Pelita Brunei - Isnin 15 Dis 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA di sini, suka mengambil kesempatan untuk menasihatkan para pelajar, supaya jadilah pakar. Gantungkanlah cita-cita setinggi langit untuk menjadi pakar, kerana negara sedang memerlukan tenaga-tenaga pakar. Sekali lagi Beta tekankan, jadilah awda semua pakar, pakar yang benar-benar berguna kepada negara, bukan pakar yang membebankan negara.” - Titah Sempena Majlis Bersama Pelajar-Pelajar dan Rakyat Negara Brunei Darussalam di New Zealand pada 25 Mac 2013.

“WAHAI orang-orang yang beriman! makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya beribadat kepadaNya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 172).

TAHUN 59 / BILANGAN 154

15 DISEMBER 2014 / 1436

22

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Surau Nuurul 'Inayah penuhi keperluan tempat beribadat Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 Disember. - Penaiktarafan Surau Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) adalah memenuhi keperluan orang ramai dan warga hospital untuk memudahkan menunaikan sembahyang fardu lima waktu, di samping digunakan untuk majlis-majlis keugamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Tadarus, Khatam Al-Qur’an, Tahlil, penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan acara-acara keagamaan yang lain. Kementerian Kesihatan telah mengadakan majlis kesyukuran menaik taraf dan penggunaan semula surau berkenaan, di sini.

Surau tersebut yang kini dikenali dengan nama surau Nuurul ‘Inayah, yang bermaksud cahaya perlindungan / cahaya pemeliharaan dan cahaya pertolongan. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof hadir selaku tetamu kehormat majlis. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua pengarah, pengarahpengarah dan pegawai serta kakitangan hospital berkenaan. Ke muka 24

Muka 4

Muka 13

Berkongsi maklumat perancangan strategik

Festival Sukarelawan 2014 suburkan semangat kesukarelawanan

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa hadir ke majlis kesyukuran menaik taraf dan penggunaan semula Surau Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Diabetes punca ketiga kematian di NBD Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

Penetapan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Disember. Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam ditetapkan dalam jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis. Penetapan jawatan bermula hari Sabtu, 6 Safar 1436 Hijrah bersamaan dengan 29 November 2014 Masihi.

KUALA BELAIT, Sabtu 13 Disember. Diabetes menjadi punca ketiga kematian di Negara Brunei Darussalam selepas penyakit barah dan penyakit kardiovaskular semenjak tahun 2008 dan sejumlah 123 kematian berpunca daripada penyakit diabetes pada tahun 2012 telah pun direkodkan. Melalui jumlah tersebut, sejumlah 10.1 peratus jumlah kematian seluruh negara telah dicatatkan sekali gus menunjukkan peningkatan yang ketara dibandingkan dengan 116 jumlah kematian pada tahun 2011. Ketika ini dianggarkan 15 peratus penduduk negara adalah penghidap diabetes dan 50 peratus pula tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut. Pengerusi Majlis, Dayang Sadiah binti Haji Mohadi menjelaskan, penyakit diabetes merupakan salah satu penyakit kronik yang tidak berjangkit dan terus meningkat dari setahun ke setahun bukan sahaja di peringkat tempatan malah hingga ke peringkat antarabangsa.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Ke arah itu, sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat Daerah Belait, Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan Kuala Belait telah mengadakan bengkel motivasi bersama pesakit-pesakit dan keluarga mereka telah memberi peluang kepada pesakit-pesakit diabetes untuk menyuarakan permasalahan atau halangan yang dihadapi dalam pengurusan diabetes mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyedarkan pengidap mengenai kepentingan penjagaan kesihatan sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi diabetes menyerang mereka dan untuk mentarbiah kepada mereka tentang mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Sesi ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafar turut membincangkan beberapa permasalahan pengidap berkenaan.

Program Kesedaran Kesihatan Bagi Pesakit Diabetes iaitu ‘Teraja’ akan memulakan sesi kali ke-6 pada 31 Januari nanti dan akan dijalankan selama 10 bulan akan diadakan di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait. Pendidikan Diabetes telah diiktiraf sebagai kunci yang memberi kuasa kepada penghidap diabetes untuk mengecap kejayaan dalam menguruskan kehidupan mereka dalam jangka panjang dengan memahami diabetes, kesan mengubah suai permakanan, pengambilan ubat-ubatan secara teratur, mengamalkan kegiatan fizikal dan peranan memantau gula dalam darah. Pemangku Pengarah Perkhidmatan Hospital Jabatan Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Wadi Hana binti Haji Sudin selaku tetamu kehormat majlis dan merasmikan bengkel berkenaan. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.