Pelita Brunei - Isnin 1 Sept 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“MENGENAI Industri Kreatif, para belia perlu merebut peluang tersebut, kerana di negara ini, banyak bidang yang dapat diteroka, khususnya bidang seni tradisi budaya. Bidang ini merupakan warisan berharga, yang boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana dilakukan oleh negara-negara maju. Ini juga akan boleh menarik para pelancong, dan sekali gus akan membuka peluang pekerjaan bagi anak-anak muda kita.” - Titah Sempena Hari Belia Kebangsaan pada hari Isnin, 28 Syawal 1432 Hijriah, 26 September 2011 Masihi.

“WAHAI manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'an yang menjadi pengajaran dari Tuhan kamu dan ubat penyembuh bagi penyakit batin yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Yunus ayat 57).

TAHUN 59 / BILANGAN 109

1 SEPTEMBER 2014 / 1435

6

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Manifestasikan penghayatan Al-Qur'an: Raja dan rakyat Oleh : Norliah Md. Zain, Dk. Vivy Malessa Pg. Haji Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Saerah Haji Abdul Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Ogos. - Dewan Persantapan Istana Nurul Iman bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh 1,768 peserta Majlis Khatam Al-Qur’an 68 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke majlis penuh berkat yang diadakan bersempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun. Keberangkatan baginda berdua dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Penasihat Bersama, Pengerusi Bersama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Qur’an 68 Kali Khatam serta isteri-isteri Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Qur’an 68 Kali Khatam berserta isteri masing-masing. Acara perayaan ini juga merupakan manifestasi penghayatan rakyat dan penduduk di negara ini terhadap konsep negara Melayu Islam Beraja sebagai sistem yang mengatur cara hidup di negara ini ke arah perpaduan masyarakat yang kukuh serta kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan ketenteraman bermasyarakat dan bernegara yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel. Ke muka 12 dan 13

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Qur'an 68 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun. - Foto : Hamzah Mohiddin (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

Kerajaan meterai kontrak Pelaksanaan Pelan Global Penerbangan Udara Engineering Sendirian Berhad. Oleh : Khartini Hamir Foto : Hernie Suliana Othman JERDUDONG, Sabtu, 30 Ogos. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan Thales Australia Limited dan Syarikat ESC Engineering Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak bagi projek Pelaksanaan Pelan Global Penerbangan Udara bagi Komunikasi, Navigasi, Pengawasan / Sistem Pengurusan Trafik Udara (CNS/ATM) dan Perkhidmatan Berkaitan bagi Jabatan Penerbangan Awam Brunei Darussalam, di Empire Hotel and Country Club, di sini. Menandatangani

bagi

pihak

Kerajaan Kebawah DYMM ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof dengan disaksikan oleh Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Awang Haji Abdul Karim bin Wahab. Sementara itu, menandatangani bagi pihak Thales Australia Limited ialah Mr. Vitas Rernglertpricha dan Awang Harris bin Dato Hamid bagi pihak Syarikat ESC Engineering Sendirian Berhad dengan disaksikan oleh Mr. Roy David Kurian juga dari ESC

Hadir menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan dengan bantuan konsultan dan kontraktor konsortium, Thales Australia Limited bersama syarikat tempatan ESC Engineering Sendirian Berhad akan melaksanakan projek Pelaksanaan Pelan Global Penerbangan Udara bagi CNS / ATM yang akan diguna pakai oleh Perkhidmatan Trafik Udara secara berkekalan sehingga tahun 2025.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Projek yang menelan belanja sebanyak BND25 juta itu dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan yang akan meliputi beberapa skop kerja seperti berikut iaitu Sistem ATM baru bersama dengan jawatan baru sebagai penyelia kerja, yang akan menghadkan tugas manual dengan menyediakan alat sokongan moden serta pautan data kepada penyelia; Meningkatkan keupayaan CNS yang mampu menghasilkan liputan yang lebih baik pada ketinggian yang rendah; Konfigurasi luar jangka jika berlakunya kes kegagalan pada sistem utama dan keupayaan latihan dengan menggunakan simulator baru dan simulator menara 3D. Ke muka 3

Muka 5 41 pelatih terima sijil Kursus Singkat Scaffolding

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.