Pelita Brunei - Isnin 16 Mei 2016

Page 1

''DENGAN pemahaman dan pengamalan berterusan ajaran-ajaran Al-Qur'an itu, dapatlah kita menolak segala aliran atau pemikiran yang tidak senada dengan Islam, seperti Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Feminisme dan lain-lain lagi.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara Bagi Tahun 1435 Hijriah / 2014 Masihi.

''SESUNGGUHNYA orang-orang yang takut kepada tuhan walaupun mereka tidak melihatnya, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.'' - (Surah Al-Mulk, ayat 12).

4.34

TAHUN 61 / BILANGAN 59

4.44

6.06

6.30

16 MEI 2016 / 1437 SYAABAN 9

12.18

3.40

6.27

7.41

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

593 penerima dianugerahkan rumah RPN Bukit Beruang Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan penyerahan anak-anak kunci kepada penerima-penerima. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).

TUTONG, Sabtu, 14 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah Kembar dan Rumah Teres kepada 593 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang bagi Daerah Tutong pada majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya, Tutong, di sini. Dari jumlah tersebut, seramai 160 penerima menerima rumah kembar, manakala 433 pula menerima rumah teres. Terdahulu, keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di sini telah dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tutong, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metussin. Dalam sembah alu-aluan Pemangku Pegawai Daerah Tutong antara lain menjelaskan, keberangkatan Kebawah DYMM bagi menyempurnakan penganugerahan anak-anak kunci itu merupakan satu anugerah yang tiada terbanding nilainya dan memberi makna yang amat mendalam kepada para penerima. Ke muka 12 & 13

Brunei bebas dari Virus Zika Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Mei. - Merujuk pada kes import pertama jangkitan Virus Zika di Singapura yang telah dilaporkan melalui media massa di Singapura baru-baru ini. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan, setakat ini tidak ada kes jangkitan Virus Zika dilaporkan di Negara Brunei Darussalam. Jangkitan Virus Zika ialah sejenis jangkitan yang dibawa oleh serangga vektor, iaitu nyamuk Aedes Aegypti, sebagaimana jangkitan yang menyebabkan demam denggi dan chikungunya. Nyamuk Aedes ini memang didapati di negaranegara tropika.

Virus Zika adalah terdiri dari genus Flavivirus di dalam keluarga Flaviviridae. Virus ini boleh merebak daripada seorang yang telah dijangkiti Virus Zika kepada seorang yang sihat melalui gigitan nyamuk jenis Aedes. Hasil pemantauan entomologi menunjukkan terdapatnya nyamuk Aedes di Negara Brunei Darussalam. Nyamuk ini sering membiak di dalam bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong, lapik pasu bunga, tayar-tayar yang terdedah dan sampah sarap yang terbiar. Pembiakannya didapati meningkat berlipat-ganda selepas musim hujan. Lazimnya, nyamuk ini akan keluar pada awal pagi dan lewat petang. Menurut kajian perubatan, kebanyakan kes jangkitan Virus Zika tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau simptom. Walau

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

bagaimanapun, sebahagian kecil pesakit boleh mengalami simptomsimptom seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala dan konjunktivitis (jangkitan pada mata) serta ruam. Jangkitan ini juga berkemungkinan memberi kesan neurologi dan mikrosefali (microcephaly, iaitu gangguan pada perkembangan otak) dalam kalangan anak damit yang baru lahir. Orang awam yang baru pulang dari mengunjungi negara-negara yang terjejas dengan Virus Zika terutama sekali negara-negara di Amerika Selatan dan Carribean adalah dinasihatkan untuk memantau kesihatan diri sendiri sekurangkurangnya selama 14 hari dan pergi berjumpa doktor jika mempunyai simptom-simptom seperti yang

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

disenaraikan di atas. Ia adalah penting bagi pengidap untuk memaklumkan kepada doktor

kawasan-kawasan yang dikunjungi sebelum ini. Ke muka 7

telah

Muka 5

Muka 6

SENTUHAN Shahrazen bantu kutip mata penuh

JADIKAN peristiwa Israk Mikraj sebagai tauladan

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 16 Mei 2016 by Putera Katak Brunei - Issuu