PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
''PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.'' - Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436 Hijrah / 22 Februari 2015 Masihi.
''KATAKANLAH lagi (kepada-Nya) adalah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az-Zumar, ayat 9).
TAHUN 60 / BILANGAN 137
16 NOVEMBER 2015 / 1437
Utus takziah berikutan serangan pengganas di Paris BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande berikutan dengan serangan pengganas di Paris. Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan perasaan terkejut dan sedih mengetahui tentang kehilangan jiwa dalam serangan berkenaan. Kebawah DYMM, kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain turut mengutuk serangan pengganas yang kejam itu dan berdiri teguh bersama rakyat Perancis dalam masa negara itu berkabung dan bersedih menghadapi tragedi tersebut. Baginda seterusnya menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada TYT, kerajaan dan juga rakyat Perancis, khususnya kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
JABATAN PENERANGAN
4
EDISI ISNIN / PERCUMA
Belia wasatiah miliki kekuatan
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersama paduka adinda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan berangkat menghadiri Forum Perdana sempena Majlis Ilmu 2015. - Foto : Masri Osman.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 November. - Majlis Ilmu 2015 menghuraikan dan menjelaskan konsep dan amalan wasatiah dalam pelbagai aspek kehidupan melalui pembentangan kertas-kertas kerja seminar, ceramah perdana dan forum perdana dengan mengundang pakar-pakar khusus dalam
bidang masing-masing dari dalam dan luar negeri. Berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini, perisian Majlis Ilmu diteruskan dengan Forum Perdana. Berangkat menyaksikan forum tersebut
ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Juga berangkat sama ialah paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Ke muka 16 & 17
Pengendali bas berperanan promosikan imej baik negara Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 November. - Pengangkutan awam kekal menjadi dasar utama Kementerian Perhubungan dan meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap peranan pengendalipengendali bas dan pemandunya dalam menonjolkan imej Negara Brunei Darussalam yang baik, terutamanya dalam menggalakkan masyarakat dan penduduk di negara ini menggunakan pengangkutan awam dan menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. Sehubungan itu, adalah mustahak bagi pengendali bas awam untuk mengekalkan imej yang positif kepada
orang ramai termasuk memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang bersih, selamat, cekap, boleh dipercayai dan mudah untuk diakses. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menjelaskan perkara tersebut kepada pihak media tempatan semasa mengadakan lawatan ke Pusat Stesen Bas di ibu negara, di sini. Menurut Yang Berhormat, lawatan tersebut adalah untuk memberi penekanan terhadap peranan mustahak pengendali-pengendali bas dan pemandunya, terutamanya dalam mempromosikan imej baik negara ini
khususnya dari segi kebersihan, keselamatan, disiplin dan perkhidmatannya. Adalah diharapkan melalui proses ini, jelas Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan akan cuba menangani isu-isu yang timbul dan seterusnya dapat meyakinkan lebih ramai orang menggunakan bas sebagai cara yang mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Oleh itu, tambah Yang Berhormat, kita mahu menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam lebih kerap terutama dengan adanya bas baru berlantai rendah yang dapat memudahkan warga emas dan orang berkeperluan khas, sekali gus membuat perjalanan lebih mudah.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Muka 4
Muka 6
MENERIMA kunjungan hormat
MASJID Wakaf Kampung Kulapis dijangka siap Mac 2017
Ke muka 32 Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn