''AL-QURAN mengandungi dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah, kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya. Al-Quran juga memberikan gambaran mengenai hari akhir zaman. Ia menceritakan tentang hari akhirat yang terdapat di dalamnya syurga dan neraka Allah. Dengan membaca dan memahami Al-Quran, akan memperkukuh lagi keimanan kita. Iman yang digilap dengan Al-Quran adalah iman yang sahih.'' - Titah Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1425 Hijrah.
''WAHAI manusia! Makanlah makanan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 128.
4.48
TAHUN 62 / BILANGAN 151
4.58
6.22
18 DISEMBER 2017 / 1439
6.46
12.18
29
3.40
6.12
7.27
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Sokong industri kreatif tanah air Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Disember. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan sentiasa memberikan sokongan moral dan material ke arah memajujayakan industri kreatif di tanah air agar dapat merentas sempadan ke negara-negara membangun di dunia. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin
Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkata, kaum wanita juga mempunyai ruang untuk berpatisipasi dan memainkan peranan yang proaktif dalam memperkasakan seni lukis dan persembahan yang bertaraf amatur dan profesional. Seni, jelas Yang Berhormat, merupakan impak tamadun sesebuah bangsa dan negara menuju ke arah negara dan bangsa moden dan bermaruah. Ke muka 4
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa melawat Pameran Seni Visual yang diadakan di Atrium, Seri Qlap Mall.
Pindaan signifikan ubah senario pensijilan halal Oleh : Saerah Haji Abd Ghani BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Disember. - Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 telah memperuntukkan pindaan signifikan yang mengubah senario pensijilan halal di Negara Brunei Darussalam. Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof, jika sebelum ini permohonan adalah berbentuk sukarela (voluntary), pindaan-pindaan terkini telah menjadikan sebahagian besar kategori permohonan menjadi wajib (mandatory) seperti pertama, premis penyediaan makanan
seperti restoran, gerai makan dan food court dan kedua, kilang pemprosesan makanan atau minuman dan perusahaan produk makanan yang diedarkan. Perkara itu dijelaskan oleh Dato Seri Setia pada Sidang Media mengenai Prosedur Permohonan SIjil Halal dan Permit Halal Bagi Pengusaha-Pengusaha Yang Tidak Memenuhi Kehendak-Kehendak dan Garis Pandu-Garis Pandu Pensijilan Halal dan Perubahan Kadar Bayaran Permit Halal Baharu di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005 yang berlangsung di Bilik Mawar, KHEU, di sini. ''Dengan pelaksanaan pindaan yang terbaharu, kita menyedari
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
banyak pihak yang tidak dapat memenuhi kehendak dan garis pandu pensijilan halal yang begitu komprehensif (halalan tayyiban),'' ujarnya. Bagi menangani keadaan itu, katanya lagi, Bab 49B di bawah Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan), 2017 ada memperuntukan pengecualian yang berbunyi seperti ''Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, majlis boleh secara bertulis mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan perintah ini tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikenakan olehnya.'' Ke muka 7
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Muka 6
Muka 8
AHLAM Najiha dan Nur Hikmah juara Peraduan Dikir Syarafil Anam
'PUTERI7 Park and Adventure' berpotensi untuk dikembangkan
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn