakses internet di 87 buah negara di antara Nov 2016 hingga Jan 2017. Dapatan daripada kaji selidik itu adalah seperti berikut: 1. Korea Selatan : 37.5 mbps 2. Norway : 34.77 mbps 3. Hungary : 31.04 mbps 4. Singapura : 30.05 mbps 5. Australia : 26.25 mbps 6. Belanda : 25.71 mbps 7. Denmark : 24.41 mbps 8. Lithuania : 22.81 mbps 9. Sweden : 22.18 mbps 10.Jepun : 21.79 mbps


28

22 - 28 MAC 2017

MAKAN angin

Bercuti ke ‘England’ Malaysia Ikon Bukit Fraser – Menara jam kecil yang terletak di tengah-tengah pekan ini.

Teks: Amir Raihan Foto: Tourism Malaysia

“LAN, cuti sekolah ni kau dah ada rancangan ke nak bawa keluarga bercuti kat mana?” “Cuti sekolah ni rasanya nak bawa diorang pergi Bukit Fraser lah,” jawab Azlan. “Bukit Fraser? Best ke? Apa yang ada kat sana tu? Macam takde apa je...” soal Fendi bertalu-talu. “Mesti kau tak pernah pergi, kan?” teka Lan. “Memang aku tak pernah pergi. Aku dengar orang cakap je, takde yang menarik kat sana tu," kata Fendi tersengih. “Itulah kau... lain kali jangan dengar cakap orang je. Kena pergi dan rasa dulu pengalaman tu. Kalau kau nak tahu...kat Bukit Fraser tu macammacam ada...ada itu...ada ini..." terang Azlan. Fendi yang mendengar penerangan Azlan yang panjang lebar tu terus rasa

macam ada magnet yang melekat di kepalanya lalu berkata, “Lan, aku join kau bercuti sekali ke Bukit Fraser, boleh?” Benar. Kebanyakan orang tertanyatanya apa istimewanya Bukit Fraser selain daripada acara wajib, bergambar di hadapan menara jam Bukit Fraser. Terletak di banjaran Titiwangsa dan bersuhu sekitar 17 hingga 24 darjah Celsius, Bukit Fraser mempunyai daya tarikan semula jadi flora dan fauna. Dikenali dengan jolokan ‘The Little England of Malaysia’, Bukit Fraser merupakan sebuah destinasi peranginan yang sesuai untuk anda yang menggemari percutian santai dan relaks. Maka, disebabkan itu lah anda akan dapat melihat kebanyakan bangunan yang ada di sini dibina mengikut pengaruh kolonial era British. Dan nama Fraser itu sendiri diberi bersempena dengan nama pengembara British iaitu Louis James Fraser. Lain orang lain cita rasanya. Bagi

Aktiviti air di Allan's Water.

penggemar alam semula jadi, pastinya Bukit Fraser bakal meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Manakan tidak, suasananya yang agak dingin lebihlebih lagi menjelang petang membawa ke malam merupakan suasana berbeza yang tiada di tempat lain. Suhunya lebih kurang anda berada di Cameron Highlands ataupun Genting Highlands. Walaupun kawasannya tidak berapa besar, namun terdapat pelbagai aktiviti yang dapat anda lakukan tidak kira sama ada anda datang bersama keluarga mahupun teman. Jom kita jalan!

Berkuda di The Paddock

Sesi menunggang kuda berhampiran The Paddock.

Jika anda tidak pernah menaiki kuda, namun hati teringin sekali untuk menunggangnya, nah di sinilah tempat terbaik untuk anda mencuba tanpa rasa ragu. Anda akan berpeluang menunggang kuda sambil diawasi oleh pekerja di situ untuk membuat

pusingan sepanjang 100 meter. Harga untuk dewasa dikenakan sebanyak RM9 manakala untuk kanakkanak RM6.50. Namun, ada juga pakej harga untuk dewasa menunggang bersama kanak-kanak dengan bayaran RM11 sahaja.

Memanah

Anda gemar memanah atau baru nak cuba-cuba memanah? Dalam perjalanan menuju The Paddock, anda akan menemui lokasi untuk memanah. Tak kisah sama ada anda ingin berkuda dahulu atau memanah kerana lokasi kedua-duanya berdekatan. Tak perlu risau jika anak panah anda tersasar kerana anda boleh mencubanya berkali-kali sampai anda berpuas hati dengan sasaran anda. Yang penting, bayar saja. Harga yang dikenakan cuma RM11 untuk 10 anak panah.

29


29

22 - 28 MAC 2017 PERHATIAN

Operator pelancongan yang berminat untuk mempromosi produk dan perkhidmatan anda menerusi ruangan ini sila emelkan hasrat anda menerusi pengarang@warta.my

PRODUK

Scrubba Wash Bag

Tidak perlu lagi simpan baju kotor ketika bercuti Scrubba Wash Bag diperbuat daripada kain jenis microbial dan hidrolisis yang disertakan dengan tetingkap lutsinar untuk melihat kain basuhan dan tahap mengisi jumlah air yang diperlukan. Cara Penjagaan -Bilas beg cucian ini luar dan dalam setiap kali selepas cucian dan keringkan bahagian dalam beg bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tahan lama. -Jangan dedahkan beg cucian ini di bawah kepanasan melebihi 50 darjah BETAPA azabnya terpaksa menggulung baju baju kotor ketika bercuti. Nak basuh, takut tak sempat kering. Hantar dobi, tambah kos pula. Pilihan terbaik? Scrubba Wash Bag yang memudahkan anda untuk membasuh baju di mana sahaja! Dengan Scrubba Wash Bag, anda hanya perlu membawa sabun baju sahaja untuk membasuh pakaian yang kotor. Beg cucian ini sangat unik kerana ia dilengkapi dengan papan pencuci yang ringan, fleksibel serta mudah dilipat untuk diletakkan di dalam beg lain atau dibawa begitu sahaja.

28

selsius. Ia boleh mengakibatkan salutan fabrik pada bahagian dalam beg ini rosak. -Beg ini kalis air, namun jangan cuba menggunakannya di atas permukaan tidak rata atau tajam kerana fabrik luarannya boleh terkoyak.

Anda boleh membasuh pakaian kotor di mana-mana sahaja dengan beg ini tanpa menggunakan sambungan elektrik. Dengan hanya dua hingga empat liter air dan sedikit sabun pencuci pakaian, anda hanya perlu menggosok pakaian dengan sabun dalam masa tiga minit. Hasilnya, pakaian anda akan bersih seperti menggunakan mesin basuh. Scrubba Wash Bag diperbuat daripada kain jenis microbial dan hidrolisis yang disertakan dengan tetingkap lutsinar untuk melihat kain basuhan dan tahap mengisi jumlah air yang diperlukan.

Allan's Water Inilah satu-satunya tempat yang menawarkan sukan aktiviti air. Kanakkanak mahupun dewasa pastinya teruja melihat ikan-ikan di dalam tasik. Di sini juga ada paddle boat yang boleh memuatkan dua orang. Bukan tiada di tempat rekreasi lain, tapi kayuhan di sini pasti sedikit berbeza dengan suasananya yang tenang dan nyaman. Sambil kaki penat mengayuh, dapat juga beri ikan-ikan makan. Memang seronok! Nak lagi menarik, apa kata cuba masuk ke dalam water ball pula. Masuk sahaja ke dalam bola gergasi itu dan petugas di sana akan menolak bola itu lalu terapungapunglah anda di atas air. Ops, jangan risau kerana anda sama sekali tidak akan tenggelam. Terpulanglah pada anda sama ada ingin bergolek atau berbaring mahupun duduk saja di dalam bola gergasi itu. Setiap sesi kayuhan paddle boat dan water ball itu masing-masing memakan masa selama 15 minit. Selepas itu, jika anda teringin nak naik lagi, tiada masalah. Cuma perlu bayar lagi untuk 15 minit seterusnya. Itu pun bergantung pada ramai atau tidak pengunjung ketika itu.

Bird Interpretive Centre

Ini merupakan galeri burung-burung tempatan mahupun yang migrasi. Dikenali

sebagai lokasi memerhati burung, terdapat lebih daripada 250 spesies burung telah berjaya direkodkan, termasuklah helang, enggang, dan merpati. Penginapan Pelbagai pilihan untuk anda sekeluarga menginap mengikut kadar bajet anda, antaranya: Fraser’s Silverpark Puncak Apartment Smokehouse Shahzan Inn Pine Resort Puncak Inn TM Resort

Menjamu Selera

Sesetengah pengunjung yang datang bersama keluarga akan membawa barangan basah dan kering untuk mereka masak di tempat penginapan mereka. Jangan lupa untuk 'pekena' scone buatan sendiri yang popular di penginapan Ye Olde Smokehouse yang ada di sini.

Cara ke Sini

Anda perlu melalui Lebuh raya Plus dan Exit ke Tanjung Malim, melalui Kuala Kubu Baru sebelum sampai ke Bukit Fraser. Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam setengah sejauh 140 kilometer dari Kuala Lumpur.


30

Ronaldo lebih bimbangkan Neymar berbanding Messi

RONALDO lebih bimbangkan Ney­ mar berbanding Messi Dunia jangan berharap untuk Cristiano Ronaldo memuji seterunya, Lionel Messi. Minggu lalu, bintang Real Madrid itu tambah memarakkan lagi per­ musuhan mereka menerusi komen­ nya bahawa rakan sepasukan Messi, Neymar kini adalah lebih baik dan lebih diperlukan berbanding bintang Argentina itu. Komen itu menyusul selepas Bar­ celona baru-baru ini terpaksa meng­ harungi detik memalukan, tewas 1-2 kepada Deportivio La Coruna. Kekalahan itu sememangnya ti­ dak terduga sekali kerana ia berlaku selepas mereka baru sahaja mencatat kemenangan besar 6-1 ke atas Paris Saint-Germain minggu sebelumnya. Portal bola sepak Sepanyol, Diario Gol melaporkan, Ronaldo sebaliknya tidak pun terkejut dengan kekala­ han mengejut Barca kerana baginya, skuad Catalan memang terpaksa ber­ gelut dengan ketiadaan Neymar. Ronaldo dilaporkan telah mem­ beritahu rakan-rakan sepasukannya bahawa bintang Brazil itu kini sema­ kin hampir untuk mengambil alih kedudukan Messi selaku watak uta­ ma Barca. Dia yang meme­ nangi anugerah Bal­ lon d’Or buat kali yang keempat tahun lalu itu – den­ gan menewas­ kan Messi di ke d u d u k a n kedua, dan Antoine Griez­ man di tempat ketiga - di­ katakan turut meramalkan Neymar akan menjadi sain­ gan utama­ nya untuk anugerah berprestij itu sele­ pas ini, bukan l a g i Messi.

22 - 28 MAC 2017

Coutinho dibimbangi hilang sentuhan magis BIARPUN namanya masih dijulang oleh penyokong Liverpool namun Philippe Coutinho dibimbangi telah hilang sentuhan magisnya untuk terus membantu The Reds kembali ke kedudukan sebagai kelab paling digeruni dalam Liga Perdana Inggeris. Bekas bintang England, Jamie Redknapp yang menyuarakan kebimbangan itu berka­ ta adalah menjadi tanggungjawab pen­ gurus, Jurgen Klopp untuk ‘memu­ lihkan’ Coutinho yang sebelum ini pernah diketepikan selama enam minggu, gara-gara ke­ cederaan buku lali. “Dia telah menunjukkan prestasi terbaiknya sebelum ini, telah membawa peruba­

han kepada Liverpool yang sebelum kehadirannya agak te­ rumbang-ambing. Tetapi selepas itu, sentuhan magisnya telah hilang dan dia harus kembali (kepada prestasinya). Itu tang­ gungjawab pengurus,” kata Redknapp minggu lalu. Memang, Coutinho sebelum ini begitu menjadi. Dia telah menyumbat lima gol dalam 13 penampilan Liga Perdana sebe­ lum dijejaskan oleh kecederaan. Bintang tengah Brazil itu telah menunjukkan prestasi mengkagumkan pada separuh pertama musim, sekali gus membawa Liverpool kembali ke kedudukan digeruni kelab lain. Kecemerlangan Coutinho ketika itu melayakkannya untuk menerima anugerah Samba Gold sebagai Pemain Terbaik Brazil di Eropah, mengenepikan bintang Barcelo­ na, Neymar yang menduduki tempat kedua. Dia juga jadi buruan Barca yang begitu mengingi­ ni tandatangannya untuk mengikat kontrak bersama gergasi La Liga itu. Coutinho bagaimanapun menyatakan dia tidak berhasrat untuk meninggalkan The Reds dan seba­ gai bukti, telah menandatangani kontrak baharu yang memberikannya gaji 200,000 Pound (RM1.1 juta) seminggu, baru-baru ini. “Dengan menandatangani kontrak baharu ini, impian saya adalah untuk jadi legenda kelab seperti Kenny Dalg­ lish, Ia Rush, Alan Hansen, Graeme Souness dan Setevn Ge­ rard,” katanya. Bagaimanapun apa yang berlaku seakan tidak mem­ bantunya untuk merealisasikan cita-cita itu. Dia hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam lapan penampilan terakhir.

Tak mungkin tinggalkan Chelsea Hazard berkata: “Jika saya mahu keluar dari sini, waktunya adalah selepas saya berjaya membantu kelab memenangi kejohanan. Anda hanya boleh pergi setelah berada di tempat yang tinggi. Dengan itu, barulah orang akan kenang anda, meninggalkan kelab dengan kenangan yang manis dan atas sebab yang betul,” katanya. Hazard masih mempunyai kontrak lebih tiga ta­ hun di Stamford Bridge. Real Madrid pula terdesak untuk mengisi satu slot pemain ternama selepas mereka digantung oleh FIFA daripada membeli pe­ main pada Jan lalu. Kelab gergasi La Liga itu sebelum ini diberi ha­ rapan menerusi pengakuan Hazard sendiri pada awal musim bahawa dia hanya akan mempertim­ bangkan tawaran untuk meninggalkan The Blues setelah memenangi satu lagi gelaran Liga Perdana yang Chelsea kini berada di landasan untuk me­ lakukannya. Real pula sedang berusaha untuk menda­ patkan tandatangan Hazard sebelum Mei. Bagaimanapun menurut akhbar Evening Standard, jika Chelsea menjulang trofi liga musim ini sekalipun, Hazard kini hampir pasti tidak akan meninggalkan kelab itu. Antara sebab ialah keluarganya menetap di Lon­ don. Dia juga kelihatan cukup selesa bermain mengikut formasi 3-4-3 yang diterapkan oleh Antonio Conte. Mengikut gaya itu, peranannya lebih banyak menyerang dan ini sekali gus telah meningkatkan kualiti permainannya. Justeru, tidak ada sebab untuk Hazard berpindah tatkala dia telah mencecah prestasi terbaiknya bersama Chelsea.

dari muka 32


31

22 - 28 MAC 2017

dari muka 32 "Selalunya kami pergi atas jemputan yang diatur oleh eMAS, di sana kami masuk pertandingan, ada­ kan klinik sepak takraw untuk remaja, adakah per­ tunjukan serta teknik sepak takraw, sambutan memam­ ng menggalakkan, pasukan di Jerman antaranya kerap sertai King's Cup Thailand, kami promosi takraw dan nama Malaysia," jelas Zabidi. Di Eropah katanya, da­ lam setahun ada lima hingga enam kali kejohanan sepak takraw, jadi mereka akan berusaha mencari duit tam­ bang untuk ke sana, sertai

pertandingan di samping dapat mengembangkan sukan yang pernah menju­ lang nama Malaysia ini. "Kami pergi dengan tambang sendiri, tak ada sponsor, lebih kepada suka­ rela, ini sahaja yang dapat kami bantu sepak takraw dan naikkan nama Malaysia walaupun bergerak secara sendiri," katanya lagi. Ketika mewakili negara, Zabidi pernah bergandin­ gan dengan nama-nama besar termasuklah Raziman Hassan, Rehan Md. Din, Malek Shamsudin, Nordin Sabaruddin, Rosli Abdul Rahman, Suhaimi Yusof dan lainnya.

Beberapa pemain sepaktakraw AS bersama team eMAS dan Kelab Sepak takraw Lagenda Darulaman

Carragher nasihat Reds lepaskan Emre Can “ELOKLAH lepaskan dia per­ gi,” kata legenda Liverpool, Jamie Carragher mengenai pe­ main tengah Reds, Emre Can. Can yang baru-baru ini me­ nuntut kenaikan gaji, masih mempunyai kontrak hingga penghujung musim depan. Namun bagi Carragher, tidak ada sebab untuk Jurgen Klopp mengekalkan pemain itu kerana dia tidak layak un­ tuk berada dalam senarai kese­ belasan utama. “Untuk dapat tempat pun dia terpaksa bergelut, bagai­ mana mahu terus simpan? “Dalam keadaan itu, dia tidak membantu kelab. Den­ gan tuntutan gaji yang dibuat, ini bukanlah se­ suatu yang berbaloi (untuk mengekalkan­ nya),” katanya. Can baru-baru ini men­jaringkan gol ke­­_menangan Reds ke­tika menewaskan Burnley 2-1 di An­ field dalam saingan suku akhir Piala FA.

Begitupun, Carragher te­ tap menganggap itu bukan kelebihan untuk pemain be­ rusia 23 tahun itu dikekalkan kerana dia hanya mendapat tempat untuk bermain dise­ babkan ketiadaan kapten Jor­ dan Henderson. “Dia masuk hanya apabila Henderson tidak dapat ber­ main. Ruang untuk dia me­ nyumbang kepada kelab san­ gat sempit dan ini harus jadi s eb ab untuk d i a dile­ pas­

Jamie Carragher

kan segera,” katanya. Masalah besar bagi Can, kata Carragher ialah dia bu­ kan seorang pemain yang ser­ ba boleh. “Memang dia bermain di empat atau lima posisi tetapi tidak begitu menjadi. Satu-sa­ tunya tempat yang mungkin dia boleh bermain dengan baik adalah sebagai midfielder tetapi di situ sudah ada Hen­ derson yang ternyata bukan pe­saingnya,” katanya kepa­ da Sky Sports. Dalam keadaan itu, Carragher melihat Can hanya boleh berada di Anfield setakat musim ini sahaja. “Jangan biarkan dia sampai musim depan. Inilah masa untuk lepaskan dia per­ gi,” tegasnya.

Dalam trek kita lawan, luar trek kita kawan …

Hari tu, Mr Mat Manjoi (MMM) tu­ run ke Litar Sepang untuk tengok sahabat lama, Faidzil Alang berlum­ ba dalam Malaysia Championship Series (MCS). Kali ini berlumba den­ gan pelajar beliau yang baru – Fikri Rahim, yang menubuhkan pasukan sendiri – FR Rahim. Ya, Faidzil Alang ni adalah seo­ rang guru pengajar ataupun ‘racIng instructor’. Ada yang memanggil­ nya ‘Sifu’. Tetapi, kalau kita tanya dia, Faidzil akan memberikan satu senarai panjang ‘sifu-sifu’ beliau; dan beliau, sebenarnya, bertuah un­ tuk berpeluang untuk mencurah­ kan ilmu lumba kereta kepada se­ siapa yang ingin belajar dengannya. Tapi, kalau anda semua nak pandangan MMM, Faidzil Alang sememangnya seorang ‘sifu’ di li­ tar perlumbaan. Mengikuti karier beliau sejak era ‘Proton National Championship’ di mana jaguh-ja­ guh pelumba negara bersaing da­ lam Kejuaraan Satria GTi, Faidzil adalah salah seorang daripada yang terhebat. Malahan, beliau adalah juara siri berkenaan pada 2003 keti­ ka beliau masih muda lagi. Pada saingan pembuka tirai MCS pada hari ber­ kenaan, Faidzil dan Fikri menamatkan perlumbaan di tem­ pat ketiga. Tetapi, dinaikkan ke tem­

pat kedua apabila gandingan Keifli Othman dan YS Lim dikenakan penal­ ty 10 saat kerana memotong ketika bendera kuning dikibarkan. Pada perlumbaan kedua keesokan hari, Faidzil, bagaimanapun, gagal mengulangi kejayaan Perlumbaan 1 kerana jentera Honda FD2 pan­ duan beliau berlanggar dengan Keifli Othman pada pusingan pertama. “Itu semua asam garam perlum­ baan kereta. Seperti kata rakan baik saya, dalam trek kita bersaing seper­ ti lawan; tetapi tamat perlumbaan, kita semua kembali menjadi sahabat baik. Banyak perkara baik yang boleh kita belajar daripada melibatkan diri dalam sukan lumba kereta. Ia membi­ na karektor; kerana itu saya sentiasa menggalakkan golongan remaja dan juga veteran untuk berlumba. “Saya kira amat bernasib baik un­ tuk menceburi bidang ini. Selepas bekerja sebagai juruteknik dengan Proton, segalanya seperti sudah dia­ turkan dengan baik oleh Illahi untuk saya dan keluarga saya. Di sana, saya

menjumpai ‘sifu’ saya. Dan, dia benarbenar seorang ‘sifu’ yang hebat,” kata Faidzil, yang kini menjalan bisnes sepenuh masa pelumba profesyenal, jurutera perlumbaan dan ‘instructor’ perlumbaan. Sifu yang beliau maksudkan itu adalah Adi Haslam, yang bekerja seba­ gai seorang mekanik di Proton. Dialah yang memperkenalkan Faidzil ke dunia perlumbaan, yang seterusnya menemukan pula beliau dengan ja­ guh-jaguh pelumba lain termasuk Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan Karamjit Singh. “Adi yang mengajar saya segala seluk beluk tentang perlumbaan. Saya amat bersyukur kerana me­

nemui beliau. Dan, saya terus belajar ‘driving’ dengan Adi,” kata Faidzil, yang kemudiannya ditugaskan dalam Bahagian Penyelidikan dan Pemban­ gunan Proton. Kisah selepas itu adalah sejarah; atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘the rest is history’. Satu permata sukan lumba kereta negara sudah dilahir­ kan dengan nama Faidzil Alang, anak muda dari Kampung Sungai Rapat, Ipoh yang dinobatkan sebagai Pelum­ ba Litar Trek Terbaik 2003 dan peme­ nang pelbagai kejuaraan tempatan dan antarabangsa. Emel – mrmatmanjoi@gmail.com Facebook – Mat Manjoi


32

22 - 28 MAC 2017

30

30

Coutinho dibimbangi hilang sentuhan

Keluaran 22 - 28 MAC 2017

Ronaldo lebih bimbangkan Neymar

THE BLUES LEGA

KEBIMBANGAN penyokong Chelsea mengenai Eden Hazard sudah boleh dikira berakhir. Ini kerana dia telah menegaskan tidak akan melayan sebarang spekulasi mengenai ura-ura penghijrahannya ke Real Madrid apabila jendela perpindahan dibuka pada musim panas ini. Hazard kini sedang menikmati kemuncak prestasi bersama Chelsea dan sebarang usaha untuk membawanya keluar dari Stamford Bridge, diyakini tidak akan berjaya. Adanya Zinedine Zidane – individu yang telah membimbingnya sebagai idola – sebagai pengurus juga tidak akan mampu memujuknya untuk berpindah ke Santiago Bernabeu.

30

Zabidi masih menggulung

Zabidi (paling kanan) bersama rakan-rakan di Las Vegas untuk promosi sepak takraw

ALOR SETAR - Dalam usia 45 tahun, lagenda sepak takraw negara, Zabidi Shariff masih mampu melakukan 'gu­ lungan maut' ketika beraksi. Rakan-ra­ kannya turut mengakui rejamannya masih padu serta mengelirukan. Zabidi, anak kelahiran Alor Setar pernah 10 tahun sejak 1992 - 2002 sela­ ku 'killer' sepak takraw negara bermula dengan King's Cup Thailand dan terak­ hir Piala Asia di Busan, Korea Selatan. Bakat Zabidi dihidu sejak dibangku sekolah menengah lagi, bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael dan Ko­ lej Sultan Abdul Hamid ini pernah di­ nobatkan sebagai Olahragawan Kedah atas sumbangan besarnya dalam dunia sepaktakraw negeri dan negara. Kata Zabidi, sejak kecil dia suka tendang dan pusingkan badannya. Bila emaknya sangkut buaian adiknya, dia akan turunkan tali dan menendang kain buaian, itu tabiatnya setiap petang di rumah. Semangat dan cintanya pada sepak

Libasan Zabidi masih menghantui ingatan pasukan lawan negara

takraw tidak pernah luntur hingga sekarang, bersama Kelab Sepak takraw Lagenda Darula­ man dengan kerjasama Kelab eMAS (Kelab Su­ kan MAS), Zabidi bersama beberapa lagenda sepak takraw negara yang lain masih menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Sejak 2009 mereka telah menjelajah China, England, Belgium, Perancis, Jerman dan terakhir pada September lalu di Amerika Syarikat.

31

Diterbitkan oleh KUMPULAN KTH SDN. BHD. A-5-07, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 77276554 Faks 03 77273554 Dicetak oleh KHL PRINTING CO SDN. BHD. Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Seksyen 23, Kawasan Miel Phase 8, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel 03 55413695 Faks 03 55413712


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.