Pelita Brunei - Isnin 11 SEPT 2017

Page 1

''MAKA apabila kamu telah selesai mengerjakan ibadah haji hendaklah kamu berzikir mengingati Allah sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut bapa-bapa (datuk nenek kamu), bahkan berzikirlah lebih daripada itu. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang berdoa hanya dengan berkata : ''Ya Tuhan Kami! Berilah kami kebaikan di dunia.'' (Orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikit pun kebaikan di akhirat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 200).

''RANKING adalah penting bagi mengukur kualiti sesebuah universiti di peringkat antarabangsa. Namun kerananya, kita tidaklah harus mengabaikan atau terlepas pandang agenda-agenda kebangsaan seperti isu pengangguran.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD pada hari Khamis, 7 September 2017.

4.45

TAHUN 62 / BILANGAN 109

4.55

6.12

11 SEPTEMBER 2017 / 1438

6.34

12.18

19

3.18

6.22

7.31

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat tiba di Nanning bagi hadiri CAEXPO dan CABIS Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

NANNING, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Ahad, 10 September . - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-China (CABIS) Ke-14 yang akan berlangsung pada12 September 2017. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu dijunjung oleh Naib Gabenor Pertama Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Lan Tianli dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Naib Gabenor Pertama Wilayah Otonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Lan Tianli. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi.

Tingkatkan kualiti kesempurnaan Sambutan Jubli Emas Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

24 Hari Lagi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 September. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas dan juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian Daerah-Daerah dan Mukim Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta berharap agar Ahli-Ahli Jawatankuasa akan dapat bersama-sama memberikan pandangan dan buah fikiran semata-mata bagi membisaikan, memeriahkan dan mempertingkatkan lagi mutu, kualiti serta kesempurnaan Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk dan Pembukaan Rasmi Eko Koridor yang dinanti-nantikan ini. Ke muka 6

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 5 & 6

Muka 8

DYTM berangkat meninjau persiapan Sambutan Jubli Emas

MASYARAKAT berpengetahuan, tingkatkan daya saing ASEAN

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.