Pelita Brunei - Isnin 12 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KITA usah lupa, bahawa semua ibadat adalah dituntut, terpulang kepada kita sama ada hendak memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Jika kita mahu memenuhinya, bererti kitalah hamba yang patuh, sementara jika tidak, maka kitalah hamba yang bernama pembantah.” - Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

“ORANG-ORANG yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka ialah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang-orang yang hanya memberi minum kepada jemaah haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid sahaja. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Taubah, ayat 20).

TAHUN 60 / BILANGAN 122

12 OKTOBER 2015 / 1436

28

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Skim Perkhidmatan Guru Ugama perlu diambil perhatian Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah menyeru pihak yang berkenaan agar memberikan perhatian kepada Skim Perkhidmatan Guru Ugama sebagai motivasi kepada para guru di negara ini. Negara telah memperkenalkan Skim Perkhidmatan Guru (SPG) kepada guru-guru, semenjak beberapa tahun yang lalu namun titah baginda, kita masih lagi belum mendengar tentang Skim Perkhidmatan Guru Ugama. Bertitah pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-5 Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baginda turut mengingatkan semua graduan dan guru ugama bahawa ilmu dan pengalaman berharga yang mereka perolehi adalah amanah untuk dicurahkan kepada masyarakat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, dalam era serba mencabar ini, semua orang khasnya anak-anak adalah sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif, yang menjadi punca utama berlakunya pelbagai gejala sosial, yang menjadikan peranan guru ugama semakin diperlukan. “Kita tidak boleh lagi berfikir secara mundur ke belakang, tetapi kita perlu berfikir jauh lebih maju ke hadapan,” titah Kebawah DYMM. Menurut baginda, bermacam-macam jenis penyakit sedang menyerang, termasuk penyakit yang sangat payah dikawal yang bernama penyakit rohani atau akhlak yang mana penyakit ini begitu cepat berkembang, memerlukan kebolehan atau kepakaran luar biasa untuk merawat dan bahkan mencegahnya. Guru-guru ugama, titah baginda, adalah yang duduk paling depan sekali, dan inilah tujuan KUPU SB ditubuhkan untuk melahirkan guru-guru ugama yang berkualiti, yang mempunyai kebolehan atau kepakaran dalam mendidik dan mentarbiah anak bangsa. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan mengurniakan ijazah kepada graduan KUPU SB pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-5 Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor (Lihat muka 12 dan 13).

KUPU SB pegang amanah lahirkan arif ugama

Muka 3

BERANGKAT ke Majlis Sambutan Hari Puja Usia

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 Oktober. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ibarat kilang untuk mendapatkan penghasilan yang terbaik dan sangat bersesuaian, nisbah dengan namanya yang disandarkan kepada ugama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor KUPU SB bertitah, atas nama ugama itu, KUPU SB adalah pemegang amanah utama bagi melahirkan sumber tenaga yang benar-benar arif ugama iaitu ilmu itu pelu mantap di dada, dan jika ia tumpah di atas kertas pun masih saja seperti itu juga.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Menekankan perkara itu pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-5 Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baginda seterusnya bertitah, kita tidak mahu ilmu ugama itu dibayangi oleh budaya semasa, kerana budaya bukanlah ugama, lebih-lebih lagi jika budaya itu memang bertentangan dengan ugama dan ini termasuk juga penggunaanpenggunaan kaedah atau istilah, yang asalnya datang daripada orang lain, hendaklah dipastikan ianya tidak menyalahi undang-undang. “Kerana kita tahu, orang ugama pun kadangkadang tidak menghayati nilai-nilai ugama, seperti turut-turutan membuang kupiah, dan jika menulis buku atau kajian dan lain-lain, tidak mahu mengikut sunnah, seperti memulai dengan Bismillah.” Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 12 Okt 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu