Pelita Brunei - Isnin 13 Okt 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA menyeru semua negara untuk berusaha secara bersepadu dalam kerja untuk memastikan kadar globalisasi dan saling berkaitan akan membawa banyak faedah kepada semua rakyat dan masyarakat kita.” - Titah Sempena Sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-69, berlangsung di Ibu Pejabat PBB, New York, pada 25 September 2014M.

“DAN tidaklah diterima taubat orang-orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah dia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini” (sedang taubatnya itu sudah terlambat). Dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekufuran. Bagi mereka Kami sediakan azab yang pedih.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nisaa' ayat 18).

TAHUN 59 / BILANGAN 127

13 OKTOBER 2014 / 1435

18

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Tingkatkan pengetahuan isu global persekitaran binaan Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Puja Usia

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Oktober. - Para arkitek disaran untuk meneruskan usahausaha mereka bagi meningkatkan pengetahuan dalam isu-isu global semasa yang berkaitan dengan persekitaran binaan (built environment). Dalam masa yang sama, arkitekarkitek harus menyedari terdapat banyak kebimbangan yang disuarakan mengenai kesan-kesan perubahan iklim terhadap persekitaran binaan dan sebaliknya, bagaimana persekitaran dan industri pembinaan menyumbang kepada perubahan iklim, untuk tindakan yang bijak. Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menjelaskan perkara ini pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Seni Bina Sedunia 2014, berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini. Terdahulu Yang Berhormat berkata,

Hari Seni Bina Sedunia ditubuhkan oleh Kesatuan Arkitek Antarabangsa (UIA) bagi meraikan arkitektur seluruh dunia dan pada tahun ini, tema yang dipilih ialah ‘Bandaraya Sihat, Bandaraya Bahagia' (Healthy Cities, Happy Cities)’, yang menyerlahkan peningkatan bagi tanggungjawab reka bentuk seni bina dan kesannya kepada persekitaran binaan. “Adalah penting persekitaran binaan kita menyediakan pengguna dan penghuni dengan bangunan di mana mereka boleh menjalani kehidupan yang berkualiti dan dapat bekerja dalam suasana harmoni,” jelas Yang Berhormat. Yang Berhormat menjelaskan, reka bentuk pembinaan juga perlu menangani isu-isu persekitaran global dan kemampanan yang selaras dengan visi Kementerian Pembangunan iaitu Kehidupan yang berkualiti, Pembangunan Mampan dan Negara Makmur. Ke muka 12

Berangkat ke Sambutan Hari ASEAN bagi Pengurusan Bencana Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan memotong kek sempena Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang disembahkan oleh Kumpulan Isteri-Isteri Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3).

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari ASEAN bagi Pengurusan Bencana. Muka 4 BERANGKAT ke Sambutan Hari ASEAN bagi Pengurusan Bencana

Muka 6 SOMY rangsang semangat belia

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah di Pusat Membeli-Belah Times Square dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pengarah Pusat Pengurusan

Bencana Kebangsaan (NDMC). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu, selaku Pengerusi ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Pada majlis itu, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi Peraduan ‘ASEAN Champions for Community Resilience’, Peraduan Mewarna, Peraduan Melukis Poster dan Peraduan Menulis Surat. Ke muka 4

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.