Pelita Brunei - Isnin 1 Dis 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“FUNGSI terbesar KUPU SB ialah untuk menyebar dan mempertahankan ajaran ugama Islam melalui perguruan ugama. Bidang ini dianggap paling penting untuk melahirkan manusia pendidik yang berilmu dan beramal menurut acuan Ahli Sunnah Waljamaah.” - Titah Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Kali Keempat Tahun 2014, pada hari Khamis, 27 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 20 November 2014 Masihi.

“DAN hendaklah engkau merendah diri dengan penuh kasih sayang dan berdoalah untuk keduanya: Ya Tuhan! Kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik ku dari kecil lagi.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 24).

TAHUN 59 / BILANGAN 148

1 DISEMBER 2014 / 1436

8

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

'Mechanical Heart Device' dilaksanakan bantu pesakit jantung Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor JERUDONG, Sabtu, 29 November. - Kementerian Kesihatan berjaya mengukir satu lagi sejarah apabila melaksanakan prosedur yang baru di negara ini yang dinamakan 'Mechanical Heart Device' selepas kejayaannya melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit yang mengalami sakit jantung. Kejayaan tersebut dilakar pada 11 November 2014 apabila Kementerian Kesihatan bersamasama dengan Pusat Jantung Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) berjaya menanam satu ventrikel kiri (Left Ventricular Assists DeviceLVAD) bagi membantu peranti tersebut kepada seorang lelaki berusia 51 tahun yang telah menghidap penyakit jantung sejak 12 tahun lepas. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menjelaskan perkara tersebut pada Sidang Media yang diadakan di JPMC, di sini. Menurut Yang Berhormat, dengan kejayaan yang dilakukan oleh pakar-pakar tempatan dan juga luar negeri yang diketuai oleh Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar tersebut secara langsung meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya bagi pesakitpeskit yang menghidap masalah jantung. Ke muka 24

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof (tiga dari kanan) pada Sidang Media atas kejayaan Kementerian Kesihatan dengan Pusat Jantung Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) menanam satu ventrikel kiri (Left Ventricular Assists Device - LVAD) bagi membantu peranti tersebut.

Usaha memasyarakatkan SKBD dialukan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berucap sejurus sebelum merasmikan Kejohanan SKBD Ke-2.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 November. - Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi merupakan pelengkap dan saling mendukung antara satu dengan lain dan melalui pertemuan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) ia memberikan platform kepada pihak-pihak berkepentingan dalam sukan di Negara Brunei Darussalam iaitu agensi-agensi dalam kerajaan, badan dan persatuan sukan, para atlet, swasta, sukarelawan sukan dan pihak individu untuk saling bekerjasama erat serta mempunyai komitmen kepada pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata, dalam waktu yang sama, SKBD adalah untuk memberikan galakan dan dorongan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini agar bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Yang Berhormat berucap demikian semasa merasmikan SKBD Ke-2 bagi tahun ini berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. “Pada tahun ini, saya sangat sukacita dan mengalu-alukan usaha memasyarakatkan SKBD melalui penganjuran beberapa pertandingan sukan di daerah-daerah bukannya tertumpu pada Daerah Brunei-Muara sahaja,” ujar Yang Berhormat. Menurut Yang Berhormat, penganjuran kejohanan ini juga untuk meningkatkan usaha sama dan persefahaman berterusan dalam kalangan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan juga Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dalam sama-sama menganjurkan temasya sukan

negara, supaya kerjasama berkenaan akan berterusan demi masa depan sukan di negara ini. lni kerana jelas Yang Berhormat, dalam membangunkan sukan dan memastikan pencapaian negara yang cemerlang di dalam penyertaan Sukan Prestasi Tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa semua pihak mempunyai peranan dan perlu turun padang dalam memberikan sokongan kepada atlet-atlet dan persatuan-persatuan sukan di Negara Brunei Darussalam. Ke muka 24

Muka 3

Muka 6

PENGAWALAN penyakit diabetes gigih diusahakan

PELUKIS tempatan digalakkan bergiat lebih aktif

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.