Pelita Brunei - Isnin 11 Julai 2016

Page 1

''KESIHATAN adalah faktor yang paling penting untuk semua. Jika badan sihat, semua kerja boleh dibuat dengan baik, sebaliknya jika tidak sihat, maka segala aktiviti tidak akan dapat berlaku dengan sempurna. Inilah rahsia atau harga kesihatan.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

''DAN Tuhan kamu berfirman : berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Mukmin, ayat 60).

4.40

TAHUN 61 / BILANGAN 83

4.50

6.14

11 JULAI 2016 / 1437

6.38

6

12.27

3.52

6.37

7.52

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain telah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah secara berasingan dari seramai 33,299 pengunjung pada hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi (Lihat muka 2, 3 dan 4).

100,802 junjung ziarah Aidilfitri Oleh : Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Samle Haji Jait Foto : Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said

4 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Julai. - Ribuan rakyat jelata, penduduk dan para pelancong tidak melepaskan peluang berkunjung bagi menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain pada hari terakhir Istana Nurul Iman yang dibuka kepada orang ramai sempena Hari Raya Aidilfitri. Kunjungan ke Istana Nurul Iman merupakan saat yang sangat ditunggu-tunggu sekali gus

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri sekali gus sebagai peluang keemasan untuk menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan raja dan kerabat diraja yang dikasihi sekali gus sebagai pemangkin untuk merapatkan institusi raja dengan rakyat. Sepanjang tiga hari Istana Nurul Iman dibukakan kepada orang ramai, pengunjung yang mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri telah mencatatkan 100,802 pengunjung keseluruhannya. Hari pertama telah mencatatkan seramai 34,397 pengunjung; hari kedua 33,106 pengunjung dan hari ketiga mencatatkan 33,299 pengunjung. Pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibuka, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah secara berasingan dari seramai 14,870 pengunjung sebelah pagi. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan

menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung lelaki, manakala di ruang lain istana, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung wanita. Ke muka 2

Muka 5

Muka 8

MENTERI Negara Kanan Singapura berhari raya

ABDB baik pulih Surau Kampung Melilas

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 11 Julai 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu