PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''INI adalah sebahagian daripada tanggungjawab para ilmuwan bagi menghidupkan ilmu itu dan menghidangkannya kepada umum. Masyarakat sangat berhajat kepada ilmu, kerana ilmu itu adalah suluh yang menerangi kehidupan dan santapan bagi rohani.'' - Titah Perasmian Majlis Ilmu 2015 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-69 Tahun pada 27 Muharam 1437 Hijrah / 9 November 2015 Masihi.
''SESUNGGUHNYA Allah dan Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56).
TAHUN 60 / BILANGAN 149
14 DISEMBER 2015 / 1437
2
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Dikir Maulud bergema di seluruh negara
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembukaan Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 12 dan 13).
Brunei terima Anugerah Minggu Kewangan Global Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan
Muka 3 Terima kunjungan Delegasi Dewan Perwakilan Daerah, Republik Indonesia
Muka 4 JASA purih Kampung Setia dihargai
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
LONDON, UNITED KINGDOM, Khamis, 10 Disember. - Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan telah dianugerahkan sebagai salah satu daripada tiga peserta akhir Anugerah Minggu Kewangan Global 2015 bagi Asia - Pasifik. Penasihat Serantau bagi Asia dan Pasifik, Kewangan Antarabangsa Kanak-Kanak dan Belia, penganjur bagi anugerah berkenaan melaporkan tentang bagaimana Negara Brunei Darussalam mendahului di rantau Asia - Pasifik dari 23 negara lain. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, pengumuman itu dibuat semasa Anugerah Tahunan Kewangan Antarabangsa Kanak-Kanak dan Belia Ke-4 di House of Lords, Bangunan Parlimen, London, United Kingdom. Ke muka 24
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
PKBN relevan dengan pembentukan jati diri Oleh : Haniza Abdul Latif BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Disember. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) adalah sangat relevan dengan pembentukan jati diri kerana ia mempunyai pengisian program jati diri yang bercalakkan keBruneian, iaitu mendukung falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), Wawasan Negara 2035, Negara Zikir dan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Ini merupakan gabungan ciri-ciri unik dan istimewa sebagai teras serta lambang keperibadian dan kekuatan bangsa Brunei. Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyatakan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran PKBN Pengambilan Kelima di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini. Tambahnya, penubuhan PKBN merupakan satu peluang yang amat berharga kepada warga belia dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia mempunyai erti yang sangat besar memandangkan golongan belia merupakan aset negara yang akan menjadi pelapis generasi masa kini. Tingkah laku dan corak pemikiran mereka hari ini, ujarnya, sudah tentu akan mempengaruhi hala tuju serta pembangunan negara di masa depan. Ke muka 3
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn