Pelita Brunei - Isnin 10 Ogos 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KEMAKMURAN dicapai dengan usaha, menggunakan sumber alam kurnia Allah Ta'ala. Daripada sumber alam ini, kita memperolehi minyak dan gas dan daripadanya juga kita mendapat makanan.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

''WAHAI manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13).

TAHUN 60 / BILANGAN 95

10 OGOS 2015 / 1436

Hubungan Brunei- Republik Singapura terus diperkukuh

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Semarak 50 Tahun Merdeka Singapura

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura sempena dengan Hari Kebangsaan Ke-50 Republik Singapura.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Yang Ke-50 Republik Singapura. Di dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menitahkan bersempena dengan sambutan Lima Puluh Tahun Hari Kebangsaan Republik Singapura, baginda bersama-sama dengan rakyat baginda meraikan pencapaianpencapaian yang telah diperolehi selama ini yang mana menjadi kebanggaan Republik Singapura dan seterusnya mengangkat Republik Singapura di peringkat serantau dan antarabangsa. Baginda juga sangat menghargai hubungan erat yang telah terjalin di antara rakyat Negara Brunei Darussalam dan rakyat Republik

Singapura, dan juga kerjasama yang bernilai dan penting yang telah wujud sekian lama, di mana baginda yakin bahawa hubungan sedemikian itu akan terus diperkukuhkan lagi pada masa akan datang. Pada mengakhiri perutusan kepada TYT Dr. Tony Tan Keng Yam itu, Kebawah DYMM menyampaikan ucapan selamat menyambut Perayaan Hari Kebangsaan SG50 dan semoga TYT sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Sementara itu, di dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Singapura, TYT Lee Hsien Loong, Kebawah DYMM telah menitahkan bahawa pencapaian yang telah diperolehi oleh Singapura dalam tempoh lima dekad adalah memperlihatkan pencapaian dari adunan transformasi, pemimpin yang berwawasan dan dedikasi rakyat Singapura. Kemakmuran dan kestabilan yang dinikmati oleh Republik Singapura akan terus menjadi ikutan dan tanda aras berkerajaan di rantau ini dan di mana-mana jua. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama ketua-ketua negara dan kerajaan pada upacara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Ke-50 Tahun Republik Singapura. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said. (Lihat muka 12 dan 13).

Kerja berpasukan tuntutan Islam Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Ogos. - Majlis Sambutan Hari

Raya mewujudkan suasana kerja berpasukan sebagai satu team

Muka 4

Muka 5

DAERAH Temburong rancak buat persiapan perayaan

HORMATI bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

di bawah satu bumbung. Ini sesuai dengan Aidilfitri yang merupakan suatu ibadah sifatnya dikerjakan secara bersama-sama atau beramai-ramai. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berucap demikian pada Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) di bangunan KHEU. Yang Berhormat berkata, kerja berpasukan itu termasuk dalam tuntutan agama Islam membawa kepada semangat bekerjasama, perpaduan, kesatuan dan perpaduan. Tuntutan itu, tambahnya, perlu direalisasikan secara menyeluruh kerana kerja berpasukan yang tulus itu mendatangkan keharmonian serta mengurangkan pergeseran atau berpuak-puak yang natijahnya ialah kehancuran dan kegagalan. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.