JOM SEMBANG Dialog dari hati ke hati dan bertumbuh bersama Dr. Magdeline Voon Yee Bin
IBU, JOM SEMBANG Dialog dari hati ke hati dan bertumbuh bersama Penyuntingan, Penerbitan dan pengedaran edisi bahasa Malaysia oleh Discovery House Distributors Sdn. Bhd. www.dhdmalaysia.com Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diperbanyak dalam apa jua bentuk, termasuk media elektronik, penulisan, fotostat, rakaman suara atau sebagainya untuk tujuan simpanan atau edaran. Discovery House Distributors ialah pelayanan bersekutu dengan Our Daily Bread Ministries. Kutipan ayat Alkitab daripada: Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia dan Alkitab © Borneo Sabda Limited (AVB) Digunakan dengan kebenaran. Penterjemah: Chong Fui Yun Editor: Lydia Ng Meng Hui Pembaca Pruf: Alsyzila Melukin, Lisa Sadang, Maineh Saligung dan Refleeana Molin Mastah Perancang Buku & Penata Letak: Felix Xu Pelukis Ilustrasi: Seraphines Tan Qi Ern Dicetak di Malaysia
Mom, Let‘s Chat: Let’s Have a Heart to Heart Talk 妈妈,我们来谈谈:让我们来一场精彩的心灵对话与成长 © 2014 by Dr. Magdeline Voon Yee Bin Malay Edition © 2022 Discovery House Distributors Sdn. Bhd. All rights reserved.
2
Kandungan Pendahuluan ............................................................................. 4 Pengenalan ............................................................................... 7 Biodata Penulis ......................................................................... 9 Penghargaan............................................................................ 10 Bab 1: Makna Sebagai Seorang Ibu...............................13 Definisi Istilah “Bermakna” ................................................14 Makna Ibu bagi Seorang Anak ............................................21 Makna Ibu bagi Seorang Ibu ...............................................28 Bab 2: Cabaran Ibu.............................................................37 Keseimbangan Hidup—Kebenaran atau Mitos? .................38 Tidak Menyukai Diri Sendiri?..............................................48 Perkembangan Kendiri (1) ..................................................59 Perkembangan Kendiri (2) ..................................................69 Krisis yang Tersembunyi .....................................................82 dalam Pertumbuhan Anak Krisis di Luar Jangkaan .......................................................92 Bagaimana Menangani Anak yang Tidak Mendengar Nasihat? .................................106 Masalah Menantu dan Ibu Mentua ...................................117 Suami yang Tidak Mahu Bekerjasama ..............................133 Bab 3: Harapan dan Berkat Ibu....................................147 Peranan Utama Seorang Ibu .............................................148 Harapan dan Berkat Ibu.....................................................161 Suara Hati Penulis .................................................................170 Catatan Hujung......................................................................175
3
Pe n da h u lua n
I
bu-ibu yang dikasihi, adakah anda berasa payah? Adakah anda kerap berasa perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan?
Saya dibesarkan di sebuah perkampungan. Sejak kecil lagi, saya sangat suka akan alam semula jadi, suka bergaul dengan orang lain, tidak suka dikongkong, dan tidak suka akan kehidupan yang statik. Semenjak berkahwin dan mempunyai anak, saya menyedari bahawa saya memilih sesuatu yang bertentangan dengan personaliti saya, iaitu menjadi suri rumah tangga untuk menjaga suami dan anak. Apabila saya membuat keputusan ini, saya dapat merasakan perubahan yang besar dalam hidup saya. Rupa-rupanya menjaga anak bukanlah perkara yang menyeronokkan seperti yang dibayangkan selama ini, tidak seperti yang diceritakan dalam cerita dongeng: Sejak itu, raja dan permaisurinya hidup bahagia selamalamanya. Ketika saya mengimbas kembali waktu saya harus berdepan dengan anak-anak selama 24 jam, menyusu mereka setiap dua setengah jam atau tiga jam, menukar lampin, mencuci lampin yang tidak berkehabisan, berdepan dengan anak-anak yang hanya tahu bahasa mereka sendiri. Pada waktu itu, saya bertanya kepada diri sendiri berulang kali: “Bilakah kehidupan sedemikian akan berakhir?” Namun, disebabkan pelbagai ujian dan rintangan sewaktu membesarkan anak-anak, saya berpeluang berdepan dengan diri saya sendiri. Saya belajar daripada pelbagai sumber dan mengambil kesempatan yang ada serta memberikan ruang kepada diri sendiri untuk bertumbuh.
Ketika mengingatkan latar belakang saya: Saya kehilangan ibu ketika berumur 10 tahun. Saya sama sekali tidak tahu menjaga diri, tidak pernah memikirkan untuk berkahwin, apatah lagi mempunyai anak! Tetapi, Tuhan bukan sahaja memberi peluang kepada saya 4
untuk menemani ramai ibu mengharungi pelbagai rintangan, bahkan menjadi teman mereka yang menangis dan ketawa bersamasama.
Saya tidak pernah memikirkan untuk menulis buku, namun atas dorongan seorang rakan sekerja, saya berpeluang untuk menulis artikel tentang kekeluargaan dalam majalah Amanat Agung (penerbitan pelayanan Cru, yang nama asalnya Campus Crusade for Christ). Sering kali ada pembaca yang memberi respons yang positif dan mengharapkan artikel sedemikian dibaca oleh lebih ramai orang lagi. Saya tidak menganggap diri sudah berjaya dalam mendidik anak-anak, namun setiap kali saya memberikan ceramah dan berbual dengan orang lain, respons mereka adalah: “Pengalaman yang kamu kongsi itu sangat praktikal, kalaulah orang lain turut mendengarnya…”, “perkongsian kamu sangat sangat relevan bagi aku, kesalahan yang kamu lakukan, turut aku lakukan…”, “Contoh yang kamu beri sangat praktikal dalam kehidupan harian,” dan sebagainya. Semua respons ini telah menjadi dorongan saya untuk menulis buku ini. Sewaktu saya menulis buku ini, saya berpeluang pergi ke beberapa buah kedai buku dan melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang berkenaan. Wah, memang tak terkira banyaknya! Ketika berdiri di hadapan buku-buku ini, saya bertanya kepada diri sendiri: “Mengapa saya harus menambahkan lagi jenis buku yang serupa? Lebih kurang 80% buku yang dijual di kedai buku menceritakan tentang hubungan kekeluargaan dan bagaimana ibu mendidik anak. Namun, buku-buku yang menyentuh tentang pertumbuhan seorang ibu itu jarang sekali. Sebenarnya, saya tidak menganggap buku saya lebih baik daripada buku-buku yang ada di pasaran. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya untuk membantu ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah yang sama dan mendorong mereka: “Kamu tidak keseorangan, sekarang kamu berada dalam suatu musim hidup yang pastinya akan berlalu.” Sebagai seorang kaunselor juga, saya berharap melalui perkongsian 5
yang tulus berserta contoh-contoh yang praktikal, tidak kira pengalaman yang berjaya atau gagal, semua ini dapat membantu ibu bapa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami saya, yang selama ini mempercayai, menghargai saya dan sering memuji saya seorang isteri dan ibu yang hebat. Dialah orang yang mendorong saya menulis buku ini sejak permulaan. Pendapatnya ialah, “Perkongsian kamu sangat menyentuh hati, inilah akan menjadi sebab utama untuk menulis buku ini.” Saya turut mengucapkan terima kasih kepada tiga orang anak saya yang mempercayai dan menunjukkan kasih yang tidak bersyarat terhadap saya. Dalam proses mendidik mereka, tidak kira berapa banyak kesilapan yang dilakukan dan berapa banyak sorry yang diucapkan, mereka tetap memaafkan dan menerima ibu mereka yang banyak kekurangan ini. Harap-harap setiap pengalaman yang dikongsikan menjadi inspirasi bagi lebih ramai orang. Jun 2014 Magdeline Voon Yee Bin
6
Pengenalan
S
aya berkecimpung dalam bidang kaunseling selama 20 tahun. Bermula pada tahun 1998, saya dan suami menjalankan kaunseling pra-nikah. Selama beberapa tahun ini, kami menyaksikan cabaran dan pergelutan dalam perkahwinan yang dihadapi oleh suami dan isteri, terutamanya pasangan muda. Hal ini berpunca daripada ibu muda yang kurang pengalaman dan tidak jelas dengan masa depan mereka sehingga mengakibatkan ketakutan dan rungutan dalam soal mendidik anak. Ada ibu yang memilih untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka; walaupun ada ibu memilih untuk menjadi ibu sepenuh masa, apabila mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dan orang-orang di sekeliling mereka, termasuklah diri sendiri, akhirnya semua ini menimbulkan keraguan terhadap identiti sendiri serta perasaan yang sukar untuk diluahkan. Akibatnya, ibu-ibu yang muda terpaksa menghadapinya secara diam, mengharapkan anak-anak membesar dengan cepat agar mereka boleh melakukan perkara yang disukai. Tujuan saya menulis buku ini adalah menjurus kepada pergelutan yang dihadapi oleh ibu-ibu dan dijadikan perkongsian bersama. Hal ini turut membantu mereka melihat kehidupan secara menyeluruh itu terdiri daripada pelbagai musim. Saya berharap ibu-ibu memahami bahawa setiap musim dalam kehidupan kita mempunyai maknanya yang tersendiri. Setiap perkara yang dilakukan oleh setiap ibu dalam setiap musim pasti akan membawa impak kepada musim yang seterusnya. Justeru, kuasa membuat pilihan itu terletak pada tangan kita sendiri. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama menjurus kepada erti menjadi seorang ibu. Hal ini dapat membantu ibu melihat erti menjadi seorang ibu itu dari perspektif anak, perbezaan peranan ibu bapa dan secara keseluruhan. Semua ini membantu kita memutuskan 7
bagaimana melihat kehidupan seorang ibu itu dalam musim yang berbeza. Bahagian kedua memfokuskan kepada cabaran yang bakal dihadapi oleh para ibu dalam setiap musim itu. Cabaran ini dapat menambahkan pengalaman para ibu dan memberikan ruang kepada diri untuk membuat persiapan bagi menghadapi musim berikutnya. Bahagian ketiga memberi harapan kepada para ibu, membantu mereka melihat keadaan yang sebenar serta memikirkan bagaimana membawa kebahagiaan kepada masa depan mereka. Saya berharap buku ini dapat menjadi ilham kepada para ibu, membantu mereka memiliki keyakinan, menyambut setiap musim dan cabaran dalam proses mendidik anak-anak.
Buku ini mengandungi banyak pengalaman saya sendiri, dan beberapa contoh kes kaunseling. (Kisah-kisah yang dipaparkan tidak menggunakan nama sebenar tetapi telah mendapat persetujuan daripada mereka yang terlibat). Kami (termasuk mereka yang terlibat) sangat berharap perkongsian yang tulus ini dapat dikongsi bersama dengan para pembaca. Kami turut berharap perkongsian sedemikian dapat menjadi saluran kepada para ibu untuk bertumbuh.
Buku ini tidak menggunakan kaedah mengajar secara langsung, sebaliknya berkomunikasi dengan para pembaca melalui kandungan buku ini. Sepanjang proses membaca, para pembaca boleh menjawab soalan yang diutarakan dan contoh-contoh yang dikongsi, memberikan ruang kepada diri sendiri untuk membuat renungan dan bertumbuh. Anda juga boleh menyediakan sebuah buku nota untuk membuat catatan dan menulis renungan daripada pembacaan buku ini. Saya percaya anda akan mempelajari sesuatu yang baharu. Saya berharap dapat mengembara bersama anda dalam perjalanan hidup sebagai seorang ibu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perkongsian, anda dialu-alukan untuk berkongsi dengan saya melalui alamat e-mel yang berikut: yeebinv@gmail.com. Terima kasih! Ibu-ibu, marilah kita memulakan sebuah dialog dari hati ke hati yang menakjubkan! 8
B i o d a ta P e n u l i s
D
r. Magdeline Voon Yee Bin berasal dari Sabah, Malaysia, mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dia menamatkan pengajian di Universiti Perguruan Taiwan dalam jurusan kaunseling. Kemudian dia melanjutkan pengajian di Sekolah Teologi Singapura, jurusan Sarjana Pengajian Alkitab.
Pada tahun 1992, Yee Bin mula menceburi dalam pelayanan kampus di Universiti Perguruan Taiwan dan pelayanan pemuridan. Sekembalinya ke Malaysia, dia melibatkan diri dalam pelayanan kampus di Universiti Malaya dan menjalankan pelayanan kaunseling di beberapa kolej serta latihan pemuridan. Dalam tempoh tersebut, dia juga berkunjung ke gereja untuk berkongsi topik-topik kekeluargaan.
Pada tahun 1998, dia dan suaminya memulakan pelayanan kaunseling pra-nikah, kaunseling perkahwinan dan memimpin sel ibu, mengadakan ceramah perkahwinan dan kekeluargaan di seluruh gereja di Malaysia. Mulai tahun 2006, dia menjadi penulis tetap tentang kekeluargaan dalam ruangan majalah Amanat Agung.
Selain itu, kini dia lebih berfokus untuk memberi kaunseling kepada orang yang masih dibelenggu oleh kelukaan agar hidup mereka menjadi lebih bermakna.
9
Penghargaan
U
ntuk menghasilkan sebuah buku yang baik, seorang penulis memerlukan masa yang panjang untuk mengalami, mendengar dan bertumbuh. Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan, kerana Dia membantu saya menjadi diri saya yang sebenar dan berkongsi pengalaman dengan orang yang ada keperluan. Tidak dilupakan juga suami dan anak-anak saya. Kehidupan saya berubah disebabkan kehadiran mereka, terutamanya suami saya, yang setia berada di sisi saya semasa penghasilan setiap bahagian buku ini. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mentua saya yang memiliki hati terbuka untuk membimbing saya sebagai menantu, memberikan banyak ruang kepada saya untuk bertumbuh.
Saya tidak melupakan seorang rakan yang tidak mahu namanya didedahkan, malah membantu saya membaca draf asal penulisan buku ini. Rakan ini telah mengutarakan persoalan yang memberi inspirasi kepada saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan yang lebih mendalam, agar setiap kisah yang dipaparkan akan menarik minat pembaca. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada organisasi yang saya layani kerana mereka telah memberikan banyak ruang serta dorongan sehingga penulisan buku ini disiapkan. Akhir sekali, saya mahu berterima kasih kepada setiap mereka yang terlibat (yang nama tidak disebut) telah membenarkan saya berkongsi kisah hidup mereka. Saya berharap kisah-kisah mereka dapat membantu, membina kendiri, agar kita tidak gentar berhadapan dengan proses mendidik anak yang sebenarnya sesuatu yang indah.
10
Masih ramai lagi peribadi yang saya perlu ucapkan terima kasih, kerana kesempatan bertemu dengan peribadi-peribadi ini, sehingga membentuk diri saya seadanya pada hari ini. Di lubuk hati saya, saya benar-benar bersyukur kepada peribadi yang membantu saya mencapai kejayaan, sehingga buku ini dapat bersua dengan para pembaca. Terima kasih kalian! Marilah kita terus belajar dan mengembara bersama!
11
Bab 1:
Makna Sebagai Seorang “Ibu”
IBU, JOM SEMBANG
D e f i n i s i I s t i l a h “ B e r m a k n a”
A
pabila sesuatu dianggap “bermakna”, ini menjadi suatu istilah yang sangat subjektif. Sesuatu perkara itu bermakna atau tidak, bergantung kepada pentakrifan setiap orang yang berbeza.
Suatu hari saya bersendirian bersama anak perempuan saya di rumah. Saya bertanya kepadanya: “Apa yang kamu hendak lakukan bersama-sama ibu?” Dia menjawab: “Saya mahu rambut bergulunggulung seperti ibu.” Saya pun menghabiskan lebih kurang dua jam untuk mengulungkan rambutnya. Ketika hampir selesai, saya memperhatikan keletihan terpancar pada wajahnya. Tulang belakang saya juga berasa lenguh. Saya pun bertanya kepadanya, “Kamu suka stail rambut ini?” Dia menjawab: “Suka, tetapi aku mengantuk, aku mahu tidur.” Sekiranya anda berada dalam situasi tersebut, apakah perasaan anda?” Aduhai, dua jam sudah dihabiskan, melihat hasil rambutnya pun tidak, langsung mahu tidur? Dua jam yang dihabiskan tanpa makna! Mungkin kita akan berfikir sedemikian, bukan? Namun pada waktu itu, saya membuat keputusan untuk melihat situasi tersebut daripada perspektif yang berbeza. Saya mengerti sepanjang waktu kami bersama, anak saya berasa disayangi. Apabila saya berbuat demikian, dia akan merasai kasih ibu lebih dalam lagi. Oleh sebab itu, saya tidak menganggap situasi sedemikian membazir masa, sebaliknya ia merupakan sesuatu perkara yang sangat bermakna. Saya mengambil kamera lalu mengambil gambar rambutnya. Kemudian, anak perempuan saya tidur dengan tenang disertai dengan ulitan kasih sayang daripada ibu. Tersemat dalam ingatan, malam itu merupakan malam yang bermakna bagi kami. Demikian juga, setiap orang mempunyai pentafsiran yang berbeza tentang seorang ibu. Ada yang menganggap tanggungjawab ibu adalah memelihara anak-anak mereka sehingga gemuk gebu 14
BAB 1: MAKNA SEBAGAI SEORANG IBU
dan sihat walafiat. Oleh itu, ibu menumpukan seluruh perhatiannya menjaga pemakanan anak-anak. Ada pula yang menganggap anak-anak haruslah diberikan pendidikan yang tinggi, menjalani kehidupan yang berkualiti, barulah mereka boleh hidup dengan gembira. Maka, ibu bapa menghabiskan masa untuk mencari wang yang banyak demi menjamin masa depan anak-anak mereka. Kesimpulannya, kesihatan dan masa depan anak-anak telah menjadi penentu dalam menilai sama ada ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawab mereka atau tidak. Akibatnya, apabila berlakunya suatu krisis, matlamat atau harapan tersebut akan tergugat. Misalnya, apabila anak mereka jatuh sakit, memberontak bahkan bunuh diri, hal ini membuat ibu berasa pengorbanan mereka selama ini tidak membawa apa-apa makna. Pada suatu tahun, berita sensasi yang terpampang pada muka depan surat khabar adalah mengenai seorang anak doktor yang membunuh diri. Apabila ditemuramah, doktor ini menyalahkan dirinya yang selalu sibuk dengan kerjaya sehingga tidak ada masa menemani keluarga dan mengambil berat akan anaknya. Doktor ini berkata, “Saya tidak pernah meluangkan masa untuk menemaninya, sudah terlambat … sudah terlambat … ” Dia mengeluh: “Sebagai ibu bapa, kita seharusnya berkomunikasi dengan anak, barulah dapat memimpin mereka ke jalan yang benar … yang bunuh diri ialah anak tunggal saya, dimanjakan sejak kecil lagi bagaikan anak emas. Kemungkinan besar anak saya tidak mendapatkan apa yang diingininya, akibatnya dia tidak dapat menerima keadaan tersebut. Anak-anak sekarang haruslah mengalami erti kesusahan, tidak boleh menurut semua kehendak mereka, jika tidak mereka akan menjadi lemah, mempunyai pendirian yang cepat goyah … saya benar-benar bersalah terhadapnya. Inilah luahan isi hati saya.” Ayah ini berusaha mencari wang yang banyak, ingin memberi kehidupan yang baik kepada keluarganya dan pendidikan tinggi kepada anaknya, seperti dirinya sendiri—seorang profesional serta memiliki gaji yang tinggi. Tetapi, selepas anaknya meninggal dunia, semuanya 15
IBU, JOM SEMBANG
tidak bermakna lagi. Mungkin, jika bapa ini sudi meluangkan lebih banyak masa bersama anaknya, membantu anak ini apabila dia mempunyai keperluan, atau mengajar dia erti kehidupan, impianimpian yang disebutkan akan menjadi perkara yang bermakna jika dibandingkan dengan membelanjakan wang yang banyak untuk anaknya.
Namun tragedi yang sama boleh membawa keputusan yang berbeza. Sepasang suami dan isteri yang penyayang telah melahirkan seorang anak perempuan yang sangat comel setelah berkahwin selama beberapa tahun. Pasangan suami isteri ini sangat gembira dan menganggap anak ini seperti anak emas. Mereka mengucap syukur kepada Tuhan yang menganugerahkan hadiah yang terbesar ini kepada mereka. Mereka bertiga menjalani kehidupan yang bahagia. Namun, malang tidak berbau. Ketika anak perempuan mereka berusia 10 tahun, dia maut dalam nahas kemalangan jalan raya. Isteri yang terlebih dahulu mendengar berita ini berasa sangat sedih. Dia tahu bahawa suaminya tidak akan dapat menerima hakikat ini. Apabila suami itu pulang dari tempat kerja, isterinya berkata: “Andai kata seorang sahabat yang kaya meminjamkan sebutir permata kepada kita 10 tahun yang lalu. 10 tahun kemudian, dia mahu mengambil barang yang berharga ini semula, apa yang harus kami lakukan? Suaminya berkata: “Memang patut dikembalikan kepada pemiliknya! Kita sudah memilikinya selama 10 tahun, sudah cukup bersyukur!” Barulah sang isteri memberitahu hal yang sebenar bahawa permata yang berharga itu ialah anak perempuan mereka. Tuhan telah menyambutnya kembali ke syurga. Pasangan suami isteri ini juga kehilangan anak mereka tetapi mereka mempunyai responS yang berbeza. Kemungkinan besar mereka menganggap diri mereka sebagai pengurus dalam membesarkan dan mendidik anak yang diamanahkan oleh Tuhan. Bagi mereka, anak ini merupakan barang berharga yang diamanahkan oleh Tuhan. Tanggungjawab mereka ialah melindungi 16
BAB 1: MAKNA SEBAGAI SEORANG IBU
dan menghargai anak perempuan ini dengan sebaik-baiknya. Selama tempoh 10 tahun ini, mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan meluangkan masa yang terbaik untuk menemani anak perempuan mereka. Tempoh selama 10 tahun ini sangat bermakna buat mereka. Kesimpulannya, tragedi ini membawa makna yang berbeza bagi setiap individu.
Apakah itu “makna” yang sebenarnya?
Antara punca kita menganggap kehidupan ini tidak bermakna adalah mungkin disebabkan kita terperangkap dalam suatu keadaan atau peringkat hidup, sehingga kita tidak dapat melihat masa depan dan menjadikan hidup ini seolah-olah tidak bermakna. Saya masih ingat sewaktu melahirkan anak yang pertama, semangat saya berkobar-kobar untuk menyusui anak seperti yang diajar dalam buku dan membina sebuah kehidupan yang berdisiplin. Tetapi, sebaik sahaja saya membuka mata, teringat perlu menyusukan anak setiap dua hingga tiga jam, enam hingga lapan kali sehari, menukar lampin secara berterusan dan sebagainya, hati saya mulai goyah. Tambahan pula, ibu mentua saya yang menjaga saya sewaktu berpantang.1 Pada pandangan ibu mertua saya, menyusui anak dengan susu ibu sahaja tidak mencukupi. Oleh sebab itu, dia selalu menasihati saya supaya menyusui anak dengan susu formula. Pada bulan tersebut, saya sangat bergelut kerana mahu meneruskan tekad untuk menyusui anak dengan susu ibu. Pada masa yang sama, saya tidak mahu menyakiti hati ibu mertua saya kerana niat dia memang baik. Pada tahun tersebut, saya tinggal di rumah seorang sahabat. Selepas ibu mentua saya datang, suami saya tidur di bilik bacaan untuk sementara waktu. Setiap kali bayi menangis pada waktu tengah malam, saya berasa sukar untuk bangun dari katil kerana kesakitan yang dialami akibat pembedahan. Saya berasa segan untuk membangunkan ibu mentua saya. Saya menyuruh suami saya datang membantu sebaik sahaja mendengar bunyi tangisan bayi. Tetapi bagi ibu mentua saya, lelaki seharusnya mendapatkan 17
IBU, JOM SEMBANG
rehat yang cukup. Sebaiknya jangan diganggu. Setiap kali saya memikirkan perkara yang remeh seperti ini, air mata saya mengalir deras. Saya terbaring di atas katil dan tertanya-tanya: Bilakah harihari sedemikian akan berlalu? Ketika memikirkan hal ini, saya tidak mempunyai semangat pun untuk bangun dari katil … . Punca pergelutan ini adalah saya tidak menyedari makna di sebalik keadaan yang saya alami. Di akal fikiran saya, bukankah lebih bermakna jika saya terus bekerja? Atau selepas anak saya besar, saya boleh melakukan perkara yang lebih bermakna dan tidak perlu memerah otak untuk perkara yang remeh. Sebelum saya melahirkan anak, saya seorang yang aktif bekerja. Saya selalu mengadakan ceramah di persekutuan pelajar di pelbagai universiti, berkhutbah di gereja, memberikan perkhidmatan kaunseling dan ramai orang datang berjumpa dengan saya untuk meminta pendapat. Sebaliknya, kini saya terkurung di rumah, berhadapan dengan dinding empat segi, berhadapan dengan tangisan anak, berhadapan dengan anak yang banyak permintaan, betapa sukarnya hidup sebegini! Apakah makna bagi hari-hari yang dilalui ini? Saya pernah mendengar seorang ibu yang berpengalaman juga pernah mengalami pergelutan sedemikian. Menurut ibu ini, dia sudah bertekad untuk menjadi seorang ibu yang baik. Tetapi, sewaktu anaknya masih kecil, dia hampir-hampir menjadi gila! Pernah sekali, dia menelefon suaminya yang sedang bertugas di luar negara supaya balik segera. Jika tidak, dia mengugut untuk melemparkan anaknya ke luar tingkap atau dirinya yang melompat dari tingkat sebelas.
Memang tidak dapat dinafikan pergelutan seperti ini akan berlaku. Saya percaya hanya orang yang pernah mengalaminya akan memahami, hanya orang yang pernah melaluinya akan merasai penderitaan tersebut. Adakah anda bersetuju? Saya bersyukur kerana ketika saya berada dalam pergelutan ini, saya sedang membaca sebuah buku yang berjudul Home by Choice (Memilih 18
BAB 1: MAKNA SEBAGAI SEORANG IBU
untuk Berada di Rumah). Buku ini mengajar saya dua perkara penting: Pertama, tugas ibu merupakan satu pilihan. Saya bukanlah barang korban daripada perkahwinan dan terdesak untuk berada di rumah kerana tidak mempunyai pilihan yang lain. Pilihan ini membawa makna yang mendalam kepada saya, anak-anak dan keluarga. Tambahan pula, “berada di rumah” hanyalah untuk peringkat hidup ini. Sekiranya kita belajar untuk meninjau keadaan kehidupan ini dari mula hingga akhir, kita akan mendapati bahawa membesarkan dan mendidik anak hanyalah salah satu peringkat dalam kehidupan kita. Tempoh ini merupakan masa yang paling berharga dan bermakna. Kita harus menghargai dan menghayati musim hidup ini. Kita akan mempelajari sesuatu yang baharu dan seterusnya menggunakan pengalaman itu bagi musim hidup yang berikutnya.
Apabila konsep pemikiran saya berubah, saya menyedari bahawa pengorbanan yang dilakukan itu bukannya tidak membawa apa-apa makna. Sekurang-kurangnya, anak saya merasakan pengorbanan seorang ibu. Oleh hal yang demikian, saya bertekad untuk menghadapi cabaran ini dengan penuh keberanian serta menghargai setiap waktu bersama-sama mereka. Pada waktu itu, saya tidak berhenti membaca buku, belajar secara berterusan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sehinggalah saya menemukan sesuatu yang berharga dalam diri anak saya. Di samping itu, saya juga selalu mencari peluang untuk mencatat pengalaman yang menyeronokkan sepanjang tumbesaran anak saya, supaya setiap anak saya memiliki sebuah album dan diari kehidupan mereka sewaktu kecil. Setiap detik yang dilalui telah ditambahkan menjadi hasil pembelajaran saya, malah kini menjadi sumber pengajaran saya untuk mengadakan ceramah dan kaunseling. Jelaslah, sesuatu perkara itu bermakna atau tidak terpulang kepada harapan, sikap dan matlamat setiap individu yang menentukannya. Sebagai seorang ibu, pengorbanan kita bermakna atau tidak bergantung kepada matlamat hidup yang telah 19
IBU, JOM SEMBANG
ditetapkan, sikap terhadap perihal didikan anak dan sejauh mana kita melihat perkaitan setiap perkara itu. Menurut pandangan saya, persoalan yang paling penting adalah kita melihat pelaburan yang berkekalan ini daripada perspektif Tuhan.
Renungkan:
1. Apakah ertinya status ibu bagi anda?
2. Adakah anda berpuas hati dengan keadaan sekarang? Apakah perubahan yang anda ingin lakukan?
20