Pelita Brunei - Isnin 13 Jun 2016

Page 1

''DENGAN menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, umat Islam akan mampu mencapai kejayaan sebagaimana pada zaman keemasannya dahulu. Tetapi sekarang, umat Islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak atau kurang mengambil inspirasi dari Al-Quran. Al-Quran cuma dibaca, tidak dijadikan panduan. Sepatutnya di samping kita membaca, isinya juga hendaklah dijadikan dasar dan asas panduan.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.

''SESUNGGUHNYA orang-orang yang membazir (membelanjakan harta pada jalan yang salah) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Isra', ayat 27).

4.33

TAHUN 61 / BILANGAN 71

4.43

6.08

13 JUN 2016 / 1437

6.32

7

12.21

3.47

6.32

7.48

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Hubungan persahabatan NBD - Republik Filipina dan Rusia terus kukuh

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Benigno C. Aquino III sempena Ulang Tahun Ke-118 Hari Kemerdekaan Republik Filipina (tengah) dan kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin sempena Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia (kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama

Benigno C. Aquino III serta kerajaan dan rakyat Republik Filipina sempena dengan Ulang Tahun Ke-118 Hari Kemerdekaan Republik Filipina. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia

amat menghargai sumbangan peribadi Tuan Yang Terutama berikan dalam mengukuhkan persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah dan kegembiraan menyambut perayaan tersebut. Sementara itu, pada hari yang sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin serta kerajaan dan rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia. Di dalam perutusan Kebawah DYMM kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, baginda amat menghargai persahabatan yang erat dan kerjasama yang sangat bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara, dan seterusnya berharap akan berpeluang bagi meningkatkan persahabatan yang mustahak ini di masa-masa akan datang. Bagi mengakhiri ucapan tahniah tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT Vladimir Putin.

Enam pelajar sertai APTJSO Oleh : Nooratini Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Jun. - Seramai enam pelajar terpilih mewakili Negara Brunei Darussalam ke Program Odyssey Sains Muda Ke-5 ASEAN Campur Tiga (APTJSO) di Universiti Los Banos, Laguna, Republik Filipina bermula 13 hingga 18 Jun 2016. Rombongan berlepas di Lapangan

Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), di sini disertai oleh dua guru pengawas terdiri daripada Pegawai Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, Dayang Norhidanajibah binti Tompal dan Pegawai Pendidikan, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Dayang Nor'Azali binti Dato Paduka

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Haji Umar. Salah seorang pengawas, Dayang Norhidanajibah yang juga selaku ketua rombongan ketika ditemu bual menjelaskan, program tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan dan memupuk minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi, di samping mengeratkan kerjasama di antara para pelajar dan guru-guru pengawas dalam kawasan ASEAN Campur Tiga.

Muka 5

HAYATI, cintai bulan Ramadan

Ke muka 3

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.