PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“HANYA dengan wujudnya dan terjaminnya pendidikan dan bimbingan serta ketahanan generasi muda pada masa ini, maka kita akan dapat memastikan suasana keamanan dan ketenteraman yang berkekalan dan meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dan penduduknya.” - Titah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-43 Tahun pada 15 Julai 1989.
“DAN taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah. Maka jika kamu berpaling (daripada mentaati Rasul kami), sesungguhnya kewajipan rasul kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah Allah) dengan nyata.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Taghaabun ayat 12).
TAHUN 60 / BILANGAN 20
16 FEBRUARI 2015 / 1436
26
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Selamat berangkat tiba di London, United Kingdom LONDON, UNITED KINGDOM, Ahad, 15 Februari. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di London, United Kingdom bagi menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Perdana Menteri United Kingdom, The Right Honourable David Cameron. Berangkat sama mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Heathrow, London dijunjung oleh Baroness Garden of Frognal, The Right Honourable Susan Garden, selaku wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell. Ke muka 24
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat tiba di London, United Kingdom. Baginda dijunjung oleh Baroness Garden of Frognal, The Right Honourable Susan Garden, selaku wakil Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland. - Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari London, United Kingdom.
Muka 5
Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah benteng pengaruh negatif Karya seni PETRONAS dipamerkan
Pengimportan makanan dari Jepun dipantau BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Februari. - Berikutan dengan Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) mengenai penggantungan pengimportan makanan daripada beberapa buah kawasan di negara Jepun pada 2 Oktober 2013, kedua-dua buah kementerian ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai perubahan terkini penggantungan pengimportan berkenaan. Perubahan ini adalah berdasarkan pemantauan berterusan, penelitian mengenai situasi terkini dan maklumat yang diterima dari negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa oleh Kementerian Kesihatan dan KPSSU. Kementerian Kesihatan dalam siaran akhbarnya memaklumkan kepada para pengimport dan orang ramai bahawa penggantungan makanan dan produk makanan berupa daging, makanan laut serta susu dan produk tenusu dari Daerah Fukushima yang telah dikenakan sebelum ini adalah dikekalkan. Ke muka 24
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Februari. - Pusat-pusat Pengajian Tinggi Islam di rantau ini diseru untuk bekerjasama dan akan menyediakan kurikulum, kokurikulum dan strategi serta program yang mantap, selain menyediakan tenaga manusia yang kompeten bagi memperkukuh kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang telah terbukti kesahihannya dan kesederhanaannya untuk membentengi para pelajar dan umat Islam di rantau ini daripada pengaruh negatif. Perkara ini penting memandangkan masyarakat pada hari ini diancam oleh pengaruh negatif dari segi aliran pemikiran, amalan beragama, akhlak
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
dan sopan santun yang semakin tercemar. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, tanpa usaha yang sedemikian itu, ia dikhuatiri bahawa sesetengah anggota masyarakat akan terdedah kepada kekeliruan dan kesesatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan mengeruhkan keharmonian dalam masyarakat dan negara. Semasa berucap pada Pertandingan Debat Pendidikan Islam Serantau (PENDEPIS) bersempena Majlis Konvokesyen Keempat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bagi tahun 1436 Hijrah / 2014 Masihi Kali Kedua, Yang Berhormat menambah penglibatan lepasan graduan KUPU SB dalam menegakkan prinsip amar ma'ruf nahi
mungkar adalah amat dihargai dan menjadi harapan tinggi masyarakat dan negara, kerana mereka khasnya generasi muda yang menjadi graduan itu merupakan tulang belakang yang bakal berperanan di negara ini pada masa hadapan. Ke muka 4
7
HARI LAGI
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn