Pelita Brunei - Isnin 14 Julai 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA di negara ini, akan terus konsisten dengan cara kita sendiri. Kita bekerja dan membangun dengan petunjuk Allah dan Rasul. Kita yakin, tidak ada pembangunan yang lebih baik dari pembangunan yang berteraskan hukum dan petunjuk Allah. Pembangunan seperti ini tidak syak lagi mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Tahun 1430 Hijriah pada hari Ahad, malam Isnin 17 Ramadan 1430H / 6 September 2009M.

“BARANGSIAPA membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Qur'an), maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan menyamai dengan sepuluh. Aku tidak menyatakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” - (Hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dari Abdullah bin Mashud).

TAHUN 59 / BILANGAN 88

14 JULAI 2014 / 1435

16

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Kerjasama Brunei-Perancis dihargai BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande serta kerajaan dan rakyat Perancis bersempena dengan Bastille Day hari ini. Di dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat menghargai hubungan rapat dan mesra di antara kedua-dua buah negara dan berharap untuk terus berpeluang mengukuhkan persahabatan serta kerjasama bernilai yang dinikmati oleh rakyat dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Perancis. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama Francois Hollande dan semoga menikmati perayaan yang menggembirakan. Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Munajat Negara KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande serta kerajaan dan rakyat Perancis bersempena dengan Bastille Day hari ini.

Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Laurent Fabius. Dalam perutusan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia juga merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Perancis atas inisiatif menangani hal ehwal antarabangsa dan seterusnya

berharap TYT akan terus berjaya dalam usaha tersebut di masa-masa akan datang. DYTM juga berharap untuk terus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama terutama dalam perkongsian Mesyuarat AsiaEropah dan Dialog ASEAN-EU, di samping merakamkan setinggi penghargaan kepada TYT dan masyarakat Perancis yang berada di negara ini untuk sama-sama meraikan sambutan berkenaan.

Tanda syukur rakyat Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Julai. - Rakyat dan penduduk negara ini menyembahkan kesyukuran ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-68 tahun pada hari esok, 15 Julai. Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan acara yang sentiasa

dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam akan meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-68 Tahun sebagai tanda kesyukuran dan acara yang menjadi ciri terpenting pemerintahan beraja. Memandangkan berkebetulan tarikh Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini 15 Julai 2014 Masihi adalah jatuh pada bulan Ramadan iaitu 17 Ramadan 1435 Hijriah, beberapa acara sambutan adalah diganjakkan. Maka tarikh pada hari Khamis, 14 Ogos dipilih bagi Acara-Acara Perbarisan Kehormatan, Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran. Ke muka 3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 13 Julai. - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan bahawa atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, satu Majlis 'MUNAJAT NEGARA Membaca Surah Yaa Siin dan Sembahyang Sunat Hajat bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk rakyat dan Negara Palestin daripada angkara keganasan dan kezaliman musuh', akan diadakan di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan penumpuan utama di Daerah Brunei dan Muara, di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong; di Daerah Belait, di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan; di Daerah Tutong, di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; manakala di Daerah Temburong, di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, pada hari Isnin, 16 Ramadan 1435 Hijriah bersamaan 14 Julai 2014 Masihi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke majlis tersebut bersama-sama rakyat jelata untuk memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya rakyat dan Negara Palestin akan terselamat daripada sebarang keganasan dan kezaliman musuh. Sehubungan dengan itu, semua rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini sukacita dialu-alukan untuk sama-sama hadir bagi menyertai majlis tersebut bermula pukul 10.45 pagi di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dengan penumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada tarikh yang telah ditetapkan yang mana majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Muka 5 PENDIDIKAN awal kanak-kanak diberi perhatian

Muka 6 PELAJAR Sekolah Sukan sertai Program Taklimat Kenegaraan

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 14 Julai 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu