K
EBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah seorang raja dan pemimpin yang berjiwa rakyat. Sebagai seorang raja dan pemimpin, baginda tidak mahu berenggang dengan rakyat sehingga rela bebasah bakaring bersama-sama rakyat tidak kira di mana baginda berangkat menemui rakyat baginda bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terjamin, di samping untuk mengetahui denyut dan nadi rakyat, memahami kehendak dan pandangan rakyat jelata. Dalam konteks ini tidak ada yang tertinggal meskipun betapa terpencil dan jauhnya mereka di daerah-daerah pedalaman. Kerana baginda penuh yakin keakraban dan sering bertukar-tukar pandangan bukan sahaja dapat membina jambatan yang lebih kukuh yang menghubungkan antara baginda dan rakyat baginda, tetapi juga paling mustahak baginda dapat menyelami hati nurani rakyat sambil berkongsi pandangan dan harapan. Di bawah tampuk kepimpinan bijaksana selama 46 tahun memimpin negara ini, harapan dan wawasan baginda adalah untuk mewujudkan satu negara yang aman damai yang bukan sahaja terletak di bahu baginda sendiri tetapi juga tanggungjawab bersama rakyat dan penduduk negara ini untuk terus maju ke hadapan menjalankan dan melaksanakan Wawasan Brunei 2035. Wawasan Brunei 2035 juga berhasrat supaya negara dan rakyatnya dikenali di seluruh dunia sebagai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya serta mempunyai taraf kehidupan berkualiti tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Muka 8
PERTAHANAN negara perkasa
Muka 2
MENGANGKAT Ketamadunan Syiar Islam E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn