''SETIAP hikmah yang datang daripada Allah, adalah baik belaka. Semua itu bernama kebajikan. Hikmah senang, mungkin saja untuk menyukakan hati siapa yang diberi kesenangan itu, sementara hikmah susah pula adalah bertujuan lebih kepada memberikan pengajaran. Kedua-duanya membawa kepada kebajikan belaka.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi.
''SERTA makanlah dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-A'raf, ayat 31).
4.45
TAHUN 61 / BILANGAN 92
4.55
6.17
6.40
1 OGOS 2016 / 1437
12.28
27
3.48
6.36
7.49
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Keusahawanan kalangan belia semakin meningkat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam semasa berkenan bergambar bersama para pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran YSHHB. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Lihat muka 2, 3, 4, 12 dan 13).
Kenaikan pangkat dan penetapan jawatan Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Julai. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Penolong Pengarah di Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan, Denis Ho Mun Tai dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah di Politeknik Brunei, Kementerian Pendidikan mulai 5 Julai 2016. Pegawai Pentadbir Kanan di JPA, Dayang Hajah Noor Airah binti Haji Abdul Rahman dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pembangunan dan Pengurusan di JPA, JPM mulai 5 Julai 2016. Pegawai Pentadbir Kanan di JPA, Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan ditukar dan dilantik sebagai Pengarah di Bahagian Pengurusan Dasar dan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mulai 15 Jun 2016.
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, dalam tempoh mendatang, para profesional dan eksekutif muda diharapkan untuk
menjadi tunjang atau peneraju kepada kepimpinan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Baginda bertitah, bagaimanapun,
mereka terlebih dahulu dikehendaki untuk memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Titah baginda lagi, dengan semua elemen ini, akan menjadikan seseorang lebih berupaya untuk menghadapi apa jua cabaran, termasuk cabaran-cabaran ekonomi, sosial dan politik yang serba kompleks. ''Dalam kesempatan ini, beta sukacita mengalu-alukan kehadiran para usahawan dari kalangan belia, yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, sebagai usaha memperkasa ekonomi negara,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Walaupun secara relatif titah baginda, usahawan dari kalangan belia negara ini jumlahnya masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain di rantau ini, namun jumlah tersebut dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa, yang mana ini memberikan harapan tinggi, bahawa minat keusahawanan di kalangan para belia kita adalah semakin subur dan meningkat. ''Sebagai restu dan sokongan, pihak kerajaan telah pun menyediakan peruntukan, skim dan program galakan yang dikendalikan oleh beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan misalnya, telah menerapkan kurikulum literasi bisnes dan kemahiran keusahawanan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi, termasuk di peringkat teknikal dan vokasional,'' baginda bertitah. Ke muka 2
Kedudukan NBD meningkat Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Julai. - Menurut United Nation (UN) E-Government Survey, Brunei Darussalam telah berjaya meningkatkan kedudukannya setelah naik dari tangga ke-86 pada tahun 2014, ke tangga 83 pada tahun ini dari 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penilaian tersebut adalah berdasarkan dari tiga aspek utama, iaitu
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Indeks Perkhidmatan Talian (OSI), Indeks Infrastruktur Telekomunikasi (TII) dan Indeks Kapasiti Manusia (HCI). Perkara tersebut dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (IT, E-Kerajaan dan Industri), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil ketika berucap pada sidang akhbar yang berlangsung
Faksimile: 2381004
di Bilik Mesyuarat Bahagian IT dan E-Kerajaan, JPM, Berakas, di sini. Menurut kaji selidik tersebut, Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penyediaan perkhidmatan talian internet kepada rakyat, satu pertumbuhan yang positif dalam OSI dari 0.3622 ke 0.5072. Walau bagaimanapun, TII mengalami sedikit penurunan dengan 0.3512, berbanding pada tahun 2014, iaitu 0.36898, manakala HCI juga sedikit menurun dari 0.7815 ke 0.7310. Ke muka 5
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn