Pelita Brunei - Isnin 30 Jun 2014

Page 1

“KERANA itulah, Beta tidak jemu-jemu memperingatkan supaya jangan sekali-kali mengabaikan Al-Qur’an dan ibadat sembahyang. Jika kita merancang sebarang aktiviti, maka hendaklah dipastikan ibadat sembahyang tidak tercicir. Janganlah terlepas pandang dengannya, kerana terlepas pandang dalam perkara ini, bererti kita mengundang laknat Allah Ta’ala.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Bagi Tahun 1434H / 2013M.

“DAN jangan kamu menghambur-hamburkan (harta) secara boros. Sesungguhnya orang-orang yang membazir (membelanjakan harta ke jalan yang salah) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.” - (Allah Subhanahu Wata’ala berfirman di dalam Surah Al Israa’ ayat 26-27).

TAHUN 59 / BILANGAN 82

30 JUN 2014 / 1435

2

Tidak hormati Ramadan boleh dikenakan hukuman ta'zir Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Jun. - Salah satu daripada kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ta'zir di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah ialah 'Tidak Menghormati Bulan Ramadan' yang diperuntukkan di bawah Bab 195. Perkara ini dijelaskan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop pada Sidang Media Mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 Berhubung Bab Menghormati Bulan Ramadan, berlangsung di bangunan KHEU, di sini. Menurutnya, peruntukan tersebut seperti berikut iaitu pertama; mana-mana orang yang memakan atau meminum apa jua makanan atau minuman atau menghisap apa jua tembakau di tempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Kedua jelasnya, mana-mana orang yang menjual atau menghidang apa jua makanan, minuman atau tembakau untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta-merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Ke muka 24

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman mengepalai bacaan Surah Al Faatihah di pembukaan Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

KHEU mulakan Tadarus sempena Ramadan Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Jun. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan pembukaan Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan tahun ini. Majlis berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Kampung Kiarong, di sini. Juga menjadi tumpuan kunjungan rombongan Tadarus KHEU ialah masjid-masjid di keempat-empat daerah di negara ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dikepalai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama dan diikuti dengan bacaan Al-Qur’an dengan bermula Surah Al Baqarah oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian. Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk

memakmurkan masjid, selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid dan penduduk kampung. Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berserta pegawaipegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEU berserta penduduk di sekitarnya. Memohon keberkatan, doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

Muka 5 PERTANDINGAN Bicara Berirama tingkat kesedaran bahaya tembakau


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.