Pelita Brunei - Isnin 17 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEJAYAAN, kemajuan dan kecemerlangan sesebuah mukim dan kampung adalah terletak pada sejauh mana kepimpinan itu berlaku kepada anak-anak buah mukim dan kampung itu sendiri. Jika kepimpinan itu baik dan maju, pasti kesannya juga akan membuahkan kebaikan dan kemajuan.” - Titah Sempena Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3.

“WAHAI anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang baik lagi sempurna setiap kali mengerjakan sembahyang dan tawaf, serta makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” - (Surah Al A'raaf ayat 31).

TAHUN 59 / BILANGAN 142

17 NOVEMBER 2014 / 1436

24

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berkenan menerima mengadap Ketua Hakim Malaysia dan Singapura

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menerima mengadap Ketua Hakim Mahkamah Besar, Republik Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon dan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Tan Sri Md. Raus bin Sharif yang berlangsung di Istana Nurul Iman. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohiddin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Hakim daripada

Malaysia dan Republik Singapura yang berada di negara ini bagi menghadiri Persidangan Ketiga ‘The Joint Judicial Conference between Brunei Darussalam, Malaysia and Singapore 2014’ yang diadakan di Bandar Seri Begawan. Ketua-Ketua Hakim yang hadir pada majlis mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini ialah Ketua Hakim Mahkamah Besar, Republik Singapura, Yang Amat Arif Sundaresh Menon; Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Tan Sri Md. Raus bin Sharif dan Ketua Hakim Mahkamah Besar Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka

Haji Kifli. Juga hadir di majlis mengadap ialah Presiden Mahkamah Rayuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif John Barry Mortimer; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Steven Chong Wan Oon; Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Awang Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Pesuruhjaya Kehakiman dan Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman dan Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan), Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Menambah rumah tanpa kebenaran menjadi kesalahan Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

Muka 23 Muka 3 DPMM berkenan menerima mengadap

BERANGKAT Kejohanan Renang Brunei Terbuka Ke-3

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

KUALA BELAIT, Sabtu, 15 November. - Pelbagai inisiatif dilakukan oleh Kementerian Pembangunan bagi memberi kesedaran kepada penghunipenghuni Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) supaya mematuhi akta / peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Kementerian tersebut mendapati banyak penghuni-penghuni di kawasan-kawasan RPN dan STKRJ membuat tambahan bangunan rumah kediaman mereka tanpa kebenaran pihak berkuasa dan tidak mematuhi peraturan kemajuan tanah dan bangunan meskipun mereka telah diberikan amaran. “Pada kelaziman, Kementerian Pembangunan akan memberikan taklimat kepada pemohonpemohon yang berjaya terpilih mengikuti skim perumahan negara di majlis pengundian rumah, namun apa yang dikesalkan, setelah beberapa hari

dan beberapa bulan mereka menduduki rumah, mereka membuat tambahan bangunan rumah kediaman tanpa kebenaran,” kata Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah. Ke arah membarigakan akta-akta, peraturan dan garis panduan penguatkuasaan jabatan-jabatan yang berkenaan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Jerayawara Penguatkuasaan dan Taklimat Penguatkuasaan khusus bagi penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di Daerah Belait di Dewan Bandaran, di sini. Awang Haji Muhammad Lutfi, selaku Pengerusi Badan Petugas Penguatkuasaan, Kementerian Pembangunan menambah, setelah puas memberi kesedaran, akan disusuli dengan penguatkuasaan. Ke muka 7

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 17 Nov 2014 by Putera Katak Brunei - Issuu