Pelita Brunei - Isnin 4 Ogos 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA, zaman dan keadaan terus saja berubah, tetapi agama tidak berubah. Jika seribu lebih tahun dahulu, umat Islam menyambut Aidilfitri, maka sekarang pun ia terus disambut. Itulah agama. Ajarannya tidak mengalami sebarang perubahan. Jika seribu lebih tahun dahulu orang menyambutnya dengan takbir, maka sekarang pun kita menyambutnya dengan takbir juga dan malah, ungkapan takbir itu tidak berubah.” - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi.

“DAN sesiapa yang tidak menetapkan hukum mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” - (Surah Al Maa-idah ayat 74).

TAHUN 59 / BILANGAN 97

4 OGOS 2014 / 1435

JABATAN PENERANGAN

7

EDISI ISNIN / PERCUMA

Brunei DPMM FC ikat Hougang United FC 2-2 Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pasukan Brunei DPMM FC dengan pasukan Hougang United FC yang mana berkesudahan dengan kedua-duanya terikat dengan jaringan 2 - 2. Perlawanan Liga Singapura itu berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 23).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Ogos. - Pasukan Brunei DPMM FC berjaya menyekat pasukan Hougang United FC untuk mara pada kedudukan yang lebih baik apabila kedua-duanya terikat dengan jaringan 2-2 pada perlawanan Liga Singapura di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Dengan kutipan satu mata tersebut masih meletakkan pasukan Brunei DPMM FC berada di tangga teratas Liga dengan mengutip 39 mata hasil 19 perlawanan. Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman. Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berserta kerabat yang lain. Kedua-dua pasukan hampa untuk menjaringkan sebarang gol pada perlawanan separuh masa pertama sekalipun kedua-duanya mempunyai peluang terbaik. Pasukan Brunei DPMM FC tersentak apabila didahului pada minit ke-53 hasil umpanan tinggi Diego Gama kepada rakan sepasukannya Nurhilmi Jasni yang berada di tengah petak ‘D’ sebelum menanduk masuk ke penjuru sebelah kanan yang sekali gus membolosi gawang Wardun Yusof. Ke muka 23

Kibar bendera tanda kesetiaan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Muka 6 PELANCARAN Aplikasi Pelancongan Islam dan Masjid-Masjid Utama

Muka 8 SMS Brunei Prihatin kutip BND105,747

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Ogos. - Mematuhi arahan untuk mengibar bendera negara merupakan satu manifestasi atau tanda bukti kesetiaan tidak berbelah bahagi kita kepada raja dan negara. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan perkara itu semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Bendera Negara 2014 Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini. Yang Dimuliakan berkata, kita bersyukur bangga menjadi

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

rakyat Negara Brunei Darussalam di mana dengan amalan taat menjunjung perintah Allah Subhanahu Wata’ala dan Titah Perintah Sultan, kita selaku rakyat dan penduduk meyakini negara ini dan penduduk di dalamnya akan terus menikmati kurnia nikmat keamanan dan keselamatan serta dilimpahi dengan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan yang tidak terkira atau terhitung banyaknya, oleh Allah Subhanahu Wata’ala, alhamdulillah. Pengorbanan dan keprihatinan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat, katanya, begitu banyak dan tinggi nilainya jika dibanding dengan permintaan atau arahan kerajaan untuk mengibar bendera, Yang Dimuliakan menambah, tetapi terus menjadi persoalan mengapakah masih ada yang tidak ambil endah kepada arahan atau seruan murni sedemikian itu. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.