KOLEKSI RENCANA KELUARAN KHAS SEMPENA MEMPERINGATI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-69 TAHUN 2015 “Alhamdulillah, dengan menyedari akan keberkatan berpegang teguh kepada ugama, maka kita telah dapat meneruskan lagi kehidupan ini dengan penuh selesa serta dengan rancak dapat membangun di bidang-bidang yang diperlukan. Beta sangat meyakini akan faktor keberkatan itu, yang menjadikan Negara Brunei dapat berkembang dengan baik. Di bidang ekonomi, penumpuan adalah sedang diberikan kepada mempelbagai dan menaikkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi. Ini, termasuklah antara lain, dengan memudahkan kemasukan Pelaburan Langsung Asing dalam pelbagai sektor, memajukan sektor swasta, memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan iklim 'pro-business'.” (TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun dalam istiadat berlangsung pada 14 Ogos 2014 Masihi)
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn