Pelita Brunei - Isnin 18 Ogos 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KEDUA-DUA ini adalah asasi, akan menentukan rebah - bangun negara. Negara yang aman adalah negara yang selesa : selesa untuk berkembang dan membangun. Ditambah lagi kalau ia makmur, akan menjadikannya lebih mudah pula untuk melakar kemajuan. Inilah rahasia keamanan. Kerana itu, adalah menjadi kewajipan utama bagi agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadapnya. Sementara rakyat pula, hendaklah memberikan kerjasama yang padu.” - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-64 Tahun pada hari Khamis, 3 Syaaban 1431H 15 Julai 2010M.

“WAHAI orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia (orang kafir) dan batu-batu berhala, penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar lagi keras layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa jua yang diperintahkannya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan apa yang diperintahkan.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah At Tahriim ayat 6).

TAHUN 59 / BILANGAN 103

18 OGOS 2014 / 1435

21

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Bagi Daerah Belait, berlangsung di Padang Bandaran Kuala Belait. (Berita penuh dan gambar-gambar dimuatkan ke muka surat Sisipan Khas I, IV , V dan VI).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Bagi Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Pegawai Yang Beruniform serta Pertubuhan-Pertubuhan Awam Yang Beruniform Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 di Istana Nurul Iman. (Berita penuh dan gambar-gambar dimuatkan ke muka surat Sisipan Khas II dan III).

Jalankan tugas dengan jujur, ikhlas Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

Muka 4

Muka 22

SISTEM Bru-HIMS dipercepat

PASUKAN Indonesia tersingkir lebih awal

TEMBURONG, Sabtu, 16 Ogos. Penglibatan aktif semua warga Perkhidmatan Awam dalam menjalankan segala tugas yang diamanahkan diharap dapat dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas di dalam memenuhi tuntutan kerja ke arah merealisasikan hasrat negara untuk membangun dengan pesat dan harmoni. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 Yang Berhormat Menteri Pembangunan Bersama Warga Jabatan-Jabatan Di Bawah Kementerian Pembangunan, berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Mukim Bokok, di sini. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Pesta Konvo UBD 2014 dirasmikan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pro Canselor berkenan menyaksikan pameran pada Pesta Konvo Universti Brunei Darussalam (UBD) 2014 Sempena Majlis Konvokesyen UBD Ke-26. (Berita penuh dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3).

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.