Pelita Brunei - Isnin 06 Okt 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“DENGAN melakukan ibadat ini, bererti satu langkah ke hadapan mendekati Allah. Binatang yang kita sembelih, adalah untuk Allah, yakni semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung titah perintah-Nya, kerana mengharapkan reda-Nya.” - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1431 Hijriah / 2010 Masihi pada 10 Zulhijah 1431H / 16 November 2010M.

“DAN janganlah engkau menyembah selain daripada Allah, apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula mendatangkan mudarat kepadamu, sebab jika engkau lakukan yang sedemikian itu, maka sesungguhnya engkau termasuk daripada orang- orang yang zalim.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Yunus ayat 106).

TAHUN 59 / BILANGAN 124

6 OKTOBER 2014 / 1435

11

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Dengan takbir dan zikir negara dikagumi Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa sudah menjadi kelaziman, melafazkan takbir di Hari Raya, boleh membawa kepada khusyuk dan sayu, disebabkan hati telah bergetar apabila mengingat kehebatan dan kebesaran Allah. Lebih-lebih lagi apabila ia dilafazkan secara beramai-ramai. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa takbir adalah lafaz membesarkan Allah. Kita menjawat kemerdekaan pun adalah dengan lafaz ini. Inilah lafaz keramat bagi kita orang-orang Brunei khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Berkat dengan lafaz tersebut, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Brunei bertolak selaku sebuah negara merdeka dan selepas itu, ia terus bergerak maju sehingga ke hari ini dengan berkat dan semangat takbir tersebut. Dengannya juga Brunei tidak syak lagi boleh disifatkan sebagai negara yang tumbuh dan mekar dengan takbir dan zikir dan menjadikannya Brunei menjadi sebuah negara yang benar-benar unik, dikagumi dan dihormati, jelas Kebawah DYMM. Baginda percaya, semua itu adalah ketentuan Allah dan berkat negara ini mengagungkan-Nya dengan takbir dan zikir kepada-Nya.

Berkenan menyempurnakan Majlis Ibadah Korban

Ke muka 24

Tidak berlembut dengan penjenayah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan bahawa Brunei sama sekali tidak akan berlembut dengan penjenayah, sama ada jenayah itu jenayah ringan mahupun berat. Dengan yang demikian bagi mengatasi kes jenayah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menggesa pihak-pihak keselamatan, supaya jangan berhenti daripada memburu penjenayah sehingga tertangkap, juga jangan lalai dari meningkatkan usaha dan langkah ke arah pencegahan jenayah itu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga meminta orang ramai supaya memberikan kerjasama yang padu kepada pihak-pihak penguat kuasa keselamatan, sehingga dengan adanya kerjasama itu, akan mengesankan lagi langkah-langkah pencegahan terhadap jenayah. Ke muka 24

Muka 5 Muka 4 MAJLIS Khatam Al-Qur’an KPSSU

YSHHB adakan doa hadapi peperiksaan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penyembelihan korban sunat baginda dan kerabat baginda bersempena dengan Hari Raya Aidiladha 1435 Hijriah/2014 Masihi yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali. (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 12 dan 13).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 06 Okt 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu