Pelita Brunei - Isnin 1 Feb 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''HARI ini kita berubah, dan esok juga masih mahu berubah. Bahkan sampai bila-bila pun, kita tetap ingin berubah.'' - Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 pada 1 Muharram 1432 / 6 Disember 2010.

''SIAPA yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak berharta dan tempat tinggal. Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak, memukul tanpa sebab dan sebagainya.'' - (Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu).

1 FEBRUARI 2016 / 1437

TAHUN 61 / BILANGAN 14

Kongsi isu perniagaan melalui portal online Siaran Akhbar : Jabatan Tenaga dan Industri BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Februari. Sebagai kesinambungan dari acara Hari Terbuka Peniaga (Enterprise Open Day) yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Januari 2016, Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) mengalu-alukan semua syarikat untuk berkongsi isu, pertanyaan atau cadangan masingmasing di satu portal online. Portal tersebut yang memberikan perkhidmatan 24 jam akan membukakan peluang kepada syarikat-syarikat untuk membangkitkan manamana isu berkaitan perniagaan, pertanyaan atau cadangan di http://business.gov.bn/SitePages/ Logging%20Issue.aspx mula hari ini. Semua maklumat yang diterima melalui online akan diambil tindakan susulan oleh satu pasukan yang akan menyelesaikan isu-isu berdaftar secara terus, dengan memasukkan input dari pelbagai sektor kerajaan di mana syarikat-syarikat perniagaan boleh mendapatkan tindak balas mengenai isu perniagaan dalam masa lima hari waktu bekerja. Selain itu, syarikat-syarikat perniagaan juga dialu-alukan untuk mengunjungi Meja Bantuan (Helpdesk), dibuka setiap hari Rabu dan Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang (rehat dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat) bertempat di Tingkat 1, Bangunan Design and Technology, Simpang 32-37 di Anggerek Desa Technology Park. Bermula pada bulan April, Meja Bantuan (Helpdesk) akan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, iaitu lima hari seminggu. Portal online ini bertujuan untuk menyediakan platform yang lebih cekap dan berkesan bagi perusahaan menyuarakan mana-mana isu sebagai sebahagian dari usaha berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam meningkatkan kemudahan melakukan perniagaan di Negara Brunei Darussalam.

22

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

DPMM berangkat menyaksikan Football Fanfare Brunei DPMM FC

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan mengurniakan piala kepada pasukan Academy Kilanas-B. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3).

Penjagaan kesihatan diutamakan Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Januari. - Sektor penjagaan kesihatan memainkan peranan yang signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan dan kedayatahanan sosioekonomi negara. Walaupun Negara Brunei Darussalam kini menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu dan dihambat oleh kedudukan fiskal yang mengalami defisit, Kementerian Kesihatan akan tetap dan terus menyahut cabaran dalam meningkatkan kualiti kesihatan di

negara ini. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menjelaskan perkara itu semasa mempengerusikan Sesi Muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), di Tingkat 4, Blok Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Menurut Yang Berhormat, kadar jangka hayat penduduk di Negara Brunei Darussalam secara purata telah meningkat daripada 74 tahun kepada

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

78 tahun; manakala nisbah kematian ibu pada tahun 2014 adalah yang kedua terendah di ASEAN dan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun bagi setiap 1,000 kelahiran pada tahun 2014 adalah sembilan orang iaitu selaras dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Berdaya Tahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ''Walau bagaimanapun, pencapaianpencapaian ini bukanlah bermakna kita dapat bersikap leka. Kita mestilah sentiasa peka dan terus bersedia dan merancang untuk menangani cabaran-cabaran kesihatan dan apa jua kemungkinan yang tidak dijangka mulai sekarang,'' jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Dalam konteks Kementerian Kesihatan, perubahan adalah mustahak memandangkan terdapat cabarancabaran seperti perubahan demografi penduduk dan peningkatan penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit. Jelas Yang Berhormat, Kementerian

Kesihatan sedang berusaha ke arah penyediaan penjagaan kesihatan yang lebih optima dengan memberikan nilai tambah bagi memastikan pelanggan akan terus menerima rawatan yang terbaik. Ke muka 6

Muka 5

Muka 6

Majlis mengenang jasa bakti warga KHEDN

Tingkatkan kualiti dan mutu bacaan Doa

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.