Pelita Brunei - Isnin 1 Jun 2016

Page 1

''TELAH diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi disebabkan mereka itu telah dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menolong mereka mencapai kemenangan, iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan suatu alasan yang benar. Mereka itu diusir hanya disebabkan mereka berkata : Tuhan kami ialah Allah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Haj, ayat 39 - 40).

''KITA masa ini tidak ketinggalan turut menjalin kerjasama pertahanan dan juga telah terpanggil untuk menghulurkan bantuanbantuan kemanusiaan serta operasi keamanan di luar negara. Ini semua, tentu saja memerlukan peningkatan 'Pengurusan Pertahanan' dan 'Pembangunan Keupayaan Tentera' Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-54.

4.32

TAHUN 61 / BILANGAN 66

4.42

6.07

1 JUN 2016 / 1437

6.30

25

12.19

3.44

6.30

7.45

JABATAN PENERANGAN

EDISI RABU / PERCUMA

Tingkat usaha diplomasi pertahanan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

TANAH JAMBU, Selasa, 31 Mei. - Dunia pada masa ini sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman yang bersifat merentas sempadan, tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam kemungkinan menghadapi ancaman-ancaman keselamatan berbentuk tradisional dan bukan tradisional, seperti pengganasan, keselamatan maritim dan siber, serta bencana alam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah menekankan perlunya kerjasama dari pelbagai pihak bukan sahaja di antara agensi-agensi keselamatan dalam negara malahan juga kerjasama di peringkat keselamatan antarabangsa. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan titah pada Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-55 Tahun di Akademi Pertahanan, ABDB, Tanah Jambu. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lihat muka 3, 4, 12 dan 13).

Brunei - Filipina eratkan hubungan dua hala Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 Mei. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Jose Rene D. Almendras yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam. Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman. Semasa Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan TYT telah membincangkan isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa. Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina pada Majlis Mengadap itu disertai oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Jose Rene D. Almendras yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.