Pelita Brunei - Isnin 17 Ogos 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''SELAKU acuan, kita mengharapkan, biarlah acuan itu baik, bukan sebaliknya. Adapun tanda acuan yang baik itu, ia mampu mendatangkan hasil yang sama-sama baik pula.'' - Titah Sempena Majlis Bersama Pelajar-Pelajar dan Rakyat Negara Brunei Darussalam Di Australia pada 20 Jamadilakhir 1434 Hijrah bersamaan 1 Mei 2013 Masihi.

''DARIPADA Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi).

17 OGOS 2015 / 1436

TAHUN 60 / BILANGAN 98

2

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Penghijrahan minda mesti segera Oleh : Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Bolhassan Haji Abu Bakar BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Negara Brunei Darussalam mesti dengan segera melakukan penghijrahan minda, dari suka menunggu-nunggu dan berpeluk tubuh kepada rajin bekerja. ''Dari banyak bergantung harap, kepada lebih membanyakkan usaha, dan dari kurang berdikari, kepada lebih berdikari. Inilah sumber kekuatan kita,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Ke muka 24

Tangani impak perubahan, perkembangan secara realistik dan pragmatik BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengingat dan menekankan agar sebarang impak perubahan dan perkembangan dapat ditangani dengan cara realistik dan pragmatik. Ini, tambah baginda, adalah bagi memastikan semuanya adalah tetap kukuh dan stabil. Ke muka 24

ISTIADAT Perbarisan Kehormatan tanda bermulanya keraian Muka 3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-69 di Istana Nurul Iman. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.