PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA orang Islam wajib berazam untuk sentiasa menang: Menang ke atas musuh Allah iaitu syaitan. Apabila kita menang, bererti kita telah layak untuk menjadi ‘orang besar’ lagi berpangkat di sisi Allah.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1434H / 2013M.
“BAHAWA Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” - (Riwayat Al-Imam Muslim).
TAHUN 59 / BILANGAN 94
28 JULAI 2014 / 1435
30
JABATAN PENERANGAN
Presiden BDNOC diberi penghormatan menyempurnakan penyampaian pingat
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan menyempurnakan penyampaian pingat emas kepada perenang dari Scotland, Hannah Miley yang memenangi acara 400 Meter Midley Wanita pada temasya Sukan Komanwel, Glasgow 2014 di Tollcross International Swimming Centre, Glasgow, Scotland. - Oleh : Samle Haji Jait.
Brunei sambut Aidilfitri esok TUNGKU, Ahad, 27 Julai. - Umat Islam di negara ini akan mula meraikan Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal pada hari Selasa, 29 Julai 2014 berikutan anak bulan Syawal atau Hilal Syawal tidak sahih kelihatan setelah dilakukan rukyah di beberapa lokasi di negara ini lewat petang tadi. Di Daerah Brunei dan Muara, Menara DST digunakan sebagai tempat merukyah anak bulan Syawal, sementara Bukit Agok dan Bukit Ambok bagi Daerah Tutong dan Bukit Lumut bagi Daerah Belait.
Antara yang berada di Menara DST ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
EDISI ISNIN / PERCUMA
710 penerima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM di Daerah Temburong
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan kurnia peribadi baginda sempena Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi, berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. - Foto : Hamzah Mohiddin (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).
Muka 3
Muka 4
MENTERI Pembangunan tandatangani Buku Takziah
BIBD serahkan zakat perniagaan lebih BND2 juta
Ke muka 24
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn