Pelita Brunei - Isnin 1 Jun 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KITA memang sama-sama menyedari, bahawa sains dan teknologi menjadi sukat-sukat kualiti hidup. Kita tidak boleh mengabaikan sejarah peradaban yang berasaskan ilmu, yang bertanggungjawab memastikan kelangsungan kehidupan di kalangan manusia.'' - Titah Sempena Perasmian Majlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun, pada hari Selasa, 4 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 28 Oktober 2014 Masihi.

''DAN peliharalah diri kamu daripada berlakunya fitnah yang membawa bala bencana yang bukan sahaja menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu kesemuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah sangat berat siksa-Nya.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anfal ayat 25.

TAHUN 60 / BILANGAN 65

1 JUN 2015 / 1436

JABATAN PENERANGAN

14

EDISI ISNIN / PERCUMA

ABDB : Perlu strategi pengambilan sumber manusia proaktif Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohd. Mahdi Haji Marsidi TUTONG, Ahad, 31 Mei. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) perlu mempunyai strategi pengambilan sumber manusia yang proaktif, yang boleh menarik minat para belia yang berkelayakan dan celik teknologi. Bertitah pada Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54 di Padang Kawad, Institut Latihan ABDB, di sini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB menegaskan, aspek-aspek disiplin dan integriti juga perlu ditekankan sebagai elemen penting dalam pengurusan sumber manusia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, seluruh warga tentera hendaklah memperkukuhkan semangat cintakan institusi, sambil menjaga imej dan nama baik ABDB. Tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia lagi, tindakan terhadap anggota yang melanggar undang-undang dan disiplin, walau sekecil manapun, hendaklah dilaksanakan, kerana jika tidak, ia akan menjadi 'duri dalam daging' kepada institusi ketenteraan. Ke muka 24

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan melambai mesra kepada pengunjung dan tetamu yang hadir ketika memeriksa perbarisan pada Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54 di Padang Kawad, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 10,11, 12 dan 13).

Kerajaan hargai sumbangan NGOs Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

Muka 3

DPMM berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB Ke-54

Muka 5

GDP ASEAN mencapai $891 bilion

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mei. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menghargai sumbangan persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), para sukarelawan termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam kepada pemedulian masyarakat dan pembangunan negara. Sumbangan yang diberikan seharusnya tidak dipandang ringan atau diperkecilkan oleh masyarakat kerana jika jumlah waktu masa dan tenaga yang disumbangkan serta produktiviti kerja sukarela yang dihasilkan diterjemah dan diukur dalam konteks waktu bekerja dan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mencapai puluhan ribu jam dan puluhan juta ringgit setahun. Berucap demikian di Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PBSM

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Negara Brunei Darussalam Ke-67, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyatakan, perkhidmatan seorang sukarelawan adalah dilihat lebih tinggi nilainya kerana ia berasaskan kepada keikhlasan hati nurani dan budi pekerti yang luhur yang tidak mengenal ganjaran dan upah. Menyentuh mengenai sumbangan PBSM kepada masyarakat dan negara, Yang Berhormat menyatakan, ia adalah sangat bermakna dan besar nilainya dari aspek memberikan perkhidmatan bagi tujuan meringankan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat setempat sama ada di waktu hari-hari biasa, perayaanperayaan, bencana alam dan malapetaka. ''PBSM memberikan rawatan kecemasan barisan hadapan bagi menyelamatkan nyawa sebelum pesakit atau mangsa mendapatkan

rawatan seterusnya,'' jelas Yang Berhormat. Menurut Yang Berhormat, sumbangan PBSM dalam melatih dan mendidik para sukarelawan untuk sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan bersifat ihsan kepada masyarakat yang memerlukan, sama ada dalam keadaan aman ataupun darurat, telah melahirkan barisan kepimpinan belia yang dedikasi, berintegriti dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui kerja-kerja kesukarelawanan. Pada kesempatan itu, Yang Berhormat menyeru masyarakat umum di luar sana khususnya para belia negara untuk meningkatkan penglibatan diri dalam bidang kesukarelawanan sama ada secara persendirian mahupun melalui persatuan-persatuan sukarela seperti PBSM kerana, di samping ganjaran pahala di sisi Islam, penglibatan dalam bidang kesukarelawanan dan kemasyarakatan boleh menyediakan platform peningkatan kapasiti dan pengalaman bagi melengkapkan keperibadian dan jati diri pada belia untuk menghadapi cabaran masa kini dan hadapan. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 1 Jun 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu