PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KESIHATAN sungguh berharga dalam hidup. Ia mesti dibina dan dijaga. Di antara cara membina dan menjaga kesihatan itu, ialah melalui pengawalan pemakanan dan melazimkan aktiviti-aktiviti bersenam.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-62 Tahun pada hari Selasa, 12 Rejab 1429H bersamaan 15 Julai 2008M.
“DAN sesungguhnya dosa (yang dikira itu) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab yang pedih.” - (Surah Asy Syuura ayat 42).
TAHUN 59 / BILANGAN 101
13 13 FEBRUARI OGOS 2014 2014 / 1435 /
16
JABATAN PENERANGAN
EDISI RABU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pemuda dan Olahraga, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Kanjeng Raden Mas Tumenggung Roy Suryo Notodiprojo yang mengadakan lawatan kerja ke negara ini. Hadir dalam Majlis Mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak, Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar dan Deputi Bidang Harmonisasi dan Kemitraan, Kementerian Pemuda dan Olahraga, Republik Indonesia, Bapak Profesor Dr. Faisal Abdullah. Turut hadir dalam Majlis Mengadap ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pemuda dan Olahraga, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Kanjeng Raden Mas Tumenggung Roy Suryo Notodiprojo. - Foto : Azmah Haji Ahad.
Bermulanya tirai perayaan Hari Keputeraan Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
Muka 3 SISTEM Pendidikan Teknikal menjalani transformasi menamatkan perkhidmatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Ogos. - Rakyat dan penduduk negara ini akan mula menyambut Ulang Tahun Ke-68 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam esok, setiap tahun ditandai dengan keraian dan kesyukuran. Ia adalah acara yang menjadi ciri terpenting pemerintahan beraja. Memandangkan tarikh Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini 15 Julai 2014 Masihi adalah jatuh pada 17 Ramadan 1435
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Hijriah, beberapa acara sambutan adalah diganjakkan. Maka tarikh pada hari Khamis, 14 Ogos dipilih bagi Acara Istiadat Perbarisan Kehormatan, Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran. Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan titah bagi hari tersebut diisytiharkan sebagai hari cuti khas. Sambutan yang bersejarah itu akan bermula dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bermula jam 7.15 pagi. Kemudian diikuti dengan Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman bermula jam 9.30 pagi. Sementara itu pada sebelah malamnya pula akan diadakan Majlis Persantapan Negara di Istana Nurul Iman. Ke muka 24
SEMPENA Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn