PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“KEPADA generasi muda, beta berharap bahawa dalam mereka mengadakan kegiatan-kegiatan sehari-hari perlulah memberikan perhatian kepada belajar mengaji dan mempelajari makna serta tafsir Al-Qur'an dengan menitik- beratkan kepada perkara-perkara pembentukan akhlak dan menjauhkan perkara-perkara antisosial dan lain-lain.” - Titah Sempena Pertandingan Membaca Al-Qur'an Peringkat Akhir Kebangsaan pada 31 Januari 1990.
“DAN Tuhan kamu berfirman: berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Mu’min ayat 60).
TAHUN 60 / BILANGAN 8
19 JANUARI 2015 / 1436
28
KHEDN kongsi peranan, t'jawab
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Taman Kembara, Inap Hutan Hujan Freme jadi tarikan
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Januari. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mengadakan sesi Muzakarah Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dalam usaha mengongsikan perkara-perkara teras berkaitan dengan tanggungjawab kementerian tersebut. Sesi Muzakarah dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin
Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang antara lain menjelaskan mengenai pelbagai usaha kementeriannya dalam membantu kerajaan menjalankan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengurus bahkan meliputi fungsinya sebagai pihak berkuasa menjalankan dasar, peraturan dan undang-undang. Ke muka 24
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar semasa merasmikan Taman Kembara dan Inap Hutan Hujan Freme di Kampung Batang Duri, Mukim Amo. - Foto : Ihsan Jabatan Daerah Temburong.
Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim TEMBURONG, Khamis, 15 Januari. Perasmian Taman Kembara dan Inap Hutan Hujan Freme yang telah dibaik pulih akan menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Negara Ulu Temburong. Apa yang lebih penting, inisiatif-inisiatif oleh Freme Travel itu juga telah mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa mempengerusikan sesi Muzakarah Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
SELAWAT Ibrahimiah afdal diamalkan
Muka 5 WARGA Kementerian Pertahanan yang bersara dihargai
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
Ke muka 24
Kenali sirah, ikuti sunnah Rasulullah Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
Muka 4
dan akan memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi negara. Menyempurnakan perasmian kemudahankemudahan tersebut ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, berlangsung di Inap Hutan Hujan Freme di Kampung Batang Duri, Mukim Amo.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Januari. - Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1436 Hijrah, bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan KPSSU, Jalan Menteri Besar, Berakas, di sini.
Majlis juga diselajurkan dengan majlis bagi meraikan tiga keluarga saudara baru yang berkhidmat di kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang memeluk agama Islam pada tahun 2014. Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Ke muka 3
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn