''ADALAH sangat perlu untuk aktiviti penyelidikan dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan serta menjana pertumbuhan ekonomi negara. Beta juga ingin melihat lebih banyak lagi hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan untuk aktiviti komersial serta sekali gus mempromosi peluang pekerjaan. Beta berharap agar penyelidikan dan inovasi terus ditingkatkan, terutama sekali yang melibatkan kolaborasi atau kerjasama rapat di antara universiti dan agensi-agensi yang relevan seperti industri-industri.'' - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD pada 7 September 2017.
''ALLAH menerangkan kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti, bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang mentadbir seluruh alam dengan keadilan, demikian juga para malaikat serta orang-orang yang berilmu, berikrar dan mengakui juga bahawa tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Imran, ayat 81).
4.43
TAHUN 62 / BILANGAN 112
4.53
6.11
6.33
18 SEPTEMBER 2017 / 1438
12.16
26
3.20
6.18
7.27
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Gunakan strategi sekuriti holistik Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas
MUARA, Ahad, 17 September. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diseru supaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam negeri untuk menggunakan strategi sekuriti yang holistik. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB membuat seruan tersebut semasa bertitah semasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB Ke-56 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara. ''Demikian juga sama pentingnya bekerjasama dengan rakan-rakan luar negara. Beta yakin semua itu boleh dicapai melalui platforms yang sedia ada di peringkat serantau dan antarabangsa. Beta turut berbangga dengan penglibatan kita dalam misi-misi pemantauan dan pengaman melalui Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao, Republik Filipina dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan. Penempatan anggota-anggota di Information Fusion Centre dan Regional Humanitarian Assistance and Disaster Relief Coordination Centre (RHCC) di Changi, Republik Singapura, turut menjadi tanda komitmen negara dalam meningkatkan keselamatan serantau,'' jelas baginda.
Dalam pada itu, baginda juga berpuas hati dengan inisiatif-inisiatif di peringkat ASEAN, khususnya di bawah ASEAN Defence Ministers' Meeting atau ADMM. Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN titah baginda, akan melancarkan talian hotline ASEAN Direct Communications Infrastructure pada penghujung tahun ini. Baginda melahirkan kepercayaan bahawa ini akan memperkukuhkan lagi mekanisme tindak balas dan bantuan dalam keadaan kecemasan, khasnya yang berkaitan dengan keselamatan maritim. Baginda seterusnya mengucapkan syabas atas pencapaian itu kerana semua pencapaian itu titah baginda, tentu saja berpunca daripada kepimpinan dan perpaduan yang berkesan di semua peringkat Kementerian Pertahanan dan ABDB. Melalui kesempatan ini, baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB, sama ada yang masih bertugas mahupun yang telah bersara di atas komitmen dan dedikasi mereka yang tinggi selama ini. Baginda juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga anggota ABDB yang terus memberikan sokongan moral dan semangat kepada mereka. Pada akhir titah, baginda mengucapkan syabas kepada semua warga ABDB yang berbaris tangkas pada sambutan tersebut dan yang terlibat dalam menjayakan Sambutan HUT ABDB pada tahun ini.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan titah pada Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-56 Tahun. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.
Proaktif pantau media sosial bagi keutuhan benteng dalaman Oleh : Aimi Sani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas
Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta
17 Hari Lagi
MUARA, Ahad, 17 September. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah menekankan betapa mustahaknya mematuhi etika penggunaan media sosial dan menjalankan
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
pemantauan secara proaktif bagi memastikan keutuhan benteng dalaman. ''Benteng dalaman ini termasuk ketahanan rohani dan ugama. Kefahaman ugama yang sempurna tidak syak lagi, mampu untuk menangkis segala fahaman salah yang menjurus kepada ekstremisme. Di sinilah pentingnya nilai-nilai Melayu Islam Beraja menjiwai kehidupan kita.
Muka 5
Muka 8
BERANGKAT merasmikan Pesta Konvo UTB
MAJLIS Ramah Mesra bersama Komandan Polis Wanita
Ke muka 3
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn