Pelita Brunei - Isnin 18 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''WAWASAN turut mengenal pasti keperluan sumber manusia yang berilmu. Ini juga penting, nisbah kita sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk, yang juga amat kecil. Sumber manusia berkualiti adalah faktor penentu kepada keupayaan negara untuk menikmati kemajuan secara berpanjangan.'' - Titah Sempena Menyambut Perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 27 Safar 1430H / 23 Februari 2009M.

''DAN orang yang bersabar serta memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang sangat utama untuk dilaksanakan (digalakkan oleh syariat).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah asy-Syura, ayat 43).

TAHUN 61 / BILANGAN 47

18 APRIL 2016 / 1437

10

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Berangkat ke Majlis Bersanding Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 April. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman.

Berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24 Bagi Kumpulan Umur DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama anakanda-anakanda DYTM, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ketika berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24 Bagi Kumpulan Umur yang dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 4).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Hajah Nurul Amal Ni'matullah Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di kediaman pengantin perempuan di Baitul Athirah, Kampung Beribi, dijunjung oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah. Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Ke muka 3

Brunei naib juara Menghafaz 15 Juzu' Al-Quran REPUBLIK ARAB MESIR, Khamis, 14 April. - Negara Brunei Darussalam sekali lagi berjaya mencipta sejarah di mata dunia apabila wakil peserta negara, Awang Mohammad Najib bin Haji Ali Akhbar telah dinobatkan sebagai naib juara dalam kategori kedua, iaitu Menghafaz 15 Juzu' Al-Quran Dari Kalangan Negara-Negara Yang Bukan Bertutur Dengan Bahasa Arab di Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-23, Republik Arab Mesir. Peserta negara merupakan mahasiswa Tahun Dua di Mahad Qiraat Al-Azhar, Syoubra, Republik Arab Mesir. Ke muka 7

Muka 6

Muka 7

MURID berkeperluan khas sentiasa dipeduli

NILAI semula perkhidmatan yang disumbangkan

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.