Pelita Brunei - Isnin 19 Okt 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KITA tidak mahu ilmu ugama itu dibayangi oleh budaya semasa, kerana budaya bukanlah ugama, lebih-lebih lagi jika budaya itu memang bertentangan dengan ugama.'' Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Kali Ke-5, Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada 26 Zulhijjah 1436H / 10 Oktober 2015M.

''DAN janganlah kamu senghaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan. Dan berbuat baiklah kamu kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 195).

TAHUN 60 / BILANGAN 125

19 OKTOBER 2015 / 1437

6

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

Pakai kaedah ulama muktabar Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada graduan Hafl Al-Takharruj Ke-5 UNISSA. - Foto : Mohamad Azmi Awang Damit (Lihat muka 16 dan 17).

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Oktober. - Semua pihak perlu berwaspada, khasnya Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), selaku tonggak ketamadunan Islam di negara ini, agar jangan mengabaikan setiap perkembangan yang menyentuh hal-hal ugama, baik ia berlaku di dalam mahupun yang datang daripada luar. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UNISSA bertitah menekankan perkara itu pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-5 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, atas nama ugama, orang suka

membawa isu-isu baru, misalnya untuk menyangkal sesuatu perkara itu sebagai tidak ada dalam ugama atau ianya tidak pernah disebut dan dibuat oleh Nabi, maka disarankanlah supaya ianya dibuang atau tidak payah dipakai lagi. ''Beta melihat, pendapat seperti ini datangnya daripada orang-orang baru, yang kadang-kadang imej mereka adalah imej ulama, tetapi tidak beretika dengan etika ulama. Ulama muktabar tidaklah secelupar itu,'' titah baginda. Mereka, titah baginda, masih saja terikat untuk menghargai apa-apa yang baik, walaupun bukan dari hadis. Kerana itu, titah baginda, mereka menyediakan dua kaedah atau sistem nilai: pertama, mana-mana perkara buruk yang tidak ada dalam hadis, perkara tersebut akan dikategorikan sebagai bid'ah sayyi'ah (perkara baru yang buruk yang sayugia jangan dilakukan), dan kedua, mana-mana perkara baik walaupun ia bukan dari hadis, maka perkara itu akan dikategorikan sebagai bid'ah hasanah (perkara baru yang baik dan malah jika dibuat boleh mendatangkan pahala). Ke muka 32

Utamakan faktor marketability Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bertitah, menyarankan agar para graduan UNISSA mengambil kira faktor kebolehpasaran

atau marketability sehingga mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif. Sehubungan dengan itu, baginda ingin mengetahui sejauh mana pihak UNISSA ada menjalankan kaji selidik untuk mengetahui kebolehpasaran atau marketability untuk para graduannya. Di samping di manakah mereka itu sedang berkhidmat dan apakah maklum balas dari para majikan mengenainya. Demikian titah baginda pada Majlis

Hafl Al-Takharruj Ke-5 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Menyentuh mengenai kegemilangan Islam, baginda percaya UNISSA mempunyai potensi untuk menjadi institusi pengajian tinggi Islam tulen yang unggul di arena antarabangsa. Bagi tujuan itu, baginda ingin melihat UNISSA bergerak cepat dalam memantapkan profil penyelidikannya. Baginda percaya jika kedua-dua aspek, pengajaran dan penyelidikan dimantapkan, UNISSA akan melonjak selaku sebuah universiti Islam ternama di dunia. Ke muka 16 dan 17

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Muka 3

Muka 31

NFABD miliki padang bola sepak bertaraf dunia

BRUNEI DPMM FC kekal berada di tangga teratas Liga S

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.