Pelita Brunei - Isnin 20 Jul 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“BETA percaya, ini adalah tuah Brunei, berkat ianya sentiasa dikemudi dengan ugama. Kita dalam semua aspek kehidupan tidak akan membelakangi ugama, tetapi sebaliknya meletakkannya paling hadapan sebagai suluh dan panduan.” -Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi.

“WAHAI orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya beribadat kepadanya.” - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 172).

TAHUN 60 / BILANGAN 86

20 JULAI 2015 / 1436

3

JABATAN PENERANGAN

EDISI ISNIN / PERCUMA

39,943 junjung ziarah ke Istana Nurul Iman

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk di negara ini sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi pada hari pertama Istana Nurul Iman dibukakan bagi kunjungan orang ramai. - Foto : Hamzah Mohiddin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman (Lihat muka 3, 4, 5 & 6).

Menjaga keselamatan, keamanan negara tanggungjawab bersama Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

Muka 5

Muka 7

KEGEMBIRAAN Syawal dikongsi bersama

NIKMAT Hari Raya satu anugerah Allah

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Julai. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof berkata, berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam negara ini sentiasa berada di dalam keadaan aman, sejahtera dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Katanya, dengan kerjasama, perpaduan dan harmoni di antara semua pihak dan kaum yang sentiasa berbuat kebajikan serta sentiasa berdoa dan taat kepada Allah Subhanahu Wata'ala maka inilah keberkatan. "Kita haruslah seperti titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, bukan saja mempertahankan, tetapi juga untuk mempertingkatkan yang sedia ini untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni bersepadu dan bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, keamanan dan juga tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab," ujarnya semasa ditemu bual mengenai dengan titah Kebawah DYMM sempena Hari Raya Aidilfitri semalam pada Majlis Junjung Ziarah Bersama Orang-Orang Kenamaan dan Pembesar-Pembesar Negara Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat mengingatkan agar masyarakat di negara ini untuk tidak mempercayai khabar-khabar atau berita-berita yang dibawa oleh media sosial yang tidak berasas sama sekali semata-mata untuk menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara. Ke muka 8

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Kenaikan pangkat dan penetapan jawatan BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Julai. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Hazri bin Haji Kifle dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan di Kementerian Pendidikan mulai 10 September 2014.

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Pelita Brunei - Isnin 20 Jul 2015 by Putera Katak Brunei - Issuu