Pelita Brunei - Isnin 13 April 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“WAWASAN turut mengenal pasti keperluan sumber manusia yang berilmu. Ini juga penting, nisbah kita sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk, yang juga amat kecil. Sumber manusia berkualiti adalah faktor penentu kepada keupayaan negara untuk menikmati kemajuan secara berpanjangan.” - Titah Sempena Menyambut Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 27 Safar 1430 / 23 Februari 2009.

TAHUN 60 / BILANGAN 44

“ALLAH meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mujaadalah, ayat 11).

13 APRIL 2015 / 1436

23

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat, Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 April. - Hari Kemuncak Istiadat Perkahwinan Diraja yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan rakyat dan penduduk negara ini, iaitu Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara putera Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berlangsung dengan penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini. Ke muka 3

Dikurniakan gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri'

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menapakkan tangan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ke atas kepala Pengantin Diraja Perempuan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah di Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3, 4, 5 dan 6).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 April. - Dengan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mulai dari hari ini Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dikenali dengan nama ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah’. Surat Pengisytiharan tersebut telah dibacakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz pada Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di sini.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.