MANISNYA IMAN
PETIKAN TITAH
''MAKA ketahuilah wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mohonlah keampunan kepada-Nya bagi kekhilafanmu dan dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan. Allah Maha Mengetahui tempat kamu berusaha di dunia dan tempat kediaman kamu di akhirat.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad, ayat 19).
''PERJALANAN kita ke arah menjana kemakmuran mestilah diteruskan. Ia bukanlah satu jalan mudah, tetapi memerlukan tenaga serta daya fikir yang kuat, sehingga mampu meletakkan kita untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-22 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 24 Muharram 1427 Hijrah / 23 Februari 2006 Masihi.
TAHUN 61 / BILANGAN 20
15 FEBRUARI 2016 / 1437
6
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Kuatkuasakan kutipan cukai bangunan Berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas Pemimpin AS-ASEAN
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Lawatan Kerja ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13). KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 3).
Muka 5
Muka 7
SEJARAH Tohoku dipamerkan di Muzium Teknologi Melayu
PENDIDIKAN menyumbang pembangunan modal insan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Februari. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) disaran untuk mengujudkan satu sistem pengurusan kutipan hasil yang cekap dan berkesan berikutan isu berkaitan dengan kegagalan penguatkuasaan kutipan cukai bangunan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyarankan perkara ini semasa Lawatan Kerja baginda ke KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya, di
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
sini. Baginda bertitah, banyak cukai pintu yang tidak dituntut menyebabkan tertunggak dalam kalangan orang-orang kenamaan dan berkedudukan tinggi di mana kebanyakan cukai-cukai pintu itu hanya dituntut dan dapat diambil dalam kalangan orang-orang bawahan sahaja. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga difahamkan bahawa KHEDN telah menyediakan kertas cadangan polisi pelaksanaan skim insentif pengecualian dan bantuan cukai bangunan (Rates Relief Scheme) di Negara Brunei Darussalam. Ke muka 12 & 13
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn