''DAN tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan (melanggar hukum-hukum Allah). Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat berat seksanya.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maaidah, ayat 2.
''KEGIATAN-kegiatan berdaya maju yang berasaskan kepada kematangan dan kemantapan sektor-sektor berkenaan itulah, merupakan sumbangan yang paling bererti kepada negara. Dalam makna sama-sama memberi dan menerima, bukan setakat menjadi pengguna kepada sumber-sumber negara.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-23 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 5 Safar 1428 Hijrah / 23 Februari 2007 Masihi.
4.45
TAHUN 62 / BILANGAN 148
4.55
6.18
11 DISEMBER 2017 / 1439
6.42
12.14
22
3.36
6.09
7.23
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
KKBS pastikan PKBN terus relevan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Ihsan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
TEMBURONG, Sabtu, 9 Disember. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama rakan-rakan strategik agensi-agensi kerajaan yang lain melalui Bahagian Khidmat Bakti Negara akan memastikan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) akan terus relevan dan berperanan dengan meningkatkan mutu latihan yang sedia ada, menentukan barisan jurulatih yang benar-benar berkesan dan terlatih, agar segala pelaburan yang dilaksanakan berbaloi dan pulangan berganda yang dapat mencapai kepada matlamat kementerian ini dan juga Wawasan Negara 2035. Matlamat utama PKBN selaku salah satu daripada Program Strategik Kebangsaan yang dikelolakan oleh KKBS ialah untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan rohani dan jasmani, daya kepimpinan berkesan, semangat setia kawan dan patriotik serta berkeyakinan tinggi. Ia juga dibentuk bagi melahirkan insan belia yang mengenali jati diri dan memiliki jiwa besar selain digerakkan bagi bergiat aktif dan cemerlang dalam keusahawanan, industri kreatif dan mencipta jiwa belia yang berbakti melalui kesukarelawanan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran PKBN Pengambilan Ke-7 berlangsung di Kem Latihan, PKBN, Batu Apoi, di sini. MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melancarkan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-7 yang berlangsung di Kem Latihan PKBN, Kampung Batu Apoi.
Ke muka 5
Rasulullah contoh dalam semua hal Oleh : Marlinawaty Hussin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Disember. - Makna 'Qudwah' bererti contoh atau suri tauladan, di mana Rasulullah perlu dijadikan contoh dalam apa jua segi termasuk dari segi kepimpinan Baginda. Perkara tersebut antara lain dijelaskan oleh Penceramah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman dalam Ceramah Khas bertajuk 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil' pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam 1439 Hijrah bagi Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) di Dewan Persidangan, PDI, di sini. Jelasnya, Rasulullah mempunyai kepimpinan yang adil bukan sahaja terhadap umat-umat Baginda bahkan terhadap seluruh alam. ''Mencontohi Rasulullah adalah antara bukti rasa cinta kita kepada Baginda,'' katanya lagi. Terdahulu, Timbalan Presiden Ekonomi PPPMB, Dr. Awang Haji Jumat bin Haji Idris dalam ucapan alu-aluannya, antara lain
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
menekankan mengenai betapa beruntungnya rakyat di negara ini yang mempunyai pemimpin seperti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memiliki sifat adil terhadap rakyat baginda. Menyentuh mengenai perniagaan pula, beliau menambah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memang menggalakkan rakyat di negara ini untuk terus berusaha, di samping memberikan peluang kepada kita dengan pelbagai cara serta memudahkan pengurusan perniagaan di negara ini.
Muka 3
Muka 6
KHEDN semarakkan Sambutan Maulud
AL IJTIHAD juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam
Ke muka 4
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn