Pelita Brunei - Isnin 14 Mac 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''AHLI Majlis yang berpandangan jauh, kita yakin akan dapat menghidangkan idea-idea besar mereka untuk kemajuan negara. Penghijrahan mindset daripada semata-mata suka bergantung kepada bantuan kepada lebih berdikari dan berusaha adalah suatu kelebihan yang perlu dihuraikan oleh majlis ini.'' - Titah Sempena Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara 2015.

''DAN juga mereka yang diredhai Allah itu ialah yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.'' - (Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Furqan, ayat 67).

14 MAC 2016 / 1437

TAHUN 61 / BILANGAN 32

5

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Mac. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Jun 2012.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam.

Peruntukan Kementerian Pendidikan lulus

Tetapkan 7 program utama Laporan : Norliah binti Md. Zain BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Mac. - Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang pada hari keenam sebelah petang telah meluluskan peruntukan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan jumlah sebanyak BND 726,654,440. Di bawah Perbelanjaan Tahun Kewangan 2016 / 2017 Kementerian Pendidikan ini, sejumlah BND 507,278,350 disediakan untuk gaji kakitangan, BND 204,331,090 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang dan BND 15,045,000 bagi

Muka 3

Muka 4

BRUNEI - Costa Rica tingkat kerjasama

DOA Kesyukuran sempena 30 tahun penubuhan BLA

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Perbelanjaan Khas. Perbelanjaan Khas ini adalah bagi melaksana 11 projek antaranya bagi Pembangunan Strategik Institusi-Institusi Pengajian Tinggi, Projek Programme for International Student Assessment (PISA) and PISA-Based Test for Schools (PBTS), pembelian peralatan bagi kursus-kursus baharu di pengajian tinggi dan penggantian peralatan dan perkakas komputer di bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan projek menaik taraf dan membaik pulih aset-aset bangunan Kementerian Pendidikan dan pembelian peralatan sekolah-sekolah. Kementerian Pendidikan telah menetapkan 7 program utama dalam melaksanakan Perbelanjaan Tahun Kewangan 2016 / 2017 ini, yang mana program-program ini adalah saling mendukung antara satu sama yang lain untuk memperkesankan lagi usaha Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Program-program tersebut adalah Pengurusan Dasar dan Pentadbiran; Perancangan Sektor Pemantauan dan Perkembangan Sistem; Pendidikan Rendah; Pendidikan Menengah; Pendidikan Teknikal dan Vokasional; Pengajian Tinggi; dan Program lain dan Institusi Pendidikan.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Kesejahteraan, kebajikan rakyat sentiasa terpelihara Laporan : Nor Hanizah Haji Abd. Halim BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Mac. - Pihak kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini telah pun melaksanakan beberapa langkah pengkajian semula tangga gaji pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam (PA) yang telah membolehkan pegawai dan kakitangan PA menerima pendapatan atau take-home-pay yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Antara perubahan tersebut termasuklah pemberian Kurnia Elaun Khas, memperkenalkan Elaun Sara Hidup, pewujudan EB-Khas dan pemberian kenaikan Mata Gaji Khas (Accelerated Increment), di samping pemberian Bonus Tahunan kenaikan gaji tahunan sehingga mencapai tahap maksimum yang ditetapkan. Kenaikan gaji tahunan pada kadar tertentu ini juga telah membantu dalam menampung sebarang kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh inflasi pada setiap tahun.

Faksimile: 2381004

Ke muka 9

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.