PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“INILAH Al-Qur’an, yang kita peringati nuzulnya pada malam ini. Marilah kita berpegang kuat kepadanya, menghayati hukum-hukumnya, dan mengambil iktibar peringatan-peringatannya. Dengan cara yang demikian itu, insya Allah, kita akan mendapat aura atau kekuatan yang sebenar-benarnya.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Bagi Tahun 1434H / 2013M.
“DARI Ubaie bin Ka’bi Radiallahuanha ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengkhabarkan kepada kami, sesungguhnya malam lailatul qadar itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah).” - (Hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
TAHUN 59 / BILANGAN 91
21 JULAI 2014 / 1435 W:31. 184 t
JABATAN PENERANGAN
23
EDISI ISNIN / PERCUMA
Perbaiki perkhidmatan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyampaikan hadiah kepada wakil Kumpulan YAQIN dari Jabatan Ukur, johan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Julai. - Sebagai sebuah organisasi yang dinamik dan terus menyumbang dan bergerak ke hadapan dalam mencapai Wawasan Negara 2035, Kementerian Pembangunan perlu mengambil inisiatif memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang dihulurkan kepada orang awam amnya atau mana-mana stakeholders yang mempunyai kepentingan dengan kementerian. Maka adalah wajar bagi kementerian itu mengadakan perubahan-perubahan yang berhubung kait dengan pembudayaan kaedah dengan cara melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menekankan perkara itu semasa berucap pada Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya 2014, berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan Kementerian tersebut, di sini. “Kita perlu sentiasa bersedia menyahut cabaran-cabaran di luar dari comfort zone dan dapat menerima perubahan-perubahan positif sama ada bentuk teknologi, budaya kerja dalaman mahupun visi dan misi agar selaras dan relevan dengan perkembangan serantau atau global.” “Peka terhadap perubahan-perubahan tersebut dan sentiasa bersedia menyahut cabaran-cabarannya akan menjadikan kita sentiasa cemerlang dan menyerlah di mata orang ramai dan para pelanggan kita. Semangat bersepadu dan berpasukan di dalam melaksanakan tanggungjawab kita adalah kunci kejayaan kita,” tegas Yang Berhormat. Yang Berhormat juga menekankan agar jangan sesekali menganggap KKC ini sebagai satu kaedah yang banyak membuang masa untuk mencari penyelesaian dan menganggap kesesuaiannya di dalam pengurusan sudah tidak penting lagi. Yang Berhormat menyarankan, sudah masanya kita perlu melihat kesan KKC kepada organisasi yang masih mengamalkannya dan bukan sahaja menambah nilai kepada organisasi itu sendiri tetapi juga keyakinan, keterampilan dan keberkesanan jabatan dan pengamal KKC. Mencipta keyakinan diri individu, jelas Yang Berhormat dapat meningkatkan produktiviti organisasi menerusi penemuan-penemuan bagi penyelesaian masalah di dalam projek. Menteri Pembangunan juga menyeru para pegawai dan kakitangan kementeriannya agar menggalakkan dan membiasakan sikap ‘Thinking out of the box' bagi meningkatkan imej dan reputasi organisasi di mata para pelanggan atau orang ramai.
Kontinjen Brunei perlu bersikap positif Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
Muka 3 ANAK yatim Kampung Sengkurong 'B' terima sumbangan
Muka 5 SENYUM, ketawa, menangis suatu fitrah
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 19 Julai.- Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman berkata, penyertaan Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel yang merupakan kejohanan yang ketiga terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia adalah bagi memberikan sokongan dan komitmen negara dalam meningkatkan silaturahim dalam kalangan negara-negara Komanwel ke arah perpaduan dan keamanan dunia. Dengan ini, Yang Mulia Datin Paduka penuh berharap setiap ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel akan sentiasa menunjukkan sikap yang positif, penuh bertanggungjawab dan
berintegriti setiap masa sewaktu berada di luar negeri nanti. Demikian jelas Yang Mulia Datin Paduka semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Komanwel Ke-XX, Glasgow 2014, bertempat di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini. "Jauhilah daripada dadah dan bahan-bahan terlarang dalam sukan kerana ianya akan merosakkan diri atlet sendiri dan seterusnya akan mengaibkan imej negara. Dalam hal ini, atlet adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu dalam pengambilan mana-mana ubat. lni adalah untuk mengelakkan perlanggaran dalam peraturan penggunaan ubat atau bahan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dalam sukan," ujarnya. Sebagai wakil Negara Brunei Darussalam, ahli-ahli kontinjen tegasnya, harus mengamalkan budaya Brunei sewaktu berada di luar negeri yang penuh dengan nilai-nilai luhur kebudayaan bangsa Melayu. "Kesedaran untuk berbudaya Brunei adalah penting untuk mencapai kebajikan bersama iaitu kesedaran sebagai rakyat jati Brunei yang diikat dengan satu kewajipan iaitu cinta kepada bangsa, dipikulkan dengan satu amanah iaitu setia kepada negara, dan dituntut dengan satu tanggungjawab iaitu taat kepada raja," ujarnya lagi. Terdahulu jelasnya, Yang Mulia Datin Paduka percaya terpilihnya atlet tersebut ke sukan ini adalah atas usaha gigih atlet dalam menjalani latihan yang berterusan di bawah tunjuk ajar jurulatih profesional dari Malaysia dengan menggunakan kaedah-kaedah sains dan teknologi sukan. Menurutnya, atlet tersebut juga telah
mampu lulus kriteria-kriteria utama dan garis pandu yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan bagi menyertai kejohanan Sukan Komanwel dan dengan ini, adalah harapan negara bukan saja dapat bersaing tetapi untuk beroleh kejayaan dan kemenangan. “Adalah diharapkan agar atlet negara kita akan dapat menunjukkan disiplin yang baik dengan azam dan semangat juang dan kesukanan yang tinggi untuk memberikan saingan kepada atlet-atlet negara Komanwel yang lain,” ujarnya. Pada majlis itu, Yang Mulia Datin Paduka menyempurnakan penyerahan bendera negara kepada Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat, selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Komanwel Ke-XX, Glasgow 2014. Ke muka 24
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn