PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KITA berusaha mencipta tamadun, tetapi asasnya adalah sains dan teknologi yang berpaksikan keyakinan kepada Allah. Kita melakar tamadun itu bermula dengan pendidikan.” - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun, pada 4 Muharam 1436H bersamaan 28 Oktober 2014M.
“DAN Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah-Ku.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56).
TAHUN 59 / BILANGAN 139
17
10 NOVEMBER 2014 / 1436
APEC bincang tiga topik utama
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Berangkat tiba di Beijing hadiri APEC
Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman dari Beijing, Republik Rakyat China BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Jumaat, 7 November. Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 dijangka akan memfokuskan tiga topik utama untuk mendorong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau dan global, dalam pertemuan yang akan berlangsung di Beijing pada 10 - 12 November. Penyelenggaraan APEC 2014 yang bertemakan ‘Membangun Masa Depan Melalui Kerjasama Asia Pasifik’, dengan fokus integrasi kerjasama ekonomi serantau, pengembangan inovasi, reformasi serta pertumbuhan ekonomi, memperkuat hubungan dan pelaburan pembangunan infrastruktur. APEC yang merupakan acara terbesar di peringkat antarabangsa bakal dihadiri oleh Ketua-Ketua Ekonomi dan Pemimpin Ekonomi 21 Negara, ini termasuk juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga akan berkenan berangkat ke Sidang APEC yang berprestij tersebut. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke sidang
berkenaan akan turut memberi peluang kepada baginda bersemuka dalam satu sesi permuzakarahan bersama Ketua-Ketua Ekonomi dan para pemimpin dalam kalangan anggota APEC, ini setentunya mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan, selain berpeluang membincangkan isu-isu semasa demi mencapai matlamat APEC sebenarnya. Selama 25 tahun kewujudannya, APEC sudah mampu membawa kebersamaan yang positif bagi pertumbuhan ekonomi 21 negara ekonomi anggotanya dan bagi ekonomi dunia. Ke muka 24
Muka 3
Muka 4
KEBAJIKAN golongan memerlukan diutamakan
KHEDN adakan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1436
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Beijing, Republik Rakyat China bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC 2014.
Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas dari Beijing, Republik Rakyat China BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Ahad, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di Beijing, Republik Rakyat China bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC 2014 yang akan diadakan selama dua hari bermula 10 hingga 11 November ini. Ke muka 24
Kebajikan golongan memerlukan diutamakan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 November. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersabda, usaha memastikan kebajikan golongan yang memerlukan sentiasa terjaga adalah menjadi keutamaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menurut sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri, rakyat negara ini adalah paling bernasib baik kerana kemurahan hati Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Darussalam yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat. Yang Teramat Mulia bersabda demikian semasa berangkat menghadiri persembahan Konsert Orkestra Kebajikan Covent Garden Soloist, berlangsung di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS). Sehubungan itu sabda YTM, adalah menjadi tanggungjawab semua anggota masyarakat supaya mengikut jejak langkah baginda dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Ke muka 3
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn