Pelita brunei isnin 12 februari 2018

Page 1

''ALLAH Subhanahu Wata'ala menyifatkan Al-Quran sebagai petunjuk yang 'Aqwam'. Kalimat Aqwam itu bermaksud jalan yang paling benar paling adil dan paling tepat. Maka mereka menjadikan Al-Quran sebagai rujukan, pasti akan beroleh kecemerlangan, kejayaan dan keselamatan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1428 Hijrah / 2007 Masihi.

''KATAKANLAH : Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-An'am, ayat 162.

5.07

TAHUN 63 / BILANGAN 19

5.17

6.36

12 FEBRUARI 2018 / 1439

6.59

12.36

26

3.55

6.33

7.44

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan hantar titah perutusan tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran bersempena dengan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran. Dalam titah perutusan kepada Tuan Yang Terutama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan dapat berjumpa dengan TYT semasa di Persidangan Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul pada bulan Disember 2017 yang

lalu, dan seterusnya menghargai persahabatan dan kerjasama yang telah dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat, baik dalam hubungan dua hala mahupun sebagai rakan kongsi di peringkat serantau dan antarabangsa. Kebawah DYMM juga berharap TYT beroleh kejayaan di dalam persediaan bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Ketiga Dialog Kerjasama Asia yang akan diadakan di Tehran pada tahun ini. Pada mengakhiri titah perutusan baginda tersebut, baginda berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan kepada TYT dengan kesihatan dan kegembiraan yang berterusan dan rakyat Republik Islam Iran terus memperoleh kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran bersempena dengan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran.

Kerjasama bersepadu perlu bagi atasi penyakit tidak berjangkit OIeh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Februari. - Penyakitpenyakit tidak berjangkit merupakan salah satu cabaran yang besar terhadap kesihatan dan pembangunan pada abad ini, yang mana mahu tidak mahu, kita mesti menghadapi serta menanganinya. Jika tidak dibanteras, penyakit-penyakit tidak berjangkit boleh membantut perkembangan sosioekonomi negara kita disebabkan oleh kesan negatif terhadap produktiviti dan kos rawatan yang kian meningkat. Sepertimana yang mungkin dimaklumi bersama, punca utama kematian di Negara Brunei Darussalam adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis (Diabetes Mellitus) dan strok, yang mana melibatkan lebih daripada separuh kematian pada tahun-tahun lalu. Demikian ditegaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka

Dr. Awang Haji Md. Isham bin Jaafar semasa Majlis Pelancaran Program Mukim Sihat bagi Mukim Pengkalan Batu anjuran Kementerian Kesihatan dan Majlis Perundingan Mukim (MPM) Pengkalan Batu, di Pusat Kesihatan Pengkalan Batu. Yang Berhormat seterusnya berkata, memandangkan betapa seriusnya risiko, impak dan bebanan penyakit-penyakit tersebut, kita tidak mampu untuk melambatkan atau berlengahlengah dalam mengambil tindakan pencegahan. Menteri Kesihatan menegaskan, bagi mereka yang telah dikenal pasti, mempunyai risiko atau menghidap penyakit tersebut, maka adalah penting untuk memastikan rawatan yang efektif diberikan dan komplikasi penyakit-penyakit tersebut dicegah. ''Semua langkah-langkah ini akan memerlukan kerjasama yang sepadu dan komitmen erat dari

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

pelbagai sektor, lapisan masyarakat dan individu atau pesakit serta ahli keluarga terdekat bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan dalam mengatasi masalah penyakit tidak berjangkit,'' terang Yang Berhormat. Yang Berhormat juga difahamkan bahawa sebuah jawatankuasa mempromosi dan mengamal cara hidup sihat telah ditubuhkan, yang mana melibatkan perwakilan dari MPM Pusat Kesihatan Pengkalan Batu, agensi-agensi kerajaan setempat dan syarikat-syarikat swasta. ''Untuk memperkukuhkan lagi peranan jawatankuasa ini, maka saya dengan sukacita melantik beberapa orang ahli jawatankuasa untuk menjadi duta kesihatan, adalah diharap menjadi pemangkin bagi program dan aktiviti setempat yang berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit,'' jelasnya lagi. Ke muka 6

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Muka 2

Muka 4

KANAK-kanak TASKA YSHHB sertai Hari Kerjaya

FESTIVAL Alam Semula Jadi Ulu Temburong

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.